Anda di halaman 1dari 30

KBD 3013

AUDIOLOGI
KUMPULAN 5: UJIAN AUDIOMETRI

PENGENALAN

Audiologi merupakan satu perkhidmatan yang penting


bagi individu bermasalah pendengaran yang memerlukan
pengesanan dan tindakan awal, penjagaan dan
perlindungan yang sesuai.
Audiologi menurut kamus ialah kajian keseluruhan
tentang pendengaran.
Medical buffalo education pula menyatakan istilah
audiologi merujuk kepada sains pendengaran iaitu
mendefinisikan audiologi sebagai satu disiplin yang
melibatkan pencegahan, pengenalan serta penilaian
masalah pendengaran, pemilihan dan penilaian alat bantu
pendengaran serta habilitasi atau rehabilitasi individu
yang mempunyai masalah pendengaran.

JENIS- JENIS UJIAN AUDIOMETRI


1.

2.

3.

Ujian audiometri nada tulen (Puretune Audiometry)


Ujian audiometri konduksi udara
(Air-conduction Audiometry)
Ujian audiometri konduksi tulang
(Bone-conduction Audiometry)

4. Ujian audiometri impedens (Impedance


Audiometry)
5. Play Audiometry
6. Evoked Respone Audiometry (ERA)
7. Tympanometry
8. Acoustic Reflex Testing
9. Otoacoutic Emission (OAE)
10. Behavioral Observation Audiometry
(BOA)

KOMPONEN UTAMA AUDIOMETER


Klinikal,Diagnostik, Mudah alih (portable)
Sius/knob boleh laras-intensiti dan frekuensi
Julat intensiti-antara 10dB hingga 11-dB
Julat frekuensi125,250,500,750,1000,1500,2000,3000,4000
,6000 dan 8000Hz
Skrin paparan

KOMPONEN UTAMA UJIAN AUDIOMETRI


Konduksi Udara ( Air conduction- AC)
Konduksi Tulang(Bone Conduction-BC)
Bilik senyap (sound treated room) atau yang
rendah bunyi latarnya.

PRA-PROSEDUR UJIAN AUDIOMETRI


Pastikan usia/tingkah laku respon.
Ujian dijalankan selepas pengambilan
sejarah/ maklumat
Pastikan keperluan tenaga pembantudistraktor
Pastikan respon yang dikehendaki.-berhatihati dengan respon palsu
Gunakan teknik Hughsen &Westlake
Pastikan cara menanda audiogram bagi
telinga kanan dan kiri

TEKNIK HUGHSEN & WESTLAKE


5 up 10 Down
jika klien dapat mendengar nada pada nilai
tertentu yang diberi, naikkan intensiti dengan
aturan 5dB klien dan jika klien tidak dapat
mendengar nada tersebut, turunkan nilainya
mengikut aturan sebanyak 10dB pula.

UJIAN AUDIOMETRI NADA TULEN (PURE-TUNE


AUDIOMETRY)
Ujian yang dilakukan untuk menguji
pendengaran dengan menggunakan berbagai jenis
frekuensi.
Ujian ini dijalankan didalam bilik kalis bunyi
(sound-isolated chambers)
Frekuensi dibaca dalam bentuk Hz.
Ujian dijalankan bermula dengan frekuensi nada
yang terendah ( 250Hz) hinggalah kepada nada
yang tertinggi (8,000Hz).
Audiometri nada tulen dilakukan dengan
menggunakan audiometer.

Ujian audiometri nada tulen yang dijalankan oleh


audiologis dengan menggunakan fon telinga.
Fon telinga berfungsi untuk menghalang
kemasukan bunyi-bunyi lain yang tidak
dikehendaki.
Selain daripada itu, fon telinga juga berfungsi
sebagai alat untuk mengalirkan nada ke telinga
yang diuji.
Pesakit akan mengangkat tangan atau jari
sekiranya mereka mengesan bunyi.
Audiologis akan memperlahankan nada bunyi
kepada yang lebih rendah.

AUDIOMETRI KONDUKSI UDARA (AIR


CONDITION AUDIOMETRY)
Dijalankan untuk menentukan tahap sensitiviti
pendengaran pesakit pada pelbagai frekuensi.
Ujian ini adalah untuk menentukan darjah
kehilangan pendengaran samada rendah,
sederhana atau tinggi.
Ujian audiometri konduksi udara dijalankan
adalah dengan memakai fon telinga dengan betul.
Penyambung fon telinga (headband) perlu
diletakkan betul-betul di atas kepala.
Jika pesakit mempunyai masalah pada saluran
telinga , insert earphone boleh digunakan. Alat ini
akan dimasukkan ke dalam saluran telinga.

Alat tranducers terletak di penghujung alat


ini diklipkan di baju pesakit.
Warna biru adalah untuk telinga kiri dan merah untuk
telinga kanan.
Prosedur audiometri konduksi udara adalah seperti
berikut:
1.
Pesakit mempunyai pilihan samada untuk
memeriksa telinga kanan atau kiri dahulu.
2.
Ujian dijalankan kepada telinga yang tidak
bermasalah terlebih dahulu.
3.
Frekuensi yang tinggi diuji secara menaik,
manakala frekuensi yang rendah diuji secara
menurun.

4. Pada Frekuansi 1000Hz, berikan satu nada bunyi


yang
pasti boleh didengar oleh klien dengan jelas untuk
tempoh 1-2 saat.
5. Jika klien tidak memberi respon, tambahkan nilai
intensiti sebanyak 20 dB sehingga klien mula
memberi respons.
6. Dalam teknik menurun, nada akan dibunyikan di
atas ambang pendengaran.
7.Nada akan semakin dikurangkan sehingga pesakit
memberi isyarat mereka tidak dapat mendengar
nada tersebut

.
8. Manakala dalam teknik menaik pula, nada
dibunyikan di bawah ambang pendengaran.
9. Nada akan semakin dinaikkan sehingga
isyarat mendengar diberikan oleh pesakit.
10. Jika ada tindak balas. Nada dikuatkan pada
30dbdi atas ambang pendengaran.

11. Jika tiada tindak balas, nada dikuatkan pada


50dB dan begitulah seterusnya dikuatkan
sehingga tindak balas diperolehi.
12. Setiap nada pada frekuensi yang berbeza
akan dibiarkan selama satu ke dua saat.
Semua keputusan dicatatkan di atas helaian
data atau borang markah.

AUDIOMETRI KONDUKSI TULANG (BONECONDUCTION AUDIOMETRY)


Audiometri Konduksi Tulang adalah ujian yang
dilakukan untuk mengetahui tahap
sensitiviti sensorineural pesakit.
Terdapat tiga situasi yang berlaku dalam
audiometri kondiksi tulang, iaitu :
1. Distortional bone conduction.
2. Inertial bone conduction .
3. Osseotympanic bone conduction.

1.

Distortional bone conduction.


a) Distortional bone conduction iaitu
apabila getaran dialirkan, tulang
tempurung mengalami perubahan
bentuk.
b) Perubahan ini menyebabkan
struktur pendengaran telinga
dalam juga berubah.

2. Inertial bone conduction .


a) Inertial bone condition pula berlaku
apabila terjadinya perubahan bentuk
tulang tempurung menyebabkan
rangkaian tiga tulang dalam telinga
dalam bergetar.
b) Pergerakan ini berlaku di dalam
telinga dalam bunyi dialirkan ke otak.

3. Osseotympanic bone conduction.


a) Osseotympanic bone conduction ialah
perubahan tempurung getaran dan melalui
liang telinga luar.
b) Beberapa getaran akan keluar daripada
liang telinga.
c) Sementara selebihnya masuk ke dalam
liang dan menggetarkan membran timpanik
di mana bunyi dapat didengari.

Ukuran untuk audiometri tulang selalunya


dilakukan di mastoid yang terletak di bahagian
belakang telinga.
Bahagian ini dijadikan tempat untuk mengukur
kerana di bahagian ini nada Bone audiometry
konduksi tulang dapat di dengar dengan kuat
serta ia terletak berhampiran dengan telinga.

Langkah-langkah ujian Audiometri Konduksi


tulang (Bone- Conduction Audiometry) :
a)

b)

c)

Sebelum melakukan ujian audiometri tulang,


pastikan dahulu rambut dikebelakangkan
sekiranya menggunakan alat getaran jalur
aluminium di dahi.
Alat getaran perlu diletakkan di bahagian tengah
tempurung. Kedua-dua telinga tidak perlu
ditutup.
Boleh untuk menguji mana-mana telinga terlebih
dahulu.

d. Prosedur yang lain sama seperti audimetri


konduksi udara. Kekeliruan mungkin
berlaku semasa mentafsir keputusan
audiometri konduksi tulang kerana
audiologis tidak pasti telinga sebelah mana
yang patut diuji. Ini kerana getaran samada
di dahi atau mastoid akan menggetarkan
bahagian dalam telinga kiri dan kanan.
e. Sungguhpun begitu terdapat simbol-simbol
yang mewakili telinga kiri dan kanan.

RAJAH DAN ALAT UJIAN

Anda mungkin juga menyukai