Anda di halaman 1dari 20

1

MASALAH OBESITI DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI MALAYSIA



1.0 PENGENALAN

Jika dilihat dengan kemajuan yang dialami oleh negara dari tahun ke tahun,
banyak perkara yang boleh dibanggakan. Sesuatu yang baru ditemui dan yang lama
dipertingkatkan kualiti supaya semua dapat merasai kesannya. Namun begitu, tidak
semua perkembangan membawa kepada sesuatu yang baik. Perkembangan yang
tidak baik ini bukan sahaja memberi kesan kepada individu tetapi kepada
masyarakat dan negara secara keseluruhannya. Mungkin ramai yang menganggap
perkembangan ini memberi banyak impak positif tetapi sebenarnya perkembangan
ini menyumbangkan kepada satu gejala yang membimbangkan. Gejala yang
dimaksudkan adalah obesiti. Gejala ini dialami oleh segenap lapisan masyarakat
tidak mengira peringkat umur, bangsa dan agama. Gejala inilah yang menjadi
kebimbangan dunia sejagat kerana masalah ini masih berterusan peningkatannya.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), masalah obesiti semakin
serius dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di negara membangun. Masalah
obesiti merupakan faktor utama yang mengakibatkan sindrom metabolik yang
banyak dihidapi penduduk di Asia.WHO menganggarkan bahawa pada 2015, lebih
kurang 2.3 bilion orang penduduk di dunia mengalami masalah berat badan yang
terlebih dan daripada jumlah tersebut kira-kira 700 juta orang akan mengalami
masalah obesiti.

Di Malaysia, sehingga tahun 2006, 29 peratus penduduk dewasa mempunyai
berat badan yang lebih dan 14 peratus mengalami obesiti. Pada tahun 2009,
Malaysia mempunyai peratusan rakyat dengan berat berlebihan dan masalah obesiti
tertinggi berbanding negara-negara lain di Asia.Berikutan itu, Malaysia mungkin
menghadapi isu kesihatan yang besar jika rakyat tidak mengambil langkah untuk
mengamalkan cara hidup sihat.Satu perempat atau 25 daripada 100 pelajar di
negara ini dikhuatiri akan mengalami masalah obesiti atau kegemukan pada 2020
yang juga berisiko mempunyai penyakit.Anggaran tersebut berdasarkan trend
peningkatan satu peratus obesiti pelajar setiap tahun yang peratusannya didapati
terus meningkat.
2

2.0 DEFINISI

2.1 Obesiti

Menurut Dictionary of Biology, obesiti adalah lebihan berat badan.
Obesiti adalah hasil daripada lebihan simpanan tenaga untuk satu jangka
masa yang lama yang menyebabkan peningkatan jisim badan. Menurut satu
lagi sumber iaitu buku World of Health obesiti adalah berat yang melebihi 20
peratus daripada berat ideal seseorang.Kamus Dewan Edisi Keempat (1993)
mendefinisikan bahawa obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan di
dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan
terjadi apabila saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh meningkat. Lebih
teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan
dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain
daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat
penghidapnya juga semakin pendek.

Menurut Pakar Perubatan, Dr. Nurhalina Azly Minhat, obesiti ialah
keadaan apabila berat melebihi BMI 30 (Indeks Jisim Tubuh) (Formula Kiraan:
BMI = berat (kg)/tinggi(m) x tinggi(m). Apabila berat bertambah, lemak di
dalam badan terkumpul bukan sahaja di bawah kulit namun di bahagian luar
organ seperti jantung dan usus yang dikenali sebagai lemak visceral. Lemak
visceral menyebabkan risiko serangan jantung. Paras kolesterol yang tinggi di
dalam darah boleh menyebabkan saluran darah ke jantung dan otak
tersumbat yang akhirnya menyebabkan serangan jantung dan angin
ahmar.Lemak yang berlebihan juga boleh menyebabkan kerosakan hati (fatty
liver) di mana hati dipenuhi dengan lemak dan liver cirrhosis iaitu hati yang
keras dan tidak berfungsi. Hati merupakan organ kumuh bagi lemak. Apabila
berat semakin bertambah, sendi-sendi utama seperti lutut tidak dapat
menampung berat dan mula mengalami sakit lutut. Obesiti yang berpunca
daripada pemakanan yang tidak seimbang dan tiada senaman menyebabkan
hormon endokrin yang tidak stabil.


3

2.2 Kanak-Kanak

Akta kanak-kanak 2001 telah mendefinisikan kanak-kanak dalam
Seksyen 2 sebagai seseorang di bawah umur 18 tahun. Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat (1993), kanak-kanak ialah budak lelaki atau perempuan
yang masih kecil dan kebiasaannya yang belum berumur lebih daripada 7
hingga 8 tahun.

2.3 Pelajar

Wikipedia, istilah pelajar atau murid merujuk kepada sesiapa yang
sedang atau dalam keadaan belajar. Kadangkala istilah ini diertikan dalam
maksud berbeza dalam sesetengah negara atau kes-kes tertentu.


3.0 KEGEMUKAN ATAU OBESITI

Obesiti adalah gejala penyakit lebihan berat badan yang dialami oleh individu
yang memiliki indeks jisim badan (BMI) 30 atau lebih (William, 2005). Obesiti juga
dikenali sebagai kegemukan yang disebabkan berkumpulnya lemak yang berlebihan
di dalam badan (Kamus Dewan). Pengumpulan lemak ini akan semakin meningkat.
sekiranya langkah untuk mengurangkan lemak badan tidak dilakukan.

Ciri-ciri yang menunjukkan seseorang itu tergolong dalam obesiti ialah apabila
menunjukkan beberapa tanda-tanda berikut. Antaranya ialah mempunyai berat
badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal, mempunyai
berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya,
Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35, mengalami beberapa penyakit seperti
tekanan darah tinggi ataudiabetes (kencing manis) dan gagal mengekalkan berat
badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan
oleh pakar-pakar pemakanan.

Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada obesiti. Antaranya adalah
pengambilan makanan yang tinggi karbohidrat dan lemak. Pengambilan makanan ini
4

secara berlebihan menyumbang pengumpulan lemak yang tidak baik untuk
kesihatan. Masyarakat rata-rata mengatakan makanan yang diambil untuk memberi
tenaga kepada mereka tetapi pengambilan yang berlebihan tidak baik untuk
kesihatan.

Faktor lain adalah peningkatan taraf hidup yang menyebabkan manusia
semakin sibuk dan tidak mempunyai masa untuk bersenam, mengambil makanan
segera sebagai makanan wajib, mengharapkan alatan teknologi untuk melakukan
kerja dan sebagainya. Semua ini menyumbangkan kepada obesiti. Pengambilan
makanan yang tidak seimbang juga mengundang kepada obesiti selain makanan
yang mengandungi gula dan garam berlebihan. Faktor genetik juga menyumbang
kepada obesiti dikebanyakan negara.

Obesiti menjadi sesuatu yang sangat membimbangkan kerana boleh menjadi
punca beberapa penyakit lain seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung, diabetes,
dan juga beberapa jenis kanser. Lebih membimbangkan kerana penyakitpenyakit
ini boleh membawa maut. Peningkatan jumlah obesiti juga membawa kepada
peningkatan penyakit-penyakit ini. Kualiti hidup yang tidak sihat akan menyebabkan
masalah ini berterusan tanpa sebarang penyelesaian


4.0 OBESITI DIKALANGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA

Masalah obesiti dilaporkan semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Peningkatan ini berlaku secara keseluruhannya tidak kira usia. Tidak terkecuali
golongan remaja, golongan yang sepatutnya memimpin negara suatu hari nanti.
Masalah obesiti ini dilaporkan mencatat peningkatan yang tinggi dalam kalangan
remaja seperti yang tertulis di dalam artikel yang bertajuk Global Obesiti yang ditulis
oleh Thoms.J pada tahun 2000. Beliau menyatakan bahawa WHO ada melaporkan
di Amerika Syarikat bilangan kanak-kanak obes lebih daripada jumlah orang dewasa
di sana sejak 1960-an. Di Thailand iaitu salah satu negara membangun, masalah
obesiti dalam kalangan kanak-kanak lima hingga 12 tahun meningkat dari 12 peratus
kepada 15 peratus dalam masa dua tahun. Obesiti telah menjadi masalah yang telah
merebak dan WHO menamakannya sebagai epidemik global.
5

Di Malaysia, peningkatan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak
berumur 7 hingga 10 tahun adalah sebanyak 6.6 peratus bagi umur tujuh tahun ke
13.8 peratus bagi umur 10 tahun. Sebanyak 12.8 peratus daripada kanak-kanak ini
adalah lelaki. Masalah obesiti ini juga semakin ketara di kalangan remaja berumur 13
hingga 17 tahun.Kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan adalah berisiko
untuk menjadi obes apabila dewasa dan keadaaan ini akan menjurus kepada
kewujudan masalah kronik yang lain pada masa hadapan (Chee et al, 2008).

Peningkatan yang berlaku terutama kepada remaja yang masih bersekolah
boleh mengundang pelbagai masalah yang lebih besar seperti penyakit kronik.
Penyakit yang mungkin dihadapi oleh remaja adalah seperti darah tinggi, masalah
jantung, diabetes dan juga kanser. Bukan itu sahaja penyakit lain pun mungkin boleh
berlaku seperti strok, masalah sistem pernafasan, berdengkur ketika tidur dan
beberapa gangguan ketika tidur dan sebagainya. Selain itu, obesiti juga
merendahkan keyakinan pelajar dan ini menyebabkan pelajar menjadi tidak aktif di
sekolah dan sering mempunyai masalah komunikasi. Ini semua adalah seperti yang
telah dinyatakan di dalam buku Nutrition Through the Life Cycle (2000) hasil tulisan
Brown. Semua kesan daripada obesiti ini juga boleh mengundang kepada maut jika
tidak dikawal dengan segera.

4.1 Faktor-Faktor Mempengaruhi Obesiti

Terdapat beberapa faktor yang memungkinkan kepada obesiti seperti
faktor keturunan atau genetik, yang mana pelajar mewarisi daripada
keluarganya. Faktor lain adalah amalan pemakanan seperti pengambilan
makanan tidak seimbang dan berlemak. Selain itu, tidak gemar bersukan atau
melakukan aktiviti luar disogok pula dengan peralatan teknologi yang
menggalakkan aktiviti santai tanpa melakukan sebarang aktiviti. Ini penting
untuk memastikan lemak yang terkumpul di dalam badan dan tidak digunakan
dapat dikeluarkan untuk memastikan hidup sentiasa sihat. Ini turut dinyatakan
oleh Brown di dalam buku Nutrition Through the Life Cycle (2000).Interaksi
antara genetik dan faktor persekitaran adalah punca utama yang
menyebabkan peningkatan drastik di dalam lebihan berat badan. Selain itu,
kekurangan aktiviti fizikal dan pengambilan diet yang tinggi jumlah kalori dan
6

lemak adalah faktor tambahan dikalangan pelajar. Faktor persekitaran seperti
ini meninggikan lagi risiko peningkatan lebihan berat badan sekiranya remaja
tersebut merupakan remaja yang mengalami masalah obesiti yang diwarisi
secara genetik.

4.1.1 Kemajuan Negara
Faktor lain adalah keadaan kemajuan yang negara hadapi di
mana pelajar sekarang tidak perlu melakukan banyak perkara untuk
menyelesaikan tugas. Kebanyakkan kerja sudah dilakukan oleh mesin
berteknologi tinggi yang dicipta manusia dengan tujuan untuk
memudahkan manusia, namun memberi kesan negatif terutama
kepada masalah obesiti. Teknologi yang semakin maju menampilkan
alat komunikasi yang canggih seperti televisyen, komputer, permainan
video dan sebagainya. Penciptaan ini boleh membuatkan ramai orang
terutamanya pelajar untuk menambah berat badan dengan hanya
duduk menghabiskan masa hampir berjam-jam tanpa melakukan apa-
apa aktiviti. Menurut Sizer di dalam buku Nutrition Concepts and
Controversies (2006) bagi masyarakat sekarang menonton televisyen,
permainan video dan hiburan dari komputer telah menggantikan aktiviti
luar sebagai aktiviti untuk mengisi masa lapang.

4.1.2 Gaya Hidup Sedentari
Tidak dapat dinafikan lagi, antara punca obesiti adalah makanan
namun punca utama pada adalah cara hidup. Cara hidup pelajar-
pelajar hari ini terlalu mudah dan boleh dikatakan 'membosankan'.
Perbezaan yang ketara adalah hari ini dan hari semalam. Cara hidup
pelajar-pelajar (kanak-kanak) abad lepas penuh dengan keseronokan
sebenar.Hari ini kemudahan teknologi contohnya PS3, internet, astro,
menyebabkan kanak-kanak lebih selesa berada di rumah. Segala
permainan dan hiburan seakan-akan menjadikan anak-anak statik di
satu tempat sahaja. Tiada pergerakan aktif dilakukan.Mungkin perlu
dikembalikan kegemilangan permainan-permainan tradisi yang semakin
lama semakin dilupakan ini. Dengan ini juga sedikit sebanyak akan
mengubah cara kehidupan kepada kehidupan yang lebih aktif dan
7

cergas. Malah mereka pasti akan menjadi lebih kreatif dan inovatif serta
mempunyai kemahiran berkawan (antara kemahiran paling penting).
Zaman kanak-kanak perlu diraikan dengan sebaik-baiknya. Mungkin
juga ini cara yang paling baik untuk menyelesaikan masalah obesiti.
Catuan makanan berlemak tidak menyelesaikan masalah.

4.1.3 Pengaruh Iklan
Pengaruh iklan yang ditayangkan di televisyen turut menjadi
salah satu faktor kepada obesiti. Iklan makanan yang ditunjukkan
menarik minat pelajar untuk mencuba dan menikmatinya. Pengaruh
iklan ini sangat kuat seperti yang tertulis dalam buku Life span nutrition
conception through life tulisan Rolfes, (1998) di mana menyatakan
bahawa menonton televisyen berhubungkait antara makanan snek,
makanan tinggi kalori yang sering diiklankan dan mempengaruhi
pembelian makanan keluarga. Bukan itu sahaja, ketika menonton,
makanan yang mengandungi garam dan gula berlebihan menjadi menu
utama. Ini akan menyebabkan masalah obesiti semakin serius.

4.1.4 Gaya Pemakanan Keluarga
Peranan ibu bapa juga penting kerana pemakanan yang sihat
bermula di rumah. Pengambilan makanan yang tidak sihat oleh pelajar
dan tanpa kawalan daripada ibu bapa turut menyumbang kepada
obesiti. Pandangan daripada orang di sekeliling juga menjadi faktor, di
mana ada keluarga yang tidak kisah dengan masalah obesiti yang
dialami dan ini boleh menyebabkan masalah obesiti terus meningkat
kerana mereka ini gagal untuk melaksanakan gaya hidup yang
sihat.Kehidupan moden dengan ibu bapa keluar bekerja dan
menyerahkan tugas menyediakan makanan kepada pembantu rumah
atau membeli makanan segera menjadikan anak-anak tidak mendapat
makanan seimbang yang sesuai dengan perkembangan diri mereka.
Impaknya, mereka akan mengambil makanan ringan dan segera yang
mudah didapati di mana-mana. Tawaran harga menarik dan iklan
melalui media massa yang dibuat syarikat makanan segera ini
menjadikan kanak-kanak semakin terpengaruh. Jika dulu makanan
8

sebegini diambil dalam tempoh dua kali seminggu tetapi kini jumlah itu
berlipat kali ganda.

4.1.5 Pengambilan Makanan yang Tidak Teratur
Menerusi kajian bertajuk Risiko Obesiti dan Masalah Gangguan
Pemakanan Terhadap Remaja yang dilakukan oleh Pensyarah
Pemakanan dan Kesihatan Komoditi Universiti Putra Malaysia, Dr Chin
Yit Sew, remaja yang mempunyai masalah berat badan berlebihan dan
obesiti berkemungkinan sudah terbiasa tidak mengambil makanan
mengikut waktu ditetapkan. Tindakan tidak mengambil sarapan, makan
tengah hari atau makan malam menyebabkan hidangan yang diambil
akan bertambah dan seterusnya boleh mengakibatkan masalah
kegemukan. Contohnya, apabila seseorang itu tidak mengambil
sarapan, biasanya dia akan makan lebih pada waktu makan tengah
hari, begitu juga mereka yang tidak makan tengah hari, ada kemung-
kinan akan makan lebih pada waktu minum petang atau waktu makan
malam.Cara pengambilan makanan yang baik adalah makan setiap
hidangan dengan kuantiti yang sesuai dengan perkembangan badan
seseorang.

Semua faktor-faktor ini perlu dititikberatkan. Penemuan faktor utama obesiti
dalam kalangan pelajar, amat diperlukan supaya langkah yang sepatutnya diambil.
Pihak sekolah bolehlah sentiasa memastikan makanan yang disediakan di sekolah
adalah makanan yang bersesuaian dengan diet pelajar. Guru juga penting dalam
menyampaikan maklumat tentang tabiat pemakanan yang betul, pengambilan diet
yang sesuai dan sebagainya. Pendedahan tentang bahaya obesiti juga perlu agar
pelajar tahu apa kesannya. Bimbingan yang betul dapat membantu pelajar
memahami dengan lebih baik dan ini boleh menghindari masalah obesiti.Penemuan
faktor utama ini akan memudahkan usaha mencari jalan penyelesaian bagi
mengurangkan obesiti. Pengurangan obesiti akan meningkatkan kualiti hidup pelajar
dan seterusnya masyarakat.



9

5.0 PENDIDIKAN KESIHATAN

Isu obesiti di kalangan pelajar semakin hangat diperkatakan hingga menu
tradisi di kantin sekolah iaitu nasi lemak turut menerima tempiasnya.Maka timbul
persoalan, di manakah silapnya dan apakah yang akan terjadi jika masalah obesiti
atau kegemukan ini dibiarkan berlarutan?Berdasarkan statistik, sebanyak 73.8
peratus pelajar mempunyai pengetahuan mengenai pemakanan seimbang namun
hanya 11.2 peratus yang mengamalkannya.

Pendidikan Kesihatan merupakan suatu bidang yang luas dan khusus. Bidang
Pendidikan Kesihatan telah berkembang selaras dengan tuntutan kehendak
masyarakat global masa kini.Sebagai pendidik Pendidikan Kesihatan, adalah amat
perlu untuk mengenalpasti kelemahan dan kekuatan individu mahupun masyarakat
serta menggunakan pengetahuan terkini untuk mengatur dan menyusun strategi
yang berkesan agar mereka tidak mudah patah semangat dalam usaha untuk
mencapai matlamat masyarakat yang sihat dan makmur.

Menurut Ewles & Simnett (1986), Pendidikan Kesihatan yang diusahakan
seringkali bertujuan untuk mencapai satu atau lebih matlamat kesihatan. Matlamat ini
berbeza daripada seseorang individu kepada individu yang lain atau daripada satu
masyarakat kepada masyarakat yang lain. Antara matlamat Pendidikan Kesihatan
adalah seperti berikut iaitu peka atau sedar terhadap kesihatan, menyampaikan ilmu
pengetahuan, menimbulkan kesedaran diri, mengubahsikap, membuat keputusan,
mengubah tingkah laku dan mengubah status sosial.

Justeru itu, guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan khususnya perlu
mendidik para pelajar agar mampu untuk menimbulkan atau memikirkan isu-isu
kesihatan semasa yang dianggap penting terutamanya masalah obesiti untuk dirinya
mahupun masyarakat sekeliling yang melibatkan rakan, adik beradik dan juga
keluarga setelah pengetahuan tentang isu tersebut diberikan kepadanya. Sebagai
seorang pendidik ilmu Pendidikan Kesihatan, segala ilmu yang disampaikan
seharusnya cukup berkesan, menyentuh perasaan dan memberangsangkan supaya
ia menimbulkan sikap kepekaan dan seterusnya menimbulkan kesedaran diri kepada
10

individu (pelajar). Tindakan positif yang akan diambil diharapkan dapat meningkatkan
tahap kesihatan individu tersebut. Apabila ilmu pengetahuan berkaitan Pendidikan
Kesihatan telah diberikan, maka kepekaan juga dapat ditingkatkan. Pendidik
Pendidikan Kesihatan seharusnya perlu pula berusaha memberikan tunjuk ajar yang
terbaik agar tindakan ini akan dapat menguatkan lagi semangat pelajar untuk
mengubah sikap demi mencapai matlamat status kesihatan yang optimum.Dorongan
dan galakan diberikan supaya pelajar dapat membuat satu keputusan yang positif
demi mencapai taraf kesihatan yang terbaik. Pengetahuan berkaitan Pendidikan
Kesihatan seharusnya mampu mengubah tingkahlaku pelajar (individu) atau
masyarakat. Amalan tentang gaya hidup sihat hendaklah dilaksanakan agar
kehidupan menjadi lebih berkualiti pengekalan tahap kesihatan diri. Perubahan ini
hendaklah selari dengan kehendak budaya, agama dan bangsa kita serta
kemudahan yang sedia ada.


6.0 PENYELIDIKAN DAN KAJIAN

Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia menunjukkan bahawa kegemaran
pelajar adalah nasi lemak, mee goreng dan nasi ayam manakala makanan segera
paling digemari adalah burger, ayam goreng dan pizza. Walaupun obesiti di
kalangan kanak-kanak sekolah rendah berumur enam hingga 12 tahun telah
meningkat daripada 9.7 peratus pada 2001 kepada 13.7 peratus pada 2007
mengikut kajian, namun keadaan belum sampai ke tahap tidak terkawal.
Peningkatan ini berkemungkinan besar disebabkan oleh amalan pemakanan tidak
sihat dan kurangnya aktiviti fizikal yang mana kajian itu juga menunjukkan 76 peratus
kanak-kanak menjalani kehidupan yang tidak aktif iaitu menghabiskan sebahagian
besar masa dengan menonton televisyen atau duduk di hadapan komputer.Kanak-
kanak sering disogokkan dengan iklan makanan fast-food,snack di television yang
mempunyai tinggi lemak dan gula.Iklan-iklan ini akan menarik minat kanak-kanak
untuk membelinya dah ditambah lagi dengan gaya hidup yang tidak aktif,ia
akan mendatangkan kemudaratan kepada mereka kelak. Kajian UKM juga
menunjukkan bahawa hanya 70 peratus kanak-kanak sekolah rendah mengambil
sarapan pagi setiap hari sementara 10 peratus kanak-kanak langsung tidak pernah
mengambil sarapan.
11

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pihak Persatuan Kajian Obesiti
Malaysia (Maso) dan Nestle pada 2007/2008 mendapati, jumlah kanak-kanak yang
mempunyai masalah obesiti meningkat sebanyak 4 peratus dan dijangka akan terus
meningkat pada lima tahun akan datang disebabkan faktor tertentu.Penyelidikan itu
membabitkan 11,349 pelajar terdiri daripada 5,678 pelajar lelaki dan 5,671
perempuan di 88 sekolah rendah (47 sekolah bandar/ 41 sekolah kawasan luar
bandar). Pelajar di kawasan bandar mencatatkan jumlah paling ramai mengalami
obesiti dengan 14.7 peratus manakala pelajar luar bandar pula sebanyak 11.8
peratus.Melalui data yang diperoleh, kita boleh kaitkan bahawa kekurangan aktiviti
fizikal dilakukan oleh kanak-kanak ini membuatkan mereka mudah mendapat obesiti.

6.1 Persepsi Pelajar Sekolah Rendah Terhadap Pemakanan Seimbang Di
Kantin Sekolah Kebangsaan Kangar Pulai , Johor.(Mohd Rizal Bin Mohd
Said & Nurul Zafira Binti Ruslan-Fakulti Pendidikan,Universiti Teknologi
Malaysia)

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap
pemakananseimbang di kantin sekolah melalui tiga aspek iaitu kepelbagaian
menu, tahap pengetahuan danpendedahan pendidikan kesihatan. Kajian ini
dijalankan dengan menggunakan borang soalselidik, pemerhatian dan
temubual sebagai instrument kepada 118 orang pelajar darjah 4
SekolahKebangsaan Kangkar Pulai, Johor. Data dianalisis dengan
menggunakan perisian StatisticalPackage for Sciences (SPSS) versi 11.5
untuk mendapatkan peratusan dan min. Dapatan kajianmenunjukkan
kepelbagaian menu di kantin yang mempengaruhi pemakanan seimbang
terhadapresponden adalah sederhana tetapi tahap pengetahuan dan
pendedahan pendidikan kesihatanterhadap responden berada pada tahap
baik. Beberapa cadangan telah dikemukakan kepadapihak-pihak tertentu agar
penyediaan pemakanan seimbang di kantin perlu diperbaiki.
Beberapacadangan kajian lanjutan bagi pengkaji yang ingin meneruskan
kajian ini di masa akan datang
juga turut dicadangkan.

12

6.2 Faktor Utama Obesiti Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Luar
Bandar (Azimah Binti Ahmad, 2007 Universti Pendidikan Sultan Idris)

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti apakah faktor utama yang
menyebabkan obesiti dalam kalangan pelajar sekolah menengah luar bandar.
Faktor-faktor utama yang disenaraikan ialah faktor keturunan atau genetik,
amalan pemakanan, aktiviti fizikal, pengaruh persekitaran dan pengaruh
televisyen. Borang soal selidik telah dibina berdasarkan kelima-lima faktor ini.
Soalan soal selidik terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian A dan
bahagian B yang mempunyai 30 soalanyang terdiri daripada 6 soalan bagi
setiap faktor. Kebolehpercayaan soalan soal selidik ini telah diuji
menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) dan nilai alpha
Cronbach yang diperolehi adalah 0.815. Semua soalan ini kemudian diberikan
kepada 40 orang responden yang mengalami masalah obesiti yang dipilih dari
sebuah sekolah luar bandar di Pahang. Semua data yang dikumpul, dianalisis
secara kuantitatif untuk mendapatkan nilai min, mod dan median untuk
mengenalpasti apakah faktor utama obesiti dalam kalangan pelajar luar
bandar. Hasil daripada analisis data yang diperolehi, didapati faktor pengaruh
televisyen memberi nilai min paling tinggi iaitu sebanyak 2.150 berbanding
faktor lain, aktiviti fizikal 2.025, amalan pemakanan 1.625, pengaruh
persekitaran 1.550 dan keturunan 1.2. Kesimpulannya, faktor pengaruh
televisyen merupakan faktor utama obesiti dalam kalangan pelajar sekolah
menengah luar bandar.

6.3 Two Teen Health Danger : Obesity and Drug Addiction pada tahun
2005.

Artikel ini ada menyatakan tentang peratusan golongan muda antara 12
hingga 19 tahun yang mengalami lebihan berat badan. Berdasarkan kepada
kajian yang dilakukan oleh Central for Diseases Control and Prevent. Di dalam
kajian ini juga menceritakan sedikit tentang kajian yang pernah dilakukan iaitu
makanan boleh merangsang penghasilan dopamine (sejenis bahan kimia dalam
otak yang boleh merangsang rasa selesa) dalam otak. Lebih banyak dopamine
diperlukan untuk menghasilkan rasa selesa. Jadi bagi individu yang mengalami
13

obesiti mereka akan makan dalam kuantiti yang banyak untuk mendapatkan rasa
selesa kerana mereka ini kekurangan pemerima dopamine yang merangsang
rasa selesa.

6.4 Electronic Game Use is Associated with Childhood ( Signer dan Suter,
30 Jun 2004)
Artikel ini menceritakan tentang kajian yang telah dilakukan tentang
obesiti mempunyai kaitan dengan menonton televisyen, ibu bapa yang
merokok dan ibu yang bekerja di luar rumah. Kajian tersebut membuktikan
bahawa terdapat hubungkait antara masa yang diluangkan bermain
permainan video dan obesiti. Kajian terbabit telah menguji 872 pelajar dari 10
buah sekolah. Soalan soal selidik telah diedarkan. Soalan tersebut
mengandungi umur, jantina, kewarganegaraan, adik-beradik, status merokok
ibu bapa, rancangan televisyen yang sering ditonton, jumlah kekerapan
bermain video game, pengambilan sarapan dan amalan menonton televisyen
sambil makan. Hasil daripada kajian, didapati kanak-kanak bukan
warganegara mengalami obesiti lebih daripada kanak-kanak warganegara dan
kadar menonton televisyen lebih sementara kurang aktiviti fizikal yang
dilakukan.


7.0 PENUTUP

Kesan obesiti yang menggugat kesihatan dan meruntun emosi ini kini bukan
hanya terjadi di kalangan orang dewasa sahaja. Statistik terbaru menunjukkan
bahawa 22 juta kanak-kanak di bawah umur 5 tahun di seluruh dunia mengalami
kegemukan keterlaluan. Sungguhnya, ahli-ahli sains bimbang dengan peningkatan
bilangan kanak-kanak yang menghidap gejala ini, bilangan yang saban tahun kian
meningkat.Asia, yang suatu ketika dahulu kalis akan masalah ini kerana
perbezaandiet dan gaya hidup, kini dilaporkan mengalami peningkatan mendadak
kes-kes obesiti di kalangan kanak-kanak.Obesiti bukan sekadar menjejaskan
kehidupan seharian dan menurunkan kualiti hidup, ia turut mendedahkan kanak-
kanak kepada penyakit-penyakit orang dewasa yang serius termasuk kencing
14

manis,darah tinggi dan penyakit jantung. Lebih-lebih lagi, kanak-kanak yang terlalu
gemuk dan obes. Kajian demi kajian menunjukkan bahawa risiko obesiti sangat
berkait rapat dengan nutrisi dan gaya hidup. Jadi dalam kes ini, pepatah
'pencegahan adalah lebih baik dari pengubatan' adalah tepat sekali. Tanamkan tabiat
pemakan yang baik bermula di rumah dan berikan anak-anak model terbaik untuk
dicontohi.

7.1 Langkah Mengatasi dan Cadangan Menangani Obesiti
Dikalangan Pelajar

Dalam menangani isu obesiti dikalangan pelajar, semua pihak perlu
prihatin dan bekerjasama. Justeru itu, beberapa cadangan dikemukan bagi
mengatasi permasalahan ini.Antaranya ialah:-

7.1.1 Mengadakan kempen dan forum mengenai pemakanan dan
pengamalan gaya hidup sihat.
Kempen atau forum obesiti penting untuk meningkatkan
kesedaran mengenai masalah obesiti selain membincangkan kaedah-
kaedah untuk menangani masalah tersebut. Ianya perlu melibatkan
semua lapisan masyarakat terutamanya pelajar, yang mana kempen ini
dicadangkan dilakukan di sekolah-sekolah bagi memberi kesedaran
kepada pelajar tentang obesiti.

7.1.2 Wujudkan dasar pemakanan sihat.
Bagi menangani isu obesiti di sekolah, maka disyorkan bahawa
dasar diet makanan sekolah perlu digubal bagi mewujudkan satu dasar
pemakanan yang sihat.

7.1.3 Cadangan penyenaraian 70 jenis makanan dan larangan 15 jenis
makanan diperkuatkuasakan dengan telus.
Pematuhan arahan kepada senarai 15 jenis makanan dilarang
jual di kantin sekolah dan penghad kekerapan jualan terhadap 70 jenis
makanan yang disenaraikan termasuklah nasi lemakberdasarkan Garis
Panduan Pemakanan Sihat Di Sekolah yang diputuskan oleh
15

Kementerian Kesihatan yang telah dipersetujui Jawatankuasa Kabinet
Mengenai Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), yang dipengerusikan
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
diperkuatkuasakan dengan betul. Tindakan tegas akan diambil kepada
mana-mana kantin sekolah yang melanggar arahan tersebut. Ianya
bertujuan memastikan segala usaha membendung obesiti di kalangan
pelajar dapat dilakukan dengan berkesan.

7.1.4 Indeks Jisim Badan (BMI) direkodkan dalam kad laporan prestasi
pelajar.
Indeks Jisim Badan (BMI) direkodkan dalam kad laporan prestasi
pelajar berbanding amalan sebelum ini yang hanya mengkhendaki guru
merekodkan berat dan ketinggian pelajar. Amalan merekodkan BMI
diamalkan negara maju seperti Amerika Syarikat seawal kanak-kanak
berusia dua tahun bagi membolehkan mereka dibimbing dengan
amalan pemakanan dan aktiviti fizikal sihat(Prof Dr Mohd Ismail Mohd
Noor, pakar pemakanan Universi Kebangsaan Melaysia).

7.1.5 Pengurangan 10 peratus daripada berat badan semasa.
Penurunan berat badan yang disyorkan adalah lebih kurang 0.5
kg seminggu. Ianya boleh dilakukan melalui makan ikut keperluan iaitu
jangan berlebihan, pilih atau sediakan makanan dengan cara
mengukus, merebus atau memanggang, kurangkan masa sedentari
seperti menghabiskan masa di depan televisyen atau komputer,
elakkan pengambilan kalori yang terlalu rendah, lebihkan pengambilan
sayur, ulam dan buah, kurangkan minuman manis, gantikan dengan air
kosong dan minum secukupnya.

7.1.6 Penapisan iklan makanan.
Pengeluar makanan perlu lebih bertanggungjawab dalam
memasarkan produk-produk mereka. Mereka perlu peka dan mematuhi
Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985. Sebarang iklan
yang keluarkan oleh syarikat makanan di televisyen perlu mematuhi
16

akta berkenaan supaya masyarakat kita tidak disajikan dengan
makanan yang tidak berkhasiat.
7.1.7 Ibu bapa memainkan peranan menukar corak pemakanan dan
amalan gaya hidup anak-anak.
Keluarga terutamanya ibu bapa harus memainkan peranan
dengan menukar corak pemakanan dengan mengamalkan pemakanan
seimbang dan luangkan masa untuk aktiviti-aktiviti fizikal dan sukan.Ibu
bapa perlulah mendidik anak-anak tentang pemakanan sihat dan
seimbang serta melatih dan mengawal pemakanan anak-anak agar
mereka tahu apa yang mereka makan dan kesan yang akan mereka
hadapi dalam kesihatan.

7.1.8 Mengembalikan Permainan Tradisional.
Kegemilangan permainan-permainan tradisi yang semakin lama
semakin dilupakan ini seharusnya dikembalikan. Hal ini kerana
permainan di zaman teknologi tidak melibatkan pergerakan aktif
dilakukan.

7.1.9 Pengambilan Makanan Mengikut Waktu
Remaja disarankan supaya makan untuk setiap waktu makan
dan mematuhi rutin itu setiap hari bagi mendapatkan nutrien
seimbang.Cara pengambilan makanan yang baik adalah makan setiap
hidangan dengan kuantiti yang sesuai dengan perkembangan badan
seseorang.

Kesimpulannya, untuk mengatasi masalah kegemukan (obesiti), semua pihak
perlu bergabung tenaga demi mencapaikesejahteraan hidup dan masyarakat yang
mempunyai penampilan yang baik serta dapatberfungsi dengan baik secara
maksimum. Sokongan daripada semua pihak amat diperlukan supayahasrat untuk
mengurangkan berat badan bagi yang menghadapi masalah kegemukan. Disamping
itu, maklumat mengenai pemakanan yang seimbang, informasi mengenai
sumbanganaktiviti fizikal dalam mengekalkan berat badan dan pengekalan tahap
kesihatan serta amalantingkahlaku yang baik dan positif dapat membantu pihak
kerajaan membendung masalahkegemukan yang kritikal di Malaysia ketika ini.
17

Secara tidak langsung, imej kendiri setiapindividu dapat ditingkatkan atau diperbaiki
dan akhirnya melahirkan pelajar yang sihat bersesuaian dengan matlamat
Pendidikan Kesihatan menurut Ewles dan Simnett (1986).
8.0 RUJUKAN

Alexander, L. and Yeong, Boon Yee (1990). The first nutrition guide for Asian
Parents FeedYour Child Right. Times BooksInternational. Singapore.

Garrow, J. S., James, W. P.T, & Ralph, A. (2002). Human Nutrition and dietetics
(10th ed.).London: Churchill Livingstone.Mohd Majid Konting (1990). Kaedah
Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur.

Obesiti (2013). Diperolehi pada Oktober 10, 2013 daripada
http://ms.wikipedia.org/wiki/Obesiti

Masalah Obesiti Dikalangan Pelajar (2013).Diperolehi pada Oktober 10, 2013
daripada http://star2jb.blogspot.com/2011/04/masalah-obesiti-dikalangan-
pelajar.html.....

Matlamat Pendidikan Kesihatan (2013). Diperolehi pada Oktober 10, 2013 daripada
http://www.scribd.com/doc/113104154/23/MATLAMAT-PENDIDIKAN-
KESIHATAN..

Junk food, TV driving kids to obesity. (2007). Diperoleh Oktober 8, 2013 daripada
http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/news/fullstory_55300.html

Mohd Rizal Bin Mohd Said & Nurul Zafira Binti Ruslan (2010). PersepsiPelajar
Sekolah Rendah Terhadap Pemakanan Seimbang DiKantin Sekolah
Kebangsaan Kangkar Pulai, JohorFakulti Pendidikan,Universiti Teknologi
Malaysia.




18




PENGHARGAAN






























19




ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

PENGHARGAAN i
ISI KANDUNGAN ii

1.0 PENGENALAN 1

2.0 ISTILAH 2-3
2.1 Obesiti 2
2.2 Kanak-kanak 3
2.3 Pelajar 3

3.0 KEGEMUKAN ATAU OBESITI 3-4

4.0 OBESITI DI KALANGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA 4
4.1 Faktor-Faktor Mempengaruhi Obesiti 5-8

5.0 PENDIDIKAN KESIHATAN 8-9

6.0 PENYELIDIKAN KAJIAN 9-13

7.0 PENUTUP 13-16
7.1 Langkah Mengatasi dan Cadangan 14-16

20

8.0 RUJUKAN 17




KURIKULUM KONTEMPORASI DALAM
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
( QGU 3013 )


TUGASAN 2:
( OBESITI )



Nama No. matrik


Nama pensyarah :
Tarikh hantar :

Anda mungkin juga menyukai