Anda di halaman 1dari 8

Ini berkaitan dengan peningkatan taraf ekonomi masyarakat dan penurunan aktivitifizikal generasi muda dan yang telah

berusia. Aspek keturunan terhadap kejadian lebihan berat badan dan obesiti sukar untuk ditentukan. Kajian yang telah dibuat telah mencadangkan lebihan berat badan dan obesiti di kalangan kanak makanan

kanak lebih kepada kurangnya aktiviti fizikal dan bukannya lebihan

dan pada remaja ia lebih dipengaruhi oleh kurangnya aktiviti fizikaldan lebihan makanan (WHO, 1990).Kajian lain menunjukkan lebihan berat badan dan obesiti adalah faktor risiko pada penyakit kardiovaskular. Lebihan berat badan dan obesiti merupakan faktor primer bagi penyakitkoronari jantung dan bersama faktor risiko lain yang telah dibuktikan seperti diabetes,hiperkolesterolemia atau

kekurangan tahap lipoprotein kepadatan tinggi (HDL)(Pollock &Wilmore, 1984). Hipertensi yang di alami oleh mereka yang obes adalah signifikan lebih tinggi jika di banding dengan yang tidak obes. Peningkatan tekanan darah adalah dic atat pada kedua-dua bacaan sistolik dan diastolik (Wan Mohamad et al., 1996). Lebihan berat badan dan

obesiti juga mempunyai hubungan dengan penyakit diabetes. Kajian telah menunjuk kan bahawawalaupun terdapat peningkatan pengeluaran insulin oleh pankreas antara 100-200% dalamkeadaan obes tetapi masih wujud tanda-tanda klinikal kekurangan hormon tersebut. Inimenjelaskan terdapat kekurangan tapak reseptor, penurunan kadar sensitiviti reseptor atau kedua-duanya. Penurunan berat badan mengakibatkan tapak reseptor kembali kepada asal dari segi jumlah serta sensitiviti dan ini akan mengawal paras glukosa darah (Pollock & Wilmore, 1984).Kajian ini dijalankan bagi mengukur magnitud lebihan berat badan dan obesiti di dan faktor-

kalangan pelajar

sekolah menengah (tingkatan IV

& V) di Kelantan

faktor yang menyumbangkepada masalah tersebut.

Masalah berat badan ini sebenarnya berpunca dari kesalahan dan kelalaian diri kita

kerana kemudahan dan kemewahan hidup yang diperolehi oleh kita. Menurut Norkumala (2007),masyarakat negara kita sering terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan yang kronik danakhirnya mengundang kepada kematian. Ia adalah kesan daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat dan ketidakseimbangan kesihatan rohani dan jasmani dalam kitaran hidup seharian.Ini sejajar dengan kenyataan oleh Menteri Kesihatan, Chua Soi Lek iaitu jika kitatidak membetulkan tabiat makan akan mengakibatkan kita mengalami masalah berat badan padamasa akan datang ( Berita harian, 2007). Ini menunjukkan bahawa tabiat amalan pemakananyang tidak sihat dan betul akan mengakibatkan masalah berat badan kepada seseorang individu.Aspek pemakanan ini perlu diberikan penekanan dari kecil lagi sebagai langkah untuk mengelakkan tabiat pemakanan dan berat badan bertambah seiring dengan peningkatan usiaseseorang

individu. Namun begitu menurut Hanee (2006), berat badan seseorang dapat menun jukkan bahawa jumlah nutrien dan pemakanan yang mesti diambil. Jika tidak ia mun gkin akanmengakibat seseorang itu mengalami masalah berat badan. Pendapat ini dapat disokong olehZainab (2001), ia menyatakan bahawa orang dewasa perlu menentukan pengambilan makanandan penggunaan tenaga seimbang untuk menetap dan mengawal berat badan. Jika ini dijadikansebagai panduan kepada pelajar ia boleh mengelakkan pelajar mengalami masalah berat badan.Ia bermakna pelajar itu sendiri yang menentukan jumlah pemakanan berat yang perlu diambil pada setiap hari, tidak semestinya tiga kali sehari jika ia merasakan memada i untuk hanyamengambil dua kali menu hidangan berat sehari.Jika masa makan yang tidak menentukan diamalkan ia pastinya memberikan

kesan bukan sahaja kepada berat badan tetapi sejajar dengan apa yang diperkatakanoleh Azmi (2005),

kesihatan juga. Ia kesibukkan bekerja,

menonton televisyen dan banyak menghabiskan masadidepan komputer menjadi punca masalah berat badan. Jika perkara ini tidak diberikan penekanan pastinya akan mengakibat masalah berat badan akan terus meningkat.Kegemukan boleh diturunkan daripada generasi sebelumnya kepada generasi berikutnya. Itulah sebabnya kita seringkali menemui ibu bapa yang gemuk cenderung memilikianakanak yang gemuk juga. Hal ini demikian kerana pada ketika ibu obesiti sedang hamil, makaunsur sel lemak yang berjumlah besar dan melebihi ukuran normal, secara automatik akanditurunkan kepada bayi dalam kandungan.

Sistem pengawal yang mengatur perilaku makan terletak pada satu bahagian otak yang disebut hipotalamus, iaitu kumpulan inti sel otak yang berhubung dengan bahagianbahagian lain daripada otak dan kalenjar di bawah otak. Dua bahagian hipotalamus yang mempengaruhi penyerapan makanan, iaitu hipotalamus lateral(HL) yang

menggerakkan nafsumakan, hipotalamus ventromedial(HVM) ya ng bertugas mengekang nafsu makan. Daripada hasil kajian, didapati bahawa apabila hipotalamus ventromedial rosak a tau hancur, makan individu menolak untuk makan atau minum dan akan mati kecuali dipaksa makan dan minum.Sedangkan kerosakan terjadi pada ba

hagian hipotalamus ventromedial, maka seseorang akan menjadi rakus makan dan kegemukan.Orang yang gemuk lebih responsif dibandingkan dengan orang yang berat badannyanormal terhadap isyarat

lapar luaran, seperti rasa dan bau makanan, atau ketika waktu makan.Orang yang gemuk cenderung makan apabila merasa ingin makan, bukan makan ketika ia lapar.Pola makan berlebihan inilah yang menyebabkan mereka sukar keluar daripada perangkapkegemukan jika individu terbabit tidak memiliki kawalan diri dan motivasi yang kuat untuk mengurangkan berat badan.Sikap malas dan tidak suka bersenam juga menjadi punca berlakunya masalah obesiti,apabila kita terlalu memanjakan tubuh dengan cara tidak melakukan sebarang pergerakansenaman, lemak akan terus terkumpul dalam badan kita. Akhirnya badan kecil menjadi tembam,gempal dan gemuk.Di samping itu, peningkatan restoran makanan segera dan penjualan dalam bungkusan atau tinturut menjadi satu punca obesiti. Restoran makanan segera seperti KFC, McDonald dan Pizza

Hut digemari ramai penduduk negara ini terutama mereka yang bekerja kerana mereka tidak perlu lagi bersusah payah untuk makanan selepas penat bekerja. Walaupun m akanan yangdisediakan oleh restoran makanan segera ini menyelerakan, orang ramai harus sedar

bahawa pengambilan makanan ini haruslah dikurangkan kerana makanan ini tidak b erkhasiat danmengandungi kadar garam, gula dan lemak yang tinggi.Masalah obesiti sebenarnya berlaku disebabkan oleh cara hidup yang tidak sihatseperti tidak menjaga pemakanan seharian. Pengambilan makanan yang berlemak tinggi dan

terlalu manis boleh membawa kepada masalah kegemukan. Cara memasak seperti menggoreng juga boleh menjadi penyumbang kepada pengumpulan lemak dalam badan

Menurut satu kajian, (Kelishadi, WHO 2007), kes obesity semakin menular di kalangan kanak kanak dan remaja di negara- negara membangun. Penyakit obesiti merupakan satu faktor utama yang akan membawa kepada rintangan terhadap insulin dan sindrom metabolik. Sindrom metabolik juga adalah tinggi di kalangan penduduk dewasa di Asia.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, 4 daripad a 1o orang dewasa melepasi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami masalah kegemukan atau terlebih berat badan.

Anda mungkin juga menyukai