Anda di halaman 1dari 8

1.

0 Pengenalan
Sejak kebelakangan ini, masalah krisis pemakanan telah melanda dunia kita dan
mendapat perhatian dari seluruh negara dunia. Hal ini dikatakan demikian
kerana, masalah krisis pemakanan ini mendatangkan pelbagai impak negatif
kepada negara dan masyarakat. Antara perkara yang menjadi perhatian ialah
peningkatan harga makanan di pasaran dan masalah kebuluran yang telah
muncul di beberapa wilayah berasingan di dunia. Di Mesir pada tahun 2008,
ribuan rakyat tidak puas hati dengan kenaikan harga barang kerana kebanyakan
orang tidak dapat menanggung harga barang yang terlalu mahal. Sementara itu,
di Filipina didapati bahawa sesetengah pemilik gudang dan peniaga
menyorokkan beras atas mementingkan diri sendiri. Dengan itu, pengarah
Eksekutif Program Makanan Dunia Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu, Josette
Sheeran, menggunakan istilah ‘the silent tsunami’ atau tsunami senyap untuk
menggambarkan keadaan krisis pemakanan ini.
Makanan adalah salah satu keperluan asas manusia di samping tempat
tinggal dan pakaian. Oleh itu, masalah krisis pemakanan bukanlah satu isu yang
remeh atau isu yang boleh dibiarkan begitu sahaja. Pada tahun 2007, rakyat
Malaysia menjadi kecoh apabila bekalan gula dan minyak masak berkurangan di
pasaran. Selain daripada itu, harga makanan lain seperti beras, bijirin, jagung,
daging dan sebagainya juga meningkat akibat kekurangan bekalan gula dan
minyak masak. Krisis ini telah memberikan kesan yang menyengsarakan
penduduk. Pada persoalannya, apakah faktor-faktor dan kesan berlakunya krisis
pemakanan? Dalam perbincangan ini, saya akan mengemukakan faktor-faktor
dan kesan-kesan berlaku krisis pemakanan.

1
2.0 Faktor Krisis Pemakanan
Faktor perdana berlakunya krisis pemakanan ialah peningkatan permintaan
penduduk terhadap bekalan makanan. Hal ini dikatakan demikian kerana pada
zaman sekarang, negara kita mengalami kadar pertumbuhan penduduk yang
agak pesat, iaitu 2.6 peratus setahun. Dalam era moden ini, perkembangan
sektor perkhidmatan terutamanya dalam bidang hotel dan restoran telah
mengakibatkan permintaan terhadap bekalan makanan seperti beras, gula dan
sayur-sayuran semakin meningkat. Hal ini demikian kerana mereka ingin
memenuhi kehendak setiap pelanggan dengan menyediakan pelbagai hidangan
dalam menu. Masalah penambahan penduduk ini dikatakan akan mendesak
kepada keperluan bahan makanan yang mendadak dan pastinya tidak mampu
ditampung oleh tahap pengeluaran makanan dunia kerana kekurangan sumber-
sumber yang ada seperti tanah untuk bercucuk tanam dan juga bekalan air yang
bersih untuk pengairan penanaman. Kepesatan permintaan secara mendadak
dari kawasan ekonomi yang sedang membangun seperti di China dan India juga
dikatakan sebagai faktor penambah kepada ketidakseimbangan antara
pengeluaran bekalan makanan dengan permintaan bekalan makanan dunia.
Oleh itu, kita harus membangunkan tanah-tanah yang terbiar. Jika tanah-tanah
tidak diusahakan, maka dunia kita akan menghadapi masalah kekurangan tanah
untuk penanaman padi, kelapa sawit dan sayur-sayuran. Dengan itu, kawasan
tanah tersebut tidak akan menjadi tempat yang tidak berguna. Menurut kajian,
selepas usaha pembangunan kawasan tanah terbiar dijalankan, peningkatan
tanaman akan melebihi 1000 hektar kawasan. Hal ini bukan sahaja mampu
meningkatkan hasil pengeluaran bekalan makanan, malahan juga boleh
mengurangkan import negara. Jelaslah bahawa pembangunan tanah terbiar
mampu mengatasi krisis pemakanan.
Selain itu, salah satu punca berlakunya krisis pemakanan ialah berlakunya
perubahan iklim yang ketara. Ia juga boleh dikenali sebagai bencana alam.
Sebagai contoh, kejadian El-Nino dan La-Nina, iaitu pencemaran alam sekitar
dan perubahan yang ketara pada iklim “rumah hijau” dunia secara keseluruhan.
Australia telah dikatakan mengalami kemarau terburuk pada tahun 2007 dan
telah menyebabkan hasil pengeluaran gandumnya menyusut sebanyak 55%.
Hasil penuaian daripada China juga telah menyaksikan penurunan sebanyak
15% sepanjang pemantauan daripada Januari 2000. Fenomena ini akan
mengakibatkan kekurangan bekalan makanan yang boleh diperolehi oleh
penduduk dunia pada hari ini. Selain daripada itu, sektor pertanian menghadapi
masalah yang teruk jika berlaku bencana alam. Bencana alam seperti musim

2
hujan dan musim kemarau akan menghapuskan semua tanaman mereka dan ini
mengakibatkan petani tidak dapat membekalkan makanan kepada orang lain.
Dengan itu, pihak bank memainkan peranan yang amat penting bagi mengatasi
masalah ini. Pihak bank harus membantu para petani dengan melonggarkan
syarat pinjaman kepada mereka. Kebanyakan para petani terdiri daripada
golongan yang miskin. Oleh itu, dengan pelonggaran syarat pinjaman, para
petani mampu mempunyai modal untuk mengusahakan hasil tanaman mereka.
Dengan itu, para petani tidak akan rasa tertekan dengan pinjaman mereka. Para
petani juga dapat membeli jentera yang lebih canggih selepas memperolehi
keuntungan dan ini dapat meningkatkan produktiviti mereka.
Di samping itu, kenaikan harga barangan juga merupakan salah satu faktor
berlakunya krisis pemakanan. Ia juga dikaitkan dengan kesan penggandaan
kepada beban yang telah sedia terhasil akibat daripada kemelut ini. Hal ini
adalah kerana apabila harga barangan makanan meningkat, maka akan menjadi
semakin sukar bagi kebanyakan penduduk dunia untuk mendapatkan bekalan
makanan selari dengan sistem ekonomi kapitalis dunia yang digunapakai pada
hari ini. Kenaikan harga minyak dunia dan juga bahan tenaga yang lain menjadi
keperluan untuk memproses daripada bahan mentah asalnya, mengilang produk
dan kos pengangkutan barangan makanan kepada penjual dan pengguna. Oleh
itu, kita harus memajukan sektor pertanian. Sektor pertanian yang dahulunya
diabaikan harus dibangunkan untuk menghasilkan bekalan makanan dalam
kuantiti yang banyak. Kerajaan harus mengusahakan aktiviti ini ke arah
produktiviti yang berskala besar. Hal ini supaya keperluan tempatan dan eksport
dapat ditampung di samping mengelakkan berlakunya peningkatan harga barang
dan dapat meringankan beban penduduk dunia.
Rentetan itu, faktor yang seterusnya mengakibatkan berlakunya krisis
pemakanan adalah penghasilan bahan api bio. Penghasilan bahan api bio bukan
sahaja dikatakan telah melambungkan harga sumber makanan yang berkaitan,
malah sekaligus mengurangkan jumlahnya dalam pasaran untuk keperluan
makanan manusia. Pada tahun 2011, 30% daripada jumlah tuaian jagung
Amerika Syarikat telah digunakan untuk penghasilan Ethanol. Walaupun
penghasilan jagung hanya merupakan antara bahan yang digunakan untuk
menghasilkan bahan api bio, tetapi jumlah tersebut memberikan impak yang
besar kerana Amerika Syarikat menyumbang kepada 70% pasaran jagung dunia.
Selain daripada itu, bagi negara-negara yang lebih canggih seperti Jepun,
Amerika Syarikat dan sebagainya, tabiat makanan orang zaman sekarang sudah
berubah berbanding dengan tabiat makanan orang zaman dahulu. Orang zaman

3
sekarang lebih banyak makan berbanding dengan orang zaman dahulu.
Walaupun orang zaman sekarang bergantung kepada mesin dan jentera bagi
menjalankan tugas, berbanding orang dahulu yang semata-matanya bergantung
kepada tulang empat kerat untuk bekerja, tetapi orang zaman sekarang masih
kuat makan dan perkara ini mengakibatkan banyak kilang makanan atau kedai
makanan menghasilkan bekalan makanan yang banyak. Akan tetapi, mengikut
laporan kajian tentang pembuangan sisa-sisa makanan penduduk dunia, setiap
tahun sebanyak lebih daripada 160 bilion kilogram makanan telah disediakan
oleh Amerika Syarikat. Dalam jumlah ini, hampir 45 bilion kilogram makanan
termasuk sayur-sayuran, buah-buahan, susu dan produk bijirin telah dibuang ke
dalam tong sampah. Secara purata, 4 bilion kilogram makanan sudah cukup
untuk menyelesaikan masalah kekurangan makanan di tempat-tempat yang
miskin, misalnya negara Afrika.
Lebih-lebih lagi, krisis pemakanan ini akan berlaku adalah kerana masalah
pengurusan bekalan yang diperkatakan berkait dengan “sistem” yang diguna
pakai untuk menguruskan ekonomi di sesebuah negara. Perbezaan pandangan
hidup pemerintah dan sistem ekonomi akan membezakan tahap penilaian
mereka iaitu pemerintah dalam membuat polisi untuk menentukan apakah yang
perlu disimpan, apakah yang perlu dihasilkan, apa yang perlu belanja dan
sebagainya. Masalah krisis makanan akan menjadi lebih teruk apabila seseorang
pemerintah yang mempunyai pemikiran kapitalisme. Pemikiran kapitalisme ini
bermaksud seseorang yang hanya berminat untuk mencapai keinginan masing-
masing dan tidak mempedulikan kesusahan dan penderitaan rakyat. Oleh itu,
pemikiran tersebut harus dihapuskan kerana ia bukan sahaja akan
mengakibatkan masalah krisis pemakanan, tetapi juga menjadikan seseorang itu
bersifat negatif.

4
3.0 Kesan Krisis Pemakanan
Kesan perdana krisis pemakanan ialah akan mengancam kesihatan kita akibat
kekurangan bekalan makanan berkhasiat. Hal ini dikatakan demikian kerana kita
akan mudah dijangkiti penyakit jika tidak mengambil makanan yang seimbang.
Contoh-contoh penyakit ialah kanser, cholera, kwashiorkor dan sebagainya.
Pengambilan makanan yang sempurna dan seimbang amat penting kerana ia
bukan sahaja boleh menyihatkan tubuh badan kita, tetapi juga boleh
membekalkan tenaga kepada kita. Kita memerlukan makanan dan vitamin untuk
pembesaran dan menjaga kesihatan. Oleh itu, kita perlu mengambil makanan
dengan mengikut piramid makanan yang disediakan supaya tidak mudah
dijangkiti penyakit.

Selain itu, kesan krisis pemakanan seterusnya ialah masyarakat di sesebuah


negara akan menghadapi masalah kenaikan harga makanan secara mendadak.
Hal ini dikatakan demikian kerana kekurangan bekalan makanan akan
mendorong penjual-penjual menggunakan peluang ini untuk meningkatkan harga
barang. Menurut statistik hasil kajian Bank Dunia, harga pasaran makanan global
secara purata telah meningkat sebanyak 700% sejak tahun 2000 manakala
kadar simpanan bijirin dunia kini adalah pada tahap terendah sejak 30 tahun lalu.
Harga gandum di pasaran dunia sahaja telah mencatatkan kenaikan sebanyak
200% manakala harga makanan ruji yang lain seperti beras dan kacang soya
telah mencatatkan paras tertinggi. Kenaikan harga pasaran bijirin juga akan
memaksa kenaikan harga pasaran makanan yang lain secara langsung atau
tidak langsung seperti harga daging, ayam, telur dan makanan tenusu.
Sehubungan dengan situasi ini, pelbagai krisis telah melanda merata tempat di
dunia dan tidak lagi terbendung kepada negara-negara tertentu sahaja. Menurut
Program Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lebih dari 73 juta
orang di 78 negara yang bergantung kepada sumbangan makanan dari
pertubuhan itu akan menghadapi pengurangan bekalan pada tahun ini. Oleh itu,
setiap penduduk di sesebuah negara terpaksa membayar lebih dua kali atau tiga
kali ganda untuk mendapat sesuatu makanan tersebut akibat daripada krisis
pemakanan tersebut.

Di samping itu, keselamatan dan keharmonian penduduk di sesebuah negara


akan terancam jika berlakunya krisis pemakanan. Krisis pemakanan ini
memberikan kesan yang menyengsarakan masyarakat dunia apabila kita dapat

5
menyaksikan ketidakpuas hatian terhadap kemelut yang berlaku dan telah mula
dizahirkan melalui aktiviti-aktiviti tunjuk perasaan dan bantahan setiap
masyarakat. Sebagai contoh, ‘Rusuhan Tortilla’ telah berlaku di Mexico pada 1
Febuari 2007 apabila rakyat Mexico tidak berpuas hati dengan kenaikan harga
tortilla (antara makanan ruji rakyat Mexico) yang meningkat sebanyak 400%.
‘Mogok Tempe’ selama tiga hari oleh para peniaga pula telah berlaku di
Indonesia pada awal Januari lalu apabila harga bahan asas pembuatan tempe
iaitu kacang soya meningkat dari sekitar Rp3,000 pada tahun 2007 kepada
Rp7,400 pada tahun ini. Selain daripada itu, sesetengah peniaga menyorokkan
bekalan makanan yang mereka perolehi daripada pihak pengeluar. Hal ini
menyebabkan pengguna tidak boleh mendapatkan bekalan makanan sekiranya
peniaga bertindak menyorokkan bekalan bahan makanan yang sekadar ingin
memenuhi perut mereka di saat masyarakat lain dan terpaksa berhadapan
dengan situasi kritikal sebegini. Sebagai contoh, peniaga yang menyorokkan
bekalan makanan ini akan mengeluarkan dan menjualnya dengan harga yang
tinggi apabila hanya peniaga tersebut mempunyai bekalan makanan tersebut
agar mereka boleh mendapat keuntungan yang lebih lumayan. Hal ini akan
mengakibatkan pergaduhan atau perselisihan faham antara ahli masyarakat
kerana mereka tidak puas hati terhadap tindakan peniaga tersebut.

Rentetan itu, krisis pemakanan ini akan mengakibatkan peningkatkan kadar


kebuluran dalam kalangan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana
apabila setiap negara kekurangan makanan maka kanak-kanak dan orang
dewasa akan mengalami kelaparan. Memetik laporan Pertubuhan Makanan dan
Pertanian sejak tahun 2015, sebanyak 795 juta penduduk bumi berdepan
kebuluran dengan 98 peratus daripada jumlah berkenaan tinggal di negara
membangun. Malah, hampir keseluruhan penduduk yang mengalami kebuluran
bergantung kepada pertanian bagi menampung keperluan pemakanan dan
mereka tidak mempunyai sumber alternatif atau pekerjaan tetap. Sebagai
contoh, Negara Iraq pernah berhadapan dengan masalah kebuluran kesan
daripada kekrangan bekalan makanan, air bersih dan perubatan sehingga
mengorbankan hampir 1.4 juta penduduknya. Jika kita soroti sepintas lalu
statistik yang ada, pada ketika ini terdapat lebih 854 juta manusia yang hidup
dalam kelaparan. Dari jumlah ini, hampir 16,000 kanak-kanak meninggal dunia
setiap hari akibat dari masalah yang berkaitan dengan kekurangan makanan. 

6
4.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, masalah krisis pemakanan telah menjadi isu yang
membelenggu dan mengganggu kehidupan ahli masyarakat dunia kini. Krisis
pemakanan ini mendatangkan banyak kesan negatif yang boleh menderitakan
ahli masyarakat dalam dunia kita. Oleh itu, kerjasama daripada ahli masyarakat
di dunia amat diharapkan supaya kemelut ini boleh dihapuskan dengan
sepenuhnya. Bak kata pepatah, bagai aur dengan tebing. Pihak kerajaan perlu
mengambil tindakan yang wajar dengan menyebarkan masalah krisis
pemakanan dan langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut melalui
media massa seperti television, radio, surat khabar dan sebagainya. Selain itu,
pihak kerajaan juga boleh mengadakan kempen kesedaran tentang krisis
pemakanan dalam kalangan rakyat untuk memberitahu rakyat tentang
kesusahan dan penderitaan berlakunya krisis pemakanan. Namun, ada
sesetengah pihak yang menaguk di air keruh tentang isu ini lalu masalah ini akan
berterusan berlaku kecuali satu tindakan drastik dilakukan oleh masyarakat
dunia. Peribahasa nasi sudah menjadi bubur membuktikan bahawa masalah
kekurangan makanan jika dibiarkan berlaku pasti akan membawa banyak nyawa
yang tidak bersalah terkorban begitu sahaja terutamanya kanak-kanak. Oleh itu,
setiap ahli masyarakat harus berusaha bersungguh-sungguh untuk mengatasi
masalah-masalah krisis pemakanan. Dengan itu, kita dapat mengekalkan negara
yang aman dan harmoni serta setiap ahli masyarakat boleh mengekalkan tubuh
badan yang sihat.

7
Rujukan

1. Lester R. Brown dan Eric P. Eckol. 1985. Krisis Pemakanan, Abdul Wahid Ghazali.
Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

2. Muhammad Hisyam Mohamad. 2008. Krisis Makanan Dunia dan Jaminan


Makanan, Majalah Kefahaman Islam (VISI), Bil. 88. Institut Kefahaman Islam
Malaysia (IKIM), Kuala Lumpur.

3. Mohd Fauzi Mohd Jani. 1991. Industri Ternakan di Semenanjung Malaysia.


Komiditi Utama Malaysia: Kepentingan Masalah dan Prospek, Redzuan Othman dan
Mohd Sheffi Abu Bakar (edt.) Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

4. Rajmah Hassan, Bersedia Tangani Krisis Pemakanan, Diperolehi 14 Mac 2015,

https://www.utusan.com.my/rencana/utama/bersedia-tangani-krisis-makanan-
1.69135

5. SN169, Krisis Makanan Dunia, Diperolehi 15 Jun 2008,

https://mykhilafah.com/sn169-krisis-makanan-dunia/

Anda mungkin juga menyukai