Anda di halaman 1dari 79

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO)

MODUL PENDIDIKAN KHAS


(MASALAH PENDENGARAN)

PKDK2082P
AUDIOLOGI DALAM PENDIDIKAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK 2250
JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA

Berkuat Kuasa Mulai JUN 2020

I
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,


bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan
kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan
memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif
dan berdisiplin.

Hak Cipta

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan


yang tidak ada kepentingan komersial, tidak
dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang
mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan
buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-
apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat
izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG


BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM INTERVENSI TAMBAH
OPSYEN (PITO)

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Jun 2020


Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

II
Falsafah Pendidikan Kebangsaan/ Falsafah Pendidikan Guru/ Hak Cipta i

Kandungan ii

Panduan Pelajar iii

Pengenalan iv

Agihan Tajuk dan Unit v

UNIT 1 Audiologi dan Sistem Auditori 1 - 15

UNIT 2 Akustik 16 - 22

UNIT 3 Pentaksiran Audiologi 1 23 - 29

UNIT 4 Pentaksiran Audiologi 2 30 – 40

UNIT 5 Alat Bantu Dengar 41 - 48

UNIT 6 Sistem Amplifikasi dalam Bilik Darjah 49 - 56

UNIT 7 Koklea Implan 57 - 64

Bibliografi 68
Panel Penggubal 69
Simbol Pembelajaran 70

III
PENGENALAN

Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan


pembelajaran agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini juga memberi peluang
kepada pelajar untuk mendapatkan matlamat dan gaya pembelajaran terkini.

SASARAN KURSUS

Sasaran kursus ini adalah kepada pelajar Program Intervensi Tamah Opsyen (PITO)
yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM).

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri memerlukan pelajar membuat keputusan tentang


pembelajaran yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri berkesan jika pelajar
dapat menentukan sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar
mempunyai autonomi dan bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri.

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)

Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap satu jam kredit. Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO)
Perguruan Malaysia dilaksanakan secara sepenuh masa dalam bentuk Kursus Dalam
Cuti (KDC), di mana interaksi bersemuka dilaksanakan pada cuti persekolahan dan
hujung minggu. Jumlah pembelajaran secara bersemuka diperuntukkan 30-60%
daripada jumlah jam Pembelajaran Teradun. Jumlah keseluruhan jam pembelajaran
teradun ialah tidak melebihi 60% daripada keseluruhan JPP (pembelajaran teradun +
pembelajaran kendiri)

IV
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Pembelajaran dalam talian ini menggunakan saluran media terkini yang sesuai.
Pensyarah dan pelajar akan ditentukan masa yang sesuai untuk berinteraksi secara
langsung dalam talian. Tajuk dan jumlah jam yang akan dipelajari diambil dari
Maklumat Kursus (MK) mengikut kursus dan semester yang ditawarkan.

SUSUNAN UNIT MODUL

Modul ini ditulis dalam susunan Unit. Setiap unit mempunyai lima eleman asas yang
konsisten:
1. Hasil Pembelajaran Unit
2. Sinopsis
3. Kandungan Unit
4. Penulisan berkaitan kandungan unit
5. Latihan
6. Panduan pelaksanaan dalam talian bagi tajuk yang berkaitan

Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui alat media
yang sesuai jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

IKON

Penulisan modul ini menggunakan ikon tertentu untuk menarik perhatian pelajar agar
pada sekali imbas mereka akan tahu apa yang harus dibuat.

PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

Pentaksiran dilaksanakan berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Soalan peperiksaan


adalah berdasarkan tajuk-tajuk yang telah dijajarkan kepada pentaksiran hasil
pembelajaran kursus (HPK) dalam Maklumat Kursus (MK) secara interaksi bersemuka
dan modul.

V
PENGENALAN

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai ilmu berkaitan Pendidikan
Jasmani Suaian dan Pendidikan Kesihatan untuk diaplikasikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Murid Berkeperluan Khas (MBK) di sekolah.

Hasil Pembelajaran

1. Menjelaskan tentang kepentingan pengetahuan sistem auditori dan akustik


dalam membantu Murid Masalah Pendengaran menggunakan amplifikasi
dengan berkesan (C2, HPP1).
2. Melaksana ujian pendengaran asas untuk menghurai tahap kehilangan
pendengaran dengan tepat secara berpasangan (A2, HPP6, KDN2, KAT2).
3. Menunjuk cara kemahiran memasang dan menyenggara sistem alat bantu
dengar sebagai satu sistem amplifikasi untuk Murid Masalah Pendengaran (A3,
HPP8, KEP2).

AGIHAN UNIT DAN JAM PEMBELAJARAN


Panduan Kepada Pengguna

Modul pembelajaran ini dibina berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Jumlah


pembelajaran secara bersemuka dan ePembelajaran diperuntukan 30-60% daripada
jumlah jam Pembelajaran Teradun. Jumlah keseluruhan jam pembelajaran teradun
ialah tidak melebihi 60% daripada keseluruhan JPP (pembelajaran teradun +
pembelajaran kendiri).

JUMLAH JAM
(PEMBELAJARAN TERADUN)
PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN TERARAH
KESELURUHAN TERARAH TIDAK BERSEMUKA
TAJUK/ TOPIK BERSEMUKA 35 JAM
(KULIAH/
TUTORIAL/ AMALI)
MODUL EPEMBELAJARAN
49 JAM 25 JAM 11 JAM 24 JAM

1. Audiologi dan Sistem


Auditori
 Audiologi 8
11 1 2
 Anatomi telinga
 Fisiologi
pendengaran

2. Akustik
5 3 2 0

VI
 Ciri-ciri bunyi
 Akustik persekitaran
 Ciri-ciri akustik bilik
yang baik
3. Pentaksiran
Audiologi 1
 Audiometri nada
tulen 11 5 2 4
 Membina audiogram
 Mentafsir Audiogram

4. Pentaksiran
Audiologi 2
 Audiometri pertuturan 3 3 0 0
 Audiometri Pediatrik
 Audiometri Impedance

5. Alat Bantu Dengar


Individu
• Sejarah ringkas alat
bantu dengar
• Komponen alat bantu
dengar
11 5 4 2
• Jenis alat bantu
dengar
 Menyenggara alat
bantu dengar
menggunakan hearing
aid trouble shooting kit

6. Sistem Amplifikasi
dalam Bilik Darjah
• Sistem amplifikasi
radio (FM) 5 3 2 0
• Pemilihan sistem
amplifikasi yang
sesuai

7. Koklea Implan
• Penggunaan koklea
implant
• Ciri-ciri Indvidu yang
sesuai
3 3 0 0
• Proses pemasangan
• Faedah dan limitasi
• Pendekatan secara
berpasukan

JUMLAH 49 23 18 8

Nota: Bersemuka (B), Modul (M) dan Dalam Talian (DT)

VII
UNIT 1 Audiologi dan Sistem Auditori

SINOPSIS

Tajuk ini akan membincangkan tentang anatomi dan fisiologi telinga iaitu
bahagian telinga luar, telinga tengah, telinga dalam dan peranan koklea. Setelah
mengetahui tentang anatomi telinga anda akan didedahkan pula kepada proses
pendengaran. Di bahagian ini, perbincangan akan dilakukan mengenai laluan
bunyi, peranan otak dan pemprosesan bunyi serta serta gangguan yang berlaku
pada proses pendengaran.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir tajuk ini, anda akan dapat

i. Menyatakan kepentingan dan peranan audiologi dalam bidang pendidikan.


ii. Mengenali bahagian-bahagian telinga dan fungsi setiap bahagian.
iii. Menjelaskan tentang kepentingan pengetahuan sistem auditori dan akustik
dalam membantu Murid Masalah Pendengaran menggunakan amplifikasi
dengan berkesan.

1.0 KANDUNGAN

1.1 Audiologi
 Pengenalan kepada bidang Audiologi
 hubung kait audiologi dengan bidang kesihatan
 kepentingan dan peranan bidang audiologi
 komponen-komponen dalam bidang audiologi

1.2 Anatomi telinga


 telinga luar
 menjalankan pemeriksaan otoskopik
 telinga tengah
 telinga dalam
 sistem auditori central

1
1.3 Fisiologi pendengaran
 Proses pendengaran
 Gangguan dalam proses pendengaran
 Jenis Masalah Pendengaran

1.1 Audiologi

Audiologi menurut kamus ialah kajian keseluruhan tentang pendengaran. Ini merangkumi
kajian tentang anatomi dan fungsi telinga, masalah pendengaran, penilaian dan rawatan
kepada orang yang kehilangan pendengaran. Audiologist Academi (2016) pula
menyatakan istilah audiologi merujuk kepada sains pendengaran. Ia mendefinisikan
audiologi sebagai satu disiplin yang melibatkan pencegahan, pengenalan serta penilaian
masalah pendengaran, pemilihan dan penilaian alat bantu pendengaran serta habilitasi
atau rehabilitasi individu yang mempunyai masalah pendengaran. Ia melibatkan tugas
disiplin audiologi yang merangkumi pencegahan, pengenalpastian, penilaian pendengaran,
pemilihan serta penilaian alat bantu dengar dan pengendalian program rehabilitasi bagi
individu yang mengalami masalah pendengaran (Martin, F.N. & Clark, J.G., 2018)

1.1.1 Pengenalan kepada bidang audiologi

Perkhidmatan audiologi merupakan satu perkhidmatan yang penting bagi individu


bermasalah pendengaran yang memerlukan pengesanan dan tindakan awal,
penjagaan dan perlindungan yang sesuai. Masalah pendengaran merupakan masalah
yang serius sekiranya tidak ditangani dari peringkat awal kerana ia bukan sahaja
menyebabkan seseorang tidak dapat mendengar bahkan ia juga memberi kesan
terhadap perkembangan pertuturan seterusnya mekanisme komunikasi individu.

Justeru, dapat disimpulkan bahawa audiologi merupakan satu bidang yang


berkaitan dengan pendengaran dan semua masalah yang timbul berkaitan dengannya.
Oleh itu audiologi dapat menentukan samada seseorang individu dapat mendengar
dengan baik atau tidak. Audiologi juga akan memastikan dan mengesahkan samada
seseorang individu itu mempunyai masalah pendengaran serta menjelaskan jenis masalah
pendengaran yang dihadapi. Masalah pendengaran yang dihadapi akan dianalisis serta
diberikan bimbingan dan pilihan kepada individu yang terlibat untuk mengatasi masalah
yang dihadapinya. Rehabilitasi auditori pula adalah terapi atau latihan fizikal yang direka

2
oleh pakar audiologi untuk membantu individu yang mengalami masalah pendengaran.
Ianya mempunyai matlamat yang jelas dan pendedahan mengenai alat bantuan
mendengar kepada individu yang terlibat dan perkhidmatan profesional yang diberikan
(Martin, F.N. & Clark, J.G., 2018).

1.1.2 Bidang tugas dan peranan seorang audiologis serta kepentingan bidang
audiologi kepada golongan bermasalah pendengaran

Audiologis ialah professional yang bertauliah yang terlibat dalam pencegahan,


pengenalpastian, penilaian dan pengurusan individu-individu yang mengalami masalah
pendengaran. Kelazimannya pakar audiologis ini bekerja di hospital atau pusat
perubatan, sekolah, industri, Pusat intervensi awal, Jabatan Kesihatan, Jabatan
Pendidikan, Universiti dan juga di Pusat Audiologi persendirian. Seorang pakar
audiologi mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang audiologi, akustik dan elektronik,
anatomi dan fisiologi, patologi pertuturan dan bahasa, psikologi, fonetik dan linguistik,
statistik dan kaedah penyelidikan serta perlu menjalani latihan klinikal. Bidang tugas
dan peranan seorang audiologis antaranya ialah memberikan perkhidmatan ujian
pendengaran pada kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami masalah
pendengaran. Ujian pendengaran dijalankan dengan menggunakan peralatan khusus
untuk mengekalkan kesahan keputusan berkaitan kehilangan pendengaran. Audiologis
akan melakukan pemeriksaan secara terperinci terhadap gegendang telinga
menggunakan otoskop, menjalankan ujian diagnostik dan menyiasat sejarah
perubatan yang mungkin mempunyai kaitan dengan masalah pendengaran. Oleh itu
individu yang mengalami masalah pendengaran boleh mendapat faedah dengan
bantuan alat bantu dengar melalui perkhidmatan audiologis yang lebih memahami
aplikasi terbaru teknologi alat bantuan pendengaran.

Bidang tugas dan peranan seorang audiologis antaranya ialah memberikan


perkhidmatan saringan pendengaran pada neonat, bayi dan kanak-kanak. Pakar
audiologi akan mendiagnosis masalah pendengaran pada kanak-kanak dan mengenal
pasti kehilangan pendengaran kanak-kanak pada setiap peringkat yang berbeza. Ini
termasuk mendiagnosis serta ujian pendengaran ke atas bayi yang baru dilahirkan
serta kanak-kanak. Audiologis akan membekalkan terapi pendengaran serta
memakaikan alat bantu pendengaran yang sesuai dengan kanak-kanak yang
mengalami masalah pendengaran.

3
Ibu bapa dan individu yang mempunyai masalah pendengaran boleh
mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar audiologi dalam mendapatkan khidmat
nasihat mengenai pemakaian dan penjagaan alat bantu pendengaran. Pakar audiologi
juga berhak menilai, memilih dan mendispensi alat bantuan pendengaran. Selain itu
pakar audiologi juga memberikan perkhidmatan untuk pelajar sekolah. Audiologis
membekalkan sepenuhnya perkhidmatan pemulihan pendengaran di sekolah-sekolah
awam kerajaan mahupun swasta bagi semua tahap pendidikan. Perkhidmatan yang
diberikan lebih mengutamakan perkembangan pertuturan, bahasa dan kemahiran
pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pendengaran. Audiologis juga
berperanan dalam bidang kaunseling. Seorang audiologis mempunyai sifat yang
mengambil berat dan mempunyai kemampuan pendengaran yang baik. Oleh itu
audiologis membekalkan kaunseling secara individu untuk membantu individu
bermasalah pendengaran agar dapat berinteraksi dengan lebih efektif dalam
kehidupan sosial, pendidikan dan persekitaran pekerjaan. Audiologis juga membantu
golongan yang berusia untuk mendengar dengan lebih baik.

Audiologis juga berperanan menjalankan program pemuliharaan kemampuan


pendengaran. Pendedahan kepada bunyi-bunyi bising yang keterlaluan secara
berterusan boleh menyebabkan kehilangan pendengaran kekal. Sehubungan itu,
audiologis bertanggungjawab terhadap pencegahan kehilangan pendengaran. Iaitu
melaksanakan program-program untuk melindungi pendengaran individu-individu yang
terdedah kepada kebisingan persekitaran industri atau situasi taman rekreasi. Kajian
berkaitan pendengaran juga merupakan bidang tugas dan peranan audiologis.
Audiologis terlibat dalam pelbagai aktiviti kajian untuk membangunkan teknik-teknik
penilaian pendengaran dan teknologi pemuliharaan baru. Khususnya dalam inovasi
penggunaan alat bantuan pendengaran. Audiologis juga berperanan dalam penulisan
buku-buku teks dan jurnal berkaitan pentaksiran dan penilaian pendengaran, alat
bantuan pendengaran dan pengurusan individu yang mengalami kehilangan
pendengaran. Pakar audiologi juga berperanan memberikan latihan auditori kepada
individu yang memerlukan memberi khidmat rundingcara mengenai konservasi
pendengaran kepada syarikat-syarikat dan juga industri. Audiologis juga merupakan
individu yang memberi nasihat dalam pemilihan sistem amplikasi bilik darjah untuk
murid-murid bermasalah pendengaran. Ini meliputi alat bantuan pendengaran peribadi
dan sistem FM (Martin, F.N. & Clark, J.G., 2018).

4
Di samping itu pakar audiologi juga bertanggungjawab dan turut serta bersama
profesional lain dalam memilih calon yang sesuai untuk Koklea Implan serta
melakukan pemetaan koklea. Bidang audiologi berfungsi untuk menangani masalah
yang berkaitan dengan pendengaran. Kepentingan bidang ini adalah dikhususkan
untuk mempelajari keadaan pendengaran normal dan kerosakan pendengaran,
pencegahan dari masalah pendengaran serta mengenal pasti dan mentaksir
pendengaran, menangani masalah-masalah pendengaran dan rehabilitasi individu
yang bermasalah pendengaran serta menangani ketidaknormalam pendengaran
tersebut. Oleh itu bidang audiologi ini amat memberi kepentingan kepada golongan
bermasalah pendengaran untuk memupuk kemahiran berkomunikasi dengan pesakit
atau Khidmat nasihat alat bantuan pendengaran yang sesuai kepada individu yang
memerlukan pelanggan dan keluarga dalam diagnosis ketidakupayaan pendengaran
dan memberikan bimbingan dalam proses rehabilitasi.

Selain dari itu bidang audiologi juga amat berperanan kepada golongan
masalah pendengaran dalam memberikan rawatan, meningkatkan kemajuan teknologi
dan rancangan untuk membantu individu yang mempunyai masalah pendengaran dan
ketidakupayaan yang berkaitan. Bidang audiologi ini amat berkepentingan kepada
masyarakat khasnya golongan bermasalah pendengaran. Perkhidmatan yang
dijalankan seperti memberikan khidmat kepada pesakit yang mempunyai masalah
pendengaran di semua peringkat umur. Bermula dari bayi yang baru dilahirkan
sehingga ke peringkat orang yang telah lanjut usia. Bidang audiologi ini juga
berperanan melakukan diagnosis, rawatan dan pemulihan kepada individu yang
mengalami masalah hilang pendengaran.

Selain itu menyediakan program-program rehabilitasi pendengaran serta


menyediakan ahli-ahli yang profesional seperti pakar audiologi, pakar patologi bahasa-
pertuturan dan otolarinkologi. Oleh itu individu bermasalah pendengaran akan dapat
faedah daripada perkhidmatan-perkhidmatan yang oleh pakar yang berkaitan masalah
yang dihadapi oleh mereka. Perkhidmatan nasihat dan kaunseling mengenai masalah
pendengaran turut diberikan melalui perkhidmatan audiologi ini. Ini bagi memberi dan
menyalurkan pengetahuan serta maklumat yang betul kepada individu berkenaan
terutamanya bagi ibu bapa yang mempunyai masalah pendengaran. Antaranya
membantu pesakit dan keluarga menyesuaikan diri dengan keadaan kehilangan

5
pendengaran, menggunakan sepenuhnya faedah alat bantuan pendengaran, Koklea
Implan dan alat-alat lain yang boleh membantu proses komunikasi. Teknik penjagaan
dan pemakaian alat bantuan pendengaran yang betul. Khidmat nasihat mengenai
penempatan dan penempatan semula murid turut diberikan.

Perkhidmatan audiologi juga berperanan memberi pendidikan kepada ibubapa


yang mempunyai anak-anak bermasalah pendengaran dari segi mendengar, bertutur
dan menggunakan bahasa. Menyediakan program bagi kanak-kanak bermasalah
pendengaran dengan memberikan kaunseling, menggalakkan penglibatan ibu bapa
dan menyediakan rancangan yang sesuai kepada setiap kanak-kanak. Perkhidmatan
audiologi juga berkepentingan menyediakan program bagi orang dewasa yang
bermasalah pendengaran dengan mengadakan latihan auditori dan terapi
pertuturan,rancangan rawatan individu dan pendidikan berterusan tentang kehilangan
pendengaran dan strategi untuk membantu proses komunikasi (Sheetz N. A., 2012)

Selain itu program saringan pendengaran luar sekolah turut diadakan di pusat
audiologi. Ia juga menjalankan latihan dalaman kepada individu dan ibu bapa murid
bermasalah pendengaran, guru-guru pendidikan khas serta orang awam yang
berminat. Penggunaan amplifikasi di sekolah juga adalah di bawah pengawasan pusat
audiologi. Misalnya, perkhidmatan yang dijalankan di Klinik Audiologi & Sains
Pertuturan Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia
menawarkan perkhidmatan pengenalpastian masalah pendengaran dalam kalangan
bayi, kanak-kanak, orang dewasa dan juga kepada warga tua.

Selain itu ia juga mempreskripsi alat bantu dengar atau alat tumpu dengar
seperti sistem FM. Selain dari menguji dan memantau keberkesanan alatan tersebut,
pusat ini juga memberi khidmat nasihat dan kaunseling kepada ibu bapa dan individu
yang memerlukan pengetahuan dan maklumat tentang penggunaan alat bantu dengar
dan juga permasalahan mengenai masalah pendengaran. Klinik ini juga turut merujuk
kes-kes tertentu kepada pakar telinga, hidung dan tekak, psikologi, pakar kanak-kanak
sebagainya. Klinik ini juga memberi khidmat pacakan koklea implan dan kemudahan
membuat acuan telinga dan menjual alat bantuan pendengaran. Oleh itu dalam
menangani masalah pendengaran, audiologis boleh membantu mengesan masalah
pendengaran dan imbangan yang dihadapi oleh seseorang individu serta

6
membekalkan rawatan bukan perubatan serta khidmat nasihat. Peranan yang
dimainkan oleh audiologis dan pusat audiologi ini amat besar kepentingannya kepada
masyarakat dan golongan bermasalah pendengaran khasnya dalam usaha membantu
golongan tersebut untuk menjalani kehidupan yang lebih baik dan bermakna
(Audiologist Academy, 2016)).

1.2 Anatomi dan fisiologi telinga

Rajah 1: Anatomi Telinga

Sumber: https://www.sihat.net/kekal-sihat/pendarahan-telinga-rawatan/, (2020)

1.2.1 Telinga luar

Pina ialah bahagian telinga luar yang dapat dilihat. Ia


terbina dari tulang rawan dengan liku, lipatan dan
lengkungan. Pina juga dikenali sebagai cuping telinga atau
aurikel. Fungsi pina adalah menerima, mengumpul dan
mengarah gelombang bunyi ke dalam telinga melalui salur
auditori.

Salur auditori merupakan satu salur sempit yang berhubung dengan membran
timpanik (gegendang telinga). Menurut Northern (1996), panjang salur auditori ini

7
adalah lebih kurang 2.5 cm dan mempunyai ukuran diameter 0.7cm. Salur ini terbina
dari tulang rawan yang menyokong kelenjar serumen iaitu sejenis kilang yang
mengeluarkan serumen ataupun dipanggil juga sebagai tahi telinga. Salur ini
mempunyai folikel-folikel rambut. Gabungan folikel-folikel rambut ini dan serumen,
membantu menghalang benda asing dari memasuki ke dalam telinga tengah. Salur
auditori ini juga berfungsi untuk menolong menambah kekuatan bunyi dan
menghangatkan gelombang-gelombang bunyi yang tiba ke membran timpanik (Martin,
F.N. & Clark, J.G., 2018).

1.2.2 Menjalankan Pemeriksaan Otoskopik

Pemeriksaan Otoskopik merupakan pemeriksaan bahagian telingan luar menggunakan


sejenis alat yang dinamakan ‘Otoskop’. Otoskop merupakan sejenis teropong telinga.
Alat yang digunakan untuk memeriksa telinga luar hingga gegendang telinga
(tympanic membrane @ eardrum). Otoskop dilengkapi dengan kanta pembesar dan
sumber cahaya yang akan keluar di muncung tirus itu -tempat di mana ia dimasukkan
sedikit ke dalam terowong telinga. Ear specular/ spekulum telinga digunakan untuk
meneropong ke dalam saluran telinga luar. Satu fakta menarik tentang gegendang
telinga ialah, apabila disuluh dengan cahaya melalui alat otoskop, akan terlihat satu
jalur menyenget halus yang akan memantulkan cahaya, maka ia akan terlihat seolah-
olah satu benda bersinar di hujung terowong telinga. Gegendang telinga yang sihat
akan kelihatan warnanya seperti pearly white. Gegendang telinga yang tidak sihat
akan tampak whitish.

Rajah 2: Alat Otoskop dan Peranannya

8
Tugasan 1

Menggunakan maklumat Pelbagai Sumber dan bahan multimedia.


Anda dikehendaki membentangkan semasa aktiviti tutorial Langkah-
langkah pemeriksaan Telinga Luar menggunakan Otoskop dan gambar
rajah hasil pemeriksaan tersebut. Anda juga dikehendaki
memperincikan masalah-masalah yang berkaitan dengan gegendang
telinga.

1.2.3 Telinga Tengah

Rajah 3: Anatomi Telinga: Telinga Tengah

Telinga tengah terdiri dari 3 tulang kecil kecil yang dikenali sebagai osikel-osikel
auditori. Osikel-osikel audotori terdiri daripada tulang malleus yang dikenali juga
sebagai tukul, tulang inkus yang dikenali juga sebagai andas dan tulang stape yang
dikenali juga sebagai rakap. Ketiga-tiga tulang ini saling berhubungan di antara satu
sama lain bagi membolehkan mereka menjalankan tugas menghantar gelombang-
gelombang bunyi dari telinga luar ke telinga dalam.

Tiub Eustachia menghubungkan ruang telinga luar dengan nasofaring dan


panjangnya 4 cm. Ia terdiri dari tulang dan rawan hyline. Lubang ini biasanya tertutup
tetapi ia akan terbuka sewaktu berada pada altitud/tempat tinggi,menguap dan
menelan. Telinga akan "pops" untuk mengimbangi semula tekanan. Fungsi: -
membenarkan udara keluar dan masuk ke dalam telinga tengah.

9
1.2.4 Telinga dalam dan peranan kolea

Rajah 3: Anatomi Telinga: Telinga Dalam

Telinga dalam merupakan bahagian yang bertanggungjawab menghantar maklumat


bunyi ke otak. Bahgian telinga dalam terdiri daripada koklea dan saraf auditori.Koklea
dikenali juga sebagai deria pendengaran sebenar. Ia berfungsi untuk menukarkan
getaran yang diterima kepada impuls untuk dihantar ke otak melalui saraf auditori.

1.3 Fisiologi pendengaran

1.3.1 Proses pendengaran

Rajah 3: Proses Pendengaran

Setiap bunyi di udara menghasilkan gelombang atau getaran dengan kelajuan


332m/saat. Aurikel akan memerangkap gelombang bunyi dan menghantar ke
membran timpanik melalui saluran auditori eksternal. Membran timpanik bergetar dan
memindahkan gelombang bunyi ke telinga tengah.Tulang - tulang osikel di telinga
tengah akan bergerak Di pertengahan bahagian hujung tulang stapes iaitu di oval
window, gelombang bendalir di perilymph skala vestibule mula menjadi tekanan.
Tekanan bergerak ke saluran koklea, gelombang bergerak di endolymph

10
menyebabkan getaran dan meransang reseptor auditori pada sel-sel rambut organ of
corti. Impuls saraf terjadi dan dihantar ke otak melalui saraf vestibula koklear untuk
ditafsirkan.

Rajah 4: Penghantaran bunyi ke otak melalui telinga

E-Pembelajaran 1

Dapatkan maklumat lanjut anatomi telinga dengan menonton video di


youtube https://youtu.be/3G5jiXl2LSM : Anatomy of the Human Ear.
Anda juga dikehendaki menganalisis dua artikel dan hasil analisis
dipaparkan dalam bentuk carta grafik.
Rujuk Maklumat Terkini dalam Google Classroom yang disediakan.
Akses Code_ gogxebi

1.3.2 Gangguan dalam proses pendengaran

Gangguan dalam proses pendengaran boleh disebabkan oleh pelbagai faktor dan
memberi pelbagai kesan kepada manusia.

Tugasan 2

Menggunakan maklumat Pelbagai Sumber


Anda dikehendaki membentangkan jenis-jenis gangguan dalam proses
pendengaran. Tugasan ini akan dibincangkan semasa tutorial.

1.3.3 Jenis Masalah Pendengaran


Jenis Masalah Pendengaran dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kehilangan
pendengaran konduktif, kehilangan pendengaran sensorineural dan kehilangan
pendengaran bercampur.

1.2.1 Kehilangan pendengaran konduktif

i. Melibatkan gangguan / halangan / kerosakan bahagian telinga luar dan


telinga tengah.

11
 Telinga dalam berfungsi dengan baik dan dapat memproses dan menghantar
bunyi melalui saraf pendengaran ke otak.
 Bunyi-bunyi tidak melalui (bypassed) bahagian luar/tengah telinga atau
rangsangan berlaku melalui tulang mastoid.
 Getaran yang diterima terus merangsang cecair yang terdapat dalam telinga
dalam tanpa melalui telinga luar atau tengah.
 Berlaku selepas lahir contohnya bayi pramatang, penyakit, dan lain-lain.
 Boleh dipulihkan secara perubatan atau pembedahan.

ETIOLOGI

i. Halangan di dalam saluran telinga luar


 tahi telinga yang terlalu banyak atau sekatan benda asing.
ii. Kemalangan / Kecuaian
 kerosakan gegandang telinga disebabkan tekanan yang terlalu kuat
 seperti bunyi letupan/tamparan
 jolokan benda keras / tajam ke gegendang
 kecederaan pada kepala
 kesan ubat-ubatan spt (kanamycin, gentamycin, streptomycin)
iii. Jangkitan

 Jangkitan kronik yang berlaku terhadap lapisan kulit telinga luar atau
dalam telinga dikenali sebagai Otitis External & Otitis Media.
 Otitis External : disebabkan oleh jangkitan bakteria juga dinamakan
“swimmer’s ear” yang biasa berlaku kepada perenang kerana air kerap
terperangkap dalam salur telinga.
 Otitis Media : disebabkan salur eustachian tersumbat akibat demam
selsema, campak(measles), tonsillitis dan jangkitan di hidung dan tekak.
 jangkitan ini menyebabkan salur eustachian tidak berfungsi seperti biasa
disebabkan jangkitan dan jangkitan yang serius boleh menyebabkan
telinga tengah dipenuhi cecair dan mengakibatkan kebocoran kepada
gegendang telinga jika rawatan segera tidak diberi.
 sebab lain saluran eustachian bengkak / tersumbat kerana demam
menyebabkan ketidakseimbangan tekanan udara di luar dan dalam
telinga.

12
 Ini mengakibatkan gegendang telinga akan tertekan ke dalam dan
menyebabkan gegendang tidak dapat bergetar dengan bebas.
 Otosklerosis: sejenis ketumbuhan tetulang halus pada stapes.
(ketumbuhan tetulang halus pada dinding telinga tengah berlaku awal
remaja hingga awal 30an).
 Kehilangan pendengaran berlaku kerana tulang stapes yang melekat
pada jendela bujur tidak dapat bergerak disebabkan berlakunya
Ketumbuhan tetulang di sekelilingnya. Pada peringkat awal kehilangan
pendengaran mungkin kurang tetapi akan menjadi semakin teruk dan
akhirnya penyakit ini boleh merebak ke telinga dalam dan menyebabkan
kehilangan pendengaran konduktif kepada pekak bercampur.
iv. Kecacatan dan Keturunan
 Semasa bayi dalam kandungan berlaku kecacatan kepada struktur anatomi
seperti :
 tiada telinga luar
 Atresia : lubang telinga terlalu kecil
 tiada tulang osikel tulang @ tulang osikel rosak
 membran tympanum berlubang.
 stenosis : lubang telinga terlalu kecil.
 microtia : cuping telinga tidak terbentuk dengan sempurna.
v. Semasa kehamilan, gejala-gejala yang telah dikenal pasti mempunyai
kaitan dengan kehilangan pendengaran seperti :
 Waardenburg’s syndrome : Punca utama adalah genetik. Dapat dilihat
daripada ciri-ciri fizikal seperti rambut putih di bahagian tengah kepala.
Menyebabkan masalah pendengaran.

Rajah 5: Waardenburg’s syndrome

13
 Alport’s syndrome : Penyakit genetik. Menyebabkan penyakit berkaitan buah
pinggang, masalah pendengaran dan mata.

Rajah 6: Alport Syndrome


 Usher’s syndrome

Rajah 7: Usher’s syndrome


Ciri-ciri

 Kehilangan pendengaran ringan dan sederhana (moderate).


 Boleh mendengar sebahagian bunyi-bunyi pertuturan (jarak 1 -1.5 meter).
 Mendengar suara sendiri dan orang lain melalui tulang (bone coduction).
 Menguatkan suara atau bunyi yang hendak didengar.

1.3.4 Kehilangan pendengan sensori-neural

• Menggambarkan apa yang berlaku apabila bahagian telinga dalam (koklea)


tidak dapat memproses bunyi secara normal

14
• Kehilangan pendengaran sensorineural (kepekakan saraf) berlaku apabila
berlakunya kerosakan pada bahagian telinga dalam (koklea) @ saraf yang
menghubungkan telinga dalam (retrokoklea) dengan otak.
• Keadaan ini tidak boleh diatasi melalui rawatan perubatan @ pembedahan
kerana ianya merupakan kehilangan pendengaran tetap.
• Melibatkan kekurangan tahap bunyi @ kemampuan mendengar bunyi-bunyi
yang tidak jelas.
• Turut mempengaruhi kefahaman pertuturan @ kemampuan untuk mendengar
bunyi yang dituturkan.
• Biasanya berlaku di bahagian koklea dan saraf auditori iaitu saraf yang
menghantar impuls ke otak menyebabkan seseorang tidak dapat mendengar
dan pekak profound.
• Jenis kepekakan ini boleh dirawat dengan membuat pembedahan atau
pacakan koklea. Untuk kanak-kanak masih mempunyai baki pendengaran
(residual hearing), mereka boleh dibantu untuk mendengar dengan bantuan
alat bantu dengar. Namun begitu, bunyi yang didengar biasanya tidak jelas
dan mereka sukar untuk membezakan bunyi (Scheetz, N. A., 2012).
Etiologi kehilangan
 Kerosakan pendengaran sejak lahir (congenital)
 Faktor genetik (Waardenberg’s syndrome).
 Meniere’s disease (tinnitus,vertigo dan kerosakan pendengaran)
 Jangkitan (rubella, syphilis,demam kuning dll)
 Ketumbuhan pada saraf pendengaran.
 Keracunan (dadah/bahan kimia).
 Dentuman atau bunyi bising yang terlalu kuat dan berterusan menyebabkan
sel-sel rambut dalam koklea musnah.
 Faktor usia iaitu proses penuaan (Presbyacusis)
 Kemalangan yang teruk di bahagian telinga.
Ciri-ciri kehilangan
 Tidak boleh mendengar bunyi-bunyi pertuturan langsung
 Hanya mendengar bunyi yg kuat
 Kerap menghasilkan nada suara yg tinggi dan bunyi pertuturan yang tidak
difahami

15
 Ujian pendengaran melalui tulang dan ujian pendengaran melalui udara yg
dijalankan tidak menunjukkan banyak perbezaan.
 Hanya bertindak balas kepada apa yang dilihat sahaja
 Kerosakan pada bahagian telinga dalam merupakan kerosakan yang teruk
yang menyebabkan pendengaran kurang atau tidak boleh dialami.
 Ketidakfungsian koklea dan saraf auditori adalah antara puncanya.

E-pembelajaran 2

Tajuk ini dijalankan secara E-Pembelajaran. Rujuk Maklumat Terkini


dalam Google Classroom yang disediakan.
Akses Code_ gogxebi

16
UNIT 2 Akustik

SINOPSIS

Tajuk ini akan memberi pengenalan umum tentang ciri-ciri bunyi, gelombang
bunyi dan akustik bilik.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir tajuk ini, anda akan dapat

i. Menjelaskan tentang kepentingan pengetahuan sistem auditori dan


akustik dalam membantu Murid Masalah Pendengaran menggunakan
amplifikasi dengan berkesan
ii. Mengaplikasi pengetahuan akustik dalam membantu kanak-kanak
masalah pendengaran menggunakan amplifikasi dengan berkesan.

ISI KANDUNGAN

Akustik
2.1 Ciri-ciri bunyi
 frekuensi
 intensiti
 fasa

2.2 Akustik persekitaran


 signal-to-noise ratio (SNR)
 reverberasi

2.3 Ciri-ciri akustik bilik yang baik


 akustik dalaman
 tahap bunyi latar
 kebisingan mekanikal
 kebisingan luaran

17
2.1 Ciri-ciri bunyi

• Akustik - cabang fizik yang mengkaji bunyi, iaitu gelombang mekanik


dalam gas, cecair dan pepejal.
• Melibatkan penghasilan, kawalan, penghantaran, penerimaan, serta
kesan-kesan bunyi.
• Menyumbang kepada pelbagai kemajuan kehidupan moden dalam
kesenian, pengajian fenomenon geologi, atmosfera dan bawah air (Sonar).
• Bunyi ialah penggangguan tenaga mekanik yang merambat melalui jirim
dalam bentuk gelombang.
• Definisi saintis @ jurutera: Bunyi adalah getaran frekuensi rendah dan
tinggi di udara yang tidak boleh didengari manusia, dan getaran yang
melalui semua bentuk jirim, iaitu gas, cecair, pepejal, dan plasma
• Bunyi disifatkan secara lebih terperinci melalui ciri-ciri gelombang yang
generik:
i. Frekuensi,
ii. Jarak gelombang,
iii. Tempoh,
iv. Amplitud,

2.1.1 Gelombang bunyi

• Gelombang ialah satu gangguan yang membawa tenaga melalui medium.


• Gelombang Melintang (Longitudinal)- gelombang yang menyebabkan
zarah-zarah medium bergetar berserenjang dengan arah gerakan
gelombang.
• Gelombang Membujur (Tranverse) – Terhasil apabila getaran zarah-zarah
medium selari dengan arah gerakan gelombang.

18
Rajah 7: Gelombang Bunyi

Amplitud - pengukuran skala magnitud ayunan suatu gelombang


Panjang Gelombang – Panjang suatu gelombang untuk 1 kitar lengkap.
Kitar Gelombang- Masa yang diambil untuk 1 Kitar lengkap.

FREKUENSI
• Apabila nada-nada terhasil daripada sebarang penghantaraan dan sumber-
sumber bunyi.
• Unit ukuran – Hertz (Hz)
• Frekuensi ialah tempoh per unit masa:
• Laju gelombang pula ialah hasil darab frekuensi dan panjang gelombang.
INTENSITI
 Kita boleh mendefinisikan Intensity sebagai kekuatan bunyi per unit kawasan.
Ia adalah jumlah tenaga yang dialirkan melalui ruang pengantaraan per unit
masa.
 Kekuatan bunyi atau tahap tekanan bunyi di ‘tympanic membrane’ atau
gegendang telinga, diukur dalam dB (desibel).
 Telinga manusia didedahkan kepada bunyi yang meliputi satu liputan tekanan
bunyi yang luas.
 Lebih kuat amplitud getaran yang terhasil, lagi kuat kadar tenaga yang dialirkan,
dan lagi kuat intensity yang dapat diukur.
 Unit yang digunakan adalah Watts/m2 atau Watts/sm2, tetapi untuk tahap
intensity/intensity level, menggunakan desibel (dB)
RESONANS
• Definisi: Suatu sistem bergetar itu dipaksa untuk bergetar pada frekuensi asli.

19
• Contohnya gelas, mengeluarkan nada muzik jika diketuk sebab ia memiliki
frekuensi getaran alami sendiri.
• Proses ini dinamakan resonans.
• Bunyi yang sangat keras dapat mengakibatkan gelas beresonans begitu kuat
sehingga pecah.
• Contoh intensiti bunyi berdasarkan pendengaran manusia
 20dB: bisikan (dlm 5 kaki)
 40dB: pertuturan perlahan (paling selesa)
 60dB: percakapan biasa/perbualan normal yang paling kuat
 90dB: jeritan
 120dB: tahap bunyi yang menyakitkan (rock band
 140dB: engine kapal terbang jet

Rajah 8: Bunyi Persekitaran mengikut frekuensi dan intensiti

2.2 Akustik persekitaran

• Bunyi :
• Bunyi latar belakang - keadaan ideal – tidak melebihi 45 dBA
• Bunyi persekitaran di sekolah – 60 dBA

20
2.2.1 signal-to-noise ratio (SNR)

• Signal : bunyi yang ingin disampaikan


 Perbezaan di antara signal dan bunyi persekitaran – signal-to-noise
ratio
Contoh : bunyi persekitaran : 60 dBA, signal pertuturan : 70 dBA,
 Signal-to-noise-ratio ialah +10 dB bunyi persekitaran : 60 dBA, signal
pertuturan : 60 dBA,
 Signal-to-noise-ratio ialah 0 dB - signal pertuturan : 60 dBA, bunyi
persekitaran : 70 dBA, Signal-to-noise-ratio : -10 dB
 Signal-to-noise-ratio yang sesuai bagi murid pekak : +20 dB

Faktor-faktor seperti kebisingan persekitaran, jarak antara penutur dan pendengar,


reverberasi atau gema adalah antara halangan yang boleh mengurangkan
keberkesanan pelajar menerima informasi pertuturan dan bahasa yang penting
terutama dalam konteks bilik darjah. Oleh itu, bagi menyediakan persekitaran bilik
darjah yang optimum dan efektif kepada pelajar berkeperluan khas ini, kita terlebih
dahulu perlu memahami faktor-faktor seperti kebisingan, jarak dan reverberasi dan
kesannya terhadap penerimaan bunyi kepada pelajar. Ini kerana, walaupun dewasa
kini terdapat pelbagai alat bantu pendengaran (ABP) dan alatan amplifikasi yang
moden dan canggih di pasaran yang dapat meningkatkan kualiti, audibiliti dan
kejelasan signal pertuturan, alat-alat ini juga mempunyai limitasi untuk menghalang
kesemua halangan-halangan ini dalam proses pemahaman pertuturan.

Kebisingan

Kebisingan persekitaran merupakan faktor yang terlibat dalam hampir majoriti


persekitaran mendengar termasuk bilik darjah. Bagi pelajar berkeperluan khas yang
memakai alatan amplifikasi seperti alat bantu pendengaran (ABP), ABP bukan sahaja
memberikan amplifikasi kepada suara penutur malah bunyi-bunyi di persekitaran.
Perbandingan antara bunyi pertuturan dan tahap kebisingan merujuk kepada ‘signal to
noise ratio (SNR)’. SNR mewakili perbezaan kekuatan antara signal utama (contohnya:
suara guru) dan kebisingan persekitaran.

SNR = Signal Utama : Kebisingan Persekitaran

21
Semua kanak-kanak memerlukan persekitaran yang lebih senyap berbanding orang
dewasa untuk mendengar dan memahami pertuturan. Kanak-kanak bermasalah
pendengaran memerlukan SNR yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak normal
(Crandell et al.,2005).

Piawaian yang telah ditetapkan oleh American Speech-Language- Hearing


Association (ASHA), (2005) bagi tahap kebisingan persekitaran adalah tidak melebihi
30 dBA manakala SNR + 15 dB. American National Standards Institute (ANSI) pula
menetapkan tahap persekitaran adalah tidak melebihi 35dBA dan SNR + 15dB .
Semakin jauh jarak antara penutur dan pendengar, semakin perlahan kekuatan bunyi
yang sampai. Ini menyukarkan pendengar kerana kekuatan kebisingan tetap sama.

Kajian menunjukkan pelajar perlu berada dalam jarak 1 hingga 2 meter


daripada penutur untuk pemahaman pertuturan yang maksimum.

Rajah 9: Nisbah jarak terhadap bunyi persekitaran

2.2.2 Reverberasi

 Reverberation merupakan pantulan bunyi yang berterusan dan berpanjangan.


 Biasanya bunyi berfrekuensi rendah yang akan berterusan dengan lebih lama.
 Masa untuk bunyi pantulan menurun sebanyak 60 dB ialah masa reverberation.
 Masa reverberation yang sesuai untuk kelas khas masalah pendengaran
seharusnya tidak melebihi 0.4 saat.
 kalau reverberation meningkat, bunyi vokal akan “mask” bunyi konsonan.
 Di keadaan akustik yang kurang memuaskan, bunyi vocal lebih senang
didengari berbanding dengan bunyi konsonan

22
 Reverberasi atau gema merupakan antara halangan dalam memahami
pertuturan. Reverberasi boleh mengurangkan kejelasan pertuturan,
mengurangkan SNR dan menyukarkan pemahaman pertuturan. Piawaian untuk
ASHA dan ANSI bagi masa reverberasi masing-masing adalah tidak melebihi
0.4 saat dan 0.6 – 0.4 saat.

Tugasan 3

• Menggunakan maklumat Pelbagai Sumber


• Bincangkan peranan guru dalam pengurusan bilik akustik untuk
murid ketidakupayaan pendengaran.
• Tugasan ini akan dibincangkan semasa tutorial.

23
UNIT 3 Pentaksiran Audiologi 1

SINOPSIS

Tajuk ini akan membincangkan tentang pentaksiran audiologi 1 yang merangkumi


tajuk-tajuk kecil sperti audiometri nada tulen, membina audiogram dan mentafsir
audiogram. Bidang yang berkaitan dengan pengukuran tahap kehilangan
pendengaran.

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir tajuk ini, anda akan dapat
i. melaksanakan ujian pendengaran asas untuk mentafsir tahap kehilangan
dengan tepat.
ii. Membina audiogram dan mentafsir audiogram berdasarkan ujian asas
pendengaran yang dijalankan.

ISI KANDUNGAN
3.1 Audiometri nada tulen
 Audiometri konduksi udara dan konduksi tulang
 Instrumen-instrumen yang digunakan
 Prosedur pelaksanaan ujian konduksi udara
3.2 Membina audiogram
 Simbol-simbol yang digunakan
 Membina audiogram berdasarkan keputusan audiometri nada tulen
3.3 Mentafsir Audiogram
 Tahap pendengaran
 Jenis kehilangan pendengaran

3.1 Audiometri nada tulen


Alat yang digunakan untuk menentukan paras ambang pendengaran yang spesifik
mengikut julat frekuensi yang dikehendaki.

24
3.1.1 Audiometri nada tulen/ Pure-tone audiometri
Merupakan ujian pendengaran asas untuk kanak-kanak sekolah dan orang dewasa
yang boleh memberi tumpuan dan respons yang dikehendaki. Fungsi Audiometri Nada
Tulen adalah untuk membuat saringan paras pendengaran secara individu, Menguji
keberkesanan Alat Bantu Pendengaran (ABP) dan Pengubahsuaian setting ABP
(Martin, F.N. & Clark, J.G.., 2018)
Objektif : untuk mengetahui bunyi lembut sekali (softest) yang dapat dikesan bagi
setiap frekuensi bunyi yang diberi – biasanya daripada 125 Hz - 8000 Hz.
Komponen Utama Audiometer
 Klinikal, Diagnostik, Mudah alih (Portable)
 Suis / knob boleh laras – intensiti dan frekuensi
 Julat Intensiti – antara –10dB hingga 110dB
 Julat frekuensi – 125, 250, 500, 750, 1000, 1500, 2000, 3000, 4000, 6000 dan
 Skrin paparan
 Aksesori Utama
 Fon telinga
 Penggetar tulang
 Pembesar Suara
 Insert Phone
 Maklumat lanjut berkaitan Audiometera adalah pada rajah di bawah:

Rajah 10: Diagnostik Audiometer

25
 Komponen Utama Ujian Audiometri
 Konduksi Udara (Air Conduction – AC)
 Konduksi Tulang (Bone Conduction – BC)
 Persekitaran terawat bunyi atau yang rendah bunyi latarnya

 Konduksi udara
 mengukur jumlah kehilangan pendengaran dari telinga luar hingga telinga
dalam
 Konduksi tulang
 mengukur kehilangan pendengaran yang berpunca daripada telinga luar /
tengah
 dijalankan jika terdapat kehilangan pendengaran selepas ujian konduksi udara
 membantu menentukan jenis kehilangan

3.1.3 Prosedur pelaksanaan ujian konduksi udara


 Under headphones
 tidak sesuai untuk kanak-kanak kecil
 ukuran dalam unit dB HTL (hearing threshold level) atau dB HL (hearing
level)
 garis asas rujukan ialah 0 dB HTL
 kemudahan yang diperlu: audiometer, bilik kedap bunyi
 Free Field
 sesuai untuk kanak-kanak kecil / individu yang memakai h.aid
 ukuran dalam unit dB(A) yang harus ditukar ke dB SPL (sound pressure
level)
 pengendalian ujian lebih rumit (kualiti akustik bilik penting, klien mesti
berada di medan terus – direct sound field, pengurusan data lebih kompleks,
SLM diperlukan selain audiometer)
 dua telinga yang mendengar : keputusan lebih kurang 5 dB lebih baik drp.
under headphones

26
Pra-Prosedur Ujian Audiometri

 Pastikan usia/tingkah laku klien.


 Ujian dijalankan selepas pengambilan sejarah/maklumat klien.
 Pastikan keperluan tenaga pembantu – distraktor
 Pastikan respon yang dikehendaki – berhati-hati dengan respons ‘palsu’:
Keadaan ini berlaku apabila Klien gagal menunjukkan mereka tidak mendengar
bunyi yang diberi/terlupa dengan peranan mereka “Respons Negatif Palsu” dan
‘Respons Positif Palsu”.
 Gunakan teknik ‘Hughsen & Westlake”: Teknik ini dipanggil ‘5 up, 10 down’.
 Jika klien tidak dapat mendengar nada pada nilai tertentu yang diberi, naikkan
intensiti dengan aturan 5dB klien dan jika klien dapat mendengar nada tersebut,
turunkan nilainya mengikut aturan sebanyak 10dB pula”
 Pastikan cara menanda audiogram bagi telinga kanan dan kiri

Prosedur Ujian Audiometri Konduksi Udara


i. Tentukan telinga yang hendak diuji, boleh dipastikan semasa sesi
pengambilan maklumat.
ii. Berikan arahan kepada klien.
“Sila angkat tangan/tekan butang bila anda mendengar bunyi yang kuat
ataupun perlahan.”
iii. Pasangkan transduser mengikut telinga, merah kanan dan biru kiri.
iv. Pada frekuensi 1000Hz. Berikan satu nada bunyi yang pasti boleh didengar
oleh klien dengan jelas untuk tempoh 1-2 saat.
v. Jika klien tidak memberi respon tambahkan nilai intensiti sebanyak 20dB
sehingga klien mula memberikan respons.
vi. Ulang bunyi tersebut beberapa kali sehingga pasti klien boleh memahami
arahan. Apabila klien sudah mula memberi respons yang konsisten, proses
pencarian nilai ambang boleh dimulakan.
vii. Gunakan teknik “ Hughsen & Westlake”.
viii. Nilai ambang hanya akan diplotkan selepas klien memberi respons yang
konsisten pada satu nilai yang paling rendah, iaitu sebanyak 2/3 daripada
jumlah stimulus yang diberi. Respons yang terakhir tersebut adalah nilai
ambang pendengaran individu pada frekuensi yang diuji.

27
ix. Ulang semula langkah 4 hingga 9 untuk semua frekuensi yang lain (2000Hz,
4000Hz, 500Hz dan 250Hz) kemudian diikuti dengan telinga yang berlainan

Prosedur Ujian Audiometri Konduksi Tulang


i. Prosedur yang sama seperti penilaian konduksi udara tetapi menggunakan
transduer penggetar tulang
ii. Penggetar tulang diletakkan pada tulang mastoid, pahagian paling menonjol di
belakang telinga.
iii. Pastikan cara penandaan graf yang betul

3.2 Membina audiogram

Rajah 11: Audiogram

3.2.1 Maklumat daripada audiogram

 Tahap kehilangan – ringan / sederhana / teruk / sangat teruk


 Telinga mana ? - kiri / kanan
 Jenis kehilangan – sensori-neural / konduktif / bercampur (mixed)
 Bentuk audiogram – sloping ke arah frekuensi tinggi atau rendah /flat
/ski-slope, bentuk U

28
3.2.2 Simbol-simbol yang digunakan

Rajah 12: Cara Menanda Audiogram

Tugasan 4: Latihan membina Audiogram

Frekuensi Konduksi Udara Konduksi Tulang


(Hz) Intensiti (dB) Intensiti (dB)
Kanan Kiri Kanan Kiri
250 40 35 -5 0
500 40 50 0 5
1000 35 40 5 5
2000 40 40 10 10
4000 45 50 0 0
8000 40 45 0 0
Jadual di ayas menunjukkan bacaan audiogram bagi Murid B. Plotkan bacaan
tersebut dalam audiograf secara tepat dan berikan justifikasi tahap pendengaran
Murid B. Dapatan ini akan dibincangkan semasa tutorial.

29
3.3 Mentafsir Audiogram
 Tahap pendengaran

Jadual 1: Tahap Pendengaran mengikut Julat dBHL

i. Pendengaran Normal : AC dan BC adalah dalam julat normal

ii. Masalah Pendengaran Konduksi : BC Normal BC tidak Normal (AB gap tidak
melebihi 60 dB)

iii. Masalah Pendengaran Sensorineural: AC dan BC dalam julat tidak normal dan
AB Gap < 10 dB

iv. Masalah Pendengaran Campuran : AC dan BC dalam julat tidak normal dan AB
Gap > 10 dB

v. Fakta Penting yang perlu dinyatakan :


1. Jenis Masalah Pendengaran
2. Tahap Masalah Pendengaran

E-pembelajaran 3
Sila selesaikan tugasan secara atas talian ini.
http://mynpdl.edu.my/dloipg/showcase/PKDK3043/

Jawapan hendaklah dimasukkan di dalam:


https://padlet.com/madinahmohdyusof/9y6d7twjg1b76d5y

30
Tugasan 5: Latihan Mentafsir Audiogram

Buat analisis dari dapatan audiogram tersebut. Analisiskan faktor-faktor


yang menyebabkan kehilangan pendengaran bagi jenis tersebut.
Bincangkan implikasi tahap pendengaran Murid tersebut terhadap
perkembangan pembelajaran semasa tutorial.

31
UNIT 4 Pentaksiran Audiologi 2

SINOPSIS

Tajuk ini akan membincangkan tentang Pentaksiran Audiometri ii, yang


melibatkan tajuk seperti Audiometri Pertuturan, Audiometri Pediatrik dan
Audiometri Impadance.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir tajuk ini, anda akan dapat

i. Menjelaskan peranan audiometri pertuturan dalam mengukur tahap


kehilangan pendengaran
ii. Memperincikan ujian-ujian pendengaran yang dijalankan kepada kanak-
kanak.
iii. Memberikan implikasi masalah pada telinga tengah melalui ujian
audiometri impedance.

4.0 ISI KANDUNGAN

4.1 Audiometri pertuturan


 Matlamat
 Pelaksanaan ujian
 Tafsiran Speech Reception Threshold
 Kepentingan

4.2 Audiometri Pediatrik


 Matlamat
 Jenis-jenis
 Kepentingan

4.3 Audiometri Impedance


 Matlamat
 Kepentingan

32
4.1 Audiometri pertuturan
Audiometri Pertuturan menggunakan pertuturan untuk mengukur tahap pendengaran
seseorang

4.1.1 Matlamat
Ujian ini bermatlamat untuk menguji kebolehan mendiskriminasi perkataan-perkataan.
Mempunyai peranan penting dalam :
 merancang program latihan auditori,
 latihan pertuturan
 memilih alat bantu dengar yang sesuai
 menilai keberkesanan alat bantu dengar
Objektif ujian ini adalah untuk mengetahui sensitiviti ambang pendengaran (threshold)
dan kefahaman (intelligibility) terhadap pertuturan

4.1.2 Pelaksanaan ujian

 Tentukan jenis bahan ujian sama ada fonem, perkataan, atau ayat.
 Pilihan daripada set tertutup / terbuka
 Tentukan cara pelaksanaan sama ada bahan pertuturan diberi melalui :
 rakaman, suara (live voice).
 di bawah headphones, free-field
 bentuk respons : tunjuk, ulang sebutan, bertulis.
 Pelaksanaan Ujian Audiometri Pertuturan melibatkan aktiviti menyebut senarai
perkataan yang bertujuan untuk melihat sama ada pesakit dapat membezakan
perkataan-perkataan tersebut.
 Ujian ini menentukan tahap intensiti terendah di mana pesakit dapat mengenal
pasti 50% perkataan dua suku kata dengan betul.
 Perkataan yang digunakan (spondaic)
 spondaic = spondee
 Contoh Perkataan Spondaic

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu


Ice Cream Kasut
Playground Kereta
Birthday Bunga
sunset Meja

33
4.1.3 Tafsiran Speech Reception Threshold (SRT)

 Tingkat di mana pesakit boleh menyebut semula 50% daripada bahan-bahan


ujian (ayat sintesis, perkataan, dll).

 Kefahaman (Intelligibility) merupakan Peratusan perkataan dan ayat yang boleh


diulangi oleh pesakit pada tingkat sempadan pendengaran supra
Tujuan menentukan Penerimaan Ambang Pertuturan (Speech Reception Treshold
(SRT)

Rajah 13: Tujuan SRT

Tugasan 6: QR Code

Menggunakan QR Code yang diberikan anda


dikehendaki membaca bahan ransangan yang
disediakan dan sediakan soalan-soalan yang
berkaitan untuk dibincangkan dalam sesi tutorial.

4.2 Audiometri Pediatrik

Pendengaran merupakan salah satu deria penting untuk perkembangan bahasa dan
pertuturan. Deria pendengaran membolehkan seorang individu mendengar, mengesan,
membezakan bunyi, menterjemah dan memahami bunyi-bunyi di persekitaran dan
bunyi pertuturan. Sekiranya bayi lahir dengan masalah pendengaran, perkembangan

34
bahasa dan pertuturannya boleh terjejas atau terbantut sama sekali. Tempoh kritikal
bagi perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak adalah dari sejak lahir
sehingga 4 tahun yang pertama (Yoshinago-Itano;2000). Saringan awal pendengaran
amat penting dilakukan, jika bayi dikesan mempunyai masalah pendengaran selepas
dilahirkan, pengurusan untuk menentukan tahap masalah yang dialami dan program
habilitasi dapat dilakukan seawal mungkin. Kesan masalah pendengaran terhadap
perkembangan bahasa dan pertuturan dapat dikurangkan ( Sheetz,.N, 2012).

4.2.1 Matlamat

 Meningkatkan kualiti hidup pesakit-pesakit pertuturan, bahasa, komunikasi


dan swallowing disorder melalui pemeriksaan awal, kaunseling dan program
pendidikan.
 Objektif Khusus:
 Memberikan pendekatan yang efisien dan efektif, diagnosis dan intervensi
terhadap pesakit petuturan, bahasa, komunikasi dan swallowing disorder
 Meningkatkan kesedaran awam terhadap masalah pertuturan, bahasa,
komunikasi dan swallowing disorder dan rawatannya.
 Mengenal pasti keperluan spesifik berbilang etnik dengan memastikan
adaptasi/pemilihan bahan yang sesuai disamping menjaga bahasa dan
sensitiviti kaum.

4.2.2 Jenis-jenis
Ujian saringan pendengaran adalah ujian asas yang dilakukan ke atas bayi untuk
mengesan bayi yang disyaki mempunyai masalah pendengaran.
Terdapat dua jenis saringan pendengaran bayi iaitu:

 Saringan pendengaran bayi universal. Ia dilakukan ke atas semua bayi yang baru
lahir. Pada ketika ini, saringan ini hanya dilakukan di beberapa hospital sahaja.
 Saringan pendengaran bayi berisiko tinggi. Ia dilakukan ke atas bayi yang lahir
dengan komplikasi seperti yang disenaraikan dalam Jadual 1. Saringan ini
dilakukan di kebanyakan hospital kerajaan.

35
Senarai penunjuk bayi berisiko tinggi (Joint Committee on Infant Hearing, 1994).
 Sejarah ahli keluarga yang mempunyai masalah pendengaran kekal jenis
sensorineural dari kecil.
 Hyperbilirubinemia (Demam kuning) yang memerlukan pertukaran darah.
 Jangkitan kongenital (toxoplasmosis, rubella, cytomegalovirus, herpes).
 Craniofacial anomalies (kecacatan pada muka) termasuk keabnomalan
morfologi pada cuping telinga dan salur telinga.
 Berat badan bayi semasa lahir kurang daripada 1500gram.
 Bacterial meningitis.
 Skor APGAR 0 hingga 4 pada 1 minit atau 0 hingga 6 pada 5 minit.
 Penggunaan ubat-ubatan yang ototoksik.
 Penggunaan ventilasi mekaninal yang berpanjangan selama 5 hari atau lebih
lama.
 Stigmata atau lain-lain penemuan yang berkaitan dengan sindrom yang
diketahui untuk mendapat masalah pendengaran jenis konduktif dan / atau
sensorineural.
 Penyakit atau keadaan yang memerlukan kemasukkan selama 48 jam atau
lebih ke Pusat Jagaan Rapi Bayi (NICU).
 Jangkitan post natal (selepas kelahiran).

Bilakah masa yang sesuai untuk menjalani ujian saringan pendengaran?


Seawal bayi dilahirkan. Kebiasaannya ujian akan dilakukan sebelum bayi dibenarkan
pulang ke rumah selepas dilahirkan supaya keputusan ujian tidak dipengaruhi oleh
salur telinga bayi yang dipenuhi vernix. Ujian juga akan lebih mudah dilakukan ketika
bayi tidur selepas kekenyangan menyusu.

Bagaimanakah ujian ini dilakukan?


Terdapat dua jenis ujian saringan pendengaran yang boleh dilakukan ke atas bayi bagi
mengesan masalah pendengaran iaitu;
1. Ujian Otoacoustic Emission (OAE)
Juga dikenali sebagai ujian pancaran otoakustik. Ujian ini dapat mengesan sebarang
kerosakan pada organ pendengaran. Prob telinga yang sesuai dengan saiz lubang
telinga bayi akan dimasukkan ke dalam salur telinga bayi. Prob yang telah

36
disambungkan dengan mesin penguji akan mengeluarkan bunyi yang perlahan dan
tidak menyakitkan dan organ pendengaran bayi akan memberi respon pada bunyi
tersebut.

2. Ujian Automated Auditory Brainstem Response (AABR)


Ujian ini adalah untuk menguji fungsi organ dan saraf pendengaran. Tulang di
bahagian belakang kedua-dua belah telinga (mastoid) dan dahi bayi akan disapu
dengan gel pembersih menggunakan kain kasa dan bahagian yang telah disapu tadi
akan dilekatkan dengan elektrod. Bunyi akan disalurkan melalui fon telinga dan
elektrod yang disambungkan antara bahagian telinga dan dahi bayi serta mesin
penguji akan mengesan gelombang otak bayi sebagai respon terhadap bunyi yang
diberikan.

Apakah keputusan ujian saringan pendengaran yang akan diperoleh?


Terdapat tiga jenis keputusan yang akan diperoleh iaitu;
i. LULUS / PASS atau;
ii. RUJUK / REFER atau;
iii. NOISE / BISING

37
Apakah maksud keputusan ujian tersebut?
i. LULUS / PASS
Organ pendengaran bayi mungkin sihat dan mempunyai pendengaran yang normal.
Walau bagaimanapun, sekiranya bayi mempunyai risiko tinggi untuk mendapat
masalah pendengaran, adalah penting untuk membawa bayi menjalani saringan
pendengaran secara berkala (setiap 6 bulan sehingga berusia 3 tahun) bagi
memastikan bayi benar-benar mempunyai pendengaran normal.
ii. RUJUK / REFER
Organ pendengaran bayi mungkin tidak normal dan disyaki mempunyai masalah
pendengaran. Bayi perlu menjalani ujian saringan pendengaran sekali lagi atau ujian
pendengaran diagnostik bagi pengesahan masalah pendengaran yang telah dikesan.
Pastikan bayi anda telah diberi temu janji susulan dan sila bawa bayi anda pada hari
temu janji yang telah ditetapkan.
iii. NOISE / BISING
Keputusan ujian tidak tepat yang mana keputusan yang diperoleh dipengaruhi oleh
suasana kebisingan bilik ujian atau bayi tidak senyap (menangis, bergerak-gerak)
semasa ujian dijalankan. Pastikan bayi menjalani ujian pendengaran sekali lagi
sehingga keputusan LULUS / PASS atau RUJUK / REFER diperoleh.

Ujian Saringan Pendengaran Kanak-kanak


Terdapat juga beberapa ujian saringan pendengaran lain bagi mengenal pasti
kewujudan masalah pendengaran antaranya;
 Ujian distraksi
Ujian ini memerlukan bayi mempunyai sokongan leher yang kuat. Bayi akan
didudukkan di atas riba ibu sambil diagah tanpa membuat bising dari hadapan oleh
ayah. Peralatan bunyi seperti rattle, chime-bar akan diberi dari arah belakang telinga
bayi (jarak antara 50-100cm) dan respon bayi seperti tolehan kepala ke arah bunyi
akan diperhatikan. Respon kepada bunyi yang paling perlahan yang boleh didengar
akan direkodkan sebagai tahap minimum bagi respon yang diberikan. Ujian akan
diulang untuk sebelah telinga yang lain.

38
 Ujian Visual Reinforcement Audiometry (VRA)
Bayi seawal 6 bulan sehingga kanak-kanak berusia dua tahun setengah boleh diuji
menggunakan ujian VRA. Ujian ini memerlukan kanak-kanak menoleh ke arah
permainan, objek atau gambar yang bercahaya atau bergerak-gerak yang diberikan
oleh penguji apabila beliau mendengar bunyi. Bunyi diberikan sama ada melalui fon
telinga atau speaker. Respon kepada bunyi yang paling perlahan yang boleh didengar
akan direkodkan sebagai normal atau tidak normal.

 Ujian play audiometry


Ujian ini boleh dilakukan ke atas kanak-kanak berusia dua tahun setengah sehingga
tujuh tahun. Ujian ini memerlukan daya pemikiran yang lebih tinggi pada kanak-kanak.
Bunyi akan disalurkan pada kanak-kanak melalui fon telinga dan respon dengan cara
bermain seperti memasukkan bola ke dalam bakul, menyusun gambar atau objek
setiap kali mendengar bunyi. Respon kepada bunyi yang didengar akan direkodkan
sebagai normal atau tidak normal.

39
 Ujian Pure Tone Audiometry (PTA)
Bagi kanak-kanak yang berusia tujuh tahun dan ke atas, ujian PTA akan digunakan.
Ujian PTA ini juga dilakukan ke atas orang dewasa. Kanak-kanak akan dipakaikan fon
telinga dan bunyi akan diberikan. Kanak-kanak tersebut perlu menekan butang respon
atau mengangkat tangan setiap kali mendengar bunyi. Respon kepada bunyi yang
paling perlahan yang boleh didengar akan direkodkan sebagai normal atau tidak
normal.

Kesimpulan
Kesemua ujian yang disebutkan di atas adalah ujian saringan sahaja. Ia bertujuan
untuk menentukan kanak-kanak tersebut mempunyai pendengaran normal atau tidak
normal. Kanak-kanak yang mempunyai pendengaran yang tidak normal mungkin
mempunyai masalah pendengaran dan perlu menjalani ujian diagnostik / ujian lanjutan
untuk menentukan tahap masalah pendengaran yang dialami. Dapatkan nasihat
daripada pegawai audiologis tentang keperluan anak anda menjalani ujian diagnostik
dan pengurusan masalah pendengaran yang dihadapi sekiranya ada.

40
4.3 Audiometri Impedance

Audiometri impedance adalah suatu ujian yang dijalankan untuk mengesan fungsi
telinga tengah sama ada mengalami kebocoran atau tidak.

Rajah 13: Alat Audiometri Impedance

4.3.1 Matlamat
 Untuk mengetahui status membran timpanik dan telinga tengah melalui
timpanometri.
 Untuk menilai refleksi akustik (AR) (Acoustic reflex) yang melibatkan saraf
kranial dan saraf otak auditori.
Apakah Timpanometri
 Ujian untuk mengukur kekerasan membran timpanik dan sekali gus melihat
fungsi telinga tengah.
 Ujian ini berguna dalam mengesan kehadiran cecair di dalam telinga, tekanan
yang negatif pada telinga tengah, kebocoran pada membran timpanik dan
otosklerosis.
 Menggunakan alat yang dimasukkan ke liang telinga dan tekanan udara akan
diberikan.
 Alat ini akan mengukur pergerakan membran timpanik setiap kali tekanan
diubah.
 Keputusan ujian ini akan dipaparkan dalam bentuk graf yang disebut sebagai
timpanogram.

Apakah refleksi akustik (AR) (Acoustic reflex)


 Melihat kontraksi pada otot stapedius dalam penyesuaian kepada bunyi yang
kuat.
 Masalah pendengaran mungkin wujud apabila:

41
 Ambang pendengaran meningkat
 Refleksi yang mendatar
 Bentuk refleksi yang luar biasa

4.3.2 Kepentingan
Kepentingan ujian ini adalah untuk mengenal pasti masalah yang berlaku pada telinga
tengah hasil ujian timpanomerti dan reflek akustik.
Dapatan akan dinilai berdasarkan graf iaitu Jenis A, Jenis B dan Jenis C.

Jenis A
Menunjukkan pergerakan membran timpanik yang
normal. Ia menunjukkan keadaan membran timpanik
yang baik, fungsi tiub audiotori yang baik dan tiada
cecair di telinga tengah.

Jenis B
Menunjukkan pergerakan kecil atau tiada pergerakan
langsung pada membran timpanik. Keadaan ini
mungkin disebabkan oleh kehadiran cecair pada
ruang telinga tengah, sirumen yang pekat dan
banyak. Pesakit perlu mendapatkan rawatan
sewajarnya.

Jenis C
Menunjukkan bahagian telinga tengah mengalami
tekanan udara negatif disebabkan oleh membran
timpanik yang tertarik atau salur eustachia tersumbat.
Pesakit perlu diletakkan dalam pemerhatian dan
mungkin memerlukan rawatan.

42
UNIT 5 Alat Bantu Dengar Individu

SINOPSIS

Tajuk ini akan membincangkan tentang fungsi, komponen asas dan jenis alat
bantu dengar individu; sistem amplifikasi dalam bilik darjah serta keberkesanan
amplifikasi.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir tajuk ini, anda akan dapat

i. Menunjuk cara kemahiran memasang dan menyenggara sistem alat bantu


dengar sebagai satu sistem amplifikasi untuk Murid Masalah Pendengaran
(A3, HPP8, KEP2).

5.0 Kandungan

 Sejarah ringkas alat bantu dengar


 Komponen alat bantu dengar
 Jenis alat bantu dengar
 Menyenggara alat bantu dengar menggunakan hearing aid trouble
shooting kit

5.1 Sejarah ringkas alat bantu dengar

Alat bantu dengar, adalah sebuah media atau alat untuk membantu meningkatkan
kepekaan telinga agar mendengar lebih jelas dan sensitif. .Alat bantu dengar adalah
sebuah alat elektronik yang fungsinya untuk membantu pendengaran manusia yang
mengalami gangguan pendengaran, untuk dapat mendengar lebih baik dan dapat
berkomunikasi lebih baik.

43
 Bermula pada abad 17.
Bemula apabila Marcus Banzer,
seorang Jerman yang yang mula
mencipta alat bantu dengar.
 Banzer membuat alatnya dengan
membuat gegendang telinga buatan.

 Penciptaan Audiophone dan


Ordentiphone. dibuat dari kertas,
Audiophone dibentuk seperti kipas
yang hujungnya dipegang di antara
gigi dan dibengkokkan menuju ke arah
suara berasal.
 Getaran suara yang ditangkap oleh
kipas lalu dibawa ke gigi, tulang
rahang, kepala dan akhirnya ke saraf
suara, tempat suara dapat didengar.

Penciptaan alat bantu dengar yang dibuat untuk Raja John VI dari Portugal tahun 1819.
Sandaran tangan pada kursi raja diukir untuk menciptakan gema. Ukiran ini berbentuk
mulut singa, yang berfungsi sebagai corong untuk orang bertutur dengan raja. Pipa di
dalam mulut singa inilah yang akan menghantarkan suara ke telinga raja. Pada tahun
1870, Alexander Graham Bell mula mencipta alat untuk menghantar surat
menggunakan alat elektrik khas untuk golongan masalah pendengaran. Akhirnya alat
ini berfungsi sebagai telefon. Walau begitu, penemuannya berhasil menciptakan
kesedaran masyarakat akan keperluan golongan masalah pendengaran. Miller Reese
Hutchinson menyambung penciptaan Bell dengan menciptakan alat bantu dengar
elektrik pertama tahun 1901. Alat yang dinamakan Telephone-Transmitter dijual
kepada Akouphone Company di Alabama berharga 400 dollar AS. Tahun 1935, A.
Edwin Steven untuk pertama kalinya menciptakan alat bantu dengar yang boleh
dipakai, walaupun berat, iaitu 1.1kg. Baru pada tahun 1953, Microtone
memperkenalkan alat bantu dengar yang kuat dan ringkas.

44
Rajah 14: Alat Bantu Dengar mengikut tahun

5.2 Komponen alat bantu dengar

Pada dasarnya Alat bantu dengar terdiri dari 4 komponen utama iaitu:

Rajah 15: Komponen Alat Bantu Dengar

Rajah 16: Alat Bantu Dengar

45
ABD mempunyai beberapa komponen. Setiap komponen mempunyai fungsi masing-
masing. Antara komponen alat bantu dengar dan fungsinya adalah seperti yang berikut:
 Mikrofon – berfungsi untuk mengubah tenaga kepada gelombang suara
 Amplifier – memproses gelombang suara yang dihasilkan daripada mikrofon
lalu diperbesarkan dan diproses oleh receiver.
 Ruang bateri – tempat meletakkan bateri
 Suis on/off – berfungsi menghidupkan/ mematikan alat bantu dengar
 Volume adjuster – untuk menyelaraskan kelantangan bunyi, mempunyai 4
tahap
 Earhook – berfungsi untuk mencangkuk alat bantu dengar di belakang telinga
 Speaker – mengubah gelombang bunyi menjadi suara yang dikuatkan
 Kemunculan teknologi digital ialah fasa baru dalam kemajuan alat bantu
pendengaran. Mikrofon pada alat tersebut menerima bunyi yang kemudiannya
ditukarkan menjadi aliran eletrik.

Teknologi digital membolehkan alat bantu


pendengaran bersaiz lebih kecil dan
mempunyai pelbagai fungsi,
menjadikannya lebih mesra-pengguna.

KEPENTINGAN ABD

 Membantu menguatkan bunyi yang membolehkan pemahaman makna bunyi


 Membantu kanak-kanak mengenal pasti serta membezakan bunyi yang
didengar
 Menuntut perhatian kanak-kanak terhadap bunyi menggunakan gerak badan
dan perkataan
 Menunjukkan kepada kanak-kanak punca bunyi
 Memberitahu kanak-kanak maksud bunyi yang didengar

5.3 Jenis alat bantu dengar

Semua alat bantu dengar mengandungi bahagian yang sama yang membolehkan
bunyi persekitaran dibawa ke telinga. Bagaimanapun alat bantu dengar terdiri daripada

46
pelbagai bentuk yang berbeza dari segi saiz dan cara diletakkan dalam telinga. Ada
yang sangat kecil sehingga boleh dimasukkan ke salur auditori membuatkannya
hampir tidak kelihatan. Pada kebiasaannya, semakin kecil alat bantu dengar, semakin
kurang kuasanya, jangka hayat bateri semakin pendek dan harganya semakin mahal.
Terdapat empat jenis alat bantu dengar Individu yang berbeza:

i. Di belakang telinga atau Behind The Ear (BTE)

Mempunyai komponen yang dimuatkan


dalam sarung plastik,tegantung belakang
telinga
Satu tiub plastik lutsinar membawa bunyi
yang telah dikuatkan ke acuan telinga
yang terletak di dalam saluran telinga
Boleh memuatkan banyak litar elektrik dan
menguatkan bunyi lebih besar
Kalis air

ii. Dalam Telinga atau In The Ear (ITE)

Dapat membantu individu yang mengalami


masalah pendengaran ringan hingga teruk
Saiz yang besar memudahkan ia
dikendalikan dan diletakkan di dalam
telinga
Komponen alat ditempatkan dalam acuan
telinga khas yang dibentuk mengikut
ukuran bahagian salur telinga luar
Saiz bateri yang lebih besar dan lebih
tahan lama.

Mempunyai komponen yang dimuatkan dalam sarung plastik,tegantung belakang


telinga.Satu tiub plastik lutsinar membawa bunyi yang telah dikuatkan ke acuan telinga

47
yang terletak di dalam saluran telinga. Boleh memuatkan banyak litar elektrik dan
menguatkan bunyi lebih besar dan Kalis air .

iii. Dalam salur telinga atau In The Canal (ITC)

Alat ini bersaiz lebih kecil dengan acuan


telinga dimuatkan di dalam saluran
telinga dan sebahagian kecilnya
menghadap bahagian luar telinga.
Digunakan bagi membantu individu
yang mengalami masalah pendengaran
ringan hingga sederhana

iv. Dalam Saluran Telinga Sepenuhnya atau Completely In the Canal (CIC)

Alat bantuan pendengaran kecil yang


diletakkan dalam saluran telinga yang
membolehkan bunyi terus masuk ke
dalam telinga.
- Tersembunyi, sesuai untuk
pelanggan yang mementingkan
penampilan
- Simulasi cara bunyi masuk ke dalam
telinga memberikan kualiti bunyi yang
lebih semulajadi sound quality
- Sesuai untuk masalah pendengaran
Disesuaikan dengan saluran telinga dan membantu meningkatkan bunyi. Hampir tidak
dapat dilihat sehinggalah meneliti ke dalam telinga satu-satunya petunjuk alatan ini
ialah tali plastik kecil. Sukar untuk dialihkan dan tidak digalakkan untuk kanak-kanak.

48
5.4 Menyenggara alat bantu dengar menggunakan hearing aid trouble
shooting kit

Alat-alat penyelenggaraan ABD:


Penyelenggaraan alat bantu dengar dilakukan menggunakan 3 alat iaitu:

Bateri Tester Air Syringe


Berus multitools

E-pembelajaran 4: QR Code

Sila selesaikan tugasan secara atas talian ini. Scan


QR Code yang dipaparkan.
Anda dikehendaki membuat satu analisis tugasan
untuk menyenggara peralatan alat bantu dengar
berdasarkan bahan tersebut.
Tugasan yang dihasilkan hendaklah dimasukkan
dalam google classroom di alamat:
Akses Code_ gogxebi

Penjagaan Alat Bantu Dengar

Rajah 17: Langkah-langkah Penjagaan Alat Bantu Dengar

49
Penyenggaraan Alat Bantu Dengar
Jenis masalah Panduan penyelesaian
1.  Bunyi suara yang lemah  Tukar bateri
 Bateri lemah  Dibersihkan menggunakan alat yg
 Alat penerima dihalang oleh tahi diberi oleh profesional
telinga
2.  Alat mengeluarkan bunyi yang  Masukkan alat sekali lagi
nyaring di dalam telinga  Masuk ikut titik warna ( merah-
 Tidak dimasukkan dengan kanan,biru-kiri)
sempurna  Berbincang dengan profesional
 Pemasangan ditelinga yang kesihatan pendengaran
salah
 Pemasangan terlalu longgar

3.  Alat bantu dengar tidak berfungsi  Masukkan bateri


 Tiada bateri  Tutup bahagian bateri
 Bahagian bateri tidak ditutup  Bersihkan permukaan bateri
 Bateri kotor atau lemah  Masukkan bateri baru
 Alat penerima diselaputi lilin  Bersih dengan perlahan atau
berhubung dengan pakar kesihatan
4.  Alat bantu dengar terkeluar  Lap alat dan telinga dengan kain
daripada telinga lembut
 Salur telinga basah atau kotor

5.  Alat bantu dengar sukar  Letakkan sedikit pelincir di atas jari dan
dimasukkan ke dalam telinga bahagian salur telinga sebelum
memasukkan alat bantu dengar
 Pastikan pelincir tersebut tidak
mengenai alat penerima atau mikrofon
pada alat bantu dengar
Jadual 2: Langkah-langkah Penyenggaraan Alat Bantu Dengar

Berehat seketika

Anda masih mengikuti modul ini dengan penuh minat. Sekarang masa untuk
berehat dan minum secawan kopi. Kita sambung topik 6

50
UNIT 6 Sistem Amplifikasi dalam Bilik Darjah

SINOPSIS

Tajuk ini akan membincangkan tentang fungsi, komponen asas dan jenis alat
bantu dengar individu; sistem amplifikasi dalam bilik darjah serta keberkesanan
amplifikasi.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir tajuk ini, anda akan dapat

i. Menunjuk cara kemahiran memasang dan menyenggara sistem alat bantu


dengar sebagai satu sistem amplifikasi untuk Murid Masalah Pendengaran
(A3, HPP8, KEP2).
ii. Menerangkan kelebihan dan kelemahan sesuatu jenis amplifikasi.

6.0 Kandungan

6.1 Sistem amplifikasi radio (FM)


 Asas penggunaan
 Kelebihan dan kekurangannya

6.2 Pemilihan sistem amplifikasi yang sesuai


 Kriteria-kriteria asas
 Perkembangan terkini seperti teknologi digital
 Mengenal pasti komponen-komponen dalam sistem FM
 Mengguna dan menyenggara sistem FM

6.0 Sistem amplifikasi dalam bilik darjah

Setelah kanak-kanak didiagnosis mempunyai masalah pendengaran, pegawai


Audiologi bertanggungjawab dalam pengurusan amplifikasi dengan memilih samada
kanak-kanak tersebut perlu memakai alat bantu pendengaran konvensional, Bone
Anchored Hearing Aid (BAHA), atau Koklea Implan bergantung kepada masalah
pendengaran yang dihidapi.

Bagi pelajar bermasalah pendengaran penggunaan sistem FM sangat


membantu dalam bilik darjah. Ini kerana, penggunaan sistem FM meningkatkan SNR

51
yang ketara terutamanya dalam bilik darjah yang bising (American Speech-Language
Hearing Association, 2005). Sistem FM membolehkan pelajar ini menerima maklumat
daripada guru dalam bilik darjah dengan jelas seolah-olah guru tersebut berada di
sebelahnya. Sistem FM ini juga mengatasi masalah jarak dan kebisingan latar
belakang.

Rajah 18: Contoh Sistem FM yang digunakan

6.1 Sistem amplifikasi radio (FM)

Sains akustik bilik darjah mempunyai asas yang mudah tetapi sering menjadi faktor
yang tidak dikenal pasti seperti pemprosesan pendengaran kanak-kanak tidak
berkembang sepenuhnya sehinggalah mereka mencapai peringkat remaja. Walaupun
rekaan akustik bilik darjah yang baik membantu suara guru didengari dengan lebih
jelas, namun ada ketikanya kanak-kanak tidak dapat memahami pertuturan guru
kerana pelbagai faktor lain. Justeru, sistem amplikasi bilik darjah dapat membantu
proses pembelajaran sepenuhnya di dalam bilik darjah khususnya bagi pengajaran
dan pembelajaran kanak-kanak bermasalah pendengaran. Kebanyakan guru
menyampaikan pengajaran secara verbal. Walaupun mereka mungkin menggunakan
gerak badan mahupun mimik muka semasa sesi pengajaran, persepsi terhadap
pertuturan guru merupakan aspek kritikal yang perlu difahami pelajar. Tambahan pula,
bukan hanya guru bertutur di dalam bilik darjah. Pelajar juga menyumbang sebagai
komunikator apabila mereka mendengar, bertanya soalan serta terlibat dalam sesi
perbincangan. Justeru, nada suara serta penyampaian guru, bunyi kebisingan, gema
atau gelombang bunyi persekitaran dan jarak antara guru dan murid menjadi

52
faktorfaktor dalam menentukan akustik bilik darjah yang baik serta penggunaan sistem
amplikasi dalam bilik darjah.

6.1.1 Asas penggunaan

Persekitaran akustik yang tidak sesuai akan memberi kesan negatif kepada guru dan
pelajar. Sistem amplikasi yang bersesuaian boleh membantu menguatkan bunyi
persekitaran serta menggalakkan frekuensi pertuturan dan dapat menyebarkan bunyi
ke seluruh ruang bilik darjah. Bentuk pertuturan merupakan pengalaman penting yang
dialami oleh pelajar di dalam bilik darjah. Antara asas pertimbangan dalam
pelaksanaan penggunaan sistem amplikasi bilik darjah ialah:

 Jarak
 Kebisingan
 Pantulan bunyi atau gema
 Suara dan gaya penyampaian guru
 Kemampuan pendengaran pelajar
 Kemampuan linguistik pelajar
Johnson (2001) menyatakan bahawa kebisingan atau gema boleh memberi kesan
terhadap tumpuan pelajar, serta salah faham maklumat yang disampaikan dalam
kalangan pelajar bermasalah pendengaran.

Bagaimana FM sistem berfungsi

 Alat bantu dengar tanpa wayar yang menghantar bunyi daripada orang yang
bercakap (speaker) kepada pendengar
 Orang yang bercakap akan menggunakan mikrofon dan alat pemancar
 Suara orang yang bercakap akan dihantar kepada alat penerima di atas alat
yang dipakai oleh kanak-kanak

FUNGSI

 Mengurangkan kesukaran disebabkan jarak


 Mengurangkan bunyi bising persekitaran
 Mengurangkan gema

53
KOMPONEN

 Alat pemancar atau transmitter yang dipakai oleh guru


 Alat penerima atau receiver yang dipakai oleh kanak-kanak
 Pengecas bateri
 Mikrofon

6.1.2 Kelebihan dan kekurangannya

KELEBIHAN

 Menguatkan suara speaker berbanding bunyi persekitaran


 Mewujudkan situasi sesuai untuk kanak-kanak mendengar
 Mengurangkan kesan pergerakan speaker
 Dapat menghantar signal bunyi pada jarak 45 meter
 Mengurangkan kesan jarak daripada speaker
 Mengurangkan kesan gema

KELEMAHAN

 Sistem ini perlu diselia setiap hari untuk penggunaan efektif


 Guru mungkin tidak selesa memakai sistem ini dalam persekitaran bilik darjah
 Interaksi dalam kumpulan yang besar memerlukan alat yang berlainan.
 Komunikasi terbatas sekiranya tidak menggunakan pemancar
 Kanak-kanak mungkin tidak dapat mengawal atau mendengar bunyi sendiri
 Perlu mengikut arahan penggunaan yang sesuai.

6.2 Pemilihan sistem amplifikasi yang sesuai

Semua alat bantu dengar mengandungi bahagian yang sama yang membolehkan
bunyi persekitaran dibawa ke telinga. Bagaimanapun alat bantu dengar terdiri daripada
pelbagai bentuk yang berbeza dari segi saiz dan cara diletakkan dalam telinga. Ada
yang sangat kecil sehingga boleh dimasukkan ke salur auditori membuatkannya
hampir tidak kelihatan. Pada kebiasaannya, semakin kecil alat bantu dengar, semakin
kurang kuasanya, jangka hayat bateri semakin pendek dan harganya semakin mahal.

54
Sistem asas amplikasi bilik darjah lazimnya melibatkan empat komponen asas iaitu
speaker, receiver, amplifier dan mikrofon. Speaker biasanya diletakkan di dinding atau
di siling. Receiver dan amplifier pula sering diletakkan berdekatan dengan peralatan
projektor manakala mikrofon dipakai oleh guru di bahagian leher. Terdapat juga
mikrofon yang boleh dipegang dan digunakan secara bergilir oleh pelajar apabila
menjawab soalan.
Asasnya, terdapat dua jenis sistem amplikasi bunyi yang boleh digunakan
dalam persekitaran pembelajaran iaitu:
i. Sound-fields Amplification System
 Sistem ini membantu guru memaksimakan pendengaran di dalam bilik
darjah.
 Guru memakai mikrofon dan transmitter. Suara guru akan dipindahkan
daripada alat pemancar (transmitter) ke amplifier yang telah dihubungkan
dengan speaker di dalam bilik darjah.
Kebaikan Sound-fields Amplification System adalah:
 Pelajar dapat mendengar suara guru melebihi kebisingan persekitaran
tanpa menjerit
 Meningkatkan pencapaian akademik
 Meningkatkan tumpuan terhadap arahan verbal dan aktiviti serta
meningkatkan pemahaman pelajar
 Mengurangkan pengulangan
 Meningkatkan kemampuan 3M
 Meningkatkan keyakinan pelajar semasa bercakap di dalam kelas
 Memudahkan proses mendengar dan mengajar oleh guru
 Mengurangkan bebanan tekanan suara guru
 Meningkatkan kemampuan pembentukan ayat oleh pelajar
 Memperbaiki perkembangan pertuturan dan bahasa

ii. The Personal FM System


 Sistem FM merupakan sistem tanpa wayar (wireless) yang mana alat bantu
dengar ini menghantar bunyi daripada speaker atau orang yang bercakap
kepada pendengar.

55
 Suara penutur diterima melalui mikrofon dan dihantar kepada pemancar.
Sebelum bunyi dihantar, pemancar FM akan memastikan tiada bunyi yang
diterima melebihi 70dB.
 Bunyi yang diterima daripada pemancar (transmitter) akan dihantar kepada
penerima yang memakai alat bantu dengar melalui gelombang frekuensi
radio.
 Penerima (receiver) kemudiannya akan menukarkan gelombang radio
kepada tenaga elektrik yang akan dihantar kepada alat bantu dengar untuk
bunyi dikuatkan dan diterima dengan jelas oleh pemakai.
Kebaikan (Personal FM System) ialah:
 Mampu menguatkan suara speaker berbanding bunyi bising
persekitaran
 Mengurangkan kesan gema di dalam bilik darjah.
 Mewujudkan situasi yang sesuai untuk kanak-kanak mendengar
 Mengurangkan kesan jarak daripada speaker
 Mengurangkan kesan pergerakan speaker atau individu yang bertutur
 Dapat menghantar signal bunyi dalam lingkungan 45m

6.2.1 Kriteria-kriteria asas

Memahami pertuturan dalam persekitaran yang bising adalah sukar bagi seseorang
pelajar, tetapi bagi pelajar yang mempunyai masalah pendengaran proses ini adalah
lebih sukar dan mencabar. Seseorang pelajar memerlukan akses kepada pertuturan
bagi perkembangan kemahiran mendengar, bahasa dan pembelajaran mereka.

Pengurusan Audiologi

Setelah kanak-kanak didiagnosis mempunyai masalah pendengaran, pegawai


Audiologi bertanggungjawab dalam pengurusan amplifikasi dengan memilih samada
kanak-kanak tersebut perlu memakai alat bantu pendengaran konvensional, Bone
Anchored Hearing Aid (BAHA), atau Koklea Implan bergantung kepada masalah
pendengaran yang dihidapi.

Bagi pelajar bermasalah pendengaran penggunaan sistem FM sangat


membantu dalam bilik darjah. Ini kerana, penggunaan sistem FM meningkatkan SNR
yang ketara terutamanya dalam bilik darjah yang bising (American Speech-Language

56
Hearing Association, 2005). Sistem FM membolehkan pelajar ini menerima maklumat
daripada guru dalam bilik darjah dengan jelas seolah-olah guru tersebut berada di
sebelahnya. Sistem FM ini juga mengatasi masalah jarak dan kebisingan latar
belakang seperti yang telah dibincangkan di atas.

Modifikasi Persekitaran

Setelah pelajar diberikan amplifikasi yang optimum, peranan pihak sekolah seterusnya
penting dengan melakukan pengubahsuaian bilik darjah bagi menyediakan
persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk pelajar berkeperluan khas ini.
Antaranya adalah dengan mengurangkan reverberasi seperti memasang permaidani
dan melapik dinding dengan bahan serap bunyi. Melapik kaki kerusi dan meja juga
dapat membantu dalam mengurangkan kebisingan di dalam bilik darjah .

Selain itu, elakkan daripada menempatkan meja pelajar-pelajar dekat dengan


sumber kebisingan seperti kipas, penghawa dingin , pintu serta di hadapan sumber
cahaya yang boleh menyebabkan bayang-bayang dan menyukarkan pelajar melihat
ekspresi wajah dan mulut penutur. Susun atur meja pelajar di dalam kelas yang
dicadangkan adalah berbentuk ladam kuda agar semua murid boleh melihat guru yang
mengajar

Modifikasi dan strategi mengajar dan komunikasi

Guru atau tenaga pengajar juga perlu mempelajari teknik dan strategi mengajar dan
berkomunikasi dengan pelajar berkeperluan khas pendengaran ini. Sebelum guru ingin
bercakap atau memberi arahan kepada pelajar, guru tersebut perlulah mendapatkan
perhatian pelajar bermasalah pendengaran ini terlebih dahulu. Guru juga perlu
bercakap secara berhadapan dengan pelajar dan jika mempunyai peluang lakukan
komunikasi one to one. Selain itu guru tersebut juga perlu b ercakap dengan kelajuan
yang perlahan dan jelas serta menggunakan bahasa yang mudah difahami.

berkomunikasi, guru perlu melakukan peneguhan (rephrase) dan pengulangan


jika perlu. Ini membolehkan maklumat yang ingin disampaikan lebih mudah diterima
dan difahami oleh pelajar. Penggunaan bahasa bukan verbal seperti bahasa badan
dan ekspresi muka juga turut membantu.

57
Guru atau tenaga pengajar juga perlu kreatif dalam sesi pengajaran mereka
bagi membolehkan pelajar menerima maklumat dengan cara yang mudah dan menarik.
Dengan cara lain, guru perlu m emper banyakkan penggunaan bantuan visual, grafik,
video dan gambar dalam kelas. Jadual waktu sesi pembelajaran juga perlu
dipendekkan agar pelajar tidak mudah letih.

Kesimpulannya, modifikasi dan adaptasi bilik darjah untuk pelajar-pelajar


dengan masalah pendengaran perlu dilakukan bagi membolehkan mereka
mendapatkan input atau maklumat yang optimum semasa sesi pembelajaran.
Modifikasi dan adaptasi bilik darjah ini perlu mengambil kira faktor-faktor seperti
kebisingan persekitaran, jarak antara penutur dan pendengar dan juga reverberasi.

Dengan mengambil kira faktor-faktor ini, kerjasama semua kumpulan


multidisiplin yang terlibat dalam pengurusan dan intervensi keperluan pelajar-pelajar
berkeperluan khas ini adalah sangat penting bagi menyediakan persekitaran yang
optimum dan kondusif buat mereka, seterusnya membolehkan mereka bersama-sama
menempatkan diri di kalangan rakan sebaya yang normal dalam persekitaran
kehidupan sebenar.

6.2.2 Perkembangan terkini seperti teknologi digital

Teknologi alat bantu pendengaran telah melalui revolusi sejak beberapa tahun
kebelakangan ini. Alat bantu dengar jenis digital mempunyai satu atau lebih
pemproses mikrocip yang menukarkan bunyi gelombang analog ke angka 0 dan 1
mengikut bahasa komputer.
Bunyi dalam format ini akan diproses dengan lebih cepat dan cekap daripada
bunyi gelombang analog. Asasnya, bunyi yang masuk adalah disampelkan dalam
kadar jutaan sesaat. Litaran alat digital akan menganalisis kesemua tahap bunyi dan
frekuensi, memanipulasikannya untuk memberikan keupayaan yang setanding dengan
pendengaran individu normal.
Contohnya, orang yang mengalami kehilangan pendengaran mungkin
menghadapi kesukaran dengan bunyi yang perlahan, tetapi mereka tidak berasa
selesa dengan sesetengah bunyi yang kuat. Alat bantu dengar digital dengan
kemampuan litar mampu menyusun bunyi yang masuk, mengesan bunyi yang perlu
dikuatkan dan memproses bunyi dengan sewajarnya.

58
Kenapa teknologi digital lebih baik?
• Bunyi boleh diproses atau dimanipulasi dengan cepat dan tepat dengan
mengubah isyarat yang masuk kepada isyarat komputer menggunakan formula
matematik dikenali sebagai algoritma.
• Algoritma boleh memisahkan bunyi secara berterusan mengikut saluran
frekuensi.
• Algoritma boleh menguruskan bunyi mengikut unit masa.
• Pemproses isyarat digital atau digital signal processor boleh mengurangkan
tahap bunyi bising yang berterusan menggunakan masa.
• Algoritma dapat mengesan bunyi konsisten yang perlahan seperti dalam sistem
pengaliran udara menggunakan teknik audio yang dipanggil “expansion”.
• Algoritma digital juga boleh meminimumkan dan menghapuskan permulaan

6.2.3 Mengenal pasti komponen-komponen dalam sistem FM

Sistem asas amplikasi bilik darjah lazimnya melibatkan empat komponen asas iaitu
speaker, receiver, amplifier dan mikrofon. Speaker biasanya diletakkan di dinding atau
di siling. Receiver dan amplifier pula sering diletakkan berdekatan dengan peralatan
projektor manakala mikrofon dipakai oleh guru di bahagian leher.

Berehat seketika

Anda masih mengikuti modul ini dengan penuh minat. Sekarang masa untuk
berehat dan minum secawan kopi.Kita sambung topik 7

59
UNIT 7 Koklea Implan

7.0 SINOPSIS

Tajuk ini akan membincangkan tentang Koklea Implan dari segi ciri-ciri calon yang
sesuai, komponen Koklea Implan dan fungsinya, proses pemasangan,
pemeriksaan medikal, pembedahan dan pemetaan speech processor. Juga
dibincangkan dalam tajuk ini ialah pasukan yang terlibat dalam Koklea Implan dari
aspek peraturan dan etika, pihak-pihak yang terlibat dan peranan masing-masing
serta latihan auditori dan pertuturan.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir tajuk ini, anda akan dapat

i. Menyatakan ciri-ciri calon yang sesuai untuk dilakukan Koklea Implan.


ii. Menamakan komponen-komponen Koklea Implan dan fungsinya.
iii. Menjelaskan proses yang terlibat dalam pemasangan Koklea Implan.
iv. Menamakan pihak-pihak yang terlibat dalam Koklea Implan dan
menghuraikan peranan masing-masing

7.0 Kandungan

Koklea Implan
 Penggunaan koklea Implant
 Ciri-ciri Indvidu yang sesuai
 Proses pemasangan
 Faedah dan limitasi
 Pendekatan secara berpasukan
 Implan alat bantu dengar lain-lain
o Bone Anchored Hearing Aid (BAHA)
o Auditory Brainstem Implant (ABI)

60
7.1 Penggunaan koklea implant

Koklea Implan atau cacakan koklea merupakan sejenis alat yang berfungsi
meningkatkan kemampuan pendengaran melalui rangsangan elektrik pada sel saraf di
bahagian dalam telinga. Ia terdiri daripada empat komponen utama iaitu electrod array
& coclear implant package, speech prosessor, receiver atau stimulator dan transmitter
coil. Perlu dingat bahawa tidak semua individu masalah pendengaran sesuai
menggunakan Koklea Implan. Hanya individu yang mengalami kerosakan
pendengaran yang teruk atau mempunyai sisa pendengaran yang amat sedikit sesuai
menggunakan kaedah ini. Pembedahan akan dilakukan bagi pacakan koklea di mana
alat tersebut dicacak atau dimasukkan ke dalam kulit di bahagian belakang telinga.
Electrode array pula dimasukkan ke dalam bahagian telinga. Elektrod
berperanan menjalankan tugas-tugas sel rerambut halus di dalam koklea. Mikrofon,
pemproses pertuturan (speech prosessor) dan alat pemancar (transmitter) pula akan
dipakai di luar tubuh. Mikrofon diletakkan di belakang telinga seperti alat pendengaran.
Ia berfungsi untuk menangkap bunyi dan membawanya ke dalam pemproses
pertuturan (Scheetz, N. A., 2012).

Komponen-komponen koklea implan dan fungsinya.

Rajah 18: Pemakaian Koklea Implan

61
Komponen asas Koklea Implan terbahagi kepada dua iaitu:

Bahagian dalam: Implan dan Baris Elektrod Bahagian Luar: Pemproses bunyi

Rajah 19: Koklea Implan: Bahagian Dalam dan Bahagian Luar

Alat Koklea Implan diimplan secara pembedahan dan diletak di bawah kulit di
bahagian belakang telinga. Komponen-komponen asas yang terdapat dalam Koklea
Implan adalah:
1. Alat luaran

 Mikrofon menangkap bunyi di persekitaran.


 Pemproses bunyi/Pemproses pertuturan (sound processor/speech
processor) menapis, memilih dan menyusun bunyi. Kemudian bunyi
dihantar menggunakan isyarat bunyi elektrikal melalui kabel nipis pada
transmitter.
 Transmitter gelungan kabel nipis yang diletakkan di bahagian belakang
telinga luar. Kedudukannya ditetapkan dengan menggunakan magnet. Ia
akan menghantar isyarat bunyi yang telah diproses ke alat dalaman
menggunakan induksi elektromagnetik.

2. Alat dalaman

 Receiver dan stimulator terletak pada tulang di bawah kulit. Ia berfungsi


untuk menukar isyarat bunyi kepada impuls elektrik yang kecil.
Seterusnya impuls ini dihantar melalui kabel dalaman ke elektrod.
 Susunan 22 elektrod terletak di koklea, yang berfungsi menghantar
impuls ke saraf-saraf dalam timpani. Kemudian dihantar terus ke otak
melalui sistem saraf auditori.

62
 Bunyi yang diterima oleh mikrofon mesti diproses dahulu untuk
mengaktifkan elektrod. Bunyi akan ditukarkan ke dalam bentuk
frekuensi, setiap huruf vokal sudah ditentukan frekuensinya. Alat akan
mentafsir frekuensi tersebut dan seterusnya pendengaran akan tercetus.
Setiap komponen di dalam Koklea Implan mempunyai fungsinya
tersendiri.

7.2 Ciri-ciri Indvidu yang sesuai

i. Umur calon
Kanak-kanak yang mendapat masalah pendengaran sebelum bercakap
mestilah berumur di bawah empat tahun. Namun begitu pesakit yang berumur
lebih dari empat tahun masih lagi boleh dipertimbangkan mengikut keputusan
pasukan Koklea Implan. Tiada had maksimum umur untuk pesakit dewasa dan
kanak-kanak yang sudah boleh bercakap sebelum mengalami masalah
pendengaran.
ii. Masalah pendengaran
Pesakit yang mempunyai pendengaran sensorineural teruk ke sangat teruk
pada kedua-dua belah telinga.
iii. Percubaan menggunakan alat bantu pendengaran
Pesakit telah menggunakan alat bantu pendengaran secara konsisten dalam
tempoh masa yang ditetapkan tetapi tidak dapat manafaat daripada alat
tersebut.
iv. Tahap kesihatan Pesakit
Pesakit tidak mengalami masalah ketiadaan saraf. Pesakit juga tidak
mempunyai masalah kesihatan lain yang boleh menghalang pesakit daripada
menjalani pembedahan.
v. Penglibatan pesakit dan penjaga
Pesakit memberi tumpuan dan kerjasama semasa sesi penilaian dan terapi.
Pesakit dan penjaga menunjukkan komitmen untuk sesi rawatan.

7.3 Proses pemasangan

Koklea Implan memintas bahagian telinga dalam yang rosak dan menghantar signal
elektrik terus ke otak.

63
i. Bunyi di kumpulkan melalui mikrofon di pemproses bunyi.
ii. Pemproses bunyi menukarkan bunyi kepada informasi digital.
iii. Set kepala bermagnet menghantar informasi digital ke implan.
iv. Baris elektrod menghantar signal elektrik ke saraf pendengaran.
v. Saraf pendengaran kemudiannya menghantarnya ke otak di mana ia di
tafsirkan sebagai bunyi.

Rajah 19: Pemasangan Koklea Implan

7.4 Faedah dan limitasi

Tugasan 7

Anda dikehendaki untuk menonton dua video yang berkaitan dengan


implikasi dan faedah penggunaan koklea implan daripada youtube.
Bentangkan dapatan anda semasa sesi tutorial.

7.5 Pendekatan secara berpasukan


Berikut pula adalah ahli kumpulan yang terlibat dalam mengenal pasti calon yang layak
menjalani Koklea Implan.

 Otologis
 Audiologis
 Patologis Pertuturan-Bahasa
 Psikologis Pembangunan
 Pembimbing Perhubungan (Educator Liason)
 Pembimbing Penasihat (Educator Consultant)
Proses intervensi Koklea Implan merupakan intervensi multidisiplin yang memerlukan
penglibatan beberapa perkhidmatan kepakaran:

64
 Pesakit perlu menjalani ujian pendengaran bersama Audiologis bagi
menentukan jenis dan tahap keterukan masalah pendengaran.
 Pesakit yang dikenalpasti mempunyai masalah pendengaran perlu
menggunakan alat bantu pendengaran secara konsisten dalam tempoh masa
yang telah ditetapkan.
 Dalam masa yang sama pesakit perlu mengikuti sesi terapi pertuturan
mendengar dan bertutur.
 Audiologis dan Terapis Pertuturan-Bahasa akan menilai samada pesakit
mendapat manafaat daripada penggunaan alat bantu pendengaran.
 Pesakit perlu menjalani pemeriksaan bersama Pakar ORL, Pakar Pediatrik,
Radiologis atau mana-mana pakar perubatan lain sekiranya diperlukan bagi
menilai samada pesakit sesuai menjalani pembedahan Koklea Implan atau
tidak.
 Pesakit yang sesuai, akan menjalani pembedahan Koklea Implan yang akan
dilakukan oleh pakar ORL.
 Koklea Implan akan diaktifkan 2-4 minggu selepas pembedahan.
 Selepas itu pesakit perlu menjalani sesi mapping bersama Audiologis
 Pesakit juga perlu menjalani sesi terapi pertuturan bagi meningkatkan
kemahiran mendengar dan bertutur.

7.6 Implan alat bantu dengar lain-lain

Terdapat pelbagai jenis alat bantuan pendengaran yang dicipta berasaskan teknologi
terkini contohnya Bone Anchored Hearing Aid (BAHA) dan Auditory Brainstem Implant
(ABI).

7.6.1 Bone Anchored Hearing Aid (BAHA)

Rajah 20: Bone Anchored Hearing Aid (BAHA)

65
Sekiranya anda mengalami perubahan pendengaran yang "konduktif", ini bermaksud
bahawa deria pendengaran anda sebenarnya lebih baik tetapi anda tidak
mendengarnya juga kerana telinga luar dan telinga tengah tidak berfungsi dengan baik,
anda berkelayakan untuk menerim manfaat daripada Bone Anchored Hearing Aid
(BAHA). Sekiranya layak pakar ENT akan melaksanakan perundingan dan
pembedahan tersebut. Menerusi pembedahan tersebut, implan magnet di bawah kulit,
atau penyangga pada kulit akan dimasukkan yang akan menyambung ke alat bantu
pendengaran yang akan hantar suara - termasuk panggilan bluetooth dan streaming -
ke "koklea" atau organ pendengaran telinga dalam anda tanpa menggunakan telinga
luar dan telinga tengah.

Tugasan 8

Dapatkan maklumat lanjut berkaitan BAHA dengan menonton video di


youtube https://youtu.be/OUWpkrU_bIw : How Bone Conduction
Hearing Aids Work | Cochlear BAHA. Maklumat tersebut perlu
dicatatkan dan dibincangkan dalam sesi tutorial

7.6.2 Auditory Brainstem Implant (ABI)

Rajah 21: Auditory Brainstem Implant (ABI)

Auditory brainstem implant (ABI) adalah lebih kurang sama dengan Koklea Implan kita.
Seperti sistem Koklea Implan, pemproses audio luaran mengesan bunyi dan
menghantar isyarat berkod ke implan. Walau bagaimanapun, ABI menggunakan
susunan elektrod yang jauh berbeza. Susunan ABI menggunakan 12 susunan elektrod
yang diletakkan terus pada koklea atau saraf auditori. Pada asasnya, ia merupakan
pintasan dalam laluan saraf antara saraf pendengaran dan otak. Ini memintas saraf
pendengaran yang tidak berfungsi dan membolehkan isyarat bunyi dihantar ke otak. Ini
menjadikan ABI sebagai pilihan bagi calon dengan kerosakan telinga dalam atau saraf

66
pendengaran yang tidak berfungsi. Walaupun pembedahan lebih kompleks, ia boleh
dianggap sebagai prosedur yang selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Tugasan 9

Untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan ABI anda boleh menonton


video di youtube: https://youtu.be/cgjjcGKH39w : Advances in Auditory
Brainstem Implants.
Aktiviti ini akan dibincangkan semasa tutorial.

TAHNIAH! Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.

67
BIBLIOGRAFI

American Speech-Language Hearing Association, 2005 Information for Audiologists.


https://www.asha.org/aud/ atas talian

Audiologist Academy (2016). What is an Audiologist.


https://www.audiologist.org/patients/what-is-an-audiologist . Atas Talian

Crandell et al.,2005 Room Acoustics Intervention Efficacy Measures.


Article in Seminars in Hearing 25(2):201-206 · May 2006

Martin, F.N. & Clark, J.G. (2018). Introduction to audiology. 13th ed. Boston: Pearson

Paul, P.V. & Whitelaw, G.M. (2014). Hearing and deafness: An introduction for health
and education professionals. London: Jones and Bartlett Publishers

Scheetz, N. A. (2012). Deaf education in the 21st century: Topics and trends. New
Jersey: Pearson Education.

Sihat.Net (Tth): Pendarahan Telinga: Punca dan Rawatan. https://www.sihat.net/kekal-


sihat/pendarahan-telinga-rawatan/, atas talian.

Turnbull, A, Turnbull R. & Wehmeyer, M.L. (2014). Exceptional Lives: Special


Education in Today’s Schools in Today’s Schools. (7th ed). Singapore: Pearson.

Yoshinago-Itano (2000). Successful outcomes for deaf and hard-of-hearing children.


Seminar in Hearing, Vol 21 (4).

68
PENYELARAS MODUL PITO (PENDIDIKAN KHAS)

Nama Pegawai Akademik

Siti Nabilah binti Kasdi Bidang Pendidikan Khas

PANEL PENGGUBAL

PKDKP2082
AUDIOLOGI DALAM PENDIDIKAN

Bil. Nama Kelayakan Akademik


Doktor Falsafah (PhD) Pendidikan Khas
Sarjana Pendidikan (M. Ed) Pendidikan Khas
1 Dr Madinah Mohd Yusof
Sarjana Muda Pendidikan (Bed Hons)

Sarjana Pendidikan (M. Ed) Pendidikan Khas


Datin Siti Muhibah bt Hj Sarjana Muda Pendidikan (Bed Hons)
2.
Nor Sijil Perguruan Asas (Pengajian Islam)

Sarjana Pendidikan (Pendidikan Khas) (Universiti


Pendidikan Sultan Idris)
Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Malaysia Moden)
3. Pn. Anita Sapura Shaari (Universiti Putra Malaysia)
Diploma Perguruan Khas Pendidikan Khas
(Cacat Pendengaran)
Sijil Perguruan Asas (Pengajian Melayu)

69
SIMBOL PEMBELAJARAN

Sila gunakan simbol-simbol berikut bagi tujuan / maksud seperti yang


dinyatakan

Gunakan pita rakaman audio atau radio.

Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada


pensyarah dalam bentuk ‘soft copy’.

Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran).

Gunakan bahan-bahan multimedia.

Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan.

Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.

Buatkan ujikaji.

Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.

Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam


penyediaan modul.

Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting


dengan membuat ulasan.

Buatkan catatan atau nota-nota penting.

70
Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam
modul.

Senarai penerangan makna bagi sesuatu istilah.

Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Rujukan surat khabar.

Panduan kepada pengguna.

Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat


sumber yang berdekatan.

Sediakan geraf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang


lebih jelas.

Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk
membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.

Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah


dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep, rajah, jadual,
lukisan).

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.

71
72

Anda mungkin juga menyukai