Anda di halaman 1dari 13

•Membuat Masakan

Solar
IKHTIAR •Membuat Masakan
HIDUP Rimba
•Membuat Perangkap
PENGENALAN IKHTIAR HIDUP
• Istilah inggeris- survival iaitu the will to live,to outlive,
state of continuing to live.
• Maka dalam pengertian bahasa melayu, ikhtiar hidup
merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk
terus hidup.
• Di dalam konteks kegiatan luar, ikhtiar hidup ialah usaha
atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu
supaya dia terus hidup ketika menghadapi ancaman.
Ikhtiar hidup bukan hanya berusaha untuk terus hidup
sahaja, namun berusaha untuk keluar dari keadaan tersebut.
Di dalam menjalankan aktiviti pengembaraan di hutan
sekiranya tersesat, ilmu iktiar hidup adalah perlu digunakan.
Ilmu ikhtar hidup perlu dipelajari disebabkan perkara-perkara
berikut:-
a) Sesat di dalam hutan atau terpisah dari kumpulan.
b) Rintangan cuaca yang tidak mengizinkan pulang
mengikut jadual.
c) Terselamat dalam nahas udara atau laut.
 Kawasan hutan tropika adalah kawasan yang
senang untuk ikhtiar hidup. Latihan untuk berikhtiar
hidup akan memberi pendedahan, pengetahuan dan
keyakinan untuk kita mengatasi keadaan berikhtiar
hidup jika keadaan memerlukan berbuat demikian.
 Dalam kontak pendidikan ikhtiar hidup diertikan
sebagai usaha yang harus dilakukan oleh seseorang
supaya boleh terus hidup ketika menghadapi
sesuatu ancaman atau masalah kehabisan bekalan
makanan
SITUASI IKHTIAR HIDUP.
1. Kehabisan bekalan makanan dan minuman.
2. Ancaman binatang.
3. Masalah perlindungan.
• Situasi ikhtiar hidup dapat dicegah daripada berlaku melalui
perancangan dan persiapan dengan teliti dan menyeluruh
sama ada dari segi
mental(pengetahuan),fizikal(kecergasan,stamina),
teknikal(kemahiran) dan material(peralatan, pakaian dan
bekalan).
PUNCA SITUASI IKHTIAR HIDUP

• Punca utama ialah kelalaian manusia itu sendiri


sama ada di peringkat perancangan,persiapan atau
pun di peringkat perlaksanaan aktiviti. Kurang
pengetahuan dan kemahiran adalah kelemahan
yang sepatutnya tidak berlaku jika ingin melakukan
aktiviti luar.
PRINSIP IKHTIAR HIDUP

• Keselamatan- keutamaan hendaklah diberikan


kepada soal keselamatan nyawa. Ini dapat dilakukan
dengan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-
perkara yang boleh membahayakan keselamatan.
Sebagai contoh, elakkan memakan tumbuh-tumbuhan
yang tidak diketahui sama ada boleh dimakan atau
tidak.Walaupun anda berasa sangat lapar. Masalah
ikhtiar hidup akan menjadi lebih rumit jika soal
keselamatan tidak diambil kira.
• Usaha – dalam stuasi ikhtiar hidup,pelbagai usaha
hendaklah dilakukan  dari semasa ke semasa
sebagai ikhtiar bagi mengatasi masalah yang sedang
dihadapi. Sikap berdiam diri dan berserah kepada
nasib semata-mata adalah satu sikap yang tidak
akan membantu. Jika suatu usaha itu gagal, maka
usaha yang lain hendaklah dilakukan asalkan tidak
menjejaskan keselamatan. Lebih banyak usaha yang
dilakukan maka lebih cerahlah peluang sesorang itu
mengatasi situasi ikhtiar hidup yang sedang
dihadapinya.
• Kawalan diri – dalam situasi ikhtiar hidup, kawalan
diri sangat penting dilakukan supaya segala
keputusan dan tindakan dapat memberikan hasil yang
positif. Tanpa kawalan diri, perasaan panik, hilang
perhitungan akan menyebabkan seseorang itu
bertindak terburu-buru. Keadaan ini sudah pasti akan
merumitkan lagi masalah yang dihadapi.
• Kerjasama – jika dalam kumpulan, kerjasama yang
erat dan berterusan amatlah penting supaya
kumpulan itu dapat mengatasi sesuatu masalah atau
kesulitan. Jika ahli kumpulan tidak sepakat, keadaan
akan bertambah rumit.
ALAT
• Sebagai salah satu persiapan bagi menghadapi
kemungkinan situasi ikhtiar hidup, maka alat tertentu perlulah
dibawa setiap kali mengadakan kegiatan luar sama ada di
darat atau air.
• Alat-alat tersebut hendaklah dibungkus dalam bungkusan
yang khusus dan kalis air. Saiz bungkusan hendaklah sekecil
mungkin supaya tidak banyak menggunakan ruang. Alat-alat
ikhtiar hidup itu terbahagi kepada 3 jenis iaitu
makanan,perubatan dan alat-alat kegunaan.
1.  Makanan
• Makanan ikhtiar hidup hendaklah dari jenis yang ringan
dan mudah dimasak serta mempunyai nilai kalori yang
tinggi. Kuantiti yang diperlukan kira-kira mencukupi bagi
keperluan selama 24 jam.
• Cadangan-2 keping coklat,2 bungkus sup segera,4 sudu
quaker oat, dan sebungkus garam 40gm.
2. Perubatan
• 5 pil anticirit-birit,1 pil antimalaria, 1 set alat khusus
patukan ular, 4 pil paracetamol/panadol/ponston,10 biji
antibiotic, ubat luka, ubat sapu antibiotic.
3.    Alat kegunaan
• Alat-alat kegunaan ini terdiri daripada alat-alat yang boleh membantu
usaha-usaha tertentu. Alat-alat ini hendaklah ringan dan bersaiz kecil.
• Antara alat-alat yang sesuai:-
2 utas tali pancing(tiap-tiap satu sepanjang 3 m)
3 bentu mata kail/mata pancing ukuran kecil
2 utas tali untuk membuat jerat (tiap-tiap satu sepanjang 3 m)
1 @2 batang lilin
1 kotak mancis api/1 pemetik api
1 cermin muka kecil (sebagai isyarat menarik perhatian)
Pisau/parang/pisau yang dibuat khusus untuk tujuan ikhtiar hidup
yang mengandungi alat tertentu yang diisikan dalam bahagian
hulunya.
• Lain-lain alat yang mungkin dibawa seperti
lastik,kompas kecil dll.
• Parang lebih berkesan berbanding pisau ,kerana
parang boleh berfungsi sebagai pisau tetati pisau
ntidak boleh berfungsi sebagai parang.
• Alat-alat makanan ikhtiar hidup hendaklah diganti
apabila sudah melebihi tempoh penggunannya. Jika
tidak, bahan tersebut boleh menyebabkan keracunan
makanan.

Anda mungkin juga menyukai