Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PENGENALAN
Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi
keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ
badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada
menghadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.
Individu itu biasanya dianggap sebagai obes apabila indeks jisim badannya (BMI) berlebihan
yakni ukuran yang diperoleh daripada membahagikan berat badannya (dalam kilogram)
dengan ketinggian seseorang (dalam meter) yang dikalikan dengan kuasa dua. Indeks BMI
antara 20 hingga 25 dianggap normal, individu yang mempunyai BMI lebih daripada 25
dikatakan memiliki berat terlebih; dengan 30 dan ke atas, mereka ini dianggap obes, dan
dengan 35 dan ke atas, mereka ini dianggap obes parah. Secara umumnya, angka BMI ini
menjadi ukuran kuantitatif yang baik untuk mengenal pasti obesiti seseorang.

Bukan itu sahaja, isu ini sering berkait dengan pemilihan makanan tidak seimbang yang
kaya dengan gula tambahan, lemak tepu, dan garam, serta kurangnya pemahaman mengenai
saiz sajian yang betul. Masyarakat perlu mendapat kesedaran mengenai kepentingan gaya
hidup sihat, makanan yang seimbang, dan amalan aktiviti fizikal secara konsisten. Langkah-
langkah pencegahan dan pendidikan mengenai risiko obesiti adalah penting untuk mengatasi
isu ini dan menjaga kesejahteraan masyarakat Malaysia.

Di Malaysia, obesiti adalah salah satu daripada cabaran kesihatan awam terbesar. Bagi
mengupas lanjut mengenai tangani obesiti, saya mengambil satu artikel berita yang telah
disiarkan di dalam satu laman web Berita Harian Online yang boleh dicapai melalui URL
berikut: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/01/1047090/tangani-obesiti-dari-
awal-tingkat-produktiviti-kualiti-hidup yang telah diakses pada 2 Ogos 2023. Artikel ini
bertajuk “Tangani obesiti dari awal tingkat produktiviti, kualiti hidup”. Artikel berita ini
ditulis oleh Siti Rohana Idris, Penulis Berita Harian Online.
2.0 LATAR BELAKANG

Artikel berita ini membahaskan tentang pentingnya tangani obesiti sejak dari awal kanak-
kanak bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti hidup. Berdasarkan artikel ini, obesiti
merupakan masalah yang serius dan terlihat negatif pada kesihatan seseorang individu.
Artikel berita ini juga membahaskan peratusan penghidapnya di Malaysia dan cara
tanganinya sejak dari awal. TINJAUAN Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019
mendapati, 50.1 peratus golongan dewasa di Malaysia berlebihan berat badan atau obes.
Manakala, dalam kalangan kanak-kanak berusia antara lima tahun hingga 17 tahun pula,
sebanyak 29.8 peratus. Bukan itu sahaja, kerajaan telah mengeluarkan banyak kos bagi
tangani masalah ini. Ia mencecah 13.3 peratus daripada kos keseluruhan kesihatan iaitu 0.54
peratus daripada KDNK negara pada 2017. Ini tidak termasuk kos penyusutan produktiviti,
ketidakhadiran di tempat kerja dan hilang upaya akibat penyakit berkaitan obesiti.

Selain itu, terdapat beberapa inisiatif kerjaan bagi menangani masalah obesiti sejak dari
awal kanak-kanak dengan kaedah Behavioural Insights (BI) iaitu satu pendekatan berasaskan
bukti (evidence-based approach) yang menggabungkan elemen sains tingkah laku, sains
sosial serta kognitif dan psikologi, disokong data empirikal. Kaedah ini memfokus kepada
tiga tindakan Penggunaan Buku Log Pemakanan seharian untuk memantau pengambilan
makan seharian, kempen peringatan melalui mesej harian mengenai kepentingan menjaga
kesihatan bagi menghindari penyakit di awal usia dan cadangan menu makanan gantian yang
memfokuskan kepada makanan berkualiti.
3.0 PERBINCANGAN
Obesiti adalah satu keadaan yang kompleks di mana seseorang individu itu mempunyai
lemak berlebihan. Ia adalah penyakit kronik yang memerlukan rawatan susulan berpanjangan,
terapi dan perhatian yang wajar oleh pengamal perubatan. Lelaki dikatakan obese sekiranya
mempunyai kadar lemak berlebihan sebanyak 25% (5). Manakala wanita pula di katakan
obese apabila lebihan lemak sebanyak 35%. Obesiti boleh di ukur menggunakan pengiraan
Body Mass Index – atau BMI (Indeks Jisim Badan).

Terdapat beberapa faktor obesiti di dalam kalangan kanak-kanak. Antaranya adalah jika ibu
atau bapa berlebihan berat badan, anak-anak mereka mungkin juga mempunyai peluang yang
lebih tinggi untuk mengalami berat badan berlebihan. Tetapi jika ibu bapa tidak mempunyai
berat badan berlebihan, kemungkinan anak berlebihan berat badan adalah sangat rendah.
Walaupun saintis telah banyak mengkaji perkara ini, mereka masih tidak tahu dengan tepat
gen yang bertanggungjawab menyebabkan obesiti pada kanak-kanak. (Mair & McGarvey,
2008).

Faktor kedua ialah amalan diet. Menurut Rodríguez, Sjöberg, Lissner, dan Moreno (2011)
percaya bahawa diet dan pola pemakanan antara penentu utama kepada masalah ini. Pengkaji
nutrisi mencadangkan obesiti berlaku apabila pengambilan tenaga melebihi penggunaan
tenaga dalam tempoh yang lama. Walaupun jurang ketidakseimbangan pengambilan dan
penggunaan tenaga tidak besar, namun lemak badan akan terkumpul secara perlahan-lahan
seterusnya membawa kepada lebihan berat badan.

Faktor ketiga ialah aktiviti fizikal atau cara hidup sedentari. Cara hidup sedentari merujuk
kepada pergerakan anggota badan yang minima bersamaan dengan kadar metabolisme rehat
(Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia, 2011). Cara hidup ini bermakna melakukan perkara
yang tidak memerlukan banyak tenaga, seperti menonton TV, membaca, menggunakan
komputer, bercakap di telefon dan memandu kereta. Menurut Reilly et al. (2004), kajian
menunjukkan kanak-kanak pra-sekolah memperuntukkan 80 peratus masa senggang dengan
aktiviti sedentari.

Seterusnya, apabila kanak-kanak dan remaja mengalami berat badan berlebihan atau obes,
ia boleh menyebabkan masalah kesihatan mereka dan perasaan mereka terhadap diri mereka
sendiri. Selain itu, beberapa kajian mendapati bahawa berat badan berlebihan boleh
menyukarkan pelajar untuk berjaya di sekolah. Berat badan berlebihan juga boleh
menyebabkan banyak masalah kesihatan yang berbeza, seperti penyakit hati, kesukaran
bernafas semasa tidur, kencing manis, asma, penyakit jantung, kolesterol tinggi, batu karang,
tekanan darah tinggi, masalah menggunakan insulin, masalah kulit, haid tidak teratur,
masalah keseimbangan., masalah dengan tulang dan otot, dan beberapa jenis kanser.

Selain implikasi terhadap status kesihatan fizikal, kanak-kanak dan remaja obes turut
berhadapan dengan masalah kesihatan mental. Berdasarkan penelitian sistematik terhadap
kajian lepas, Rankin et al. (2016) mendapati kanak-kanak obes mempunyai masalah berkait
dengan komorbiditi psikologikal seperti kemurungan, kualiti hidup yang rendah, gangguan
emosi dan tingkah laku serta penghargaan kendiri yang rendah.

Implikasi yang lain adalah berat badan berlebihan boleh menjejaskan prestasi kanak-kanak
di sekolah dan kekerapan mereka pergi ke kelas. Ia boleh menyukarkan mereka untuk
melakukan kerja sekolah dengan baik dan menyukarkan mereka untuk pergi ke sekolah
dengan kerap Taras & Potts-Datema (2005). Skor kefungsian sosial berkaitan persekolahan
dan pencapaian akademik adalah rendah dalam kalangan kanak-kanak dan remaja obes
(Griffith, Parsons & Hill, 2010).
4.0 CADANGAN

Terdapat beberapa cadangan yang dapat dilakukan oleh pihak kerajaan bagi menangani
masalah obesiti di dalam kalangan kanak-kanak mahupun dewasa. Antaranya adalah
Tingkatkan aktiviti fizikal kanak-kanak dapat dicapai dengan mendorong mereka untuk
terlibat dalam pelbagai jenis aktiviti seperti sukan, riadah, dan seni mempertahankan diri.
Aktiviti sukan seperti bola sepak, renang, dan hoki membantu memperkukuhkan kekuatan
otot, meningkatkan daya tahan kardiovaskular, dan mengembangkan koordinasi. Riadah
seperti bermain lari-lari, berbasikal, dan bermain rejam-rejam, sementara itu, merangsang
motor halus kanak-kanak dan memberi ruang untuk mereka bermain dan bersosial dengan
rakan sebaya.

Di samping itu, susu ibu adalah sumber pemakanan yang paling baik bagi bayi yang baru
lahir, memberikan nutrisi yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan awal
mereka. Menurut panduan kesihatan, disyorkan untuk memberikan bayi susu ibu secara
eksklusif sehingga mereka mencapai usia 6 bulan. Pada umur ini, bayi telah mencapai tahap
perkembangan yang membolehkan mereka menerima makanan pelengkap untuk memenuhi
keperluan nutrisi yang semakin meningkat.

Selain itu, Snek yang tidak sihat perlu dielakkan kerana mereka mengandungi kadar lemak,
gula, dan garam yang tinggi. Kandungan ini boleh membawa kepada masalah kesihatan
seperti obesiti, tekanan darah tinggi, dan risiko penyakit kronik. Gula berlebihan dalam snek
boleh menyebabkan lonjakan tenaga yang cepat namun sementara, diikuti oleh keletihan dan
keinginan untuk lebih banyak makan. Lemak berlebihan pula boleh menyumbang kepada
pengumpulan berlebihan kalori dan meningkatkan risiko penyakit jantung.

Akhir sekali, penting untuk menjaga kesihatan dengan makan mengikut keperluan dan saiz
sajian yang betul. Memilih jumlah makanan yang sesuai dengan keperluan tubuh serta
memperhatikan saiz hidangan yang seimbang adalah langkah penting dalam menguruskan
berat badan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Dengan memahami saiz sajian yang
disarankan dan mengambil makanan yang kaya nutrisi, kita dapat memastikan tubuh
mendapat semua zat yang diperlukan tanpa terlalu banyak kalori atau nutrisi yang tidak
seimbang. Ini akan membantu mengelakkan risiko masalah kesihatan seperti obesiti dan
penyakit berkaitan. Oleh itu, penting untuk memerhatikan pilihan makanan dan saiz sajian
agar dapat menjaga keseimbangan nutrisi dan kesihatan secara keseluruhan.

5.0 KESIMPULAN

Topik artikel ini memfokuskan kepada isu obesiti kanak-kanak dan berat badan berlebihan.
Memandangkan kesan akibat obesiti adalah bahaya,mereka yang terlibat perlu mengambil
langkah – langkah yang sewajarnya untuk menjaga kesihatan tubuh badan mereka kerana
kesihatan diri adalah tanggungjawab diri masing –masing. Penulisan artikel ini secara khusus
mengetengahkan tiga ciri yang menyebabkan kanak-kanak terdedah kepada masalah berat
badan berlebihan dan obesiti iaitu genetik, amalan diet dan cara hidup sedentari. Jika kita
tidak melakukan perkara untuk mengelakkan berat badan berlebihan dan obesiti dengan
segera, ia benar-benar boleh menjejaskan badan dan minda kanak-kanak dalam jangka masa
pendek dan panjang. Apabila kanak-kanak mempunyai berat badan berlebihan atau obes, ia
boleh menjejaskan prestasi mereka di sekolah. Ini adalah masalah serius yang perlu diambil
berat oleh semua orang yang terlibat seperti ibu bapa, guru-guru, kerajaan dan organisasi.

Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya mengambil langkah awal bagi mencegah perkara
ini terus berlaku. Bak pepatah Melayu, sediakan payung sebelum hujan. Jangan sudah
terhantuk baru terngadah. Sesungguhnya,mencegah lebih baik daripada merawat.
6.0 RUJUKAN

Idris, S. R. (2023, January 3). Tangani obesiti dari awal tingkat produktiviti, kualiti hidup.
Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/01/1047090/tangani-obesiti-
dari-awal-tingkat-produktiviti-kualiti-hidup

Malik, N. A., & Malik, N. A. (2022, March 4). BAGAIMANA MENANGANI OBESITI DI
KALANGAN KANAK-KANAK. Laman Web MKN.
https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/03/04/bagaimana-menangani-obesiti-di-kalangan-
kanak-kanak/

Nasir, Norruzeyati Che Mohd, et al. "LEBIHAN BERAT BADAN DAN OBESITI DALAM
KALANGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA: FAKTOR RISIKO DAN
IMPLIKASINYA." e-BANGI Journal 18.6 (2021).

BERNAMA. (2019, August 7). Obesiti Kanak-Kanak Semakin Serius Di Malaysia.


BERNAMA. https://www.bernama.com/bm/rencana/news.php?id=1743554

WILFRED, M. K. H., GUNASEKARAN, D. D., WEE, L. H., POH, B. K., & ABD. TALIB,
R. (2019). (Factors Influencing Sustainability of Juara Sihat Obesity Intervention from the
Perspective of Children: A Qualitative Study. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 17(SI), 157–
167. https://doi.org/10.17576/jskm-2019-18

Anda mungkin juga menyukai