Anda di halaman 1dari 66

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN


(PDPP)

MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC)

Modul Sejarah
SJHK2023M
PEDAGOGI SEJARAH
SEKOLAH MENENGAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK 2250
JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA

Berkuat Kuasa Mulai November 2018

i
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia


menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang
bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Hak Cipta

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang


tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa
mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk
dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik,
fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat
izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG


BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA
PASCASISWAZAH PENDIDIKAN.

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan November 2018


Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

i
KANDUNGAN MUKA SURAT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan/ Falsafah Pendidikan Guru/ Notis Hak


i
Pengarang

Kandungan ii

Panduan Pelajar iii

Pengenalan v

Agihan Tajuk dan Unit vi

UNIT 1 Konsep-konsep Asas Pedagogi Sejarah 1

UNIT 2 Kaedah dan Teknik Pengajaran Sejarah 8

UNIT 3 Pedagogi Abad 21 dalam Mata Pelajaran Sejarah 28

Bibliografi 54

Panel 55

Simbol 57

ii
PANDUAN PELAJAR

PENGENALAN

Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan


pembelajaran agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada
pelajar untuk mendapatkan matlamat dan gaya pembelajaran terkini.

SASARAN KURSUS

Pelajar Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) yang mendaftar dengan


Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri memerlukan pelajar membuat keputusan tentang


pembelajaran yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri berkesan jika pelajar
dapat menentukan sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar
mempunyai autonomi dan bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri.

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)

Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap satu jam kredit. Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan
(PDPP) dilaksanakan secara Sepenuh Masa dalam bentuk Kursus Dalam Cuti (KDC),
di mana interaksi bersemuka dilaksanakan pada cuti persekolahan dan hujung minggu.
Jumlah pembelajaran secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka
secara kuliah /tutorial/amali dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian).
Manakala 40% lagi adalah pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran.

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Pembelajaran dalam talian ini menggunakan saluran media terkini yang sesuai.
Pensyarah dan pelajar akan ditentukan masa yang sesuai untuk berinteraksi secara
langsung dalam talian. Tajuk dan jumlah jam yang akan dipelajari diambil daripada
Maklumat Kursus (MK) mengikut kursus dan semester yang ditawarkan.

iii
SUSUNAN UNIT MODUL

Modul pembelajaran ini ditulis dalam susunan Unit. Setiap unit mempunyai lima
elemen asas yang konsisten:

1. Hasil Pembelajaran Unit


2. Sinopsis
3. Kandungan Unit
4. Penulisan berkaitan kandungan unit
5. Refleksi/ Latihan

Panduan pelaksanaan interaksi bersemuka secara dalam talian bagi tajuk yang
berkaitan disediakan juga. Walau bagaimanapun, pensyarah mengajar perlu
menyediakan bahan bacaan atau nota tajuk tersebut untuk kegunaan pengajaran dan
pembelajaran.

Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email atau alat
media yang sesuai jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

IKON

Pelajar akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar
pada sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat.

PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

Pelajar juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus
seperti yang dinyatakan dalam MK. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu
apabila pelajar mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang
akan dikenal pasti.

Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam Maklumat Kursus (MK) yang
pelajar pelajari secara interaksi bersemuka, modul pembelajaran dan dalam talian.

iv
PENGENALAN

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai ilmu berkaitan kurikulum dalam Sejarah
untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menghuraikan konsep, strategi, kaedah, teknik dan pedagogi abad 21 dalam mata
pelajaran Sejarah.
2. Mengaplikasikan kemahiran penghasilan sumber, perancangan pengajaran dan
pengajaran mikro dalam mata pelajaran Sejarah
3. Melaksanakan simulasi pengajaran dan pembelajaran mikro berbantukan bahan sumber
yang sesuai

v
AGIHAN TAJUK

Nama Kursus : PEDAGOGI SEJARAH SEKOLAH MENENGAH


Kod : SJHK2023M

Modul pembelajaran ini dibina berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Jumlah pembelajaran
secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara kuliah /tutorial/amali
dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40% lagi adalah pembelajaran
pelajar melalui modul pembelajaran.

JUMLAH JAM
INTERAKSI BERSEMUKA
60%
KESELU-
TAJUK/ TOPIK 27 JAM MODUL
RUHAN
DALAM 40%
DALAM MK KULIAH
TALIAN 18 JAM
45 JAM 40%
20%
18 JAM
9 JAM

1. Konsep-konsep Asas
Pedagogi Sejarah (M)

 Pendekatan
3 - - 3
 Strategi
 Kaedah
 Teknik
 Aktiviti

2. Kaedah dan Teknik


Pengajaran Sejarah

 Kaedah Socrates (M)


 Pembelajaran Masteri (M)
15 - - 9
 Pembelajaran Akses
Kendiri (M)
 Pembelajaran Luar Bilik
Darjah (M)
 Pembelajaran secara
Kontekstual(M)

vi
 Pembelajaran secara
Konstruktivisme (M)
 Pembelajaran Koperatif
(M)
 Belajar sambil Bermain (M)
 Inkuiri Penemuan (M)

 Kajan Kes (DT)


 Pembelajaran berasaskan
Kajian Masa Depan (DT)
 Pembelajaran berasaskan
Masalah(DT)
 Pembelajaran melalui - 6 -
Komik (DT)
 Main Peranan (DT)
 Perbahasan (DT)
 Bercerita (DT)
 1 Murid 1 Muzium (DT)

3. Pedagogi Abad 21 Dalam


Mata Pelajaran Sejarah (M)

 Penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi
 Pengajaran secara
Kontekstual
 Merentas Kurikulum
6 - - 6
 Bekerjasama secara
kolaboratif
 Menggunakan
Pembelajaran Berasaskan
Projek
 Penyelesaian Masalah
 Pentaksiran secara Telus
 Kemahiran Berfikir
4. Penghasilan Bahan Sumber
Pengajaran dan
Pembelajaran Sejarah (K)
6 6 - -
 Bahan Bercetak
 Bahan Maujud
 Bahan Elektronik
5. Perancangan Pengajaran
Sejarah 6 3 3 -

vii
 Penulisan Rancangan
Pengajaran Tahunan
(RPT) (K/DT)
-Format penulisan
 Penulisan Rancangan
Pengajaran Harian (RPH)
Sejarah (K/DT)
- Format penulisan
- Penulisan hasil
pembelajaran
o Kata kerja
o Piawai/pernyataan
pembelajaran
o Syarat/kriteria
o Pemilihan sumber
pengajaran dan
pembelajaran

6. Pengajaran Mikro dan


Makro Sejarah (K)

- Pengajaran Mikro
- Kemahiran Set Induksi
- Kemahiran Penggunaan
Papan Tulis
- Kemahiran Variasi
Rangsangan
- Kemahiran Penutup
- Kemahiran Penyoalan

- Pengajaran Makro 9 9
- Penulisan Refleksi
- Mengenal pasti kekuatan
dan kelemahan
- Mengenal pasti
pengetahuan dan
kemahiran baharu yang
dipelajari dan
diaplikasikan dalam sesi
pengajaran dan
pembelajaran
- Memberi cadangan untuk
penambah baikan

JUMLAH 45 JAM 18 JAM 9 JAM 18 JAM

viii
ix
UNIT 1 KONSEP-KONSEP ASAS PEDAGOGI SEJARAH

Hasil Pembelajaran Unit

Pada akhir unit pelajar dapat :


1. Menjelaskan konsep-konsep asas pedagogi dalam
pengajaran dan pembelajaran Sejarah
2. Menghuraikan secara kritis kepentingan penguasaan kemahiran asas
pedagogi dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah

Sinopsis

Unit ini menerangkan tentang konsep dan definisi istilah-istilah asas pedagogi yang sering
digunakan dalam merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah. Unit ini turut membincangkan bagaimana pengetahuan asas pedagogi ini digunakan
bagi tujuan merancang dan melaksanakan sesuatu proses pengajaran mata pelajaran sejarah
secara bersistematik, tersusun, mengikut format dan prosedur serta disesuaikan dengan tajuk
atau isi pelajaran yang akan disampaikan oleh guru kepada pelajar.

1.0 Pengenalan

Strategi, pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti merupakan satu gabungan yang saling
berkaitan dan melengkapi antara satu sama lain bagi mewujudkan satu proses pengajaran dan
pembelajaran. Ciri-ciri yang terdapat di antara konsep-konsep ini, apabila diaplikasikan dalam
bilik darjah akan membentuk satu pembelajaran yang kondusif, ceria dan seterusnya objektif
akan tercapai.

1
1.1 Definisi pendekatan, strategi, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan
pembelajaran

Rajah 1: Definisi pendekatan, strategi, kaedah dan teknik

ISTILAH ASAS PEDAGOGI DEFINISI


Halatuju atau arah yang diambil untuk menuju sesuatu
sasaran. Selain itu, pendekatan juga diertikan sebagi
"to come near to in any sense" atau jalan yang diambil
Pendekatan
untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan
yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau
generalisasi yang tertentu.
Merupakan satu susunan pendekatan dan kaedah
yang digunakan untuk mencapai sesuatu matlamat
atau tujuan dengan menggunakan tenaga, masa dan
kemudahan yang diperolehi secara optimum.
Strategi
Menurut kamus Dewan, strategi ialah ilmu tentang
cara-cara merancang dan melaksanakan tindak-
tanduk atau rancangan yang diatur untuk mencapai
matlamat atau kejayaan.

2
Satu rencana yang menyeluruh yang mengajar
sesuatu bahan bahasa dimana secara keseluruhannya
berdasarkan kepada pendekatan yang diaplikasikan
tetapi tidak boleh bercanggah dengan pendekatan
tersebut.
Kaedah Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa
kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk
mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru
lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi
mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah
kaedah.
Taktik yang digunakan untuk mencapai objektif
pembelajaran yang segera maksimum pada waktu
pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu bahagian.
Mengikut Kamaruddin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz
Teknik
(1996) teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian
suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam
bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai
sesuatu objektif.
Kegiatan-kegiatan yang disusun oleh guru bertujuan
melibatkan pelajar aktif dalam pembelajaran mereka,
Aktiviti disamping membawa kepada perubahan tingkah laku
pelajar berdasarkan kegiatan yang dilaksanakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3
Rajah 2: Hubungkait antara strategi,pendekatan, kaedah dan teknik.

1.2 Konsep pendekatan, strategi, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan
pembelajaran

PENDEKATAN

STRATEGI
KONSEP
KAEDAH

TEKNIK

Rajah 3: Konsep pendekatan, strategi, kaedah dan teknik

4
ISTILAH ASAS PEDAGOGI KONSEP
Sesuatu yang paling abstrak dan global. Ia merujuk
kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar
berdasarkan objektifnya. Pendekatan mestilah
berlandaskan model, prinsip atau teori seperti; konkrit
kepada abstrak, mudah kepada susah, dan umum
Pendekatan kepada spesifik. Pendekatan dianggap benar tanpa
memerlukan sebarang bukti atau alasan. Pendekatan
yang baik serta bijak mampu menjadikan sesi
pengajaran dan pembelajaran menarik. Ia merupakan
satu pegangan dan falsafah bagi memahami dan
mendekati sesuatu perkara.
Satu perancangan yang diatur untuk mencapai tujuan
atau matlamat bagi membentuk kejayaan. Dalam
pengajaran dan pembelajaran, strategi diperlukan oleh
Strategi seseorang guru supaya murid dapat menguasai
sesuatu kemahiran yang diajar setelah merancangnya
seterusnya memberi kejayaan dalam hasil
pembelajaran yang telah ditentukan
Satu tindakan yang bersistematik supaya dalam jangka
pendek, objektif pelajaran spesifik tercapai.
Penyampaian haruslah tersusun. Terdapat berbagai
kaedah yang boleh digunakan dalam bilik darjah seperti
inkuiri-penemuan, kaedah penyiasatan, kaedah
dapatan dan sebagainya.
Kaedah
Menurut Edward M. Anthony (1963), kaedah merujuk
kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam
satu set prosedur yang tersusun dan teratur. Ini
bermakna sesuatu kaedah yang dipilih haruslah
berlandaskan kepada pendekatan yang berkaitan
dengan model dan prinsip.

5
Teknik digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
adalah untuk menarik perhatian murid supaya minat
belajar dan tidak jemu ketika sesi guru mengajar.
Pelbagai teknik boleh digunakan seperti teknik main
peranan, improvisasi, permainan bahasa, bercerita,
simulasi, sumbangsaran dan sebaginya. Guru harus
Teknik bijak memilih teknik ketika belajar mengikut aras
pencapaian murid, umur, minat dan kebolehan murid.
Bahan yang digunakan juga penting agar bersesuaian
dengan teknik yang diajar dengan menggunakan
pelbagai bahan konkrit. Ia juga boleh diklasifikasikan
kepada kategori yang mementingkan isi kandungan
ataupun proses.

6
Penyelidikan : Penerokaan Pelbagai Media

Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang konsep dan definisi istilah asas
pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah sekolah menengah dengan
melayari internet serta membuat bacaan lanjut terhadap lain-lain sumber rujukan serta
mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan.

Carian perlu meliputi isu-isu berkaitan bagaimana istilah-istilah


asas pedagogi ini diaplikasikan dalam merancang dan
melaksanakan suatu proses pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Sejarah.

7
UNIT 2 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN
SEJARAH

Hasil Pembelajaran Unit


Pada akhir unit pelajar dapat;
1. Menghuraikan secara kritis pelbagai kaedah dan teknik
yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah
2. Menjelaskan tentang kemahiran menggunakan kaedah dan teknik
yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah

Sinopsis
Unit ini membincangkan tentang kaedah dan teknik yang sering digunakan dalam merancang
dan melaksanakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah.
Sebagai seorang guru sejarah, penguasaan kemahiran mengendalikan dan melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran sejarah dengan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik
pembelajaran amat dituntut bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan
berkesan, menyeronokkan dan mengggalakkan penglibatan aktif pelajar dalam pembelajaran
mereka.

2.0 Kaedah pengajaran dan pembelajaran

Satu aktiviti yang dirancang dan dijalankan secara tersusun serta dimana setiap langkah
tersebut mempunyai kemahiran dan latihan yang dirancang. Keutamaan adalah bagi mencapai
objektif yang dirancang bukannya cara bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran itu
berjalan.

8
Rajah 4: Kaedah pengajaran yang baik dan proaktif

2.1 Teknik pengajaran dan pembelajaran

Seseorang guru yang berdedikasi dan berwibawa akan merancang dan melaksanakan teknik
atau alat yang digunakan untuk menyampaikannya. Guru perlu mewujudkan suasana iklim bilik
darjah yang boleh merangsang dan menarik minat pelajar. Teknik yang dipilih haruslah sejajar
dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

9
Rajah 5: Tujuan teknik diadakan

10
Rajah 6: Contoh jenis-jenis teknik

Pengalaman

AKTIVITI 1
Huraikan secara ringkas definisi teknik-teknik mengikut
Jenis Teknik
kefahaman anda.

Sumbangsaran

Demonstrasi

Simulasi

Bercerita

Forum

11
Kaedah Socrates

Kaedah ini diperkenalkan oleh ahli falsafah Yunani Klasik yang terkenal iaitu Socrates. Pendidik
tersohor ini mengajar dengan kaedah menyoal dan setiap soalan perlu mempunyai jawapan
daripada pelajarnya.

Kaedah ini juga mungkin berlaku dalam satu bentuk siasatan dan perbincangan antara individu,
berdasarkan soalan yang diberikan untuk merangsang pemikiran kritis dan menerangkan idea.
Satu kaedah dialektik, selalunya melibatkan perbincangan yang dipanggil „Dialog Socrates’ di
mana satu sudut pandangan dipersoalkan (Overholser, 1996).

Kaedah Scorates merupakan sejenis pedagogi di mana satu siri soalan ditanya untuk
mendapatkan jawapan dan dengan cara menyoal akan:
i. menggalakkan meneroka isu-isu yang kompleks
ii. mengembangkan idea dengan pelajar
iii. mengenengahkan salah faham yang lazim
iv. menganalisis dan menilai topik dengan lebih mendalam

"I cannot teach anybody anything. I can only make them think."

12
Pembelajaran Masteri

Pembelajaran Masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran supaya


pelajar dapat menguasai apa yang diajar.

 Konsep ini diperkenalkan oleh B.S. Bloom pada tahun 60an dengan berasaskan kepada
satu prinsip atau falsafah iaitu semua pelajar boleh menguasai sesuatu perkara yang diajar
sekiranya:
i. ada masa yang cukup untuk pelajar menguasainya; dan
ii. pengajaran dan pembelajaran adalah berkualiti

 Dalam proses pembelajaran masteri, anda harus memastikan semua pelajar dapat
menguasai perkara-perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran atau tajuk sebelum ke
unit pembelajaran atau tajuk yang lain.

 Masa untuk pelajar anda menguasai sesuatu perkara boleh dipendekkan jika anda:
i. menggunakan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan;
ii. menggalakkan pelajar belajar dengan tekun dan tabah;
iii. merangsang dan mendorong mereka untuk belajar, dan
iv. melatih mereka dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka
menjadi pelajar berdikari.

 Kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya
anda:
i. menggunakan kaedah mengajar yang menarik serta menyeronokkan dan yang
berpusatkan kepada pelajar
ii. menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar yang sesuai
iii. mengambil kira tahap kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar untuk memahami
dan menghayati sesuatu perkara;
iv. menjalankan penilaian formatif untuk menentukan sama ada mereka sudah
menguasai perkara yang telah diajar; dan
v. menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan.

13
 Model proses pelaksanaan pembelajaran masteri adalah seperti rajah 4 di bawah.

semua murid menguasai hasil pembelajaran


Rajah 7: Model Pembelajaran Masteri

14
Pembelajaran Akses Kendiri

Pembelajaran Akses Kendiri adalah pendekatan yang memberi akses kepada sumber
pembelajaran dan membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara
berdikari. Pembelajaran Akses Kendiri membolehkan murid belajar mengikut minat, keperluan,
tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka. Murid juga memdapat maklum balas
tentang pencapaian dan kemajuan mereka melalui pembelajaran akses kendiri.

Murid perlu proaktif dalam proses pembelajaran. Murid tidak seharusnya pasif dan hanya
memberi respons kepada rangsangan guru. Sebaliknya, murid sendiri harus menjana idea dan
memberi peluang belajar. Pemikiran baru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran
mendapati bahwa murid boleh bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri. Hal
ini telah mengakibatkan peranjakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
berpusatkan guru kepada pembelajaran kendiri. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
berpusatkan murid telah semakin diterima dan dipraktikkan dalam bidang pendidikan.

Program Pembelajaran Akses Kendiri memerlukan guru yang sedemikian adalah untuk:
i. menggalakkan murid berinteraksi sesama sendiri dalam kelas;
ii. mewujudkan environmen pembelajaranyang memberi peluang murid menguji
kemampuan mereka;
iii. membantu murid menyedari pelbagai strategi dalam pembelajaran;
iv. melatih murid untuk belajar secara kendiri; dan
v. membimbing dan membantu murid di mana perlu.

15
Kaedah Pembelajaran Luar Bilik Darjah

Garis Panduan Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD), (Kementerian Pelajaran Malaysia,
2005) memberi pengertian “pembelajaran luar bilik darjah (PLBD) adalah suatu program atau
aktiviti luar bilik darjah yang terancang dan berstruktur. Aktiviti ini berpusatkan murid dan
bertujuan untuk menyokong dan mengukuhkan pelaksanaan kurikulum sekolah. Ia juga
merangkumi persekitaran pembelajaran yang progresif.”

Objektif yang ditekankan ialah menyediakan murid untuk belajar sesuatu tajuk atau konsep
yang akan dipelajari. Domain pembelajaran terdiri daripada tiga iaitu pengetahuan, sikap dan
kemahiran. Selain itu, ia dapat mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep yang dipelajari
di dalam kelas, memberikan pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar, bermakna
dan menyeronokkan. Kemudian, ia juga membolehkan murid berfikir dan menguasai ilmu
pengetahuan melalui pengalaman kontekstual, meningkatkan minat dan sikap murid untuk
belajar, mengembangkan kemahiran mengumpul, memproses, dan menganalisis data serta
maklumat. Akhir sekali, dapat menerapkan nilai-nilai murni.

16
Model kaedah PLBD

Terdapat tiga model PLBD iaitu;

Model PLBD 1: Luar bilik darjah dalam kawasan sekolah (makmal komputer, makmal sains,
taman)

Taman Binaan Arca

Model PLBD 2: Berhampiran kawasan sekolah (kawasan kampung, luar pagar sekolah)

Lawatan Ke Kawasan
Persekitaran/Pinggiran Sekolah yang
mampu memberi pengalaman
pembelajaran yang bemakna.

Model PLBD 3: Jauh dari kawasan sekolah (dengan kebenaran PPD) (Lawatan terancang &
berintergrasi ilmu)

Muzium Melaka

17
Perancangan PLBD

Perancangan pelaksanaan PLBD melibatkan tiga prosedur utama;

i. Perancangan sebelum
ii. Perancangan semasa
iii. Perancangan selepas

Pembelajaran secara Kontekstual

Pengajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu,


masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang
melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on, meliputi bidang ilmu sains, teknologi maklumat,
teknikal dan vokasional.

Matlamat utama pengajaran secara kontekstual adalah untuk menghasilkan para pelajar yang
cemerlang dan berkualiti sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan kelak. Pelajar akan
melalui satu atau lebih daripada kaedah-kaedah pembelajaran berikut dalam pengajaran
kontekstual iaitu Relating (Menghubungkait), Experiencing (Mengalami), Applying
(Mengaplikasi), Cooperating (Bekerjasama) dan Transfering (Memindahkan).

Manakala strategi pengajarannya pula melibatkan empat segmen iaitu motivasi, pemahaman,
aplikasi dan imbasan kembali dan kemajuan.

Strategi pengajaran kontekstual

Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan sesuatu proses yang sangat dititikberatkan
dalam pendidikan. Para pendidik boleh memilih pendekatan dan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang pelbagai dan sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu belajar
serta teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan
18
kreatif, inovatif, berkomunikasi, dan berinteraksi. Dalam pendekatan kontekstual, pengajaran
dan pembelajaran mesti memenuhi keperluan strategi berikut:

i. Motivasi – bertujuan untuk menarik minat dan mencetuskan idea asas terhadap
sesuatu tajuk yang akan dibincangkan (pengenalan, isu perbincangan dan penggunaan
alat bantu mengajar yang berkesan).
ii. Pemahaman – merangkumi kemahiran murid dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan
dengannya. Kaedah penyampaian maklumat dipelbagaikan untuk dapat menarik minat
murid terhadap sesuatu konsep itu. Murid diberi kebebasan mengutarakan perkara-
perkara yang berkaitan
iii. Aplikasi – kemahiran yang diperolehi pelajar dapat diolah dan diubahsuaikan mengikut
situasi dimana mereka dapat mengaitkan pengetahuan yang diperolehi untuk
menyelesaikan masalah harian.
iv. Imbasan kembali dan kemajuan – apabila seseorang pendidik mengupas sesuatu
tajuk, pelajar akan diingatkan semula mengenai fakta penting. Di sini perbincangan
dapat diarahkan untuk memperkayakan lagi pengetahuan murid. Penilaian kemajuan
pelajar perlu dijalankan secara bertulis, lisan dan pemerhatian. Contoh-contoh aktiviti
kuiz berkumpulan, perbincangan antara kumpulan dan penyediaan portfolio. Perubahan
sikap dan perlakuan yang dapat dilihat juga boleh digunakan sebagai petunjuk bahawa
murid telah menghayati isi pelajaran.

19
Pembelajaran Secara Konstruktivisme

Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan


disusun dalam minda pelajar.

A.N. Whitehead (1929) mengingatkan kita supaya tidak membebankan kanak-kanak dengan
pengetahuan yang tidak berkembang "dead knowledge". Apa yang diketengahkan oleh
Whitehead ialah amalan mengajar di sekolah perlulah menjurus kepada usaha membolehkan
kanak-kanak atau murid berfikir dalam persekitaran kehidupan dan mengelakkan daripada
hanya memberi pengetahuan yang bersifat kaku (inert ideas) yang tidak mampu digunakan bagi
menyelesaikan masalah harian.

Pengajaran yang lazim diamalkan oleh kebanyakan guru masa kini masih lagi berasaskan
kepada amalan yang sama iaitu menyuap murid-murid dengan pengetahuan bagi
membolehkan pelajar menjawab dengan betul dalam peperiksaan tetapi tidak mampu
menyelesaikan masalah yang melibatkan pengaplikasian pengetahuan tersebut.

Pengajaran dan pembelajaran berasaskan konstruktivisme menyeimbangkan peranan guru dan


pelajar untuk berperanan secara saling bersandar di antara satu sama lain. Ahli konstruktivisme
berpendapat bahawa guru adalah sebagai pengurus bilik darjah.

Guru seharusnya menerima murid sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang
berbeza dimana individu itu dianggap penting dalam proses pembelajaran dan perlu diberi
perhatian sewajarnya. Pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme memberi peluang kepada
guru untuk memilih kaedah yang sesuai dan menentukan sendiri masa yang diperlukan untuk
memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan.

20
Seseorang guru boleh mengamalkan pendekatan konstruktivisme dengan mengambil kira
beberapa faktor:

i. Murid diberi peluang berkongsi persepsi antara satu sama lain


ii. Murid diberi peluang mengemukakan pandangan tentang sesuatu konsep
iii. Murid digalakkan menghormati pandangan alternatif rakan mereka
iv. Semua pandangan murid dihormati dan tidak dipandang rendah
v. Pembelajaran berpusatkan murid
vi. Guru mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir
vii. Murid digalakkan merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya
viii. Murid diminta menghubungkaitkan idea asal dengan idea yang baru dibina
ix. Murid digalakkan mengemukakan hipotesis
x. Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada murid
xi. Murid banyak berinteraksi dengan murid lain dan guru
xii. Guru perihatin terhadap keperluan, kebolehan dan minat murid
xiii. Murid digalakkan bekerja secara kumpulan

Suasana bilik darjah di mana amalan konstruktivisme dijalankan adalah berpusatkan murid dan
berpusatkan bahan. Di samping itu guru akan menggunakan penyoalan bukan untuk menguji
kefahaman murid tetapi adalah untuk menguji kemahiran murid dalam membina konsep.

21
Kaedah Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari
pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang
sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk
diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran
koperatif adalah:

i. saling bergantung antara satu sama lain secara positif,


ii. saling berinteraksi secara bersemuka,
iii. akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri,
iv. kemahiran koperatif, dan
v. pemprosesan kumpulan

Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini. Individu dalam
kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan
berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan.

Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam
kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana
yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.

Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan,


misalnya:
i. Jigsaw,
ii. TGT (teams-games-tournaments),
iii. STAD (Students Teams- Achievement Division),
iv. Belajar Bersama (Learning together),
v. Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads),
vi. Meja Bulat (Round Table).

22
Belajar Sambil Bermain (BSB)

Pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam
suasana bebas dan selamat, menggembirakan dan bermakna

Kepentingan BSB
i. Bermain menjadi fitrah murid di mana ketika proses ini mereka akan meneroka,
membuat inkuiri penemuan dan memperolehi pengalaman langsung secara semulajadi.
ii. BMB memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana fleksibel tanpa
kongkongan.
iii. Aktiviti bermain membentu perkembangan murid secara menyeluruh kerana aktiviti
bermain dapat memenuhi keperluan kognitif psikomotor dan efektif

Jenis-Jenis
Main

Permainan Permainan Permainan Permainan Permainan


Sosial Kognitif Bebas Sosiodrama Luar

Rajah 8: Jenis-jenis main

23
Pendekatan Inkuriri Penemuan

Rajah 9: Konsep dan definisi inkuiri penemuan

24
Rajah 10: Proses inkuiri

Rajah 11: Fasa proses inkuiri

25
Rajah 12: Jenis pendekatan Inkuiri

Rajah 13: Kelebihan pengunaan pendekatan inkuiri

26
AKTIVITI 2 (DT)

Dengan mendapatkan maklumat daripada internet hasilkan sebuah


peta konsep i-Think berasaskan kefahaman anda tentang kaedah
dan teknik lain dalam pengajaran Sejarah yang boleh dilaksanakan
dalam PdPc mata pelajaran Sejarah.
Hasil dapatan anda hendaklah dikongsi bersama dalam „Kumpulan Whatsapp‟ serta
emailkan/telegram kepada Pensyarah.

Refleksi:

Berdasarkan bacaan dan kefahaman anda terhadap definsi dan


konsep kaedah dan teknik dalam PdPc, bincangkan dengan
rakan-rakan kelas anda, sejauh manakah kaedah dan teknik
yang dilaksanakan dalam PdPc mampu menghasilkan sesuatu
pelaksanaan PdPc mata pelajaran yang berkesan. Berikan
contoh-contoh aplikasi kaedah dan teknik yang sesuai dalam
perbincangan anda.

27
Pedagogi abad 21 dalam
UNIT 3
mata pelajaran sejarah

Hasil Pembelajaran Unit

Pada akhir unit pelajar dapat :

1. Mengaplikasi kemahiran pedagogi abad 21 dalam mata


pelajaran Sejarah

Sinopsis

Unit ini memberi pendedahan mengenai pedagogi abad 21 dalam mata pelajaran Sejarah.
Perbincangan akan memfokuskan kepada pengetahuan dan kemahiran melaksanakan
pedagogi Sejarah sekolah menengah. Di akhir perbincangan latihan kendiri disediakan untuk
menguji kefahaman pelajar terhadap perbincangan topik dalam modul ini.

3.0 PENGENALAN

Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) abad 21 merujuk kepada beberapa


kompetensi teras, iaitu kolaboratif, celik digital, kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah.
Bernet Berry (2011) menjelaskan pembelajaran abad 21 sebagai suatu bentuk pembelajaran
yang memerlukan pelajar menguasai isi kandungan dan menghasilkan, mensintesis
(penyatuan/penggabungan) dan menilai maklumat daripada pelbagai mata pelajaran dan
sumber yang luas dengan memahami dan menghormati budaya yang berbeza. Mereka (murid)
diharap dapat mencipta, berkomunikasi, bekerjasama serta celik digital selain mempunyai
tanggungjawab sivik. Oleh yang demikian bagi memastikan objektif pengajaran dapat dicapai,
guru-guru perlu terlebih dahulu melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran tersebut
sebelum melaksanakan pengajaran dengan berkesan.

28
Kerangka tajuk dalam Unit 1

KEMAHIRAN
BERFIKIR
PENGGUNAAN
TEKNOLOGI
PENTAKSIRAN MAKLUMAT
SECARA TELUS DAN
KOMUNIKASI

PEDAGOGI
PENYELESAIAN ABAD 21 PENGAJARAN
MASALAH DALAM MATA SECARA
PELAJARAN KONTEKSTUAL
SEJARAH

MENGGUNAKAN
PEMBELAJARAN MERENTAS
BERASASKANN KURIKULUM
PROJEK

BEKERJASAMA
SECARA
KOLABORATIF

Rajah 14: Kerangka tajuk Unit 1

29
Rajah 15: Pedagogi abad 21 dalam mata pelajaran Sejarah

3.1 Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran mempunyai kebaikan yang
tersendiri iaitu:

i. Menggalakkan penglibatan secara aktif, kolaboratif dan interaktif


ii. Lebih berpusatkan pelajar dimana pelajar aktif dan memainkan peranan penting
dalam pembelajaran mereka.Pelajar mampu mengawal pembelajaran mereka dan
belajar berdasarkan tahap kebolehan mereka sendiri.
iii. Memudahkan guru dan pelajar mengakses, tanpa memilih masa, hala tuju serta
kandungan pembelajaran mereka secara sendiri.
iv. Guru dan pelajar turut memperoleh manfaat dengan mengulang semula topik
pelajaran yang kompleks agar dapat difahami.

30
v. Penyimpanan bahan pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan secara
sistematik bagi guru dan pelajar agar dapat dijadikan rujukan dimasa hadapan kelak.
vi. Guru dapat menghasilkan dan merancang bahan pengajaran dan pembelajaran
secara profesional dengan menyelitkan ciri-ciri multimedia seiring dengan zaman
teknologi masa kini agar dapat melahirkan suasana pengajaran dan pembelajaran
yang lebih berkesan dan menarik.
vii. Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan secara terus dan dapat
dilihat dengan jelas melalui tayangan.
viii. Mengurangkan bebanan guru dengan penjimatan masa dan tenaga dalam
menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran dengan cepat kerana bahan
boleh didapati secara atas talian.
ix. Menarik perhatian pelajar kerana memaparkan isi kandungan pelajaran yang mudah
difahami dan diserap oleh pelajar.
x. Boleh melatih, memotivasi dan memberi arahan yang wajar kepada pengguna bagi
tujuan kefahaman yang lebih mendalam tentang sesuatu perkara.

Rajah 16: Aplikasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran

31
3.2 Pengajaran secara kontekstual

 Pembelajaran Kontekstual (Contextual Teaching and Learning/CTL) adalah sebuah proses


pembelajaran yang bersifat menyeluruh atau holistik. Pada pendekatan kontekstual, guru
berusaha menyediakan situasi dunia nyata ke dalam kelas dengan menyediakan situasi
p&p yang melibatkan pelbagai pengalaman dalam konteks sosial, budaya, fizikal dan
psikologi.

 Berasaskan aktiviti, pembelajaran pengalaman sendiri, sesi latih amal (hands-on) dan latih
minda (minds-on) seminar, bengkel dan program pelajar melakukan sendiri projek.

 Pelajar diberi motivasi dalam perbincangan masalah berbantukan bahan yang sesuai untuk
meningkatkan kefahaman.

 Pelajar dapat mengaitkan dengan pengetahuan asas yang ada pada mereka.

 Maklumat yang dicari dan dikumpul melalui pengalaman sendiri dapat membantu
menjanakan idea, mengukuh serta menilai apa yang difahami.

32
Elemen dalam pengajaran secara kontekstual

pengalaman hidup dgn


R (Relating (hubung kait)
pengetahuan baru

penerokaan, penemuan,
E (Experiencing (alami)
mereka cipta
Elemen Dalam
Pengajaran Secara aplikasi pengetahuan dan
A (Applying (aplikasi)
maklumat dalam situasi lain
Kontekstual

C (Cooperating (kerjasama) kerjasama dan komunikasi

T (Transfering pengetahuan sedia ada,


(memindahkan) menggunakannya, bina baru

Rajah 17: Elemen dalam pengajaran secara kontekstual

Kepentingan pembelajaran secara kontekstual

KEPENTINGAN
PENGAJARAN
KONTEKSTUAL

Membantu pelajar Pembelajaran Pelajar faham Pembelajaran


mengaitkan berlaku apabila sesuatu yang mengikut konteks
kandungan pelajar berupaya dipelajari dalam berlaku apabila
pembelajaran kepada memproses situasi yang lebih pelajar mengaitkan
situasi sebenar dan maklumat atau
mencari makna
luas yang berkait pengetahuan dan
pengetahuan baru dengan isu pengalaman dalam
tentang apa yang yang memberi
dipelajari secara latih sebenar. kehidupan.
makna kepada
amal dan latih minda
mereka

Rajah 18: Kepentingan pembelajaran secara kontekstual

33
Prosedur aplikasi kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran

Pemahaman Motivasi
(penerangan konsep dan
(pengenalan Isu
perbincangan kelas
perbincangan sumber
bacaan dan melakukan
pembelajaran dan
contoh kajian)
pengajaran)

Penilaian (Ingat Kemahiran


kembali dan
Penilaian (aktiviti latih amal
Kemajuan) menyelesaian masalah)

Rajah 19: Prosedur aplikasi kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran

3.3 Merentas kurikulum

Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan
bertujuan mengukuhkan kemahiran dan ketrampilan modal insan dihasratkan serta dapat
menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen merentas kurikulum yang sedia ada
adalah seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme.
Guru hendaklah memastikan semua elemen merentas kurikulum diterapkan secara efektif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

34
3.4 Bekerjasama secara kolaboratif

BEKERJASAMA SECARA
KOLABORATIF

Belajar untuk bekerja Belajar untuk bekerja Sekolah bekerjasama


secara kolaboratif bersama untuk dengan institusi
mendapatkan maklumat pendidikan lain untuk
berkongsi maklumat
secara bersama

Rajah 20: Definisi bekerjasama secara kolaboratif

Kolaboratif

 Pembelajaran kolaboratif adalah situasi dua atau lebih manusia belajar bersama-
sama (Bruffee, 1993).

 Kolaboratif melibatkan perkongsian maklumat kemahiran dan idea untuk kemajuan


bersama (Dillenbourgh, 1999).

 Pembelajaran kolaboratif adalah situasi dua atau lebih manusia belajar bersama-sama.
Kolaboratif melibatkan perkongsian maklumat kemahiran dan idea untuk kemajuan
bersama.

35
 Kolaboratif dengan murid di tempat lain atau dengan orang lain seperti perbincangan,
berkongsi maklumat atau meminta bantuan kepakaran secara dalam talian

 Jenis-jenis kolaboratif:
i. Kolaboratif guru dengan murid dalam pembelajaran
ii. Kolaboratif murid dengan murid dalam pembelajaran
iii. Kolaboratif dengan murid di tempat lain atau dengan orang lain seperti
perbincangan, berkongsi maklumat atau meminta bantuan kepakaran secara
dalam talian

Rajah 21: Kolaboratif guru dengan murid dalam pembelajaran

36
Rajah 22: Kolaboratif murid dengan murid dalam pembelajaran

Rajah 23: Kolaboratif dengan murid di tempat lain atau dengan orang lain seperti
perbincangan, berkongsi maklumat atau meminta bantuan kepakaran secara
dalam talian

37
3.5 Menggunakan pembelajaran berasaskan projek

 PBP merupakan satu kaedah pengajaran yang sistematik yang melibatkan pelajar dalam
membina pengetahuan dan kemahiran melalui proses inkuiri untuk menyelesaikan
permasalahan dunia yang sebenar.

 Pembelajaran berasaskan projek (project-based learning) adalah satu pendekatan


pengajaran dan pembelajaran yang boleh memupuk kemahiran abad 21.

 Topik-topik tertentu dalam mata pelajaran Sejarah contohnya boleh diberi sebagai tugasan
projek di mana pelajar perlu mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber seperti
google.

 Tugasan menerusi pembelajaran berasaskan projek juga menggalakkan komunikasi


interaktif. Pelajar berbincang dan berkongsi maklumat mengenai projek bersama rakan
dan guru secara bersemuka atau atas talian menerusi pelbagai alat media sosial seperti
emel, Facebook atau blog. Contohnya, kebanyakan pelajar pada zaman sekarang
mempunyai akaun laman sosial seperti facebook, melalui laman ini guru boleh memuat
turun nota atau latihan kepada pelajar.

 Pendekatan ini lebih menarik minat pelajar untuk belajar. Sumber terbaik bagi membina
kemahiran komunikasi interaktif seperti kemahiran sosial dan peribadi, semangat
berpasukan dan kolaborasi adalah menerusi lima bentuk teknologi era digital iaitu mobility
(bergerak) seperti telefon pintar, connectivity (penyambungan) seperti WiFi, rangkaian
sosial seperti Facebook dan Twitter, enjin carian seperti Google dan Yahoo, dan portal
perkongsian maklumat seperti Wikipedia dan YouTube.

 Bagi mengatasi permasalahan berkaitan pelaksanaan PBP di sekolah, dicadangkan


pengajaran Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) ICT digabungkan dalam proses P&P
agar lebih efektif.
 Penggunaan teknologi penting agar pelajar dapat:

i. menggunakan alatan seperti email, forum dan aplikasi atas talian yang lain untuk
berkomunikasi dan berkolaborasi dengan dunia luar iaitu di luar bilik darjah (iaitu di

38
luar waktu persekolahan),
ii. teknologi membolehkan pelajar mengakses dan berkunjung secara maya ke
muzium, perpustakaan dan lokasi fizikal yang jauh daripada kediaman pelajar,
iii. teknologi membolehkan pelajar berkolaborasi (bekerjasama) dalam menyiapkan
projek untuk PBP yang berkaitan dengan dunia sebenar di samping meningkatkan
kefahaman global dalam kalangan pelajar dan
iv. melalui penggunaan teknologi semua hasil kerja/projek pelajar dapat diterbitkan
secara maya untuk dilihat atau dinilai oleh penonton sebenar, iaitu tidak hanya
terhad kepada guru dan pihak sekolah sahaja

Rajah 24: Contoh pembelajaran berasaskan projek

Rajah 25: Contoh pembelajaran berasaskan projek

39
3.6 Penyelesaian masalah

Pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya pembelajaran mengambil kira keperluan dan
kepelbagaian murid (Draves & Julie, 2011).

Rajah 26: Contoh penyelesaian masalah dalam pengajaran dan pembelajaran

Rajah 27: Contoh penyelesaian masalah dalam pengajaran dan pembelajaran

Prinsip penyelesaian masalah

i. Fokus pada pengalaman & kemahiran melalui daya usaha sendiri


ii. Bermula dengan bertanya soalan,cari penyelesaian, peroleh pengetahuan &
pengalaman sambil mencari maklumat untuk selesai masalah & buat refleksi
iii. Berpeluang menjalani proses pembelajaran secara langsung & autentik

40
Prosedur aplikasi penyelesaian masalah dalam pengajaran dan pembelajaran

PROSEDUR
APLIKASI
PENYELESAIAN
MASALAH
DALAM P & P

Mengenalpasti Merancang Mengumpul Mengkaji / Membuat


Masalah Cara Maklumat Analisis Rumusan/
Penyelesaian maklumat Generalisasi

Rajah 28: Prosedur aplikasi masalah dalam pengajaran dan pembelajaran

Mengapa Kaedah Penyelesaian Masalah diaplikasikan


dalam PdP

Mengembangkan rasa ingin tahu (intellectual


curiosity).

Mengembangkan kemahiran berfikir

Menjadi asas kepada pendekatan bersistem dalam


menyelesaikan masalah

masalah dan membuat


Menyesuaikan diri untukkeputusan.
mengambil tindakan
mengikut situasi

Mengukuhkan kemahiran pelajar

Menggalakkan pembelajaran kendiri

Mengembangkan nilai-nilai sosial yang positif

Rajah 29: Sebab kaedah penyelesaian masalah diaplikasikan


dalam pengajaran dan pembelajaran

41
3.7 Pentaksiran secara telus

Rajah 30: Prinsip pentaksiran sekolah

Pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi atau memberi nilai
kepada maklumat dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas
maklumat. Secara ringkasnya pentaksiran ialah
Pentaksiran = Pengukuran + Penilaian

Ia adalah untuk mendapatkan maklumat tentang tahap pembelajaran kanak-kanak, kita boleh
mengguna proses pengukuran, penilaian atau pentaksiran. Pengukuran ialah proses
mendapatkan maklumat dengan cara mengukur menggunakan instrumen sebelum ukuran itu
dapat dinilai atau diinterpretasikan. Proses pengukuran berakhir dengan maklumat berbentuk
kuantitatif seperti markah mentah, peratus markah mentah, persentil (peratusan kedudukan
seseorang berbanding kedudukan orang lain), agregat dan pangkat atau band.

42
Maka dengan ini, menurut Katz (1997), tujuan pentaksiran adalah untuk:

Tujuan
pentaksiran

menentukan membuat membuat membantu menjadi asas menolong


kemajuan keputusan diagnosis membuat dalam murid dalam
dalam penempatan masalah keputusan membuat menilai
pencapaian pengajaran berkaitan laporan kemajuan
perkembanga dan pengajaran kepada ibu dirinya sendiri
n yang utama pembelajaran kurikulum bapa

Rajah 31: Tujuan pentaksiran

Kepelbagaian kaedah pentaksiran

Guru bertanya kepada kanak-kanak tentang latar belakang,


Temubual
aktiviti, minat dan lain-lain lagi

Penceritaan semula / Kanak-kanak bercerita melalui pengalaman atau melalui


Bercerita pembacaan mereka

Kanak-kanak bercerita, memberikan penjelasan melalui


Sampel penulisan
penulisan
Kanak-kanak bekerjasama dalam kumpulan untuk
Projek/ Pameran melaksanakan projek atau pameran melibatkan
persembahan atau pameran
Kanak-kanak mendemostrasikan eksperimen,
Eksperimen/ Demostrasi melaksanakan prosedur mengikut langkah yang ditetapkan
dan mendokumentasikan hasil eksperimen
Guru melakukan pemerhatian dengan mendokumentasikan
Pemerhatian guru tumpuan dan interaksi pelajar di dalam kelas dan kerjasama
di dalam aktiviti kelas
Guru mengumpul koleksi hasil kerja kanak-kanak untuk
Portfolio
melihat perkembangan dari masa ke semasa

Rajah 32: Kepelbagaian kaedah pentaksiran

43
3.8 Kemahiran berfikir

Definisi kemahiran berfikir


 Presseisen (1987) mengandaikan pemikiran sebagai aktiviti mental di mana pengetahuan
diperoleh dan diolah melalui proses penaakulan.
 Ruggerio (1988) sependapat dengan kenyataan di atas tetapi menambah bahawa proses
pemikiran mesti ada tujuan atau matlamat dan individu mempunyai keupayaan mengawal
proses berkenaan.
 Chaffee (1998) mendefinisikan pemikiran sebagai aktiviti mental yang mempunyai tujuan
dan tersusun serta melibatkan individu meneliti pemikiran sendiri dan pemikiran orang lain.
 Swartz (1989) menekankan bahawa kebolehan berfikir dengan berkesan dalam sesuatu
bidang pengkhususan akan terhalang jika pengetahuan individu terhad. Pemikiran
memerlukan kebolehan mencari maklumat yang ada dalam ingatan dan
menyepadukannya dengan maklumat baharu.
 Edward (1976) : kemahiran pemikiran adalah perkaitan dengan pemikiran literal yang
bukan sahaja untuk selesaikan masalah tetapi berfikir untuk melihat sesuatu berdasarkan
pelbagai perspektif bagi selesaikan masalah.
 Berdasarkan beberapa definisi tersebut maka takrifan kemahiran berfikir dapat disimpulkan
seperti berikut :
i. Proses mental yang memerlukan pengetahuan
ii. Melibatkan pengolahan kemahiran mental tertentu
iii. Digunakan untuk menyelesaikan masalah
iv. Menentukan tingkah laku yang dihasilkan
v. Merupakan sikap yang ditunjukkan

44
Rajah 33: Kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif

Rajah 34: Kemahiran kepimpinan dan pengurusan

45
Rajah 35: Kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat

Rajah 36: Kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain

46
Pelajar abad 21 juga perlu mempunyai jenis pemikiran yang kritikal dan bersistem. Jenis
pemikiran yang sebegini mampu memberi kelebihan kepada pelajar, terutamanya apabila
berkaitan dengan penyelesaian masalah.

Kemahiran berfikir secara kreatif juga mampu membawa pelajar abad 21 ke arah
perkembangan yang positif. Dengan semangat meneroka yang tinggi, maka diharapkan mereka
akan dapat menghasilkan sesuatu baru yang lebih mendatangkan manfaat kepada semua.
Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan
pengetahuan,kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan
masalah, membuat keputusan,berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (KPM, 2013)

Proses berfikir

Berfikir melibatkan pengendalian operasi mental tertentu dalam minda seseorang. Operasi
terbahagi kepada 2 jenis iaitu :

PROSES BERFIKIR

Operasi Kognitif Operasi Meta kognitif


- adalah kemahiran berfikir yang sering kita - merupakan operasi yang mengarah dan
gunakan setiap hari, seperti mengelas, mengawal kemahiran dalam proses kognitif
membanding, membuat urutan dan lain-lain iaitu memandu dan membimbing segala
aktiviti pemikiran manusia di antara
komponen-komponen berfikir.

Rajah 37: Proses berfikir

47
Prinsip kemahiran berfikir

Sentiasa bersikap kostektif iaitu mempunyai sikap positif bagi semua jenis
kemahiran berfikir dan elakkan dari bersikap negatif.

Berfikir secara perlahan-lahan dan sentiasa berfikir secara mudah.

Melupakan rasa ego, kita perlu mengikis perasaan ego kita jika inginkan
setiap kemahiran berfikir yang digunakan itu dapat manafaatnya.

Sentiasa menukar arah otak kita berfikir iaitu, bila kita perlukan berfikir
Prinsip secara logik, kreatif dan lateral. Kita juga perlu menggunakan pelbagai
kemahiran kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

berfikir

Tentukan tujuan kita berfikir dan sering bertanyakan diri sendiri tujuan dan
apakah hasil yang diharapkan.

Perlu mengambil kira emosi dan perasaan orang lain serta diri sendiri
sewaktu berfikir.

Kita perlu memikirkan alternatif lain sebelum kita membuat keputusan yang
lebih baik. Setiap idea perlulah dilihat secara global supaya perincian kita
tidak lari atau melencong dari skop atau landasan yang sebenar. Setiap
pemikiran haruslah di akhiri dengan tindakan yang seharusnya
mendatangkan kesan yang baik pada orang lain.

Rajah 38: Prinsip kemahiran berfikir

48
Rajah 39: Kemahiran berfikir

Rajah 40: Contoh hasil kerja murid yang boleh dikategorikan berlakunya kemahiran berfikir

49
Penyelidikan : Penerokaan Pelbagai Media

Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang pedagogi pendidikan Sejarah dengan
melayari internet serta membuat bacaan lanjut terhadap lain-lain sumber rujukan serta
mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan yang lain.

Carian perlu meliputi latar belakang, konsep, tokoh-tokoh, isu – isu


berkaitan pedagogi mata pelajaran Sejarah abad 21, dan perkaitan
antara pedagogi mata Pelajaran Sejarah dan isu-isu semasa
pendidikan.

50
Pengalaman

AKTIVITI 1

Elemen Dalam Pengajaran


Buat huraian ringkas berdasarkan kefahaman anda
Kontekstual

R (Relating (hubung kait)

E (Experiencing (alami)

A (Applying (aplikasi)

C (Cooperating (kerjasama)

T (Transfering
(memindahkan)

51
AKTIVITI 2 (DT)

Menerusi carian di internet dapatkan satu Rancangan


Pengajaran Tahunan Sejarah Tingkatan 2 dan hasilkan satu
Rancangan Pengajaran Harian berdasarkan tajuk yang dipilih
dengan format yang betul.
Kongsikan tugasan anda bersama „Kumpulan Whatsapp‟ serta
emailkan/telegram kepada Pensyarah.

Refleksi:

Berdasarkan penyelidikan yang anda buat daripada pelbagai


sumber, jelaskan sejauh manakah keberkesanan pedagogi
PdPc abad 21 dalam mata pelajaran Sejarah terhadap murid
sekolah.

52
BIBLIOGRAFI
Bahan Cetakan:

Akhtiar Pardi., & Shamsina Shamsuddin. (2015). Rancangan pengajaran harian dalam
pengajaran dan pembelajaran. Puchong: Sasbadi Sdn. Bhd.

Evans, M. (2013). Teacher education and pedagogy: Theory, policy and practice. Cambridge,
UK: Cambridge University Press

Faridah Nazir., Faizah Shamsuddin., & Amran Bakar. (2016). Pengajaran dan pembelajaran
abad 21. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Gershon, M. (2014). Teach now! History: Becoming a great History teacher. New York:
Routledge

Haydn, T., Arthur, J., Hunt, M., & Stephen, A. (2014). Learning to teach History in the
secondary school. New York: Routledge.

Ismail Said. (2013). Kaedah pengajaran Sejarah. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2008). ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala
Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Silberman, M. (2009). Pembelajaran aktif: 101 strategi untuk mengajar apa jua subjek. Kuala
Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

53
PENYELARAS MODUL PDPP

Bil. Nama Pegawai Akademik

1 DR RAZILA BINTI AW KAMALUDIN Bidang Sejarah

PANEL PENGGUBAL MODUL PDPP

SJHK2023M
PEDAGOGI SEJARAH SEKOLAH MENENGAH

NAMA KELAYAKAN

AHMAD SALEHEE BIN ABDUL M.Sc. ( Pengurusan Pendidikan ) UUM


Pensyarah B.A Hons ( Sejarah ) USM
IPG Kampus Perlis,
01000 Kangar,
Perlis

EN MOHD NOOR B. CHIN M.Ed. ( Pengurusan dan Pentadbiran


Pensyarah Pendidikan) USM
IPG Kampus Perlis, B.A (HONS) Sejarah UM
01000 Kangar, Dip. Pendidikan MPKTBR
Perlis Indera Kayangan

PN WARTI BT KIMI Sarjana Pendidikan ( Kurikulum Sejarah)


Pensyarah UKM
IPG Kampus Pendidikan Islam Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian
43657 Bangi, (Sejarah), UKM
Selangor. Dip. Perguruan (Sejarah, Bahasa Melayu)

EN MAAMOR BIN YUSOFF Sarjana Sastera (Persuratan Melayu), UKM


Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan
Pensyarah Sejarah), Universiti Negeri Padang, Sumatera
IPG Kampus Pendidikan Islam
43657 Bangi,
Selangor.

54
PANEL PEMURNIAN MODUL PDPP

SJHK2023M
PEDAGOGI SEJARAH SEKOLAH MENENGAH

Bil. Nama Kelayakan Akademik

AHMAD SALEHEE BIN ABDUL M.Sc. ( Pengurusan Pendidikan ) UUM


Pensyarah B.A Hons ( Sejarah ) USM
1
IPG Kampus Perlis,
01000 Kangar,
Perlis

Dr. ISMAIL BIN SAID Doktor Falsafah ( Sejarah ) USM


Pensyarah Sarjana Sastera ( Sejarah ) UKM
2
IPG Kampus Perlis, B.A Hons ( Sejarah dan Geografi ) UM
01000 Kangar, Diploma Pendidikan (Sejarah & Geografi)
Perlis

MOHD FADZIL BIN MOHD SALLEH M.Sc. ( Pengurusan Pendidikan ) UUM


Pensyarah B.A.Hons.( Sejarah dan Komunikasi ) UKM
3
IPG Kampus Perlis, Sijil Asas Perguruan (Pengajian Melayu)
01000 Kangar,
Perlis

SHEFFUDIN BIN MUHAMMAD Sarjana Pendidikan (M.Ed) OUM


Pensyarah B.A. Hons (Sejarah) UKM
4
IPG Kampus Dato‟ Razali Ismail Diploma Pendidikan IPSAH
21030 Kuala Nerus,
Terengganu

55
SIMBOL PEMBELAJARAN

Sila gunakan simbol-simbol berikut bagi tujuan/ maksud seperti yang dinyatakan

HASIL PEMBELAJARAN
AKTIVITI
UNIT

PENYELIDIKAN REFLEKSI

PENYELIDIKAN REFLEKSI

BIBLIOGRAFI
PENGALAMAN

PENGALAMAN

56

Anda mungkin juga menyukai