Anda di halaman 1dari 7

Isi Kandungan

Bil Perkara Muka Surat


1.0 Pendahuluan 2
2.0 Pengenalan Tanaman dan Haiwan Akuatik yang Digunakan 3
2.1 Tanaman: Salad
2.2 Haiwan Akuatik: Tilapia
3.0 Masalah, Isu, Cabaran dan Prospek dalam Industri Pertanian 3–4
Integrasi Akuaponik
4.0 Cadangan Mengatasi Masalah, Isu dan Cabaran dalam Industri 4
Pertanian Integrasi Akuaponik
5.0 Penyediaan Rekod Fizikal, Rekod Kewangan dan Rancangan 4
Kerja
5.1 Rekod Fizikal 4–5
5.2 Rekod Kewangan 5
5.3 Rancangan Kerja 6
6.0 Kesimpulan 6
7.0 Rujukan 7
8.0 Lampiran 7

1
1.0 Pendahuluan
Menurut Suhaimi (2018), akuaponik adalah gabungan akuakulutur (ternakan ikan
air tawar) dan hidroponik (kaedah pertanian berasaskan air). Haiwan akuatik yang
diternak dibela bersama tumbuhan dalam satu sistem bersepadu. Haiwan akuatik
menghasilkan ammonia dan urin sebagi sisa. Ini adalah sumber makanan organik untuk
tumbuhan. Tanaman pula secara semulajadi menyaring air untuk ikan dan ini
membentuk satu hubungan simbiosis antara kedua-dua hidupan ini.
Untuk projek pertanian integrasi ini, terdapat tiga model akuaponik yang boleh
dilakukan dalam reka bentuk sistem akuaponik iaitu sistem Raft, sistem Ebb and Flow
dan sistem NFT (Near Film Technique). Projek pertanian integrasi akuaponik yang telah
saya pilih ialah NFT. Sistem NFT ialah salah satu sistem akuaponik secara kitaran, di
mana dua tangki berasingan digunakan (tangki haiwan akuatik dan tanaman). Air baja
daripada tong simpanan dipam naik ke dalam palung yang diletak diatas para secara
senget agar air baja mengalir turun kebahagian palung yang agak rendah. Pengaliran air
tersebut dikira sangat cekap untuk diserap oleh akar tumbuhan kerana pergerakan
lapisan air nipis yang perlahan dan kadar aliran yang tetap. Lebihan air yang tidak
diserap akan turun dan masuk semula kedalam takungan air simpanan baja dan boleh
dipam semula kedalam sistem palung. Ini adalah proses yang berterusan. Komponen
Hidroponik NFT adalah tong simpanan air baja (saiz isipadu bergantung kepada kuantiti
lubang tanaman), pam air (submersible pump dan pam air), Sesalur (PVC atau polypipe
atau HDPE), takung atau palung penanaman, sistem para atau rak yang boleh
ubahsuai (tinggi sebelah), penutup palung berlubang untuk penanaman (growing tray),
media tanaman dan juga mangkuk tanaman (net pots). Rajah 1 di bawah menunjukkan
contoh model sistem NFT.

Rajah 1: Contoh model sistem NFT


2.0 Pengenalan Tanaman dan Haiwan Akuatik yang Digunakan
2.1 Tanaman: Salad

2
Tanaman yang telah telah digunakan untuk projek pertanian integrasi akuaponik
ini adalah salad looseleaf. Salad looseleaf tidak mempunyai jantung dan berbentuk
bulat. Tanaman salad dipilih untuk projek akuaponik ini kerana ia tidak memerlukan
keperluan nutrien yang tinggi. Salad selalunya ditanam untuk dimakan sebagai salad
segar. Salad sesuai untuk ditanam sepanjang tahun kerana ia mampu mehanan cuaca
panas. Salad boleh dituai selepas 8-10 minggu. Petani boleh menuai salad dengan dua
cara; menuai bahagian luar daun sahaja atau menuai keseluruhan salad sekali gus. Jika
bahagian luar daun sahaja yang dituai, daun baharu akan tumbuh selepas bahagian luar
dipetik. Tanaman salad di Malaysia adalah untuk tujuan kegunaan domestik dan hanya
sebahagian kecil untuk eksport.

2.2 Haiwan Akuatik: Tilapia


Haiwan akuatik yang selalu digunakan dalam sistem akuaponik ialah ikan air
tawar. Oleh itu, ikan tilapia telah dipilih sebagai haiwan akuatik untuk projek pertanian
integrasi ini. Ikan tilapia tahan lasak dan dan mudah untuk dijaga. Ia mampu hidup
dalam keadaan air yang pelbagai dan cepat membesar.

3.0 Masalah, Isu, Cabaran dan Prospek dalam Industri Pertanian Integrasi
Akuaponik
Walaupun terdapat banyak kelebihan dalam industri pertanian integrasi
akuaponik ini, terdapat juga masalah atau cabaran yang dihadapi oleh petani yang
menggunakan teknik ini. Antara masalah yang dihadapi ialah kos permulaan dan
penyelenggaran yang lebih tinggi berbanding tanaman biasa. Sistem akuaponik
memerlukan peralatan yang lebih seperti tangki untuk hidupan akuatik, paip dan
sebagainya. Kos penyelenggaraan sistem akuaponik juga adalah lebih tinggi berbanding
tanaman biasa kerana kehadiran tanaman akuatik. Petani perlu mengambil kira kos
untuk penjagaan hidupan akuatik juga selain dari kos untuk menyelenggara tanaman.
Selain itu, petani juga memerlukan pengetahuan dan kemahiran teknikal yang
tinggi untuk menyediakan dan mengendalikan sistem akuaponik. Petani perlu
mempunyai pengetahuan dari segi kerja paip untuk memasang sistem akuaponik, jenis
tanaman dan hidupan akuatik yang sesuai untuk digunakan dalam sistem akuaponik
dan juga cara penjagaan hidupan akuatik yang digunakan. Petani yang kurang
berpengetahuan dalan sistem akuaponik akan lebih cenderung untuk melakukan
kesilapan yang menyebabkan kerugian seperti kematian ikan kerana terdapat beberapa

3
pengetahuan yang diperlukan untuk membina bakteria yang diperlukan dalam sistem
akuaponik.
Menurut Goddek (2015), Kuasa bekalan elektrik yang berterusan juga adalah
diperlukan dalam sistem pertanian integrasi akuaponik ini. Ini boleh menyebabkan
masalah kepada petani yang tidak mempunyai bekalan elektrik yang stabil di kawasan
pedalaman.

4.0 Cadangan Mengatasi Masalah, Isu dan Cabaran dalam Industri Pertanian
Integrasi Akuaponik
Kos sistem akuaponik yang tinggi boleh dikurangkan dengan menggunakan
bahan yang boleh dikitar atau diguna semula seperti lebihan paip, tangki atau bekas
plastik untuk sistem raft. Masalah dari segi pengetahuan teknikal boleh diatasi dengan
mengadakan kursus akuaponik kepada petani untuk meningkatkan pengetahuan
teknikal mereka. Pihak kerajaan boleh mengambil inisiatif untuk mensubsidi kursus ini
jika perlu. Kesedaran berterusan dalam menimba ilmu perlu dipupuk dalam kalangan
masyarakat Malaysia. Untuk menjamin kuasa bekalan elektrik yang berterusan, petani
boleh menggunakan penjana elektrik sebagai alternatif lain jika sumber elektrik utama
terputus.

5.0 Penyediaan Rekod Fizikal, Rekod Kewangan dan Rancangan Kerja


5.1 Rekod Fizikal

Rajah 2: Bahan – bahan yang digunakan

4
Rajah 3: Kulit telur yang digunakan untuk menyemai biji benih salad

Rajah 4: Hasil akhir projek.

5.2 Rekod Kewangan


Ukuran Harga Seunit
Bil Komponen/Bahan Kuantiti Harga (RM)
(m) (RM)
1. Hidroton - 800 g 10.00 10.00
2. Cocopeat - 1 kg 8.80 8.80
3. Kapas - 1 paket 2.80 2.80
0.70 2 6.00 / meter 8.40
4. Paip (2 inci)
1.0 4 6.00 / meter 24.00
5. Paip (3 inci) 0.80 2 12.50 / meter 20.00
6. Paip (siku 90° ) - 2 4.00 8.00
7. Biji benih - 10 0.50 5.00
Jumlah 87.00
Jadual 1: Rekod Kewangan
5.3 Rancangan Kerja
Kami telah lakukan perancangan kerja terlebih dahulu sebelum melaksanakan
projek pertanian integrasi NFT ini. Rancangan kerja adalah seperti di bawah:

5
Aktiviti Minggu
1 2 3 4 5
(10/8/19) (17/8/19) (24/8/19) (31/8/19) (6/9/19)
Mengumpul maklumat √ √
Mengagihkan tugas √
Mendokumentasikan bahan dan √ √ √ √
proses kerja
Melakar reka bentuk model √
Membuat analisis lakaran √
Menghasilkan model √ √
Membuat pengujian dan √
penambahbaikan
Membuat penilaian dan cadangan √
penambahbaikan reka bentuk
Melengkapkan dokumentasi dan √ √
laporan
Jadual 2: Rancangan kerja

6.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, sistem pertanian integrasi akuaponik merupakan satu revolusi
dalam dunia pertanian di mana ia dapat menyelesaikan masalah berkaitan sistem
akuakultur dan hidroponik yang sering dihadapi oleh pengusaha dan petani
Walau bagaimanapun, penyelidikan dan perkembangan selanjutnya dalam sisem
akuaponik diperlukan untuk mengatasi cabaran yang telah dihuraikan. Cabaran-cabaran
ini perlu diselesaikan dengan matlamat untuk mewujudkan sistem akuaponik yang lebih
mudah untuk dikendalikan dan berdaya maju dari segi ekonomi.

7.0 Rujukan
Suhaimi, Y. (2018). Sistem Akuaponik. Diperoleh dari
http://myagri.com.my/2018/02/6237/

Goddek, S., Delaide, B., Mankasingh, U., Ragnarsdottir, K., Jijakli, H., & Thorarinsdottir,
R. (2015). Challenges of Sustainable and Commercial Aquaponics. Sustainability, 7(4),
4199–4224. doi: 10.3390/su7044199

6
8.0 Lampiran

Rajah 5: Sistem NFT yang telah lengkap Rajah 6: Tali kasut yang digunakan
untuk menyerap air ke akar pokok

Rajah 7: Proses pemasangan sistem akuaponik NFT

Anda mungkin juga menyukai