Anda di halaman 1dari 14

BAB 1

PENDAHULUAN

Jika dilihat dengan kemajuan yang dialami oleh negara dari tahun ke tahun,
banyak perkara boleh dibanggakan. Sesuatu yang baru ditemui dan yang
lama dipertingkatkan kualiti supaya semua dapat merasai kesannya. Namun
begitu, tidak semua perkembangan membawa kepada sesuatu yang baik.
Perkembangan yang tidak baik ini bukan sahaja memberi kesan kepada
individu tetapi kepada masyarakat dan negara secara keseluruhannya.
Mungkin ramai yang menganggap perkembangan ini memberi impak yang
positif tetapi sebenarnya perkembangan ini menyumbangkan kepada satu
gejala yang membimbangkan. Gejala yang dimaksudkan adalah obesiti.
Gejala ini dialami oleh segenap lapisan masyarakt tidak mengira peringkat
umur, bangsa dan agama. Gejala inilah yang menjadi kebimbangan dunia
sejagat kerana masalah ini masih berterusan peningkatannya.

Obesiti dapat ditakrifkan sebagai pengumpulan lemak berlebihan yang


menimbun di dalam badan manusia.Dalam erti kata lain,obesiti adalah tubuh
badan yang tidak ideal dengan ketinggian.Pada zaman yang semakin pesat
dengan revolusi perindustrian seperti cendawan yang tumbuh selepas
hujan,semakin banyak remaja yang menghadapi masalah obesiti.Kebanyakan
remaja zaman sekarang kurang menjaga bentuk atau fizikal badan
mereka.Fenomena ini terjadi kerana para remaja suka makan makanan
segera yang tinggi dengan kalori.Buktinya, Institut Jantung Negara (IJN)
dalam kajiannya pada tahun 2007 melaporkan bahawa 60 peratus remaja
telah menghidapi penyakit jantung pada tahun tersebut.Sepatutnya setiap
individu perlu berpegang teguh serta mengamalkan cogan kata yang berbunyi
badan sihat otak cergas.

Lily (2004) menyatakan bahawa golongan yang disebut obesiti ini


adalah mereka yang mempunyai berat badan melebihi 20 peratus daripada
berat badan yang optimum. Di mana optimum didefinisikan sebagai
kedudukan yang terbaik atau paling menguntung bagi sesuatu keadaan.
Masalah kegemukan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Sebenarnya
banyak perkara yang mempengaruhi obesiti. Ada yang mendapat masalah ini
semenjak masih kanak-kanak iaitu melalui genetik, proses metabolisme yang
rendah, dan faktor sosial ekonomi. Jikalau tiada usaha dibuat untuk
mengurangkan berat badan, dikhuatiri masalah ini akan berlarutan hinggalah
dewasa. Sebenarnya menjaga badan bukanlah bererti kita harus menjaga
bentuk tubuh untuk kelihatan langsing, menarik dan jelita tetapi memilih
pemakanan yang seimbang menurut piramid makanan. Paling penting
masalah obesiti ini harus dielakkan kerana ia akan menjadi akar umbi segala
penyakit yang berbahaya.

Penyakit-penyakit yang sering berpunca daripada masalah obesiti


termasuklah penyakit kencing manis, penyakit jantung iskemik, penyakit
hipertensi, penyakit paru-paru dan masalah tulang serta otot. Namun begitu
tidak dapat dinafikan bahawa ada juga masalah penyakit tertentu yang akan
menyebabkan seseorang itu mengalami masalah obesiti seperti masalah
endokrin iaitu kekurangan hormon tiroid atau hipertiroid dan masalah sindrom
cushing yang berpunca daripada hormon steroid berlebihan dalam badan
hingga berlakunya masalah obesiti.
Menurut Tommy Thompson (2008),obesiti boleh berlaku sekiranya
berat badan bertambah apabila kita makan dengan banyak melebihi daripada
apa yang boleh dibakar oleh badan kita.Kalori yang berlebihan ini akan
disimpan sebagai lemak.Kegemukan atau obesiti akibat daripada
pengambilan kalori yang berlebihan tidak akan berlaku dalam beberapa hari
atau minggu.Selalunya ia akan terkumpul dan tersimpan dalam beberapa
bulan dan tahun.Antara faktor-faktor berisiko yang mempengaruhi obesiti
adalah sejarah keluarga,faktor persekitaran dan masalah perubatan.

Manusia adalah dilahirkan dengan saiz, tinggi dan bentuk badan yang
berbeza. Sebab itu tidak semua orang mempunyai ketinggian, bentuk dan
berat badan yang sama. Berat badan sepatutnya diketegorikan sebagai
sederhana iaitu tidak gemuk dan tidak pula terlalu kurus. Jika anda
hendakkan berat badan sebegini, anda perlu menjauhi makanan yang
mengandungi banyak lemak dan kalori. Oleh itu, banyakkan makan makanan
yang berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran kerana badan kita
amat memerlukan makanan tersebut.

Menurut Blair (2000), obesity adalah keadaan di mana tenaga-tenaga


dalam badan yang telah disimpan dibiarkan berkumpul di dalam tisu-tisu
lemak di dalam badan sehingga melebihi tahap kesihatan. Di sinilah alat ukur
BMI (body mass index) akan digunakan untuk mengukur berat badan kita
sama ada ia bersesuaian dengan tinggi kita. Badan yang sihat tanpa obes
selalunya akan dapat mengekalkan Index Jisim Tubuh(IJT) yang sihat iaitu
daripada 18.5 hingga 24.9 kg/m2. Kiraan IJT diukur menggunakan formula
yang telap ditetapkan oleh BMI iaitu:

IJT= Berat Badan (kg)


Tinggi(m) x Tinggi (m)
1.2 KENYATAAN MASALAH
Masalah obesiti lazimnya berlaku pada golongan yang sudah berumur
memandangkan faktor usia mereka yang semakin meningkat.Oleh itu,ianya
agak pelik jika kita melihat ramai golongan yang masih muda tetapi sudah
terpaksa berhadapan dengan masalah kegemukan.Hal ini demikian kerana
kurangnya kesedaran dan kepekaan ibu bapa dari segi pengambilan
pemakanan anak-anaknya.Menurut Mary Easaw John (2008),ibu bapa
sebagai individu yang paling hampir dengan remaja dan berpengaruh besar
dalam mencorakkan tabiat permakanan mereka.

Ibu bapa kini terlalu memanjakan anak-anak mereka sengan memberi


dan menuruti apa sahaja kemahuan anak-anak. Begitu juga dari segi
pemakanan. Mereka memberi apa sahaja yang diigini oleh anak-anak mereka
tanpa mengambil kira soal kesihatan dan kesannya terhadap pengambilan
makanan secara berlebihan itu, asalkan anak-anak mereka dapat menikmati
makanan-makanan tersebut sepuasnya.

Obesiti merupakan keadaan perubatan di mana lemak badan


berlebihan yang terkumpul sehingga ke satu tahap yang boleh menjejaskan
kesihatan seseorang. Menurut Blair (2000), obesiti adalah keadaan di mana
tenaga – tenaga dalam yang telah disimpan dibiarkan berkumpul di dalam tisu
– tisu lemak di dalam sehingga melebihi tahap kesihatan. Individu yang biasa
dianggap sebagai obes apabila indeks jisim badannya (BMI), iaitu ukuran
yang diperolehi daripada membahagikan berat badannya (dalam kilogram)
dengan ketingiaan seseorang (dalam meter) yang dikuasakn dua. Indeks BMI
antara 20 hingga 25 dianggap normal, individu yang mempunyai BMI lebih
daripada 25 dikatakan memiliki berat terlebih, mereka ini dianggap obes, dan
dengan 35 dan ke atas, mereka ini dianggap obes parah. Secara umumnya,
angak BMI ini menjadi ukuran kuantitatif yang baik untuk mengenal pasti
obesiti seseorang.
Menurut Tommy Thompson (2008), obesiti boleh berlaku sekiranya
berat badan bertambah apabila kita makan dengan banyak melebihi daripada
apa yang boleh dibakar oleh badan kita. Kalori yang berlebihan ini akan
disimpan sebagai lemak. Obesiti meningkatkan kebarangkalian menghidap
pelbagai penyakit berkaitan obesiti, termasukalah penyakit kardiovaskular,
diabetes melitus tahap 2, apnea tidur obstruktif, jenis – jenis kanser tertentu
dan sebagainya

Berdasarkan kepada kenyataan masalah yang telah dinyatakan di


atas, kajian ini akan dilakukan untuk menilai tahap pengetahuan tentang
obseiti di dalam kalangan pelajar Kolej Sains Bersekutu Johor Bharu,
disamping memberi kesedaran kepada pelajar keburukan obesiti
1.3 TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini untuk mengetahui tahap pengetahuan tentang obseiti di
dalam kalangan pelajar Kolej Sains Bersekutu Johor Bharu, disamping
memberi kesedaran kepada pelajar keburukan obesiti. Peningkatan masalah
obesiti ini amat dikhuatiri dan jika langkah-langkah pencegahan tidak
dilakukan secepat mungkin, maka penyakit ini akan menjadi lebih teruk dan
menjadi semakin sukar dibendung kelak.

Oleh sebab itu, kesedaran dalam masalah obesiti ini dapat


membantu mengurangkan masalah penyakit kronik seperti penyakit
kardiovaskular. Ini memberikan sebab kenapa orang ramai mesti mejauhi
obesiti. Daripada kenyataan masalah ini, saya terpanggil untuk membuat satu
kajian untuk menilai tahap kesedaran tentang obesiti dalam kalangan pelatih-
pelatih kalangan pelajar Penolong Pegawai Pembantu Perubatan Tahun 2
Semester 1 Kolej Sains Bersekutu Johor Bharu.
1.4 OBJEKTIF KAJIAN

OBJEKTIF KAJIAN
Mengkaji tahap kesedaran dan pengetahuan tentang pencegahan masalah
obesiti dikalangan pelajar Penolong Pegawai Pembantu Perubatan Tahun 2
Semester 1 Kolej Sains Bersekutu Johor Bharu.

OBJEKTIF KHUSUS
1. Menilai tahap kesedaran dan pengetahuan tentang masalah
obesiti dikalangan pelajar Kolej Sains Bersekutu Johor Bharu
2. Mengenalpasti faktor-faktor berlakunya masalah obesiti di kalangan
pelajar Kolej Sains Bersekutu Johor Bharu
3. Memberi cadangan dan langkah – langkah yang berkaitan bagi
mengurangkan risiko masalah obesiti di kalangan pelajar Kolej Sains
Bersekutu Johor Bharu
BAB2

KAJIAN SEMULA

Obesiti bukan lagi masalah baru dalam Negara kita. Berdasarkan kajian oleh
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), seorang daripada lima remaja di
Negara ini mengalami masalah kegemukan dan berat badan berlebihan. Hasil
kajian selama tiga tahun itu mendapati prevalen lebihan berat badan dan
obesiti adalah lebih tinggi di kalangan lelaki iaitu 20.3 peratus berbanding
remaja perempuan iaitu 17.7 peratus. Pensyarah di jabatan pemakanan dan
dietetik, Dr. Poh Bee Kee, berkata prevalen lebihan berat badan dan
kegemukan dianggarkan lima peratus lebih tinggi di kalangan remaja di
Bandar iaitu 21 peratus berbanding remaja luar Bandar, iaitu pada kadar 16.3
peratus. Kajian tiga tahun itu membabitkan sejumlah 2,542 remaja lelaki dan
2,752 remaja perempuan berusia di antra 12 dan 18 tahun berbangsa
Melayu, India, Cina dan Etnik Sarawak daripada 12 buah sekolah menengah
di luar Bandar dan Bandar.

Kajian seterusnya adalah daripada Jihang Liu (2003) yang menyatakan


kajian terbaru mendapati bahawa kanak-kanak obesity meningkat pada
masyarakat pendalaman.Kajian ini sebenarnya mengkaji lebihan berat badan
dan juga obesity pada kanak-kanak bandar dan luar bandar,berdasarkan data
yang diperolehi hasil pemerhatian yang terbaru dari 2003 National Survey of
Children Health (NSCH). Kajian ini menggunakan carta 2000 CDC BMI
sebagai rujukan.Kanak-kanak yang mempunyai lebih atau 95% lebih daripada
BMI biasa dikelaskan sebagai obes dan bagi BMI pada atau 85% dikelaskan
sebagai lebihan berat badan ataupun obes.Bukan itu sahaja,artikel ini juga
menyatakan WHO melaporkan bahawa di Amerika Syarikat angka kanak-
kanak obesiti meningkat dua kali ganda sejak 1960an. Artikel ini juga
menceritakan sedikit apakah punca berlakunya obesiti di samping
menyarankan beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan dan perlu
diambil untuk mengelakkan obesiti.

Hasil daripada kajian ini, 30.6% kanak berumur 10-17 tahun adalah
lebih berat badan, 14.8% adalah obes. Kanak-kanak yang tinggal di
pedalamanmengalami obes (16.5%) lebih daripada kanak-kanak bandar
(14.4%). Selain itu, lebih kurang separuh daripada kanak-kanak iaitu 48.0%
pedalaman dan47% bandar menghabiskan sekurang-kurangnya 2 jam sehari
bersama dengan alatanhiburan elektronik seperti komputer dan televisyen.

Menurut Larsen (2001) dala, bukunya yang bertajuk Obesity-Related


Knowledge,Attitudes and Behaviors in Obese and Non-Obese Urban
Philadelphia Female Adolescents,beliau mendapati bahawa aktiviti
fizikal,tidak aktif dan juga pandangan terhadap fizikal badan yang menarik
adalah faktor penting dalam penyumbang kepada obesiti.kajian yang
dijalankan ini berobjektif untuk mengukur hubungkait antara faktor
pengetahuan,sikap dan kelakuan dengan obesity dan untuk menentukan
bagaimana faktor-faktor ini mempengaruhi status obesity di kalangan remaja
wanita.Kajian ini menggunakan sampel remaja perempuan African American
berusia lingkungan 11 hingga 15 tahun tanpa mengira sama ada mereka
mengalami masalah obesiti ataupun tidak. Semua remaja ini dibandingkan
ukuran dari segi aktiviti fizikal,tidak aktif,amalan diet,pengetahuan tentang
amalan kesihatan dan juga keyakinan diri.Kajian ini mencadangkan agar
kajian seterusnya akan lebih focus kepada aktiviti fizikal,tidak aktif dan juga
pandangan tentang fizikal badan.
Selain itu, menurut Thoms.J (2007) dalam artikel Global Obesity yang
ditulis olehnya, turut menyatakan tentang statistik yang dikeluarkan oleh
World Health Organization (WHO), bahawa dua daripada tiga orang individu
lebihan berat badan atau obesiti tinggal di negara yang membangun yang
mana Malaysia adalah salah satu daripadanya.

Manakala statistik di Malaysia melalui National Health Morbidity Survey


yang di jalankan pada tahun 2011 mencatatkan 15.1% rakyat Malaysia
berumur 18 tahun ke atas adalah obes. Ini menunjukkan peningkatan
berbanding dengan 14% pada tahun 2006. Ini bermakna seramai 2.6 juta
populasi dewasa di Malaysia adalah obese menjadikan Malaysia negara
tertinggi mempunyai kadar obesiti di kalangan negara-negara asia tenggara.

Amalan gaya hidup moden merupakan salah satu faktor yang


menunjangi masalah ini. Pada zaman millennia yang serba canggih dan
pantas kini, semuaorang terlalu sibuk dengan hal dan kerjaya masing-masing
hingga mengabaikanpengambilan pemakanan seimbang dalam kehidupan
seharian mereka. Mereka lebih gemar mengambil makanan segera dan tidak
berkhasiat seperti mi segera, minuman berkarbonat, burger dan sebagainya.
Saintis di seluruh dunia mendapati bahawa makananmakanan tersebut tidak
dapat menampung keperluan zat yang diperlukan oleh badan. Tambahan
pula, ia turut menjadi punca utama kepada penyakit kronik seperti obesiti.
(Govindji et al., 2002).

Di Malaysia, persekitaran yang berubah-ubah dan peningkatan


kemakmuran masyarakat telah diperluaskan makanan pilihan dan tabiat
makan yang berubah. Barangan runcit dan pasar raya menyimpan rak
mereka dengan pilihan yang lebih makanan. Makanan segera dan minuman
ringan yang tinggi kalori, dari sama ada lemak atau gula, adalah lebih mudah
(Ismail 2002).
Sebuah pusat penjagaan kesihatan, iaitu The Weight Management
Information Center (WMIC) ditubuhkan bertujuan memberi pendedahan
kepada orang ramai mengenai berat badan yang sihat melalui aktiviti fizikal,
pemakanan yang sihat dan pengendalian berat badan untuk jangka masa
panjang.

Di samping itu, Artikel bertajuk Obesity in Children and Teens yang


(2001), menyatakan bahawa antara 16–33% kanak-kanak dan remaja adalah
obese. Obesiti adalah antara keadaan kesihatan yang senang untuk
dikenalpasti tetapi susah untuk dirawat. Pertambahan berat badan
bergantung kepada diet yang tidak sesuai dan kurang melakukan senaman
menyebabkan lebih 300,000 kematian setiap tahun. Artikel ini juga ada
menyarankan cadangan untuk mengurangkan masalah ini bagi remaja
antaranya adalah ibu bapa perlu meningkatkan tahap keyakinan pada anak
dengan memberi sokongan dan kata-kata positif selain daripada hanya fokus
kepada bagaimana untuk mengurangkan berat badan.
Selain itu juga, Carol Torgan (2002) turut menulis artikel berkaitan
obesiti. Artikel beliau yang bertajuk Chilhood Obesity on The
Rise menceritakan tentang kanak-kanak obesiti. Jika dilihat pada zaman
sekarang, kurangnya kanak-kanak yang bermain di luar rumah tetapi lebih
ramai yang menghabiskan masa dengan menonoton televisyendan bermain
permainan video. Bilangan kanak-kanak lebih berat badan meningkat dan ini
menyebabkan penyakit. Selain itu, keyakinan diri akan berkurang. Hampir
separuh kanak-kanak yang berumur 8-16 tahun akan menghabiskan masa 3-
5 jam untuk menonton televisyen.
Menurut Mayo Clinic Staff (2006) dalam artikel Chilhood Obesity
menceritakan mengenai punca obesiti iaitu genetik dan juga hormon. Selain
itu, pertambahan berat badan juga disebabkan oleh pengambilan makanan
yang berlebihan oleh kanak-kanak dan kurang bersenam. Faktor lain yang
disenaraikan adalah faktor diet iaitu makanan yang mempunyai nilai kalori
yangtinggi seperti makanan segera, faktor kurang melakukan aktiviti seperti
tidak melakukan aktviti yang membakar kalori sebaliknya melakukan aktiviti
yang tidak aktif seperti menonton televisyen, faktor genetik dan faktor
keluarga dan masyarakat atau persekitaran. Terdapat ibu bapa yang
menyediakan makanan yang tidak sihat di dalam rumah yang menjadi
makanan tambahan wajib bagi keluarga.

Artikel ini juga ada menyebut beberapa penyakit yang disebabkan


oleh obesiti antaranya adalah diabetes type 2, tekanan darah tinggi, masalah
metabolism badan juga penyakit jantung. Diabetes type 2 adalah kegagalan
metabolisma badan yang disebabkan kekurangan insulin. Ada juga disebut
mengenai masalah sosial dan juga emosi kanak-kanak atau remaja yang
mengalami obes. Kanak-kanak atau remaja ini mempunyai kurang keyakinan
pada diri sendiri dan sering dibuli. Mereka juga mengalami masalah dalam
sikap atau kelakuan dan juga dalam pembelajaran seperti kurang kemahiran
sosial. Kemurungan juga masalah yang sering dihadapai. Mereka lebih suka
memencilkan diri, merasakan diri tidak berguna, hilang minat untuk
melibatkan diri dalam aktiviti sosial dan sering bersedih. Beberapa cadangan
untuk mengelakkan obesiti turut dinyatakan seperti mengamalkan makan
makanan yang sihat dan banyak melakukan aktiviti fizikal.

Genetik atau keturunan juga merupakan faktor yang telah


mempengaruhi terjadinya obesiti. Dalam populasi umum, faktor genetik atau
keturunan memainkan peranan dalam risiko peningkatan obesiti (Koletzko et
al.,2002). Ramai penyelidik percaya bahawa genetik atau keturunan
memainkan peranan yang kuat dalam menentukan sama ada seseorang
individu mempunyai masalah berat badan. Kajian telah mendapati ada
hubungan antara ibu bapa dan anak obesity walaupun hubungan ini mungkin
disebabkan oleh sama ada kepada factor genetik atau faktor alam sekitar
namun keluarga tetap memiliki kedua-dua faktor ini.

Selain itu, genetik atau keturunan menentukan sama ada seseorang


itu mudah terdedah kepada penyakit obesiti (Anderson et al., 2003).Pakar
kanak-kanak juga sedar kecacatan genetik yang membawa kepada obesiti
sindromatik, seperti yang ditemui pada pesakit dengan sindrom Laurence
Moon Bardet Bieldl, sindrom Prader Willi, Trisomy 21, sindrom Wiedemman
Beckwith dan lain-lain. Baru-baru ini, gangguan monogenetik telah dikenal
pasti sebagai punca obesiti yang ganjil bermula pada awal zaman kanak-
kanak (Koletzko et al., 2002).

Menurut Presiden Persatuan Kajian Kegemukan Malaysia (MASS),


Prof Dr. Mohd Ismail Noor, kadar ini adalah tinggi berbanding Negara lain
seperti Korea (1.5% adalah obes, 20.5% adalah terlalu obes), Thailand (4%
adalah obes, 16% adalah terlalu obes) dan China (2% adalah obes, 13.3%
adalah terlalu obes) (Berita Harian, 28.9.2013).

Menurut pakar pemakanan Hospital Pakar KPJ Seremban, Iman Abdul


Halim, tidak mengambil sarapan berkait rapat dengan masalah obesiti. Kajian
menunjukkan individu yang mengalami masalah obesiti kebanyakannya
adalah mereka yang tidak mengambil sarapan. Kajian juga mendapati
meninggalkan makanan terutama sarapan menjadikan kawalan berat badan
semakin sukar. Seseorang yang tidak bersarapan cenderung untuk
mengambil makanan dengan kuantiti yang banyak pada waktu tengah hari
dan tidak berkhasiat serta tinggi kalori seperti makanan ringan untuk
menghilangkan kelaparan. Beberapa kajian menunjukkan tabiat sebegini
akan mengumpulkan lebih banyak lemak badan apabila mereka makan lebih
sedikit dan mengandungi kalori tinggi yang diambil secara kerap.

Artikel dari MedlinePlus yang disiarkan dalam Health Day, yang


bertajuk Junk Food, TV Driving Kids to Obesity (2007) turut menceritakan
tentang obesiti. Satu per enam kanak-kanak dan remaja Amerika mengalami
masalah lebih berat badan. Berdasarkan United State Surgeon
General’soffice seramai 70% remaja mengalami masalah berat badan akan
membesar sebagaidewasa yang mengalami masalah yang sama ataupun
obesiti. Artikel ini juga ada menceritakan bahawa terdapat banyak sekolah
yang menawarkan makanan dan minuman ringan. Sekolah juga
semakin kurang menawarkan aktiviti fizikal kepada pelajar. Iklan televisyen
kini banyak memaparkan tentang makanan dan minuman yang dari jenis
tinggi kandungan gula. Antara cadangan yang diberikan kepada ibu bapa
yang anaknya suka menonton televisyen adalah mendedahkan mereka
kepada video menari yang boleh diamalkan bagi mengurangkan masalah
pertambahan berat badan.

Akhir sekali, menurut Signer dan Suter (2004) menerusi artikel


Electronic Game Use is Associated with Childhood Obesity telah
menceritakan tentang kajian yang dilakukan tentang obesiti mempunyai
kaitan dengan menonton televisyen, ibu bapa yang merokok dan ibu yang
bekerja di luar rumah. Kajian tersebut membuktikan bahawa terdapat
hubungkait antara masa yang diluangkan bermain permainan video dan
obesiti. Soalan tersebut mengandungi umur, jantina, kewarganegaraan, adik-
beradik, status merokok ibu bapa, rancangan televisyen yang sering ditonton,
jumlah kekerapan bermain video game, pengambilan sarapan dan amalan
menonton televisyen sambil makan. Hasil daripada kajian, didapati kanak-
kanak bukan warganegara mengalami obesiti lebih daripada kanak-kanak
warganegara dan kadar menonton televisyen lebih sementara kurang aktiviti
fizikal yang dilakukan.

Anda mungkin juga menyukai