Anda di halaman 1dari 66

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)


MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC)

MODUL PENGAJIAN UMUM

MPU2042
PENDIDIKAN ISLAM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLIK 2250
JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA

Berkuat Kuasa Mulai Mac 2016


Kemas Kini November 2018
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,


bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan
kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan
memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik,
progresif dan berdisiplin.

Hak Cipta

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan


yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan
sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam
apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun,
sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman
atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada
Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan
Malaysia.

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG


BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA
PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP).

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan November 2018


Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

ii
Kandungan Muka Surat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru ii


Kandungan iii
Panduan Pelajar iv
Pengenalan vi
Agihan Tajuk vii

Unit 1 Konsep Akidah 1

Unit 2 Ibadah Solat, Pengurusan Jenazah dan Sembelihan 3

Unit 3 Sahsiah Guru Muslim 34

Unit 4 Sahsiah Guru Muslim 46

Bibliografi 54
Panel Penggubal 55
Ikon 56

iii
PANDUAN PELAJAR

PENGENALAN

Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan


pembelajaran agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada
pelajar untuk mendapatkan matlamat dan gaya pembelajaran terkini.

SASARAN KURSUS

Pelajar Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPP) yang mendaftar dengan


Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri memerlukan pelajar membuat keputusan tentang


pembelajaran yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri berkesan jika pelajar
dapat menentukan sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar
mempunyai autonomi dan bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri.

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)

Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap satu jam kredit. Program Diploma Pascasiswazah
Pendidikan dilaksanakan secara Sepenuh Masa dalam bentuk Kursus Dalam Cuti
(KDC), di mana interaksi bersemuka dilaksanakan pada cuti persekolahan dan
hujung minggu. Jumlah pembelajaran secara bersemuka diperuntukan 60% (40%
interaksi bersemuka secara kuliah /tutorial/amali dan 20% interaksi bersemuka
secara dalam talian). Manakala 40% lagi adalah pembelajaran pelajar melalui modul
pembelajaran.

iv
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Pembelajaran dalam talian ini menggunakan saluran media terkini yang sesuai.
Pensyarah dan pelajar akan ditentukan masa yang sesuai untuk berinteraksi secara
langsung dalam talian. Tajuk dan jumlah jam yang akan dipelajari diambil dari
Maklumat Kursus (MK) mengikut kursus dan semester yang ditawarkan.

SUSUNAN UNIT MODUL

Modul ini ditulis dalam susunan Unit. Setiap unit mempunyai lima eleman asas yang
konsisten:

1. Hasil Pembelajaran Unit


2. Sinopsis
3. Kandungan Unit
4. Penulisan berkaitan kandungan unit
5. Latihan
6. Panduan pelaksanaan dalam talian bagi tajuk yang berkaitan

Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email atau
alat media yang sesuai jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

IKON

Pelajar akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar
agar pada sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat.

PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

Pelajar juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus.
Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila pelajar mendaftar.
Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam Maklumat Kursus (MK) yang
pelajar pelajari secara interaksi bersemuka, modul dan dalam talian.

v
PENGENALAN

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai ilmu berkaitan kurikulum
dalam MPU Pendidikan Islam untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah rendah.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menghafaz lima surah pilihan daripada ayat-ayat lazim dengan bertajwid.

2. Menganalisis konsep akidah, amalan ibadan harian dan sahsiah guru muslim
dengan merujuk pelbagai sumber

3. Membentangkan peranan guru muslim dalam menangani isu akidah dan


akhlak dalam masyarakat.

vi
AGIHAN TAJUK
Panduan Kepada Pengguna

Modul pembelajaran ini dibina berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Jumlah


pembelajaran secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka
secara kuliah /tutorial/amali dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian).
Manakala 40% lagi adalah pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran.

JUMLAH JAM
INTERAKSI
BERSEMUKA
60%
KESELU-
BIL. TAJUK/ TOPIK 18 JAM
RUHAN
KULIAH/
29 JAM
TUTORIAL/ DALAM
AMALI TALIAN MODUL
40% 20% 40%
12 JAM 6 JAM 11 JAM
1 1. Tilawah al-Quran

1.1 Asas Ilmu Tajwid al-Quran

 Makhraj Huruf (DT)


 Hukum Nun Mati dan Mim 3
Mati (D)
 Hukum Qalqalah (DT)
 Mad asli/ tabie (K)
 Mad Far’ie (K)
Mad Wajib Muttasil
Mad Jaiz Munfasil
Mad Silah 8 5
Mad Aridh Lissukun

1.2 Membaca dan menghafaz


lima surah daripada Ayat- Ayat
Lazim: (K)

 Al-Fatihah
 Al-Dhuha
 Al-A’la
 Al-Sham
 Al-Ghasiyyah

vii
2 2. Konsep Aqidah

 Halawatul Iman; (M)


- Tauhid Uluhiyah,
- Tauhid Rububiyyah
- Tauhid Asma’ Wa Sifat
- Iman, Islam dan Ihsan
- Mengenali Sifat 20 Allah
SWT

 Perkara Membatalkan dan


Merosakkan Iman: (K)

Syirik
7 2 1 4
Kufur
Bid’ah
Khurafat
Ajaran Sesat

 Langkah Pengukuhan dan


Pencegahan Aqidah: (DT)

Langkah-Langkah
Memelihara Aqidah
Langkah-langkah
Mengembalikan
Kepada Iman yang
Sebenar
3 3. Ibadat

3.1 Solat Berjemaah: (K)

 Syarat Menjadi Imam


 Istikhlaf Imam
 Makmum Muwafiq dan
Masbuq
 Hikmah Berjemaah (DT)

3.2 Rukhsoh Solat Ketika


Bermusafir (M)
7 2 1 4
 Definisi Solat Qasar dan
Solat Jamak
 Syarat Sah Solat Qasar
dan Solat Jamak
 Kaifiat Menunaikan Solat
Qasar dan Solat
Jamak
 Hikmah Rukhsoh Solat
(DT)

3.3 Pengurusan Jenazah : (K)

viii
 Mandi
 Kafan
 Solat
 Pengkebumian

3.4 Sembelihan: (K)

 Rukun dan Alat


Sembelihan
 Kaifiat Sembelihan
 Isu-Isu Semasa berkaitan
Sembelihan
 Hikmah Sembelihan Cara
Islam

4 4. Sahsiah Guru Muslim

4.1 Peranan Guru (M)

Muallim
Mudarris
Muaddib
Murabbi
Murshid

 Guru sebagai pendakwah


Komunikasi guru dengan
7 3 1 3
murid dan masyarakat
Kesantunan guru (DT)

 Isu-isu Semasa dan Cabaran


pembinaan modal insan (K)

Akhlak Guru:
Ketrampilan
Integriti
Akauntabliti
Qudwah Hasanah

Jumlah 29 12 6 11

Nota:
K - Kuliah, T - Tutorial, A - Amali, M - Modul, DT - Dalam Talian

ix
Unit 1 TILAWAH AL-QURAN

Sinopsis

Pelajar mempelajari asas ilmu tajwid al-Quran dan membaca serta menghafaz lima
surah daripada ayat- ayat lazim

Hasil Pembelajaran

Supaya pelajar dapat membaca al-Quran dengan baik memgikut hukum tajwid

1.2 Asas Ilmu Tajwid al-Quran

1.2.1 Makhraj Huruf (DT)


1.2.2 Hukum Nun Mati dan Mim Mati (DT)
1.2.3 Hukum Qalqalah (DT)
1.2.4 Mad asli/ tabie (K)
1.2.5 Mad Far’ie (K)

1.2.5.1 Mad Wajib Muttasil


1.2.5.2 Mad Jaiz Munfasil
1.2.5.3 Mad Silah
1.2.5.4 Mad Aridh Lissukun

1.3 Membaca dan menghafaz lima surah daripada Ayat- Ayat Lazim:

1.2.1 Al-Fatihah (K)


1.2.2 Al-Dhuha (K)
1.2.3 Al-A’la (K)
1.2.4 Al-Sham (K)
1.2.5 Al-Ghasiyyah (K)

1
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

A. Media Digunakan
i. WhatsApp
ii. Masa 3 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi
satu sesi. (rujuk Agihan Tajuk)

B. Tajuk Pembelaran: Tilawah Al-Quran

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:

1.2.1 Makhraj Huruf (DT)


1.2.2 Hukum Nun Mati dan Mim Mati (DT)
1.2.3 Hukum Qalqalah (DT)

D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:


i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.

2
Unit 2 KONSEP AQIDAH

Sinopsis

Naluri setiap insan inginkan kebenaran. Justeru manusia akan mencari-cari pegangan
yang benar dan betul untuk dijadikan pegangan dan panduan hidup. Apabila mereka
menemui kebenaran, jiwa dan hatinya akan merasa tenang dan yakin terhadap diri
sendiri dan apa yang menjadi pegangannya. Hanya aqidah Islam yang dapat menepati
ciri-ciri ini kerana ia adalah dari Allah SWT. Pendidikan aqidah merupakan teras penting
dalam menanamkan keyakinan manusia terhadap keesaan Allah SWT untuk
mengabdikan diri dan mendekatkan diri kepadaNya. Tujuannya ialah supaya manusia
menjadi insan yang soleh yang boleh merealisasikan segala tujuan hidup di dunia dan
akhirat. Kelangsungan daripada itu, setiap insan yang bergelar muslim bukan sahaja
berkewajipan menjaga aqidah dan keimanan mereka dari masa ke semasa malah perlu
memperkukuh dan membajainya setiap masa.

Hasil Pembelajaran

1. Menanamkan kepercayaan yang kukuh terhadap keesaan Allah SWT dalam diri
pelajar.
2. Menanamkan keyakinan kepada kekuasaan Allah SWT serta dapat memelihara
jiwa dari menurut hawa nafsu.
3. Meneguhkan pendirian dan istiqamah terhadap perintah Allah SWT dengan
penuh keyakinan.
4. Menjaga aqidah dan keimanan daripada anasir-anasir yang merosakkan.

3
Kerangka Konsep Tajuk

Konsep Aqidah

Halawatul Iman Perkara yang membatal Langkah Pencegahan


dan merosakkan Aqidah dan Pengukuhan Aqidah

2.1 Halawatul Iman


2.1.1 Pengertian Iman,Islam dan Ihsan

Islam dari segi bahasa berasal daripada kata dasar salama ( ‫ )سلم‬yang membawa
maksud taat dan patuh, aman dan damai serta terlepas atau jauh daripada kekurangan
kekurangan zahir dan batin. Manakala dari segi istilah syarak, Islam ialah tunduk, taat
dan patuh kepada perintah Allah s.w.t. seperti yang disampaikan oleh Nabi Muhammad
s.a.w. Sebagai seorang Muslim, kita wajib tunduk kepada Allah s.w.t. selari dengan
maksud Islam dalam bahasa Arab ialah tunduk kepada Allah s.w.t. – Lisan al-Arab.

Iman pula berasal daripada kata dasar amina ) ‫ (أمن‬yang bererti aman iaitu tiada
rasa takut. Pengertian iman dari segi istilah ialah mempercayai dan meyakini Allah
s.w.t. dan rasul-Nya dengan pengucapan lidah dan kepercayaan dalam hati tanpa rasa
syak dan ragu.

Pengertian ihsan ialah pengabdian diri kepada Allah dengan sebaik-baiknya


justeru meyakini keberadaan Allah yang sentiasa melihatnya (muraqabatullah).
Ihsan juga bermaksud berbuat baik kepada makhluk dan menghindari daripada
melakukan perbuatan jahat. Menurut Imam Nawawi, ihsan akan mendorong seseorang
agar sentiasa ikhlas dalam beribadat dan mengerjakan ibadat kerana Allah s.w.t.
semata-mata.

Bagi mendapatkan gambaran yang menyeluruh tentang ketiga-ketiga


pergertian ini, kita perlu merujuk kepada sumber Islam yang sahih iaitu sebuah hadis

4
yang terkenal yang diriwayatkan oleh Iman Muslim daripada Saidina Umar al-
Khattab r.a seperti berikut:

Daripada Umar r.a. katanya: Pada suatu hari sedang kami duduk
di sisi Rasulullah s.a.w. tiba-tiba datang kepada kami seorang
lelaki yang sangat putih kainnya, sangat hitam rambutnya,
tidaklah kelihatan atasnya tanda-tanda orang yang sedang dalam
perjalanan, dan tidak seorang pun daripada kami yang
mengenalinya sehingga dia duduk berdekatan dengan Rasulullah
s.a.w. lalu dia menyandarkan kedua-dua lututnya kepada kedua-
dua lutut Rasulullah s.a.w. dan meletakkan kedua-dua telapak
tangannya ke atas kedua-dua paha Nabi s.a.w.
Kemudian dia berkata: Hai Nabi Muhammad! Khabarkanlah
kepadaku darihal Islam. Maka Rasulullah s.a.w. menjawab: Islam
itu ialah bahawa engkau mengakui tiada tuhan melainkan Allah
dan bahawasanya Muhammad itu pesuruh Allah, dan engkau
mendirikan sembahyang, dan engkau keluarkan zakat, dan
engkau puasa bulan Ramadan, dan engkau mengerjakan haji di
Baitullah jika engkau sanggup pergi kepadanya. Dia berkata:
Benarlah engkau! Maka kami pun tercengang kerana dia yang
bertanya dan dia pula yang membenarkannya.
Katanya lagi: Maka khabarkan kepadaku darihal Iman.
Rasulullah s.a.w. menjawab: Iman itu ialah bahawa engkau
beriman kepada Allah, dan malaikat-Nya, dan segala kitab-Nya,
dan para Rasul-Nya, dan engkau beriman kepada takdir baik-
Nya dan jahat-Nya.
Dia berkata: Benarlah engkau!
Kemudian dia bertanya lagi: Maka sekarang khabarkanlah
kepadaku darihal Ihsan. Rasulullah s.a.w. menjawab: Ihsan ialah
bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-
Nya, tetapi jika engkau tidak melihat-Nya maka sesungguhnya Ia
melihat engkau.
(HR. Muslim)

5
Aktiviti 1

Islam terdiri daripada lima rukun yang tersusun dengan


indah. Marilah kita mengenali rukun-rukun itu satu persatu
agar jelas kepada kita apakah Islam yang sebenarnya
berdasarkan sumber yang betul dan terbukti kebenaran
faktanya.

Jelaskankan konsep-konsep berikut berserta contoh yang


sesuai.

Iman :

Islam :

Ihsan

2.1.2 Tauhid Uluhiyyah

Tauhid Uluhiyyah bermaksud orang Islam yang beriman dengan keimanan yang
sebenar, dia hanya mengambil Allah SWT sebagai IIlah. Dia tidak meletakkan Allah
SWT bersama-sama yang lain sebagai Illah. Allah SWT sahaja sebagai pujaan dan Dia
sahaja yang layak disembah. Maksud Illah ialah sesuatu yang dipuja, disembah dan
ditaati. Segala ibadat. seperti solat, puasa dan zakat, semuanya dilakukan oleh
hambaNya yang hanya ikhlas kerana Allah SWT semata-mata dan kita tidak boleh
mengabdikan diri atau sujud kepada selain daripada Allah SWT.

Tauhid Uluhiyyah bermaksud beriman dengan keimanan yang sebenar dengan


menjadikan Allah SWT sebagai IIlah. Mereka tidak menyamakan Allah SWT dengan
yang lain sebagai Illah. Allah SWT sahaja sebagai pujaan dan layak disembah.
Manakala maksud Illah pula ialah sesuatu yang dipuja, disembah dan ditaati. Semua
ibadat seperti solat, puasa, zakat dan semuanya yang dilakukan oleh hamba hanya
semata-mata ikhlas kepad Allah SWT dan mereka tidak boleh mengabdikan diri atau
sujud kepada yang lain selain daripada Allah SWT.

Lantaran itu, manusia tidak boleh mensyirikkan Allah SWT dan tidak boleh
mengharapkan selain Allah SWT. Sebagaimana firman Allah SWT:

6
Maksudnya:
”Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan: "Bahawasanya Allah SWT
salah seorang dari yang tiga", padahal sekali-kali tidak ada Tuhan selain dari Tuhan
yang Esa. Jika mereka tidak berhenti daripada apa yang mereka katakan itu, pasti
orang-orang yang kafir di antara mereka akan ditimpa siksaan yang amat pedih”.
(al-Maidah:73)

Maksudnya:
Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: ”Bahawasanya Allah ialah
salah satu dari tiga tuhan”, Pada hal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan
Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan
itu, sudah sudah tentu orang-orang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab
seksa yang tidak terperi sakitnya.
(al-Maidah: 73)

2.1.3 Tauhid Rububiyyah

Tauhid Rubbubiyah bermaksud hanya Allah SWT sahaja sebagai Rabb (Tuhan
selaku pencipta, pemilik, pemerintah, memberi rezeki dan seumpamanya). Iaitu
mengesakan Allah SWT dari sudut perbuatannya. Membawa maksud manusia tidak
boleh menganggap atau mengangkat yang lain sebagai rabb atau bersama-sama Allah
SWT menjadi Rabb. Dialah yang mencipta, menghidup dan mematikan serta segala
kekuasaan berada padaNya. Firman Allah SWT

Maksudnya:
Segala puji hanya bagi Allah Tuhan (Yang Mengatur) sekalian alam.
(Surah Al-Fatihah : ayat 2)
Firman Allah Taala:

7
Maksudnya:
"Sesungguhnya Rab (Tuhan) kamu adalah Allah yang mencipta langit-langit dan bumi
dalam enam hari kemudian Dia istiwa di atas 'arasy"
(Al-A'raf : ayat 54)

2.1.4 Tauhid Asma’ Wassifat

Tauhid Asma’ Wassifat membawa maksud mengesakan Allah SWT dari sudut
segala namaNya dan sifatNya. Hanya Allah SWT yang layak bersifat dan memiliki sifat-
sifat kesempurnaan. Untuk itu kita wajib mempercayai dengan yakin segala nama dan
segala sifat Allah SWT sebagaimana yang terdapat dalam al-Quran dan Hadis Nabi
s.a.w.

Firman Allah SWT ;

Maksudnya:
Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Yang mana saja kamu serukan
dari kedua-dua nama itu kerana Allah mempunyai al asmaaul husna (nama-nama yang
terbaik)
(Surah Al-Isra:ayat 110)

Dapat disimpulkan bahawa keyakinan dan keimanan kepada Allah SWT bermaksud :

a) Membenarkan dengan yakin akan wujudNya Allah SWT,


b) Membenarkan dengan yakin akan keesaan Allah SWT, baik dalam
perbuatanNya menjadikan alam dan makhluk seluruhnya mahupun dalam
menerima ibadat setiap makhlukNya,
c) Membenarkan dengan yakin bahawa Allah SWT bersifat dengan segala sifat
kesempurnaan, suci daripada segala kekurangan dan suci juga daripada
menyerupai segala yang baharu (makhluk).
d) Membenarkan dengan penuh keyakinan dan keinsafan yang perlu dizahirkan
dan dibuktikan melalui amalan dan perbuatan harian makhlukNya sama ada dari
segi perbuatan, perkataan dan juga hati sanubari.

2.1.5 Mengenali Sifat 20 Allah SWT

8
Dua puluh sifat yang wajib diketahui bagi Allah SWT terbahagi kepada empat
bahagian; iaitu sifat nafsiyah, sifat salbiyah, sifat ma’ani dan sifat ma’nawiyah. Di bawah
ini akan dinyatakan dan dihuraikan mengenai sifat-sifat tersebut dan huraian secara
satu persatu mengenai sifat-sifat dua puluh tersebut.

A. Sifat Nafsiyah

Sifat nafsiyah iaitu dari zat itu sendiri, bukan sifat yang menumpang pada zat itu.
Sifat ini dikatakan nafsiyah kerana tidak menunjukkan makna yang menumpang pada
diri zat. Menurut Jumhur Ulama’ sifat ini menunjukkan kepada zatnya, bukan
menunjukkan kepada perkara yang menumpang pada zatNya (Muhammad Ramli ;
2002).

Sifat “wujud” dikatakan sifat Nafsiyah, ertinya wujud itu bukan merupakan sifat yang
menumpang atau menempel pada Zat Allah SWT. Akan tetapi Zat Allah SWT itu
dengan sendirinya adalah kewujudan Allah SWT Ataupun Zat Allah SWT dengan Wujud
Allah SWT tidak dapat dipisahkan. Berbeza dengan sifat ma’ani seperti ilmu, kerana
sifat ini merupakan sifat yang menempel pada Zat Allah SWT Ertinya sifat ilmu itu
terpisah dengan Zat Allah SWT Sebab Allah SWT mengetahui sesuatu dengan
ilmuNya, bukan dengan ZatNya. Hanya sifat “wujud” sahaja yang termasuk dalam sifat
Nafsiyah.

B. Sifat Salbiyah

Sifat Salbiyah ialah sifat yang menafikan perkara yang tidak layak bagi Allah SWT,
atau madlul bagi setiap sifat itu bermakna tiada, iaitu perkara yang tidak layak bagi
Allah SWT dan madlulNya bukanlah sebagai sifat yang maujud pada diriNya atau
makna salbiyah ialah penafian, kerana sifat ini adalah menafikan kepada Allah SWT
perkara yang tidak layak bagiNya. Termasuk dalam sifat salbiyah ialah qidam, baqa’,
mukhalafatuhu lilhawadith, qiamuhu binafsihi dan wahdaniyyah.

C. Sifat Ma’ani )‫معاني‬ ‫(صفات‬


Perkara yang dimaksudkan dengan sifat ma’ani ialah sifat yang wujud pada
sesuatu benda, sama ada sifat itu baharu seperti warna pada jirim atau sifat yang
qadim seperti ilmu Allah SWT. Secara keseluruhannya boleh disimpulkan bahawa
setiap sifat yang wujud pada zat Allah dinamakan sifat ma’ani. Sebagai contoh, ilmu itu
9
sifat Allah SWT bukan zat Allah SWT. Tujuh sifat yang terkandung dalam sifat ma’ani

iaitu qudrah ( ‫)قدرة‬, iradah )‫(إرادة‬, ilmu )‫(علم‬, hayat )‫ (حياة‬, sama’ )‫ (سمع‬, basar )‫(بصر‬

dan kalam )‫(كالم‬.

D. Sifat Ma’nawiyah )‫معنوية‬ ‫)صفات‬


Terdapat dua pengertian sifat ma’nawiyah. Pengertian pertama ialah ibarat
daripada setiap hal yang bersabit kepada zat yang diistilahkan dengan makna yang
berdiri dengan zat. Manakala pengertian kedua ialah setiap sifat yang mesti bagi zat
disebabkan kerana adanya makna yang berdiri dengan zat. Kedua-dua takrif ini
menerangkan hubungan antara sifat ma’ani dengan ma’nawiyah adalah bergantung
kepada kewujudan sifat ma’ani.

Dengan takrif lain yang sama ertinya, sifat ma’nawiyah ialah suatu perkara yang
sabit atau yang tetap bagi zat Allah SWT bersifat dengan sifat ma’ani. Antara sifat
ma’ani dengan sifat ma’nawiyah tidak terpisah. Contohnya, keadaan Allah SWT berilmu
(sifat ma’nawiyah), ini disebabkan Allah SWT mempunyai sifat ilmu (ma’ani). Sifat-sifat
yang terkandung dalam sifat ma’nawiyah sebanyak tujuh sifat iaitu kaunuhu qadiran,
kaunuhu muridan, kaunuhu ‘aliman, kaunuhu hayyan, kaunuhu sami’an, kaunuhu
basiran dan kaunuhu mutakalliman.

Sifat-Sifat Wajib

Sifat wajib bagi Allah SWT yang wajib diketahui ada dua puluh sifat dan dihuraikan
seperti berikut:

1. Wujud (Ada)

Wujud ertinya Allah SWT itu wajib ada. Allah SWT adalah sebagai zat yang
wajib wujud ertinya zat yang wajib ada. WujudNya tidak seperti wujud diri kita yang
baharu (didahului oleh tiada) kerana diri kita yang ada ini adalah di adakan oleh Allah
SWT. Maka wujud itu di sisi Imam Fakhru Razi dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi
bukan ia ‘ain maujud dan bukan lain daripada ‘ain maujud, maka atas qaul ini adalah
wujud itu Haliyyah ( yang menepati antara ada dengan tiada), tetapi pada pendapat
Imam Abu Hassan Al-Asha’ari wujud itu ‘ain Al-maujud, kerana wujud itulah zat maujud
kerana tidak disebutkan wujud melainkan kepada zat.

10
Kepercayaan bahawa wujudnya Allah SWT bukan sahaja di sisi agama Islam
tetapi semua kepercayaan di dalam dunia ini mengaku menyatakan Tuhan itu ada.
Antara dalil wujudnya Allah SWT ialah firmanNya:

Maksudnya :
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaannya ialah malam dan siang, serta matahari dan
bulan, janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan,
dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah SWT yang menciptakannya, kalau
betulah kamu hanya beribadat kepada Allah SWT.”
(Surah Fussilat : ayat 37)

2. Qidam (Sedia)

Allah SWT tiada permulaan (awalan) bagi kewujudanNya, iaitu sesungguhnya


wujud (ada) sebelum tiap-tiap sesuatu, dan sesungguhnya adaNya tanpa pada sesuatu
masa atau waktu di antara masa-masa tertentu. Wujudnya Allah SWT tidak didahului
dengan tiada dan mustahil Allah SWT itu tiada. Firman Allah SWT:

Maksudnya :
“Dialah Yang awal dan Yang Akhir dan Yang zahir serta Yang Batin dan Dialah Yang
Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”
(Surah al-Hadid : ayat 3)

3. Baqa’ (Kekal)

Yang dimaksudkan dengan kekal Allah SWT iaitu ketiadaan akhir bagi Allah
SWT atau ketiadaan kesudahan adaNya atau menafikan ketiadaan yang menghubungi
adaNya. Wujudnya Allah SWT tiada kesudahan, Dia tidak didatangi oleh tiada, kerana
kiranya harus berlaku sifat tiada bagiNya nescaya mustahil Dia bersifat qidam. Firman
Allah SWT:
….. …..
Maksudnya :
“…..tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan zat Allah SWT…..”
(Surah al-Qasas : ayat 88)
11
4. Mukhalafatuhu Lil-Hawadith (Berlainan Allah SWT Dengan Segala Yang
Baharu)

Kita wajib mempercayai bahawa Allah SWT itu tidak menyerupai dengan
sesuatu apa pun. Allah SWT tidak menyamai segala sesuatu makhluk yang ada di bumi
mahupun yang ada di langit. Firman Allah SWT:
…..
Maksudnya :
“…... tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan
pentadbiranNya) dan Dialah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.”
(Surah asy-Syura : ayat 11)

5. Qiamuhu Binafsihi (Berdiri Allah SWT Dengan Sendiri)

Erti berdiri sendiri ialah bahawa adanya Allah SWT itu tidak perlu kepada pihak
yang lain bagi mengadakannya. Allah SWT ada dengan sendirinya. Bererti Allah SWT
tidak berhajat kepada tempat dan penentu waktu. Ia tidak memerlukan zat tempat
berdiri dan tidak memerlukan pencipta lain untuk menciptakanNya. Dia adalah bersifat
qadim dan Maha Kaya, tidak memerlukan pihak lain sejak mula sehingga seterusnya,
seluruh makhluk semuanya berhajat kepadaNya. Firman Allah SWT:

Maksudnya :
“(Oleh kerana Allah SWT Menguasai segala-galanya, maka) Wahai umat manusia,
kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah SWT (dalam segala perkara), sedang
Allah SWT Dialah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.”
(Surah al-Fathir : ayat 15)

6. Wahdaniyyah (Keesaan)

Esa dari sudut zat, sifat dan perbuatan. ZatNya tidak ada bandingan iaitu ia
tidak tersusun dan terjadi daripada juzuk-juzuk sesuatu. Demikian juga tiada suatu pun
yang sama dengan sifatNya iaitu Allah SWT tiada mempunyai dua sifat daripada jenis
yang satu (sama), seterusnya tiada satu pun yang sama dengan perbuatan Allah SWT,

12
iaitu Allah SWT sahaja yang menjadikan alam ini. Tidak ada yang turut serta bersama
Allah SWT menjadikan sesuatu. Firman Allah SWT:

Maksudnya :
“Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah SWT Yang Maha Esa. Allah
SWT Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada
beranak, dan ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun Yang serupa
denganNya".
(Surah al-Ikhlas : ayat 1-4)

7. Qudrat (Berkuasa)

Bahawa Allah SWT yang Maha Suci dan Maha Tinggi, bukan yang lemah, iaitu
sesungguhnya Dialah yang berkuasa bagi mengadakan setiap makhluk dan berkuasa
pula meniadakannya atas dasar kehendak dan pengetahuanNya berhubung perkara
berkenaan. Allah SWT Maha Kuasa atas segala sesuatu. Kita wajib mempercayai
baahwa Allah SWT itu Maha Berkuasa, tidak lemah untuk melakukan apa juapun dan
tidak bersifat kekurangan. Kekuasaan Allah SWT itu berlaku dalam semua keadaan
sama ada untuk menjadikan sesuatu atau mentiadakan. Firman Allah SWT:

Maksudnya :“Dan Demi sesungguhnya! Kami telah menciptakan langit dan bumi serta
segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, dan Kami tidak mengalami
sebarang susah payah.”
(Surah Qaaf : ayat 38)
8. Iradat (Berkehendak)

Maksud Allah SWT itu berkehendak ialah Allah SWT bebas mencipta sesuatu,
iaitu Dia menjadikan sesuatu daripada alam ini bukanlah dengan kehendak atau
paksaan daripada mana-mana pihak. Dia menjadikan sesuatu itu ialah dengan
kehendakNya sendiri.

Sekiranya Allah SWT membuat sesuatu dengan kemahuan atau perintah


daripada pihak lain, ini bermakna Allah SWT dipaksa. Jika Dia dipaksa bererti Allah
SWT itu lemah. Mustahil Allah SWT itu lemah kerana sifat kekurangan yang hanya ada
pada makhluk. Oleh itu mustahil Allah SWT itu lemah. Kehendak Allah SWT pasti

13
terlaksana juga, dan tiada suatupun yang dapat menghalangi kehendak Allah SWT Jika
Allah SWT mengkehendaki sesuatu, maka sesuatu itu akan terjadi. Firman Allah SWT:

Maksudnya ;
“Sesungguhnya keadaan kekuasaannya apabila ia menghendaki adanya sesuatu,
hanyalah ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". maka ia terus
menjadi.”
(Surah Yaasin : ayat 82)

9. Ilmu (Mengetahui)

Allah SWT bersifat ilmu ertinya bahawa Allah SWT memiliki pengetahuan dan
mengetahui segala sesuatu. Allah SWT Maha Mengetahui terhadap perkara yang
sudah berlalu, yang sedang terjadi dan yang akan terjadi baik di langit mahupun di bumi
dan segala sesuatu yang diciptakanNya. Begitu juga setiap pergerakan dan gerak-geri
kita tidak luput daripada pengetahuan Allah SWT Allah SWT tidak pernah lupa dan Dia
mengetahui tidak dibatasi dengan masa dan tempat. Firman Allah SWT:
…..
Maksudnya ;

“…..Sesungguhnya Allah SWT Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”


(Surah al-Mujaadilah : ayat 7)

10. Hayat (Hidup)

Bahawa Allah SWT yang Maha suci hidup selama-lamanya, Ia tiada menemui
ketiadaan. Sesungguhnya kehidupanNya bukan seperti kehidupan kita. Kehidupan kita
mempunyai perantaraan mengalirnya darah dan nafas pada fizikal. Manakala
kehidupan Allah SWT yang Maha tinggi itu tanpa sesuatu perantaraan. Hidup Allah
SWT merupakan kehidupan yang paling sempurna yang tidak berakhir dengan
kesudahan atau kematian atau kebinasaan. Firman Allah SWT:

Maksudnya :
“Dan berserahlah Engkau kepada Allah SWT Tuhan Yang hidup, Yang tidak mati, serta
bertasbihlah Dengan memujiNya, dan cukuplah ia mengetahui secara mendalam akan
dosa-dosa hambaNya.”

14
(Surah al-Furqan : ayat 58)

11. Sama’ (Maha Mendengar)

Sama’ ertinya mendengar. Ertinya Allah SWT Maha Mendengar. Mendengar


segala sesuatu yang maujud ini. Allah SWT mendengar tanpa sebarang perantara,
tidak menggunakan sebarang alat penangkap suara dan tidak menggunakan
pancaindera seperti makhluk. Pendengaran Allah SWT tidak tertakluk kepada jarak
dekat atau jauh. Firman Allah SWT:
…..
Maksudnya :
“…..tiada sesuatupun Yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan
pentadbiranNya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.”
(Surah asy-Syuraa : ayat 11)

12. Basar (Maha Melihat)

Basar ertinya melihat. Penglihatan Allah SWT juga tidak terbatas. Allah SWT
Maha Melihat apa sahaja yang ada di alam ini. Ia dapat melihat semua yang kita
lakukan meskipun kita melakukan sesuatu secara sembunyi-sembunyi. Allah SWT
mampu melihat, sama ada yang besar mahupun yang kecil, yang nyata mahupun
halus. Penglihatan Allah SWT tidak menggunakan sebarang alat seperti manusia
melihat menggunakan pancaindera dan pancaran cahaya. Ia tidak tertakhluk kepada
syarat dekat, jauh atau tidak ada sekatan atau dinding. Sifat Allah SWT ini menandakan
bahawa Allah SWT Maha Sempurna. Firman Allah SWT:

Maksudnya :
“Dan Allah Maha Melihat akan apa yang mereka lakukan".
(Surah Al-Baqarah : ayat 96)

13. Kalam (Berkata-Kata)

Kalam ertinya berkata-kata. Kalam ialah sifat azali, bersifat dengan zat Allah
SWT, tidak berhuruf, tidak bersuara, bersih dari segala sifat-sifat baharu yang disifatkan
kepada kalam makhluk. Kitab-kitab Allah SWT yang diturunkan kepada nabi-nabi
adalah sebahagian daripada kalimat Allah SWT. Firman Allah SWT:

15
Maksudnya :
“Dan Allah bekata-kata kepada Musa dengan kata-kata (tiada perantaraan) "
(Surah An-Nisa : ayat 164)

14. Kaunuhu Qadiran (Allah SWT Tetap Selalu Dalam Keadaan Berkuasa)

Sifat Allah SWT ini bererti Allah SWT adalah Zat yang Maha Berkuasa. Allah
SWT tidak lemah, Ia berkuasa penuh atas seluruh makhluk dan ciptaanNya. Allah SWT
wajib memiliki sifat Kaunuhu Qadiran ertinya Allah SWT tetap selalu dalam keadaan
berkuasa. Jika kita lihat seolah-olah sifat Kaunuhu Qadiran sama dengan sifat Qudrat
atau kuasa. Namun keduanya tidak sama. Dari segi maknanya Qudrat erti kuasa,
sedangkan Kaunuhu Qadiran ertinya tetap dalam keadaan selalu berkuasa. Kaunuhu
Qadiran bukan Qudrat, cuma antara keduanya saling berlaziman atau saling
mensabitkan ataupun saling berhubungan. Firman Allah SWT:
…..
Maksudnya :
“…..Sesungguhnya Allah SWT Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
(Surah al-Baqarah : ayat 20)

15. Kaunuhu Muridan (Keadaan Allah SWT Yang Berkehendak)

Allah SWT wajib memiliki sifat Kaunuhu Muridan ertinya bahawa Allah SWT
mempunyai sifat yang tetap dalam keadaan berkehendak. Sifat ini juga seolah-olahnya
nampak sama dengan sifat Iradat iaitu Allah SWT Maha Berkehendak. Sebenarnya ia
berbeza kerana Kaunuhu Muridan juga merupakan sifat yang berdiri pada Zat Allah
SWT, ia tidak sampai ke peringkat maujud dan tidak pula ma’dum (tiada).

Antara sifat Iradat dengan Kaunuhu Muridan ini juga saling melazimkan atau
sentiasa berkait. Kalau dicontohkan kepada manusia, jika ia ada sifat berkehendak,
maka ia juga diberikan sifat selalu dalam keadaan menghendaki. Sebagai penyebab
bahawa berkehendak yang ada dalam dirinya berkeinginan agar selalu dalam keadaan
mengkehendaki sesuatu. Namun contoh ini juga tidak sama dengan Zat Allah SWT,
sebab bagi Allah SWT tidak boleh dikatakan Iradat sebagai penyebab Kaunuhu
Muridan atau Berkehendak sebagai penyebab Tetap dalam keadaan Mengkehendaki.
Firman Allah SWT:

16
Maksudnya :
“Mereka kekal di dalamnya selagi ada langit dan bumi kecuali apa Yang dikehendaki
oleh Tuhanmu. Sesungguhnya Tuhanmu, Maha Kuasa melakukan apa Yang
dikehendakiNya.”
(Surah Hud : ayat 107)

16. Kaunuhu ‘Aliman (Keadaan Allah SWT Yang Mengetahui)

Allah SWT wajib bersifat dengan Kaunuhu ‘Aliman ertinya tetap selalu dalam
keadaan mengetahui. Jika kita lihatpun sifat ini seakan sama dengan sifat Ilmu Allah
SWT Namun keduanya tidak sama. Dari segi makna Kaunuhu ‘aliman Maksudnya
Tetap selalu dalam keadaan Mengetahui, sedangkan Ilmu ertinya Allah SWT Maha
Mengetahui. Cuma antara keduanya saling mensabitkan atau berkaitan. Kaunuhu
‘aliman berdiri sendiri bukan sifat ilmu tetapi merupakan sifat ma’nawiyyah, sedangkan
Ilmu merupakan sifat ma’ani. Jika kita berikan contoh dalam kehidupan makhluk, ia
mempunyai sifat Ilmu atau mengetahui, maka dalam sifat Mengetahui itu juga di
masukkan sifat yang tetap selalu dalam keadaan mengetahui. Ertinya Mengetahui yang
ada dalam diri seseorang itu merupakan penyebab sehingga ia mengingini sifat tetap
selalu dalam keadaan mengetahui.
Namun, contoh ini tidak sama dengan Zat Allah SWT, sebab bagi Allah SWT
tidak boleh dikatakan sifat Ilmu Allah SWT sebagai penyebab Kaunuhu ‘aliman. Sifat
Allah SWT tetap selalu dalam keadaan Mengetahui atau Kaunuhu ‘aliman tidak
disebabkan oleh sesuatu yang lain. Firman Allah SWT:
…..
Maksudnya :
…..dan (ingatlah) Allah SWT Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(Surah an-Nisa’ : ayat 176)

17. Kaunuhu Hayyan (Keadaan Allah SWT Yang Hidup)

Allah SWT wajib mempunyai sifat Kaunuhu Hayyan ertinya tetap selalu dalam
keadaan Hidup. Sifat Kaunuhu Hayyan ini juga tidak sama dengan sifat Hidup atau
Hayat. Cuma sifat ini saling menguatkan atau saling mensabitkan. Firman Allah SWT:

17
Maksudnya :
“Dan berserahlah Engkau kepada Allah SWT Tuhan Yang hidup, Yang tidak mati serta
bertasbihlah dengan memujiNya dan cukuplah ia mengetahui secara mendalam akan
dosa-dosa hambaNya.”
(Surah al-Furqan : ayat 58)

18. Kaunuhu Sami’an (Keadaan Allah SWT Yang Mendengar)

Allah SWT wajib mempunyai sifat Kaunuhu Sami’an ertinya Tetap selalu dalam
keadaan Mendengar. Sifat ini juga tidak sama dengan sifat Sama’ atau Allah SWT
Maha Mendengar. Dari segi maknanya saja sudah berbeza, kerana Sama’ ertinya
Maha Mendengar, sedangkan Kaunuhu Sami’an ertinya tetap selalu dalam keadaan
Mendengar. Cuma antara keduanya saling berlaziman atau saling mensabitkan
ataupun saling berkaitan.

Jika kita contohkan kepada manusia bahawa manusia itu mempunyai sifat
mendengar, maka dalam sifat mendengar itu dimasukkan sifat yang tetap selalu dalam
keadaan mendengar. Maksudnya, mendengar yang ada pada manusia ini merupakan
penyebab sehingga ia memiliki sifat tetap selalu dalam keadaan mendengar. Tetapi
jikalau ia tuli sudah tentu perkara yang sukar untuk ia miliki ialah sifat tetap selalu dalam
keadaan mendengar. Namun begitu contoh ini tidak sama dengan Zat Allah SWT,
sebab bagi Allah SWT tidak boleh dikatakan sifat Sama’

Allah SWT sebagai penyebab Kaunuhu Sami’an. Firman Allah SWT:


…..

Maksudnya :
“…..dan (ingatlah), Allah SWT Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”
(Surah al-Baqarah : ayat 256)

19. Kaunuhu Basiran (Keadaan Allah SWT Yang Melihat)

Wajib bagi Allah SWT mempunyai sifat Kaunuhu Basiran Maksudnya tetap
selalu dalam keadaan Melihat. Sifat ini berbeza dengan sifat Basar. Sifat Basar
merupakan satu sifat maujud yang berdiri pada Zat Allah SWT dan dengannya Allah
SWT Maha Melihat segala sesuatu. Sedangkan Kaunuhu Basiran Maksudnya Allah
SWT tetap selalu dalam keadaan Melihat. Firman Allah SWT:

18
Maksudnya :
"Sesungguhnya Allah SWT mengetahui Segala rahsia langit dan bumi, dan Allah SWT
Maha melihat akan Segala Yang kamu kerjakan".
(Surah al-Hujurat : ayat 18)

20. Kaunuhu Mutakalliman (Keadaan Allah SWT Yang Berkata-Kata)

Allah SWT wajib mempunyai sifat Kaunuhu Mutakalliman Maksudnya bahawa


Allah SWT tetap selalu dalam keadaan berkata-kata. Sifat Kaunuhu Mutakalliman ini
juga tidak sama dengan sifat Kalam Allah SWT Sifat kalam merupakan sifat ma’ani
sedangkan Kaunuhu Mutakalliman merupakan sifat ma’nawiyyah. Kedua sifat ini saling
melazimkan atau berkaitan, tetapi ia tetap berdiri sendiri, bukan satu sifat bersandar
dengan sifat-sifat tertentu, kerana jika terjadi yang demikian, maka ia menggambarkan
sifat lemah pada Tuhan. Dan mustahil bagi Tuhan memiliki sifat lemah. Firman Allah
SWT:

Maksudnya :
“Dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang Rasul Yang telah Kami ceritakan
kepadamu dahulu sebelum ini, dan Rasul-rasul Yang tidak Kami ceritakan hal mereka
kepadamu. dan Allah SWT telah berkata-kata kepada Nabi Musa Dengan kata-kata
(secara langsung, tidak ada perantaraan).”
(Surah an-Nisa’ : ayat 164)

Sifat Mustahil
Sifat mustahil bagi Allah SWT ialah sifat yang berlawanan bagi sifat-sifat wajib
yang tertentu bagi Allah SWT Sifat yang wajib diketahui bagi Allah SWT ialah 20 sifat,
maka sifat yang mustahil yang wajib diketahui bagi Allah SWT adalah 20 sifat juga.
Keterangannya adalah seperti berikut:

1. ‘Adam (Tiada) 11.Samam (Tuli)


2. Huduth (Baharu) 12.‘Umyun (Buta)
3. Fana’ (Binasa) 13. Bukmun (Bisu)
19
4. Mumathalatuhu Lilhawadith 14. Kaunuhu ‘Ajizan (Keadaannya Yang
(Menyerupai Makhluk) Lemah)
5. Qiamuhu Bi-Ghairihi (Berdiri Dengan 15. Kaunuhu Mukhrahan (Keadaannya
Yang Lain) Yang Terpaksa)
6. Ta’addud (Berbilang-Bilang) 16. Kaunuhu Jahilan (Keadaannya Yang
Jahil/Bodoh)
7. Ajzun (Lemah) 17. Kaunuhu Mayyitan (Keadaannya Yang
Mati)
8. Karahah (Terpaksa) 18. Kaunuhu Ashamma (Keadaannya
Yang Tuli)
9. Jahlun (Jahil/Bodoh) 19. Kaunuhu A’ma (Keadaannya Yang
Buta)
10. Maut (Mati) 20. Kaunuhu Abkam (Keadaannya Yang
Bisu)

Itulah sifat yang mustahil bagi Allah SWT yang terdiri daripada 20 sifat dan lawan
daripada sifat yang wajib bagi Allah SWT Sifat mustahil ini merupakan perkara yang
tidak mungkin ada bagi Allah SWT Bagi Allah SWT memiliki segala sesuatu dan
mustahil jika Allah SWT memiliki sifat kekurangan.

Sifat Harus

Harus ertinya sesuatu yang boleh ada dan boleh tiada. Sifat yang harus bagi
Allah SWT ialah sifat yang boleh ada dan boleh tiada bagi Allah SWT .Sifat yang harus
bagi Allah SWT ada satu sahaja iaitu membuat tiap-tiap mumkin (kejadian) atau
meninggalnya (tidak membuat sesuatu) berdasarkan perkiraan kehendakNya. Mumkin
ertinya sesuatu yang boleh menerima ada dan tiada dalam ilmu Allah SWT. Apabila
Allah SWT tidak berkehendak untuk menjadikannya dan apabila telah dijadikan oleh
Allah SWT maka itulah yang dinamakan makhluk.

Lawan sifat harus bagi Allah SWT pada menjadikan mumkin ialah wajib Allah
SWT menjadikan mumkin atau mustahil Allah SWT menjadikan mumkin. Yang demikian
adalah mustahil bagi Allah SWT Bahkan wajib kita iktikadkan bahawa tidak wajib atau
tidak mustahil bagi Allah SWT pada menjadikan mumkin hanya harus jua. Dalil sifat
harus, firman Allah SWT:
…..

20
Maksudnya :
“Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancangkan berlakunya dan Dialah juga yang
memilih (satu-satu dari makhlukNya untuk sesuatu tugas atau keutamaan dan
kemuliaan)”.
(surah al-Qasas : ayat 68)

Dalil aklinya ialah jika Allah SWT tidak bersifat harus memperbuat mumkin
nescaya Dia bersifat dengan lawannya iaitu wajib Allah SWT memperbuat mumkin atau
mustahil Allah SWT menjadikan mumkin. Sekiranya wajib Allah SWT memperbuat
mumkin nescaya bertukar hakikat mumkin itu daripada suatu yang harus boleh ada dan
boleh tiada, menjadi wajib adanya. Bertukar hakikat mumkin itu daripada harus menjadi
wajib hukumnya mustahil. Kerana yang dikatakan mumkin itu sesuatu yang boleh ada
dan boleh tiada. Sesuatu yang boleh ada dan boleh tiada itu adalah diketahui bahawa
asalnya tiada semenjak azali.

Jika bertukar hakikat mumkin itu menjadi wajib nescaya menjadilah wujudnya itu
tidak berpermulaan dan tidak berkesudahan sama seperti Allah SWT, maka yang
demikan adalah batal dan mustahil. Oleh itu tetaplah tidak wajib Allah SWT menjadikan
mumkin bahkan wajib kita percaya bahawa menjadikan mumkin harus bagi Allah SWT
Adapun jika mustahil bagi Allah SWT menjadikan mumkinat nescaya membawa kepada
tidak wujud satu makhluk pun, maka yang demikian itu batal dengan nyata dipandang
bahawa makhluk telah pun wujud.

1.2 Perkara Yang Membatal dan Merosakan Iman

Pintu masuk ke dalam Islam dan seterusnya menjadi seorang yang beriman
adalah dengan iqrar dan tasdiq (mengucap dengan lidah dan membenarkan dengan
hati). Sesiapa yang yakin dan beri’tikad dengan Islam melalui cara tersebut, maka ia
dikira seorang muslim dan tidak akan keluar keislamannya kecuali jika muncul daripada
ucapan atau perbuatan atau i’tikad yang bercanggah dengan ikrar dan tasdiqnya
terhadap dua kalimah syahadah. Di bawah ini terdapat beberapa contoh yang
menunjukkan perbuatan yang telah melanggar ucapan dua kalimah syahadah tersebut
sehingga dianggap terbatal syahadahnya:

21
2.2.1 Syirik

Syirik bermaksud mempersekutukan Allah SWT dengan sesuatu sama ada


pada zat, sifat atau perbuatanNya. Ia juga bermaksud memalingkan suatu ibadah
kepada selain Allah SWT. Syirik merupakan dosa yang paling besar. Allah SWT SWT
menyatakan bahawa Dia tidak akan mengampuni dosa syirik, kerana Dia telah
menetapkan bahawa Dia sahaja Tuhan yang layak disembah. Dia Maha Pengasih dan
rahmatNya amat luas. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ : 116

Maksudnya:
”Sesungguhnya Allah SWT tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu)
dengan Dia dan dia mengampuni dosa yang selain syirik bagi siapa yang
dikehendakiNya. barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah SWT,
maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya”.

Jenis-jenis syirik

Terbahagi kepada dua jenis iaitu Syirik Jali dan Syirik Khafi.

i. Syirik Jali
Bermaksud perlakuan syirik dilakukan secara terang-terangan. Contohnya :
menyembah patung dan berhala, menyembah bulan atau matahari, mengaku Nabi Isa
sebagai anak tuhan. Akibatnya berlaku kerosakan aqidah dan akan mendapat azab di
akhirat.

ii. Syirik Khafi


Bermaksud tidak meletakkan Allah SWT sebagai yang mutlak dalam niat
terutama dalam ibadat. Contohnya : riak (menunjuk-nunjuk kehebatan diri), ’ujub
(mengagumi diri sendiri), takbur (membangga diri).

Kesan Terhadap Pengamal Syirik

Syirik akan membatalkan iman seseorang. Orang yang mengamalkan perbuatan


itu dengan sendirinya menafikan kekuasaan Allah SWT. Masyarakat menjadi bimbang
22
dan seterusnya terikut-ikut terhadap pantang larang kesan dari kepercayaan syirik
seterusnya boleh mencemarkan kesucian agama Islam.

Cara Untuk Menjauhi Syirik Dalam Kalangan Masyarakat

Umat Islam hendaklah mempersiapkan diri dengan amalan-amalan Islam yang


benar, pendedahan tentang Islam serta penghayatannya perlu diberi sejak asas
pendidikan bermula lagi. Seterusnya umat Islam hendaklah faham tentang bahaya
perbuatan syirik itu sendiri, ia bukan sahaja melemahkan individu bahkan juga boleh
meruntuhkan institusi keluarga, masyarakat, agama dan negara secara menyeluruh.
Justeru, semua pihak perlu memainkan peranan penting ke arah memberi pendedahan
yang betul tentang konsep dan kefahaman Islam yang sebenar terhadap masyarakat.
Bagi guru, proses menanam aqidah memerlukan kesabaran yang tinggi serta cabaran
yang besar. Lakukanlah cara terbaik terhadap mereka demi untuk menyempurnakan
didikan aqidah sebagai teras ajaran Islam.

2.2.2 Kufur

Kufur bemaksud tidak percaya kepada Allah SWT serta mengingkari ajaran
yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW, implikasi mengingkari kekuasaan Allah
SWT dan kenabian membawa kepada keingkaran terhadap syariat sekaligus membawa
seseorang itu mengingkari rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh
Rasulullah SAW.

Sebagai contoh ; menolak kepercayaan Hari Pembalasan, menolak hukum yang


terdapat dalam al-Quran, menyatakan solat fardhu merugikan masa, menyatakan
berpuasa ramadhan melemahkan ekonomi dan lain-lain. Manakala kufur nikmat
bermaksud : Mengingkari Allah SWT sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan
makhluk ciptaan. Contohnya : menggunakan nikmat ke jalan maksiat, enggan
mengeluarkan zakat, bersedekah dan lain-lain.

Faktor-Faktor Membawa Kekufuran

i. Pegangan agama yang lemah menyebabkan seseorang tidak dapat


membezakan antara perbuatan yang membawa kepada kebaikan dan kufur.

23
ii. Terpengaruh dengan hawa nafsu yang inginkan keseronokan dan kebebasan.
iii. Kesempitan hidup menyebabkan seseorang sanggup melakukan kufur untuk
memenuhi keperluan hidup.
iv. Pengetahuan dan kefahaman ilmu Aqidah yang terlalu cetek.
v. Pengaruh bahan-bahan bacaan bercetak dan media elektronik.

1.2.3 Bid’ah

Ulamak berselisih pendapat dalam berijtihad mengenai amalan bid’ah yang


wujud dan berlaku dalam kalangan masyarakat Islam selepas kewafatan Rasulullah
SAW. Golongan ulamak ini terbahagi kepada dua golongan.

Golongan yang pertama dianggap sebagai gologan majoriti ulama yang


membahagikan dan mengkategorikan bid’ah kepada dua bahagian , iaitu bid’ah
hasanah dan bid’ah dhalalah. Bid’ah hasanah ialah bid’ah yang baik dan yang dipuji.
Manakala bid’ad dhalalah ialah bid’ah yang sesat lagi menyesatkan dan dikeji. Antara
ulama yang berpandangan sedemikian ialah Imam al-Syafi’i (150H-
204H),Imam ’Izzuddin bin Abdul Salam (577H-660H), Imam Ibnu Jauzi (510H-597H)
dan Imam al-Nawawi (631H-676H).

Bagi golongan yang kedua pula dianggap sebagai golongan minoriti ulama yang
berpendapat bahawa semua amalan baharu yang tidak pernah dilakukan oleh
Rasulullah SAW, dan pada zamannnya adalah bid’ah dhalalah. Antara ulama yang
berpandangan sedemikian sama ada dalam hal adat ataupun ibadat ialah Imam Ibnu
Taymiyyah (728H), Imam al-Syatibi(790H) dan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab
(1703M – 1792M)

Pengertian Bid’ah

Segi bahasa bermaksud memulakan sesuatu atau mereka cipta sesuatu yang
baharu yang tidak pernah wujud sebelumnya, adapun bid’ah dari segi istilah syarak, ia
mempunyai pelbagai bentuk pengertian. Keadaan ini adalah disebabkan para ulama
berbeza-beza pendapat dan pandangan dalam memahami makna bid’ah itu sendiri dan
inti patinya.

24
Justeru, ada sebahagian ulama memberikan pengertian yang memperluaskan
ruang lingkup inti patinya sehingga mereka memasukkan semua amalan baru dibawah
kalimah bid’ah yang tidak pernah diamalkan pada zaman Rasulullah SAW. Terdapat
sebahagian ulama pula memberikan pengertian yang menyempitkan ruang lingkup inti
patinya sehingga semua amalan baik dan dipuji yang tidak pernah diamalkan pada
zaman Rasulullah SAW dihukumkan sebagai bid’ah yang sesat.

Masalah bid’ah yang menjadi pertikaian adalah yang berhubung kait dengan
soal ibadah khusus seperti solat, puasa, mengeluarkan zakat dan haji. Ibadah khusus
ini mestilah mengikut ibadah Rasululah SAW, tidak boleh ditokok tambah sesuka hati.
Prinsipnya ialah semua ibadah khusus haram diada-adakan kecuali apa yang
ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Namun begitu, tidak semua ibadah yang tidak pernah
dilakukan oleh Rasulullah SAW adalah bid’ah sesat. Misalnya membaca al-Quran
menggunakan mushaf juga tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Tidak ada
ulama yang mengatakan bahawa membaca al-Quran mengguna mushaf itu bid’ah
sesat.

Bid’ah yang nyata berlaku hari ini ialah memisahkan ibadah dari rohnya,
memisahkan ibadah zahir daripada hati, memisahkan ilmu daripada rohnya, belajar
tanpa amalan dan memisahkan ilmu agama dari ilmu dunia. Allamah Ibn Athir ada
menyebut di dalam kitabnya al-Nihayah:

Amalan baik yang tergolong dalam erti kata umum firman Allah serta digesa oleh
Rasulullah SAW adalah termasuk dalam lingkaran bid’ah yang terpuji. Bid’ah yang
bercanggah dengan perintah Allah dan Rasul-Nya termasuk dalam lingkaran tercela
dan diingkari. Bid’ah yang tidak ada contoh sebelumnya seperti perbuatan baik,
pemurah dan melakukan perkara yang makruf termasuk dalam perbuatan yang terpuji.
Namun, perbuatan itu tidak harus bersalahan dengan ajaran yang dibawa oleh syarak.
Ini adalah kerana Nabi SAW telah menjadikan perbuatan yang baik itu ada pahalannya.

25
2.2.4 Khurafat

Khurafat bermaksud Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap


mempunyai hubungan dengan agama Islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan
dengan konsep tauhid dan syariat. Contohnya: Mempercayai azimat yang boleh
menahan sesuatu bahaya kepada seseorang. Mempercayai binatang seperti burung
boleh membawa tuah atau sial. Membuang ancak bagi menghalau hantu dan
mengunjungi kubur yang dianggap keramat.

Antara faktor perbuatan khurafat masih lagi wujud dalam kalangan umat Islam :
i. Kefahaman Iman atau aqidah yang kurang mantap kepada Allah SWT
menyebabkan sukar membezakan amalan benar dan khurafat.
ii. Terpengaruh dengan masyarakat yang bebas mengamalkan perkara khurafat.
iii. Ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan terkenal.

Cara menangani dan membanteras amalan khurafat dalam kalangan


masyarakat adalah melalui :

i. Menggiatkan usaha-usaha dakwah dan tarbiah serta majlis-majlis ilmu di semua


lapisan masyarakat.
ii. Mengenakan hukuman berat kepada mereka yang terlibat mempengaruhi orang
ramai dengan perkara khurafat.
iii. Mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat, kerana
akibat buruk jika mempercayai dan mengamalkan perbuatan khurafat yang
menyebabkan syirik dan terbatal iman, membazir masa, tenaga dan harta
dengan perkara sia-sia. Di samping itu, ia juga menyekat akal berfikir secara
logik dan sistematik.

2.2.5 Ajaran sesat

Pengertian Ajaran Sesat

Ajaran sesat ialah ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam
sedangkan pa

da hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah.

26
Sebab-Sebab Kemunculan Ajaran Sesat

1. Terdapat individu yang mempunyai kepentingan diri seperti untuk mendapatkan


kedudukan, harta, dan sebagainya.
2. Terdapat golongan yang ingin melemahkan ajaran Islam dengan memesongkan
akidah orang Islam.
3. Menafsirkan amalan dan ajaran agama Islam mengikut hawa nafsu dan akal
yang tidak terpimpin dengan ilmu yang benar.

Ciri-Ciri Ajaran Sesat

a) Mencemarkan kesucian Al-Quran dan hadis seperti memansukh, mengubah,


mempertikai, atau membuat tafsiran menyeleweng terhadap Al-Quran dan
hadis. Contohnya kumpulan Bahai beriktikad bahawa kitab sucinya Al-Bayan
memansukhkan semua kitab samawi.
b) Mengubah prinsip-prinsip asas dalam akidah Islam seperti mendakwa
menyatukan semua agama termasuk Islam ke dalam agama baru atau
mendakwa semua agama adalah sama sebagaimana ajaran Bahai.
c) Mendewa-dewakan pemimpin sehingga menganggapnya bersifat maksum,
sebagai Imam Mahdi, sebagai nabi, sebagai tuhan, atau jelmaan tuhan
sebagaimana ajaran Qadiani.
d) Menolak perkara yang qat’ie dalam Islam seperti menghapuskan jihad
sebagaimana ajaran Qadiani dan Bahai.
e) Mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti mengurangkan ibadat puasa kepada 19
hari dan bersolat hanya dengan niat sebagaimana ajaran Bahai.
f) Mengubah konsep dosa dan pahala seperti memberi kuasa penebusan dosa
kepada seseorang seperti ajaran Tariqat Al-Mufarridiah.
g) Mendakwa boleh melakukan perkara-perkara pelik yang bersangkutan dengan
perkara-perkara ghaib seperti memanggil roh orang mati termasuk roh para
nabi, wali, dan malaikat.
h) Mendewa-dewakan sesuatu selain Allah S.W.T. seperti menyeru nama orang-
orang yang telah meninggal dunia di dalam doa atau jampi seperti yang
dilakukan oleh bomoh atau dukun yang mengamalkan ilmu hitam.
i) Menolak hadis mutawatir atau hadis secara umum seperti golongan anti hadis.

27
Kesan Buruk Mengamalkan Ajaran Sesat

1. Kesan terhadap individu:

a. Akidah seseorang akan rosak. Orang Muslim yang mempercayai atau beramal
dengan ajaran sesat boleh merosakkan akidah. Mereka wajib bertaubat dan
kembali kepada ajaran Islam.
b. Masa terbuang. Masa banyak terbuang dengan aktiviti yang tidak sihat dan
bertentangan dengan ajaran Islam seperti memuja dan melakukan amalan-
amalan syirik serta khurafat.
c. Minda seseorang akan tertutup. Pemikiran mereka sering dikongkong oleh
pemimpin yang mendakwa mendapat wahyu. Tindakan dan kelakuan mereka
menjadi tidak rasional dan fanatik.
d. Kehidupan tidak stabil. Penglibatan dengan ajaran sesat membawa kepada
pengabaian tanggungjawab sebagai pelajar, suami, isteri, ibu, atau bapa.

2. Kesan terhadap masyarakat:

a. Keruntuhan institusi kekeluargaan. Keretakan boleh berlaku di kalangan ahli


keluarga yang menganut ajaran sesat disebabkan perbezaan akidah dan rasa
curiga sesama mereka.
b. Perpaduan tergugat. Sikap fanatik penganut ajaran sesat terhadap kumpulan
dan pemimpin mereka menyebabkan mereka tidak menghormati masyarakat
sekeliling. Ini menjejaskan perpaduan dan keharmonian hidup dalam
masyarakat.
c. Berlaku keganasan. Kepatuhan membuta tuli kepada pemimpin ajaran sesat
memudahkan pengikutnya dipergunakan untuk melakukan keganasan.

3. Kesan terhadap negara:

a. Negara akan mundur. Penglibatan dalam ajaran sesat menjadikan diri


seseorang tidak proaktif dan membuang masa. Perkara itu akan menjejaskan
prestasi ekonomi negara yang bergantung kepada sumbangan dan produktiviti
individu;
b. Negara tidak stabil. Penglibatan dalam ajaran sesat akan mengancam
perpaduan dan keharmonian masyarakat. Ini boleh menggugat kestabilan politik
dan ekonomi negara. Akibatnya negara terpaksa menghabiskan banyak masa
dan perbelanjaan untuk mengekalkan kestabilan negara
28
Contoh-Contoh Ajaran Sesat

1. Qadiani

1.1 Pengenalan
a. Pengasasnya ialah Mirza Ghulam Ahmad yang meninggal dunia pada tahun
1908 Masihi.
b. Nama Qadiani ialah sempena tempat lahir pengasasnya di Qadian iaitu
sebuah kampung di Daerah Gusdapur, India.
c. Ajaran ini mula muncul pada tahun 1889 Masihi.
d. Ajaran ini dibawa ke Malaysia oleh Maulana Muhammad Sadiq bin
Barakatullah pada tahun 1949 Masihi.

1.2 Ciri-ciri kesesatan ajaran Qadiani ialah:

a. beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad sebagai Imam Mahdi, nabi, dan
jelmaan Krisyna (tuhan mengikut kepercayaan Hindu).
b. beriktikad bahawa Allah S.W.T. menurunkan kepada Mirza Ghulam Ahmad
sebuah kitab suci yang bernama Al-Tazkirah;
c. beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad memiliki sejuta jenis mukjizat;
d. menghapuskan jihad;
e. mengubah ayat Al-Quran seperti ayat 6 surah Al-Saf, ayat 52 surah Al-Haj,
dan ayat pertama surah Al-Qadr;
f. mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah S.W.T;
g. mengisytiharkan Qadian sebagai tanah suci dan tempat menunaikan haji;
h. mendakwa bahawa Nabi Isa meninggal dunia dan dimakamkan di Srinegar,
India;
i. menghukum kafir selain penganut Qadiani.

2. Bahai

2.1 Pengenalan

a. Bahai diasaskan oleh Husain Ali Al-Mazandani yang meninggal dunia pada
tahun 1892 Masihi.
b. Bahai adalah nama sempena pengasasnya yang digelar sebagai Baha’ullah.
c. Ajaran Bahai adalah lanjutan kepada ajaran Al-Babiah yang diasaskan oleh
Ali Muhammad Al-Syirazi yang meninggal dunia pada tahun 1850 Masihi.
d. Ajaran Bahai muncul di Iran pada tahun 1847 Masihi.

29
e. Ajaran Bahai mula tersebar di Malaysia pada tahun 1953 melalui Yan Kee
Leong.

2.2 Ciri-ciri kesesatan ajaran Bahai ialah:

a. beriktikad bahawa pengasasnya ialah jelmaan Allah S.W.T.;


b. beriktikad bahawa semua agama adalah sama dan digabungkan dalam
ajaran Bahai;
c. beriktikad bahawa alam ini bersifat baqa'(kekal);
d. beriktikad bahawa kitab suci mereka iaitu Al-Bayan memansukhkan semua
kitab samawi;
e. beriktikad bahawa Nabi Isa mati disalib;
f. mengagungkan kod 19 hingga kononnya Al-Quran dipengaruhi oleh kod
tersebut;
g. menolak kewujudan mukjizat, malaikat, syurga, dan neraka;
h. memansukhkan agama Islam;
i. menganggap Acre di Palestin sebagai kiblat baru;
j. mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti puasa 19 hari, solat sebanyak 9
rakaat dan dikerjakan 3 kali sehari, dan berwuduk dengan air mawar atau
diganti dengan bacaaan Bismillahil Athar sebanyak lima kali; menghapuskan
jihad.

3. Taslim

3.1 Pengenalan

a. Taslim diasaskan oleh Haji Muhammad Syafie atau lebih dikenali dengan
panggilan Haji Muhammad Matahari.
b. Ajaran ini mula wujud pada tahun 1870-an di Kampung Seronok di Bayan
Lepas, Pulau Pinang.
c. Ajaran ini merupakan ajaran sesat yang paling tua di Malaysia. Ajaran ini
juga mempunyai persamaan dengan kepercayaan Syiah Ismailiah Batiniah.

3.2 Ciri-ciri kesesatan ajaran Taslim ialah:

a. beriktikad bahawa diri batin manusia ialah Allah dan diri zahir manusia ialah
nur Muhammad;
b. beriktikad bahawa alam ini bersifat qadim;
c. mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran mengikut hawa nafsu;
d. mengharuskan perzinaan melalui konsep nikah batin;
e. menolak kewujudan hari kiamat, syurga,dan neraka;
f. solat secara niat tanpa rukun qauli(perkataan) dan fikli (perbuatan);
30
g. menganggap Haji Muhammad Matahari sebagai pemimpin yang maksum.

Langkah-Langkah Menangani Ajaran Sesat

a. Melengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang sebenar. Pengaruh ajaran


sesat dapat ditangkis dengan kefahaman Islam yang sebenar melalui proses
pembelajaran secara formal atau tidak formal.
b. Menyebarkan ajaran Islam. Ajaran Islam hendaklah sentiasa didedahkan
kepada masyarakat menerusi pelbagai kaedah seperti media cetak, elektronik,
ceramah, seminar, forum, dan simposium.
c. Kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang Penguatkuasaan undang-
undang secara bersepadu oleh semua pihak akan dapat membendung kegiatan
ajaran sesat daripada terus menular dalam masyarakat.
d. Program pemulihan akidah. Orang yang terlibat dengan ajaran sesat amat
memerlukan kepada program pemulihan akidah, Di Malaysia terdapat beberapa
buah pusat pemulihan akidah seperti Pusat Pemulihan Akidah Jelebu, Negeri
Sembilan dan Pusat Pemulihan Akidah Ulu Yam, Selangor.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, aqidah adalah perkara pokok yang wajib dipelajari dan
difahami oleh setiap umat Islam. Individu yang ingin mempelajari dan berpegang
kepada aqidah Islamiah secara istiqamah akan membawa kejayaan cemerlang dalam
hidupnya. Secara tidak langsung, ia akan melahirkan masyarakat yang berilmu, tinggi
amalannya dan terpuji akhlaknya dan akan mencapai kejayaan hidup cemerlang dunia
dan akhirat.

Aqidah yang mantap akan melahirkan manusia yang kuat berusaha mencari
kehidupan yang baik di dunia ini dengan penuh keyakinan diri dan keyakinan terhadap
janji Allah SWT akan mengurniakan kehidupan yang baik tanpa berserah bulat
kepadanya. Manusia tidak mudah putus asa, kecewa dan hilang harapan terhadap
kegagalan dan bencana yang menimpanya, lantaran ianya adalah takdir Allah SWT
yang tentunya ada kebaikan kepada manusia. Seterusnya akan membina kehidupan
manusia bermaruah tinggi, berhemah, berfikiran positif, rasional dalam setiap amalan
dan perbuatan selaras dengan kehendak Allah SWT.

31
Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit
ini dengan jayanya!
.

TUGASAN

Rujuk portal berikut untuk bacaan lanjut;


http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-
fatwa/799-1

http://sawanih.blogspot.my/2012/01/fatwa-tentang-tauhid-rububiyyah-
tauhid.html

http://irep.iium.edu.my/35180/12/AJARAN_sesat1_%28USIM%29.pdf

32
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

A. Media Digunakan
i. WhatsApp
ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi
satu sesi. (rujuk Agihan Tajuk)

B. Tajuk Pembelaran: Langkah Pengukuhan dan Pencegahan Aqidah: (DT)

D. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:

i. Langkah-Langkah Memelihara Aqidah


ii. Langkah-langkah Mengembalikan Kepada Iman yang Sebenar

D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:


i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.

33
Unit 3 IBADAH

Sinopsis

Semoga anda terus bersemangat untuk mengkaji dan memahami isi pelajaran
dalam topik-topik berikutnya. Dalam tajuk ini, beberapa aspek penting yang
membincangkan mengenai definisi solat qasar dan solat jamak, syarat sah solat qasar
dan solat jamak, kaifiat menunaikan solat qasar dan solat jamak dan hikmah rukhsoh
solat.

Hasil pembelajaran

i. Menjelaskan jenis-jenis solat ketika musafir.


ii. Mengaplikasi kaedah pelaksanaan solat ketika musafir.
iii. Mengamalkan ajaran Islam dan nilai-nilai murni melalui tingkah laku yang dapat
dijadikan contoh terbaik.

Kerangka Tajuk

2.1 RUKHSOH SOLAT KETIKA BERMUSAFIR


2.1.1 Definisi Solat Qasar dan Solat Jamak
2.1.2 Syarat Sah Solat Qasar dan Solat Jamak
2.1.3 Kaifiat Menunaikan Solat Qasar dan Solat Jamak
2.1.4 Hikmah Rukhsoh Solat

1.1 KONSEP RUKHSOH SOLAT KETIKA BERMUSAFIR

Rukhsah solat ialah kemudahan atau keringanan yang diberikan kepada orang Islam
yang bermusafir untuk melaksanakan solat dengan cara qasar dan jamak. Seseorang
yang bermusafir ke sesuatu destinasi yang jauh diharuskan menunaikan solat fardu
secara qasar dan jamak atau kedua-duanya sekali.

34
3.1.1 Definisi Solat Qasar dan Solat Jamak

i. Solat Qasar

Solat qasar ialah memendekkan atau meringkaskan solat fardhu yang empat
rakaat (Zohor, Asar dan Isyak) menjadi dua rakaat sahaja.

Solat qasar merupakan satu kelonggaran yang dikhususkan kepada orang yang
musafir sahaja. Solat maghrib dan subuh tidak boleh diqasarkan, dan perlu ditunaikan
dengan sempurna seperti biasa.

Menurut pendapat Imam Syafi’i, jika seseorang berniat hendak bermukim di


sesuatu tempat lebih daripada tiga hari, dia tidak harus menqasarkan solat sebaliknya
hendaklah menunaikan solat secara tamam. Tempoh masa ini berbeza daripada satu
mazhab dengan mazhab yang lain.

Hanya dalam salah satu pendapat imam Syafi’i, bahwa kalau keadaannya seperti
kalau bermukimnya seseorang itu karena ada sesuatu keperluan yang harus
diselesaikan, dan selama menunggu itu ia mengatakan: “Saya akan pulang hari ini atau
esok”, maka maka dibolehkannya mengqasar itu terbatas tujuh belas atau lapan belas
hari, dan jika lebih dari itu, maka harus mencukupkan.

ii. Solat Jamak

Solat jamak merupakan satu kelonggaran bagi orang yang musafir ialah dengan
cara menghimpunkan atau mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, iaitu
menghimpunkan solat zohor dengan asar, atau maghrib dengan isyak dalam satu
waktu yang sama, sama ada dalam waktu yang pertama atau yang kedua.

Solat jamak itu merupakan satu kelonggaran yang dikhususkan kepada orang
yang musafir dan para jemaah di masjid yang menghadapi hujan lebat. Subuh tidak
boleh diqasarkan, dan perlu ditunaikan dengan sempurna seperti biasa.

Menurut pendapat imam Syafi’i, jika seseorang berniat hendak bermukim lebih
daripada tiga hari, dia tidak harus menjamakkan solat tetapi hendaklah mendirikan solat

35
secara tamam. Tempoh masa ini berbeza daripada satu mazahab dengan mazahab
yang lain.

Hanya dalam salah satu pendapat imam Syafi’i, bahwa sekiranya seseorang itu
terpaksa bermukim lebih daripada tiga hari karena sesuatu keperluan yang tidak dapat
dielakkan dan perlu diselesaikan, dan selama menunggu itu ia mengatakan: “Saya akan
pulang hari ini atau esok”, maka dibolehkannya mengqasar dan jamak sehingga lapan
belas hari, dan jika lebih dari itu, maka harus mencukupkan.

2.1.2 Syarat Sah Solat Qasar dan Solat Jamak

1. Tujuan ia musafir bukannya untuk tujuan maksiat.


2. Perjalanannya hendaklah melebihi dua marhalah.
3. Solat yang diqasarkan itu hanya bagi solat zohor, asar, dan Isyak sahaja,
dan dilaksanakan secara tunai. Tidak dibolehkan qasar solat qada bagi solat
yang ditinggalkan semasa musafir apabila telah tiba di dalam kawasan
kediaman. Solat yang ditinggalkan dalam musafir boleh diqasarkan apabila
diqadakan di masih dalam musafir.
4. Hendaklah diniatkan qasar di dalam masa takbiratul ihram.
5. Tidak boleh berimamkan orang yang bersolat tamam (sempurna ).
6. Hendaklah tempat yang dituju itu tertentu. Jika sekiranya tempat yang dituju
itu tidak tentu, maka tidak boleh qasar.
7. Berkekalan perjalanannya sehingga sempurna solat.
8. Ia tahu bahawa orang yang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.

3.1.3 Kaifiat Menunaikan Solat Qasar dan Solat Jamak


Solat Jamak terbahagi kepada dua:
a. Jamak Taqdim
b. Jamak Takhir

a. Solat Jamak Taqdim:

Solat jamak taqdim dilakukan dengan mengumpulkan solat zohor dan solat asar
pada waktu zohor, atau solat maghrib dan solat isya’ pada waktu maghrib. Dinamakan
solat ini dengan jamak taqdim kerana solat yang kedua yang belum masuk waktunya
dibawa ke solat yang pertama.

36
Syarat-syarat Jamak Taqdim:

i. Hendaklah diniatkan jamak pada solat yang pertama atau yang empunya waktu
itu dalam mana-mana bahagian solat sebelum salam tetapi yang afdal
disyaratkan niat semasa takbiratul ihram.
ii. Hendaklah didahulukan solat pada waktunya dengan tertib, ertinya mendirikan
dahulu solat Zohor atau Maghrib yang dikira solat yang pertama.
iii. Hendaklah berturut-turut (muwalat) antara dua solat itu dengan tidak diselangi
dengan penceraian yang dikira panjang uruf.
iv. Hendaklah berkekalan musafirnya daripada permulaan solat yang pertama
hingga sempurna takbiratul-ihram solat kedua, kerana batal solat jamaknya
apabila ia jadi mukim di antara dua solat itu.

b. Solat Jamak Takhir

Dinamakan solat ini dengan jamak takhir kerana solat pertama yang telah tamat
waktunya itu dibawa ke solat yang kedua. Dengan itu, solat Zohor dan solat Asar
didirikan pada waktu Asar, atau solat Maghrib dan Isya’ dilakukan pada waktu Isya’.

iv. Syarat-syarat Jamak Takhir:

i. Hendaklah berniat jamak takhir sebelum habis waktu solat yang pertama.
Sebagai contoh, semasa waktu Zohor, ditangguhkan solat Zohor dengan niat
jamak takhir ke dalam waktu Asar.
ii. Hendaklah berkekalan musafirnya sehingga diselesaikan solat yang kedua
(seandainya dilakukan solat atas kenderaan).

3.1.4 Hikmah Rukhsoh Solat Qasar dan Jamak

1. Meringan/memudahkan umat Islam utk menunaikan solat dalam perjalanan.


2. Tanda kasih sayang Allah s.w.t kepada manusia.
3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dlm apa kedaan sekalipun.
4. Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-menziarahi bagi
menambahkan keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan.
5. Pelaksanaan amalan Islam mempunyai unsur keanjalan dalam situasi tertentu.
6. Islam sebuah agama rahmah yang praktikal.

37
Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini
dengan jayanya!

TUGASAN

1. Nyatakan perbezaan antara solat jamak takdim dan jamak takhir ?


2. Bincangkan hikmah Allah mensyariatkan solat jamak dan qasar?
3. Fahami situasi di bawah serta terangkan hukum dan alasan bagi setiap
jawapan anda.

En. Salim dalam perjalanan ke suatu destinasi sejauh 135km untuk menziarahi
datuknya. Dia singgah untuk menunaikan solat Zuhur di sebuah masjid yang
terletak kira-kira 40km dari tempat dia memulakan perjalanan. Sebaik
memasuki masjid, dia dapati para jemaah setempat sedang menunaikan solat
Zuhur.

a. Adakah harus bagi En. Salim untuk mengguna pakai rukhsoh solat?
b. Jika dia ingin menunaikan solat secara qasar dan jamak taqdim, adakah dia
boleh mengikuti imam bersama-sama ahli jemaah tersebut?
c. Apakah tindakan yang terbaik bagi En. Salim sama ada menunaikan solat
qasar dan jamak secara sendirian atau mengikut jemaah tersebut?

3.1 Pengurusan Jenazah

a) Perkara yang wajib disempurnakan dalam mengurus jenazah ialah :


 Memandikannya.
 Mengkafankannya.
 Solat jenazah.
 Mengebumikannya.

b) Orang yang berhak menguruskan Jenazah:


 Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari
kalangan keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya
sendiri kalau simati bapanya.
38
 Kalau warisnya tidak ada kemampuan atau pengalaman, bolehlah diminta
Imam atau Bilal di kawasan tersebut untuk menguruskannya.

3.1.1 Memandikan Jenazah

a. Persediaan dan keperluan untuk memandikan Jenazah


1. Sediakan tempat mandi.
2. Sabun mandi.
3. Air daun bidara.
4. Air bersih.
5. Sugi - 7 batang.
6. Sarung tangan - 3 atau 5.
7. Kapas.
8. Air kapur barus.
9. Baldi serta gayung.

b. Persediaan Sebelum Memandikan Mayat

Pastikan dahulu kubur telah digali dan peralatan mengkafan mayat telah disediakan
seperti :
1. Kain putih (bidang 45") - kira-kira 7 meter (dipotong menjadi 3 lapis)
2. Gunting
3. Kapas
4. Cendana
5. Kapur barus
6. Air mawar
7. Minyak wangi (Minyak Attar)
8. Bantal atau alas kepala yang sesuai
9. Tempat mandi yang khas.

c. Cara memandikan Jenazah


1. Letakkan mayat di tempat mandi yang disediakan.
2. Tutup seluruh anggota mayat kecuali muka.
3. Pemandi hendaklah memakai sarung tangan sebelah kiri.
4. Sediakan air sabun.
5. Sediakan air kapur barus.

39
6. Istinjakkan mayat terlebih dahulu.
7. Angkat sedikit bahagian kepalanya sehingga paras dadanya.
8. Mengeluarkan kotoran dalam perutnya dengan menekan atau mimicit-micit
perutnya secara perlahan-lahan. Bersihkan juga kotoran dalam mulutnya
dengan menggunakan kain alas.
9. Siram dan basuh dengan air sabun sahaja dahulu.
10. Kemudian gosokkan giginya, lubang hidung, lubang telinga, celah ketiaknya,
celah jari tangan dan kakinya dan rambutnya.
11. Selepas itu siram atau basuh seluruh anggota mayat dengan air sabun juga.
12. Kemudian bilas dengan air yang bersih seluruh anggota mayat sambil berniat.
13. Telentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3 kali
dengan air bersih.
14. Siram sebelah kanan 3 kali.
15. Siram sebelah kiri 3 kali.
16. Kemudian mengiringkan mayat ke kiri, basuh bahagian lambung kanan
sebelah belakang.
17. Mengiringkan mayat ke kanan, basuh bahagian lambung sebelah kirinya pula.
18. Telentangkan semula mayat, ulangi menyiram seperti bil. 13 hingga 17.
19. Lepas itu siram dengan air kapur barus.
20. Lepas itu wudukkan mayat.
21. Setelah selesai dimandikan dan diwudukkannya dengan baik dan sempurna
hendaklah dilapkan menggunakan tuala pada seluruh badan mayat.
22. Segala apa-apa yang tercabut dari anggota mayat, hendaklah dimasukkan
bersama ke dalam kapan (Contoh : rambut, kuku dll).

3.1.2 Mengkafankan jenazah

i. Cara-Cara Mengkafankan Jenazah


Pertama:
Hendaklah disediakan tiga lembar kain kafan dibentangkan dengan disusun,
kain yang paling lebar diletakkan di bawah atau dengan cara kain tiga lembar
dibentangkan dan letaknya agak serong yang atas melebar dan yang bawah
mengecil, setiap lembar disapu dengan wangi-wangian atau minyak wangi.
Kedua:
Hendaklah disediakan tali pengikat sebanyak tiga atau lima utas yang diletakkan
di bawah kain kafan tersebut.

40
Ketiga:
Hendaklah disediakan kapas yang disapu dengan wangi-wangian dan kayu
cendana yang digunakan untuk menutup antara lain :
1. Kemaluan
2. Wajah (muka)
3. Kedua buah dada
4. Kedua telinga
5. Kedua siku tangannya
6. Kedua tumitnya
.
Keempat:
Angkatlah mayat tersebut dengan berhati-hati kemudian baringkan di atas kain
kafan yang sudah dibentangkan.

Kelima:
Tutupkan jenazah itu dengan kapas yang telah disediakan pada bahagian-
bahagian yang telah disebutkan di atas.

Keenam:
1. Hendaklah kain kafan tersebut diselimutkan atau ditutupkan dari lembar
yang paling atas sampai lembar yang paling bawah, kemudian ikatlah
dengan tali daripada kain yang telah disediakan sebanyak tiga atau lima
ikatan.
2. Semua tali pengikat mayat hendaklah disimpul hidup di sebelah kiri. Setelah
siap diikat renjislah dengan air mawar dan sapulah minyak wangi.

3.1.3 Solat Jenazah

1. Rukun Solat Jenazah

Solat jenazah berbeza dengan solat-solat yang lain kerana cara mengerjakannya
hanya dengan berdiri dan takbir empat kali tanpa rukuk dan sujud. Rukunnya
solat jenazah empat perkara:

i. Niat mendirikan solat jenazah semasa takbiratul ihram


ii. Berdiri bagi yang berkuasa.

41
iii. Bertakbir empat kali (termasuk takbiratul ihram)
iv. Salam

2. Kaifiat Solat Jenazah

Dalam mengerjakan solat jenazah, yang paling utama ialah dilakukan secara
berjemaah.

Bagi orang perempuan diharuskan berjemaah bersama-sama dengan orang


lelaki atau boleh mendirikan solat ke atas jenazah secara berasingan setelah
disolatkan oleh orang lelaki.

Hukum solat jenazah ini adalah fardhu kifayah.

Cara mengerjakan Solat Jenazah

Bagi jenazah lelaki, sebaik-baiknya imam berdiri searah dengan kepala jenazah.
Sementara jenazah perempuan, imam hendaklah berdiri searah dengan
bahagian tengah (perut) jenazah.

Lafaz niat solat jenazah :

i. Contoh lafaz niat solat jenazah lelaki/perempuan secara berjemaah :


"Sahaja aku mendirikan solat ke atas jenazah lelaki/perempuan ini dengan
empat takbir fardhu kifayah mengikut imam kerana Allah Taala"
ii. Contoh lafaz niat untuk mayat lelaki/perempuan bagi Imam.
"Sahaja aku mendirikan solat ke atas jenazah lelaki/perempuan ini dengan
empat takbir fardhu kifayah menjadi imam kerana Allah Taala "

Bacaan dan Doa dalam Solat Jenazah.

i. Takbir yang pertama : ‫هللا اكبر‬


Kemudian dilanjutkan dengan membaca Al-Fatihah :
ii. Takbir yang kedua ‫هللا اكبر‬
Membaca selawat atas Nabi Muhammad SAW :

42
ii. Takbir yang ketiga :‫هللا اكبر‬
Selepas takbir yang ketiga hendaklah membaca doa untuk memohonkan
ampun, rahmat dan sebagainya bagi jenazah. Contoh doa untuk jenazah
lelaki.

iii. Takbir yang keempat sunat dibaca doa berikut;‫هللا اكبر‬

43
3.5. Pengkebumian

Cara mengebumikan jenazah seperti berikut:


1. Sunat dibuat liang/lahad.
2. Gali kubur dengan kedalaman yang sesuai, kebiasaannya 2 meter.
3. Jenazah dibaringkan atas rusuk kanan dengan dada mengadap kiblat
4. Tinggikan tanah kubur sekadar sejengkal

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini


dengan jayanya!

TUGASAN

1. Terangkan cara menunaikan solat jenazah lelaki dan perempuan?


2. Ceritakan pengalaman anda memandi atau melihat orang memandikan
jenazah?

3. Hasilkan carta grafik yang merumuskan perkara-perkara yang perlu dilakukan


ke atas seseorang yang meninggal dunia sebelum, semasa dan selepas
pengkebumian jenazah ?

44
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

A. Media Digunakan
i. WhatsApp
ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi
satu sesi. (rujuk Agihan Tajuk)

B. Tajuk Pembelaran: Ibadah Solat: (DT)

C.Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:

a. Hikmah Berjemaah (DT)


b. Hikmah Rukhsoh Solat (DT)

D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:


i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.

45
Unit 4 SAHSIAH GURU MUSLIM

Sinopsis

Semoga anda terus bersemangat untuk mengkaji dan memahami isi pelajaran dalam
tajuk adab dan akhlak muslim khususnya mengenai sahsiah guru muslim. Dalam
kursus ini, beberapa aspek penting membincangkan dan mendedahkan tentang
sahsiah guru muslim , menganalisis persekitaran pembelajaran yang bersesuaian
dengan peranan guru sebagai muallim, muaddib, mursyid dan murabbi. Mensintesis
maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperolehi pemahaman yang sesuai
dengan tugas guru sebagai pendakwah, membincangkan adab guru dengan murid,
bentuk komunikasi serta isu-isu semasa meliputi akhlak guru dan akhlak pelajar serta
cara menanganinya.

Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

i Menganalisis persekitaran pembelajaran yang bersesuaian dengan peranan


guru sebagai muallim,muaddib, murshid, dan murabbi .

ii. Mengaplikasi komunikasi dengan murid dan masyarakat dengan pelbagai cara
secara efektif dan berkesan.

iii. Menangani pelbagai cabaran dalam pendidikan

vi. Menganalisis persekitaran pembelajaran yang bersesuaian dengan peranan


guru sebagai pendakwah

v. Menjelaskankan isu-isu semasa berkaitan salah laku guru dan pelajar serta
kaedah menanganinya.

4.1 Peranan Guru

Guru sebagai pendidik dan pemimpin masyarakat tentulah mempunyai tugas yang
banyak serta memegang peranan yang penting di dalam masyarakat. Tugas guru
bukan sahaja mengajar atau memberi ilmu pengetahuan kepada murid-murid, malah
guru juga ditugaskan untuk memberi pendidikan yang berkesan kepada generasi muda.
Untuk melaksanakan segala tugas tersebut, guru mestilah membuat persediaan
mengajar, membaca, menyemak kerja-kerja murid dan membimbing mereka dalam
pembelajaran dan hal-hal kehidupan. Guru juga mesti membuat penyelidikan untuk
46
mendapatkan maklumat-maklumat baru supaya dengan itu mudah mencapai matlamat
pengajarannya dengan lebih sempurna dan berkesan. Mereka diharapkan memimpin
generasi muda ke arah kehidupan yang selamat, sejahtera, produktif dan
bertanggungjawab.

Orang yang berilmu tetapi tidak beramal dengan ilmunya, bagaikan sebuah daftar yang
berguna kepada orang lain, tetapi ia sendiri kosong daripada ilmu, atau bagaikan batu
asahan yang dapat menajamkan besi, sedang ia sendiri tetap tumpul. Dia bukan
laksana sumbu lampu, bila orang menyalakannya, ia memberi cahaya, tetapi hangus
membakar dirinya.

Belajar dan mengajar adalah tanggungjawab yang difardukan ke atas umat Islam.
Orang-orang yang memiliki ilmu pengetahuan berkewajipan menyampaikan ilmu
kepada orang yang memerlukannya. Tugas menyampaikan ilmu Allah kepada seluruh
masyarakat, samada dalam bentuk fardu ain atau fardu kifayah untuk keperluan
individu serta masyarakat merupakan tugas utama para ulama dan ilmuan Islam.
Menyampaikan ilmu dengan tulus dan ikhlas semata-mata untuk mendapatkan
keredaan Allah s.w.t. merupakan satu jihad.

Guru adalah golongan yang ditugaskan untuk menyemaikan semangat keislaman yang
tulen ke dalam jiwa murid-murid. Dalam erti kata lain, guru Muslim terlibat secara
langsung di dalam pendidikan Islam di sekolah-sekolah. Kerana itu kita perlu mencapai
prestasi yang tinggi. Bagi mencapai tahap kejayaan yang maksimum kita haruslah
mengatur strategi pengajaran yang rapi serta mengambil kira segala keperluan semasa
supaya apa yang kita sampaikan itu dapat menyaingi segala teknik-teknik baru yang
diaplikasikan oleh orang lain.

Peranan
Guru

Muallim Mudarris Muaddib Murabbi Mursyid

3.1.1 Guru Sebagai Muallim.

Muallim berasal dari perkataan Arab "mu`allim" yang bererti guru. Ia juga
bermaksud pengajar yang mencurahkan ilmu pengetahuan untuk anak didiknya.
47
Seorang muallim lebih menumpukan kepada ilmu akal. Sebagai guru yang bersifat
mu’allim, isi kandungan pendidikan perlu disampaikan berserta ilmu yang berkaitan
dengan nilai-nilai murni dalam proses melahirkan insan bermoral.

Muallim merujuk kepada peranan guru dalam bilik darjah untuk memberitahu,
mengajar, memindah dan menyampaikan pelbagai jenis maklumat, disiplin dan ilmu
pengetahuan kepada para pelajar sama ada melalui latihan, arahan atau sebarang
bentuk pengajaran yang dirancang. Proses ta’lim merangkumi juga adab berilmu yang
akan mencorak dan mewarnai pembentukan dan pembangunan diri para pelajar
sebagai insan soleh.

Sebagai seorang muallim, guru mestilah mempunyai pengetahuan, kemahiran


dan kecekapan dalam bidangnya. Seseorang guru efektif semestinya mempunyai
kecekapan yang mendalam dalam bidang atau subjek yang diajar. Guru perlu
mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang komprehensif terhadap
bidangnya. Guru seharusnya sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
dalam subjek diajar agar sentiasa kemaskini, menarik, bertenaga dan berinspirasi. Ada
kalanya pelajar bertanya perkara melebihi sukatan pelajaran atau kurikulum yang
tertera dalam buku teks.

Sekiranya guru berkebolehan menjawab dengan tepat bersama fakta dan bukti
kukuh, pasti akan menimbulkan minat, keyakinan dan kecenderungan pelajar untuk
mengikuti lanjutan epistemologi disiplin tersebut. Lebih menarik dan efektif sekiranya
guru dapat menghidupkan ilmu berkenaan dan mengaitkan dalam kehidupan pelajar.
Pelajar akan melihat dan menilai ilmu yang dipelajari adalah berguna untuk dirinya pada
masa kini dan akan datang. Pengetahuan dan kecekapan guru akan teruji apabila
mengendalikan persoalan pelajar. Justeru sesetengah guru cuba mengelak daripada
soalan pelajar.

Gerak kerja guru yang menampakkan kecemerlangan dalam melaksanakan


tugas juga dapat mempengaruhi minat murid terhadap guru. Guru sewajarnya memiliki
keperibadian yang tinggi, berpengetahuan luas tentang tajuk yang hendak diajar, serta
berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran, cemerlang dalam mengurus bilik
darjah dan menampakkan personalit yang optimum, berupaya meningkatkan prestasi
murid dan bijak mengawal disiplin akan meningkatkan keyakinan murid terhadap
kemampuan guru.

48
3.1.2 Guru sebagai Mudarris

Mudarris dikaitkan dengan tugas guru yang melaksanakan peranan


membimbing dan mendidik. Seorang mudarris merupakan individu yang mampu
mendidik murid-muridnya sehingga benar-benar berpengetahuan dan mendapatkan
pengajaran (learned and learnt) tentang sesuatu yang boleh dimanfaatkan dalam
kehidupannya. Murid yang terdidik bukan sahaja memperolehi ilmu pengetahuan tetapi
dapat memahami perkara-perkara yang tersirat daripada bahan yang dipelajari. Ini
bermakna murid terdidik. Jika dilihat daripada perspektif Taksonomi Bloom, sebenarnya
telah mencapai ke tahap mampu untuk mengaplikasi dan melakukan analisis tentang
perkara yang diperolehi daripada gurunya. Sekali gus menggambarkan peranan
seorang Mudarris ialah membimbing dan mendidik murid untuk sampai kepada darjah
pemikiran sekurang-kurangnya pada peringkat aplikasi hingga ke tahap penilaian
iaitu berkeupayaan untuk membuat pertimbangan antara baik dan buruk, antara benar
dan salah, antara berfaedah atau berguna dan tidak, antara kebajikan dan kerusakan.

Dengan mengajar sehingga tahap aplikasi, sintesis dan penilaian, bermakna


peranan seorang Mudarris juga ialah mempertingkatkan keupayaan murid untuk berfikir
pada tahap tinggi yang dapat membolehkan murid membuat keputusan berdasarkan
kriteria, syarat dan situasi mengikut konteks serta mampu untuk membuat keputusan
yang boleh mendatangkan faedah atau kesan positif kepada dirinya dan orang lain
(termasuk persekitarannya). Tidak akan sampai ke tahap Mudarris seorang guru yang
sekadar menyampaikan atau memindahkan ilmu pengetahuan (masih terdapat ramai
individu yang berilmu pengetahuan tentang perlakuan yang tidak baik dan boleh
merusakkan tetapi masih terus berkelakuan demikian – contohnya amalan rasuah).
Untuk melaksanakan peranan seorang Mudarris, guru beragama Islam perlu berfungsi
sebagai seorang pendorong, fasilitator, pembimbing, jurulatih yang berkesan, agen
perubahan sosial dan pembentuk budaya masyarakat.

4.1.3 Guru sebagai Muaddib

Muaddib berasal dari perkataan adab iaitu bererti budi pekerti. Muaddib juga
membawa maksud yang hampir kepada istilah mentor. Muaddib adalah pemupuk adab,
akhlak, nilai atau proses pembentukan disiplin dan sikap murid bagi membentuk
sahsiah. Peranan muaddib adalah menyiapkan mu’addab yang dapat melaksanakan
pekerjaan berat yang diletakkan di atas bahu mereka pada masa hadapan. Guru
muaddib bukan sahaja perlu mengajar nilai-nilai murni tetapi mesti mengamalkan nilai-
nilai murni tersebut. Muaddib mempunyai budi pekerti yang tinggi, membina kecergasan
49
akal dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menitik beratkan
potensi insan berakhlak mulia dan seimbang.

Muaddib merujuk kepada peranan guru di dalam bilik darjah untuk mengasuh,
mendidik, membentuk, membimbing, menanam, menyuci, menitis dan menyuburkan
akhlak mulia, disiplin, tingkah laku, sahsiah dan seluruh adab sopan dalam pembinaan
dan pembangunan diri para pelajar. Proses ta’dib ini bersumberkan wahyu Allah SWT.
Manakala nilai ta’dib yang cuba diterapkan dalam diri para pelajar adalah bersifat
mutlak, muktamad, kekal abadi dan suci, serta diasaskan kepada keimanan yang kukuh
kepada Allah SWT.

4.1.4 Guru Sebagai Murabbi

Murabbi dalam Islam membawa maksud yang lebih luas melebihi tahap
mu’allim. Konsep Murabbi merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan
sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan
mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.
Guru murabbi lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekali gus membentuk
keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Tugas murabbi lebih berlegar di hati.
Spiritual Quotient (SQ) dapat dibentuk di dalam diri murid-murid kerana pengajaran
berbentuk nilai murni ini boleh diperkukuhkan dengan memberi kesedaran, keyakinan
dan juga melalui amalan.

Murabbi pula merujuk kepada peranan guru di dalam bilik darjah untuk menjaga,
membesarkan, mencurahkan kasih sayang, mendidik, mengajar, menyubur dan
memelihara fitrah para pelajar serta memupuk bakat dan kebolehan yang wujud dalam
diri mereka secara beransur-ansur agar dapat berkembang dengan baik selaras
dengan kematangan yang dilalui oleh para pelajar tersebut. Guru berperanan
merealisasikan pembentukan dan pembangunan para pelajar dari pelbagai aspek (iaitu
rohani, jasmani, intelek, emosi dan sosial) agar dapat melahirkan insan soleh yang
berakhlak mulia menurut kaca mata Islam.

Antara ciri-ciri guru murabbi menurut al-Ghazali adalah:

1) Menyayangi pelajar dan memperlakukan mereka seperti anak sendiri.

2) Sentiasa menasihati pelajar dalam segala hal termasuk pembelajaran dan perlakuan
mereka.

50
3) Menjaga disiplin pelajar dengan menggunakan pendekatan mencegah dan menegur
secara baik terhadap perlakuan maksiat dan juga menggalakkan perlakuan makruf
secara kasih sayang. Bagi Ahmad Mohd Salleh (1997) pula, antara ciri-ciri guru
murabbi adalah:

a) Mengutamakan keselamatan dan kebajikan pelajar.

b) Bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira latar belakang keluarga, keupayaan
akademik, dan ekonomi.

c) Merahsiakan maklumat sulit pelajar kecuali kepada yang berhak.

d) Bersedia membimbing pelajar serta menunjukkan cara berpakaian, pertuturan dan


tingkah laku sebagai contoh yang baik kepada pelajar.

4.1.5 Guru Sebagai Mursyid

Mursyid bermaksud seseorang yang pakar dalam memberi tunjuk ajar


terutamanya dalam bidang kerohanian. Mursyid secara istilahnya merupakan mereka
yang bertanggungjawab memimpin dan membimbing perjalanan rohani murid untuk
sampai kepada Allah S.W.T dalam proses tarbiah yang teratur. Mursyid
bertanggungjawab untuk mengajar dari sudut zahir (syariat) dan makna (batin). Tugas
membentuk kepimpinan insan merupakan tugas yang berat dan perlu dilaksanakan
oleh guru.

Mursyid merujuk kepada aspek kepimpinan guru dalam bilik darjah untuk
menjaga, menasihati, mengarah, membimbing dan memberi petunjuk kepada para
pelajar ke arah pembentukan dan pembangunan diri sebagai insan soleh. Konsep
irsyad lebih memfokuskan konsep kepemimpinan Rasulullah SAW dalam proses
mendidik dan membimbing para sahabat. Guru yang mursyid ialah guru yang sedia
menjadi seorang penasihat yang ikhlas sebagaimana Rasulullah saw dalam proses
mendidik dan membimbing para sahabat. Al-Ba’labakki (1995) mendefinisikan
penasihat yang ikhlas dalam Bahasa Inggeris dipanggil mentor. Menurut Saedah Siraj
et.al (1996) mentor berperanan sebagai pengajar, penasihat, pendorong dan membantu
seseorang di bawah asuhannya untuk berkembang dan mencapai kecemerlangan.

Beberapa aspek peranan guru mursyid boleh dilihat dalam layanan seorang
mentor kepada pelajar-pelajarnya. Kajian ke atas konsep mentor oleh Bova dan Philips
yang dirumuskan oleh Saedah Siraj et al. (1996) menunjukkan mentor memiliki status

51
berikut, iaitu sebagai seorang yang memiliki status yang agak tinggi dan sedia
memberikan bimbingan sepenuhnya; Tokoh pemindah yang berperanan untuk
perkembangan seseorang iaitu gabungan peranan ibu bapa dan rakan sebaya; Model
contoh dan penasihat kepada pelajar; bertindak sebagai pembimbing, jurulatih, tutor
dan pendorong pelajar; bersifat murah hati, ikhlas, penyayang, mengambil berat orang
lain, pendengar yang baik dan mencurahkan rasa hati; bersifat sentiasa menerima dan
bertanggungjawab; berkongsi impian dengan anak didik dan membina persepsi kendiri
yang ceria; dan Orang yang sangat berpengaruh terhadap anak didiknya.

TUGASAN

Bincangkan bagaimana anda boleh berperanan sebagai


muallim, murabbi dan mudarris dalam rangka menjayakan
FPK untuk melahirkan modal insan berteraskan JERIS.

52
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

B. Media Digunakan
i. WhatsApp
ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi
satu sesi. (rujuk Agihan Tajuk)

B. Tajuk Pembelaran: Sahsiah Guru Muslim: (DT)

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:


i. Guru sebagai pendakwah
ii. Komunikasi guru dengan murid dan masyarakat
iii. Kesantunan guru

D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:


i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.

53
BIBLIOGRAFI

Abdul Basit Abdul Rahman. (2012) Keindahan Islam. Kuala Lumpur: Telaga Biru.

Abu Mardhiyah. (2012). Tajwid al-Quran qiraat aashim riwayat hafs toriq al-Syatibi.
Kuala Lumpur: Al-Jenderaki Enterprise.

Muhammad Ali Hasyimi (2010). Keperibadian Seorang Muslim (Dari al-Quran dan al-
Sunnah).(terj. Siti Rabi’ah). Kuala Lumpur: Cetakan Perniagaan Jahabersa.

Muhammad Jaafar Rahim. (2003). Bimbingan aqidah mukmin menuju jalan yang
selamat. Kuala Lumpur:Jasmin Enterprise.

Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, ‘Ali al-Sharbaji. (2011). Manhaj fiqh al-Shafie,
Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan.

Noraziah Sidik, Zulkarnain Muhammad, Nasaruddin Yunos. (2011). Pengajian Islam,


Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Oxford Fajar.

Sayyid Qutb dan Abu’l A’la Al-Maududi. (2010). Manhaj hidup muslim. Kuala Lumpur:
Dewan Pustaka Fajar.

Yusuf Al-Qaradhawi (2014). Isu Akidah antara Salaf dan Khalaf , Batu Caves, Selangor:
PTS Media Group.

Wahbah Azzuhaili. (1999). Fiqh & perundangan Islam (terj. Md Akhir Hj Yaacob et.al).
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

54
PENYELARAS MODUL PDPM (PENDIDIKAN ISLAM)

Nama Pegawai Akademik

En. Othman bin Loman Bidang Pendidikan Islam

PANEL PENULIS MODUL PEMBELAJARAN


MPU2042 PENDIDIKAN ISLAM

NAMA KELAYAKAN AKADEMIK

1. EN. MOHAMAD FAUZI BIN Med Pendidikan Islam , UKM.2002


HASSAN B.A (Hons) Pengajian Islam Syariah 1999
Diploma Pentadbiran Kehakiman & Guaman Islam
UKM 1999
Sijil Perguruan MP Islam, 1990

2.EN. MOHD NOR BIN JUSOH MA Usuludin (Al-Quran dan al-Hadith) UM


BA(Hons)Bachelor of Human Sciences , UIAM
Diploma Syariah UM
Sijil Perguruan/Diploma Pengajian Islam MP Islam

3.EN. PAUZI BIN YUSOFF MA Usuluddin & Falsafah UKM


BA(Hons) Usuluddin & Falsafah Al-Azhar

4.DR. MOHD. HAIRUDIN BIN PhD Pengajian Arab &Tamadun Islam UKM
AMIN Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)
UTM
BA (Hons) Pengajian Arab &Tamadun Islam UKM
Sijil Sijil Perguruan Pengajian Islam MP Islam

5.EN. AHMAD PUAAD BIN MA Usuluddin UM


ABD. RAHMAN BA Usuluddin UM
Dip. Pend. Pendidikan Islam & Moral UM

55
LAMPIRAN A

SILA GUNAKAN SIMBOL-SIMBOL BERIKUT


BAGI TUJUAN / MAKSUD SEPERTI YANG DINYATAKAN

Gunakan pita rakaman audio atau radio.

Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada


pensyarah dalam bentuk ‘soft copy’.

Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran).

Gunakan bahan-bahan multimedia.

Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan.

Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.

Buatkan ujikaji.

Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.

Senarai semak.

Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam


penyediaan modul.

Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting


dengan membuat ulasan.

Buatkan catatan atau nota-nota penting.

Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam


modul.

Senarai penerangan makna bagi sesuatu istilah.

56
Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Rujukan surat khabar.

Panduan kepada pengguna.

Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat


sumber yang berdekatan.

Sediakan geraf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang


lebih jelas.

Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk
membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.

Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah


dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep, rajah, jadual,
lukisan).

Aktiviti Tutorial

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.

57

Anda mungkin juga menyukai