Anda di halaman 1dari 34

PAKK3353

GURU & INTERVENSI KANAK-


KANAK BERKEPERLUAN KHAS
Aktiviti – aktiviti intervensi yang
sesuai mengikut
kecacatan/keperluan khas kanak-
kanak
Bahasa
• Menggunakan teknik Cahayaku
• Sebutan huruf melalui pergerakan mulut
• Mmmm, bbbb
• Kenalkan huruf tanpa mengikut susunan
Kognitif
• Sains: susun batang kayu aiskrim mengikut
warna

• Matematik: bina menara menggunakan lego


Domino
Batang Aiskrim
Sorting Beads
Shape Sorting
Fizikal
• Aktiviti melompat gelung – mudah ke sukar
• Aktiviti lari zigzag

• Permainan adunan tepung


• Pilih, cari dan asingkan
• Bermain buih
• Mencabut rumput
• Origami
• Terapi berkuda:
https://www.facebook.com/SKRCCentre.KubangK
erianKelantan/posts/terapi-berkuda-khas-untuk-
anak-anak-istimewa-di-skrc-centretujuan-
hippotherapy-t/1034516790067604/

• Terapi Renang:
http://myskpkalma.blogspot.com/2013/04/terapi
-renang.html
Ring Tower / Block Tower / Cup
Tower
Colour Sorting
Fur Balls
Sosioemosi
• Aktiviti muzik – pergerakan kreatif
• Aktiviti seni – melukis, mewarna, kolaj
• Terapi berkuda:
https://www.facebook.com/SKRCCentre.KubangK
erianKelantan/posts/terapi-berkuda-khas-untuk-
anak-anak-istimewa-di-skrc-centretujuan-
hippotherapy-t/1034516790067604/

• Terapi Renang:
http://myskpkalma.blogspot.com/2013/04/terapi
-renang.html
Pengurusan Diri
• Carta Alir Bergambar
• Ringkas
• Mudah difahami
• Pengulangan (rutin)
Aktiviti Pengamatan Pendengaran
Aktiviti Pengamatan Pendengaran 1:
• Mengetuk benda satu persatu untuk mendapatkan pelbagai bunyi
dan mengecam perbezaan bunyinya.

Bahan: Paku, tin, batang kayu, meja, tempurung, batu.

Aktiviti Guru/Murid:
1. Guru memperkenalkan benda-benda yang menghasilkan bunyi
seperti tin, paku, tempurung, batang kayu, meja dan batu.
2. Guru mengetuk benda itu satu persatu beberapa kali dan murid
mendengarnya.
3. Guru mengetuk dua benda yang berlainan. Murid menyatakan
sama ada bunyi benda itu sama atau tidak.
4. Murid menyanyi lagu “Mari Bergembira” dengan meniru nyanyian
daripada pita rakaman atau nyanyian atau nyanyian guru sendiri
Sambungan..
Aktiviti Pengamatan Pendengaran 2:
• Mendengar rakaman dan menyatakan bunyi-bunyi alam seperti
bunyi air mengalir, air menitik, angin kencang, angin menderu, petir,
hujan lebat, dan ombak.

Bahan: Pita rakaman yang mengandungi bunyi air mengalir, air menitik,
angin kencang, angin menderu, petir, hujan lebat, dan ombak.
Beberapa gambar carta yang dapat disesuaikan dengan bunyi-bunyi
yang diperdengarkan.

Aktiviti Guru/Murid:
1. Guru memperdengarkan bunyi-bunyi daripada pita rakaman.
2. Rakaman bunyi-bunyi itu diperdengarkan sekali lagi dan
murid menyatakan jenis bunyi itu.
3. Murid-murid lain memilih gambar yang sesuai dengan bunyi
yang dinyatakan.
Aktiviti Pengamatan Penglihatan
Aktiviti Pengamatan Penglihatan 1:
• Menghimpun gambar benda maujud yang sama
jenis, warna dan saiz.

Bahan: Pelbagai gambar kereta, baju, lain-lain.

Aktiviti Murid: Murid melaksanakan gambar yang


telah dicampur adukkan oleh guru. Aktiviti ini
dilaksanakan secara individu, kelas dan kumpulan.
Sambungan..
Aktiviti Pengamatan Penglihatan 2 :
• Menggunting dan menampal berbagai-bagai gambar mengikut tajuk di
papan kenyataan atau di buku skrap kelas.

Bahan: Gambar benda hidup, benda bukan hidup, benda yang boleh dimakan,
benda yang tidak boleh dimakan, pakaian, dan alat tulis-menulis.

Aktiviti Guru/Murid:
1. Guru berbincang dengan murid tentang benda hidup dan benda
bukan hidup.
2. Murid menyebut “benda hidup” atau “benda bukan hidup” sebagai
respons terhadap kad benda yang diimbaskan oleh guru.
3. Guru memberi murid kad gambar dan murid melekatkan kad itu di papan
kenyataan mengikut tajuknya seperti benda hidup, pakaian, alat tulis-menulis
dan lain-lain.
4. Murid menggunting gambar dan menampalkannya dalam buku skrap
mengikut tajuk tertentu.
Aktiviti Pergerakan Tangan Dan Mata
Aktiviti pergerakan Tangan dan Mata 1 :
• Membentuk benda daripada plastisin, tanah liat atau lain-
lain.

Bahan: Plastisin, tanah liat.


Aktiviti Guru/Murid:

1. Guru menunjukkan satu hasil karya objek menggunakan


plastisin (bentuk dsb)
2. Buat satu atau dua benda daripada bahan yang diberi
sebagai contoh.
3. Berikan bahan kepada murid dan minta mereka
membentuk benda atau model yang disukainya.
4. Minta murid menceritakan hasil kerja mereka
Sambungan..
Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 2:
• Melakar bentuk yang sesuai dari kiri ke kanan, dari kanan ke kiri dan
dari atas ke bawah untuk membolehkan membentuk huruf.

Bahan: Lembaran kerja, benda maujud (dulang berpasir, model pokok,


model tiang bendera, bola, manik, cawan, air), kertas pendua yang
mengandungi perjalanan atau arah yang dibuat dengan garisan putus-
putus.

Aktiviti Murid:
1. Menggolekkan bola di atas dulang berpasir dengan jari dari kiri ke
kanan dan sebagainya.
2. Murid memegang cawan plastic yang penuh dengan air dengan
tangan kanan dan menggerak-gerakkan tangan kanan mereka ke kiri
ke kanan dan sebaliknya. Teknik memegang cawan dipelbagaikan.
3. Murid melakar garis pada dulang pasir dari model pokok ke tiang
bendera.
Aktiviti untuk Kanak-kanak Bermasalah
Pendengaran
Aktiviti Bacaan bibir
• memahami pertuturan dengan mengikut atau memerhati
bibir penutur termasuk memahami dan mentafsir hinggas ke
otot muka dan gerak badan penutur. Bacaan bibir adalah
pertuturan tulin atau pure oral yang memberi tekanan
kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui
pertuturan secara ‘sengaja’.

Aktiviti Murid:
• Guru menyebut perkataan dan menggerakkan bibir dengan
jelas
• Murid akan membaca pergerakan bibir guru dengan
menyebut semula perkataan tersebut
• Kad bergambar ditunjukkan sekiranya diperlukan
AKTIVITI TIUPAN SENI
• Aktiviti seni teknik tiupan merupakan salah satu cara
mengawal pernafasan terutama bagi mbk yang sukar
mengawal lelehan air liur atau suara seperti celebral
palsy.
• Bahan – berus, kertas lukisan, straw, warna air
• Langkah aktiviti :
1) Murid dilatih membuat tiupan di udara menggunakan
straw minuman.
2) Murid mencampurkan pelbagai warna untuk
menghasilkan corak pelbagai.
3) Murid membuat hasil karya seni menggunakan teknik
tiupan.
Contoh teknik tiupan
AKTIVITI BAHASA
• Aktiviti mengecam dan menamakan vokal a dan i.
• Langkah aktiviti:
1) Murid ditunjukkan beberapa gambar haiwan.
2) Murid dipamerkan gambar haiwan yang
mewakili vokal a dan i seperti angsa dan ikan.
3) Murid diminta membunyikan dan mengenalpasti
vokal a dan ii.
4) Murid diminta menamakan haiwan secara
berulang dan memadankan huruf vokal dengan
haiwan tersebut.
AKTIVITI MEMBINA ISTANA PASIR
• Aktiviti dapat membantu meningkatkan kemahiran
motor halus, membina keyakinan diri dan
mengamalkan nilai sabar dan bertanggungjawab.
• Bahan – serampang tangan, sudip, acuan, baldi
Langkah aktiviti:
1) Murid diberi penerangan keselamatan terlebih
dahulu.
2) Murid melakukan regangan tangan.
3) Murid meramas dan menggenggam pasir.
4) Murid membina istana pasir menggunakan pelbagai
alatan.
5) Murid membersihkan alatan yang digunakan.
Aktiviti membina istana pasir
Rujukan
• http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2012/01/
contoh-aktiviti-intervensi.html
• http://saatakukaupilih.blogspot.com/2014/01
/aktiviti-kanak-kanak-yang-murah-bagus.html
• https://www.facebook.com/rajiahnasir
• http://ppkismkmm.blogspot.com/2016/05/pe
rtandingan-melukis-dan-mewarna.html
• https://tudungsicomel.com/aktiviti-
merangsang-kreativiti-anak/

Anda mungkin juga menyukai