Anda di halaman 1dari 16

Murid memberi interpretasi baru mengenai

sesuatu cerpen atau hasil kesusasteraan.


Verbal-
Linguistik
Murid menghasilkan muzik yang luar biasa
tetapi masih seronok dan gemar didengar.
Muzik
Murid mencari cara menggunakan bahan
alam semula jadi sebagai bahan sumber
penghasilan sesuatu yang baru dan luar
biasa.
Naturalis
Murid menjalankan eksperimen sains yang
keputusannya di luar jangkaan murid.
Logik-
Matematik
Murid menggunakan pergerakan atau stail
baru dalam tarian dan drama.
Kinestetik
Murid melukis sesuatu menggunakan
stail,media atau bahan baru.
Visual-Ruang
Murid menginterpretasi motif watak
seseorang dalam cerita dan drama.
Interpersonal
Murid memahami diri secara lebih
mendalam dengan mengaitkan apa yang
dipelajari dengan sendiri.
Intrapersonal
Faedah SDP dalam Pengajaran dan
Pembelajaran
Faedah
SDP
Menjadikan
proses P&P di
sekolah
menjadi lebih
seronok.
Membantu
memahami
diri sendiri.
Membantu
perkembangan
intelek terutamanya
dari aspek
menyelesaikan
masalah.
Memotivasikan dan
menjadikan guru itu
kreatif, inovatif, peka,
berpesonaliti seimbang,
berketrampilan dan
profesional.
Membantu
perkembangan
insan secara
seimbang dan
menyeluruh.
Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri
dan kemahiran belajar.
Warna yang lembut, terang ataupun gelap dapat mempengaruhi emosi dan
tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau tindakan.
Apabila kita menggunakan pilihan warna yang lembut, ianya dapat
memberi keyakinan dalam diri kita.
Keyakinan akan membuka minda untuk mendapatkan kemahiran yang kita
pelajari.
Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.
Kreativiti semulajadi akan meransang proses pembelajaran.
Ini menjurus kepada keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif.
Seni banyak dihubungkaitkan dengan personaliti, sosial, ekonomi dan
kebudayaan.
Oleh itu, seni mampu mempengaruhi kita dalam membina sikap, keperibadian
dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian masyarakat masa kini.
Belajar cara belajar-aplikasi informasi secara berkesan.
Integrasi seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan
otak kiri dan otak kanan, pada masa yang sama kanak-kanak belajar
secara aktif dan menyeronokkan.
Melalui seni, kita dapat mempelajari cara orang lain berfikir, bekerja
dan mengekspresi kendiri.
Justeru itu, seni dapat mempengaruhi kita untuk membuat keputusan
dalam pelbagai situasi.
Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti
yang seimbang, berketrampilan dan professional.
Guru yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian atau tumpuan
pelajar untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan.
Contohnya melalui aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, guru
dapat membantu murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam
pembelajaran dan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi,
eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid dan ini akan
lebih menyeronokkan murid-murid tersebut.
Membantu guru melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran dengan mudah.
Seni membantu para guru dalam memahami diri dan
persekitaran.
Aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan memudahkan
proses menghubungkait semua benda dalam alam ini.
Guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam
pangajaran dan pembelajaran.
Seni perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum.
Ini adalah kerana manusia memperolehi pengetahuan
melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui pelbagai
teknik pengajaran.
Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik
dan strategi serta kelebihan diri untuk menggalakkan
murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi
proses pengajaran dan pembelajaran.
Kepentingan imaginasi, emosi, ekspresi
dan kreativiti
Aktiviti SDP memberi
peluang untuk murid
membina keyakinan
menajamkan persepsi.
Meningkatkan kreativiti dan
meningkatkan nilai
estetik(penghargaan kpd
keindahan) murid.
Meningkatkan daya kemahiran
kreativiti seseorang.
Menjadi asas yang mendorong
seseorang murid berupaya
menyelidik dan meneroka
sesuatu perkara.
Emosi mempengaruhi
ingatan.
Konsep IQ dan EQ
dikaitkan dengan
keupayaan mental
melakukan proses kognitif.
Pengalaman kanak-kanak
melalui interaksi dan
tindakan yang diambil dalam
kehidupan seharian.
Kebolehan kanak-kanak
meluahkan perasaannya
secara lahiriah.
Imaginasi Emosi
Ekspresi Kreativiti
Dalam usaha untuk mewujudkan pembelajaran yang
menyeluruh dan menyeronokkan melalui SDP, terdapat 3
teras utama iaitu:
seni visual
muzik
pergerakan

Aktiviti-
aktiviti
Imaginasi
Penglibatan
deria
Kecerdasan
Emosi
Kecerdasan
Ruang
Kecerdasan
Muzik
Kecerdasan
Kinestatik
Kreativiti
Bahasa
Alat atau perwujudan budaya yang digunakan manusia untuk saling berkomunikasi
dengan tulisan, lisan ataupun bahasa isyarat dengan tujuan menyampaikan keinginan
atau perasaan kepada orang lain.
Seni
Kesenian mengacu kepada nilai keindahan ataupun estetika yang berasal daripada
eksperasi hasrat manusia akan keindahan yang dinikmati melalui mata ataupun telinga.
Teknologi
Cara-cara atau teknik-teknik dalam mengguna serta memelihara segala peralatan dan
perlengkapan.
Muncul dalam cara-cara manusia mengorganisasikan masyarakat, dalam cara
mengekspresikan rasa keindahan atau dalam meperlihatkan hasil-hasil kesenian.
Agama
Agama dan sistem kepercayaan seringkali diintegrasikan dengan kebudayaan.
Sebuah unsur yang penting dalam sejarah manusia.
Agama juga dapat mempengaruhi kesenian.
Aktiviti 1: Musical chair
Objektif: Murid-murid dapat menguji kemahiran
mendengar dan bertindak balas dengan cepat.
Langkah Pengajaran:
1. Guru memberi arahan kepada murid-murid untuk
mengambil kerusi dan menyusun dalam bentuk
bulatan.
2. Guru menerangkan cara bermain.
3. Muzik dimainkan. Murid-murid mula bergerak
mengelilingi kerusi dengan aksi yang berbeza. Apabila
muzik dihentikan, murid yang tidak mendapat tempat
duduk akan disingkirkan. Sebuah kerusi dikeluarkan.
4. Langkah 3 diulang sehingga tinggal seorang murid
sahaja dan dia dikira pemenang.
5. Guru menerangkan tujuan melaksanakan aktiviti
tersebut.
Aktiviti 2: Cat walk
Objektif: Menguji kemahiran pengamatan murid.
Langkah Pengajaran:
1. Guru menerangkan cara-cara aktiviti dijalankan kepada murid-
murid.
2. Satu walkway yang khas diwujudkan dan murid akan berdiri di
tepi jalan khas tersebut.
3. Murid akan melalui jalan khas dengan gaya dan aksi yang
berbeza mengikut tempo lagu dan murid lain memberikan
sokongan kepada murid tersebut.
4. Guru menerangkan tujuan aktiviti tersebut dilaksanakan.
Aktiviti 3: Muzik dan abjad
Objektif: Murid-murid dapat menghasilkan bentuk abjad
menggunakan badan mereka dengan bantuan muzik.
Langkah Pengajaran:
1. Guru menerangkan kepada murid apa yang hendak dilakukan
pada hari tersebut.
2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap
kumpulan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 5 orang
ahli.
3. Setiap kumpulan diminta untuk menghasilkan seberapa banyak
bentuk-bentuk abjad mengikut kreativiti mereka masing-masing
dengan menggunakan badan mereka. Muzik dimainkan.
4. Jumlah abjad yang dapat dibentuk dicatat dan kumpulan yang
menghasilkan abjad terbanyak dikira sebagai pemenang.
5. Guru memuji murid dan seterusnya menerangkan tujuan aktiviti
tersebut dilaksanakan.

Anda mungkin juga menyukai