Anda di halaman 1dari 8

REKA BENTUK TEKNOLOGI PERTANIAN

VRA3013

LAPORAN PERTANIAN ORGANIK

TARIKH:

19 MEI 2019

LOKASI

TANJUNG MALIM PERAK

NAMA NO MATRIKS
MUHAMMAD AZIZI BIN ABDUL D20181084362
RASHID
MUHAMMAD NUR AIZAT BIN D20181084363
HASBULLAH
NUR MAIZURAH BINTI AHMAD D20181084367
KHAIR
NUR AYUMI BINTI JAMIL D20181084369
PENGENALAN

Pertanian adalah merupakan tunggak asas kepada kehidupan manusia baik dari segi
sumber makanan, kewangan dan ekonomi. Slogan ‘pertanian adalah perniagaan’
sememangnya ada kebenaran. Situasi yang membolehkan aktiviti pertanian itu
menjadi satu perniagaan boleh terjadi apabila pengeluaran hasil pertanian pekebun
atau peniaga ini tadi bukan sahaja telah melebihi keperluan sara hidup diri, malahan
telah dapat memberi keuntungan kepada pengusahanya tadi.

‘Pertanian adalah perniagaan’ juga merupakan visi yang sangat popular. Ia bertujuan
untuk mentransformasikan Malaysia daripada sebuah negara perindustrian kepada
sebuah negara pertanian. Dengan melakukan aktiviti-aktiviti berasaskan pertanian,
seseorang itu mampu menjana pendapatan yang lebih besar dan bukan sekadar
untuk keperluan diri sahaja. Persepsi rakyat terhadap sektor pertanian juga perlu
diubah. Rakyat perlu lebih berani mengambil risiko dan mula berbakti kepada tanah.
Pertanian perlu diceburi oleh segenap lapisan umur dan bukan hanya petani-petani
yang sudah lanjut usianya.

Tumpuan kerajaan kepada sektor pertanian bukanlah bersifat satu langkah ke


belakang. Usaha ini dilihat sebagai salah satu usaha kerajaan untuk meningkatkan
taraf hidup rakyat Malaysia dan seterusnya membantu menambah hasil pendapatan
negara. Dalam memajukan sektor pertanian, kerajaan telah melakukan banyak
perubahan daripada aspek proses dan keperluan jentera. Dengan bantuan agensi
kerajaan seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia atau MARDI,
kita telah berjaya menghasilkan pelbagai variasi, klon dan baka tanaman baru dengan
bantuan teknologi ICT yang terkini.
ISI KANDUNGAN
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 DEFINISI PERTANIAN ORGANIK

PERTANIAN ORGANIK (Organic Farming) adalah sistem mengusahakan bidang


pertanianyang mengunakan bahan-bahan semulajadi dan tanpa menggunakan bahan
kimia sintetis. Pertanian cara ini juga didefinisikan sebagai sistem pengurusan
pengeluaran makanan holistik yang mana ia menggalakkan dan meningkatkan
kesihatan ekosistem. Melalui kaedah holistik yang diamalkan secara semula jadi,
pertanian organik akan menyatukan kepelbagaian bio-semulajadi, kepelbagaian bio-
pertanian dan juga aspek pemuliharaan tanah. Ia merupakan teknologi pertanian
untuk membuka satu langkah ke hadapan yang dirancang untuk menghapuskan
prnggunaan baja kimia, racun makhluk perosak dan organisma ubahsuai genetik
(GMO). Ini kerana perkara ini bukan hanya memperbaiki kesihatan manusia tetapi
juga flora dan fauna dan alam sekitarnya dan termasuk kepelbagaian bio, pusingan
biologikal dan aktiviti biologikal tanah.

Pertanian organik juga dirangka agar dapat mengeluarkan produk pertanian


berbentuk makanan yang sihat dan selamat dimakan kepada orang ramai dan
masyarakat. Konsep pertanian organik adalah untuk menghasilkan bahan makanan
yang bebas daripada bahan-bahan kimia serta selamat dimakan.Ini disebabkan
tanaman bukan organik atau ditanam secara konvesnional sering menggunakan
berjenis bahan kimia seperti baja dan racun kimia bagi mempastikan tiada berlaku
serangan perosak dan penyakit serta unsur permakanan yang mencukupi untuk pokok
tumbuh subur. Teknologi Pertanian Organik tidak menggunakan racun kimia perosak
tetapi menggunakan kaedah kawalan biologi untuk mengawal haiwan perosak.

Akhir sekali, teknologi tanaman organik juga akan membantu mengitar semula sisa
pertanian, sisa dapur, sisa laman dan najis haiwan ternakan secara biologikal. Proses
pengitaran ini melibatkan prosesdimana organisma mikrob yang bertindak tidak
memberikan impak negatif kepada tanaman mahupun masyarakat. Lazimnya bahan
organik seperti najis lembu ternakan boleh dijadikan baja kompos kepada tanaman.
Najis lembu tadi tidaklah dibuang begitu sahaja tetapi ia dijadikan baja kompos dimana
baja ini tidak mengandungi sebarang unsur-unsur kimia yang boleh memudaratkan
kesihatan penguna. Proses untuk pengitaran semula ini akan menjadikan tanaman
organik berkualiti dan dapat mengelak berlakunya pembaziran.
1.2 LATAR BELAKANG PROJEK

Anda dan lima orang rakan anda baharu sahaja menamatkan pengajian dari salah
sebuah universiti tempatan dalam bidang pertanian dan telah membeli sebuah lading
kecil yang yang berkeluasan 12 ekar. Dengan berbekalkan ijazah dalam bidan
pertanian, anda dan rakan-rakan anda telah memilih untuk mengusahakan
penanaman secara organik. Anda sebagai ketua projek perlu membuat lima tahun
perancangan dan membuat keputusan tanaman apa yang perlu ditanam dan dijual
dan apakah kaedah atau teknologi yang perlu digunakan untuk memastikan tanaman
mudah dijaga dan mendapat nutrien yang mencukupi. Rancang dan bina satu system
yang bersesuaian dengan keluasan dan jenis tanaman yang hendak ditanam.

Jenis penanaman : penanaman organik


Kawasan tanaman : Tanjung Malim, Perak
Jenis tanaman : 1) cili
2) jagung
3) timun jepun
4) rock melon
Luas Kawasan : 12 ekar
sistem penanaman: 1) konvensional
2) fertigasi

1.3 OBJEKTIF

Terdapat objektif utama dalam projek pertanian ini.

1. Mengenal pasti jenis tanaman yang sesuai untuk menjalankan pertanian ini.
2. Mengetahui serta menggunakan kaedah penanaman yang sesuai untuk
tanaman
3. Mewujudkan kumpulan tenaga yang terlatih dan mahir untuk keperluan industri
pertanian.
4. Menentukan keluaran hasil-hasil tanaman makanan yang berkualiti dan
selamat serta memelihara alam sekitar.
BAB 2 METODOLOGI

2.1 JENIS TANAMAN

1. Cili (Capsicum annum)

Akar :
Sistem akar tunjang dan akar serabut.
Daun :
Berwarna hijau muda ke hijau tua.Bentuknya 'lanceolate' .
Bunga :
Berwarna putih, dari ketiak daun .
Buah :
Merah dan tirus dihujung .
Cara Pendebungaan :
Persenyawaan sendiri. Persenyawaan silang (30%)
KEPERLUAN ASAS TANAMAN
Suhu :
20-33° C .
Taburan hujan :
1500-2000 mm/tahun.
Ketinggian :
Sehingga 500 m atas parat laut
Jenis tanah :
Berbagai jenis tanah termasuk tanah gambut, BRIS dan tanah bekas lombong.
pH tanah :

5.5 - 6.8
2. Jagung (Zea mays)

KETERANGAN BOTANI

Batang :
Lurus, mempunyai buku yang tebal di bahagian bawah. Tinggi sehingga 4.5 m
dan tidak mempunyai cabang.

Daun :
Bentuk lamina panjang, hujung daun bentuk akut. Daun berbulu halus di
permukaan. Daun tersusun secara berselang pada batang.

Bunga :
Monosius. Panikel jantan padat dan banyak cabang mempunyai spikelet
jantan. Setiap spikelet mempunyai 2 floret jantan. Spikelet betina
mengeluarkan 2 floret. Benangsari panjang terbit dari ovari hingga ke hujung
tongkol.

Buah:
Lebar, obovat dan bentuk wedge .

Akar :
Terdiri dari akar redikel dan akar seminal yang merupakan akar primer untuk
menyokong pertumbuhan pokok.

KEPERLUAN ASAS TANAMAN

Suhu :
30°C hingga 35°C .

Taburan hujan :
500 - 700 mm/tahun.

Jenis tanah :
Kedalaman tanah > 50 cm, selain dari pasir yang tak bertekstur dan lempung.

pH tanah :
5.0 - 6.5

Anda mungkin juga menyukai