Anda di halaman 1dari 70

PAKK 3243

KESIHATAN KANAK-KANAK
(Kesejahteraan Kanak-kanak)

Ahli Kumpulan:

Khairunnisa
Kueh
Lui Vivian
Nurul Haziqah Hanis
Pavalla
Shirleen
PENJAGAAN ASPEK-ASPEK
KESIHATAN KANAK-KANAK
• Penjagaan Gigi
• Bau Badan
• Rambut
• Kuku
• Kulit
(A) Penjagaan Gigi
• Penjagaan kesihatan pergigian adalah
penting untuk mencegah kerosakan gigi dan
penyakit gusi di dalam kalangan kanak-
kanak.
• Kesihatan pergigian yang baik membolehkan
mereka mengunyah makanan dengan segera
dan bertutur dengan jelas.
• Amalan penjagaan kesihatan pergigian yang
baik merangkumi 3 langkah pencegahan
utama.
3 langkah untuk menjaga kesihatan gigi:
1. Penjagaan kebersihan gigi yang baik.
• Berus gigi setiap hari terutama selepas makan dan sebelum tidur malam. Guna ubat
gigi berfluorida untuk kanak-kanak semasa memberus gigi. Picitkan ubat gigi
sebesar biji kacang soya sahaja untuk anak yang berumur 2 tahun ke atas. Selia
atau bantu kanak-kanak memberus gigi.
• Berkumur-kumur dengan segera selepas makan atau minum jika tidak
berkesempatan memberus gigi.
• Jangan berkongsi berus gigi.
• Tukar berus gigi jika bulu berusnya mula kembang.
• Gunakan tuala lembab atau basah untuk membersihkan
mulut dan gusi bayi selepas setiap kali penyusuan.
• Berdiri atau duduk di belakang kanak-kanak dan dongakkan
kepalanya ke atas supaya semua permukaan gigi dapat
dibersihkan.
2. Makan secara sihat.

• Makan makanan yang seimbang. Lebihkan buah-buahan dan sayur-


sayuran segar.
• Elakkan menambah gula ke dalam minuman kanak-kanak. Sekiranya
menggunakan botol susu, pastikan minuman tersebut tidak
mengandungi gula.
• Jangan sekali-kali mencelup puting botol susu ke dalam gula atau
manisan.
• Elakkan minum minuman berkarbonat dan jus buah-buahan bergula
kerana kandungan gulanya tinggi.
3. Pemeriksaan pergigian secara berkala.

• Bawa kanak-kanak berjumpa doktor pergigian atau jururawat untuk


pemeriksaan seawal usia untuk membiasakan mereka dengan suasana
klinik pergigian.
• Dapatkan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali setahun
tetapi bagi mereka yang berisiko tinggi mendapat kerosakan gigi (
karies gigi ), pemeriksaan lebih kerap mungkin diperlukan.
• Segera dapatkan nasihat dan pemeriksaan dari doktor pergigian jika
berlaku kecederaan gigi atau mengalami masalah pergigian.
Karies Gigi
(B) Bau Badan
• Peluh yang keluar bercampur bersama dengan bakteria di
permukaan kulit adalah punca yang menyebabkan badan
berbau (bakteria yang terdapat pada kulit akan menukar peluh
yang mengandungi protein menjadi sejenis asid).
• Bau badan dipengaruhi juga oleh beberapa jenis makanan
seperti bawang putih dan kari.
Cara untuk mengelakkan dan
menghilangkan bau badan:
1. Kerapkan mandi.
Jangan menganggap bahawa duduk dalam bilik berpedingin hawa
tidak berpeluh dan mengeluarkan bau badan, ketiak, dan kaki.
Ada sesetengah orang lagi sejuk sesuatu tempat itu lagi
menggalakkan keluar peluh terutamanya di tapak tangan dan kaki.
Oleh itu, kanak-kanak perlu dimandikan 2 hingga 3 kali sehari dan
gosokkan bahagian yang mudah berbau seperti ketiak dan celah
kelangkang.
2. Ubah pemakanan seharian.
Bau badan berkait rapat dengan sistem perkumuhan tubuh kita.
Apa yang kita makan akan mempengaruhi bau badan, ketiak, dan kaki.
Kalau kanak-kanak selalunya diberikan makan makanan yang tidak
berkhasiat dan tidak berkualiti, badan mereka akan menghadam
makanan tersebut dan mengeluarkan bau yang juga tidak
menyenangkan.
Oleh itu, kita perlu mengelakkan memberikan makanan segera,
makanan berminyak atau makanan berproses yang mengandungi
banyak bahan kimia.
3. Selalu menukar pakaian yang bersih.
Pilih pakaian yang diperbuat daripada bahan kain semula jadi seperti
kapas dan sutera.
5. Jangan guna Deodoran dan Sabun.

Deodoran dan sabun merupakan makanan kepada bakteria


terutamanya pada tempat yang kurang pengudaraan seperti
ketiak, kaki dan celah kelangkang.
Cuba cuci bahagian tersebut hanya menggunakan air dan
menggosokkannya.
(C) Rambut
• Menjaga rambut dan kulit kepala kanak-kanak bukanlah satu
tugas yang mudah.
• Penjagaan rambut kanak-kanak bergantung kepada jenis
rambutnya dan tahap aktiviti mereka.
• Justeru, penting untuk kita untuk menanam tabiat penjagaan
rambut yang sihat sejak kanak-kanak kecil lagi.
7 langkah penjagaan rambut kanak-
kanak:
1. Jangan kerap dan berlebihan.
Mencuci dan menyampu rambut kanak-kanak tidak perlu dilakukan
setiap hari.
Tiga kali seminggu adalah mencukupi kecuali jika kanak-kanak tersebut
ialah seorang yang aktif dan kuat berpeluh, mungkin kekerapan mencuci
perlu ditambah.
Bagi kanak-kanak yang berambut panjang, kekerapan mencuci boleh
jadi dua hari sekali.
2. Mengeringkan rambut dengan tuala lembut.

Keringkan rambut yang basah dengan menggunakan tuala lembut.


Lapkan rambut secara lembut dan perlahan-lahan bagi mengelakkan
rambut kusut dan rosak.
Selain itu, jangan ‘memerah’ rambut secara kasar kerana perbuatan itu
hanya akan menyebabkan kerosakan pada rambutnya.
3. Menggunakan sikat yang bergigi jarang.

Semasa rambut kanak-kanak basah, gunakan sikat yang bergigi jarang.


Elakkan daripada menggunakan sikat bergigi rapat pada rambut yang
basah kerana rambut basah terdedah kepada kerosakan.
4. Berus rambut selalu.

Memberus rambut dapat membantu menggalakkan kapilari darah, sekali


gus meningkatkan aliran nutrien dan oksigen ke dalam akar rambut
serta menyihatkan rambut.
Selain itu, perbuatan memberus rambut kanak-kanak juga dapat
membantu merangsang pelbagai minyak dan penghasilan hormon yang
dapat mengekalkan minyak semula jadi rambut.
Namun, hanya memberus rambut semasa rambut sudah kering.
5. Sikat daripada hujung.

Jangan mula menyikat rambut dari atas, kerana ia hanya akan


menjadikan rambut semakin bergumpal.
Sebaliknya, mulakan menyikat pada hujung rambut dan kemudian
diteruskan pada pertengahan rambut sehingga ke atas rambut.
Jika ada rambut yang bergumpal atau kusut, leraikan dahulu rambut
tersebut sebelum mula menyikat dari akar rambut.
6. Rambut kering dan kerinting.

Rambut jenis kering dan keriting selalunya lebih rapuh daripada rambut
yang lurus.
Jadi, kanak-kanak yang memiliki rambut jenis ini perlu jarang dicuci.
7. Pilih syampu yang betul.

 Memilih syampu yang betul boleh membantu penjagaan rambut kanak-kanak


terutama bagi kanak-kanak yang memiliki rambut jenis kering atau keriting.
 Cari syampu yang mengandungi formulasi khusus untuk kanak-kanak dan
tidak memedihkan mata.
 Contohnya, jika rambut kanak-kanak jenis kering, kita perlu mencari syampu
yang mengandungi pelembap.
 Sementara, jika kanak-kanak mengalami masalah kulit kepala seperti
psoriasis, dermatitis atau kelemumur, kanak-kanak tersebut perlu dibawa untuk
berjumpa dengan pakar dermatologi bagi memilih jenis syampu yang terbaik
dan sesuai bagi kanak-kanak itu.
(D) Kuku
• Kuku juga merupakan satu lagi aspek yang terlibat dalam
kesihatan diri kanak-kanak.
• Kanak-kanak prasekolah yang aktif banyak melakukan
pergerakan dan mereka suka meneroka.
• Kuku merupakan satu komponen tubuh badan yang terlibat
sama dalam pergerakan dan perbuatan kanak-kanak.
• Justeru itu penjagaan kuku seharusnya diberi perhatian
utama oleh kanak-kanak.
Cara penjagaan kesihatan kuku:
1. Kuku hendaklah dipotong sekurangnya seminggu sekali untuk
memastikan tiada kotoran dan mengelakkan kuman terlekat dicelah
kuku yang panjang.
2. Amalan rutin kesihatan penjagaan kuku boleh dilakukan oleh guru
setiap hari dengan memeriksa kuku kanak-kanak sebelum memulakan
sesi pembelajaran.
3. Guru harus memastikan kuku kanak-kanak sentiasa pendek dan bersih.
4. Guru boleh mengajar kanak-kanak untuk memotong kuku dengan betul.
5. Guru juga perlu menerangkan kepada kanak-kanak kesan-kesan buruk
akibat kuku yang panjang dan tidak dibersihkan.
6. Apabila mencuci tangan bahagian bawah kuku juga perlu dibersihkan
dan kemudian dilap kering.
7. Elakkan menggigit atau mencungkil kuku.
(E) Kulit
• Kulit berfungsi sebagai penghalang untuk mempertahankan
kemasukan bahan berbahaya dan mikro organisma, melindungi organ
dalaman daripada kecederaan, dan mengawal suhu badan melalui
perpeluhan.
• Seseorang kanak-kanak yang tidak menjaga kesihatan kulit dengan
baik akan mudah terdedah kepada penyakit kulit seperti masalah
ruam.
Cara penjagaan kesihatan kulit:
1. Membersihkan kulit.
 Mandi 1 ke 2 kali sehari, lebih lagi sekiranya berpeluh dengan banyak (elakkan
menggunakan air panas dengan kerap kerana penggunaan air panas boleh
menyebabkan kulit kering).
 Sabun tidak memudaratkan tetapi penggunaan secara berlebihan boleh menyebabkan
kulit kering kerana ia menyingkirkan sebum. Guna sabun/pencuci yang lembut (mild)
jika anda mempunyai kulit kering.
 Bagi kulit sensitif, elakkan sabun/pencuci yang mengandungi wangian dan pewarna
kerana ia boleh menyebabkan radang kulit.
2. Gunakan pelembap selepas mandi.
 Pelembap membantu mengekalkan kelembapan kulit.
 Minyak bayi (baby oil) boleh digunakan untuk kulit yang kering.
 Bagi kulit berminyak, tidak perlu menggunakan pelembap.

3. Banyakkan meminum air kosong bagi menambah kelembapan kulit.


 Agar kulit tidak terkoyak
4. Bersenam.
Bersenam secara berkala melancarkan perjalanan darah ke seluruh organ
termasuk kulit. Ia juga mengekalkan kesihatan kulit
5. Amalkan memakan makanan.
Seimbang iaitu mengandungi sumber protein, vitamin dan mineral
Sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin
6. Pastikan kuku pendek.
Kita tidak dapat menghalang bayi dan kanak-kanak untuk menggaru
bahagian yang gatal. Namun, bagi tidak menjadikan bahagian kulit yang
dijangkiti alergi bertambah teruk, pastikan kuku anak anda sentiasa
pendek.
7. Sedut dan sapu sampah secara kerap.
Terdapat kanak-kanak yang sangat sensitif terhadap habuk.
Justeru, pastikan lap habuk, sedut dan sapu sampah secara kerap.
Gunakan juga cecair yang mampu membunuh 99.9% kuman di seluruh
kawasan rumah, pusat pengasuhan, prasekolah, dan sekolah.
CARA-CARA PENJAGAAN KESIHATAN
KANAK-KANAK:
BAYI DAN KANAK-KANAK TASKA
RAMBUT
• Basuh dan syampu rambut kanak-kanak untuk
mengelakkan kutu
• Sentiasa menyikat rambut.
GIGI
• Berus gigi sehingga bersih setiap hari terutama selepas
makan dan sebelum tidur malam.
• Guna ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak semasa
memberus gigi. Picitkan ubat gigi sebesar biji kacang
soya sahaja untuk anak yang berumur 2 tahun ke atas.
• Sentiasa menukar berus gigi sekurang-kurangnya 6 bulan
sekali.
• Berkumur-kumur dengan segera selepas
makan atau minum jika tidak
berkesempatan memberus gigi.
• Jangan berkongsi berus gigi.
• menggalakkan kanak-kanak untuk
membuat pemeriksaan gigi di klinik gigi
secara berkala. Hal ini turut dapat
mengatasi perasaan takut mereka untuk
membuat pemeriksaan gigi.
KULIT
• Mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari
• Gunakan sabun yang sesuai untuk bayi dan
kanak-kanak
• Ketahui dan fahami jenis kulit kanak-kanak.
Kerapkan penggunaan losyen untuk
melembabkan kulit.
• Jika terdapat ruam, pastikan diubati dengan
segera supaya tidak merebak dan sukar
untuk dipulihkan kemudian.
TANGAN DAN KAKI
• Mencuci tangan sebelum makan atau selepas bermain.
• Pastikan juga kaki mereka dicuci dengan bersih selepas
pulang dari aktiviti luar.
• Gunakan sabun berantiseptik untuk mengelakkan
jangkitan kuman
PEMAKANAN
• Makan makanan yang seimbang.
• Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
• Elakkan menambah gula ke dalam minuman kanak-
kanak. Sekiranya menggunakan botol susu, pastikan
minuman tersebut tidak mengandungi gula.
CARA-CARA PENJAGAAN KESIHATAN
KANAK-KANAK:
KANAK-KANAK PRASEKOLAH
• Menyediakan air yang mencukupi.
• Mengawal vector dan agen yang menyebabkan
penyakit.
• Mengawal pencemaran.
• Memastikan persekitaran prasekolah sihat, selesa dan
selamat.
• Memastikan sanitasi makanan dan minuman baik.
• Mengamalkan rutin kebersihan (menggosok gigi,
mencuci tangan, memotong kuku).
CARA-CARA PENJAGAAN KESIHATAN
KANAK-KANAK:
KANAK-KANAK SEKOLAH RENDAH
• Perkhidmatan kesihatan sekolah adalah satu perkhidmatan yang
diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kepada murid-
murid yang berada di sekolah bagi memastikan penjagaan
kesihatan yang optimum. Keutamaan diberikan kepada murid-
murid sekolah bantuan kerajaan di seluruh Malaysia. Perkhidmatan
kesihatan telah dimulakan di negara ini pada tahun 1967.
• Kumpulan sasar
Secara umumnya, setiap tahun hampir 1.8 juta murid sekolah
rendah dan menengah di Malaysia mendapat faedah langsung
melalui perkhidmatan kesihatan sekolah ini. Kategori murid yang
diberi pemeriksaan kesihatan adalah: Pra sekolah, Tahun 1-Tahun 6
• Perkhidmatan kesihatan di sekolah boleh
dibahagikan kepada tiga komponen utama.

• Tiga komponen tersebut terdiri daripada:

(1.) Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.

(2.) Perkhidmatan Pergigian Sekolah.

(3.) Perkhidmatan Alam Sekitar Sekolah.


1. Perkhidmatan kesihatan sekolah
Di bawah perkhidmatan kesihatan sekolah, murid-murid menerima
perkhidmatan pencegahan penyakit, saringan kesihatan, rawatan
ringan dan rujukan ke klinik atau hospital. Perkhidmatan ini adalah
bertujuan seperti berikut:
• Mengekalkan tahap kesihatan murid di paras paling optimum
melalui promosi kesihatan, pencegahan penyakit, rawatan dan
rujukan.
• Mengesan masalah kesihatan yang boleh menghalang
pencapaian akademik murid di sekolah dan seterusnya
membuat rujukan awal bagi membolehkan intervensi awal
dan penempatan murid dalam sistem pendidikan khas.
• Menggalakkan penglibatan masyarakat bagi membentuk
sekolah sebagai institusi yang sihat dan selamat bagi
membolehkan pembelajaran yang berkesan.
(a) Buku Rekod Kesihatan Murid
• Buku Rekod Kesihatan Murid (RKM1) adalah dokumen yang
mencatatkan semua maklumat kesihatan yang diperoleh semasa
alam persekolahan.
• Buku ini adalah buku rujukan yang mencatatkan proses
pertumbuhan dan perkembangan murid semasa alam
persekolahan.
• Buku ini diberi secara percuma oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia bagi setiap murid sekolah semasa
tahun 1 persekolahan.
• Ibu bapa dikehendaki mengisi maklumat murid di
dalam buku tersebut dan mencatatkan kebenaran
untuk petugas kesihatan menjalankan pemeriksaan
kesihatan dan memberi pelalian kepada anak
mereka.
(b) Pendidikan kesihatan
• Pendidikan kesihatan di sekolah terbahagi kepada
pendidikan kesihatan secara berkelompok dan individu.
• Pendidikan kesihatan secara berkelompok adalah
pendidikan kesihatan yang dijalankan melalui kempen atau
kem-kem kesihatan di sekolah. Murid-murid mendapat
pengetahuan melalui pameran, ceramah dan tunjuk cara
oleh anggota kesihatan.
• Pendidikan kesihatan secara berkelompok mengutamakan
masalah kesihatan awam yang berkaitan dengan golongan
murid sekolah contohnya saringan talasemia, ‘tak nak
merokok’ dan gaya hidup sihat.
• Pendidikan kesihatan individu diberi sebagai khidmat
nasihat dan kaunseling semasa sesi pemeriksaan kesihatan.
Isu-isu yang lazim didapati adalah berkaitan dengan
pemakanan, penyakit kulit, kebersihan diri dan lain-lain .
(c) Pemeriksaan kesihatan diri
• Pemeriksaan kesihatan diri adalah satu pemeriksaan fizikal yang
dijalankan oleh Pegawai Perubatan, Jururawat Kesihatan dan/atau
Penolong Pegawai Perubatan semasa murid berada dalam pra
sekolah, tahun 1 dan tahun 6.
• Pemeriksaan yang dilakukan adalah seperti di bawah:
JADUAL PEMERIKSAAN KESIHATAN MURID TAHUN 1
Pemeriksaan Kesihatan dan Sebab diperlukan
• Pemeriksaan tinggi dan berat: Menentukan status pemakanan
murid
• Pemeriksaan mata: Mengesan masalah rabun, mata malas
yang boleh mengganggu pencapaian akademik.
• Saringan pendengaran: Mengesan masalah pendengaran
minimum dan sederhana yang boleh menghalang pencapaian
akademik
• Pemeriksaan jantung dan paru-paru: Mengesan masalah penyakit
jantung kongenital yang tidak dikenal pasti semasa bayi. Kes-kes
yang dikenal pasti akan dirujuk untuk pengesahan.
• Pemeriksaan tulang rangka: Mengesan kecacatan tulang rangka
yang tidak dikesan semasa bayi.
• Pemeriksaan kebersihan diri: Mengesan jangkitan kutu kepala,
kudis buta, masalah kulit untuk diberi rawatan.
• Pemeriksaan testis: Mengesan masalah seperti ‘hydrocele’ dan
‘undescended testis’ di kalangan murid lelaki.
• Pengesanan masalah pembelajaran: Menerima rujukan kes daripada
guru-guru yang melaporkan murid mempunyai masalah dalam
kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul. Murid-murid
ini seterusnya akan dirujuk kepada pakar untuk mendapat
pengesahan masalah dan penempatan pembelajaran yang sesuai
dengan kemampuan murid.
(d) Rawatan dan rujukan kesihatan
• Rawatan diberikan kepada semua murid-murid yang dikesan mengalami
masalah ringan seperti luka kecil, kudis buta, jangkitan cacing, kutu kepala,
rawatan demam dan selesema.

• Kes-kes yang dirujuk pula adalah kes-kes yang memerlukan pemeriksaan lanjut
untuk pengesahan kes.

• Antara masalah kesihatan yang dirujuk adalah masalah ketajaman penglihatan,


rabun warna, masalah degupan jantung dan kes disyaki menghidap skoliosis.
(e)Lawatan ke rumah
• Pasukan kesihatan sekolah juga menjalankan lawatan ke rumah pada masa
cuti persekolahan.

• Lawatan ke rumah ini dilaksanakan sama ada dengan menelefon ibu bapa di
rumah ataupun jururawat akan membuat lawatan ke rumah untuk
memastikan murid-murid yang terlepas peluang mendapat imunisasi di
sekolah datang ke klinik kesihatan untuk pelalian ataupun untuk
mendapatkan maklum balas mengenai status rujukan yang dibuat ke hospital.
2. Pemeriksaan kesihatan pergigian sekolah
• Perkhidmatan ini dilaksanakan oleh pasukan pergigian sekolah yang
melawat semua sekolah rendah di Malaysia.

3. Pemeriksaan kesihatan persekitaran sekolah


• Perkhidmatan persekitaran sekolah adalah dilaksanakan oleh
Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran secara
bersepadu.
• Pemeriksaan persekitaran sekolah meliputi pemeriksaan
infrastruktur sekolah, kebersihan, pengawalan penyakit bawaan
vektor dan pemantauan kebersihan dan pengendalian kantin
sekolah.
• Perkhidmatan kawasan persekitaran sekolah ini adalah tertakluk
di bawah beberapa akta seperti Akta Kawalan Tembakau dan
Akta Kawalan Penyakit Bawaan Vektor yang membawa kepada
denda sekiranya pihak pengurusan sekolah didapati gagal
mematuhi akta-akta tersebut.
• Di bawah perkhidmatan ini, sekolah-sekolah menubuhkan
pasukan-pasukan bagi membinasakan tempat pembiakan
nyamuk di sekolah bagi membanteras penyakit demam denggi
dan mewartakan sekolah sebagai kawasan larangan merokok.
• Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran akan membuat
pemeriksaan di sekolah setiap tahun bagi memastikan sekolah
adalah bersih dan selamat.
Lain-lain perkhidmatan berkaitan kesihatan di
sekolah:
• Program Bekalan Makanan Tambahan
• Program Susu Sekolah
Faktor-faktor yang
mempengaruhi kesihatan
kanak-kanak
Sebelum lahir
Semasa lahir
Selepas lahir
SEBELUM LAHIR
Faktor Baka
• Faktor keturunan atau faktor pembawaan daripada
sifat-sifat genetik keluarga ibu dan bapa
• Contoh : Diabetes, Down Syndrome, Schizophrenia.
Faktor Pendidikan kesihatan
• Pemeriksaan kesihatan kandungan di hospital.
• Ibu mengandung diberi pendedahan tentang risiko,
proses kelahiran dan aspek kesihatan selepas bayi
dilahirkan melalui seminar di hospital.
Faktor Persekitaran

• Persekitaran merujuk kepada semua pengalaman


luar individu tersebut. Ia termasuk pengalaman
sebelum dan selepas lahir.
• Pengalaman sebelum lahir merangkumi
pemakanan dan kesihatan ibu, gaya hidup ibu,
usia dan keadaan emosi ibu.
1) Pemakanan ibu

Ibu yang sedang hamil harus menerima set


makanan yang seimbang bagi menjamin
pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat.
Ibu juga digalakkan untuk meminum air yang banyak
dan pengambilan vitamin tambahan bukan sahaja
untuk keperluan harian dirinya tetapi juga keperluan
anak yang bakal dilahirkan nanti.
Dalam diet, ibu seharusnya mendapat protein yang
tinggi dan cukup vitamin dan mineral.
2) Kesihatan ibu

Ibu harus sentiasa mengikut rutin pemeriksaan yang


ditetapkan oleh doktor atau petugas kesihatan yang
lain sepanjang tempoh kehamilan itu.

Ibu juga mengelakkan diri daripada terdedah kepada


sinaran x-ray yang berlebihan kerana sinaran ini akan
memberi kesan kepada pertumbuhan dan
perrkembangan bayi dalam kandungan.
3) Gaya Hidup Ibu
Ibu perlu bersenam dan melakukan aktiviti yang
ringan sepanjang proses kehamilan.
Ibu mengandung yang terdedah dengan asap rokok
dan radiasi di persekitaran akan mengganggu
pertumbuhan bayi dalam kandungan.
Ibu harus mengelakkan diri daripada mengambil
dadah, merokok dan meminum minuman keras.
Ibu mengandung tinggal di persekitaran di kawasan
yang tidak bersih seperti setinggan.
4) Keadaan Emosi Ibu
Emosi ibu yang hamil juga perlu stabil, tenang dan
sentiasa gembira untuk menerima kehadiran ahli baru
dalam keluarga.
Ibu hamil juga perlu berfikir positif dan aktiviti yang
boleh membangkitkan semangat sebagai cara untuk
mengatasi kebimbangan, kerisauan dan kemurungan
yang terlampau.

5) Usia Ibu
Usia ibu yang sesuai untuk melahirkan anak yang sihat
adalah antara 24 hingga 40 tahun.
Ibu muda atau sudah lanjut usia, berisiko tinggi
melahirkan anak Sindrom Down atau darjah
kecerdasan yang rendah.
SEMASA LAHIR
• Cara pengendalian pakar perubatan di hospital
• Pemilihan cara bersalin sama ada pembedahan
atau semula jadi.
• Aspek pengendalian dan kesihatan selepas
proses kelahiran.
• Komplikasi semasa kelahiran boleh menjejaskan
kesihatan bayi sama ada fizikal atau mental.
SELEPAS LAHIR
1. PERSEKITARAN
Kesihatan orang di sekeliling mempengaruhi
tumbesaran bayi yang baru dilahir
Contohnya:
Seseorang yang menghidapi selesema atau
demam perlu menjauhkan diri daripada bayi yang
baru lahir agar tidak mudah dijangkiti.
Tidak mendedahkan bayi kepada persekitaran
yang tidak bersih seperti berasap.
2. PEMAKANAN BAYI
•Susu ibu baik untuk mengembangkan
imunisasi bayi agar tidak mudah dijangkiti
penyakit.
•Penjagaan alat yang digunakan untuk
menyusu bayi amat penting.
•Contohnya, botol susu perlu disterilkan
menggunakan air panas.
3. PENDIDIKAN KESIHATAN

•Ceramah penjagaan bayi selepas


kelahiran
•Memberi pendedahan kepada ibu
yang baru melahirkan kepada cara
yang betul dalam penjagaan bayi
RUMUSAN
Secara kesimpulannya, penjagaan kesihatan amatlah
penting untuk kanak-kanak terhindar daripada penyakit
yang berbahaya dan boleh memudaratkan kesihatan
dan perkembangan mereka. Ibu bapa, guru dan orang
sekeliling sangat berperanan dalam memastikan
persekitaran kanak-kanak sihat dan sejahtera.
SEKIAN, TERIMA KASIH! =)
RUJUKAN
 Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel. (2009). Perkembangan
Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd
 Wong Kiet Wah, Khairuddin Mohamad, Maridah Hj. Alias,
Rashinawati Abd Rashid dan Azlina Ahmad. (2013). Perkembangan
Kanak-kanak . Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
 http://fliphtml5.com/gsgx/znon/basic
 https://www.slideshare.net/PingalanGejandran/konsep-
perkembangan-kanak
 http://www.myhealth.gov.my/perkhidmatan-kesihatan-
sekolah/

Anda mungkin juga menyukai