Anda di halaman 1dari 3

ARKIB : 16/09/2013

Kanak-kanak prasekolah perlu dididik


dalam persekitaran terbuka

Para pelajar membuat persembahan pada pertandingan tarian rampai dalam Karnival Bijak
Prasekolah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, semalam.
KUALA PILAH 15 Sept. - Membentuk pemikiran kanak-kanak berusia lima hingga enam
tahun perlu mengambil kira aspek perubahan sikap dan kematangan interaksi supaya lebih
berani ketika di alam persekolahan sebenar.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri,
Datuk Norhayati Omar berkata, mereka yang mendidik kanak-kanak prasekolah perlu lebih
berani membawa elemen persekitaran yang agak mencabar supaya asuhan itu dapat
menambah jati diri kanak-kanak untuk lebih berdikari.
"Apa juga aktiviti yang dilakukan, sama ada dalam bilik darjah mahupun kegiatan luar,
kanak-kanak prasekolah wajar dididik dalam persekitaran terbuka, umpamanya bercerita
dalam bahasa Melayu dan Inggeris, berpidato, membaca al-Quran, lakonan dan sebagainya di
hadapan khalayak ramai.
"Ini akan dapat menunjukkan satu semangat keyakinan diri yang tinggi dan apabila mereka
masuk ke alam persekolahan, golongan kanak-kanak inilah yang akan menjadi pencetus idea,
pemikiran baharu serta lebih berani menyatakan pandangan mereka," katanya di Pelangai,
dekat sini hari ini.
Norhayati berkata demikian sewaktu berucap dalam majlis Karnival Bijak Prasekolah
peringkat daerah itu di Sekolah Kebangsaan Pelangai, dekat sini hari ini.

Katanya, biarpun kanak-kanak itu masih gugup dan takut untuk bergaul namun perubahan
sikap itu perlu ditangani pendidik untuk menyaksikan proses kematangannya.
"Saya lihat hari ini pelajar begitu berani membuat persembahan seperti tarian Zalin dan
Endang yang menjadi salah satu slot pertandingan. Mereka bergaul dan beraksi dalam satu
kumpulan. Ini perlukan keberanian dan itulah yang saya maksudkan perubahan sikap positif,"
ujarnya.
Sebanyak 368 pelajar pra sekolah seluruh daerah itu mengambil bahagian dalam
pertandingan tarian rampai, nyanyian solo, menyusun ayat dan perkataan dalam bahasa
Melayu dan Inggeris selain mewarna.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130916/ws_02/Kanak-kanakprasekolah-perlu-dididik-dalam-persekitaran-terbuka#ixzz2f8mgeVCZ
Utusan Melayu (M) Bhd

ARKIB : 11/09/2013

Kemas Sarawak cemerlang capai sasaran


NKRA

Pembantu Tadbir, Sateria Sam (berkerusi roda) bersama rakan yang lain antara penerima
anugerah perkhidmatan cemerlang KEMAS, negeri Sarawak, di Kuching, kelmarin.

KUCHING 10 Sept. - Kemas Sarawak berjaya menambah bilangan kelas taman bimbingan
kanak-kanak (Tabika) sebanyak 100 peratus dalam tempoh tiga tahun Bidang Keberhasilan
Utama Negara (NKRA) dilancarkan pada 2010.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi
berkata, sebelum NKRA terdapat hanya 725 buah kelas Tabika di negeri ini namun kini
bertambah sebanyak 774 menjadikan jumlah keseluruhan kelas sebanyak 1,499 buah.
"Sementara itu, taman asuhan kanak-kanak (Taska) Kemas Sarawak juga mengalami
perubahan positif dengan pembukaan sebanyak 51 buah Taska sehingga 2013.
"Pada tahun depan pula, sebanyak 12 buah Taska baharu dirancang pembukaannya di negeri
ini," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang (APC) 2012 Kemas Sarawak yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah
(Operasi) Kemas, Amiruddin Ariffin dan Pengarah Kemas negeri, Abang Rabaee Abang
Muhi di sini semalam.
Dalam majlis berkenaan, seramai 171 kakitangan Kemas Sarawak merangkumi kumpulan
pengurusan dan profesional mahupun kumpulan sokongan menerima anugerah tersebut.
Sementara itu, Alexander berkata, sumbangan Kemas Sarawak itu adalah signifikan dalam
membantu mencapai sasaran keseluruhan penyediaan pendidikan awal kanak-kanak di
seluruh negara.
Beliau berkata, bermula 2010, Kemas meletakkan sasaran untuk membuka sebanyak 2,500
buah kelas Tabika.
"Sasaran ini membabitkan pembukaan 500 buah kelas pada 2010, 1,000 buah kelas pada 2011
diikuti dengan pembukaan 1,000 lagi kelas pada 2012.
"Kemas telah berjaya mencapai sasaran 2011 dengan membuka sebanyak 1,150 buah kelas
dengan jumlah keseluruhan penyertaan sebanyak 218,806 orang kanak-kanak," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Alexander Nanta berkata, kementeriannya sentiasa berusaha
menaik taraf pendidikan guru-guru Tabika dan Taska ke tahap diploma.
Sehingga 2011 katanya, seramai 1,148 orang guru Tabika telah memperoleh diploma.
Menurutnya, pada 2012 seramai 354 pelatih yang mengikuti kursus dalam cuti (KDC) dan
284 orang secara kursus sepenuh masa (KSM) telah berjaya mendapat diploma perguruan
daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sabah_
%26_Sarawak/20130911/wb_02/Kemas-Sarawak-cemerlang-capai-sasaranNKRA#ixzz2f8nGAw6t
Utusan Melayu (M) Bhd

Anda mungkin juga menyukai