MODUL KOKURIKULUM
MPUD2042
BINA INSAN GURU
1
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
KANDUNGAN
MUKA SURAT
2
Falsafah Pendidikan Kebangsaan/ Falsafah Pendidikan Guru/ Notis Hak
i
Pengarang
Kandungan ii
Pengenalan iv
Bibliografi 79
Panel 80
Simbol 81
PANDUAN PELAJAR
3
PENGENALAN
SASARAN KURSUS
Sasaran kursus ini adalah kepada pelajar Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM)
yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM).
Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap satu jam kredit. Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM)
dilaksanakan secara Sepenuh Masa dalam bentuk Kursus Dalam Cuti (KDC), di mana
interaksi bersemuka dilaksanakan pada cuti persekolahan dan hujung minggu. Jumlah
pembelajaran secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara
kuliah /tutorial/amali dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40%
lagi adalah pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran.
Modul ini ditulis dalam susunan Unit. Setiap unit mempunyai lima eleman asas yang
konsisten:
Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui alat media yang
sesuai jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.
4
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
Pembelajaran dalam talian ini menggunakan saluran media terkini yang sesuai.
Pensyarah dan pelajar akan ditentukan masa yang sesuai untuk berinteraksi secara
langsung dalam talian. Tajuk dan jumlah jam yang akan dipelajari diambil dari Maklumat
Kursus (MK) mengikut kursus dan semester yang ditawarkan.
IKON
Penulisan modul ini menggunakan ikon tertentu untuk menarik perhatian pelajar agar
pada sekali imbas mereka akan tahu apa yang harus dibuat.
Soalan Kuiz akan meliputi semua tajuk dalam Maklumat Kursus (MK) yang pelajar
pelajari secara interaksi bersemuka, modul dan pembelajaran dalam talian (OL).
5
PENGENALAN
Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai ilmu berkaitan pembinaan jati diri,
kepemimpinan, kerja berpasukan, mempunyai nilai dan sikap profesionalisme insan guru.
Selain itu, modul pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan
maklumat dan gaya pembelajaran terkini untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di sekolah rendah.
Hasil Pembelajaran
6
AGIHAN UNIT DAN JAM PEMBELAJARAN
Panduan Kepada Pengguna
JUMLAH JAM
INTERAKSI BERSEMUKA
60%
JAM 47 JAM
KREDIT
TAJUK/ TOPIK ASAL (KULIAH/
100% TUTORIAL/ DALAM
66 JAM AMALI) TALIAN MODUL
60% 8% 32%
40 JAM 5 JAM 21 JAM
1. Prosedur
Operasi Standard
• Aktiviti
Perkhemahan(K/M) 8 4 (f2f) 1 3
• Aktiviti Air(K/M)
• Aktiviti Kembara(K/M)
• Aktiviti Tali(K/M)
2. Perkhemahan
• (4H 3M)
• Aktiviti
Perkhemahan
• Persiapan
Mendirikan 17
Khemah(A/M) 20 1 2
• Malaysia Cergas dan (Perkhemahan)
Patriotik(A)
• Tazkirah, Kerohanian
• Etiket Sosial dan
Protokol (A/M)
• Refleksi (DT)
3. Aktiviti Air
• Persiapan
• Keyakinan Di Air(A/M) 14 7 1 6
• Apungan(A/M)
(Perkhemahan)
• Kemahiran Asas
Renang(A/M)
7
JUMLAH JAM
INTERAKSI BERSEMUKA
60%
JAM 47 JAM
KREDIT
TAJUK/ TOPIK ASAL (KULIAH/
100% TUTORIAL/ DALAM
66 JAM AMALI) TALIAN MODUL
60% 8% 32%
40 JAM 5 JAM 21 JAM
• Kemahiran Asas
Menyelamat(A/M)
• Refleksi (DT)
4. Aktiviti Kembara
• Persiapan (A/M)
• Berjalan Merentas 5
Rimba/Lasak(A/M) 14 1 8
• Aktiviti Penghayatan (Perkhemahan)
Alam(A/M)
• Refleksi (DT)
5. Aktiviti Tali
• Persiapan (DT)
• Pelbagai Aktiviti
menggunakan tali
(A/M) 7
10 1 2
• Penyelesaian masalah (Perkhemahan)
(Contoh – spider
web)(A/M)
Nota:
K - Kuliah, T - Tutorial, A - Amali, M - Modul, DT - Dalam Talian
8
UNIT 1 Prosedur Operasi Standard
Hasil pembelajaran
Sinopsis
Dalam tajuk ini, aspek yang akan dibincangkan ialah mengenai Prosedur Operasi
Standard (SOP) sebelum, semasa, dan selepas menjalankan aktiviti perkhemahan,
aktiviti air, aktiviti kembara, dan aktiviti tali.
KERANGKA TAJUK
9
1.1 Definisi Prosedur Operasi Standard
Prosedur Operasi Standard adalah sesuatu set arahan atau perintah kerja yang
terperinci dan bertulis yang harus diikuti bagi mencapai keseragaman dalam
menjalankan sesuatu pekerjaan tertentu dengan berpandukan matlamat yang
ingin dicapai. Menurut EPA (2008) , SOP ialah rantaian peraturan yang dibukukan
berdasarkan aktiviti yang dilakukan berkali-kali dalam sesebuah agensi. Menurut
Federal Emergency managegement Agensi atau dikenali sebagai FEMA (2008),
SOP merupakan satu panduan atau aturan yang menjelaskan proses yang
dijalankan secara teratur dan terperinci. Lingappan (2000) SOP merupakan satu
rangkaian peraturan yang digunakan dan dipatuhi dalam menyelesaikan sesuatu
permasalahan.
Keselamatan Diri
Keselamatan semasa menjalankan aktiviti di daratan amatlah dititikberatkan oleh
semua pihak yang terlibat sama ada pihak penganjur atau pun para
peserta.Proses ini perlu dimaklumkan lebih awal kepada para peserta agar
semuanya dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Antara perkara-perkara
yang berkaitan keselamatan adalah seperti berikut:
10
• Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu
yang ditetapkan oleh kem komandan.
• Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam
setiap program.
• Menjaga segala peralatan yang disediakan . Dilarang merosakkan atau
memindahkan peralatan ke tempat lain.
• Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok dalam
kawasan perkhemahan dan membuang sampah di merata rata
tempat.
• Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat dalam
kawasan perkhemahan.
• Tidak dibenarkan memberi sebarang makanan kepada binatang-binatang.
• Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan
demikian juga sebaliknya tanpa kebenaran.
• Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai selipar
atau kain pelikat sama ada ke dewan makan atau keluar daripada kawasan
perkhemahan.
• Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali .
• Setiap peserta, tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-
masing,selepas jam 12.00 tengah malam.
• Tidak dibenarkan memancing, berburu dan menangkap binatang tanpa
kebenaran semasa perkhemahan.
• Peserta yang melanggar peraturan keselamatan ini akan dikenakan
tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan/Urusetia.
• Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman dari luar semasa
perkhemahan.
• Tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa
aktiviti rasmi.
• Penjagaan diri/peralatan/harta persendirian perlu diberi keutamaan.
• Aktiviti penggunaan air dan api perlu dijalankan di bawah
penyeliaan/pengawasan dan mendapat kebenaran dari pihak berkenaan.
• Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah di bawah penyeliaan dan
pengawasan pihak bertanggungjawab.
• Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari
pihak penganjur.
11
1.2 Prosedur Operasi Standard Perkhemahan
Perkhemahan adalah satu aktiviti bagi memenuhi masa lapang dan untuk
merehatkan fikiran. Perkhemahan juga boleh mengeratkan hubungan
kekeluargaan serta rakan apabila melakukannya bersama-sama. Aktiviti seperti
mendaki gunung, berbasikal, berkayak, bersampan dan berakit di sungai bolah
dilakukan dalam aktiviti perkhemahan.
Ia melibatkan bermalam sama ada satu malam atau lebih,sama ada di hutan,
kawasan sekitar rumah, di pantai, tempat rekreasi dan lain-lain tempat yang
sesuai. Aktiviti perkhemahan ini boleh dilakukan secara bersendirian atau
berkumpulan mengikut keperluan, dan tujuan aktiviti perkhemahan itu diadakan.
Di dalam aktiviti perkhemahan itu pula boleh diselitkan dengan pelbagai aktiviti
sampingan yang sesuai dengan kehendak program dan keadaan sekitar. Di
antara contoh aktiviti tersebut ialah ceramah, aktiviti lasak, abseiling,
orienteering, ikhtiar hidup, kembara, dan sebagainya.
• Apabila bermain berdekatan kawasan air, sentiasa pastikan bahawa ada orang
dewasa atau guru yang mengajar renang yang boleh berenang dan mahir
dalam memberi bantu mula bersama anda.
• Sekiranya menghadapi masalah di dalam air, bawa bertenang pusingkan badan
supaya anda berada dalam keadaan terlentang dan jika ternampak seseorang,
lambaikan tangan untuk menarik perhatian. Cara lain ialah dengan meletakkan
tangan anda di dalam air.
• angan berenang pada masa sejam selepas anda memakan makanan berat.
• Sekiranya anda berasa kesejukan atau keletihan ketika berada di dalam air,
segera keluar dari kolam
12
• Pakaian haruslah sesuai untuk menjalankan aktiviti renang iaitu pakaian renang
• Sentiasa mematuhi arahan guru atau pensyarah pembimbing
13
• pengguna perlu menunjukkan resit/surat kebenaran/kelulusan
sebelum menggunakan kemudahan di kompleks sukan renang
• cagaran akan dikenakan sekiranya penyewaan/penggunaan untuk
tujuan bagi mengadakan pertandingan/perlawanan, majlis/
program atau penyewaan/ penggunaan secara harian
• semua pengguna diminta sentiasa menjaga kebersihan kawasan
serta keselamatan peralatan yang bdigunakan. Sebarang
kerosakan/ kehilangan perlu diganti
• orang ramai tidak dibenarkan masuk kecuali menggunakan tiket
yang boleh dibeli di kolam renang
• kanak-kanak yang berumer 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan
masuk. Mereka dibenarkan masuk dengan syarat ada seorang
penjaga.
• semua penjaga dikehendaki meninggalkan kolam 15 minit sebelum
ditutup
• pengguna-pengguna lelaki dan wanita dikehendaki memakai
pakaian mandi yang tidak turun warnanya atau “tranparent” serta
mengikut etika berpakaian di kolam renang
• pengguina-pengguna dilarang meludah ke dalam kolam
• pengguna-pengguna dilarang berlari-lari, menolak atau
mengganggu orang lain
• orang ramai yang mengidap penyakit-penyakit berjangkit yang
bahaya dan penyakit kulit adalah dilarang mandi di kolam renang
• pengguna-pengguna dilarang membawa barang-barang
merbahaya dan yang boleh mengotorkan air kolam seperti
makanan, botol-botol minuman, kotak-kotak, barang-barang tajam
dan sebagainya
• bahan makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke
kawasan kolam renang
• pengguna-pengguna dikehendaki bertanggungjawab menjaga
semua harta di kolam renang daripada dirosakkan atau
disalahgunakan
• sebarang penjajaan di kawasan renang tidak dibenarkan
• tiket-tiket yang telah dijual tidak boleh dikembalikan
• pengguna pengguna dilarang membawa beg pakaian serta
dilarang menyalin pakaian di dalam kawasan kolam renang
14
• pengguna-pengguna dilarang merokok di dalam kawasan kolam
renang
• pengguna-pengguna dilarang memakai kasut atau selipar di
kawasan kolam renang
• setiap pengunjung yang menggunakan kolam renang perlu
memakai topi renang untuk mengelakkan rambut gugur
• binatang-binatang peliharaan adalah dilarang untuk dibawa masuk
ke kawasan kolam renang
• penyewa hendaklah mematuhi segala peraturan yang telah
ditetapkan dan syarat-syarat yang akan dikenakan dari semasa ke
semasa oleh pegawai yang bertugas
1.4 Tugasan
TUGASAN
1. Bincangkan bersama rakan anda tentang Prosedur Operasi Standard yang wajib
dipatuhi dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan.
15
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
A. Media Digunakan
i. WhatsApp
ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi
satu sesi. (rujuk Agihan Tajuk)
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian
16
UNIT 2 Perkhemahan (M)
Sinopsis
Dalam tajuk ini, aspek yang akan dibincangkan ialah mengenai aktiviti perkhemahan dan
perkara-perkara yang sepatutnya. Perkara yang perlu diambil perhatian dalam unit ini
ialah persediaan sebelum, semasa dan selepas perkhemahan dijalankan.
Hasil pembelajaran
KERANGKA TAJUK
17
perkhemahan, bakal- bakal guru juga dapat mempraktikkan segala kemahiran
dan kecekapan yang dipelajari.
a) Perlindungan
Khemah yang hendak kita miliki itu mestilah dapat memberikan
perlindungan kepada semua jenis cuaca seperti hujan, panas atau sejuk
angin dan sebagainya. Di samping itu ianya juga hendaklah dapat
memberi pelindungan daripada serangga-serangga.
b) Keselesaan
Khemah tersebut perlulah selesa kerana tempat yang paling utama
dalam
aktiviti pengembaraan ialah tempat tidur yang selesa dan mempunyai
ruang untuk menyimpan barang-barang.
18
c) Kalis air
Tidak semua khemah yang dijual itu kalis air kerana terdapat juga khemah
yang tidak kalis air apabila terkena hujan lebat. Oleh itu kita perlu
memastikan bahawa khemah yang dikatakan kalis air itu adalah benar-
benar kalis air, supaya tidak menjadi masalah apabila hujan
d) Tahan lasak
Memandangkan perlunya khemah itu ringan, pembuat khemah mengambil
kesempatan membuatnya dengan bahan yang ringan tetapi tidak tahan
lasak. Ini perkara penting yang perlu kita ambil ingatan. Khemah perlu
ringan di samping itu ianya perlu tahan lasak, tidak mudah koyak apabila
ianya digunakan di pelbagai persekitaran dan mempunyai ketahanan
hayat untuk satu jangka masa yang panjang dan munasabah
e) Ukuran
Perkara ini juga merupakan perkara penting kerana apakah gunanya kita
mempunyai khemah muatan lapan orang jika kegunaannya untuk satu
atau dua orang, sedangkan lokasi yang hendak dituju itu amat
menyukarkan kita membawanya
19
b) Corak tapak perkhemahan
Pilihlah tapak yang sesuai dari segi lapang,tiada pohon-pohon besar yang
mudah rekah atau berdahan kering, permukaan tidak berselut atau lembab,
dan permukaan yang curam juga haruslah dielakkan. Selain itu juga sila
elakkan daripada membina khemah di kawasan sebelah dalam selekoh
sungai. Tempat yang sebegini akan berlaku banjir atau dihanyutkan air
yang deras sekiranya berlaku hujan yang lebat dan sebagainya.
20
seperti Polis, Jabatan Hutan, pihak yang bertanggungjawab yang lain.
h) Jangkamasa perkhemahan
Tapak perkhemahan yang dipilih mestilah seasuai dengan jangkamasa
perkhemahan. Sekiranya berkhemah untuk satu jangkamasa yang lama
maka perlulah memastikan bekalan air yang mencukupi, bagi kegunaan
memasak, minuman, mandi dan juga untuk kegunaan lain.
j) Alam Persekitaran
Alam persekitaran akan menentukan sejauh manakah kejayaan sesuatu
aktiviti perkhemahan. Jadi peninjauan perlu dilakukan sebelum keluar
berkhemah. Peninjauan tersebut boleh dilakukan samada dengan keluar
21
melihat tempat tapak perkhemahan tersebut dan juga boleh dilakukan
dengan memahami keadan tersebut melalui peta topo atau maklumat
penduduk setempat yang tahu dan pernah ke kawasan tersebut.
22
• Digalakkan makan dan minumdi luar khemah untuk mengelakkan semut atau
atau binatang merayap daripada memasuki khemah.
• Pastikan di luar atau di dalam khemah sentiasa berkeadaan bersih dan kemas.
• Pastikan khemah yang dipasang itu kukuh dan selamat untuk digunakan.
• Hendaklah mengadakan system kawalan waktu malam.
• Hendaklah menaburkan bahan kimia seperti belerang kuning atau kapur
• di sekeliling khemah bagi mengelakkan gangguan binatang merayap, menjalar
dan mana-mana yang boleh mengganggu peserta.
• Jangan membuat bising di kawasan perkhemahan seperti melaung,bertempik,
• ketawa yang keterlaluan dan gembira yang amat sangat.
• Patuhi semua arahan keselamatan, kawalan, penerangan perkhemahan dari
masa ke semasa dan segala pantang larang.
• Mengutamakan faktor kesihatan dari aspek makanan, minuman, pakaian
dan tapak perkhemahan.
23
2.2 MALAYSIA CERGAS
Malaysia Cergas adalah satu aktiviti yang dijalankan untuk memberi penekanan
kepada usaha meluaskan kegiatan sukan dan rekreasi fizikal kepada penglibatan bakal
guru.Ia merupakan satu usaha mewujudkan kecergasan yang berteraskan kepada
penyertaan aktif, kecergasan yang berterusan dan sikap positif dalam hidup. Disamping
itu juga, aktiviti ini bertujuan menimbulkan minat dan kesedaran dalam kalangan
masyarakat Malaysia khususnya bakal guru.akan kepentingan kesihatan yang perlu
dipupuk melalui kegiatan fizikal dan rekreasi. Amalan sihat ini perlulah dikekalkan dan
dilakukan secara berterusan. Aktiviti yang dijalankan dalam Malaysia Cergas ialah
menaikkan bendera, kawad kaki dan diakhiri dengan senamrobik.
a. Lantik seorang Ketua Peserta atau ketua yang bertugas. Ketua Peserta berdiri di
tengah-tengah menghadap barisan kumpulan. Ketua Peserta menentukan petugas
untuk menaikkan bendera dan pembaca doa.
b. Bariskan anggota/peserta bertiga-tiga mengikut kumpulan menghadap tiang bendera.
Ketua Kumpulan berada di hadapan di tengah-tengah kumpulan.
c. Ketua Kumpulan dikehendaki melapor kepada Ketua Peserta tentang jumlah /
kedudukan ahli kumpulan
d. Ketua Peserta/Petugas akan memberikan hukuman:
• Sedia
• Ke kanan lurus ( dan pandang depan)
• Bendera (Panggilan)
• Lagu Negara-Ku
• Lagu Guru Malaysia
• Bacaan doa.
e. Selepas upacara naik bendera, Ketua Peserta akan menyerahkan kepada Ketua
Jurulatih untuk menyampaikan amanat untuk hari tersebut.
f. Senamrobik
24
Susunan Upacara Naik Bendera
(protokol susunan bendera mengikut negeri masing-masing)
Petunjuk:
1 : Bendera Malaysia
2 : Bendera negeri
Bendera 3 : Bendera Institut/BPG
2 1 3
J : Jurulatih
J J J J J J KP : K ETUA P ESERTA
K : Ketua Kumpulan
KP xxx : Barisan peserta
K K K K K K
xxx xxx xxx xxx xxx xxx
xxx xxx xxx xxx xxx xxx
xxx xxx xxx xxx xxx xxx
Aktiviti tazkirah dan kerohanian merupakan aktiviti yang mampu membina jati diri
yang mantap dalam kalangan bakal guru sekiranya dilaksanakan sejajar dengan
keperluan pelajar.Justeru adalah penting bagi institusi pendidikan guru melatih bakal-
bakal guru untuk menjadi insan yang bermoral dan memiliki sahsiah yang dikagumi.
Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar, tetapi yang paling
dekat dengan kita adalah ‘mati’. Sebab itu sudah janji Allah s.w.t bahawa setiap
yang bernyawa pasti akan mati. (lihat ayat 185, surah Ali-Imran)
25
Lalu Imam al-Ghazali meneruskan pertanyaan kedua: “Apa yang paling
jauh dari diri kita di dunia ini?”
Walau hebat macam mana sekalipun kita, kita tidak boleh kembali kepada
masa lalu. Oleh itu, kita harus menjaga hari ini dan hari akan datang dengan
perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.
Tetapi katanya, yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah ‘nafsu’
(sila rujuk ayat 179 dari surah al-A’raaf).
Oleh itu, kita harus berhati-hati dengan nafsu, jangan sampai nafsu
menjerumuskan diri ke lembah neraka.
Pertanyaan keempat: “Apa yang paling berat di dunia ini?” Ada yang
menjawab baja, besi dan tidak kurang yang mengatakan gajah. Semua jawapan
benar, kata Imam al-Ghazali tetapi yang paling berat adalah ‘memegang amanah.’
(lihat ayat 72, surah al-Ahzab)
Pertanyaan yang kelima: “Apa yang paling ringan di dunia ini?” Ada yang
menjawab kapas, angin, debu dan dedaun. Semua itu benar, kata Imam al-
Ghazali, tetapi yang paling ringan di dunia ini ialah ‘meninggalkan solat.’
Pertanyaan keenam ialah: “Apakah yang paling tajam di dunia ini?” Murid-
muridnya menjawab dengan serentak iaitu pedang.
26
Benar kata Imam al-Ghazali, tetapi menurutnya yang paling tajam ialah
‘lidah manusia.’ Ini kerana melalui lidah manusia dengan mudah menyakiti hati
dan melukai perasaan rakan sendiri.
3. Kemudian bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu
akan dipenuhi.
4. Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat- Allah
janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.
7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan
takbir], 100x selawat & 100x istighfar}
8. Kemudian baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu
fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti
27
daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri
kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-
dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”
11. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara daripada
azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah
As-Sajdah.
12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis.
Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan
13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi
SAW tunjuk ajar.
15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah(muqarabah) juga mengenai mati dan
peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.
16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’.
Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran
seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran
adalh perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.
17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan
seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat
dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah
Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke
langit.’
18. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua
kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai
amalan tetap dan berkekalan.
19. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang
digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada suami-
suami kamu.
28
20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi
SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.
22. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga,
lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat
besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.
Amalkan sedikit demi sedikit yg mana mampu. Semoga kita dpt amal dan
sampaikan. Amin
“Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa
perang), lalu engkau mendirikan solat dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah
sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan solat) bersama-samamu, dan hendaklah
mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud,
maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh); dan
hendaklah datang pula puak yang lain (yang kedua) yang belum solat (kerana menjaga
serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersolat (berjamaah) bersama-samamu, dan
hendakah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-
masing. Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta
benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai
dengan serentak. Dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika
kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan
hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah
29
menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina.” (Surah An-
Nisa’ 4; Ayat 102)
.
Ulamak–ulamak fiqah telah bersepakat tentang adanya ketetapan syarak mengenai solat
khauf ini,“Khauf bagi mereka bukan semata-mata takut kepada serangan musuh
malah termasuk juga khauf (takut) dari ancaman kebakaran dan juga binatang-
binatang buas dan lain-lain lagi daripada ancaman yang boleh menyebabkan
kemusnahan dan kehancuran.”
.
Allah ﺳﺑﺣﺎﻧﮫ وﺗﻌﺎﻟﻰberfirman:
ﻓَِﺈْن ِﺧْﻔﺗ ُْم ﻓَِرَﺟﺎًﻻ أ َْو ُرْﻛﺑَﺎﻧًﺎ
“Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka solatlah sambil berjalan kaki atau naik
kenderaan.” (Surah Al-Baqarah 2: Ayat 239)
.
2.3.4 Bila Dan Di mana ?
.
Solat Khauf boleh dilakukan dimana saja, tanpa mengira masa, tempat dan
keadaan.
1. Solat dilakukan mengikut keadaan seseorang pada ketika itu.
2. Boleh dilakukan sama ada secara berlari, berjalan, meniarap atau
berkenderaan.
Daripada Ibnu Umar r.a. katanya: Nabi Muhammad ! bersabda: “Jika keadaan
itu terlalu gawat, bolehlah solat secara berdiri, berjalan atau berkenderaan,
menghadap kiblat ataupun tidak.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari r.a.)
30
..
2.3.6 Cara Solat Khauf .
Islam cukup menitikberatkan solat dan ianya harus ditunaikan kerana ia
merupakan kewajipan ke atas setiap muslim.dalam apa jua keadaan yang berlaku sama
ada ketika sakit, keuzuran atau pun ketika di medan peperangan.dengan cara-cara yang
telah ditetapkan.
Ciri-ciri asas solat itu secara berjemaah sama dengan solat qasar dan jamak. Solat
ketika perang tidak begitu banyak perbezaan kecuali makmum dapat bergerak,
menangguhkan solat dan menyambung semulanya selepas berperang.
.
Etiket merupakan peraturan-peraturan tingkah laku atau sopan santun sama ada
dalam kehidupan harian, dalam perhubungan antara satu sama lain atau dalam majlis
yang berbentuk formal atau tidak formal. Apa jua peri laku yang dilakukan oleh seseorang
yang mengikut peraturan-peraturan atau norma-norma yang diterima oleh masyarakat
atau yang berlandaskan kepada timbang rasa adalah dianggap sebagai mempunyai nilai
etiket yang tinggi yang boleh mempertingkatkan imej seseorang itu.
31
3. Majlis Rasmi tetapi Tidak Formal
Majlis yang tidak banyak mematuhi protokol seperti majlis jamuan teh
sempena hari kebangsaan.
1. Jawatankuasa
2. Tempat majlis
3. Penyediaan senarai jemputan
4. Aturcara majlis
5. Kesesuaian pakaian dalam majlis
6. Penulisan dan pengedaran Kad Jemputan
7. Pemilihan Menu
8. Susunan keutamaan
9. Panggilan hormat
10. Susunan tempat duduk
11. Pengacaraan Majlis Formal
12. Penyediaan aturcara pentadbiran
13. Peranan penyambut tetamu
14. Raptai
15. Nilai-nilai Islam
16. Postmortem
32
6. Kesopanan Menghadiri Majlis Jamuan Ringan Secara Berdiri
7. Kesopanan Menghadiri Majlis Jamuan Ringan Secara Duduk
8. Kesopanan dalam Majlis Buffet
9. Adab Makan Pelbagai Kaum di Malaysia
10. Kesopanan Tuan Rumah dan Kesopanan Tetamu (Majlis di Rumah)
11. Kesopanan Tuan Rumah dan Kesopanan Tetamu (Majlis Luar Rumah)
12. Menghadiri Pelbagai Majlis Formal
13. Mengenali Peralatan Jamuan
14. Cara Menghidang
15. Tertib di Meja Makan
1. Tertib Perkenalan
a) Prinsip Perkenalan
• Perkenalkan lelaki kepada wanita
• Perkenalkan orang yang kurang penting kepada orang yang lebih
penting
• Perkenalkan orang yang lebih rendah pangkatnya kepada orang
yang lebih tinggi pangkatnya
• Perkenalkan orang yang lebih muda kepada orang yang lebih tua
c) Tertib Memperkenalkan
33
• Izinkan saya memperkenalkan............
• Puan.......inilah Encik........
• Boleh saya memperkenalkan..............
34
• Enggan bersalam menunjukkan rasa tidak menerima atau
membenci
3. Perbualan Sosial
a) Contoh tajuk perbualan sosial yang sesuai
• Hobi
• Sukan
• Muzik
• Rancangan Televisyen
• Pakaian
• Menanam bunga (Gardening)
• Makanan
• Pengembaraan
• Kesenian
• Cuaca
35
• Berbual dengan seberapa ramai yang boleh dalam
sesuatu kumpulan
36
b) Kesesuaian Pakaian Lelaki
• Kurang sesuai berbaju lengan pendek jika bertali leher
• Sematkan semua butang baju jika tidak bertali leher (kecuali
butang kolar)
• Jangan lipat bahagian lengan kemeja lengan panjang
• Memakai tali leher hanya dengan kemeja lengan panjang
• Bahagian hujung tali leher mestilah sampai ke bahagian kepala
tali pinggang
• Sesuaikan warna tali leher dengan baju
• Tali leher berjalur sesuai dengan baju tanpa corak
• Badan kurus dan gempal hendaklah memakai singlet
• Sesuaikan warna stoking dengan seluar
• Kasut hendaklah bersih dan berkilat
• Stoking putih tidak sesuai dalam majlis
• Gunakan `cologne` dan deodoron yang lembut. Jika bergaul
dengan orang ramai sapukan `cologne` di kedua belah bahu
• Pakai singlet jika memakai bush-jacket tetapi jangan sampai
kelihatan singlet tersebut
• Seluar dan bush-jacket hendaklah sama warna dan bahan
(material)
• Baju berwarna putih sebagai pilihan pertama. Lain-lain warna
tanpa corak (light and plain) sebagai pilihan kedua
• Baju hendaklah sentiasa dimasukkan dalam seluar
• Elakkan dari memakai baju ketat yang boleh menyulitkan
pergerakan badan dan tangan
• Jangan memakai baju, seluar dan stoking corak/jenis berjalur
keseluruhannya
• Seluar jangan terlalu labuh hingga memecah lantai ataupun
singkat hingga kelihatan tergantung. Jangan memakai seluar yang
ketat (drainpipe)
• Stoking berwarna putih tidak sesuai dengan pakaian pejabat
melainkan berpakaian putih/berpakaian sukan
• Kasut bersukan walaupun mahal, tidak ada tempat dalam urusan
rasmi
37
5. Hiasan
Barang-barang kemas sama ada tulen atau tiruan seperti subang,
gelang tangan, rantai tangan, jam, cincin dan rantai leher memang perlu
dipakai. Perhiasan yang sederhana adalah penting kerana ia merupakan
sebahagian daripada pakaian yang menambah seri. Oleh hal yang
demikian, hendaklah dipadankan dengan baju yang dipakai. Elakkan
memakai terlalu banyak hiasan.
a) Tali pinggang
i) daripada jenis kulit, PVC, kain atau besi yang sesuai
b) Selendang dan Skaf
i) dipakai dengan pakaian kurang formal atau formal seperti di majlis
rasmi dengan cara disangkutkan di bahu
ii) dipakai di majlis keagamaan dan dalam menziarahi kematian -
selendang menutupi seluruh kepala
c) Beg Tangan
Beg yang sesuai mengikut keadaan seperti:
i) kegunaan harian di pejabat
ii) kegunaan pelbagai
iii) kegunaan majlis rasmi
6. Minyak Wangi
Pilihan yang lembut, supaya tidak melemaskan atau memeningkan
a) Minyak wangi tulen
i) Adalah pekat dan hendaklah dipakai sedikit sahaja
b) Eau de toilette
i) Air kolon yang kurang pekat dan lebih murah dan perlu dipakai beberapa
kali sehari kerana baunya tidak pekat
c) Semburan badan
i) Ini adalah bau-bauan yang sangat ringan dan tidak pekat
38
a) Bahagian kepala dan muka
• rambut perlu diurus kemas dan kelihatan terjaga
• misai dan janggut diurus dengan rapi
• bulu hidung tidak kelihatan liar
• gigi sentiasa bersih
• pernafasan tidak berbau
Etika di meja makan merupakan satu kemahiran yang perlu ada pada
setiap individu. Cara kita makan menunjukkan keperibadian diri kita. Makan secara
gelojoh boleh membawa persepsi negatif terhadap seseorang. Sehubungan itu, kita
mestilah mengetahui asas etika di meja makan.
39
terhadap pihak panganjur yang menyediakan jenis menu yang dihidangkan di dalam
suatu majlis jamuan rasmi.Penggunaan sudu dan garpu yang betul adalah penting.
a) Makan sup
• Sup yang masih panas jangan pula ditiup. Biarkan ia sejuk sendiri. Jangan
mengangkat mangkuk dan menghirup terus dari mangkuk.
• Untuk mengelakkan sup yang dihirup tidak tumpah, waktu menyuap
hendaklah tundukkan kepala sedikit.
• Menyeduk sup ke arah tengah meja dan di makan dari sisi sudu.
• Untuk memakan isi sup pula ( sayur atau daging ) boleh dimakan melalui
hujung sudu.
• Sup tidak boleh dihirup sehingga kedengaran bunyi yang nyaring.
• Bila ingin makan sup dengan roti, roti hendaklah dicubit dengan tangan
bukan dipotong dengan pisau. Pisau hanya digunakan untuk menyapu
mentega sahaja.
• Bila sup habis dimakan, sudu hendaklah dibiarkan terlentang di sebelah
kanan di sisi mangkuk atau dibiarkan di dalam mangkuk jika tidak berpiring.
40
• Makanan utama di makan dengan menggunakan pisau dan garpu di
tangan kiri, garpu dengan posisi telungkup.
• Daging , ayam atau ikan dihiris sepotong demi sepotong dan garpu masih
tetap di tangan kiri.
• Fungsi pisau adalah untuk menghiris makanan
• Apabila selesai makan, pisau dan garpu hendaklah di letakkan sebelah
menyebelah dengan posisi tangkai arah kanan dan hujungnya pula
mengarah tangan.
41
• Aturan umum tentang peringkat makan adalah mulai dari posisinya yang
paling luar dan kemudian bergerak ke arah di mana piring utama kita
berada: senduk sup dulu, kemudian pisau ikan dan garpu dan barulah
pisau dan garpu utama
d) Fungsi Napkin
Antara fungsi penting napkin adalah sebagai alat yang digunakan untuk
mengelap mulut yang kotor apabila sedang menikmati jamuan makan. Napkin
mampu menyelamatkan baju daripada terkena kuah atau minuman yang mungkin
terjatuh atau tertumpah ke atas riba semasa menikmati hidangan. Selain daripada
itu, napkin berfungsi untuk menutup mulut apabila tekak terasa tidak selesa dan
mahu terbatuk.
Napkin juga merupakan satu alat komunikasi non verbal dengan pelayan
yang berada di dewan makan. Apabila napkin diletakkan di atas kerusi, ini
membawa maksud bahawa anda akan kembali ke meja makan. Napkin di atas
meja makan, memberitahu pelayan bahawa anda telah selesai makan dan sudah
meninggalkan jamuan makan.
2.4.6 Adab Makan di Majlis Rasmi : Penggunaan Pisau, Garpu dan Sudu
Tidak banyak yang mengetahui atau menitikberatkan adab makan di meja makan
semasa majlis rasmi. Perlakuan ketika makan melambangkan taraf dan hubungan
sosial dan perangai sebenar seseorang individu.
42
Individu yang mempunyai adab yang baik di meja makan lazimnyqa dilabel sebagai
seorang yang dibesarkan dengan penuh tatasusila dan dihormati. Seseorang yang
nampak gelojoh, tidak sabar dan tidak mempedulikan orang lain dianggap sebagai
seorang yang tiada didikan dan kurang ajar.
Adab meja makan merangkumi banyak aspek, daripada cara anda menerima
jemputan dan memaklumkan kepada hos, cara berpakaian, ketibaan anda di majlis,
cara anda mengendalikan sudu dan garpu, cara anda melayan pelayan, perbualan
anda semasa makan, etika sebelum, semasa dan selepas makan, dan sebagainya.
Sekiranya terdapat lebih daripada satu sudu dan garpu yang perlu digunakan, anda
perlu tahu yang sepatutnya digunakan untuk makan, sudu untuk sup, sudu untuk
pencuci mulut dan begitu juga garpu. Ada garpu untuk daging dan ada untuk salad.
Jika anda keliru, jangan bimbang. Lazimnya, juadah yang dihidangkan adalah
mengikut kedudukan sudu dan garpu. Gunakan sudu atau garpu yang terletak paling
hujung atau jauh sekali dan bergerak ke arah dalam.
Sebagai contoh, appetizer akan dihidangkan dahulu, seperti sup, jadi gunakan sudu
yang paling kanan. Begitu juga salad, gunakan garpu paling kiri. Namun, trend yang
digunakan sekarang ialah sudu atau garpu akan diberikan mengikut juadah yang
akan dihidangkan. Jadi, anda hanya perlu mengikut sahaja.
Pisau hendaklah dipegang dengan tangan kanan dan garpu dengan tangan kiri. Hal
ini kerana banyak orang yang memotong dengan tangan kanan. Jadi, keadaan ini
semata-mata untuk keselesaan. Lain pula sekiranya anda kidal, anda boleh
memotong dengan tangan kiri.
Cara memakan steak dengan betul ialah anda menggunakan garpu yang dipegang
dengan tangan kiri untuk memegang daging dan memotong dengan pisau. Potong
kecil beberapa ketul daging dan letakkan pisau anda melintang di atas bahagian
43
depan pinggan dengan bahagian tajam menghadap ke dalam. Tukar garpu ke
tangan kanan dan makan perlahan-lahan. Jangan gelojoh.
• Sup – harus menggunakan sudu yang disediakan bagi sup. Sudu tersebut
agak dalam dan bulat bentuknya. Sup mestilah dihirup perlahan-lahan.
Jangan sampai mengeluarkan bunyi kerana perbuatan tersebut dianggap
tidak sopan.
• Salad – gunakan garpu yang dikhaskan untuk salad. Garpu salad kecil sedikit
berbanding garpu biasa.
• Ikan – gunakan garpu dan pisau yang dikhaskan untuk ikan. Garpu untuk
ikan selalunya pendek sedikit daripada garpu untuk daging.
• Daging – gunakan garpu utama yang disediakan
• Pencuci mulut – sebagai contoh agar-agar, puding, bubur dan sebagainya.
Biasanya sudu untuk pencuci mulut dibawa bersama dengan mangkuk atau
piring sebelum juadah pencuci mulut dihidangkan.
• Asparagus – asparagus boleh dimakan dengan tangan asalkan asparagus
tersebut tidak disaluti apa-apa sos. jika tidak, anda boleh menggunakan
garpu yang disediakan untuk salad.
• Daging nipis – apabila daging nipis dibakar sehingga garing dan tidak
berminyak, anda boleh menggunakan jari untuk memakannya seperti snek
biasa. hal ini kerana agak susah untuk memotong daging nipis yang garing
menjadi kepingan kecil. Anda juga tidak mahu kepingan daging nipis tersebut
terpelanting ke tempat lain semasa memotong.
• Roti – roti mesti dipecahkan dengan tangan, jangan sekali-kali gunakan
pisau. Koyak secebis yang sederhana besar dan makan dahulu sebelum
mengoyak cebis yang seterusnya. Jika mentega disediakanj, gunakan pisau
44
untuk menyapu mentega tersebut poada cebisan roti sebelum anda
memakannya. Sekiranya anda dihidangkan roti ban yang masih panas, anda
dibenarkan menyapu mentega di rekahan tersebut bagi mencairkannya.
• Biskut – biskut lazimnya dimakan dengan tangan walaupun dihias dengan
buah-buahan atau tuna di atasnya.
• Jagung – sekiranya hanya butir (kernel) jagung yang dihidangkan, anda
boleh menggunakan garpu untuk memakannya tetapi jika dihidangkan
secara sebiji-sebiji, anda dibenarkan makan menggunakan tangan.
sekiranya mentega disediakan, gunakan piusau untuk menyapu pada dua
baris jagung dan makan dahulu dengan bersih sebelum menyapu dua baris
berikutnya.
• Kentang goreng, ayam goreng dan burger – makanan seumpama ini
dikatogerikan sebagai makanan ringan dan selalunya tidak dihidang di majlis-
majlis formal. Makanan ini boleh dimakan dengan tangan tetapi ayam bakar
atau chicken chop hendaklah dimakan dengan menggunakan pisau dan
garpu.
• Sandwich – sandwich biasa yang dihidangkan tidak mempunyai filing yang
terlalu tebal atau lembik dan boleh dimakan dengan tangan.
• Buah-buahan kecil bertangkai – kadang-kadang pada juadah pencuci mulut,
dihidangkan buah-buahan kecil seperti ceri, beri dan strawberi yang masih
bertangkai. Anda boleh mengambil dan memakannya dengan tangan.
Sekiranya anda tidak mahu menggunakan tangan, anda boleh menggunakan
sudu tetapi berhati-hati, jangan pula buah tersebut melayang. Bagi gugusan
buah anggur yang dihidangkan dengan tangkainya, anda boleh memotong
sedikit bersama tangkainya dan letakkan di dalam pinggan anda. jangan
ambil buahnya sahaja kerana tangkai yang kosong di hidangan nampak
kurang elok dan tidak menyelerakan bagi orang lain.
45
1.2 Pensyarah memberi sedikit penjelasan tentang tajuk yang akan dipelajari
(10 minit)
1.3 Pensyarah meminta pelajar-pelajar memberi pandangan terhadap refleksi bagi
aktiviti yang telah dijalankan secara bergilir-gilir (pastikan semua memberi input)
(20 minit)
1.4 Pensyarah meminta pelajar mengemukakan persoalan (boleh dijawab oleh
pensyarah atau pelajar-pelajar yang lain) (20 minit)
1.5 Pensyarah membuat kesimpulan (5 minit)
1.6 Tamat
1.7 Pensyarah menyimpan dalam folder (sebagai bahan bukti pembelajaran)
2.6 Tugasan
TUGASAN
A. Media Digunakan
iii. WhatsApp
iv. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi
satu sesi. (rujuk Agihan Tajuk)
46
B. Tajuk Pembelajaran: Perkhemahan
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian
Hasil pembelajaran
47
Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:
i. menunjukkan keyakinan diri ketika berada di dalam air
ii. meningkatkan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran semasa menjalani aktiviti air
iii. menunjukkan sikap bertanggungjawab, kerjasama dan toleransi
iv. percaya kepada diri sendiri dan berani menghadapi cabaran dan rintangan
v. Menyatakan jenis-jenis apungan dalam aktiviti air.
vi. Mempelajari teknik renang dengan betul
vii. Menunjukkan cara kemahiran asas menyelamat.
Sinopsis
Dalam tajuk ini, aspek yang akan dibincangkan ialah aktiviti-aktiviti air yang dijalankan
semasa perkhemahan. Aktiviti air adalah satu aktiviti yang amat menyeronokkan dan juga
merbahaya jika tidak patuh kepada arahan-arahan keselamatan. Melalui pembelajaran
ini, bakal guru akan diberi kesedaran tentang bahaya-bahaya yang tidak diundang,
penyelamatan dan usaha-usaha untuk mengurangkan kejadian lemas.
KERANGKA TAJUK
3.1. Keyakinan dan keselamatan di air
3.2 Asas Apungan
3.3 Asas Renang
3.4 Kemahiran Asas Menyelamat
48
pada bila-bila masa ketika kanak-kanak berada di sekitar perairan atau apabila
program di televisyen memaparkan beberapa aktiviti akuatik.
Di samping itu, kaedah bantu mula juga adalah amat dititikberatkan untuk
memastikan bahaya yang berlaku dapat dikurangkan seperti kelemasan ketika
menjalani aktiviti renang. Kaedah CPR adalah cara yang terbaik untuk memberi
bantuan awal sekiranya ada individu yang lemas dalam air.
• keluar dari air jika berasa sejuk. Air sejuk boleh membahayakan
walaupan anda seorang perenang yang mahir
• perhatikan bendera kuning di kawasan berenang
• kawasan di belakang bendera kuning adalah kawasan yang
merbahaya untuk berenang
• jauhi mereka yang bermain surf board
49
• jauhi bot dan jet ski
• sukar bagi mereka untuk mengelak daripada berlanggar dengan
perenang
• berhati – hati dengan pasang dan surut air laut
• air pasang boleh membahayakan perenang
• mendengar nasihat daripada pegawai keselamatan yang bertugas
• tugas mereka adalah untuk mengelakkan sebarang kecelakaan
• perhatikan papan-papan tanda tersebut untuk keselamatan semua
pihak
50
• cagaran akan dikenakan sekiranya penyewaan/penggunaan untuk
tujuan bagi mengadakan pertandingan/perlawanan, majlis/ program
atau penyewaan/ penggunaan secara harian
• semua pengguna diminta sentiasa menjaga kebersihan kawasan
serta keselamatan peralatan yang bdigunakan. Sebarang kerosakan/
kehilangan perlu diganti
• orang ramai tidak dibenarkan masuk kecuali menggunakan tiket yang
boleh dibeli di kolam renang
• kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan
masuk. Mereka dibenarkan masuk dengan syarat ada seorang
penjaga.
• semua penjaga dikehendaki meninggalkan kolam 15 minit sebelum
ditutup
• pengguna-pengguna lelaki dan wanita dikehendaki memakai pakaian
mandi yang tidak turun warnanya atau “tranparent” serta mengikut
etika berpakaian di kolam renang
• pengguina-pengguna dilarang meludah ke dalam kolam
• pengguna-pengguna dilarang berlari-lari, menolak atau mengganggu
orang lain
• orang ramai yang mengidap penyakit-penyakit berjangkit yang
bahaya dan penyakit kulit adalah dilarang mandi di kolam renang
• pengguna-pengguna dilarang membawa barang-barang merbahaya
dan yang boleh mengotorkan air kolam seperti makanan, botol-botol
minuman, kotak-kotak, barang-barang tajam dan sebagainya
• bahan makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke
kawasan kolam renang
• pengguna-pengguna dikehendaki bertanggungjawab menjaga
semua harta di kolam renang daripada dirosakkan atau
disalahgunakan
• sebarang penjajaan di kawasan renang tidak dibenarkan
• tiket-tiket yang telah dijual tidak boleh dikembalikan
• pengguna pengguna dilarang membawa beg pakaian serta dilarang
menyalin pakaian di dalam kawasan kolam renang
• pengguna-pengguna dilarang merokok di dalam kawasan kolam
renang
51
• pengguna-pengguna dilarang memakai kasut atau selipar di
kawasan kolam renang
• setiap pengunjung yang menggunakan kolam renang perlu memakai
topi renang untuk mengelakkan rambut gugur
• binatang-binatang peliharaan adalah dilarang untuk dibawa masuk
ke kawasan kolam renang
• penyewa hendaklah mematuhi segala peraturan yang telah
ditetapkan dan syarat-syarat yang akan dikenakan dari semasa ke
semasa oleh pegawai yang bertugas
52
a) Latihan bernafas ( blow bubbles )
• berdiri di dalam air, tarik nafas melalui mulut sahaja
• tahan nafas dan selamkan muka
• apabila nafas tak dapat ditahan lagi, dengan perlahan-lahan
hembuskan melalui hidung
• selepas semua udara dikeluarkan, angkat muka daripada air
dan tarik nafas
• bertindak sebagai daya apungan badan. Badan yang
beroksigen lebih mudah terapung
• memanjangkan stamina apabila berada di dalam air
• mengurangkan kepenatan selepas aktiviti renangan; blow
bubble boleh mengurangkan kadar denyutan jantung kita.
b) Aktiviti apungan
• asingkan peserta yang boleh berenang dengan tidak boleh
berenang
• berjalan berpegangan tangan menuju ke air sambil mendengar
arahan
• apungan berdiri
• depa tangan - bernafas dengan tenang dan masih berpegangan
tangan.
• buat bulatan 5 – 6 orang dengan berpegangan tangan
v Apungan Terlentang
• peserta berbaring dengan meluruskan kaki ke hadapan
• kaki dibuka membentuk `V` dan tangan didepa membentuk
`T`seperti bintang
• kedudukan badan adalah selari dengan permukaan air
• depa tangan – bernafas dengan tenang
• terlentang sambil berpegangan tangan
v Apungan Meniarap
• rebahkan badan ke hadapan
• luruskan kaki
• masih berpegangan tangan
• muka dimasukkan ke dalam air
53
• peralatan pernafasan biasa boleh digunakan
v Apungan Cendawan
• teknik yang paling mudah
• kaki dibengkokkan dan tangan memeluk kaki, kepala ditundukkan
sehingga badan seperti bola
• tenang dan santai, anda pasti terapung
v semua di atas
• dilakukan secara individu
• apungan meniarap dan bergerak jarak 3 meter
• berenang berdua ke hadapan
• lawan berenang
Setiap orang harus belajar berenang, tidak kira apa jua lingkungan
umurnya. Kanak-kanak seharusnya didedahkan pada air sejak awal lagi supaya
mereka merasa seronok dan mempunyai keyakinan berada di dalam air sebelum
mencapai usia persekolahan. Renang merupakan satu acara sukan yang boleh
disertai oleh setiap peringkat umur dan kebolehan serta kebolehan. Aktiviti renang
membolehkan seseorang itu dapat melakukan senaman yang amat berguna lagi
menyeronokkan. Adalah penting bagi seseorang cekap berenang untuk menikmati
lain-lain aktiviti sukan yang menyeronokkan.
54
• Gaya kuak dada.
Gaya kuak dada ialah gaya berenang yang paling popular untuk renang
rekreasi. Gaya ini juga dikenali dengan nama gaya katak. Gaya ini
memerlukan tubuh stabil dan kepala boleh berada di luar atau di dalam
air untuk suatu tempoh yang lama.
Bagi individu yang baru mengikuti kelas renang mereka akan diajar untuk
berenang gaya kuak dada ataupun gaya bebas. Renang gaya kuak dada
ini adalah renang yang paling lambat sekali mengikut aturan yang
dikeluarkan olah Federasi Renang Internasional.
Dalam gaya kuak lentang, gerakan tangan dan kaki serupa dengan gaya
bebas. Kedua – dua belah tangan secara bergilir digerakkan menuju ke
pinggang seperti pergerakan mengayuh. Di dalam pertandingan,
permulaan acara gaya kuak lentang adalah berbeza dengan gaya bebas,
kuak dada dan gaya kupu – kupu yang semuanya bermula di atas blok
permulaan. Gaya kuak lentang, perenang peril bermula di dalam
kolam. Perenang akan menghadap dinding dengan kedua-dua
belah tangan memegang besi pemegang di sisi kolam. Kedua – dua lutut
dibengkokkan ke dada dan tapak kaki bertumpu di dinding kolam. Apabila
55
siren dibunyikan perenang akan menolak dinding dengan dan badan akan
mula membelah air kolam.
Gaya kuak lentang adalah gaya renangan yang sudah dikenali sejaak
zaman kuno lagi. Ianya pertama kali dipertandingkan pada tahun 1900 di
Olimpiade Paris. Oleh itu ianya merupakan gaya renang kedua tertua
selepas gaya bebas.
Gaya kupu – kupu atau gaya ikan lumba-lumba adalah satu gaya berenang
dengan posisi dada menghadap ke permukaan air. Kedua belah lengan
secara bersamaan ditekan ke bawah dan digerakkan ke arah luar sebelum
diayunkan ke depan. Kaki pula digerakkan dengan cara menendang ke
atas dan ke bawah bersama-sama. Udara dihembuskan kuat-kuat dari
mulut dan hidung sebelum kepala muncul dipermukaan air. Udara dihirup
ketika berada di luar air.
Gaya kupu-kupu dicipta pada tahun 1933 dan merupakan gaya renang
yang paling baru. Perenang yang ingin mencuba gaya ini perlu
mempelajari gaya renang ini dengan lebih lama berbanding dengan gaya
renang yang lain. Ini kerana gaya renang ini memerlukan waktu yang lebih
lama untuk koordinasi gerakan tangan dan kaki.
• Gaya bebas
56
3.3.2. Bagaimana berenang gaya bebas dengan cara yang betul:
• Kaki terus bergerak (tidak boleh berhenti), walau ketika sedang
mengambil nafas
• Tangan kanan dan kiri bergerak terus secara bergantian
(tanpa henti).
• Posisi telapak tangan agak menghadap ke luar ketika akan menyentuh
permukaan air. Jadiseolah-olah hujung ibu jari tangan yang menyentuh
permukaan air terlebih dahulu.
• Ketika kepala menoleh ke kanan (atau ke kiri) untuk mengambil nafas,
kemudian dengan pantas gerakkan kembali kepala ke dalam air.
Jangan menunggu gerakan tangan kanan (tangankiri) selesai.
• Agar gaya bebas ini menjadi lebih cepat dan gerakannya lebih stabil,
pengambilan nafasdilakukan setelah 2 - 3 set gerakan tangan. Jadi
jangan sesekali gerakan tangan sambilmengambil nafas.
3.4.2. Penilaian
57
• Bantuan yang diperolehi.
• Pemilihan alat bantuan untuk menunda mangsa.
• Keadaan persekitaran.
• Bilangan mangsa.
• Pakaian yang perlu ditanggalkan.
• “cross bearings”.
3.4.3. Tindakan
• Keadaan air.
• Tingginya tempat memasuki air.
• Jenis alat bantuan yang dibawa.
• Jenis dasar air.
• Keadaan mangsa.
• Kepantasan yang diperlukan.
58
3.3.7. Mendaratkan mangsa
o Mendaratkan mangsa dengan cara yang betul
o Meminta bantuan dengan segera
3.5 Tugasan
TUGASAN
A. Media Digunakan
v. WhatsApp
vi. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi
satu sesi. (rujuk Agihan Tajuk)
59
C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: (rujuk Agihan Tajuk)
i. Persiapan menjalankan aktiviti air
ii. Keyakinan di Air
iii. Apungan
iv.Kemahiran Asas Menyelamat
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian
Hasil pembelajaran
60
i Menjelaskan tujuan-tujuan aktiviti kembara dijalankan.
ii. Menjelaskan apakah tujuan aktiviti kembara diadakan.
iii. Menyatakan langkah-langkah persediaan sebelum melakukan aktiviti kembara
iv. Menyatakan kepentingan amalan konservasi
Sinopsis
Dalam tajuk ini, aspek yang akan dibincangkan ialah mengenai aktiviti kembara yang
dijalankan dalam setiap perkhemahan. Kembara didefinisikan sebagai satu perjalanan
yang mengujakan atau pelik. Ia juga boleh menjadi aktiviti yang mempunyai cabaran
fizikal. Selain itu aktiviti ini mampu dimanfaatkan sebagai salah satu cara hidup yang sihat,
menyalurkan segala bentuk keilmuan dan kemahiran termasuk ilmu kehutanan, alam
semulajadi.
KERANGKA TAJUK
4.1. Kembara
4.2 Amalan Konservasi
.
4.1 Kembara
Kembara bermaksud mengikuti denai-denai atau lorong-lorong kecil yang dilalui oleh
manusia mahupun haiwan. Antara aktiviti kembara yang dijalankan ialah berjalan
merentas rimba atau berjalan lasak. Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada
program perkhemahan semasa Bina Insan Guru. Tujuan aktiviti kembara dijalankan
adalah untuk:-
61
4.1.1. Persiapan Awal sebelum Memulakan Aktiviti
• Taklimat diberikan kepada semua peserta dan pemandu
v maklumat berkenaan jumlah peserta dikenalpasti
v kumpulan kecil akan dibentuk dan seorang ketua dilantik dalam
kumpulan masing-masing
v memberi nombor kepada para peserta
v memberi penerangan berkenaan jarak dan gambaran
persekitaraan yang akan ditempoh oleh setiap peserta
v memperkenalkan dan menetapkan formasi pergerakan. Semua
peserta akan dijelaskan tentang kedudukan ketua, perintis jalan,
pemandu arah dan perawat kecemasan
v diterangkan juga tindakan yang perlu diambil oleh peserta
sekiranya berlaku kecemasan
• Bacaan Doa
v Bagi yang beragama islam, carilah yang mampu membaca doa
secara beramai-ramai
v Bagi yang Non Muslim, mereka dibenarkan berdoa sendiri atau pun
berdiam diri
Amalan konservasi perlu dilakukan sejak kecil kerana pada usia itulah
pelajar akan diberi pengetahuan mengenal dan memahami pentinhnya konservasi
alam. ini akan membawa kese3daran kepada mereka tentang kewajipan
memelihara dan memulihara alam sekitar, sikap serta tindakan positif terhadap
alam.
Melalui guru yang dilatih, badan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) diharapkan penyebaran informasi tentang konservasi alam dapat
62
disampaikan kepada generasi masa depan yang akan menjadi pemimpin bangsa
yang mempunyai keberanian, bertanggungjawab, menjunjung tinggi nilai etika dan
mempunyai visi yang berwawasan.
63
majalah-majalah maka bdapatlah memelihara dan memulihara dari aspek
tumbuhan.Ini kerana kitar semula kertas akan dapat mengurangkan aktiviti
penebangan pokok. Semakin tinggi keperluan terhadap kertas bermakna
lebih banyak polkok akan ditebang. jikalau hutan tidak dimusnah oleh
kegiatan manusia, habitat haiwan juga dapat dilindungi. dari aspek alam
pula, amalan kitar semula barang keperluan akan membantu
mengurangkan kebergantungan kita terhadap alam sekitar dan
memelihara sumber alam sekitar.
• Jungle Trekking/Kembara
Pihak sekolah boleh menganjurkan aktiviti jungle trekking sempena cuti
penggal untuk menambahkan pengetahuan pelajar tentang bkepentingan
dan keindahan hutan. Sebagai contoh, guru boleh membawa pelajar-
pelajar ke Taman Negara. Banyak pengetahuan yang berkaitan alam boleh
diterangkan kepada para pelajar. Antaranya tumbuhan yang boleh
dijadikan ubat dan habitat bagi haiwan-haiwan.Di samping itu juga, kesan-
kesan pemusnahan hutan dan akibatnya boleh juga diterangkan seperti
banjir, tanah runtuh dan kepupusan flora dan fauna.
• Perkhemahan
Semasa menjalankan perkhemahan di hutan, pelajar akan mempelajari
pengetahuan hidup dengan menggunakan sumber hutan. Mereka akan
belajar menangkap ikan, mencari sayur-sayuran atau buah-buahan liar
dan menggelakkan diri daripada binatang buas. Melalui pengalaman ini,
mereka akan mempelajari kepentingan hidup harmoni dengan alam
sekitar. Jikalau hutan telah dimusnah, manusia juga tidak dapat
meneruskan hidup. Habitat haiwan juga akan musnah, banyak bianatang
akan mengalami kepupusan.
64
UNIT 4b KEMBARA (DT)
65
AKTIVITI 1 :
TUGASAN
1. Bincangkan bersama rakan anda tentang jenis aktiviti penghayatan alam semasa
kembara.
A. Media Digunakan
i. WhatsApp
ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi
satu sesi. (rujuk Agihan Tajuk)
66
iv. Kesimpulan
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian
Hasil pembelajaran
Sinopsis
Dalam tajuk ini, aspek yang akan dibincangkan ialah mengenai aktiviti tali yang dijalankan
dalam setiap perkhemahan. Aktiviti tali didefinisikan sebagai satu perjalanan yang
mengujakan atau pelik. Ia juga boleh menjadi aktiviti yang mempunyai cabaran fizikal.
Selain itu aktiviti ini mampu dimanfaatkan sebagai salah satu cara hidup yang sihat,
67
menyalurkan segala bentuk keilmuan dan kemahiran termasuk ilmu kehutanan, alam
semulajadi.
KERANGKA TAJUK
5.1. Sejarah Tali
5.2 Aktiviti Tali
5.3 Jenis Tali
5.4 Penjagaan dan Keselamatan Tali.
Tali yang diperbuat dari alam semulajadi semata-mata adalah lebih mudah
rosak dan tidak tahan lama. Kebanyakan bahan alam semulajadi yang digunakan
untuk menghasilkan tali adalah seperti kapas, jut dan sabut kelapa dan dari haiwan
adalah seperti sutera dan bulu biri-biri. Bagi menghasilkan tali yang bermutu tinggi
dan tahan lama, para saintis telah berjaya mencipta tali dengan cara
menggabungkan kedua-dua elemen alam semulajadi dan sintetik
Pertama kali diperkenalkan oleh W.H. Carothers, seorang ahli kimia dan
dihasilkan oleh E.I. du Pont de Memors and Co. syarikatnya pada tahun 1938. Tali
dari bahan sintetik, khususnya nylon, pada awalnya hanya dihasilkan untuk
kegunaan para pelaut. Namun kini tali berunsurkan nylon banyak digunakan untuk
aktiviti rekreasi luar seperti aktiviti tali tinggi & rendah.
68
Ia juga dapat mendisiplinkan para peserta atau seseorang individu untuk menghadapi
saat-saat kecemasan atau membina keyakinan yang tinggi terhadap para peserta apabila
berada di tempat yang tinggi.
Melalui aktiviti abseiling, para peserta dapat mempelajari cara-cara atau teknik
penggunaan tali atau penurunan tali dengan menggunakan peralatan-peralatan khas.
Peserta akan diajar bagaimana menggunakan tali atau cara menurun curam, malah
peserta juga akan diajar bagaimana menjaga dan menyimpan tali tersebut. Apa yang
pasti, aktiviti abseiling dapat memberi kepuasan pada para peserta, terutama perserta
yang tidak pernah melakukan aktiviti tersebut. Walaupun aktiviti ini kelihatan amat
merbahaya, dengan penggunaan teknik penurunan yang betul dan keazaman yang tinggi,
ia dapat mengurangkan rasa gemuruh dan takut para peserta. Secara tidak langsung
aktiviti ini telah membentuk sahsiah diri para peserta dengan lebih baik.
69
berat sehingga 2 ton metrik.
2) Tali Nylon
Nylon merupakan sejenis tali yang diperbuat dari polimer sintetik yang
dikenali sebagai polyamid dan merupakan jenis tali yang paling mudah di
temui dipasaran.
Tali Nylon boleh ditemui didalam bentuk sling utk kegunaan memanjat,
tali pancing dan tangsi yang digunakan untuk reket badminton.
hasilan 3 tali yang dipintal. Kebanyakan tali ini dipintal dari sebelah kanan
dengan menggunakan mesin khas. Terdapat juga tali yang terdiri
daripada 4 pintalan tali kecil yg dikenali sebagai shroud laid.
70
2) Cara mengeringkan peralatan.
a) Tali kernmantel perlu dikeringkan dengan digantung secara ulang
alik pada pokok atau tempat yang bersesuaian tanpa terdedah
terus kepada cahaya matahari (terlindung). Sebaik-baiknya tempat
tersebut mestilah mempunyai kitaran udara yang baik. Kaedah ini
akan dapat mengekalkan kualiti tali kernmantel.
71
Lurut tali dengan tangan sebelah lagi kira-kira 1.5 meter.
Susun tali yang dilurut di tangan dominan. Tali akan menjadi gelung.
72
ii) Butterfly
Sekali lagi lurutkan tali dan letakkan di belakang tengkok dan lurutkan ke bawah.
73
Anda akan dapati satu gulungan tali berada di atas bahu dan tengkok anda.
Dengan hujung tali, buat ikatan di bahagian tengah atau 1/3 gelungan tali.
74
b) Menggalas di belakang.
Tali yang telah digulung secara butterfly boleh digalas di
belakang.
c) Menyilang di badan.
Tali yang digulung secara mountaineering boleh disilang
ke badan untuk dibawa ke lokasi.
d) Menggalas di sisi.
75
5) Punca-punca Kerosakan Tali
5.1 Geseran
Kemungkinan disebabkan tali melalui bucu yang tajam
dalam keadaan tali yang tegang atau ditarik pada
permukaan yang kasar sehingga menghauskan lembar tali
5.2 Terluka
Belitan tali berulang-ulang kali, pasir halus masuk
ke dalam tali, kesan pergeseran yang menyebabkan lembar
tali (dalam dan luar terputus) menjadi putus.
Ini dapat dikesan apabila tali menjadi longgar dan saiznya
menjadi lebih besar
Apabila tali terlalu basah dan lembap akibat terkena dengan
air
Tali tidak tersusun dengan baik dan menyebabkannya
bengkok
76
5.5 Tugasan
TUGASAN
A. Media Digunakan
i. WhatsApp
ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekurang-kurangnya 1 jam
bagi satu sesi. (rujuk Agihan Tajuk)
77
E.
3
2
1
HARI
HARI
HARI
-
SOLAT SOLAT
6.00
5.00
0
0-
TAZKIRAH/ MORAL (1J) TAZKIRAH/ MORAL (1J)
7.0
6.0
0
0-
8.0
7.0
MALAYSIAA CERGAS/MAKAN (1 J)
0
0-
9.0
8.0
PAGI
TALI
0-
00
10.
9.0
AKTIVIITI AIR (5J)
00
11.
10.
00-
0
.0
.0
0-
12
11
(5 J)
AKTIVITI
PERJALANAN
1.
.0
0-
00
12
TGH
78
2.
1.
00
00
MAKAN /SOLAT
MAKAN /SOLAT
0
PENDAFTARAN DAN
0-
3.0
2.0
AKTIVITI TALI TAKLIMAT
(2J)
-
4.
3.
00
00
MENDIRIKAN KHEMAH (2J)
j AKTIVITI KEMBARA
0
PETANG
0-
5.0
4.0
(5J)
ETIKET
SISIAL/PROTOKOL (3J)
0
0-
6.0
5.0
KEYAKINAN AIR (2J)
-
7.
6.
00
00
-
SOLAT/MAKAN/PENGURU SOLAT/MAKAN/PENGURU SOLAT/MAKAN/PENGURUS
8.00
7.00
SAN DIRI SAN DIRI AN DIRI
-
TAZKIRAH/ MORAL (1J) TAZKIRAH/ MORAL (1J) TAZKIRAH/ MORAL(1J)
9.00
8.00
0
10.0
9.00-
REFLEKSI REFLEKSI
REFLEKSI
AKTIVITI TAKLIMAT AKTIVITI/SOP
JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU (MPUD2042)
TAKLIMAT AKTIVITI/SOP
0
MALAM
0-
11.0
10.0
Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
REFLEKSI
BREAKCAMP/MAJLIS
TAZKIRAH/ MORAL
PERJALANAN BALIK
PENUTUP
SOLAT
PENTAKSIRAN/
HARI
4
BIBLIOGRAFI
Abdul Alim Abdul Rahim (2013), Panduan Perkhemahan, Simpulan dan Pioneering,
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Ikmalhisham bin Hj. Daroji, Chia Chiow Ming (2012). Pendidikan Luar,Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd., Puchong, Selangor.
Ismail Kamus, MohdAzrulAzizan Ab. Hamid (2013). Indahnya Hidup Bersyariat, Kuala
Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Jabatan Perdana Menteri, (2014) Panduan Pengurusan Majlis Dan Acara. Kuala
Lumpur: Bahagian Pengurusan Acara, Jabatan Perdana Menteri.
79
Krogerus, M., Tcshappeler, R. (2014), The Test Book. Profile Books Ltd., London.
Mohd Haji Mohd Tohar (2012), Protokol dan Etiket Dalam Pengurusan dan Menghadiri
Majlis. Kuala Lumpur : INTAN
PANEL PENGGUBAL
MPUD2042 BINA INSAN GURU
SIMBOL PEMBELAJARAN
Sila gunakan simbol-simbol berikut bagi tujuan / maksud seperti yang dinyatakan
80
Gunakan pita rakaman audio atau radio.
Buatkan ujikaji.
Senarai semak.
81
Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.
Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk
membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.
Aktiviti Tutorial
82