Anda di halaman 1dari 10

1.

0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), perkataan isu bermaksud


perkara pokok, persoalan, hal atau masalah. Perkataan global pula didefinisikan
sebagai meliputi, mempengaruhi atau mengenai seluruh dunia. Darsawarsa ini,
dalam menempuh arus modenisasi yang menerjah watan tanpa diundang, isu-
isu global makin menjadi parah barah serta duri dalam daging watan. Antara isu-
isu globalnya ialah isu keganasan antarabangsa, ketidakseimbangan kekayaan
dunia, dan kemiskinan negara dunia ketiga, isu pemakanan dan kesihatan, isu
alam sekitar, isu kejuruteraan generik, dan isu pemerdagangan manusia.
Kerja kursus saya ini lebih menitik beratkan tentang isu pemakanan dan
kesihatan. Makanan merupakan salah satu keperluan asas penting bagi
manusia. Oleh itu, isu pemakan dan kesihatan ini tidak boleh dipandang remeh.
Kesihatan mempunyai kaitan dengan pemakanan seseorang individu. Hal ini
kerana kesihatan seseorang juga bergantung kepada cara dan makanan yang
diambilnya. Dalam kerja kursus ini juga, saya akan menerangkan dengan lebih
teperinci mengenai faktor, kesan dan cara menghalang atau mengatasi krisis ini.

1
2.0 ISU PEMAKANAN DAN KESIHATAN

Krisis pemakanan yang berlaku belakangan ini melibatkan makanan ruji


masyarakat global kini antaranya ialah beras, gandum, jagung dan bijirin yang mana
merupakan makanan asas sesebuah negara. Apabila krisis makanan menjadi topik
utama dunia, maka perkara ini secara tidak langsung memberi impak kepada tahap
kesihatan masyarakat sesebuah negara.

Sejak tahun 2002, statistik Bank Dunia menyatakan harga pasaran makanan
global secara purata telah meningkat sebanyak 75 peratus. Boleh dikatakan hampir
semua makanan ruji mempunyai peningkatan harga yang tinggi antaranya beras dan
kacang soya telah mencapai paras tertinggi manakala harga gandum di pasaran
dunia telah mencatatkan kenaikan sebanyak 200 peratus. Kenaikan harga pasaran
tersebut memberikan kesan yang mendalam terhadap harga pasaran makanan lain
secara langsung atau tidak langsung seperti daging, ayam dan makanan tenusu.

Dalam tahun 2008, berlakunya pengurangan dalam pengeluran hasil-hasil


pertanian. Dari kejadian ini, permintaan terhadap hasil-hasil pertanian ini menjadi
lebih mendadak berbanding penawaran. Natijahnya, stok-stok hasil pertanian berada
pada tahap minima sekali gus harga-harga barangan tersebut melonjak naik dari
harga biasa.

2
2.1 FAKTOR KRISIS MAKANAN DUNIA

Pelbagai punca-punca yang dinyatakan yang mengakibatkan krisis ini berlaku


tanpa di duga. Menurut Brown dalam buku yang dikarang oleh Dr. Mohd. Ashraf
Ibrahim, Dr. Mohd Aris Othman, Siti Fatihah Abdullah, Chin Kuang Tiu dan Norazlan
Ismail, kekurangan penawaran bahan makanan disebabkan oleh beberapa faktor
seperti kekurangan bekalan air, kekurangan tanah-tanah subur dan pemanasan
global. Terdapat pelbagai lagi faktor krisis ini selain yang dikemukakan oleh Brown.

Antaranya ialah berpunca dari pertambahan penduduk dunia yang tidak


seimbang dengan pengeluaran makanan. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan
penambahan penduduk dunia yang melampau ini akan juga meningkatkan
permintaan terhadap makanan yang terhad bilangannya. Sebagai contoh, negara
China telah mengehadkan bilangan anak dalam suatu keluarga bagi mengawal
sistem pengurusan negara sekali gus mengelakkan dari berlakunya krisis makanan.

Seterusnya, kenaikan harga minyak juga merupakan antara faktor yang jelas
kepada berlakunya krisis ini. Bukan sahaja harga minyak yang tinggi malah, cukai
yang banyak yang dikenakan juga memberi kesan kepada krisis ini. Saya
berpendapat demikian kerana dengan kenaikan harga minyak, perkara ini telah
memaksa kenaikan kos bagi pengeluaran dan pasaran makanan. Begitu juga
dengan bayaran cukai yang terlalu banyak, tidak dinafikan cukai ini juga adalah
untuk pembangunan negara tersebut malah ia juga memberi impak yang besar.
Walaupun cukai yang dikenakan adalah sedikit tetapi ianya terlalu banyak,
contohnya, kos untuk menjana tenaga bagi menggerakkan kilang, kos jentera, kos
bahan penghasilan, kos pengangkutan, dan sebagainya terpaksa dinaikkan, maka
dengan kenaikan kos pengeluaran dan pemasaran ini meningkatkan harga
makanan. Peningkatan harga minyak juga turut menjadi penyebab kepada kenaikan
kos baja sekali gus menaikkan harga beras.

Selain itu, perubahan iklim global juga merupakan punca yang jelas terhadap
berlakunya pengurangan produktiviti pertanian ini. Menurut Brown (2009) dalam
buku yang dikarang oleh Dr. Mohd. Ashraf Ibrahim, Dr. Mohd Aris Othman, Siti
Fatihah Abdullah, Chin Kuang Tiu dan Norazlan Ismail, pakar-pakar ekologi

3
pertanian menjelaskan bahawa peningkatan satu darjah celcius akan menyebabkan
pengurangan pengeluaran gandum, padi dan jagung sebanyak 10 peratus. Hal ini
menyatakan sekiranya suhu di sesebuah kawasan pertanian meningkat,
pengeluaran hasilnya juga akan berkurang.Sebagai contoh, Jepun dan China telah
berada pada tahap praktikal dalam menghasilkan padi lantas memberi kesukaran
untuk mereka. Apabila berlakunya pemanasan global ini, jumlah pengeluaran
sesuatu produk pertanian ini menjadi lebih terhad dan menyukarkan untuk
meningkatkan jumlah pengeluaran secara keseluruhan. Dalam masa yang sama,
jumlah pertambahan penduduk terus bertambah yang menyebabkan permintaan
terhadap makanan ruji terus bertambah.

Punca bagi berlakunya masalah kesihatan ialah lebih kepada cara amalan
kehidupan masyarakat tersebut. Hal ini demikian kerana pengamalan masyarakat
dalam kehidupan seharian akan membentuk kesihatan diri mereka. Misalnya, jika
seseorang ini mengamalakan budaya bebas atau tiada batas dalam pergaulan,
mereka mungkin akan terjebak dalam pelbagai penyakit sosial seperti HIV, AIDS,
dan sebagainya. Oleh itu, kita perlu mangawal minda kita untuk melakukan sesuatu
yang lebih berfaedah dan memberi manfaat kepada diri sendiri.

2.2 KESAN KRISIS MAKANAN DUNIA

Kesihatan seseorang boleh dikatakan bergantung kepada pemakanan


seseorang. Hal ini demikian kerana pengambilan makanan yang diambil seseorang
akan memberi impak atau kesan kepada individu tersebut sama ada positif atau
negatif. Kualiti kesihatan seseorang individu itu juga bergantung kepada tahap
sesebuah negara. Secara umumnya, negara-negara di dunia boleh diklasifikasikan
kepada tiga iaitu negara maju, negara sedang membangun dan negara mundur.
Malaysia berada pada kategori negara yang sedang membangun.

Menurut isu-isu semasa yang didapati, negara-negara yang dikategorikan


mundur mempunyai masalah kesihatan yang kronik. Di negara-negara ini
mempunyai masalah kemiskinan dan malnutrisi serta kadar penyakit yang tinggi.
Banyak penyakit yang menjadi sesuatu penyakit yang tidak asing lagi bagi mereka
kerana kerap kali berlaku kepada masyarakat negara tersebut. Sebagai contoh
penyakit yang di alami ialah HIV, tuberculosis, cirit-birit, malaria, cacar dan banyak
lagi. Namun begitu, penyakit kekurangan zat makanan merupakan salah satu isu

4
yang menjadi bualan ramai yang berlaku di Nigeria. Kanak-kanak dan golongan
dewasa tidak terlepas dari terkena penyakit ini di negara tersebut kerana mereka
mengalami ambang kebuluran yang sangat teruk dan kemiskinan.

Jika di negara yang mundur mengalami masalah kesihatan yang kronik,


sesebuah negara yang maju juga tidak terlepas dari mengalami masalah ini. Di
negara mundur mengalami masalah kebuluran dan mengakibatkan berlakunya
penyakit kekurangan nutrisi atau zat makanan tetapi di negara maju pula sebaliknya.
Masalah obesiti menjadi suatu masalah yang tidak asing bagi masyarakat negara ini
terutamanya sering berlaku di kawasa-kawasan bandar. Obesiti ini merupakan
masalah pokok kerana masalah ini berpotensi mengundang kepada pelbagai
penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, diabetes, lemah jantung, asma dan
banyak lagi. Seperti mana yang kita tahu, Malaysia merupakan salah sebuah negara
yang mengalami masalah obesiti yang teruk sekali gus menyumbang kepada
peningkatan penyakit-penyakit lain.

2.3 LANGKAH MENGATASI ISU PEMAKANAN DAN KESIHATAN

Pelbagai cara dan inisiatif yang telah dilakukan oleh kerajaan sesebuah negara
dalam mengatasi isu yang sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia kini. Namun
begitu masih belum dapat diatasi dengan berkesan tetapi ada juga yang dapat
diatasi dengan jayanya.

2.3.1 LANGKAH MENGATASI ISU PEMAKANAN

Terdapat ramai masyarakat dunia kini mengamalkan aktiviti pertanian untuk


menampung kehidupan mereka. Antara langkah yang telah diambil ialah pihak
kerajaan telah mengenalkan Dasar Jaminan Bekalan Makanan (DJBM). Dalam
keadaan dimana harga makanan dunia terus meningkat sejak awal tahun 2008,
kerajaan telah mengambil langkah segera untuk memastikan bekalan makanan
negara sentiasa mencukupi dengan harga yang berpatutan kepada pengguna. Oleh
itu, kerajaan telah meluluskan DJBM pada 2 Mei 2008. Melalui Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani, Malaysia telah mengenal pasti beberapa langkah
perlaksanaan, iaitu meningkatkan pengeluaran beras, mewujudkan stok penimbal
beras, pemberian insentif kepada pengusaha-pengusaha pertanian, dan
mewujudkan program peningkatan pengeluaran serta produktiviti bagi sektor

5
tanaman, ternakan, dan pertanian. Banyak lagi langkah yang dilakukan yang
terdapat dalam dasar ini.

Selain itu, kerajaan sesebuah negara juga perlu memberi galakan kepada
rakyat seperti memberikan subsidi atau intensif kepada peladang bagi menaikkan
semangat atau galakan kepada mereka dan sebagai tanda penghargaan kepada
mereka. Tamsilnya, kerajaan Malaysia juga telah memperkenalkan Dasar Pertanian
Negara Ketiga (DPN3) yang mana merupakan dasar yang berobjektifkan
peningkatan dalam sektor tidak kira sama ada sekuriti makanan, produktiviti,
pengukuhan talian dengan sector-sektor lain dan sebagainya. Pelbagai inisiatif
dilakukan dalam dasar ini bagi membangunkan sector pertanian sekali gus
meningkatkan produktiviti makanan negara. Kerajaan juga telah memberikan
perluang dan galakan kepada golongan miskin dan tidak berkemampuan untuk
menjalankan aktiviti pertanian dengan memberikan pelbagai galakan kepada mereka
seperti subsidi, pemberian insentif dan pelbagai bantuan atau kemudahan dari segi
penggunaan jentera untuk kerja membajak dan sebagainya.

Disamping itu, pemakanan turut memberi kesan kepada kesihatan seseorang


individu. Hal ini demikian kerana manusia yang menginginkan kesihatan berkekalan
perlu mengamalkan gaya pemakanan yang sihat. Untuk mengamalkan gaya
pemakanan yang sihat, masyarakat perlu peka terhadap isu yang berkaitan dengan
makanan yang dimakan. Bukan semua masyarakat dunia dapat memperolehi
makanan yang secukupnya. Natijahnya, isu kebuluran sering menjadi topik utama
yang melanda negara-negara seperti Afrika dan Amerika Selatan dan perkara ini
membimbangkan seluruh dunia.

2.3.2 LANGKAH MENGATASI ISU KESIHATAN


Pelbagai cara atau langkah yang dapat kita lakukan bagi mengatasi isu ini
dari terus menular. Antaranya kita boleh mengawal cara pemakanan harian kita iaitu
tidak mengambil makanan terlalu banyak atau sedikit. Dengan kata lain, kita perlu
mengamalkan pemakanan yang seimbang. Kita juga boleh berpandukan piramid
makanan dalam mengawal kadar pengambilan makanan terssebut.
Disamping menjaga pemakanan, senaman juga amat penting dalam
mengekalkan kesihatan badan. Hal ini kerana dengan bersenam kita dapat
6
membakar kalori yang berlebihan di dalam badan sekali gus memberi kecergasan
dan kecerdasan otot dan minda.Tamsilnya, kita boleh melakukan senaman
sekurang-kurangnya 30 minit sehari dan 2 kalli seminggu.
Seterusnya, mengawal pergaulan kita juga mrupakan salah satu cara yang
efektif kerana dengan pergaulanlah seseorang ini tidak dapat mengawal diri sendiri.
Jika seseorang itu bergaul secara bebas tanpa ada batasan, perkara ini akan lebih
mendorong seseorang itu turut serta dan mengakibatkan pelbagai kesan negatif
seperti mendapat pelbagai penyakit seperti HIV dan AIDS.

3.0 IMPAK ISU PEMAKANAN DAN KESIHATAN TERHADAP PENDIDIKAN


NEGARA

Isu pemakanan dan kesihatan secara tidak langsung memberi kesanyang


mendalam dalam pendidikan negara kita. Terdapat banyak kesan pemakanan
kepada pendidikan anataranya jika seseorang itu mengambil makanan secara
berlebihan akan mengakibatkan individu tersebut mengalami masalah obesiti.
Malaysia merupakan antara negara yang mengalami masalah obesiti yang serius.
Paling membimbangkan apabila masalah ini semakin menular dalam kalangan
generasi muda. Masalah ini akan mendatangkan pelbagai penyakit dan masalah
sosial lain. Sebagai contoh, golongan muda yang mengalami masalah ini lebih
cenderung duduk bersahaja atau tidak melakukan aktiviti. Justeru, perkara ini akan
menjatuhkan taraf pendidikan negara jika terdapat ramai pelajar yang sebegini.
Generasi muda merupakan suatu mutiara negara yang berharga kerana merekalah
yang akan mencorakkan pembangunan negara Malaysia pada masa hadapan.
Selain itu, golongan muda ini juga perlu menjaga pemakanan mereka dan
memilih makanan yang berkhasiat serta bersih. Hal ini dikatakan demikian kerana
jika kita tidak mengawalnya dengan baik, perkara ini mungkin akan memberi kesan
terhadap pembelajaran mereka di dalam kelas. Pelbagai kemungkinan yang
mungkin berlaku jika tidak diberi perhatian tentang pemilihan makanan ini seperti
mengalami keracunan makanan makanan atau cirit-birit yang akan memakan masa
pembelajaran mereka.
Seterusnya, dengan masalah kenaikan harga makanan dunia juga menyukarkan
sara hidup sebilangan masyarakat lain. Hal ini kerana bukan semua masyarakat
dunia mempunyai kemampuan dalam menyara kehidupan mereka lebih-lebih lagi
7
bagi mereka yang berkeluarga dan mempunyai anak-anak yang masih belajar.
Malasah ini akan menyukarkan anak-anak ini dalam menempuh arus pembelajaran
dengan masalah yang di hadapi keluarga mereka.

8
4.0 PENUTUP
Secara konklusinya, isu pemakanan dan kesihatan bukanlah suatu perkara yang

boleh dipandanng remeh dan isu ini juga perlu diberi perhatian sewajarnya dalam

mengejar suatu misi dan visi negara. Hal ini kerana kemajuan sesebuah negara

bukan sahaja dinilai pada pembangunan atau ekonomi tetapi perlu dititik beratkan

dari sesuatu isu yang mungkin menjadi penghalang dalam mencapainya. Pelbagai

faktor yang mengakibatkan isu ini menjadi topik utama dalam bualan masyarakat

dunia. Terdapat juga beberapa negara yang berjaya mengekang isu ini dengan

pelbagai inisiatif pentadbiran negara tersebut. Beberapa negara mempunyai

pelbagai idea mereka tersendiri yang mengahalang isu ini namun kebanyakan

negara Berjaya mengatasinya. Amalan atau nila yang baik dalam membangunkan

negarai ini amatlah penting dan perlu ada dalam setiap masyarakat bagi

mewujudkan negara yang aman, makmur, harmoni dan bertamadun. Tuntasnya,

saya berharap agar negara Malaysia dapat mencapai status sebuah negara yang

maju dan dikenali setiap pelusuk dunia dan saya juga berharap agar kerja kursus ini

dapat memberi manfaat kepada pembaca.

9
RUJUKAN

Berita Harian Online. (Julai, 2016). 49,000 kanak-kanak di Nigeria di ambang


kebuluran. Di akses dari http://www.bharian.com.my/node/175477 pada 17
Ogos 2016.

Jabatan Pertanian, (2013). Dasar Jaminan Bekalan Negara. Di akses dari


http://www.doa.gov.my/dasar-jaminan-bekalan-makanan pada 16 Ogos 2016.

Portal 1 Klik. (2008). Dasar Pertanian Ketiga. Di akses dari


http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/ekonomi/1384-dasar-pertanian-
negara-ketigadpn3.html pada 16 Ogos 2016.

Syed Ismail Syed Mustapa, Meor Haris Meor Hamzah. (2016). Cabaran dan Isu
Semasa Dunia. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Utusan Malaysia Online. (Ogos, 2016). Kadar obesiti di Malaysia makin


membimbangkan. Di akses dari http://www.utusan.com.my/berita/nasional/3-
5-juta-rakyat-terlibat-1.369837 pada 17 Ogos 2016.

10

Anda mungkin juga menyukai