Anda di halaman 1dari 10

Isi Kandungan

Bil. Perkara Muka Surat


1.0 Pengenalpastian Masalah 2
2.0 Pencetusan Idea 3
3.0 Perekaan Projek 4-6
4.0 Pilihan Projek 7-8
5.0 Perancangan Projek 9

1
1.0 Pengenalpastian Masalah
Semua guru telah maklum dengan konsep pembelajaran abad ke-21 di mana
proses pembelajaran berpusatkan murid ditekankan di sekolah. Konsep 6C ditekankan
dalam pembelajaran abad ke-21, iaitu elemen pemikiran kritis, kreativiti, kolaborasi,
komunikasi, perwatakan dan kenegaraan. Ini adalah untuk mewujudkan rakyat Malaysia
yang mampu bersaing dengan masyarakat lain dalam dunia yang sedang pesat
membangun pada masa kini.
Dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran abad ke-21, guru sememangnya
perlu mempunyai alat bantu mengajar (ABM) yang pelbagai dan lengkap untuk
digunakan di dalam semua kelas yang diajar. ABM adalah perlu untuk mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang lebih interaktif, menarik dan berpusatkan murid. Antara
ABM yang selalu digunakan oleh guru-guru pada masa kini adalah ‘mini whiteboard’
untuk perbincangan secara berkumpulan, ‘traffic light card’ untuk menilai tahap
kefahaman murid, ‘sticky notes’ untuk mengumpul maklum balas dari murid dan pelbaga
prop.
Walau bagaimanapun, ABM mempunyai pelbagai saiz, bentuk dan berat dan ini
memberi masalah kepada guru-guru untuk membawa kesemua ABM yang diperlukan ke
setiap kelas.

2
2.0 Pencetusan Idea
Berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang guru selama 7 bulan, saya
mempunyai masalah untuk membawa semua benda yang saya perlukan di setiap kelas.
Selalunya saya akan berulang alik ke kelas kerana tidak cukup tangan untuk membawa
semua benda yang diperlukan.
Jika setiap guru mempunyai bekas mudah alih yang mampu memuatkan
kesemua ABM mereka, ini merupakan satu ciptaan yang sangat berguna kepada semua
guru. ABM yang selalu saya gunakan di kelas adalah ‘popsicle sticks’ (digunakan untuk
memanggil murid di dalam kelas), ‘sticky note’, ‘mini whiteboard’, kertas A4, ‘traffic light
card’, dan alat tulis lain seperti gam, gunting, stapler dan marker papan putih. Kadang
kala, saya akan membawa ABM yang spesifik dengan topik yang diajar seperti tanah
liat, cermin dan sebagainya.
Maka, tercetuslah idea untuk menghasilkan apron serba guna yang boleh
memuatkan kesemua ABM yang kerap saya gunakan di kelas untuk projek ini. Saya
memilih untuk mereka bentuk apron sebagai tempat meletakkan ABM kerana ia mudah
untuk digunakan dan dibawa ke mana-mana. Saya boleh memakai apron tersebut
semasa mengajar dan terus mencapai ABM yang diperlukan semasa waktu PdPc tanpa
perlu berulang-alik ke meja guru di dalam kelas.

3
3.0 Perekaan Projek

Rajah 1: Lakaran A

Lakaran A menggunakan fabrik kapas yang mempunyai pengudaraan yang baik.


Penggunaan klip untuk melaraskan panjang tali yang digantung di leher dan pinggang
pengguna lebih tahan lama. Namun begitu, tiada kompartmen untuk meletakkan kertas
A4 dan mini whiteboard. Fabrik kapas juga tidak kalis air.

Rajah 2: Lakaran B

Lakaran B mempunyai reka bentuk yang ringkas. Ia menggunakan fabrik calico yang
sangat tahan lasak. Walaupun begitu, fabrik calico mempunyai tekstur yang kasar dan
ini akan menyebabkan ketidakselesaan apabila fabrik bergeser dengan kulit. Ia juga
mempunyai kompartmen yang sangat terhad.

4
Rajah 3: Lakaran C

Lakaran C menggunakan kain felt yang bersifat kalis air. Ia juga mempunyai
kompartmen meletak marker dan popsicle sticks. Walau bagaimanapun, reka bentuknya
yang melintang akan menyebabkan kesukaran pengguna untuk bergerak ke tempat
yang sempit. Reka bentuk tali yang tetap juga menyebabkan ianya tidak boleh
dilaraskan oleh pengguna yang berbeza ketinggian.

Rajah 4: Lakaran D

Lakaran D mempunyai reka bentuk yang menarik dan berfesyen kerana bentuknya yang
seakan-akan seperti ‘dress’. Kompartmen untuk meletak kertas A4 sangat berguna
untuk saya letakkan lembaran nota atau lembaran kerja di dalamnya. Kain denim yang
digunakan juga bersifat ringan dan selesa untuk dipakai. Akan tetapi, kain denim tidak
kalis air dan tempat meletakkan ‘sticky notes’ di poket bawah tidak mempunyai penutup
di ruang pembukaannya.

5
Rajah 5: Lakaran E

Lakaran E mempunyai kompartmen yang banyak dan pelbagai saiz. Fabrik oilcloth yang
digunakan juga adalah kalis air. Tetapi, penggunaan tali pada leher dan pinggang
kurang menjamin keupayaan apron ini untuk menampung ABM yang banyak dan berat.

6
4.0 Pilihan Projek
Berdasarkan kelima-lima lakaran yang telah dibuat, saya membuat keputusan
untuk memilih lakaran E sebagai projek pilihan saya. Lakaran E mempunyai banyak
kompartmen di mana kesemua ABM yang saya kerap gunakan dapat dimasukkan ke
dalam apron tersebut. Fabrik oilcloth yang digunakan adalah kalis air dan terdapat
pelbagai corak oilcloth menarik yang dapat meningkatkan nilai estetika apron ini,
Lakaran E mempunyai elemen dan prinsip reka bentuk seperti berikut:

Elemen reka bentuk


 Garisan – pada jahitan setiap ‘compartment’ (tempat meletakkan pen marker,
gam dan ‘popsicle sticks’ dan juga poket untuk meletakkan ‘sticky notes’.
 Ruang – ruang ilusi boleh dilihat pada bahagian tepi apron sebagai ruang untuk
meletakkan ABM khas (tanah liat dan sebagainya).
 Rupa – Pelbagai rupa geometri dapat dilihat seperti rupa segi empat sama pada
poket ‘sticky notes’, rupa lonjong pada zip dan rupa segi empat tepat pada
barisan ‘compartment’ di hadapan apron.
 Bentuk – Bentuk ilusi dapat dilihat pada tepi apron yang memberi bentuk 3D.

Prinsip reka bentuk


 Pengulangan – pada barisan ‘compartment’ di hadapan apron.
 Keseimbangan – reka bentuk apron adalah simetri.
 Keringkasan – reka bentuk apron adalah ringkas dan kemas.
 Kepelbagaian – Penggunaan zip, velkro dan butang untuk menutup ruang
pembukaan yang berbeza dalam apron yang sama.

7
8
Rajah 6: Lakaran yang telah dipilih

9
5.0 Perancangan Projek

Minggu
1 2 3 4 5 6 7 8 9
Aktiviti
(26/ (2/9) (4/9) (5/9) (7/9) (14/ (29/ (6/1 (20/
8) 9) 9) 0) 10)
Mengenalpasti masalah √
Mencetus idea √ √
Melakar reka bentuk model √
Membuat penilaian dan √
pemilihan lakaran
Merancang penggunaan √ √
bahan untuk membina model
Membina prototaip √
Menguji prototaip √
Menilai prototaip dan √ √
penambahbaikan
Dokumentasi √ √ √ √ √ √ √ √ √
Jadual 1: Carta Gantt Perancangan Projek

Bi
Komponen/Bahan Ukuran Kuantiti Harga Seunit (RM) Harga (RM)
l
1mX1
1. Oilcloth 1 30.00 30.00
m
2. Butang - 1 0.50 8.80
3. Zip 35 cm 1 0.80 2.80
4. Benang 1.0 2 3.00 6.00
5. Velkro - 1
Jumlah 47.60
Jadual 2: Senarai Bahan dan Bajet Keseluruhan

10

Anda mungkin juga menyukai