Anda di halaman 1dari 18

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA


AUDIOLOGI DAN PEMULIHAN AUDIOTORI
( KBD 3013 )
KELAS : B ( KUMPULAN 9 )
TAJUK : ANALISIS DAN PENAKSIRAN AUDIOGRAM
Nama Ahli:
Ummu Sulaimie Zainuddin

D20061025662

Shuhada Sahidan

D20061025688

Nor Hasmalinda Abu Hashim

D20061025702

Afifah Mohd Amin

D20061025703

Khairul Muna Hj. Ludin

D20061025704

Rohayati Ismail

D20061025710

Salasiah Abd Razak

PENSYARAH

D20061025711

EN SARIB B. SELAMAT

ISI KANDUNGAN
0

BIL
1.0
2.0
3.0
4.0
4.1

KANDUNGAN
PENGENALAN
PEMBINAAN AUDIOGRAM
PENAKSIRAN AUDIOGRAM
JENIS-JENIS UJIAN PENDENGARAN

5.0
6.0

BACAAN AUDIOGRAM
MASALAH KEHILANGAN PENDENGARAN
6.1 Masalah Kehilangan Pendengaran Konduktif

MUKA SURAT
2
5
6
8

4.1 Ujian konduksi udara (air-conduction testing)


4.2 Ujian konduksi tulang (bone conduction testing)
10
11

6.2 Masalah Kehilangan Pendengaran Sensori Neural


6.3 Masalah Kehilangan Pendengaran Campuran
7.0

RUMUSAN

13

1.0 PENGENALAN
1

Secara umumnya bunyi diukur berdasarkan kepada frekuensi bunyi tersebut serta
kekuatan bunyi yang terhasil. Frekuensi bunyi ini diukur dalam unit Hertz (Hz) atau
pusingan sesaat.
Frekuensi adalah pusingan seunit masa. Nada adalah keberkaitan tanggapan
frekuensi. Frekuensi adalah berhati-hati dalam hertz, yang adalah pusingan sesaat.
Biasanya frekuensi-frekuensi 250-8000 Hz adalah digunakan dalam pengujian kerana
julat ini mewakili kebanyakan daripada spektrum ucapan, walaupun telinga manusia itu
dapat mengesan frekuensi-frekuensi daripada 20-20,000 Hz. Sesetengah kanak-kanak
dapat mengesan frekuensi-frekuensi lebih tinggi teratur.
Telinga dijadikan untuk mendengar bunyi pada frekuensi tertentu. Manusia boleh
mendengar pada frekuensi antara 20Hz hingga 20,000Hz. Frekuensi antara 0-20 Hz
merupakan pendengaran normal manusia. Sensitiviti mendengar yang maksimum untuk
telinga manusia ialah antara 500Hz hingga 4,000Hz. Keupayaan mendengar adalah
maksimum

pada frekuensi 4,000Hz. Di sekitar frekuensi 4,000Hz inilah kerap

terjadinya kurang pendengaran disebabkan oleh bunyi bising.


Manusia yang kehilangan pendengaran boleh diuji dengan menggunakan
audiometer. Hasil ini akan diterjemahkan kepada audiogram. Audiometer adalah
peralatan elektronik untuk menguji pendengaran. Kredit atas penemuan alat ini secara
umum diberikan kepada Dr. Harvey Fletcher dari Universitas Brigham Young. Dalam
penggunaannya, audiometer menghasilkan hanya satu nada (nada murni)pada
beberapa frekuensi dan beberapa intensitas. Audiometer digunakan dalam pengujian
audiometri dengan hasil berupa audiogram.
Audiogram ialah peta grafik tahap keupayaan pendengaran anda yang
menunjukkan julat nada atau frekuensi bunyi yang mampu anda dengar di setiap
telinga, serta intensiti atau kekuatan bunyi yang boleh anda dengar. Ia adalah satu carta
kepekaan pendengaran dengan frekuensi dicartakan di atas absisa dan keamatan pada
ordinat. Keamatan adalah tahap kawalan rapi itu diukur dalam desibel; kelantangan
adalah keberkaitan tanggapan keamatan.
2

Untuk ujian ambang keamatan, desibel diukur dalam mendengar tahap (HL),
yang adalah diasaskan diseragamkan purata individu-individu dengan kepekaan
pendengaran normal. HL bukan bersamaan paras tekanan baik (SPL), tetapi orang
Amerika National Standards Institute (ANSI) adakah ditakrifkan satu perhubungan
antara SPL dan HL bagi setiap audiometric frekuensi daripada 250-8000 Hz.
Sebelum menterjemah audiogram adalah penting untuk mengetahui jenis dan
keterukan kehilangan pendengaran pelajar dan implikasinya, supaya dapat memandu
ibu bapa jalan yang tepat jikalau mereka meminta pendapat tentang pilihan pendidikan
dan membuat rawatan . Audiogram ini akan menunjukkan jenis kehilangan
pendengaran, tahap kehilangan dan bentuk kehilangan pendengaran iaitu berapa
banyak pendengaran yang masih ada pada setiap frekuensi seseorang itu.
Bagi manusia, bunyi frekuensi rendah atau minimum adalah di antara 125 Hz
hingga 500 Hz. Bunyi nada rendah ini mempunyai kualiti bass dan mengandungi melodi
pertuturan. Sebagai contoh huruf vokal dan bunyi persekitaran adalah tergolong dalam
bunyi ini.
Bunyi nada tinggi pula adalah dari frekuensi 1500 Hz dan seterusnya. Bunyi ini
berkualiti tenor dan merangkumi maksud pertuturan. Ia penting kepada pemahaman
pertuturan kerana di kawasan ini terletak banyak bunyi konsonan seperti s, sh, f, dan th.
Untuk memahamai pertuturan seseorang itu perlu dapat mendengar bunyi nada tinggi.

2.0 PEMBINAAN AUDIOGRAM


Audiogram merupakan graf yang digunakan untuk menunjukkan keputusan ujian
pendengaran. Ia dihasilkan oleh seorang profesional pendengaran iaitu audiologis.
Sebelum sesebuah audiogram dihasilkan, ujian pendengaran perlu dilaksanakan
terlebih dahulu. Bagi menjalani ujian ini,pesakit perlu memakai fon kepala dan duduk di
dalam bilik tara bunyi atau bilik kalis bunyi yang mengurangkan bunyi dari persekitaran
yang boleh mengganggu dan menjejaskan hasil ujian. Audiologis akan menggunakan
audiometer, iaitu sejenis mesin yang menghasilkan bunyi nada tulen (pure tone) yang
berlainan frekuensi dan intensiti.
Proses-proses yang akan berlaku semasa ujian pendengaran dijalankan ialah
pesakit akan diminta untuk duduk di atas sebuah kerusi yang telah disediakan.
Kedudukan audiometer hendaklah di belakang pesakit bagi mengelakkan pesakit
menipu semasa ujian dijalankan. Selepas itu, pesakit akan dipakaikan fon kepala oleh
audiologis. Warna merah di fon kepala tersebut untuk telinga kanan manakala biru
untuk telinga kiri. Mula-mula, pesakit akan diuji di bahagian sebelah telinga dahulu
sama ada kiri atau kanan. Apabila selesai menguji sebelah telinga, telinga yang satu
lagi pula akan diuji.
Pesakit yang diuji juga akan dapat mendengar siri-siri nada bunyi di mana mereka
harus memberi isyarat apabila mereka dapat mendengar setiap nada bunyi yang
diperdengarkan. Bunyi akan diturunkan intensitinya sehingga orang yang diuji tidak
dapat mendengar lagi: iaitu ke tahap yang digelar ambang pendengaran. Audiogram
yang dihasilkan akan menandakan ambang pendengaran telinga anda di setiap
frekuensi dari 500Hz ke 4,000Hz yang melingkungi frekuensi pertuturan manusia.

3.0 PENAKSIRAN AUDIOGRAM


Audiogram merupakan graf yang menunjukkan bunyi paling perlahan yang boleh
didengar oleh seseorang individu pada frekuensi atau nada yang berbeza. Akan tetapi,
apakah sebenarnya fungsi audiogram ini? Audiogram ini sebenarnya menunjukkan had
nada yang merupakan sebahagian daripada bunyi pertuturan. Bunyi yang berbeza
dalam bahasa mempunyai kekuatan dan frekuensi yang berbeza. Sebagai contoh:
bunyi s merupakan nada bunyi yang tinggi dan senyap. Manakala bunyi O pula
merupakan lebih rendah dan lebih kuat.
Audiogram dalam Rajah menunjukkan bahagian yang digelapkan adalah menunjukkan
frekuensi dan kekuatan bunyi dalam spektrum pertuturan biasa.

Bunyi diukur dalam dua cara: dari segi kekuatannya, atau tahap desibel, dan dari
segi frekuensi, atau nada.

Tahap Desibel (dB) bermula dari 0, iaitu bunyi paling

perlahan yang manusia boleh dengar, ke tahap bunyi yang paling kuat dalam lebih
kurang 150 dB dan lebih. Skala desibel adalah logaritma, bermakna ia boleh meningkat
dengan cepat, menjadi tekanan bunyi berganda dari satu peringkat ke selanjutnya: 90
dB ialah dua kali kuatnya dari 80, dan 80 ialah dua kali kuatnya dari 70.
Dalam perspektif seharian, percakapan manusia berada dalan lingkungan 40 ke
60 dB. Deringan telefon ialah di antara 80 dB, bunyi mesin pemotong rumput pula
mencatatkan 90 dB, dan konsert rock boleh mencapai sehingga 120 dB. Tahap bunyi
yang melebihi 80 dB adalah berpontensi merosakkan pendengaran jika berpanjangan.
Frekuensi disukat oleh Hertz (Hz). Hertz ialah bilangan buaian (gelombang)
setiap saat molekul udara bergerak digelombang bunyi. Misalnya, bunyi yang mencatat
300 Hz berbuai 300 kali lebih setiap saat. Bilangan buaian juga menentukan apa bunyi
yang berbunyi di telinga kita. Bayangkan antara nada bass dengan nada treble di piano.
Frekuensi rendah menghasilkan nada kerendahan-gegala, manakala frekuensi tinggi
lebih tinggi gegalanya.
Sementara nada tulin dihasilkan oleh garpu tala atau peralatan penguji
pendengaran yang mewakili satu frekuensi tunggal, kebanyakan bunyi yang kita dengar
setiap hari, termasuk pertuturan, ialah kombinasi beberapa frekuensi. Frekuensi yang
berkaitan dengan julat pertuturan manusia berada dalam lingkungan dalam 200 ke
8000 Hz, walaupun telinga manusia boleh mengesan frekuensi dari 20 ke 20,000 Hz.

4.0 JENIS UJIAN PENDENGARAN


4.1 Ujian konduksi udara (air-conduction testing)
Semasa ujian pendengaran dilakukan, bunyi yang diperdengarkan adalah dalam
pelbagai cara. Apabila ujian dilakukan dengan menggunakan fon telinga, bunyi itu akan
disalurkan melalui salur telinga dan melalui telinga tengah sebelum sampai ke telinga
dalam. Ujian ini dikenali sebagai ujian konduksi udara (air-conduction testing). Ujian ini
bertujuan untuk melihat bagaimana sistem auditori secara keseluruhan bertindak balas
terhadap bunyi yang diterima.
4.2 Ujian konduksi tulang (bone conduction testing)
Sekiranya ujian ini menunjukkan berlakunya kehilangan pendengaran, satu alat lain
dipanggil bone vibrator atau penggetar tulang yang diletakkan di belakang telinga.
Ianya berperanan dalam menghantar bunyi yang diterima terus ke telinga dalam. Bunyi
akan dihantar melalui tetulang di kepala dan tidak melalui gegendang atau telinga
tengah. Ujian ini dikenali sebagai ujian konduksi tulang (bone conduction testing).
Sekiranya terdapat sesuatu yang menghalang bunyi daripada memasuki telinga melalui
gegendang dan telinga tengah, tahap pendengaran melalui konduksi tulang adalah
lebih baik berbanding tahap pendengaran melalui aliran udara. Keadaan ini
menunjukkan wujudnya masalah kehilangan pendengaran konduktif. Semasa bunyi
bergerak secara biasa menerusi telinga luar dan telinga tengah tetapi telinga dalam
tidak berfungsi dengan sempurna, kedua-dua tahap pendengaran melalui aliran udara
dan tetulang adalah sama. Kehilangan pendengaran jenis sensorineural berlaku jika
keadaan ini wujud.

Sumber: www.starkeymalaysia.com
Telinga Luar terdiri daripada Cuping telinga, Saluran bunyi dan Gegendang telinga.
Telinga Tengah pula mempunyai rangkaian tiga tetulang kecil.
Telinga Dalam terdiri daripada

Koklea, mengandungi cecair yang mengubah

gelombang bunyi kepada maklumat yang dapat bergerak ke pangkal otak dan Saraf
Auditori.
Ujian-ujian ini dijalankan di pejabat profesional pendengaran dan biasanya
mengambil masa kurang dari sejam. Berdasarkan maklumat daripada ujian ini,
profesional pendengaran anda akan dapat membuat penilaian yang tepat tentang
keupayaan

pendengaran

anda dan

memberi nasihat tentang semua

pilihan

perubatan/cara rawatan yang ada. Dalam kebanyakan kes kehilangan pendengaran,


cara rawatan merujuk pada alat bantu pendengaran. Jika terdapat masalah perubatan,
profesional pendengaran anda akan merujuk anda kepada doktor untuk langkah
seterusnya.

10

5.0 BACAAN AUDIOGRAM


Audiogram dibaca dalam unit decibel (dB) dan hertz (Hz). Nombor-nombor mendatar di
bahagian atas graf menunjukkan frekuensi bunyi atau pic bunyi. Sebagaimana
keyboard sebuah piano dengan frekuensi rendah hingga ke frekuensi tinggi dan dibaca
daripada kiri ke kanan. Manakala, nombor-nombor ke bawah merujuk kepada kekuatan
daripada bunyi paling lembut telinga boleh mendengar sehingga ke bunyi paling kuat,
iaitu bunyi lembut, bunyi sederhana dan bunyi kuat.
Adalah sangat penting untuk mengetahui bahawa, pada bacaan 0 dB tidak
bermaksud tiada langsung bunyi yang dihasilkan. Ia adalah bunyi yang paling lembut
individu dengan kebolehan pendengaran normal boleh mengesan bunyi itu sekurangkurangnya 50% daripada bunyi dalam satu-satu masa. Pertuturan perbualan normal
adalah berada dalam lingkunagn 45%. Maka, apabila graf audiogram ditanda atau
diplotkan, ia menunjukkan sensitiviti pendengaran yang berbeza frekuensi pada intensiti
yang berbeza. Jika kesemua simbol X dan kesemua simbol O berada diatas garisan
20dB, pendengaran adalah normal, tetapi jika kesemua tanda X dan O berada dibawah
garisan 20dB , pendengaran mengalami kehilangan keupayaan pendengaran.
Terdapat 3 jenis bentuk garisan yang terhasil pada audiogram apabila
kepeutusan ujian audiometri dikeluarkan untuk setiap jenis kehilangan pendengaran
iaitu kehilangan pendengaran konduktif, kehilangan pendengaran sensorineural, dan
kehilangan pendengaran campuran.
Bentuk audiogram bagi pendengaran normal, graf yang terhasil bebrbentuk
mendatar dan julat perbezaannya tidak mempunyai perbezaan yang ketara. Ia berada
di sekitar antara 0 hinggan 20 dB sahaja.
Bentuk audiogram bagi kehilangan pendengaran konduktif, grafnya adalah
menjunam ke bawah tetapi pada kadar yang sedikit. Ia bermula daripada di bawah 20
dB yang mana ia bermaksud tahap kehilangan pendengarannya adalah di luar tahap
normal pendengaran.

11

Bagi kehilangan sensorineural pula, bentuk graf audiogramnya terus menjunam


ke bawah bermula daripada kawasan pendengaran normal sehinggalah ke tahap 70dB.
Perbezaaan perubahan tahap kehilangan pendengarannya begitu ketara berbanding
dengan kehilangan pendengaran konduktif yang mana grafnya menjunam dengan
jumlah yang sedikit sahaja.
Bagi kehilangan pendengaran bercampur yang mempunyai masalah kedua-dua
kehilangan konduktif dan sensorineural pula, graf audiogramnya terus bermula di tahap
kehilangan pendengaran teruk. Ia bermula daripada 70dB hingga 90dB.

6.0 MASALAH KEHILANGAN PENDENGARAN


6.1 Masalah Kehilangan Pendengaran Konduktif
Bagi kategori kehilangan pendengaran konduktif, getaran dalam bentuk gelombang
bunyi tidak sampai ke telinga dalam. Hal ini bermaksud bunyi tidak dapat bergerak dari
telinga luar ke telinga dalam secara efisien kerana sumbatan atau kerosakan pada
laluan ini iaitu pada bahagian telinga luar dan telinga tengah. Ini menyebabkan bunyi
yang dihasilkan perlahan dan tidak jelas.
Namun begitu, bahagian telinga dalam masih dapat berfungsi dengan baik dan
dapat memproses dan menghantar bunyi melalui saraf pendengaran ke otak.Walaupun
kemudiannya getaran yang diterima terus merangsang cecair yang terdapat di dalam
telinga dalam tanpa melalui telinga luar atau tengah. Kehilangan pendengaran konduktif
dikategorikan sebagai kehilangan pendengaran ringan dan sederhana kerana masih
boleh mendengar sebahagian bunyi-bunyi pertuturan dan suara sendiri serta orang lain
melalui tulang mastoid. Kebiasaannya, kehilangan pendengaran jenis ini boleh
dipulihkan secara perubatan atau pembedahan.
6.2 Masalah Kehilangan Pendengaran Sensori Neural

12

Masalah kehilangan pendengaran sensori neural ini disebabkan oleh kerosakan telinga
dalam atau laluan saraf pendengaran ke otak. Setengah bunyi kedengaran kurang jelas
menyebabkan herotan dan masalah memahami pertuturan. Masalah pendengaran ini
selalunya kekal.
Walau bagaimanapun ia dapat dibantu dengan alat batu pendengaran.
Kehilangan pendengaran jenis ini melibatkan kerosakan yang berlaku di telinga dalam
dan salur pendengaran iaitu koklea atau saraf yang menjadi laluan ke otak. Selain itu,
kehilangan pendengaran jenis ini adalah teruk (severe) dan sangat teruk(profound)
kerana individu yang mengalami masalah kehilangan pendengaran jenis ini tidak boleh
mendengar bunyi-bunyi pertuturan secara lansung dan hanya mendengar bunyi-bunyi
yang kuat sahaja seperti mercun.
6.3 Masalah Kehilangan Pendengaran Campuran
Masalah pendengaran campuran berlaku apabila terdapat kehadiran kedua-dua
masalah pendengaran serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dan sensorineural
hadir bersama. Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah pendengaran
sensorineural

juga

mempunyai

mampatan

tahi

telinga

dikategorikan

sebagai

mempunyai masalah pendengaran campuran.


Kehilangan pendengaran yang berlaku akibat masalah di bahagian telinga luar
atau telinga tengah berserta masalah di telinga dalam disebut sebagai masalah
kehilangan pendengaran campuran. Berlaku kehilangan pendengaran dalam kedua-dua
ujian (bone and air conduction). Dalam pekak bercampur kehilangan pendengaran
melalui tulang lebih baik dari ujian melalui udara tetapi kehilangan pendengaran berlaku
kepada kedua-duanya.

13

7.0 RUMUSAN
Audiogram merupakan hasil ujian Audiometri menggunakan alat ujian iaitu Audiometer.
Hasil ujian ditafsirkan di dalam bentuk Audiogram iaitu dengan cara memplot tahap
keupayaan mendengar menggunakan symbol 0 bagi telinga kanan dan x bagi telinga
kiri di dalam graf mengikut decibel ( dB) dan frekuensi yang diperoleh. Audiogram juga
adalah peta grafik tahap keupayaan pendengaran yang menunjukkan julat nada atau
frekuensi bunyi yang mampu didengar di setiap telinga, serta intensiti atau kekuatan
bunyi yang boleh didengar.
Speech Banana merupakan kawasan pendengaran yang boleh di dengar oleh
manusia biasa yang terdapat dalam graf audiogram dan menunjukkan frekuensi dan
kekuatan bunyi dalam spektrum pertuturan biasa. Tahap kehilangan pendengaran dapat
dilihat dan dikenalpasti melalui bacaan pada audiogram. Melalui audiogram tahap
kehilangan pendengaran yang dapat dilihat adalah ringan, sederhana ringan,
sederhana, teruk, teruk dan terakhir adalah tahap teruk. Nombor-nombor ke bawah iaitu
bentuk decibel merujuk kepada kekuatan daripada bunyi paling lembut telinga boleh
mendengar sehingga ke bunyi paling kuat. Semakin besar nombor, semakin kuat bunyi.
Melalui bacaan audiogram, bacaan sekitar 20 dB ke bawah adalah pendengaran bagi
orang normal.

14

Kehilangan pendengaran tebahagi kepada tiga iaitu konduktif, sensorineural dan


campuran. Bacaan audiogram bagi tahap kehilangan pendengaran konduktif adalah
ditunjukkan sekitar 40 dB hingga 70 dB. Manakala tahap kehilangan pendengaran bagi
sensorineural adalah 20 dB dan ke atas dan yang terakhir adalah tahap kehilangan
pendengaran campuran menunjukkan bacaan 60dB hingga 90dB. Hasil ujian daripada
audiometer akan ditafsir ke dalam bentuk audiogram. Melalui audiogram kita dapat
menafsir tahap keupayaan pendengaran yang mampu di dengar di setiap telinga serta
intensiti atau kekuatan bunyi yang dapat di dengar.

15

BIBLIOGRAFI
Audiogram of Familiar Sounds. Diperoleh pada Sept. 15, 2009 daripada
www.cohandsandvoices.org/

Jamila K. A. Mohamed, Jamila binti K.A Mohamed Kutty.(2006). Pendidikan khas


untuk kanak-kanak istimewa: PTS Professional
Hearing Loss. Diperoleh pada Sept. 15, 2009 daripada www.paworkerscompinfo.com/hearingloss.html

LeanTested3r. diperolehi pada Oktober 7, 2009 http://www.starkeymalaysia.com/


The Audiogram: Explanation and Significance. Diperoleh pada Sept. 17, 2009 daripada
www.hearingresearch.org/

Ujian dan klasifikasi kehilangan pendengaran. Diperoleh padaOgos 12, 2009 daripada
http://www.slideboom.com/
Understanding the Audiogram. Diperoleh pada Sept. 17, 2009 daripada
www.evdcweb.org/lessons/ts/audiogram.html

16

17

Anda mungkin juga menyukai