Anda di halaman 1dari 17

PENGENALAN

Dari sudut pembangunan, murid-murid sekolah boleh dianggap sebagai salah


satu agen perubahan. Seperti yang dimaklumkan, kanak-kanak lebih mudah
menerima sesuatu pengetahuan daripada orang dewasa. Melalui sekolah atau
dengan lebih tepat lagi, melalui guru-guru adalah diharapkan perubahan sikap
dan amalan kesihatan seperti yang diingini dapat diusahakan di kalangan
murid-murid. Seterusnya murid-murid ini pula akan dapat mempengaruhi ibu
bapa, adik beradik dan rakan sebaya mereka melalui pergaulan harian mereka.
Matlamat penting Pendidikan Kesihatan adalah untuk membentuk sikap dan
perlakuan yang positif terhadap kesihatan. Bagi mencapai matlamat ini adalah
lebih mudah dan berkesan jika kita "melentur buluh biarlah dari rebungnya"
iaitu, ketika kanak-kanak ini masih muda dan sebelum mereka dipengaruhi oleh
sikap dan amalan kesihatan yang negatif dan yang tidak diingini. Dalam
membangun dan membentuk suasana persekolahan yang sihat dan selamat,
salah satu nilai-nilai kesihatan yang perlu diserapkan ialah kebersihan dan
keselamatan makanan. Memandangkan murid-murid sekolah terutamanya di
sekolah rendah yang tidak mengutamakan soal kebersihan dan keselamatan
semasa memilih dan mengambil makanan. Jadi, mereka terdedah kepada
penyakit daripada makanan dan air tersebut mengakibatkan keracunan
makanan. Begitu juga peranan yang dimainkan oleh pihak pengendali makanan
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
8
8
Rancangan
Makanan
Tambahan
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengetahui Rancangan Makanan Tambahan;
2. Mengenal pasti objektif Rancangan Makanan Tambahan;
3. Mengetahui konsep dan matlamat Rancangan Makanan Tambahan;
dan
4. Memahami perlaksanaan Rancangan Makanan Tambahan.
TOPIK 8 RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

134
dan sekolah perlu ditingkatkan. Oleh itu, ciri-ciri kebersihan dan keselamatan
makanan hendaklah diterapkan di sekolah-sekolah, terutamanya di kantin dan
dapur asrama sekolah. Kegagalan mengamalkan kebersihan dan keselamatan
makanan menyebabkan pencemaran oleh kuman, bahan kimia dan bendasing
dalam makanan.

RANCANGAN MAKANAN SEKOLAH
Pengenalan
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam membantu meningkatkan taraf
pemakanan dan kesihatan kanak-kanak sekolah rendah. Rancangan Makanan
Tambahan (RMT) telah dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah di seluruh
Malaysia pada hari ini dan ia merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan
taraf kesihatan murid sekolah di Malaysia. Rancangan ini adalah bertujuan
memberi makanan percuma kepada murid-murid sekolah rendah terutama luar
bandar dan golongan berpendapatan rendah. Dasar Pembangunan Negara telah
memperbaiki taraf pemakanan dan kesihatan mereka sebagai satu usaha yang
selaras arus perkembangan kesihatan semasa. RMT banyak membekalkan 25% -
33% dari keperluan kalori harian kanak-kanak. Rancangan Makanan Tambahan
merupakan satu lagi usaha Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan taraf
pemakanan dan kesihatan murid-murid. Rancangan ini adalah bertujuan untuk
memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah, terutama
dari luar bandar dan dari golongan berpendapatan rendah selaras dengan Dasar
Ekonomi Baru. Rancangan ini diusahakan kerana daripada kajian-kajian yang
telah dijalankan, didapati 15% - 20% murid-murid datang ke sekolah tanpa
sarapan pagi atau makan tengah hari. Di samping itu, kajian juga menunjukkan
lebih kurang 35% daripada murid-murid sekolah rendah ada menunjukkan
tanda-tanda pemakanan yang salah. Mulai tahun 1989, semua sekolah rendah
telah dilibatkan dalam RMT. Pemilihan sekolah-sekolah berdasarkan kepada
kriteria-kriteria pemberian makanan tambahan kepada murid-murid.
Kementerian Pendidikan sedang menilai semula menu dan perlaksanaan
program bagi memastikan keberkesanan dan pencapaian matlamat program.





8.1
TOPIK 8 RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN
135
8.1.1 Objektif
Program RMT adalah berdasarkan kepada beberapa objektif iaitu:
(a) Memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah,
terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah secara
imbuhan dan sementara waktu, untuk memperbaiki keadaan kesihatan
sebagai satu usaha yang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara.
(b) Memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-
murid yang berkenaan untuk membantu mereka mengatasi masalah dari
segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga
(c) Menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara tidak
langsung.
(d) Menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam usaha-usaha
sekolah mengelolakan RMT.
(e) Mengendalikan tabiat-tabiat bersopan-santun, berdisiplin, bertimbang rasa
serta amalan-amalan yang diinginkan berkaitan dengan kebersihan
diri,kebersihan makanan dan kebersihan alam sekitar.
8.1.2 Rasional
Perlaksanaan RMT ini diteruskan adalah berdasarkan kepada beberapa laporan
dan kajian oleh Kementerian Pendidikan yang menunjukkan bahawa
(a) Jumlah 15% - 20% dari jumlah murid datang ke sekolah tanpa sarapan atau
makan tengah hari di rumah dan 116-113 daripada mereka mengalami
masalah kelaparan.
(b) Pemakanan yang salah dan serangan penyakit menimbulkan masalah-
masalah dari segi pembesaran, pencapaian dalam pembelajaran.
(c) 35 % murid sekolah rendah menunjukkan tanda-tanda salah pemakanan.
8.1.3 Sejarah Pelaksanaan RMT
(a) RMT telah mula diadakan sejak selepas Perang Dunia ke-2 oleh Pemerintah
Tentera British sebagai satu usaha kecemasan.
(b) Beberapa pertubuhan kebajikan dan agensi kerajaan seperti Persatuan
Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia, Majlis Pusat Kebajikan dan FELDA telah
TOPIK 8 RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

136
menjalankan Rancangan Makanan Tambahan kepada beberapa buah
sekolah yang terpilih terutama di luar bandar.
(c) Pada tahun 1974 Kerajaan Negeri Selangor telah memulakan projek perintis
RMT di bawah Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan (AMP) di
Kuala Langat. Kerajaan Negeri Selangor telah memperluaskan AMP ke
kawasan-kawasan lain dalam negeri itu.
(d) Pada tahun 1976, Jawatankuasa AMP di peringkat Kebangsaan anjuran
Jabatan Perdana Menteri telah mengekalkan makanan tambahan sebagai
satu usaha dalam AMP. Peruntukan wang telah disediakan oleh Bahagian
Penyelarasan.
(e) Perlaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri untuk dilaksanakan oleh
Kementerian Pendidikan di kawasan-kawasan Rancangan AMP semenjak
tahun 1979.
(f) RMT telah diserahkan sepenuhnya kepada Kementerian Pendidikan untuk
mengelola, menyelia dan melaksanakannya.
(g) Rancangan Makanan Tambahan telah diperluaskan ke kawasan-kawasan
di luar daerah Rancangan AMP dan ia adalah sejajar dengan pengumuman
Menteri Pendidikan pada tahun 1978 dan perakuan laporan Jawatankuasa
Kabinet 1979.
(h) Sehingga tahun 1982, perlaksanaan RMT telah diperluaskan sehingga ke
semua sekolah rendah.
(i) Kaedah pelaksanaan RMT telah dikaji semula pada akhir tahun 1982. Dari
tahun 1983 hingga 1988, pelaksanaan rancangan RMT dihadkan kepada
sekolah- sekolah yang berfokuskan 200 dan ke bawah.
(j) Pelancaran Program Pembangunan Rakyat Termiskin, pengurusan RMT
keseluruhannya telah dikaji semula dan mulai tahun 1989, rancangan RMT
ini telah meliputi semula semua sekolah dengan mengutamakan murid-
murid daripada golongan termiskin.


Kesihatan menggambarkan keupayaan dan kesejahteraan hidup
individu dan masyarakat. Konsep yang ditekankan oleh kesihatan ialah
kesihatan keseluruhan iaitu mengikut definisi Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO), suatu keadaan yang membolehkan individu itu berada
di dalam keadaan yang sempurna dari segi jasmani, mental, emosi,
sosial, rohani dan bebas dari penyakit, cacat atau cedera.
TOPIK 8 RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN
137
8.1.4 Kriteria Pemilihan Murid untuk Menerima RMT
Kriteria pemilihan murid yang layak menerima bantuan program pemakanan
RMT adalah seperti berikut:
(a) Taraf sosio ekonomi keluarga yang membolehkan keutamaan diberikan
kepada murid-murid daripada golongan miskin iaitu:
(i) Murid-murid daripada keluarga atau ibu bapa atau penjaga yang
mempunyai pendapatan bulanan RM 150.00
(ii) Pendapatan perkapita bagi murid yang datang dari keluarga yang
mempunyai pendapatan perkapita setakat RM 35.00 dan ke bawah
adalah layak dipertimbangkan dalam program ini.
(iii) Saiz enrolmen sekolah iaitu kelonggaran diberi khusus kepada
sekolah rendah dengan bilangan murid 100 orang dan ke bawah.
(b) Keluarga, ibu bapa atau penjaga berpendapatan bulanan RM 400.00 dan ke
bawah.
(c) Status pemakanan murid-murid yang mengalami pemakanan yang salah
perlu dikesan dan disahkan oleh pegawai perubatan.
(d) Jarak rumah dari sekolah bagi murid-murid yang tinggal jauh dari sekolah
dan tidak mempunyai kemudahan pengangkutan

Rajah 8.1: Saiz sajian

Rajah 8.2: Piramid makanan
TOPIK 8 RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

138

Rajah 8.3: Contoh Borang RMT



MAKANAN TAMBAHAN
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dilaksanakan sebagai satu program yang
bertujuan membantu meningkatkan taraf pemakanan serta kesihatan murid
sekolah rendah. Program ini pada asalnya dikendalikan oleh Jabatan Perdana
Menteri memperluaskan pelaksanaan mengikut pengesyoran dalam Laporan
8.2
Apakah kriteria bagi murid yang layak menerima bantuan RMT?

AKTIVITI 8.1
TOPIK 8 RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN
139
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran pada tahun 1979.
Program makanan dan pemakanan terus diperkukuhkan melalui pelaksanaan
Pelan Tindakan Kebangsaan Mengenai Pemakanan yang mengutamakan
keselamatan pengeluaran makanan dari peringkat sumber hingga ke pemasaran,
penggunaan dan akses yang saksama kepada makanan berkhasiat telah diberi
penekanan. Pelan Tindakan tersebut juga menekankan tabiat makan yang betul
terutamanya di kalangan pelajar sekolah dan orang dewasa. Di samping itu,
mulai tahun 1997, program perkhidmatan kesihatan sekolah terus diperkukuh
dengan menyatukan peranan Kementerian Pendidikan dan Kementerian
Kesihatan dalam menggalakkan aktiviti kesihatan alam sekitar serta pemakanan
seimbang dan senaman untuk mengelakkan kegemukan. Menjelang tahun 2000,
seramai 1,960 pekerja kesihatan dan guru telah dilatih untuk menggalas dan
melaksanakan perkhidmatan kesihatan sekolah secara bersepadu. Kurikulum
pendidikan kesihatan telah dikaji semula untuk memberi penekanan dan
menyemai amalan gaya hidup sihat dari peringkat kanak-kanak. Di samping itu,
program pemakanan khas untuk kanak-kanak di kawasan luar bandar juga telah
dilaksanakan untuk membekalkan makanan tambahan yang berkhasiat, garam
dan khasiat mikro yang mencukupi.
8.2.1 Perlaksanaan dan Penilaian
(a) Seramai 532,500 murid sekolah rendah daripada golongan miskin
(keluarga yang berpendapatan kurang RM400.00 sebulan atau RM80.00 per
kapita) menerima bantuan ini secara makanan tambahan dan minuman
bagi tempoh 190 hari mulai hari pertama persekolahan pada setiap tahun.
(b) Kadar bantuan setiap murid adalah RM1.20 sehari bagi negeri-negeri di
Semenanjung dan RM1.35 sehari bagi setiap murid di Sabah dan Sarawak.
(c) Peruntukan semasa yang disediakan berasaskan kepada jumlah murid dan
kadar tersebut adalah RM 123,647,250.00 setahun. Penyaluran bantuan
RMT itu hendaklah dibuat terus kepada sekolah berasaskan kepada rekod
jumlah murid yang layak pada tahun semasa, tanpa tuntutan daripada
sekolah. Dengan cara ini program RMT boleh dimulakan lebih awal dan
pada hari pertama persekolahan.
(d) Penyelia Kesihatan di JPN akan menyampaikan rekod pengagihan
peruntukan RMT di sekolah sehingga 31hb. Januari tahun berkenaan
kepada pihak Sekolah.
(e) Pihak Sekolah pula akan menyediakan laporan pengagihan mengikut
negeri kepada Bahagian Kewangan Kod dan nama sekolah berserta dengan
jumlah penerima bantuan hendaklah dikemukakan oleh Penyelia
Kesihatan dengan menggunakan Format A kepada Unit Pengurusan
TOPIK 8 RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

140
Kewangan di JPN sebelum 30 November untuk bayaran secara
berkomputer melalui sistem e-PCG terus kepada akaun kerajaan sekolah-
sekolah yang terlibat.
(f) Bagi negeri Sabah dan Sarawak, pembayaran hendaklah dibuat secara
waran mengikut peruntukan kepada Pejabat Pendidikan Daerah negeri
masing-masing.


Rajah 8.4: Keracunan makanan
8.2.2 Menu Makanan RMT
(a) Bermula dari tahun 1995, Kementerian Pendidikan telah menaikkan kadar
peruntukan harian RMT untuk seorang murid dari 45 sen kepada 80 sen di
Semenanjung dan dari 50 sen kepada 90 sen di Sabah dan Sarawak.
(b) Menu makanan yang dihidangkan dalam RMT adalah merupakan
makanan seimbang berdasarkan menu pihak Institut Penyelidikan
Perubatan dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
(c) 10 pilihan menu makanan telah disediakan iaitu 5 menu disediakan pada
tahun 1976 dan 5 menu berikutnya telah disediakan pada tahun 1983
dengan peruntukan sebanyak 45 sen di Semenanjung dan 50 sen di Sabah
dan Sarawak.
(d) Peningkatan peruntukan kewangan ini telah membawa kepada perubahan
kepada menu makanan RMT baru yang lebih baik. Pembabitan pihak-
pihak tertentu seperti berikut memberi lebih banyak faedah:
TOPIK 8 RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN
141
Institut Penyelidikan Perubatan
Institut Kesihatan Umum
Hotel NPC
Universiti Kebangsaan Malaysia
(e) Penyediaan 20 jenis menu masakan baru makanan RMT dihasilkan dan
telah mula diberikan kepada penerima RMT semenjak awal tahun 1995
sehingga ke hari ini.
(f) Senarai 20 jenis menu tersebut ialah
(i) bubur nasi (ayam)
(ii) mee kari,
(iii) bihun goreng
(iv) nasi goreng
(v) nasi ayam
(vi) nasi dan kacang dhal,
(vii) nasi dalca sayuran dan telur
(viii) puttu mayam bersama ikan goreng dan sayur lemak,
(ix) roti canai dan kuah sardin
(x) nasi lemak
(xi) mee rebus
(xii) gado-gado dan sos kacang
(xiii) nasi parpu, bubur daging dan kacang
(xiv) nasi bersama telur rebus dan sup sayur
(xv) nasi campur, roti telur dan dhal
(xvi) bubur gandum pedas, stew roti dan ayam
(xvii) bubur bersama biskut tawar.
(xviii) Menu masakan yang disediakan adalah berdasarkan selera kanak-
kanak, selain dapat membekalkan lebih kurang 350 - 400 kcal tenaga
dan 5 - 40 g zat protein.

Pemilih sekurang-kurangnya 10 jenis menu masakan oleh Pihak Penyelia RMT di
sekolah untuk disediakan kepada murid yang terbabit untuk dilaksanakan setiap
2 minggu.
8.2.3 Peranan Guru Besar/Guru
(a) Memilih dan mengedarkan senarai murid yang layak menerima RMT
mengikut kriteria -kriteria yang ditetapkan oleh KPM.
(b) Merekodkan penerimaan makanan oleh murid-murid pada hari-hari
berkenaan.
TOPIK 8 RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

142
(c) Mengawasi murid ketika menikmati makanan sambil menunjuk ajar
budaya makan yang sesuai sambil menyerapkan Pendidikan Kesihatan dan
Pemakanan secara tidak formal.
(d) Mengikut pertumbuhan fizikal murid seperti mengukur berat dan tinggi
mereka sekurang-kurangnya di awal dan akhir tahun.
(e) Mengawasi penghidangan makanan.
(f) Memastikan rekod penerimaan perbelanjaan peruntukan RMT disimpan
dan dikemaskini oleh pihak sekolah.




PROGRAM SUSU SEKOLAH
Program Susu Sekolah adalah satu lagi usaha Kementerian Pendidikan untuk
meningkatkan taraf pemakanan dan seterusnya taraf kesihatan murid-murid
sekolah. Selain daripada memastikan murid-murid menerima makanan-
makanan berzat, PSS juga bertujuan menggalakkan tabiat minum susu di
kalangan murid-murid dari peringkat awal.

Selaras dengan konsep pensyarikatan Malaysia, program ini dijalankan dengan
kerjasama enam buah syarikat pengeluar susu tempatan. Satu lagi aspek penting
dalam program ini ialah komponen pendidikan yang menggalakkan daya
kreativiti guru-guru dan juga murid-murid dalam penggunaan bahan-bahan
terbuang seperti pek, straw dan dulang PSS. Berhubung dengan liputan program
ini mulai tahun 1989, semua sekolah rendah adalah terlibat dengan PSS tidak lagi
terhad kepada sekolah-sekolah yang bilangan muridnya melebihi 200 seperti
tahun-tahun sebelumnya. Program susu sekolah adalah merupakan satu aktiviti
yang bertujuan membaiki lagi taraf pemakanan dan kesihatan murid-murid
sekolah khususnya sekolah rendah. Program ini diusahakan secara berperingkat
oleh Kementerian Pendidikan. Pada dasarnya, pemberian susu dalam program
ini adalah secara sukarela.

8.3
Apakah peranan Guru Besar/Guru di dalam RMT?

AKTIVITI 8.2
TOPIK 8 RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN
143
8.3.1 Pengenalan
Program Susu Sekolah merupakan program Kementerian Pendidikan untuk
meningkatkan taraf pemakanan dan seterusnya taraf kesihatan murid-murid
sekolah. PSS juga bertujuan menggalakkan tabiat minum susu di kalangan
murid-murid dari peringkat awal selain daripada memastikan murid-murid
menerima makanan-makanan berzat. Program ini dijalankan dengan kerjasama
enam buah syarikat pengeluar susu tempatan. la mengandungi dua skim iaitu:
(a) Skim Susu Percuma yang melibatkan bekalan susu percuma kepada
beberapa orang murid sekolah yang terpilih.
(b) Skim Susu Bayaran yang melibatkan penyertaan murid-murid sekolah
secara sukarela, sama ada secara subsidi atau tanpa subsidi Kerajaan.
Objektif PSS
(a) Meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid-murid sekolah
rendah dengan tabiat sentiasa meminum susu.
(b) Meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid-murid sekolah
rendah dengan memupuk tabiat sentiasa meminum susu.
(c) Membekalkan susu kepada murid-murid terpilih dari golongan taraf sosio-
ekonomi yang rendah dan mengalami kekurangan zat makanan melalui
skim percuma.
(d) Meningkatkan perancangan pelaksanaan dan penilaian program melalui
(e) Penglibatan bersama agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan di bawah
konsep pensyarikatan Malaysia.
8.3.2 Isu-isu Program Susu Sekolah
Program Susu Sekolah adalah salah satu Rancangan Makanan Tambahan untuk
murid-murid sekolah. Murid-murid miskin diberikan susu secara percuma dan
murid-murid yang mampu membelinya dengan harga subsidi. Pada tahun 1995,
seramai 1.87 murid dari 4 buah sekolah telah mendapat keracunan makanan
berpunca dari susu yang dibekalkan. Kes keracunan makanan di kalangan murid
sekolah sering menjadi laporan berita dan dipaparkan dalam akhbar-akhbar
tempatan. Kes keracunan makanan yang berlaku di sekolah sama ada melibatkan
kantin, dapur asrama atau Rancangan Makanan Tambahan (RMT), menyumbang
kepada peratusan yang paling tinggi dari jumlah kes-kes keracunan makanan
yang berlaku setiap tahun di negara kita. Sebagai contoh, laporan mengatakan
bahawa 60 pelajar Sekolah Kebangsaan Seberang Ketil, Kedah dan 57 pelajar
TOPIK 8 RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

144
Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Kelantan yang dikatakan mengalami
keracunan selepas meminum susu yang dibekalkan oleh kerajaan. Sepanjang
tahun ini sahaja, lebih daripada 10 kes keracunan serius yang membabitkan
pelajar-pelajar sekolah. Majoriti kes-kes yang dilaporkan mengenai kualiti
kebersihan susu yang tidak dititikberatkan oleh Bekalan Program Susu Sekolah
(PSS) kelolaan Kementerian Pelajaran. PSS dan juga Rancangan Makanan
Tambahan (RMT) yang dikelolakan oleh Kementerian terbabit antara lain
bertujuan untuk memberikan bekalan makanan kepada pelajar yang lemah dan
miskin.

Kementerian Pelajaran menggantung serta-merta pelaksanaan Program Susu
Sekolah (PSS) di sekolah-sekolah selepas kes-kes keracunan susu dilaporkan
berlaku lagi di Kedah dan Kelantan. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Hon
Choon Kim berkata, tindakan itu dibuat ekoran berulangnya kes-kes keracunan
di kalangan murid selepas meminum susu yang dibekalkan di sekolah masing-
masing sejak beberapa hari lalu. Selepas digantung sekali lagi, PSS hanya akan
disambung kembali setelah para pembekal susu yang dilantik menyediakan
surat jaminan bahawa susu yang mereka bekalkan ke sekolah-sekolah selamat
untuk diminum. Kemungkinan kaedah penyimpanan susu yang tidak betul oleh
pihak sekolah. Pada awal bulan Mei 2007 seramai 100 murid di beberapa buah
sekolah di Kedah dan Kelantan dilaporkan mengalami muntah-muntah dan sakit
perut selepas meminum susu yang dibekalkan PSS di sekolah masing-masing.
Kementerian Pelajaran telah pun menggantung program tersebut pada 22 Mei
2007 dan penggantungannya baru ditarik balik pada 15 Julai 2007 lalu. Namun,
keracunan susu sekolah dilaporkan berlaku lagi pada 6 Ogos lalu dengan 60
murid Sekolah Kebangsaan Seberang Ketil, Kupang dekat Alor Star mengalami
sakit perut dan muntah-muntah sehingga terpaksa dikejarkan ke klinik selepas
meminum susu kotak yang disediakan oleh pihak sekolah. Pada hari yang sama
74 murid Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Bachok turut mengadu sakit perut
dan muntah selepas minum susu semasa sarapan di kantin sekolah. Program PSS
membabitkan 560,169 murid di lebih 6,000 buah sekolah di seluruh negara
dengan peruntukan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran berjumlah
RM23.9 juta setahun. Setakat ini, terdapat enam pembekal dan tiga pengilang
terbabit dalam program PSS. Stok susu bantuan yang dihantar ke sekolah-
sekolah masih di bawah jagaan dan tanggungjawab pembekal sehinggalah susu
terbabit diagihkan kepada murid-murid. Faktor yang dikenalpasti penyebab
keracunan makanan adalah tiada tempat penyimpanan susu yang sesuai di
kantin sekolah.

TOPIK 8 RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN
145
Langkah Pencegahan
Berpandukan kepada kurikulum yang sedia ada, didapati bahawa penekanan
kepada aspek-aspek kebersihan dan keselamatan makanan adalah tidak
mencukupi dan perlu dipertingkatkan, Pengusaha-pengusaha kantin, pengendali
makanan di dapur asrama dan juga murid-murid sekolah perlu diberi
pendedahan yang lebih dari aspek-aspek:
(a) Pendekatan kepada memilih makanan yang selamat, merangkumi
pemilihan makanan yang sedia dimakan.
(b) Pendekatan kepada keracunan makanan seperti punca-punca keracunan
makanan, gejala-gejala dan cara-cara pencegahan.
(c) Memperkenalkan konsep melabel makanan.
(d) Pendekatan kepada penyediaan makanan yang selamat.
(e) Pendekatan kepada penyimpanan makanan yang selamat.
(f) Pendekatan kepada kebersihan diri dan tabiat baik dalam pengendalian
makanan.


Rajah 8.5: Pencemaran makanan utama

TOPIK 8 RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

146
Walaupun pemeriksaan kantin sekolah telah dilakukan sekurang-kurangnya dua
kali setahun, adalah disyorkan bahawa ia meliputi dapur-dapur asrama.
Pemeriksaan secara fizikal seperti pengukuran suhu masa memasak, suhu
penyimpanan dan suhu penyajian hendaklah diberi keutamaan daripada
pemeriksaan secara visual yang dilakukan sekarang ini. Garis Panduan Kantin
Sekolah ini telah diterbitkan pertama kali pada tahun 1983. Garis Panduan
Kantin Sekolah telah dikaji dan ditulis semula pada tahun 1989 oleh
Jawatankuasa bersama Kesihatan Sekolah. Kajian hendaklah dilakukan setiap 5
tahun sekali.




Rajah 8.6: Pengendali makanan tidak mengutamakan
kebersihan semasa penyediaan makanan



Apakah aspek yang perlu ditekankan bagi menjamin kebersihan dan
keselamatan makanan di sekolah?
AKTIVITI 8.3
TOPIK 8 RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN
147
Kes-kes Keracunan Makanan Mengikut Tempat, Malaysia, Tahun 1990-1995
Tahun
Tempat
1990 1991 1992 1993 1994 1995
Jumlah
Sekolah
Lain-Lain
24
(55.8)
19
29
(61.7)
18
20
(57.1)
15
TDK
TDK
33
(78.6)
9
41
(74.5)
14
147
(66.2)
75
43 47 35 TDK 42 55 222

Tahun
Personal
1990 1991 1992 1993 1994 1995
Jumlah
Murid
Sekolah
Lain-lain
1489
(75.8)
475
1867
(88.4)
245
1450
(85.6)
244
TDK
TDK
1877
(82.2)
406
2006
(64.8)
1092
8689
(77.2)
2462
Jumlah 1964 2112 1694 TDK 2283 2283 11151
Rajah 8.7: Kes-kes keracunan makanan

Kes Keracunan Makanan Mengikut Sumber Makanan, Malaysia, Tahun 1990-1995.
Sumber Makanan Bilangan Peratus
Kantin Sekolah 61 41.5
Dapur Asrama 62 42.2
RMT 9 6. 1
Tidak Diketahui 15 10.2
Jumlah 147 100
8.3.3 Pelaksanaan dan Penilaian
Peranan Guru Besar/Guru
(a) Memilih dan menyediakan senarai murid yang layak menerima susu Skim
Percuma.
(b) Menguruskan pesanan dan pengagihan susu Skim Percuma dan Skim
Bayaran.
(c) Menyimpan rekod kutipan dan penyerahan wang PSS.
(d) Menggalakkan tabiat meminum susu di kalangan murid dan menekankan
khasiat susu untuk kesihatan murid.
TOPIK 8 RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

148
(e) Menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan melalui PSS (kraf tangan,
karangan, kuiz dan lain-lain).
(f) Memberi penerangan kepada guru-guru mengenai pelaksanaan PSS di
sekolah.
(g) Menubuhkan Jawatankuasa PSS yang dianggotai oleh guru-guru, agensi-
agensi kerajaan yang berkaitan, wakil masyarakat setempat dan juga
badan-badan bukan kerajaan di ambil kira dalam merancang aktiviti dan
program BPS.


Rajah 8.8: Tanda-tanda dan gejala keracunan

Murid-murid sekolah boleh dianggap sebagai salah satu agen perubahan.
Seperti yang dimaklumkan, kanak-kanak lebih mudah menerima sesuatu
pengetahuan/pendapat daripada orang dewasa. Melalui sekolah atau
dengan lebih tepat lagi, melalui guru-guru adalah diharapkan perubahan
sikap dan amalan kesihatan seperti yang diingini dapat diusahakan di
kalangan murid-murid. Seterusnya murid-murid ini pula akan dapat
mempengaruhi ibu bapa, adik beradik dan rakan sebaya mereka melalui
pergaulan harian mereka.
TOPIK 8 RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN
149
Matlamat penting Pendidikan Kesihatan adalah untuk membentuk sikap dan
perlakuan yang positif terhadap kesihatan. Untuk mencapai matlamat ini
adalah lebih mudah dan berkesan jika kita "melentur buluh biarlah dari
rebungnya" iaitu, ketika kanak-kanak ini masih muda dan sebelum mereka
dipengaruhi oleh sikap dan amalan kesihatan yang negatif dan yang tidak
diingini. Tambahan pula, kanak-kanak sekolah adalah "captive audience"
yang mudah dihubungi.

Sekolah mempunyai sumber-sumber yang begitu besar dari segi kemudahan-
kemudahan serta tenaga manusia yang boleh digembelingkan bagi usaha-
usaha kesihatan masyarakat. Pada hari ini sekolah bukan sahaja dianggap
sebagai pusat pendidikan bahkan boleh dijadikan agen perubahan dalam
masyarakat.

Sebagai sebuah institusi membolehkan murid-murid mendapat pendidikan
dan menghabiskan masa kira-kira 6-10 jam sehari, persekitaran sekolah
hendaklah dipastikan supaya sentiasa dalam keadaan selamat, bersih, selesa
dan indah. Keadaan persekitaran sekolah yang sedemikian sudah tentu boleh
mewujudkan persekitaran yang kondusif kepada proses pembelajaran dan
pengajaran.

Kerjasama antara sekolah dengan masyarakat bertujuan untuk
mengintegrasikan aktiviti-aktiviti kesihatan sekolah dan kesihatan
masyarakat. Ianya merupakan satu proses dua hala di mana kedua-dua
sekolah dan masyarakat memikul tanggungjawab bersama untuk mengawasi
dan mempertingkatkan lagi status/taraf kesihatan kanak-kanak.

Dalam konteks ini sekolah perlu memikirkan apakah sumbangannya
terhadap masyarakat dan begitulah sebaliknya, iaitu apakah yang
masyarakat boleh sumbangkan kepada sekolah.



Laporan seminar Kebangsaan 1969 oleh Jawatankuasa Bersama Kesihatan
Sekolah, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran Malaysia April
1993. September 1997.
Program Kesihatan Sekolah Sihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Rancangan Makanan Tambahan Unit Kesihatan Sekolah, Bahagian Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai