Anda di halaman 1dari 2

Ibnu Jauzi ialah seorang ulama yang alim dalam ilmu hadis, sejarah, tafsir dan fiqah.

Beliau
dilahirkan pada tahun 1114 M di Baghdad. Beliau banyak menulis kitab-kitab lebih kurang
seribu kitab, antaranya berbentuk kitab dan ada yang berbentuk risalah
Perjalanan Hidupnya dan Peribadinya
Ibnu Jauzi mulai menuntut ilmu sejak kecil. Bahkan, beliau sudah mulai memberikan
ceramah dan nasihat sejak berumur 10 tahun. Beliau telah sampai pada suatu kedudukan
yang tidak ada orang seperti beliau sebelum dan sesudahnya.
Waktu beliau dihabiskan untuk menuntut ilmu, menghafal dan menekuni bidang agama,
menulis kitab, mengajar dan memberi nasihat dan fatwa kepada orang lain. Sehingga beliau
menjadi ulama yang termasyhur dan tokoh masyarakat pada zamannya kerana kefasihan,
kemahiran dan ketinggian ilmunya.
Ibnu Jauzi mengatakan kepada puteranya dalam sebuah surat yang sangat menyentuh
perasaan dan hati dalam nasihat seorang ayah kepada puteranya yang menceritakan
perjalanan awal dari hidupnya serta permulaan keadaannya:
Ketahuilah wahai puteraku bahawasanya ayahku ialah seorang yang kaya raya dan beliau
mewariskan beribu-ribu harta. Ketika aku berusia baligh, diberikan kepadaku 20 dinar serta
dua buah rumah dan mereka berkata kepadaku, Inilah warisanmu seluruhnya. Kemudian,
aku mengambil dinar tersebut dan kubelikan beberapa kitab. Aku menjual kedua rumah
tersebut untuk biaya menuntut ilmu. Tidak ada lagi padaku sisanya.
Ayahmu tidak pernah merasa merendah diri dalam menuntut ilmu. Tidak pernah keluar
berpindah-pindah dari satu negeri ke negeri yang lain kerana kesibukannya memberikan
nasihat dan tidak pernah mengutus seorang budak untuk meminta sesuatu kepada siapa
pun, urusannya tetap berjalan dengan baik.
Oleh kerana itu, bersungguh-sungguhlah wahai puteraku dalam menjaga martabatmu untuk
mencari dunia dan merendahkan diri di hadapan penghuninya. Qanaalah kamu, nescaya
akan berwibawa. Ada yang berkata, Barangsiapa yang merasa cukup dengan sepotong roti
dan kubis, tidak akan ada yang memperbudaknya.
Sungguh aku suatu pagi tidak punya makanan apa pun. Petang harinya juga tidak ada. Allah
tidak merendahkan diriku di hadapan seorang makhluk pun, akan tetapi Dia mengatur
rezekiku untuk menjaga martabatku. Kalaulah aku menerangkan keadaanku, akan panjang
dan inilah keadaanku sekarang seperti yang kau saksikan.
Imam Az-Zahabi berkata tentangnya: Tidak berlebihan kalau kita mengatakan bahawa diia
ialah orang terdepan dalam memberikan nasihat. Dia boleh mengungkapkan syair yang
indah dan pepatah yang memukau secara spontan. Dia boleh menarik, membuat kagum,
membuat sangat senang dan membuat orang yang mendengarkannya merasa tersanjung
yang tidak pernah dibuar seseorang sebelum atau sesudahnya. Dialah pembawa panji baik
dengan segala kepiawaiannya, paras nan elok, suara yang indah menikam jiwa, sifat yang
baik.

Dia ialah lautan dalam bidang tafsir, ulama dalam bidang sejarah, disebut-sebut sebagai
orang yang paling pandai dalam bidang hadis, fakih, berilmu dengan ijma dan perbezaan
pendapat para ulama, punya kelebihan dalam bidang kedoktoran, menguasai beberapa
bidang ilmu, faham, cerdas dan hafal. Dia bersungguh-sungguh dalam mengumpulkan dan
menulis dengan tatabahasa yang sangat memukau dan menarik.
Berwatak mulia dan sifat yang terpuji serta sangat dipandang baik di kalangan khusus
ataupun awam. Aku tidak menemukan karangan seperti karangannya. Ayahnya meninggal
dunia saat dia berumur 3 tahun, lalu didik oleh datuknya. Karib kerabatnya banyak
berdagang tembaga. Kadangkala dia menyebutkan namanya dalam belajar, Abdurrahman
bin Ali Ash-Shaffar. Lalu, di masa kanak-kanak, datuknya membawanya kepada Ibnu Nashir,
dia banyak belajar kepadanya.
Kemudian, dia mulai suka memberi nasihat dan berkecimpung di dalamnya. Dia mulai
memberi nasihat sejak kecil. Kemudian, dia berkecimpung lebih jauh dalam bidang itu
hingga dia terkenal sampai dia wafat. Semoga Allah SWT merahmati dan memaafkannya
sekiranya dia tidak menggeluti rakwil dan tidak pula menyelisihi imamnya.
Karya-karyanya
Di antara karya-karya beliau ialah:
1. Talbis Iblis, karya beliau yang terkenal dan sangat bermanfaat.
2. al-Adhkiya'
3. Afat al-Muhaddithin
4. Akhbar al-Akhyar
5. al-Manasik
6. Dan lain-lain.
Wafatnya
Ibnu Jauzi wafat pada tahun 1201 M dalam usia 87 tahun.
Aku melihat menyibukkan diri dengan fiqah dan dengan mendengar hadis tidak cukup
untuk merawat hati melainkan ilmu itu digabungkan dengan perkara-perkara yang
melembutkan hati dan membaca cerita sejarah orang soleh.
Adapun mengetahui perkara halal dan haram bukanlah satu peranan yang besar di dalam
melembutkan hati. Sesungguhnya yang melembutkan hati ialah dengan menyebut ceritacerita yang menyentuh hati dan cerita-cerita orang soleh kerana mereka ialah golongan
memahami maksud daripada hadis-hadis yang dinukil. Mereka keluar daripada zahir cerita
kepada aspek rohani dan sentimen cerita-cerita tersebut.
Tidaklah aku ceritakan perkara ini melainkan untuk merawat dan mengubat kerana aku
melihat pelajar-pelajar yang belajar hadis, minat mereka hanya pada mendapat sanad hadis
yang tinggi dan minat fuqaha ialah untuk memperhebatkan pendebatan mereka.
Jamaluddin Abu al-Faraj Abdurrahman bin Ali bin Muhammad bin Ali bin Abdullah al-Jauzi
(510-597 H):God is neither inside nor outside of the Universe

Anda mungkin juga menyukai