Anda di halaman 1dari 11

Huraikan ciri-ciri

perkembangan bahasa
berdasarkan teori Chomsky
• Berdasarkan kepada Teori perkembangan otak yang lebih cenderung
melihat perkembangan bahasa berlaku secara dalaman & diwarisi.
• Chomsky menyatakan proses pekembangan bahasa seseorang
individu lebih kompleks daripada peneguhan kepada gerak balas yang
betul atau pelajari daripada orang dewasa melalui peniruan.
• Chomsky berpendapat perkembangan bahasa adalah proses dalaman
& dipengaruhi oleh individu itu sendiri.
• Individu dilahirkan dengan keupayaan berbehasa yang tersendiri iaitu
“Tatabahasa Rhiversal”.
• “Tatabahasa Rhiserval” adalah asas kepada semua bahasa yang ada.
• Kanak-kanak dilahirkan dengan keupayaan gunakan “Tatabahasa
Rhiversal”.
• Kanak-kanak akan memerhati & memadankan cara-cara penyususan
ayat dengan bahasa yang digunakan di persekitaran mereka.
• Akhirnya, mereka akan sesuaikan pembentukan ayat tadi dengan gaya
bahasa yang terdapat di persekitaran mereka.
• Kemahiran ini tidak dipelajari secara langsung daripada orang dewasa
persekitaran tetapi dikuasai secara tidak langsung oleh kanak-kanak itu
sendiri.
• Kemahiran yang disifatkan oleh Chomsky sebagai alat pembelajaran
bahasa yang ada pada setiap individu sejak dilahirkan.
• Kemahiran ini adalah bersifat semulajadi & diwarisi.
• Alat ini dikenali sebagai “Alat Penguasaan Bahasa” (Language Acquistion
Device)
• Menurut Chomsky:
Kanak-kanak pada amnya ada mempunyai sedikit pendedahan kepada
formasi bahasa.
Walaupun mereka tidak diajar bentuk ayat secara formal, mereka buat
penambahbaikan bila berinteraksi dengan orang dewasa.
Bila mencapai kematangan, mereka kuasai kemahiran berbahasa dengan
cara yang tersendiri.
• Kanak-kanak bukan sekadar meniru bahasa-bahasa yang digunakan di
sekitar tetapi mereka buat deduksi secara tidak sedar tentang
peraturan-peraturan bahasa yang didengar.
• Oleh itu, mereka boleh merangka ayat&frasa yang tersendiri dan
bukan hanya ditiru daripada persekitaran
• Mereka juga tidak pelajari atau simpan frasa-frsa bahasa yang
didengar sebagai rangsangan tetapi mereka bentuk sendiri peraturan-
peraturan bahasa untuk hasilkan frasa dan ayat.
Perkembangan Bahasa Mengikut Umur
UMUR LAHIR PERKEMBANGAN BAHASA
1-4 Bulan • Lebih suka kepada suara manusia
• Boleh membezakan fonem
• Menangis
• Mendekut
6 Bulan • Mericau (ulangan bunyi vokal)

9-12 Bulan • Lebih banyak ricauan


• Mula menunjukkan gerak tangan

12-18 Bulan • Meniru bunyi


• Menyebut perkataan (holoprasa)
• Mula guna Bahasa untuk berkomunikasi
18-24 Bulan • Cetusan perbendaharaan kata
Perkembangan Bahasa Mengikut Umur
UMUR LAHIR PERKEMBANGAN BAHASA
2 Tahun • Menyebut gabungan dua perkataan
• Boleh mencantum beberapa perkataan mudah untuk menjadi ayat pendek
• Boleh menyebut dan mengenal perkataan yang mudah dari objek atau gambar
menguasai hamper 30 perbendaharaan kata.

3 Tahun • Menggunakan perkataan untuk mendapatkan sesuatu perkataan nama dan


perbuatan dalam percakapan
• Mengenalpasti perlakuan atau pergerakan di dalam gambar

4 Tahun • Gemar bercakap


• Boleh berbual dengan ayat yang lebih Panjang
• Boleh membaca pantun, rhymes dan bercerita menggunakan perkataan untuk
menyebut warna, huruf dan bentuk
• Suka menyebut perkataan-perkataan yang baru dan suka menyanyi
Perkembangan Bahasa Mengikut Umur
UMUR LAHIR PERKEMBANGAN BAHASA
5 Tahun • Menghadapi masalah dalam menjelaskan tentang sesuatu hal atau keperluan
• Berbual dalam ayat yang lebih panjang
• Bercerita tentang pengalaman seharian
• Suka kepada perkataan yang pelik-pelik

6 Tahun • Mula bertanya pelbagai soalan


• Boleh menjelaskan maksud sesuatu perkataan/ayat
• Boleh membina ayat yang lebih panjang
• Mula membaca dengan sendiri
• Bercakap seperti orang dewasa
• Xuka kepada perkataan baru
Strategi Bagi Menggalakkan Perkembangan Bahasa
Dalam Kalangan Murid-Murid
1. Menggalakkan pelajar memberi idea atau pandangan dalam kelas
Pelajar perlu diberi peluang mengemukakan idea mereka semasa proses pembelajaran. Idea
atau pandangan murid yang diterima oleh guru memberikan kepuasan dan perasaan ingin
terus mencuba dalam kalangan murid. Ini dapat memupuk sikap berani untuk berkomunikasi
dan meningkatkan kebolehan murid untuk berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru. Guru
juga tidak digalakkan untuk membuat penilaian terlalu awal sebelum mendengar dan meneliti
pendapat atau idea pelajar. Tunjukkan penghormatan dan kasih saying dengan bercakap
secara lemah lembut, memberi jawapan apabila ditanya.

2. Arahan yang jelas dan jitu


Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan efektif apabila sesuatu
arahan yang diberikan jelas dan jitu supaya murid dapat memahami dan melakukan aktiviti
yang dikehendaki dengan tepat dan berkesan. Penyampaian arahan hendaklah secara
khusus dan teguran diberi serta merta.
Strategi Bagi Menggalakkan Perkembangan Bahasa
Dalam Kalangan Murid-Murid
3. Suasana dan iklim bilik darjah
Guru menjadi penganjur dan pelapor kepada murid-murid dalam meningkatkan strategi
komunikasi yang berkesan. Bilik darjah yang diuruskan dengan cekap akan menyediakan
peluang maksimum untuk proses pengajaran dan komunikasi ialah dengan melakukan
pengubahsuaian seperti penyusunan meja dan kerusi secara berkumpulan untuk memupuk
kemahiran berkomunikasi antara rakan-rakan.

4. Melukis sebagai medium berkomunikasi


Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk
bertutur. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan pendapat mereka.
Guru boleh meminta murid bercerita berdasarkan lukisan yang dihasilkan oleh mereka. Cara
ini dapat meningkatkan keyakinan murid untuk meluahkan perasaan.
Rujukan
• Slideshare.net/momon08/pekembangan-bahasa2
• Chomsky, N. (1957). Syntactic Structure. The Hangue : Mouton.
• Chomsky, N. (1975). The Logical Structure of Linguistic Theory. New
York : Plenum Press.

Anda mungkin juga menyukai