Anda di halaman 1dari 2

E B A H A N

T
B A C A A N

A Z K I R A H

Sifat Pendakwah
Seseorang pendakwah, sebelum melangkahkan kakinya ke medan dakwah, terlebih
dahulu hendaklah melengkapkan dirinya dengan sifat-sifat pendakwah muslim dam
memahami jalan sebenar yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. Tanpa kefahaman yang
jelas, maka pendakwah itu akan menghadapi kesukaran yang sepatutnya boleh
dielakkan.

Sifat-sifat pendakwah muslim yang perlu ada antaranya iaitu budi pekerti mulia,
lurus perilakunya, sifat kepimpinan yang sihat, tekun dan penuh keazaman,
berperasaan kesihan belas dan tegas, benar dan amanah, kecerdikan, beramal solih
yang berkekalan, kesedaran, berupaya memberi penerangan, berupaya
menyelesaikan masalah masyarakat serta dapat memhamami jiwa individu dan
masyarakat. Disamping itu dapat memahami perasaan orang ramai dan mendapat
kasih sayang, penghargaan dan penghormatan dari masyarakat terutama sekali
dalam jurusan agama.

Oleh itu kita sepatutnya meneliti metod dakwah yang digariskan oleh Rasulullah
s.a.w., diantaranya apa yang disebut dalam surah Yusof ayat 108, maksudnya :
"Katakan olehmu (wahai Muhammad), inilah jalanku, yang aku dan mereka yang
mengikutku menyeru ke jalan Allah dengan basirah dan Maha Suci Allah, dan
tidaklah aku tergolong dari golongan musyirikin."

"Basirah" menurut Dr. muhammad Fathullah badran membawa erti : "Ilmu yang
luas, hujjah-hujjah yang kuat, pengetahuan hati, kesedaran, kefahaman yang dalam,
memelihara hal keadaan orang yang didakwahkan dan menggunakan kata-kata
yang jelas." Dan "salbi" (inilah jalanku) itu tidak lain melainkan jalan yang satu
iaitu Islam yang padanya diberi panduan iaitu Al Quran dan al Hadis Rasulullah
s.a.w.

Ini dijelaskan oleh Allah sendiri dalam firmanNya surah al-An'am ayat 153 yang
bermaksud : "Dan bahawa inilah jalanku yang lurus maka hendaklah kamu sekelian
mengikutinya dan janganlah engkau ikut jalan yang berbagai-bagai kelak ia
memecah-belahkan kamu sekelian dari jalanNya.

Itulah pesanan kepada kamu sekalian, mudah-mudahan kamu bertaqwa." walaupun


nampak sukar, tetapi itulah asas yang digariskan oleh baginda dalam penyebaran
Sifat Pendakwah_____________________________________________________

dakwah yang diikuti oleh para sahabat dan genarasi kemudian. Maka sewajarnyalah
ia menjadi azimat buat para daie terkemudian bagi meneruskan kerja-kerja mulia
itu.

Anda mungkin juga menyukai