Anda di halaman 1dari 6

9/3/2019 MEMAHAMI TEKNOLOGI KECERDASAN BUATAN (AI)

MEMAHAMI TEKNOLOGI AI

MEMAHAMI TEKNOLOGI
KECERDASAN BUATAN (AI)
August 25, 2019

-Teknologi kecerdasan buatan dikenali


sebagai artificial intelligence (AI) amat
popular pada zaman sekarang.

-Teknologi AI ini penting dan berpotensi


besar dalam menyelesaikan kerja yang
sifatnya berulang-ulang bagi
menjimatkan masa dan tenaga
manusia.

-Teknologi AI bakal melengkapkan kehidupan manusia bukannya untuk mengawal


kehidupan manusia.

Apa itu Teknologi Kecerdasan Buatan


(AI)?

-Teknologi kecerdasan buatan


merupakan salah satu cabang
sains dalam menjadikan sesuatu
benda mempunyai kepintaran
seperti manusia.

-Antara cabang penting dalam AI merupakan pembelajaran mesin (machine


learning) iaitu keupayaan mesin yang mampu 'belajar' untuk menjadi pintar.

https://ai-technology-kingyi.blogspot.com/2019/08/memahami-teknologi-kecerdasan-buatan-ai.html 1/6
9/3/2019 MEMAHAMI TEKNOLOGI KECERDASAN BUATAN (AI)

-Secara konsepnya, mesin yang bakal ‘diajar’ manusia perlu dilengkapkan


dengan maklumat yang banyak untuk menjadikannya lebih pintar
berbanding mesin lain.

-Dengan kata lain, mesin akan dilengkapkan dengan ribuan percubaan


untuk menyelesaikan sesuatu tugas.

-Di sepanjang proses ini, mesin tersebut akan memahami dan mempelajari
konsep untuk menyelesaikan tugas tersebut.

-Sebagai contoh, mesin deposit wang yang banyak digunakan untuk


memasukkan wang ke akaun bank sebelum ini hanya mampu mengesan
wang pada jumlah tertentu.

-Dengan kecanggihan teknologi terkini, mesin tersebut kini boleh


mengesan ketulenan wang yang dimasukkan selepas melalui beberapa
fasa 'tunjuk ajar' yang dibuat pembangun mesin berkenaan.

Kepentingan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI)

-Pembelajaran mesin amat penting dalam melengkapkan kehidupan


manusia pada zaman modern bagi memudahkan kita untuk terus berdaya
saing dalam era ekonomi digital.

-Menurut Felo Kanan Google yang mengetuai pasukan Google Ai, Jeff
Dean, kecerdasan buatan menjadi alat penting dalam memanfaatkan
kehidupan manusia.

-Google memperkenalkan Prinsip AI dalam membentuk piagam bagi


membimbing pembangunan dan penggunaan AI dalam penyelidikan dan
aplikasi perkhidmatan kami.

Kami juga aktif melakukan penyelidikan dalam bidang seperti privasi


https://ai-technology-kingyi.blogspot.com/2019/08/memahami-teknologi-kecerdasan-buatan-ai.html 2/6
9/3/2019 MEMAHAMI TEKNOLOGI KECERDASAN BUATAN (AI)
-Kami juga aktif melakukan penyelidikan dalam bidang seperti privasi,
keselamatan dan keadilan sehingga terbentuknya pembelajaran mesin
baharu yang dipanggil pembelajaran bersekutu (federated learning),"
katanya dalam ucapan pengenalan sempena Majlis Media Solve with AI
yang diadakan di ibu pejabat Google Tokyo baru-baru ini.

Jeff Dean ketika memberi penerangan di Majlis Media Solve With AI di Tokyo

Laporan daripada Harvard Business Review keluaran Julai-Ogos 2019 juga


memberitahu bahawa teknologi AI kini banyak membantu perusahaan dan
syarikat dalam membuat keputusan. Ia menjadi penyumbang penting dalam
memberi input kepada pembuat keputusan untuk memilih dasar dan pilihan
yang tepat ke atas sesuatu isu yang cuba diselesaikan.

Adakah Teknologi AI mahal?

-Ya. Teknologi ini merupakan teknologi yang amat mahal satu masa dahulu
memandangkan keperluan teknikalnya yang tinggi.

-Bayangkan, untuk mewujudkan sebuah mesin atau komputer yang mampu


membuat penaakulan dan berfikiran seperti manusia semestinya
memerlukan pemprosesan dan memori yang amat besar.

Jadi untuk memproses data dan menjadikan mesin sebijak manusia


https://ai-technology-kingyi.blogspot.com/2019/08/memahami-teknologi-kecerdasan-buatan-ai.html 3/6
9/3/2019 MEMAHAMI TEKNOLOGI KECERDASAN BUATAN (AI)
-Jadi, untuk memproses data dan menjadikan mesin sebijak manusia,
Google telah membangunkan mesin pemprosesan yang dinamakan
sebagai unit pemprosesan Tensor atau Tensor Processing Unit (TPU).

-TPU berfungsi sebagai litar khusus untuk pembelajaran mesin dalam


rangkaian neural.

-Pada tahun 1990-an, TPU yang kita ada hanya mampu memproses
sehingga 32 gigaflop sahaja, tetapi kini TPU versi terbaru mampu
memproses sehingga 420 teraflop sesaat," jelas Jeff Dean ketika
menerangkan bagaimana teknologi pembelajaran mesin berfungsi.

-Daripada litar khusus yang menguruskan 'pemikiran' mesin ini, Google


turut memperkenalkan Tensor Flow, sebuah aplikasi sistem terbuka bagi
membangunkan teknologi AI.

-Melalui aplikasi Tensor Flow, potensi pembangunan teknologi AI kini lebih


luas dan ia telah berjaya menjadikan teknologi ini lebih murah tanpa perlu
kemahiran yang terlalu tinggi.

Bagaimana teknologi
pembelajaran mesin
membantu manusia?

Menerusi Program AI untuk


kebaikan sosial, Google telah
memfokuskan kepada dua
perkara meliputi:

1. Kajian dan kejuruteraan.

Banyak kajian dibuat bagi mengenalpasti bagaimana teknologi


pembelajaran mesin boleh membantu memberi impak positif kepada nilai
kemanusiaan, kehidupan sosial dan juga isu alam sekitar. Contohnya,
proses kenal pasti kanser paru-paru, projek bio akustik, dan juga projek
Euphonia (bagi membantu mereka yang mengalami kesukaran
berkomunikasi untuk bercakap).

2. Galakan untuk menyelesaikan masalah

Galakan menerusi penggunaan aplikasi sistem terbuka, Tensor Flow serta

latihan bagi membantu menyelesaikan masalah sosial dan organisasi.


Biasanya ia telah berjaya menyelesaikan beberapa cabaran sosial seperti
https://ai-technology-kingyi.blogspot.com/2019/08/memahami-teknologi-kecerdasan-buatan-ai.html 4/6
9/3/2019 MEMAHAMI TEKNOLOGI KECERDASAN BUATAN (AI)
Biasanya ia telah berjaya menyelesaikan beberapa cabaran sosial seperti
di bidang pertanian dan juga pemulihan dokumen bersejarah.

Kesimpulannya, teknologi ini masih banyak potensinya, dan ia perlu


diteroka sebaiknya agar terus memberi manfaat kepada manusia dan juga
hidupan lain di bumi ini.

Enter your comment...

Powered by Blogger

Theme images by Galeries

https://ai-technology-kingyi.blogspot.com/2019/08/memahami-teknologi-kecerdasan-buatan-ai.html 5/6
9/3/2019 MEMAHAMI TEKNOLOGI KECERDASAN BUATAN (AI)

TING KING YI

VISIT PROFILE

Archive

Report Abuse

https://ai-technology-kingyi.blogspot.com/2019/08/memahami-teknologi-kecerdasan-buatan-ai.html 6/6

Anda mungkin juga menyukai