Anda di halaman 1dari 96

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN


(PDPP)

MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC)

MODUL PEMBELAJARAN
RBTS2013M
PENDIDIKAN SAINS RUMAH TANGGA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK 2250
JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA

Berkuat Kuasa Mulai November 2018

i
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia


menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang
bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Hak Cipta

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang


tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa
mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa
juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada
secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara
lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut
Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG


BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA
PASCASISWAZAH PENDIDIKAN.

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan November 2018


Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

ii
KANDUNGAN
MUKA SURAT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan/ Falsafah Pendidikan Guru/ Notis Hak


i
Pengarang

Kandungan iii

Panduan Pelajar iv

Pengenalan vi

Agihan Tajuk dan Unit vii

PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN BIDANG SAINS RUMAH


1
UNIT 1 TANGGA DALAM RBT SEKOLAH MENENGAH

KESELAMATAN BENGKEL MASAKAN DAN BENGKEL


UNIT 2 JAHITAN 23

UNIT 3 PRINSIP SANITASI MASAKAN 43


UNIT 4 ASAS PEMAKANAN SEIMBANG 53
UNIT 5 PENYEDIAAN SAJIAN 61
UNIT 6 BAHAN DAN ALATAN JAHITAN 64
UNIT 7 MEMBUAT ARTIKEL JAHITAN 77

RUJUKAN 81
PANEL 82

SIMBOL 84

iii
PANDUAN PELAJAR

PENGENALAN

Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran


agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk
mendapatkan matlamat dan gaya pembelajaran terkini.

SASARAN KURSUS

Pelajar Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) yang mendaftar dengan


Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri memerlukan pelajar membuat keputusan tentang pembelajaran


yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri berkesan jika pelajar dapat menentukan
sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar mempunyai autonomi dan
bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri.

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)

Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap satu jam kredit. Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan
(PDPP) dilaksanakan secara Sepenuh Masa dalam bentuk Kursus Dalam Cuti (KDC), di
mana interaksi bersemuka dilaksanakan pada cuti persekolahan dan hujung minggu. Jumlah
pembelajaran secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara kuliah
/tutorial/amali dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40% lagi adalah
pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran.

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Pembelajaran dalam talian ini menggunakan saluran media terkini yang sesuai. Pensyarah
dan pelajar akan ditentukan masa yang sesuai untuk berinteraksi secara langsung dalam
talian. Tajuk dan jumlah jam yang akan dipelajari diambil daripada Maklumat Kursus (MK)
mengikut kursus dan semester yang ditawarkan.

iv
SUSUNAN UNIT MODUL

Modul pembelajaran ini ditulis dalam susunan Unit. Setiap unit mempunyai lima elemen
asas yang konsisten:

1. Hasil Pembelajaran Unit


2. Sinopsis
3. Kandungan Unit
4. Penulisan berkaitan kandungan unit
5. Refleksi/ Latihan

Panduan pelaksanaan interaksi bersemuka secara dalam talian bagi tajuk yang berkaitan
disediakan juga. Walau bagaimanapun, pensyarah mengajar perlu menyediakan bahan
bacaan atau nota tajuk tersebut untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran.

Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email atau alat
media yang sesuai jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

IKON

Pelajar akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar pada
sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat.

PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

Pelajar juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus seperti
yang dinyatakan dalam MK. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila pelajar
mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam Maklumat Kursus (MK) yang pelajar
pelajari secara interaksi bersemuka, modul pembelajaran dan dalam talian.

v
PENGENALAN

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai ilmu berkaitan kurikulum dalam
Pendidikan Sains Rumah Tangga untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menghasilkan sajian/ artikel jahitan menggunakan prinsip yang betul. (P4, HPP 2)
2. Menghasilkan rancangan pengajaran harian untuk pembelajaran dan
pemudahcaraan Pendidikan Sains Rumah Tangga. (C6, HPP 3, CTPS3, CTPS4)
3. Melaksanakan pengajaran mikro berdasarkan rancangan pengajaran harian
Pendidikan Sains Rumah Tangga yang disediakan. (A4, HPP 4, CS1, CS3, CS4)

vi
AGIHAN TAJUK
Panduan Kepada Pengguna

Modul pembelajaran ini dibina berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Jumlah pembelajaran
secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara kuliah /tutorial/amali
dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40% lagi adalah
pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran.
JUMLAH JAM
INTERAKSI BERSEMUKA
60%
KESELU- 40 JAM MODUL
TAJUK/ TOPIK RUHAN DALAM (M)
DALAM MK KULIAH (K/A) TALIAN 40%
68 JAM 40% (DT) 23 JAM
35 JAM 20%
10 JAM
1. Pengajian Kurikulum : Bidang
Sains Rumah Tanga dalam DSKP
RBT Sekolah Menengah

 Pemetaan Standard Kurikulum


RBT (K)
 Struktur kandungan(K) 4 2 2
 Peruntukan masa PdP (K)
 Strategi Pelaksanaan (DT)
 Pentaksiran Standard Prestasi
(DT)
 Isu isu semasa (DT)

2. Pedagogi : Bidang Sains Rumah


Tangga dalam DSKP RBT Sekolah
Menengah

 Rancangan pengajaran tahunan


dan semester (K)
 Rancangan pengajaran mingguan
dan harian (K)
4 2 2
 Standard Kandungan dan
Standard Pembelajaran (DT)
 Pedekatan, strategi, kaedah dan
teknik pengajaran (DT)
- pengajaran teori
- pengajaran amali
Aplikasi Elemen Merentas Kurikulum
(EMK)
3 Pengajaran Mikro dan Makro : Sains
Rumah Tangga - RBT Sekolah
Menengah

 Menyediakan Rancangan
Pengajaran yang berkaitan (DT)
6 4 2
 Menyediakan alatan dan bahan
penghasilan projek (K)
 Tunjuk cara kemahiran praktis (K)
 Menyediakan Bahan Bantu

vii
Mengajar (BBM) (DT)
- Bahan maujud dan bukan
maujud
- BBM berasaskan teknologi
maklumat dan komunikasi
(TMK)
 Penggunaan dan penyimpanan
BBM (DT)
 Pelaksanaan pengajaran mikro
dan makro (K)
 Penulisan refleksi pengajaran (K)
- kekuatan
- kelemahan
- cadangan penambahbaikan

4. Pentaksiran dan Penilaian Bidang


Sains Rumah Tangga - RBT
Sekolah Menengah
 Konsep Pentaksiran dan penilaian
 Jenis Pentaksiran dan penilaian :
- Penilaian secara ujian
bertulis
- Penilaian berasaskan rubrik
- Penilaian melalui pemerhatian
- Penilaian tahap pencapaian Unit 1
- Penilaian berasaskan
kompetensi 2 Jam
- Penilaian berasaskan projek
4 2
 Pentaksiran Berasaskan
Sekolah(PBS) bagi mata
pelajaran RBT:
- Ciri-ciri (Holistik, Berterusan,
Fleksibel, merujuk standard
prestasi)
- Pelaksanaan PBS (formatif dan
sumatif)
Kerangka Standard Prestasi (Tafsiran
dan Tahap penguasaan (TP) dalam
mata pelajaran RBT sekolah
menengah
5. Keselamatan Bengkel Masakan dan
Jahitan
 PeraturanKeselamatan
- Keselamatan diri dan rakan
- Keselamatan Alat dan Mesin
- Keselamatan Bengkel dan
Persekitaran Unit 2
 Kesan Kemalangan 2 1 1 Jam
- Kejutan Elektrik
- Lecur
- Kebakaran
- Letupan
- Luka
-PertolonganCemas

6. Prinsip Sanitasi Masakan


 Pengurusan Diri
- Kebersihan diri 2 1 Unit 3
- imej (penampilan diri dan
kerjaya)
1 Jam

viii
 Kebersihan dalam penyediaan
makanan
- Hazard Analysis Critical Control
Point (HACCP)
 Pencemaran makanan
- Mikro organisma
- Haiwan dan serangga perosak
- Tindak balas enzim
- Perubahan fizikal
- Benda asing
7. Asas Pemakanan Seimbang
 Diet makanan seimbang
 Piramid makanan
 Makanan Rapu (junk food) 2 1 Unit 4
Isu semasa pemakanan (penyakit
berkaitan berlebihan pengambilan 1 Jam
makanan seperti obesiti,
jantung, kencing manis, dll)

8. Penyediaan Sajian
 Jenis sajian (DT)
- Sarapan
- Minum Petang
- Makanan mudah
- Makanan bekal
- Sajian kumpulan tertentu

 Masakan (K)
- Minuman ( panas dan sejuk)
- Hidang sepinggan lengkap
- Sandwic
- Salad
- Kek kecil
- Cookies
Unit 5
 Tata sajian (DT) 7 Jam
16 7 2
- Peranggu meja
- Cara menghidang
- Lipatan napkin
- Gubahan bunga meja
- Menghias dan membungkus
makanan

 Etiket di meja makan (DT)


 Pengiraan kos (DT)

Pengajian Kurikulum :
Sains Rumah Tangga (Menyediakan
Sajian, Menghias dan Membungkus
Makanan) dalam Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSR) Reka
Bentuk dan Teknologi (RBT)

9. Bahan dan Alatan Jahitan


 Fabrik
- Jenis gentian : Gentian asli:
Kapas, linen, sutera dan 3 1 Unit 6
benang sayat. / Gentian
2 Jam
buatan: Poliamida/Nilon,
poliester, rayon dan
asetat/triasetat

ix
- Ciri gentian : Kekukuhan,
Penyerapan lembapan,
Keselesaan, Kekonduksian
haba, Kekenyalan, Ketahanan:
Suhu dan cahaya matahari
 Alatan Jahitan dan mesin jahit

- Kategori alatan dan bahan


jahitan
- Pengunaan, penjagaan dan
penyimpanan alatan jahitan
10. Proses jahitan
 Jahitan Asas
 Jahitan Sementara
 Jahitan Penyambung
 Jahitan Pengemas
 Kelim
- Kelim belah kangkung
- kelim lipat tindih
- kelim papan mesin dan tangan
9 7 2
 Penyudah tepi
- Kelepet lurus
- Kun
- Renda
- Lapik
 Hiasan (DT)
- Sulaman
- Manik
dan lain-lain

11. Membuat Artikel Jahitan


 Menghasilkan mana-mana satu
artikel jahitan seperti berikut:.
- Penutup teko
- Sarung tangan ketuhar
- Sarung kotak tisu
- Sarung bekas minuman
- Sarung kusyen
- Bekas pencil
- Boneka / puppet
- dan lain-lain Unit 7
16 7 9 Jam
 Proses penghasilan artikel jahitan
- Menyediakan pola
- Menyediakan fabrik
- Menjahit
- Menghias

Pengajian Kurikulum : Sains Rumah


Tangga (Menghasilkan artikel
Jahitan) dalam Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSR) Reka
Bentuk dan Teknologi (RBT)

JUMLAH 68 JAM 35 JAM 10 JAM 23 JAM

x
UNIT 1 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN BIDANG SAINS RUMAH
TANGGA DALAM RBT SEKOLAH MENENGAH

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, pelajar dapat :


Pada akhir unit pelajar dapat :
1. Menjelaskan maksud pentaksiran dan penilaian
2. Membezakan konsep pentaksiran dan penilaian
3. Menghubungkaitkan pentaksiran dan penilaian
4. Mengenal pasti prosedur penilaian

i. Menghuraikan konsep, definisi, falsafah dan matlamat Pendidikan Islam.


SINOPSIS

ii. Menghuraikan matlamat Pendidikan Islam dari perspektif Sarjana Islam.


Unit ini menekankan kefahaman konsep dan prinsip pentaksiran bagi matapelajaran
Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Menengah. Tajuk ini juga merupakan
iii. Menjelaskan falsafah dan hasrat penggubalan Kurikulum Pendidikan
pengenalan kepada pentaksiran dan penilaian yang meliputi definisi, konsep dan
Islam.
hubungkait kedua-dua aspek ini serta penjelasan berkaitan prosedur penilaian.

KERANGKA TAJUK

1.0 Pengenalan

Dalam menempuh kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan apa yang
dikatakan sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua keadaan yang
memerlukan kita membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Guru perlu
membuat pertimbangan atau keputusan berhubung dengan pelajar dalam bilik

xi
darjah kendaliannya tentang pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung.
Apakah telah mencapai objektif yang telah ditetapkan atau memerlukan tindakan
pengulangan semula dan sebagainya.

Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam
dunia pendidikan. Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan. Misalnya,
sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan
mereka mengukur prestasi pelajar atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik
darjah tanpa mengambil hirau maksud sebenar atau maksud khusus yang
mendukung istilah berkenaan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan
mempunyai makna yang lebih spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan.

Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua
faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi akan
membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat.

1.1 Konsep pentaksiran dan penilaian

Cuba anda perhatikan gambar di bawah. Apakah jenis penilaian yang anda
gunakan bagi menilai gambar tersebut ?

1.1.1 Definisi dan konsep pentaksiran.


xii
Adakah pentaksiran merujuk kepada perkara yang sama? Cuba anda dapatkan
jawapan daripada mana-mana bahan bacaan untuk menjawab persoalan di atas.
Ramai dalam kalangan kita menganggap pentaksiran merupakan dua istilah yang
boleh saling ditukar ganti. Mari kita teliti dan hayati beberapa maksud pentaksiran
berikut.

Banks (2005) mendefinisikan pentaksiran sebagai;

the total sets of information gathered about students in the classroom.

(Banks, 2005)

McMillan (2004) di dalam bukunya yang bertajuk Classroom Assessment pula


mendefinisikan pentaksiran bilik darjah seperti berikut:

Classroom assessments can be defined as the collection, evaluation and useof


information to help teachers make better decisions.
(McMillan, 2004)

Kita dapati, definisi yang diberikan oleh Banks memperlihatkan penilaian wujud
dalam pentaksiran. Penilaian melibatkan pertimbangan nilai (McMillan, 2004). Ini
bermakna ada aktiviti menghurai, menganalisis, menterjemah dan menafsir.

Pentaksiran bilik darjah dari kaca mata Mohamad Sahari (2002) merangkumkan
kedua-dua definisi Banks dan McMillan:

.…proses mengumpulkan dan mentafsir maklumat tentang pelajar untuk


membuat keputusan-keputusan yang dapat meningkatkan pembelajaran dan
pengajaran.
Definisi oleh Mohamad Sahari menulis dengan nyata perkataan mentafsir.
(Mohamad Sahari, 2004)
xiii
Kesimpulannya kita boleh katakan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti mengumpul, merekod,
menghurai, menganalisis, menterjemah dan mentafsir maklumat bertujuan
membantu pihak-pihak berkepentingan membuat keputusan pembelajaran dan
pengajaran yang berkesan. Pentaksiran juga merupakan suatu proses yang meliputi
pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi
seseorang individu.

Untuk melaksanakan pentaksiran, seorang guru itu perlu faham elemen-elemen


penting yang terkandung dalam pentaksiran. Tujuan umum pentaksiran di bilik
darjah ialah untuk membantu meningkatkan mutu pembelajaran murid dan
pengajaran guru. Bagi mengetahui mutu P & P yang sedang diamalkan, satu aktiviti
yang dapat memberikan satu petunjuk pencapaian mestilah dilaksanakan.Salah satu
aktiviti yang mampu memberikan petunjuk pencapaian ialah pengukuran kerana ia
memberikan nilai kuantitatif yang boleh kita lihat. Aktiviti pengukuran ini perlu diikuti
oleh aktiviti penilaian kerana ia memberikan pertimbangan nilai atas apa yang
diukur. Melalui maklumat-maklumat ini, baharulah tindakan yang membantu
memperkukuhkan proses pembelajaran dan pengajaran dapat dilaksanakan secara
berterusan. Jika diteliti, seiring dengan matlamat pentaksiran, pentaksiran ini perlu
dilakukan dalam setiap langkah pengajaran, iaitu sebelum, semasa dan di akhir
pengajaran.

Bagi menterjemahkan tujuan pentaksiran secara konkrit dalam amalan bilik darjah,
kita harus sedar proses pentaksiran perlu dirancang, dilaksana dan dinilai dengan
teliti. Justeru, proses pentaksiran hanya dapat menghasilkan maklumat-maklumat
yang berguna dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran sekiranya
aktiviti-aktiviti pengukuran dan penilaian dilakukan secara tepat dan sistematik.

1.1.2 Definisi dan konsep penilaian

xiv
Apakah itu penilaian pendidikan? Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah
proses mengenal pasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi
keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Penilaian
menentukan jurang perbezaan antara “apa yang dihasilkan” dengan “apa yang
dihasratkan” dari sesuatu program pendidikan. Penilaian merupakan pertimbangan
profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan.

Penilaian boleh didefinisikan dengan banyak cara. Menilai boleh dianggap sebagai
proses membuat pertimbangan atau membuat keputusan dalam memberikan nilai
mutu, kualiti, harga bagi sesuatu benda atau perkara.
Stufflebeam et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai ;

The process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging
decision alternatives
Stufflebeam (1971)

Definisi ini menjangkau melepasi daripada maksud pengujian dan pengukuran.

Gay (1985), berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap
sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada
sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai.

Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau
keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Ini berbeza dengan
pengukuran yang melibatkan pemberian nombor-nombor (numeric) tertentu yang
lebih bersifat kuantitatif.

Terdahulu daripada itu, Popham (1975) menafsirkan penilaian yang sistematik


mestilah mengandungi satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan.

xv
Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek seperti hasil
pengajaran, program pengajaran dan matlamat ke arah usaha pengajaran itu
ditentukan. Dalam sesuatu bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru
berkenaan mengukur pencapaian pelajar atau guru menilai pencapaian pelajar.
Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan bahawa guru sebenarnya mengukur
pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan.

Tindakan susulan yang dilakukan guru dengan menggunakan keputusan ujian itu
berserta maklumat lain yang berkaitan untuk menilai prestasi murid berkenaan.
Dalam sesetengah keadaan penilaian dibuat tanpa sebarang pengukuran yang
melibatkan ujian terlebih dahulu; tetapi hanya melibatkan pertimbangan nilai semata-
mata.

Rajah 1.1: Konsep pentaksiran

1.2 Jenis Pentaksiran dan Penilaian

1.2.1 Tujuan Pentaksiran dan Penilaian

xvi
i. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam
pembelajaran
ii. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
iii. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan
pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.
iv. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan
sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
v. Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.
vi. Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.
vii. Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

1.2.2 Ciri - Ciri Pentaksiran dan Penilaian

Pentaksiran dan penilaian yang baik mempunyai ciri-ciri seperti berikut;

i. Keobjektifan – ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan.


ii. Kebolehtadbiran- kelincinan dan kerja-kerja susulan yang dilaksanakan
secara berpusat atau berasaskan sekolah.
iii. Kemudahtafsiran- maklumat tentang calon berdasarkan skor,
mendiskrimasikan calon, menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian dan
pentaksiran.
iv. Kekomprehensifan – mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua
objektif yang penting.

Rajah 1.2: Ciri Pentaksiran Sekolah

1.2.3 Kaedah Pentaksiran dan Penilaian

xvii
Pentaksiran dan Penilaian boleh dibuat dengan beberapa kaedah seperti
melalui;-
i. Pemerhatian
ii. Lisan dan
iii. Penulisan

Pemerhatian:
Dibuat apabila sukar hendak dikesan melalui kaedah lisan atau melalui kerja bertulis
para pelajar. Biasanya penilaian dibuat melalui sikap, perlakuan, proses atau hasil
kerja amali, lukisan, kraf tangan dan sebagainya.

Lisan :
Mengesan secara serta-merta tentang penguasaan pengetahuan, kefahaman,
konsep, kemahiran, perlakuan amalan dan sikap pelajar. Biasanya penilaian jenis
ini dilaksanakan melalui aktiviti seperti bersoal- jawab, perbincangan, kuiz, hafazan,
bercerita dan sebagainya.

Penulisan:
Melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa hasil tugasan daripada kerja bertulis
para pelajar seperti lembaran kerja ujian bertulis, laporan projek, karangan, taksir
graf, peta, jadual atau carta. Setiap penilaian dan pentaksiran hendaklah
dikendalikan oleh guru untuk menilai sendiri pelajarnya secara berterusan
berdasarkan hasil pemelajaran yang telah ditentukan.

1.2.4 Jenis Pentaksiran dan Penilaian

 Penilaian secara ujian bertulis

 Penilaian berasaskan rubrik

 Penilaian melalui pemerhatian


xviii
 Penilaian tahap pencapaian

 Penilaian berasaskan kompetensi

 Penilaian berasaskan projek

 Penilaian secara ujian bertulis atau penulisan -Penilaian secara penulisan


melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan
murid seperti;
- Karangan
- Laporan projek/kerja kursus/folio
- Latihan dan ujian bertulis
- Huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.

 Instrument penilaian menulis. Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa


dan perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang
berikut :
- Kemahiran menulis
- Menyusun idea
- Penggunaan tanda baca
- Perbendaharaan kata
- Mengaplikasi
- Mentafsir Menilai
 Perlu diingat, dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara berikut
perlu diambil kira :
- Soalan menepati kemahiran yang hendak diuji
- Bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami
- Bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan.
- Aras kesukaran soalan dipelbagaikan
- Skema pemarkahan disediakan
 Bentuk item
- Bentuk Item Objektif
- Bentuk Item Subjektif

xix
 Penilaian Berasaskan Rubrik – Pengenalan rubrik adalah alat penilaian
untuk penilaian subjektif. Ini adalah satu set kriteria dan standard yang
berkaitan dengan tujuan pembelajaran yang digunakan untuk menilai prestasi
pelajar pada kertas, projek, esei, dan tugas yang lain.
 Rubrik membolehkan anda penilaian standard sesuai dengan kriteria tertentu,
membuat penilaian lebih sederhana dan lebih telus. rubrik ini merupakan
usaha untuk menggambarkan kriteria penilaian yang konsisten untuk grading.
 Oleh sebab, kriteria umum, rubrik membolehkan guru dan pelajar sama-sama
untuk menilai kriteria, yang boleh rumit dan subjektif. Rubrik juga
menyediakan asas untuk penilaian diri, refleksi, dan peer review. Hal ini
bertujuan untuk penilaian yang tepat dan adil, mendorong pengertian dan
menunjukkan cara untuk meneruskan dengan belajar seterusnya mengajar.
Integrasi prestasi dan maklum balas yang disebut "penilaian berlangsung."
Semakin, jurulatih yang mengandalkan rubrik untuk menilai prestasi murid
cenderung untuk berkongsi rubrik dengan pelajar pada saat tugas dibuat.
Flash Pamela menyatakan bahawa "Apabila pelajar tahu tentang grading
kriteria dari awal, mereka dapat lebih terlibat dalam proses kerja menuju
maju."
 Selain membantu pelajar memahami bagaimana tugas tersebut berkaitan
dengan isi kursus, sebuah shared-rubrik dapat meningkatkan kuasa pelajar
dalam kelas, melalui transparansi. Selain itu, rubrik mengurangkan jumlah
guru menghabiskan masa penilaian pekerjaan. Rubrik umumnya dianggap
dapat mempromosikan penilaian lebih konsisten dan mengembangkan
kemahiran penilaian diri pada pelajar apabila mereka memantau prestasi
mereka relatif terhadap rubrik.

 Penilaian Melalui Pemerhatian - Satu bentuk ujian bukan bertulis, teknik


pemerhatian digunakan untuk mengenal pasti ciri-ciri perkembangan murid
daripada bidang efektif dan psikomotor. Antara subjek ialah Kemahiran Hidup
dan Pendidikan Jasmani. Aktiviti pemerhatian tingkah laku murid harus
dibuat keatas perlakuan mereka semasa di dalam dan di luar bilik darjah.
Antara alat yang digunakan untuk merekod prestasi murid ialah;
- Senarai Semak

xx
- Skala kadar
- Senarai semak untuk merekod tingkah laku murid.
- Skala kadar bagi menunjukan darjah pencapaian tingkah laku
contohnya 5 mata iaitu (1) Amat Buruk (2) Buruk (3) Sederhana (4)
Baik (5) Amat baik

 Penilaian Tahap Pencapaian - adalah struktur rancangan yang dapat


membantu guru untuk mengendalikan bagaimana ingin mengajar. Untuk
membuat rancangan penilaian tahap pencapaian seseorang guru perlu
menyediakan kemudahan untuk pelajar, ujian pengetahuan yang lengkap,
pemilihan teknik suara dan tenaga pengajar untuk setiap pelajar. Penilaian
tahap pencapaian adalah sangat penting dalam apa jua dalam sistem
pendidikan. Tujuannya adalah memberi peluang kepada pelajar menilai kadar
dan tahap kemajuan yang telah di capai bagi sesuatu kemahiran yang
melibatkan akademik yang telah di pelajari. Penilaian tahap pencapaian ini
adalah untuk memperolehi maklumat mengenai sama ada pelajar boleh dapat
memberi maklumat tentang pengajaran guru, sama ada pengajaran guru
berkesan atau pun tidak.
 Menilai dan mengenal pasti murid yang tidak dapat menguasai kemahiran 3M
(membaca, menulis, mengira). Ini memberi peluang kepada guru-guru untuk
membuat tindakan susulan apabila kelemahan murid yang di nilai telah di
ketahui.
 Malah ujian tahap pencapaian untuk menginklusifkan murid-murid khas
selepas ujian di jalankan data-data yang telah di kenalpasti bagi menentukan
sama ada murid-murid ini sesuai untuk di tempatkan di kelas inklusif,
intergrasi atau sebaliknya. Bagi murid dengan keperluan khas, penilaian
tahap pencapaian penting bagi membantu memastikan keperluan mereka di
penuhi. Dua aspek penting bagi penilaian pencapaian adalah penilaian dan
proses ujian ini adalah untuk memantau kemajuan murid. Yang kedua ialah
cara bagaimana sekolah dan perkhidmatan lain melalui kontium murid
dengan keperluan khas, penilaian wajib.
 Guru mungkin dapat menilai dalam empat kategori iaitu:

- Tahap satu ialah berdasarkan 3M (membaca, menulis dan mengira).


xxi
- Tahap kedua ialah UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah)

- PMR (Penilaian Menengah Rendah)

- SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)

- STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia)

 Penilaian tahap pencapaian juga salah satu komponen rancangan pendidikan


individu (RPI), objektif dapat di nilai sama ada setiap hari, setiap minggu,
setiap bulan ataupun pada tarikh tertentu. Frekuensi bagi penilaian
pencapaian bergantung pada sifat dan bentuk objektif itu.

 Penilaian Berasaskan Kompetensi - boleh dicapai melalui pelbagai


kaedah. Skop konsep kemahiran kompetensi industri adalah berkaitan
dengan kebolehan seseorang individu melakukan sesuatu tugasan (tasks)
dan tanggungjawab (duties)mengikut prestasi (performance) yang
dihasratkan di tempat kerja.
 Kompetensi memerlukan pengaplikasian beberapa kemahiran tertentu,
pengetahuan dan sikap yang relevan terhadap penglibatan secara berkesan
dalam industri, sektor industri atau enterprise.
 Standard Kompetensi sesuatu pakej pendidikan dan latihan yang berasaskan
kompetensi ditentukanoleh industri bagi memenuhi keperluan kemahiran yang
telah dikenal pasti dan ditetapkan. Standard kompetensi ini dibina daripada
beberapa unit kompetensi yang menerangkan fungsi utama atau peranan
dalam sesuatu fungsi kerja atau pekerjaan.
 Setiap unit kompetensi dalam pakej pendidikan dan latihan ini dikait dan
dihubungkan kepada beberapa unit kompetensi lain yang disahkan olehsuatu
kerangka kelayakan (qualification framework) tertentu.
 Unit kompetensi kemudiannya dikontekstualkan untuk memberi refleksi
kepada hasil pembelajaran. Proses kontekstual kompetensi melibatkan
penambahan dan perubahan kepada unit kompetensi untuk disesuaikan
dengan kaedah pembelajaran, profil individu/pelajar, keperluan peralatan,
keperluan industri atau pun tempatan tertentu.

xxii
AKTIVITI: 1.1

Anda dikehendaki mendapatkan maklumat tambahan tentang


Penilaian Berasaskan Kompetensi dan hantar tugasan
tersebut mengikut kumpulan.

 Penilaian Berasaskan Projek - Penilaian ini merupakan aktiviti-aktiviti yang


memerlukan murid mengaplikasi atau membuat tunjuk ajar cara pengetahuan
dalam situasi sebenar. (Wiggins, 1989).
 Projek atau tugasan mempunyai pelbagai reka bentuk (lisan, visual,
kinestetik) Berbentuk jangka panjang dan menunjukkan peranan sebenar
dalam situasi sebenar. Pelajar dibenarkan untuk membina penyelesaian
alternatif apabila tidak mendapat jawapan yang benar.
 Pelajar dikehendaki melibatkan diri secara aktif iaitu membuat projek didalam
kumpulan secara koperatif. Pelajar dapat menjalankan tugas secara individu
atau berpasukan. Sintesis pengetahuan yang dikumpul dan menilai
pembelajaran.
 Tujuannya - Menggalakkan pelajar bekerjasama. Murid berpeluang untuk
menunjukkan kreativiti. Memberi motivasi kepada pelajar untuk belajar.
Memberi peluang pelajar untuk memimpin. Memberi suatu suasana
pembelajaran untuk pelajar yang pasif untuk berbincang.

 Menilai pelajar dari segi :


- kreativiti
- kemahiran merancang
- integrasi pengetahuan
- kebolehan membuat tugasan bersama orang lain
- pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji / membentuk sesuatu
- melaksana dan menghasilkan sesuatu
- pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.

xxiii
- aktiviti yang bermakna
 Dengan itu, penilaian projek ini dapat:
- memperoleh skor yang diberi berdasarkan kritirea spesifik
- membantu pelajar mengesan bidang kelebihan dan menggunakannya
sebaik mungkin.
 Jenis-jenis penilaian projek:
- Latihan dan soalan ’open ended’ untuk pelajar hasilkan secara lisan
dan bertulis (main peranan)
- Extended tasks assignment-menulis puisi, menerangkan keputusan
ujikaji, membina model.
- Portfolio-koleksi tugasan berdasarkan prestasi
- Tugasan prestasi-drama, lakonan, persembahan dan model.
 Garis panduan laporan projek:
- Tunjukkan kerumitan yang mungkin bagi sesuatu topik.
- Tentukan kriteria penilaian.
- Elakkan perkara yang terlalu abstrak.
- Gunakan kosa kata yang sesuai.(Laras bahasa)
- Guna contoh yang sesuai.
- Hubung kait topik dengan pengalaman sendiri.
 Langkah menjalankan projek:
- Penentuan tajuk dan skop
- Penilaian awal projek
- Pelaksanaan strategi
- Pemprosesan maklumat
- Penilaian hasil projek

AKTIVITI: 1. 2

Dengan mendapatkan maklumat daripada sumber rujukan buku,


jurnal dan internet hasilkan sebuah peta konsep i-Think
(Peta Pokok) berasaskan kefahaman anda tentang
Penilaian Berasaskan Projek.

xxiv
1.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi mata pelajaran RBT

Rajah 1.3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

1.3.1 Pentaksiran Berasaskan Sekolah atau singkatannya PBS ialah satu


pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan
Malaysia. Pentaksiran ini merupakan sesuatu yang agak baharu dalam pendidikan
di Malaysia, yang selaras dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM). Ia memainkan peranan penting bagi tujuan melahirkan murid-
murid yang seimbang dalam pelbagai aspek.
Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan kerana ia memberi
maklumat mengenai perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan murid itu
sendiri. Hasil pentaksiran boleh membantu guru menilai kaedah pengajaran dan
aktiviti yang dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

PBS merupakan satu usaha untuk membangunkan modal insan secara holistik
melalui penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual,
pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi

xxv
seperti tercatat di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Pelan
Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional.

PBS mula dilaksanakan di Sekolah Rendah pada tahun 2011 dan diperkenalkan di
peringkat Sekolah Menengah pada tahun 2012. Justeru pada tahun 2016 murid-
murid sekolah rendah akan menduduki UPSR yang telah ditambahbaik. Pada tahun
2014 pula PMR akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bentuk PBS.

1.3.2 Pelaksanaan PBS

Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik.
Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat
(PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik
(PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-
dua kategori ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk
melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.

Rajah 1.4: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

 Penilaian Formatif - digunakan untk mengesan penguasan dan kemajuan -


dilakukan selepas beberapa kemahiran dijalankan. Cara penilaian berbentuk
tak formal seperti pemerhatian, bersoal jawab secara lisan, latihan, kuiz,

xxvi
memeriksa hasil kerja murid di dalam kelas atau kerja rumah. Biasanya
digunakan untuk mengesan penguasaan kemahiran individu. Oleh itu ujian
kerap dijalankan bagi mengesan kemajuan murid. Ujian kertas pensil dalam
bentuk formal digunakan untuk menilai. Dilakukan selepas beberapa
kemahiran dijalankan. Keputusan direkodkan dalam borang prestasi untuk
tindakan seperti penempatan dalam kumpulan

 Penilaian Sumatif - digunakan untuk mengesan pencapaian murid dalam


kelas atau membuat perbandingan pencapaian murid antara kelas. Penilaian
meliputi aktiviti pengujian dan pengukuran atas beberapa unit pembelajaran,
biasanya dalam tempoh semester, pertengahan semester , genap setahun,
peperiksaan awam (UPSR, PMR, SPM DAN STPM) atau Penilaian Kemajuan
Berasaskan Sekolah (PKBS). Untuk persijilan ujian dilakukan secara formal
dengan menggunakan ujian kertas pensil, peperiksaan amali atau bertulis,
senarai semak. Keputusan ujian digunakan untuk merancang aktiviti P & P,
aktiviti pengayaan dan pemulihan, merekod keputusan dan rekod profil serta
penempatan kedudukan murid. Pencapaian dinyatakan dalam Gred dan
markah.

AKTIVITI: 1.3

Anda dikehendaki membincangkan tajuk Pentaksiran Berasaskan


Sekolah (PBS) bagi mata pelajaran RBT secara berkumpulan.

1.4 Kerangka Standard Prestasi (Tafsiran Tahap Penguasaan (TP) dalam mata
pelajaran RBT Sekolah Menengah

 Standard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang


pencapaian atau penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang yang

xxvii
telah dilalui dalam satu tempoh pembelajaran berdasarkan satu penanda aras
(benchmark) yang telah dikenal pasti.

 Standard Prestasi memandu pentaksir bagaimana aktiviti pentaksiran boleh


dan dapat dilaksanakan secara adil dan berfokus merujuk kepada standard
yang ditetapkan.

 Standard Prestasi juga menjadi sumber rujukan oleh semua pihak yang
terlibat dalam pendidikan secara langsung dan tidak langsung seperti murid,
guru, ibu bapa serta pihak yang berkepentingan untuk menunjukkan dengan
jelas matlamat yang ingin dicapai dalam sistem pendidikan.

 Dengan menggunakan Standard Prestasi;

- Murid tahu dengan jelas apa yang perlu dikuasai atau dicapai, apa
yang ditaksirdan kualiti yang diharapkan dalam sesuatu pentaksiran.

- Guru tahu matlamat yang akan dicapai dalam pendidikan murid di


sekolah, apa yang ditaksir dan kualiti yang harus ada pada setiap
murid.

- Ibu bapa tahu apa yang telah dikuasai atau dicapai oleh anak-anak
mereka selepas melalui proses pendidikan untuk satu tempoh tertentu.

- Pihak yang berkepentingan tahu hasrat dan matlamat kurikulum dan


sistem pendidikan negara dan kualiti yang ada pada murid yang keluar
daripada sistem pendidikan tersebut.

- Selain itu, Standard Prestasi juga boleh dijadikan kayu ukur standard
pendidikan negara dan sebagai alat untuk membandingkan dengan
standard pendidikan negara lain.

 Pernyataan Standard diletakkan dalam kategori mengikut Band (Band 1,


Band 2, Band 3, Band 4, Band 5 dan Band 6) yang disusun mengikut hierarki
dan dijelaskan dengan deskriptor yang menyatakan tingkah laku terperinci
yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukan prestasi individu

xxviii
 Berikut merupakan Kerangka Standard Prestasi:

Rajah 1.5: Kerangka Standard Prestasi

BAND PENYATAAN STANDARD


6 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman
(Tahu, Faham dan Boleh tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah
Buat dengan Beradab tangga serta perniagaan dan keusahawanan secara
kreatif dan inovatif
Mithali)
5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman
(Tahu, Faham dan Boleh tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah
Buat dengan Beradab tangga serta perniagaan dan keusahawanan secara
berinisiatif
Terpuji)
4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman
(Tahu, Faham dan tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah
Boleh Buat dengan tangga serta perniagaan dan keusahawanan secara
sistematik
Beradab)
3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman
(Tahu, Faham dan Boleh tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah
Buat) tangga serta perniagaan dan keusahawanan

2 Mengetahui dan memahami tentang reka bentuk dan


(Tahu dan Faham) teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan
dan keusahawanan
1 Mengetahui tentang reka bentuk dan teknologi,
(Tahu) ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan
keusahawanan.
Rajah 1.6: Standard Prestasi RBT
 Di Band 1, murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas
atau memberi respons terhadap perkara yang asas.
xxix
 Di Band 2, murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi
atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

 Di Band 3, murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan


sesuatu kemahiran pada suatu situasi.

 Di Band 4, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, seperti


tertib atau melaksanakan sesuatu mengikut prosedur dan secara sistematik.

 Di Band 5, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab pada


situasi baru,dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal
dan bersikap positif.

 Dan akhir sekali, di Band 6, murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan
inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi
permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara
untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang
sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

 Pernyataan Standard bagi sesuatu mata pelajaran diguna pakai dari


Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 kerana pernyataan ini digubal berdasarkan
Objektif Mata Pelajaran berkenaan.

 Deskriptor pula merujuk kepada perkara yang murid seharusnya tahu dan
boleh buat berdasarkan standard pembelajaran yang diterakan dalam
Standard Kurikulum bagi mata pelajaran berkenaan. Deskriptor setiap
pernyataan standard adalah berbeza bagi setiap tahun pembelajaran.

 Pernyataan evidens (murid) adalah pernyataan yang menerangkan


bagaimana murid menunjukkan apa yang dia tahu dan boleh buat. Kualiti ini
juga merujuk kepada aspek-aspek yang boleh dilaksana dan boleh ditadbir.

 Evidens (bahan) merujuk kepada bahan atau apa-apa bentuk bukti yang
dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan. Evidens
boleh dalam bentuk produk atau proses seperti gambar foto, grafik, artifak
dan laporan. Guru harus kreatif dalam memilih tugasan dan boleh
menggunakan pelbagai jenis instrumen pentaksiran untuk menguji

xxx
penguasaan / pencapaian murid bagi sesuatu domain. Antara contoh
instrumen yang sesuai digunakan ialah ujian bertulis, demonstrasi atau kuiz

Penyelidikan : Penerokaan Pelbagai Media


Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang kerangka standard prestasi
dalam mata pelajaran RBT sekolah menengah dengan melayari internet serta
membuat bacaan lanjut terhadap lain-lain sumber rujukan serta mengadakan
perbincangan dengan rakan-rakan.

Carian perlu meliputi isu-isu berkaitan bagaimana istilah-istilah


pentaksiran dan penilaian. Rumuskan hasil perbincangan Aktiviti 1
dan Aktiviti 2.

Refleksi:

Berdasarkan bacaan dan kefahaman anda terhadap Pentaksiran


dan Penilaian bincangkan dengan rakan-rakan kelas anda, pilih
satu pentaksiran dan tunjukkan pelaksanaan P&P mata pelajaran
RBT yang diajar di sekolah anda. Berikan contoh-contoh aplikasi
kaedah dan teknik yang sesuai dalam perbincangan anda.

PENILAIAN FORMATIF

Penilaian Formatif
1. Berikan definisi dan konsep pentaksiran.
2. Apakah tujuan pentaksiran dan penilaian?
3. Mengapa pentaksiran dan penilaian perlu dijalankan?
4. Jelaskan tiga kaedah pentaksiran dan penilaian.
5. Proses penilaian di bilik darjah ialah penilaian formatif dan sumatif.
Bincangkan penilaian formatif dengan penilaian sumatif secara
terperinci.
xxxi
6. Terangkan perbezaan di antara penilaian formatif dan penilaian sumatif.

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

A. Media Digunakan
i. Facebook Live/Whatsapp/Instagram
ii. Masa 2 jam bagi tajuk Pengajian Kurikulum dan 2 jam bagi tajuk Pedagogi.
Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi satu sesi.

B. i. Tajuk Pengajian Kurikulum : Bidang Sains Rumah Tanga dalam DSKP RBT Sekolah
Menengah

ii. Tajuk Pedagogi : Bidang Sains Rumah Tangga dalam DSKP RBT Sekolah Menengah

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran

i. Strategi Pelaksanaan
ii. Pentaksiran Standard Prestasi
iii. Isu isu semasa
iv. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
v. Pedekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
- pengajaran teori
- pengajaran amali

D. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:


i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.

xxxii
UNIT 2 KESELAMATAN BENGKEL MASAKAN DAN JAHITAN

Hasil Pembelajaran Unit

Pada akhir unit pelajar dapat :


1. Mengenalpasti peraturan keselamatan di bengkel
2. Mengenalpasti ruang tempat kerja yang berisiko tinggi kepada
kebakaran dan rawatan awal kecederaan akibat kebakaran
3. Aplikasi rawatan pertolongan cemas untuk sesuatu kemalangan atau
kecederaan

Sinopsis

Unit ini menerangkan tentang peraturan keselamatan di bengkel, mengenalpasti


kesan kemalangan di bengkel dan aplikasi rawatan pertolongan cemas untuk
sesuatu kemalangan atau kecederaan di bengkel.

2.0 Pengenalan

Bengkel masakan haruslah memberikan keutamaan kepada keselamatan.


Pengguna bengkel mestilah selamat sebelum menggunakan, semasa menggunakan
dan selepas menggunakan bengkel dan segala peralatan di bengkel. Guru dan
pelajar mestilah tahu bagai mana bertindak apabila berlaku kecederaan dan
kemalangan, kejutan elektrik dan kebakaran.

Setiap bengkel perlu ada peti kecemasan yang mengandundi ubat luka dan sapuan
untuk lecur serta kain balutan untuk kecederaan ringan. Jika berlaku kecederaan
yang serius dan teruk hendakan dilaporkan kepada guru bertugas dan terus dirujuk
kepada hospital yang terdekat. Bengkel juga mesti mempunyai alat pencecah
kebakaran yang berfungsi disetiap bengkel. Alat pencegah kebakaran mestilah
digantung ditempat mudah dilihat dan mudah dicapai. Jika berlaku kebakaran besar
hendaklah keluar dengan segera mengikut pelan kecemasan kebakaran dan
xxxiii
memanggil bomba melalui talian kecemasan 999. Jika berlaku sebarang kejutan
elektrik, hendaklah dimatikan suis utama terlebih dahulu atau menekan suis
keselamatan bengkel. Jangan sentuh mangsa kejutan dengan tangan, gunakan
kayu kering untuk mengalih mangsa daripada benda atau wayar yang menjadi
punca kejutan elektrik.

2.1 Peraturan am penggunaan dan keselamatan bengkel

1. Masuk setelah mendapat kebenaran dan arahan daripada guru


2. Pakai pakaian yang sesuai dan memakai kasut getah
3. Jangan berlari dan bermain di dalam bengkel
4. Jangan menyentuh alatan dan mesin tanpa mendapat kebenaran dan
penyeliaan daripada guru
5. Duduk dan bekerja ditempat yang telah ditetapkan
6. Jika berlaku kemalangan atau kecederaan , segera beritahu guru yang
berkenaan
7. Pastikan bengkel dalam keadaan selamat dan selesa ketika penggunaannya
dan bersih serta kemas sebelum meninggalkannya.

2.2 Langkah-Langkah Keselamatan

2.2.1 Keselamatan Diri

i. Kerja dengan tenang.


ii. Gunakan baju yang ringkas daripada kain yang tidak mudah terbakar
seperti kain kapas.
iii. Lantai mestilah kering, tidak bersepah dengan makanan dan tidak
terlalu licin.
iv. Ikatkan rambut yang panjang atau gunakan net/ topi supaya rambut
tidak jatuh ke dalam makanan atau tersangkut kepada alatan yang
sedang bergerak seperti alat pengadun kek, mesin basuh kain dan
kipas.

xxxiv
v. Gunakan kasut yang bertapak getah, padan, bertumit rendah, selesa
dan bertutup.
vi. Jalan dengan cergas, tetapi jangan sesekali berlari.

2.2.2 Keselamatan Alatan Dapur

i. Padamkan suis utama sebelum memasang plam atau plag. Tangan


mestilah kering.
ii. Gunakan kain ketuhar atau kain memegang periuk ketika mengangkat
periuk dan kuali panas.
iii. Kacau dengan senduk kayu atau senduk bertangkai kayu.
iv. Jika hendak tuang air panas, bawakan teko/ besen basuh kepada
cerek air panas.
v. Hiris makanan arah kebawah di atas papan pencincang.
vi. Lap mata pisau dengan menghala sebelah yang tajam jauh daripada
anda. Jangan sekali-kali tinggalkan pisau atau benda yang tajam di
dalam besen berisi air.
vii. Buangkan penutup tin untuk mengelakkan diri daripada terluka
viii. Apabila menghulur barang tajam seperti pisau atau gunting kepada
orang lain, hulurkan tangkainya dahulu.
ix. Gunakan pelapik periuk untuk mengalas periuk panas.

2.2.3 Keselamatan Di Dapur

i. Labelkan semua bekas barang dengan cermat.


ii. Jauhkan dapur daripada permukaan-permukaan kayu.
iii. Tangkai cerek dan periuk mestilah ke dalam.
iv. Periksa tiub gas dari masa ke semasa.
v. Barang-barang yang mudah terbakar seperti kain pencuci dan minyak
tanah mestilah disimpan jauh daripada api.
vi. Nyalakan gores api sebelum memasang gas.
vii. Jauhkan kepala anda dari ketuhar apabila memasng api ketuhar.
viii. Buka pintu ketuhar sebelum memasang api.

xxxv
PERATURAN KESELAMATAN AM

2.3 Ruang Tempat Kerja yang Berisiko Tinggi Kepada Kebakaran

Ruang tempat kerja merupakan ruang yang paling aktif untuk menjalankan pelbagai
aktiviti. Ruang tempat kerja yang terdedah kepada risiko kebakaran ialah dapur, bilik
gas dan ruang alat pemanas.

2.3.1 Dapur
Semasa memasak, sentiasa memberikan tumpuan sepenuhnya. Pastikan keadaan
dapur bersih dan tidak berminyak. Elakkan memasak dalam keadaan letih atau
mengantuk.

Gambar 2.1: Kebakaran di dapur

2.3.2 Ruang alat pemanas

Letakkan alat pemanas pada jarak tiga kaki atau satu meter daripada sebarang
benda mudah terbakar.

xxxvi
Gambar 2.2: Ruang alat pemanas yang terbakar

2.3.3 Elektrik

Gantikan wayar yang telah rosak atau berpintal. Sentiasa peka terhadap barangan
elektrik yang digunakan seperti pealatan yang berbau,berasap dan terlampau panas

Gambar 2.3: Kebakaran punca elektrik

2.4 Kesan dan Rawatan Awal Kecederaan Akibat Kebakaran

Luka terbakar adalah kecederaan pada tisu badan disebabkan oleh haba, bahan
kimia, arus elektrik atau agen radioaktif. Terdapat tiga kategori luka terbakar iaitu
terbakar tahap 1 (ringan), terbakar tahap 2 (sederhana tebal) dan terbakar tahap 3
(tebal).

Gambar 2.4: Kecederaan terbakar tahap pertama

Terbakar tahap 1 (First degree burn) – Ringan

xxxvii
 Kecederaan kulit lapisan luar. Contohnya kesan terbakar oleh cahaya
matahari, tersentuh objek panas atau haba.
 Biasanya sembuh dalam masa seminggu.

Gambar 2.5: Kecederaan terbakar tahap kedua

Terbakar tahap 2 (Second degree burn) – Sederhana tebal

 Kecederaan kulit lapisan luar dan dalam disebabkan haba.


 Biasanya sembuh kurang daripada tiga minggu bergantung kepada tahap
kebakaran.

Tip
 Sejukkan anggota yang terbakar atau melecur (Tahap 1 dan Tahap
2) dengan menggunakan air sejuk yang mengalir selama 10
hingga 20 minit atau sehingga mangsa merasa kesan terbakar
telah tiada.
 Tanggalkan jam tangan, cincin, gelang tangan atau sebarang
perhiasan pada anggota yang cedera sebelum ianya
membengkak.

xxxviii
Gambar 2.6: Kecederaan terbakar tahap kedua

Terbakar tahap 3 (Third degree burn) – Tebal

 Terbakar sampai ke tulang. Kulit kelihatan merah, lepuh dan nampak


keputihan. Ianya akan kelihatan kehitaman seperti arang.
 Ianya terjadi kerana epidermis, dermis dan lapisan sel yang membentuk kulit
yang mengandungi folikel bulu roma dan saraf musnah.

Tahukah anda
Tanda-tanda luka terbakar berbeza-beza mengikut tahap kecederaan terbakar:

 Tahap pertama : Kesakitan, bengkak dan kemerahan


 Tahap kedua : Kesakitan yang amat, kulit melepuh,
 Mengelupas dan melecet

 Tahap ketiga : Tiada kesakitan disebabkan kebas, kulit kelihatan putih,


merah, perang atau kehitaman

Sekiranya anda mendapat luka terbakar, terdapat cara-cara untuk mengurangkan


kecederaan daripada menjadi lebih teruk. Ianya berbeza mengikut jenis luka
terbakar itu.
Luka terbakar ringan

 Jauhi punca kebakaran.

xxxix
 Alirkan air atau rendamkan bahagian yang terbakar selama 10 hingga
30 minit untuk mengurangkan kesan haba dan kesakitan. Jangan
gunakan air yang terlalu sejuk.
 Lindungi luka daripada geseran atau tekanan.
 Balut luka dengan pembalut atau kain yang bersih.
 Ambil ubat penahan sakit untuk redakan kesakitan, bengak dan
radang.

Luka terbakar yang teruk


 Jauhi punca kebakaran.
 Jirus dengan air atau selimutkan dengan kain tebal mangsa yang
sedang terbakar.
 Pastikan mangsa bernafas. Sekiranya saluran pernafasan tersekat
atau pernafasan terhenti, berikan bantuan pernafasan dan CPR
(cardiopulmonary resuscitation).
 Tutup kawasan luka terbakar dengan pembalut yang bersih, sejuk dan
lembap.
 Tinggikan bahagian yang terbakar dan elakkan daripada tekanan atau
geseran.
 Elakkan menyapu minyak, salap dan sebagainya ke atas luka terbakar.
 Awasi tanda-tanda penting mangsa (kadar nadi dan pernafasan,
tekanan darah) sehingga bantuan tiba.

2.5 Rawatan Awal Kecederaan Akibat Kebakaran

Rawatan awal kecederaan perlu diberikan kepada mangsa untuk mengelakkan luka
menjadi semakin teruk

Kecederaan Tanda-tanda Rawatan

Kelecuran - Kulit yang kemerah-merahan. - Segera


ringan - Sakit pada kawasan yangterbakar. sejukkan
- Lecur pada kulit yang terjejas. dengan air
paip yang

xl
mengalir,
rendam
dalamtakunga
n air atau balut
dengan kain
yang basah
selama lima
minit sehingga
hilang sakit.
- Tanggalkan
cincin, jam
tanganatau
barang kemas
yangdipakai
pada tempat
cedera.
- Jangan
pecahkan
gelembong
atau
tanggalkan
kain yang
melekat pada
tempat
yangcedera.
- Balut dengan
kain bersih.

- Sakit. - Baringkan
Kelecuran - Kesan kelecuran yang jelas. mangsa dan
teruk - Kesukaran untuk bernafas. siramkan
- Renjatan. tempat
melecur

xli
dengan air
selama10
minit.
- Periksa
pernafasan
dan nadinya.
- Dapatkan
bantuan
Ambulans atau
Pertahanan
Awam dengan
kadar yang
segera.
- Tanggalkan
barang
kemas,jam,tali
pinggang aau
benda
yangdipakai
ketat.
- Jangan
Tanggalkan
pakaian yang
melekat pada
tempat
yangterbakar.
- Balut tempat
yang cedera
dengan kain
bersih dan
tidak berbulu.
- Selimutkan
mangsa dan

xlii
dapatkan
rawatan lanjut
dengan segera
Melecur - Kesan-kesan kimia dikawasan persekitaran. - Segera
disebabkan - Kesakitan yang kuat dan menyengat. alirkan air
bahan kimia - Kawasan kulit yang terjejas berubah warna, melecur, ditempat yang
mengelupas dan bengkak. cedera selama
20 minit.
Elakkandiri
dan mangsa
dari terkena air
yang
bertakung.
- Tanggalkan
sebarang
pakaian yang
tercemar
dengan bahan
kimia.
- Balut
kecederaan
dengan kain
bersih.
- Dapatkan
rawatan lanjut
dengan
segera.
- Berhati-hati
supaya bahan
kimia tersebut
tidak terkena
pada anda.

xliii
Jadual 2.1: Rawatan awal kecederaan akibat kebakaran

AKTIVITI: 2.1

Senaraikan peralatan dan bahan yang sepatutnya ada


di dalam Peti pertolongan cemas. kemalangan di ruang kerja.

2.6 Pertolongan Cemas

1. Pengertian Pertolongan Cemas

Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada


mangsa yang mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan
yang terdapat di tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum
mangsa mendapat rawatan perubatan yang sempurna.

 Tujuan-tujuan Pertolongan Cemas

i) Membantu menyelamatkan nyawa mangsa.


ii) Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk.
iii) Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa.

 Sifat-sifat Pemberi Pertolongan Cemas Yang Baik

i) Mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri di dalam mengendalikan kes-kes


kecemasan.
ii) Pantas ikhtiar menggunakan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian
atau sekelilingnya.
iii) Tajam perhatian di dalam mengenali tanda-tanda dan gejala sesuatu kes.
iv) Mempunyai sifat bertimbang rasa kepada mangsa.
v) Tidak mempunyai sikap memilih bangsa atau keturunan semasa memberi
keutamaan rawatan mangsa.
xliv
vi) Bersifat lemah lembut semasa memberi bantuan agar dapat mengurangkan
kesakitan si mangsa.

 Tugas-tugas Ahli Pertolongan Cemas

i) Menyelamatkan mangsa secara permulihan pernafasan CPR jika pernafasan


mangsa terhenti, menahan pendarahan dan mengelakkan mangsa dari terjadi
renjatan.
ii) Membalut luka dengan kain yang bersih supaya dapat mengelakkan dari
jangkitan kuman.
iii) Memberi sokongan di bahagian yang cedera terutamanya patah dengan tuap
atau anduh supaya bahagian yang cedera berkeadaan tetap dan tidak bergerak.
iv) Elak mangsa dari mengalami renjatan.
v) Beri semangat kepada mangsa agar sentiasa berada dalam keadaan tenang.
vi) Atur bantuan agar mangsa mendapat rawatan perubatan.

 Pengendalian Mangsa Kemalangan

i) Memberi bantuan dengan tenang dan pantas. Jangan panik semasa menghadapi
keadaan.
ii) Beri semangat kepada mangsa agar berada dalam keadaan tenang.
iii) Uruskan bantuan supaya mangsa mendapat bantuan perubatan dengan segera.
iv) Lapor kejadian kepada pihak polis jika perlu.

 Peraturan-peraturan Semasa Memberi Bantuan

i) Membuat penilaian keadaan - Menentukan keselamatan diri dan mangsa dalam


keadaan selamat. Kemudahan-kemudahan yang terdapat seperti telefon bagi
kemudahan mendapatkan bantuan. Dapat menilai keterukan/keparahan mangsa
ii) Membuat diagnosa – mendapatkan sejarah kejadian, tanda-tanda gejala,
keadaan sekeliling yang boleh dijadikan bukti serta menjalankan pemeriksaan ke
atas kecederaan mangsa.
iii) Memberi rawatan sementara – menjalankan rawatan mengikut prinsip dan
memberi keutamaan kepada mangsa yang teruk.
iv) Membuat dan memberi laporan – mengikut sejarah, kecederaan, pernafasan,
nadi, kesedaran dan rawatan yang telah dilakukan ke atas mangsa.
xlv
Peringatan !!!

a) Elakkan dari melakukan bantuan yang berlebihan dari yang sepatutnya supaya
dapat mengelakkan mangsa menjadi lebih teruk.
b) Jangan tanggalkan pakaian mangsa terutama mangsa yang tidak sedarkan diri.
Lakukan dengan hanya melonggarkan sahaja mana-mana bahagian yang ketat.
c) Cuba dapatkan bantuan perubatan seberapa segera.
d) Lakukan bantuan berdasarkan landas-landas selamatkan nyawa, pendarahan dan
kecederaan patah.
e) Beri kerjasama kepada pihak polis atau perubatan jika bantuan diperlukan.

 Tujuan pembebatan

i) Menahan pendarahan
ii) Membantu mengelakkan luka atau kecederaan dari terdedah kepada kekotoran
yang boleh menyebabkan jangkitan.
iii) Mencegah jangkitan di tempat luka.
Melakukan pembebatan perlu menggunakan kain pembebatan yang bersih suci
hama. Kebiasaannya jenis kain yang digunakan untuk pembebatan adalah dari jenis
kain kasa dan kain lint kerana kain ini lembut dan mudah menyerap.

 Pembebat Semasa Kecemasan


i) Sapu tangan yang bersih.
ii) Kain biasa yang bersih dan mudah menyerap.
Semasa melakukan pembebatan, seboleh-bolehnya elakkan dari memegang atau
menempoh kain yang digunakan untuk melapik tempat luka. Ini bertujuan
meminimakan jangkitan kuman di tempat cedera tersebut.

 Pembalut (Bandages)

Terdapat berbagai-bagai jenis kain pembalut digunakan semasa menjalankan


rawatan mangsa kemalangan. Antara jenis-jenis pembalut yang digunakan ialah:-
i) Pembalut tiga segi (triangular bandage).

xlvi
ii) Pembalut lebar (broad bandage).
iii) Pembalut panjang (narrow bandage).
iv) Pembalut gulung (rollar bandage).

 Kegunaan Kain Pembalut

i) Penetapan tuap (sling) supaya tidak bergerak.


ii) Menetapkan pembebatan yang dilakukan.
iii) Mengampu bahagian yang cedera.
iv) Membantu menghentikan pendarahan.
v) Mengurangkan bengkak.

Gambar 2.7: Pembebatan dan Pembalut

Jenis Kain Pembalut

 Pembalut Tiga Segi


 Pembalut Lebar
 Pembalut Kecil

xlvii
Gambar 2.8: Jenis-jenis Kain Pembalut

 Pembalut Gulung

Kain anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting di dalam pertolongan
cemas kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan. Kain anduh yang baik
berukuran 1 meter x 1.4 meter.

Antara kegunaan kain anduh ialah:-


a) Mengampu bahagian yang cedera atau patah.
b) Menghenti atau menahan pendarahan.
c) Menetapkan bahagian yang cedera.
d) Dapat digunakan sebagai pengipas.
e) Menutup tempat yang luka atau cedera.
f) Sebagai pengelap atau karung tuaman sejuk.

AMALI IKATAN, BALUTAN & ANDUH


Prosedur

1. Anda di kehendaki membuat amali jenis-jenis


balutan Luka. Laporan amali perlu mengandungi
11 jenis balutan luka.

2. Hantar laporan amali bertulis kepada pensyarah

Jenis Balutan Luka

 Balutan Luka Tangan

xlviii
1

2 3 4

 Balutan Luka Tangan

 Balutan Luka Tangan

1 2

3 4

 Balutan Luka Dada

xlix
 Balutan Luka Dada

 Luka di bahagian belakang

 Balutan Luka Bahu

2 3

 Balutan Luka Peha

l
1

 Balutan Luka Siku

1 2

 Balutan Luka Lutut

1 2 3

 Balutan Luka Lengan

1 2

 Balutan Luka Jari

li
2

Refleksi

Berdasarkan bacaan dan kefahaman anda terhadap peraturan didalam


bengkel masakan dan jahitan, bincangkan dengan rakan-rakan kelas
anda, sejauh manakah peraturan ini mampu menangani kemalangan di
dalam bengkel. Berikan contoh-contoh yang sesuai dalam
perbincangan anda.
RUMUSAN

PENILAIAN FORMATIF

1. Huraikan tiga elemen kebakaran.


2. Bincangkan punca kebakaran yang selalu berlaku di tempat kerja
3. Jika berlaku kebakaran, apakah tindakan awal yang perlu dilakukan?
4. Bagaimana menggunakan peralatan pemadam api? Terangkan langkah-
langkahnya
5. Terangkan secara ringkas luka terbakar tahap 2 (second degree burn)
6. Sekiranya, bantuan Kit pertolongan cemas tiada ketika berlaku kemalangan,
apa tindakan anda yang sewajarnya?

lii
UNIT 3 PRINSIP SANITASI MASAKAN

Hasil Pembelajaran Unit

Pada akhir unit pelajar dapat :


1. Mengenalpasti kepentingan menjaga kebersihan diri dalam bidang
penyediaan makanan.

2. Menerangkan kepentingan amalan sanitasi yang baik dalam


pengendalian dan penyediaan makanan.. / Menerangkan kepentingan
Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP)

3. Mengenal pasti punca pencemaran makanan dan pencemaran silang

Sinopsis

Unit ini menerangkan tentang prinsip sanitasi masakan dari aspek pengurusan diri,
kebersihan dalam penyediaan makanan dan pencemaran makanan.

3.0 Pengenalan
Pengendali-pengendali makanan hendaklah menjaga kebersihan diri pada tahap
yang tinggi dan di mana sesuai memakai pakaian pelindung yang bersih, memakai
penutup kepala, sarung tangan dan kasut bertutup. Sekiranya terdapat luka,
hendaklah dibalut dengan pembalut kalis air yang sesuai, terutama bagi pekerja
yang dibenarkan untuk meneruskan pengendalian keatas makanan.
Semua pengendali makanan mesti membasuh tangan secara betul dengan
menggunakan sabun dan air yang bersih semasa:

i. pada permulaan aktiviti-aktiviti pengendalian makanan


ii. sebaik sahaja selepas menggunakan tandas
iii. selepas mengendalikan makanan mentah atau bahan yang tercemar dan lain-
lain
liii
3.1 Kepentingan Menjaga Kebersihan Diri dalam Bidang Penyediaan Makanan
Amalan penjagaan kebersihan diri sangat penting supaya badan sentiasa dalam
keadaan bersih dan segar. Menjaga kesihatan pada bahagian-bahagian badan, kulit,
dan rambut perlu dijadikan tabiat harian. Jika diabaikan akan menimbulkan kesan
negatif seperti bau badan, bau nafas dan masalah kulit. Keadaan ini boleh
menjejaskan pergaulan anda dengan orang lain dan mengganggu keselesaan diri
sendiri.

3.2 Kepentingan Amalan Sanitasi yang Baik dalam Pengendalian dan


Penyediaan Makanan

Menerangkan kepentingan amalan sanitasi yang baik dalam pengendalian dan


penyediaan makanan.

Aspek kebersihan dalam pengendalian makanan merangkumi:

a ) Pengendali makanan.

Siapakah itu pengendali


makanan?

Pengendali makanan adalah


semua orang yang terlibat
dengan penyediaan makanan
daripada mula hinggalah
makanan itu diambil atau
dimakan. Ia adalah mana-mana
individu yang terlibat dalam
penyediaan, penyajian dan juga
penjualan makanan

liv
b ) Bahan Mentah.

c ) Peralatan yang digunakan.

d ) Persekitaran seperti dapur dan tempat menyediakan makanan.

lv
.

AKTIVITI: 3.1

Hasilkan sebuah peta konsep i-Think berasaskan kefahaman


anda terhadap Amalan Kebersihan yang perlu di amalkan
semasa mengendalikan makanan

AKTIVITI: 1

3.2 Kepentingan amalan sanitasi yang baik dalam pengendalian dan


penyediaan makanan / Kepentingan Hazard Analysis Critical Control Point
(HACCP)

Analisis Bahaya dan titik kawalan kritikal atau HACCP adalah satu pendekatan yang
sistematik pencegahan untuk keselamatan makanan dan biologi, kimia, dan fizikal
kepada proses pengeluaran yang boleh menyebabkan produk siap tidak selamat ,
dan reka bentuk ukuran untuk mengurangkan risiko ini ke tahap yang selamat.
Dengan cara ini , HACCP disebut sebagai pencegahan bahaya dan bukan
pemeriksaan produk siap . Sistem HACCP boleh digunakan di semua peringkat
rantaian makanan, pengeluaran makanan dan proses penyediaan termasuk

lvi
pembungkusan , pengedaran, dan lain-lain.Berikut Adalah perkara yang harus
dingatkan semasa memulakan sistem HACCP :

Mengenalpasti bahaya dan risiko

Menentukan titik kawalan kritikal

Memulakan langkah-langkah kawalan dan mewujudkan


criteria untuk memastikan kawalan

Mengawal dan merekod titik kawalan kritikal

Menjaga setiap kali keputusan pemantauan

Mengesahkan bahawa system ini berfungsi seperti yang


dirancang.

Rajah 3.1: HACCP

3.3 Punca Pencemaran Makanan dan Pencemaran Silang

Apa itu pencemaran makanan?

Makanan mentah dan makanan dimasak mudah rosak disebabkan oleh tindakan
organisma perosak makanan, atau keadaan di dalam persekitaran. Makanan yang
tercemar dan penyedia makanan adalah sumber utama transmisi mikroorganisma
kepada manusia. Makanan yang tidak selamat dimakan mengandungi bahan
pathogen yang menyebabkan penyakit pada manusia.

Sebahagian bacteria dan kulat boleh tumbuh dan menghasilkan toksin dalam
makanan jika tidak dikendali dengan sempurna. Toksin ialah racun yang dihasilkan
oleh mikroorganisma. Mikroorganisma yang mengeluarkan toksin dan
menyebabkan

lvii
makanan tercemar termasuk Staphylococcus aureus, Clostridium botulinum,
Clostridium perfringens, dan kulat. Makanan yang tercemar akan berubah rupa,
rasa, bau, dan tekstur. Keracunan makanan adalah disebabkan oleh makanan yang
telah tercemar. Keracunan menyebabkan cirit-birit, muntah, dan kemungkinan
kematian. Kesan keracunan dapat dirasai selepas 1 hingga 30 jam memakan
makanan yang tercemar

Apa itu pencemaran silang atau “Cross Contamination” ?

Ia merupakan pergerakan fizikal atau pemindahan bakteria berbahaya dari satu orang, objek
atau tempat ke tempat lainnya. Ia berlaku apabila jus dari daging mentah atau kuman dari
objek kotor menyentuh pada makanan yang siap dimasak atau makanan yang siap untuk
dimakan. Mencegah pencemaran silang adalah faktor utama dalam mencegah penyakit
bawaan makanan dengan mencegah penyebaran bakteria.

Mengenal pasti punca pencemaran makanan dan pencemaran silang.

1. Mikro organisma :

 Bakteria

Klasifikasi Cara pembiakan Tempat Makanan yang Keperluan pembiakan


pembiakan mudah dicemari
Mengikut Melalui binary Dalam air,  Sup, daging, Memerlukan nutrient,
bentuk : bulat, fusion : sel tanah, nasi dan telur kelembapan, suhu,
rod, berpilin. akan udara, badan pH, udara, dan masa
membahagi manusia an untuk membiak.
kepada dua haiwan
lviii
dan
seterusnya

Rajah 3.2: Cara Pembiakan Mikro organisma

 Kulat

Pencemaran kulat  Tumbuhan yang dicemari : bijirin, kekacang dan


kentang.
 Cladosportium yang berwarna hijau mencemari
daging.
Keperluan  Bergantung kepada bahan organik yang kaya
pembiakan dengan tenaga bagi
mendaparkan nutrien.
 Memerlukan makanan, oksigen, air, suhu dan
pH.
 Hidup dengan baik dalam medium berasid.

Rajah 3.3: Cara Pembiakan Kulat

2. Haiwan dan serangga perosak

 mencemari makanan melalui najis dan air liur.

lix
Rajah 3.4: Contoh haiwan dan serangga perosak

3. Tindak balas enzim


 menyebabkan makanan cepat masak.
 buah-buahan akan jadi kuning atau perang dan cepat rosak.

Rajah 3.5: Tindak balas enzim terhadap buah betik

4. Perubahan fizikal

 perubahan warna, rasa, bau, rupa, dan tekstur


 berlaku apabila makanan berkaleng atau berpek melepasi tarikh luput atau berlaku
kerosakan pada pembungkus.
 makanan segar : ikan akan mempunyai mata yang merah, insang pucat dan bau
busuk.
 sayur dan buah : layu, kecut, dan busuk jika disimpan terlalu lama.

lx
Rajah 3.6: Ikan yang telah tercemar/ rosak

5. Benda asing boleh memasuki makanan semasa proses menyedia, memasak,


menyaji, dan menyimpan. Contoh, rambut, pasir, batu, dan sebagainya.

Amali
Prosedur

Anda di kehendaki menyediakan kajian perpustakaan berkaitan tajuk-tajuk di bawah :


Konsep Asas Kebersihan Makanan Dan Penyakit Bawaan Makanan (2 Jam)

1. Definasi dan Terma-terma


- Kebersihan Makanan
- Keracunan Makanan
- Penyakit Bawaan Makanan
- Hazad Makanan
- Analisis Hazad
- Makanan BerisikoTinggi
- Pencemaran Makanan
- Infeksi
- Intoksifikasi
- Infestasi

lxi
2. Jenis & Ciri-ciri Penyakit Bawaan Makanan
- Keracunan Makanan
- bakteria
- salmonella
- staphylococcus aureus
- clostridium species
- bacillus cereus
- racun semulajadi

- ciguatera poisoning
- tumbuhan

Refleksi:

Berdasarkan bacaan dan kefahaman anda terhadap HACCP,


bagaimana anda mempraktikkan bagi menangani
keselamatan makanan

PENILAIAN FORMATIF

PENILAIAN FORMATIF

1. Terangkan maksud sanitasi.


2. Huraikan aspek kebersihan dalam pengendalian makanan
3. Terangkan secara ringkas mengenai HACCP
4. Bincangkan punca pencemaran makanan yang berlaku atas sebab faktor-faktor ?
5. Bagaimana untuk mencegah pencemaran makanan?

lxii
UNIT 4 Asas Pemakanan Seimbang

Hasil Pembelajaran Unit

Pada akhir unit pelajar dapat :


1. Menganalisis Pemakanan seimbang berdasarkan piramid makanan
2. Mengenalpasti jenis makanan rapu (Junk food)

Sinopsis

Unit ini akan menganalisis pemakanan seimbang berdasarkan pyramid makanan.

4.0 Pengenalan

Makanan adalah keperluan asas semua benda hidup. Kita harus bersyurkur kepada
Tuhan kerana kita dibekalkan makanan yang mencukupi setiap hari. Terdapat
pelbagai jenis makanan. Makanan-makanan ini dibahagi kepada 2 kategori utama,
iaitu makanan yang berkhasiat dan makanan yang tidak berkhasiat. Makanan yang
berkhasiat ialah makanan yang membantu tumbesaran tubuh badan, kaya dengan
zat galian dan vitamin. Ia juga menguatkan imuniti tubuh badan, membantu
pembinaan dan penggantian sel-sel tubuh badan, membantu mencegah pelbagai
penyakit yang berbahaya. Makanan ini boleh dimakan setiap hari bagi menjaga
kesihatan tubuh badan.

lxiii
Jenis Makanan Contoh

Makanan yang berkhasiat ialah seperti


nasi, roti, bijirin dan oat yang kaya dengan
karbohidrat, ia membekalkan kalori yang
tinggi untuk membina tenaga sel. Selain
itu buah-buahan dan sayur-sayuran yang
kaya dengan pelbagai vitamin, zat galian
dan serat yang tinggi. Ia amat penting
untuk proses penghadaman. Minuman
seperti susu membekalkan kita protein dan
kalsium. Permakanan yang betul harus
diamalkan selalu terutamanya kanak-
kanak. Ibu bapa yang prihatin harus
memilih makanan yang berkhasiat dan
seimbang untuk si manja agar mereka
membesar dengan kuat dan sihat.

2. Makanan yang tidak berkhasiat


ialah makanan rapu seperti gula-gula,
aiskrim, coklat, koropok, humbuger, pizza,
kentang goreng, minuman dalam tin yang
manis, mi segera dan sebagainya. Ini
kerana makanan ini mengandungi
kandungan gula dan garam yang tinggi,
lemak yang berlebihan, pewarna dan
perasa yang tinggi. Makanan-makanan ini
boleh menjejaskan kesihatan. Contohnya
kanak-kanak selalu sakit gigi kerana
banyak makan makanan manis seperti
gula-gula, aiskrim dan coklat. Ada kanak-
kanak yang selalu batuk kerana suka
makan snek seperti keropok dan kentang
goreng. Ada kanak-kanak menghidap
penyakit obesiti(berat badan terlalu tinggi),
kencing manis dan darah tinggi juga,
kerana mereka sering makan pizza,
humbeger, ayam goreng, minuman yang
bergas dan mi segera. Semua makanan
ini sangat sedap dirasa, tetapi jika diambil
berlebihan akan membawa akibat yang
teruk.

Jadual 4.1 : Jenis makanan

lxiv
4.1 Apakah Piramid Makanan?

Piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk merancang
pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita
setiap hari . Piramid Makanan juga digunakan sebagai panduan dalam penyediaan
makanan sihat. Pengambilan makanan yang sihat dapat memastikan bahawa tubuh
badan dan otak kita dapat menerima semua nutrien yang mencukupi bagi
membolehkan ianya berfungsi dengan baik. Pengambilan makanan perlu
dipelbagaikan kerana tiada satu makanan yang boleh membekalkan kesemua
nutrien yang diperlukan oleh badan.

Rajah 4.1 : Piramid Makanan

lxv
4.3 Berapakah kumpulan makanan terdapat dalam Piramid Makanan?

ARAS 1

Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan


karbohidrat kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini
juga membekalkan vitamin, mineral, serat dan sedikit protein. Setiap hidangan
makanan daripada kumpulan ini perlu diambil paling banyak. Contoh makanan bagi
kumpulan ini adalah nasi, bubur, roti, mi, mihun, biskut, pasta, bijirin sarapan, capati,
thosai, ubi keledek, keladi dan kentang.

ARAS 2

Aras 2 Piramid Makanan mengandungi makanan yang kaya dengan vitamin, mineral
dan serat. Makanlah makanan di aras ini dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di
dalam setiap hidangan. Contoh makanan bagi kumpulan ini ialah sayur-sayuran
hijau dan buah-buahan.

ARAS 3
Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini
kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging
rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam.
Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah
lemak dan kaya dengan serat. Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya
seperti tauhu dan tempe, kacang dhal dan kacang merah.

Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Contoh hasil tenusu ialah
susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya
diperkaya dengan vitamin D. Pilihlah hasil tenusu rendah lemak.

lxvi
ARAS 4

Lemak, minyak, coklat, gula dan juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak
di Aras 4 Piramid. Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada
kumpulan ini yang perlu dimakan.

AKTIVITI: 4.1

Bincangkan cara pengambilan diet seimbang mengikut sajian

4.4 Makanan Rapu

Makanan segera dan makanan ringan boleh dikategorikan sebagai makanan


kurang berkhasiat yang memudaratkan kerana ia mengandungi karbohidrat jenis
biasa, lemak tepu dan garam pada kadar yang tinggi, di samping rendah atau
tiada langsung bahan serat, protein, vitamin dan zat-zat logam di dalamnya
(Ask The Dietitian-‘Junk Food,’ Joanne Larsen (MS RD LD), 1996, di
dietition.com).

Makanan rapu biasanya mengandungi kadar mononatrium glutamate (MSG),


bahan pengawet, pewarna, perasa, garam dan gula yang tinggi bagi
mengekalkan kesedapan dan kesegaran.

Namun, semua bahan yang digunakan ni telah dikenalpasti sebagai antara


punca utama kepada masalah kesihatan seperti obesiti (kegemukan), kerosakan
gigi, kanser dan jantung berlubang.
Peningkatan mendadak penyakit-penyakit kronik juga berlaku apabila makanan
rapu ni telah diberikan seawal usia bayi lagi.

lxvii
AKTIVITI: 4.2

AKTIVITI: 4.2

Senaraikan peralatan dan bahan yang sepatutnya ada


di dalam Peti pertolongan cemas. kemalangan di ruang kerja.

AKTIVITI: 4.3

Bincangkan Jenis-jenis makanan rapu yang di jual di kantin sekolah anda.

4.5 Kesan Buruk Pengambilan Makanan Rapu Kepada Kesihatan &


Kehidupan

 Makanan Ringan & Darah Tinggi

Para pengkaji dari Pusat Pendidikan Pacific Health di Bakersfield California, dan
Prevention Concepts, Inc. di Los Angeles, pernah menjalankan satu kajian yang
melibatkan 200 orang pelajar sekolah. Hasil kajian tersebut mendapati 8/10 pelajar-
pelajar berkenaan mengambil lebihan lemak tepu melalui makanan ringan.
Ujian makmal menunjukkan 1/3 daripada mereka mengandungi kadar kolestrol di
dalam darah yang tinggi dan 10% daripada mereka menghidap penyakit darah
tinggi. Kajian jelas menunjukkan lebihan lemak tepu yang terdapat di dalam
makanan ringan akihirnya menyempitkan pembuluh darah dan menjadi penyebab
kepada penyakit darah tinggi terutamanya apabila umur seseorang telah meningkat.

 Makanan Ringan & Asma (Lelah)

Di dalam kajian lain, ahli-ahli sains dari Scotland dan Saudi Arabia mendapati
makanan ringan merupakan penyebab utama berlakunya peningkatan penyakit
alahan dan asma di kalangan kanak-kanak. Kajian ini melibatkan 100 kanak-kanak
yang mempunyai gejala penyakit asma dan 200 kanak-kanak lain yang tidak

lxviii
menghidapnya mendapati, mereka kurang mengambil sayur-sayuran, Vitamin E, zat-
zat logam dan susu lebih mudah diserang penyakit ini.

 Makanan Ringan & Sakit Jantung

CNN.com.health bertarikh 14 Mac 2000 melaporkan, makanan ringan meningkatkan


risiko remaja menghidap jantung. Ia berpunca daripada lebihan lemak tepu dan
kolestrol yang terdapat di dalam makanan ringan pada hari ini.

 Makanan Ringan & Kesan Pada Otak

Makanan ringan juga merosakkan fungsi otak.Ini disebabkan otak


memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik sedangkan lebihan lemak
menganggu perasan glukosa tersebut. Makanan ringan yang mengandungi
kadar lemak dan protein yang tinngi dan karbohidrat yang rendah pastinya
bukan makanan yang sesuai untuk otak manusia

 Makanan Ringan & Buta

Golongan yang suka mengambil makanan ringan yang tinggi kandungan lemak
didapati menghadapi risiko yang sangat tinggi mendapat masalah buta apabila
berusia 55 tahun kelak. Penyakit yang dikenali sebagai Macular Degeneration yang
sering menyerang para perokok, kini mula menyerang penggemar makanan ringan.

 Makanan Ringan & Masalah Sosial (Keganasan)

Kajian daripada Universiti Oxford, England mendapati makanan ringan juga menjadi
punca peningkatan keganasan dalam masyarakat. Peningkatan ini semakin ketara
sejak 50 tahun kebelakangan ini. Perkara ini mungkin disebabkan kekurangan zat-
zat tertentu terutamanya Omega-3, sekiranya seseorang banyak mengambil
makanan ringan. Omega-3 sangat membantu dalam pengawalan emosi seseorang.

 Makanan Ringan & Obesiti

Makanan ringan atau makanan segera memang dipenuhi dengan bahan aditif dan
juga gula, garam serta lemak yang tinggi. Timbunan segala macam bahan-bahan
ini di dalam tubuh turut menjadi punca utama masalah obesiti (kegemukan).
lxix
Obesiti yang tidak dibendung akan memudaratkan kesihatan yang mana boleh
menganggu fungsi organ dalaman tubuh kerana dipenuhi lemak yang tidak perlu.
Obesiti juga menjadi salah satu punca utama penyakit kronik seperti jantung, strok,
dan memendekkan jangka hayat pengidapnya.

Refleksi

Berdasarkan bacaan dan kefahaman anda terhadap makanan rapu apakah cadangan
anda kepada pihak sekolah untuk menangani masalah makanan rapu di kantin sekolah

Penilaian Formatif
1. Mengapakan pemakanan seimbang penting dalam pengambilan diet harian?
2. Obesiti dikaitkan dengan pengambilan makanan rapu, sejauhmana kah
kenyataan ini benar. Bincangkan.
3. Apakah kesan yang akan terjadi kepada organ-organ dalaman badan
sekiranya mengambil makanan rapu secara berlebihan?

lxx
UNIT 5 PENYEDIAAN SAJIAN

Hasil Pembelajaran Unit

Pada akhir unit pelajar dapat :


1. Menyediakan amali masakan hidangan sepinggan lengkap mengikut jenis
sajian
2. Menyediakan tata sajian mengikut jenis sajian
3. Mempraktikan etiket di meja makan yang betul

Sinopsis
Unit ini mengandungi tiga amali iaitu menyediakan hidangan sepinggan lengkap, tata
sajian dan etiket yang betul di meja makan.

Amali 1
Objektif : Menyediakan hidangan sepnggan lengkap

Prosedur

1) Anda dikehendaki menyediakan salah satu hidangan sepinggan lengkap


berserta minuman (sejuk dan panas) seperti jenis sajian berikut :
i. Masakan melayu
ii. Masak barat
iii. Masakan cina
iv. Masakan india

2) Sediakan laporan bertulis mengandungi :


i. Resepi
ii. Kertas perancangan masakan
iii. Pengiraan kos

3) Hantar laporan bertulis kepada pensyarah

lxxi
Amali 2
Objektif : Menyediakan tata sajian

Prosedur

1) Anda dikehendaki menyediakan salah satu tata sajian seperti berikut :


i. Masakan melayu
ii. Masak barat
iii. Masakan cina
iv. Masakan india

2) Sediakan laporan bertulis mengandungi :


i. Peranggu meja
ii. Cara menghidang
iii. Lipatan napkin
iv. Gubahan bunga meja
v. Menghias dan membungkus makanan

3) Hantar laporan bertulis kepada pensyarah

Amali 3
Objektif : Mempraktikkan etiket di meja makan

Prosedur

1) Anda dikehendaki mempraktikkan etiket yang betul di meja makan

2) Anda dikehendaki menyediakan laporan bergambar berserta caption.

3) Hantar laporan kepada pensyarah

lxxii
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

A. Media Digunakan
i. Facebook Live/Whatsapp/Instagram
ii. Masa 3 jam.
Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi satu sesi.

B. Tajuk Penyediaan Sajian

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran


 Jenis sajian
- Sarapan
- Minum Petang
- Makanan mudah
- Makanan bekal
- Sajian kumpulan tertentu
- Cookies

 Tata sajian
- Peranggu meja
- Cara menghidang
- Lipatan napkin
- Gubahan bunga meja
- Menghias dan membungkus makanan

 Etiket di meja makan


 Pengiraan kos

D. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:


i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.

lxxiii
UNIT 6 BAHAN DAN ALATAN JAHITAN

Hasil Pembelajaran Unit

Pada akhir unit pelajar dapat :


1. Menghuraikan ciri-ciri setiap gentian fabrik asli dan buatan
2. Mengenalpasti Alatan Jahitan dan mesin jahit serta fungsinya

3. Mengendalikan mesin jahit

Sinopsis
Unit ini menghuraikan ciri-ciri setiap gentian fabrik asli dan buatan. Amali dijalankan
bagi mengenalpasti Alatan Jahitan dan mesin jahit serta fungsinya serta
mengendalikan mesin jahit.

6.1 Pengenalan

Kajian fabrik adalah bidang yang memfokuskan pengenalan jenis fabrik, jenis
gentian dan ciri gentian sesuatu fabrik. Dua jenis gentian utama iaitu gentian
asli (tumbuhan dan haiwan) dan buatan (sintetik dan selulosa terjana semula).
Contoh fabrik gentian asli ialah kapas , linen , sutera dan benang sayat ; contoh
fabrik buatan adalah seperti nilon/poliamida, poliester, rayon dan asetat/
triasetat.
Kekukuhan, keselesaan, penyerapan lembapan, kekonduksian haba ,
kekenyaalan dan ketahanan adalah ciri penting bagi setiap jenis gentian.

- Gentian serabut serat dan filamen daripada bahan aslidan


buatan yang dijadikan yarn (benang) untuk menghasilkan fabrik(kain)

lxxiv
6.1 Kajian Fabrik

Kajian
Fabrik

Jenis Gentian Ciri gentian


Klasifikasi
 Asli - kapas,  Kekukuhan
 Asli linen, sutera,  Penyerapan
 Buatan benang sayat lembapan
 Buatan- nilon,  Keselesaan
poliester, rayon  Kekonduksian
dan asetat haba
 Kekenyalan
 Ketahanan suhu
dan cahaya

Rajah 6.1: Kajian Fabrik

6.2 Klasifikasi Fabrik

Gentian boleh diklasifikasi kepada dua kumpulan

SUMBER
GENTIAN

Gentian
Gentian Asli
Buatan

Haiwan(Protein) Tumbuhan(Selulosa) Sintetik Terjana Semula

Getah

Asas Asas
Mineral Logam Petroleum

Rajah 6.2 : Sumber Gentian

lxxv
Sumber Gentian Asli

Jenis Gentian Nama Gentian Sumber


Selulosa Kapas Buah kapas dari pokok kapas
Linen Serat pokok flaks
Jut Serat batang jut
Rami Serat batang rami
Hemp Manila hemp atau batang abaca
Protein Sutera Ulat Sutera
Bulu Biri-biri Sayat kambing biri-biri, Kambing
Kashmir, Arnab Angora, Vicuna,
Kambing Angora
Mineral Asbestos Ketulan batu silicate of magnesium dan
kalsium
Getah Elastomer Susu daripada pokok getah

Jadual 6.1: Jenis Gentian

Gentian Selulosa

Kapas

Gambar 6.1 Kapas

Fabrik kapas
 Gentian kapas adalah gentian yang popular dan digunakan untuk
menghasilkan berbagai artikel rumahtangga dan pakaian. Gentian kapas
boleh diperolehi daripada buah kapas.
lxxvi
 Negara yang banyak mengeluarkan kapas ialah Amerika Syarikat,
Rusia, India , Jepun, dan Britain.
 Buah kapas yang masak akan merekah dan kembang sebelum dipetik
dengan tangan atau mesin pemetik .
 Gentian kapas boleh dicampur dengan gentian yang lain seperti gentian
buatan manusia untuk menghasilkan fabrik kapas campuran.

AKTIVITI: 6.1

Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.

 Fabrik kapas boleh dibahagi kepada tiga jenis seperti jadual di bawah;

Jenis Fabrik Kapas Nama Fabrik Kegunaan

Kapas Nipis

Kapas Sederhana Tebal

Kapas Tebal

lxxvii
1. Proses penghasilan kain kapas:

a. Buah-buah kapas dimasukkan ke dalam mesin yang akan


mengasingkan gentian kapas daripada biji-biji dan
kekotorannya.
b. Gentian kapas akan melalui proses menerusi memesin.
Gentian- gentian disisir, dihaluskan, dan dipintal menjadi yarn
yang lembut.
c. Yarn kemudian dipintal menjadi benang yang halus.
d. Benang-benang kapas ditenun menjadi kain atau dijadikan
sebagai benang jahitan.

Bunga Kapas Mesin penenun Mesin pengulungan Pintalan Buku


Benang

Ciri-ciri gentian kapas:

Ciri Estestik Ciri Kekukuhan Keselesaan Rupa


 Permukaan • Teguh dan • Pengalir haba • Mudah
yang pudar menjadi lebih yang baik, renyuk jika
akan lebih teguh apabila selesa dipakai tidak diberi
menarik basah dalam kemasan
sekiranya • Gentian tahan cuaca/musim khas
diberi lasak, fabrik panas • Mengecut
kemasan boleh diberus • Menyerap semasa
khas seperti semasa lembapan cucian
digerus dan mendobi pertama
merserais • Ia tidak mudah kecuali diberi
 Mudah rosak oleh kemasan
menyerap tindakan alkali khas.
warna atau peluntur
jika didobi
dengan cara
yang betul

lxxviii
Kebaikan fabrik kapas Kelemahan fabrik kapas
a. Mudah menyerap pencelup a. Mudah kotor kerana ia licin
dan boleh diberi kemasan kecuali jika diberi kemasan
khas khas
b. Teguh dan menjadi lebih b. Mudah renyuk jika tidak
teguh apabila diberi kemasan diberi kemasan khas
khas c. Mudah mengecut
c. Gentian tahan lasak, boleh d. Mudah terbakar
diberus semasa mendobi e. Mudah bertahi lalat
d. Tidak mudah rosak oleh
tindakan alkali dan peluntur
jika didobi dengan cara yang
betul
e. Mudah menyerap lembapan
f. Selesa dipakai dalam cuaca
yang panas
g. Lembut dan selesa dipakai

Jadual 6.2: Ciri Gentian kapas

Layari laman web : http://cotton Wikipedia, the free encyclopedia untuk


mendapatkan maklumat tambahan sejarah gentian cotton.

lxxix
b. Fabrik Linen

Pengenalan

Tahukah anda rupa pokok fleks ?

1. Linen dibuat daripada gentian batang pokok fleks.


2. Batang fleks diikat dan direndam sehingga kayunya reput dan
meninggalkan gentian-gentian fleks.
3. Gentian-gentian fleks disikat, diluruskan, dan dipintal menjadi benang
serta ditenun menjadi kain.

Ciri-ciri fabrik linen:

1. Berasa kasar dan gebu


2. Menyala dengan api berwarna kuning apabila dibakar dan
menghasilkan bau seperti kertas terbakar
3. Lebih kukuh daripada fabrik kapas
4. Permukaannya sedikit berkilat
5. Pengalir haba yang baik

lxxx
1. Tahan haba tinggi, boleh direbus dan diseterika dalam suhu panas.

Struktur gentian linen yang dilihat melalui mikroskop

Bulat , bentuk permukaan keratan rentas gentian


adalah poligonal menyebabkan gentian berkilau ,
kelihatan berbonggol seperti batang buluh

Gentian fleks yang belum diproses

Kebaikan fabrik linen Kelemahan fabrik linen


a. Tahan lasak dan didobi a. Harga mahal
b. Selesa dan sejuk apabila dipakai b. Mudah bertahi lalat
dalam cuaca panas c. Mudah berbulu dan
c. Larutan soda dan asid yang lemah renyuk
tidak meninggalkan kesan

2. Haiwan

GENTIAN HAIWAN

BENANG SUTERA
SAYAT

KULIT BULU

lxxxi
Fabrik Sutera ( Ulat sutera )

1. Fabrik sutera didapati daripada kepompong


kupu-kupu Bombyx Mori
2. Larva akan memakan daun mulberi dan mengeluarkan cecair sutera
yang dipanggil spineret dan terbentuklah kukun apabila cukup besar.
3. Kukun dipanaskan untuk membunuh kepompong dan mencairkan
serikin (game).
4. Hujung filamen daripada kukun digulung dalam bentuk gelung yang
dipanggil sutera mentah.
5. Benang sutera kemudian ditenun menjadi kain sutera yang bermutu
tinggi.

Ciri-ciri fabrik sutera:

1. Cantik, bercahaya, dan licin


2. Berasa halus dan lembut apabila dipegang
3. Filamen sutera kelihatan seperti rod kaca di bawah mikroskop
4. Mengandungi protein fibroin

Fabrik benng sayat ( Bulu biri-biri )

Berbentuk sisik , (korteks ) terdiri


daripada sel ( kuitikel ) , Ia
memberi kekukuhan dan
kekenyalan kepada gentian .

1. Fabrik benang sayat diperoleh daripada bulu haiwan seperti bulu


kambing biri- biri, unta, dan arnab.
2. Bulu akan dibersih, dibilas, dan dikeringkan
3. Bulu biri-biri disikat untuk menjadi gentian yang halus

lxxxii
1. Gentian bulu yang panjang ditenun menjadi fabrik bulu biri yang licin dan
bermutu tinggi.
2. Gentian yang pendek dipintal longgar untuk dijadikan benang bulu yang
halus.
3. Biri-biri jenis Merino dapat menghasilkan bulu yang bermutu tinggi dan
gentian yang halus serta panjang.

AKTIVITI: 6.2

Huraikan ciri-ciri fabrik benang sayat/ bulu biri-biri

GENTIAN BUATAN

1. Fabrik buatan ialah gentian selulosa terjana semula yang diperoleh daripada
campuran bahan mentah, iaitu palpa kayu atau kapas dan dicampurkan
dengan bahan kimia.
2. Pelbagai jenis fabrik buatan yang terdapat di pasaran adalah seperti poliester,
nilon,rayon dan asetat/triasetat.
3. Contoh fabrik gentian buatan adalah seperti berikut;
 Selulosa terjana semula
 Selulosa + alkali + soda kaustik ( viskos )
 Selulosa + asid asetik ( asetat )
 Selulosa + asetik anhidrida + metilena klorida ( triasetat )

 Sintetik
 Petroleum + etilena ( poliester )
 Arang batu + udara + air ( poliamida )
 Petroleum + ammonia + air ( akrilik )

lxxxiii
Fabrik Poliester

1. Bahan pembuatan fabrik poliester ialah petroleum.


2. Filamen poliester dibuat dalam kehalusan yang berbeza.
3. Gentian poliester mempunyai permukaan yang licin dan rata.
4. Ciri fizikal poliester seperti rod kaca dengan keratan rentas berbentuk bulat.
5. Fabrik poliester digunakan untuk menghasilkan pakaian seperti pakaian
dalam, blaus, kemeja, dan alat kelengkapan rumah tangga seperti cadar dan
sarung bantal.
6. Poliester menjadi cair dan mengecut dengan mengeluarkan bau yang harum
apabila dibakar api.

 Ciri-ciri poliester
Teguh, kekonduksian haba, menyerap kelembapan dan penebat haba yang
baik.

Kebaikan fabrik poliester Keburukan fabrik poliester

1. Tahan pada sinaran 1. Tidak selesa dipakai


cahaya matahari 2. Melekat pada tubuh
2. Tidak mudah renyuk 3. Lemah pada alkali
3. Tahan serangga 4. Sensitif pada haba
4. Tidak bertahi lalat

Fabrik Nilon/ Poliamida

1. Nilon dikenal juga sebagai gentian poliamida.


2. Nilon diperbuat daripada bahan arang batu, iaitu benzen atau femol oksigen,
nitrogen, dan hidrogen. Bahan-bahan ini dicampurkan untuk menghasilkan
bahan kimia dan dijadikan filamen fabrik nilon.

lxxxiv
Ciri-ciri fabrik nilon/ poliamida
1. Halus, nipis, dan kenyal
2. Kelihatan seperti batang bulat dan licin di bawah mikroskop
3. Mencair dan mengeluarkan manik- manik putih apabila dibakar dan api akan
terpadam dengan sendiri
4. Sangat kukuh semasa basah atau kering

Fabrik Rayon
Rayon diperbuat daripada selulosa sama ada daripada palpa kayu atau gentian
kapas. Ia lembut serta berkilat.rayon juga dikenali sebagai sutera tiruan.Selain
daripada itu rayon boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu rayon asetat dan rayon
viskos.
Ciri-ciri Rayon

1. Rupanya berkilat dan licin


2. Apabila dipegang ia berasa sejuk, lembut beranjal dan meluncur/sukar
dibentuk.
3. Apabila dipakai ia akan jatuh dengan baik
4. Pengalir haba yang baik dan menyerap air dengan cara sederhana
5. Senang dicelup warna dan warnanya tidak luntur
6. Tidak rosak bila terkena alkali tetapi asid dan peluntur akan melemahkannya,
jika pakaian rayon yang dibasuh dengannya tidak dibilas dengan betul.

Kebaikan fabrik rayon Keburukan fabrik rayon


1. Cantik danharganya 1. Kurang selesa bila dipakai pada
sederhana waktu panas
2. Tahan lasak dan boleh 2. Senang memberi terutamanya
dicuci dengan elok ketika basah
3. Tidak dimakan gegat dan 3. Mudah renyok dan lemah ketika
tidak bertahi lalat basah
4. Tiada kuasa elektrostatik 4. Mudah berbuku kerana benang
5. Mudah bercampur dengan licin
fabrik lain. 5. Mudah terbakar dan tidak tahan
haba panas

lxxxv
AKTIVITI: 6.3

Huraikan ciri-ciri gentian asli dari sumber tumbuhan

Amali – 2 Jam
1. Anda di kehendaki membuat amali jahitan diatas kertas menggunakan
mesin jahit . Contoh jahitan adalah seperti berikut :

i. 5 barisan jahitan lurus


ii. Lingkaran jahitan bulatan
iii. Jahitan zig zag
iv. Jahitan empat persegi tepat

2. Anda dikehendaki menghantar laporan amali beserta dengan kegunaan


alatan jahitan.

lxxxvi
UNIT 7 MEMBUAT ARTIKEL JAHITAN

Hasil Pembelajaran Unit


Pada akhir unit pelajar dapat :
1. Menghasilkan mana-mana satu artikel jahitan.

Sinopsis

Unit ini mengandungi tiga amali iaitu menyediakan pola untuk artikel jahitan,
menggunting dan menanda seterusnya menjahit artikel yang dipilih sehingga siap.

Amali 1.

Prosedur Amali

1. Memilih mana-mana satu artikel jahitan seperti berikut:.


- Penutup teko
- Sarung tangan ketuhar
- Sarung kotak tisu
- Sarung bekas minuman
- Sarung kusyen
- Bekas pencil
- Boneka / puppet

2. Menghasil kan pola


- Memasukkan tanda-tanda pola

lxxxvii
Penyelidikan : Penerokaan Pelbagai Media
Pemilihan jenis artikel boleh dibuat dengan mendalami kegunaan sesuatu
artikel yang sesuai bagi sekolah masing-masing

Carian perlu meliputi artikel yang telah disenaraikan atau


mana-mana artikel yang relevan. Anda boleh menggunakan
agen carian seperti Pinterest, laman web atau rujukan
artikel-artikel dari dalam dan luar negara

Amali 2
Prosedur Amali

1. Memilih Fabrik yang sesuai


2. Memindahkan tanda-tanda pola diatas fabrik
3. Menggunting
4. Menjahit tepi fabrik

Amali 3
Prosedur Amali

1. Menjahit artikel
2. Menghias
3. Menekan

lxxxviii
Refleksi
Berdasarkan Pengalaman anda di sekolah senaraikan artikel-
artikel yang sesuai di gunakan di dalam bengkel masakan dan
bengkel jahitan

Laporan Amali

Anda di kehendaki membuat laporan amali dan menyertakan artikel jahitan


bersama pola kepada pensyarah.

Pengajian Kurikulum : Sains Rumah Tangga (Menghasilkan artikel Jahitan) dalam


Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSR) Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

A.Media Digunakan
i. Facebook Live/Whatsapp/Instagram
ii. Masa 1 jam (Proses Jahitan) dan 3 jam (Pengajaran Mikro dan Makro : Sains Rumah
Tangga - RBT Sekolah Menengah).

B. Tajuk Pembelajaran:
i. Proses Jahitan
ii. Pengajaran Mikro dan Makro : Sains Rumah Tangga - RBT Sekolah Menengah

lxxxix
C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: (rujuk Agihan Tajuk, jika perlu rujuk Panel)
i. Hiasan dalam proses jahitan yang sesuai dengan dengan artikel yang di pilih.
ii. Menyediakan Rancangan Pengajaran yang berkaitan (DT)
iii. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) (DT)
- Bahan maujud dan bukan maujud
- BBM berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
iv. Penggunaan dan penyimpanan BBM (DT)

D. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:


i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.

xc
RUJUKAN:

Abdullah Hassan (1987). Isu-Isu Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa


Malaysia. Kuala Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Azizi Ahmad (2010). Pentaksiran Pembelajaran. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Gardner, S. (2010). A-Z KaedahMenjahit (Quiling). Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributor Sdn. Bhd.
Hasma Noor Basir (2008). Kekdanpuding. Kuala Lumpur: Utusan Publication
& Distributor Sdn. Bhd.
Mariam Abu Bakar (2013). Panduanmenjahitpakaian. Kuala Lumpur: Alaf 21
Sdn. Bhd.
Mohamad Sahari Nordin. (2002). Pengujian dan Penaksiran di Bilik Darjah.
Kuala Lumpur: Pusat Penyelidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Mokhtar Ismail (2009). Pentaksiran Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Mok Soon Sang (2010). Pedagogi Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran.
Selangor Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Riddle, R. & Scott, L. (2000). Exploring home economics. (4thedition).
Melbourne: Pearson Education Australia Pty. Limited.
Rosita Jaafar (2013). Sulamanbenang&manikLabuci. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributor Sdn. Bhd.
Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2010). Guru Dan
Cabaran Semasa. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd
Wilson, A. (2005). Creativity in primary education. Exeter: Learning Matters
Ltd
Wood, D. (2005). The practical encyclopedia of sewing. London:
AnnesPublishing Limited.
Zaidatul Hasnida Zakaria (2011). Cara mudahmemasak. Kuala Lumpur:
Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd.

xci
PANEL PENULIS MODUL PEMBELAJARAN

RBTS2013M PENDIDIKAN SAINS RUMAH TANGGA

NAMA KELAYAKAN

JAMILAH IDRIS Kelulusan:

Pensyarah Sijil Perguruan Asas Sains Rumah Tangga,


IPG Kampus Pendidikan Teknik Sijil Perguruan Khas Ekonomi Rumah Tangga,
Kompleks Pendidikan Nilai, Bandar Enstek Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
Negeri Sembilan Kemahiran Hidup,
Master Pendidikan Prasekolah

Pengalaman:
Panel Penggubal JSU PPISMP dan PISMP
Panel Penggubal RMK PISMP
Panel Pemurnian RMK PISM
Panel Pemurnian Modul PPG

ROSMAWATI BINTI MAMAT Kelulusan:

Pensyarah Diploma Pertanian


Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia,
IPG Kampus Pendidikan Teknik
Ijazah Pendidikan Sains Rumah Tangga
Kompleks Pendidikan Nilai, Bandar Enstek Master Sains Pentadbiran Pendidikan
Negeri Sembilan
Pengalaman:

Fasilitator Penggubalan RMK PDPLI-V


Fasilitator Pemurnian RMK PDPLI-V
Panel Penggubal RMK PISMP
Panel Pemurnian RMK PISMP
Panel Penggubal JSU PPISMP dan PISMP

xcii
SIMBOL PEMBELAJARAN

Sila gunakan simbol-simbol berikut bagi tujuan/ maksud seperti yang dinyatakan

Gunakan pita rakaman audio atau radio.

Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada


pensyarah dalam bentuk ‘soft copy’.

Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran).

Gunakan bahan-bahan multimedia.

Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan.

Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.

Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.

Senarai semak.

Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam


penyediaan modul.

Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting


dengan membuat ulasan.

Buatkan catatan atau nota-nota penting.

Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam


modul.

Senarai penerangan makna bagi sesuatu istilah.

Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD.


Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Rujukan surat khabar.

Panduan kepada pengguna.

Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat


sumber yang berdekatan.

Sediakan geraf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang


lebih jelas.

Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk
membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.

Anda mungkin juga menyukai