Anda di halaman 1dari 13

INSTITUT LATIHAN

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


SULTAN AZLAN SHAH PERAK

PROFESSIONAL SKILLS
DEVELOPMENT I
(CCPS 2012)
INDIVIDUAL ASSIGNMENT : REPORT WRITING

NAMA : AHMAD AQIL WAJDI BIN KHAIRI


NO. K/P / MATRIKS : DPNS 2/2023 (06)-0002
PROGRAM : DIPLOMA KEJURURAWATAN
TAJUK ARTIKEL : Tangani obesiti dari awal tingkat produktiviti, kualiti
hidup
TARIKH PENGHANTARAN :7/8/2023

Komponen dinilai Markah Jumlah markah


1. Clarity /4
2. Organization /4
3. Mechanic /2
4. Digital skills /2 Wajaran
5. Analytical skills /4
6. Problem- /4
solving skills
1.0 PENGENALAN

Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi

keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan

seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada menghadkan

kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek. Individu itu biasanya

dianggap sebagai obes apabila indeks jisim badannya (BMI) berlebihan yakni ukuran yang

diperoleh daripada membahagikan berat badannya (dalam kilogram) dengan ketinggian seseorang

(dalam meter) yang dikalikan dengan kuasa dua. Indeks BMI antara 20 hingga 25 dianggap

normal, individu yang mempunyai BMI lebih daripada 25 dikatakan memiliki berat terlebih;

dengan 30 dan ke atas, mereka ini dianggap obes, dan dengan 35 dan ke atas, mereka ini dianggap

obes parah. Secara umumnya, angka BMI ini menjadi ukuran kuantitatif yang baik untuk mengenal

pasti obesiti seseorang.

Bukan itu sahaja, isu ini sering berkait dengan pemilihan makanan tidak seimbang yang

kaya dengan gula tambahan, lemak tepu, dan garam, serta kurangnya pemahaman mengenai saiz

sajian yang betul. Masyarakat perlu mendapat kesedaran mengenai kepentingan gaya hidup sihat,

makanan yang seimbang, dan amalan aktiviti fizikal secara konsisten. Langkah-langkah

pencegahan dan pendidikan mengenai risiko obesiti adalah penting untuk mengatasi isu ini dan

menjaga kesejahteraan masyarakat Malaysia.

Di Malaysia, obesiti adalah salah satu daripada cabaran kesihatan awam terbesar. Bagi

mengupas lanjut mengenai tangani obesiti, saya mengambil satu artikel berita yang telah disiarkan

di dalam satu laman web Berita Harian Online yang boleh dicapai melalui URL berikut:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/01/1047090/tangani-obesiti-dari-awal-

tingkat-produktiviti-kualiti-hidup yang telah diakses pada 2 Ogos 2023. Artikel ini bertajuk
“Tangani obesiti dari awal tingkat produktiviti, kualiti hidup”. Artikel berita ini ditulis oleh Siti

Rohana Idris, Penulis Berita Harian Online.

2.0 LATAR BELAKANG

Artikel berita ini membahaskan tentang pentingnya tangani obesiti sejak dari awal kanak-

kanak bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti hidup. Berdasarkan artikel ini, obesiti

merupakan masalah yang serius dan terlihat negatif pada kesihatan seseorang individu. Artikel

berita ini juga membahaskan peratusan penghidapnya di Malaysia dan cara tanganinya sejak dari

awal. TINJAUAN Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 mendapati, 50.1 peratus golongan

dewasa di Malaysia berlebihan berat badan atau obes. Manakala, dalam kalangan kanak-kanak

berusia antara lima tahun hingga 17 tahun pula, sebanyak 29.8 peratus. Bukan itu sahaja, kerajaan

telah mengeluarkan banyak kos bagi tangani masalah ini. Ia mencecah 13.3 peratus daripada kos

keseluruhan kesihatan iaitu 0.54 peratus daripada KDNK negara pada 2017. Ini tidak termasuk kos

penyusutan produktiviti, ketidakhadiran di tempat kerja dan hilang upaya akibat penyakit berkaitan

obesiti.

Selain itu, terdapat beberapa inisiatif kerjaan bagi menangani masalah obesiti sejak dari

awal kanak-kanak dengan kaedah Behavioural Insights (BI) iaitu satu pendekatan berasaskan bukti

(evidence-based approach) yang menggabungkan elemen sains tingkah laku, sains sosial serta

kognitif dan psikologi, disokong data empirikal. Kaedah ini memfokus kepada tiga tindakan

Penggunaan Buku Log Pemakanan seharian untuk memantau pengambilan makan seharian,

kempen peringatan melalui mesej harian mengenai kepentingan menjaga kesihatan bagi

menghindari penyakit di awal usia dan cadangan menu makanan gantian yang memfokuskan

kepada makanan berkualiti.


3.0 PERBINCANGAN

Obesiti adalah satu keadaan yang kompleks di mana seseorang individu itu mempunyai

lemak berlebihan. Ia adalah penyakit kronik yang memerlukan rawatan susulan berpanjangan,

terapi dan perhatian yang wajar oleh pengamal perubatan. Lelaki dikatakan obese sekiranya

mempunyai kadar lemak berlebihan sebanyak 25% (5). Manakala wanita pula di katakan obese

apabila lebihan lemak sebanyak 35%. Obesiti boleh di ukur menggunakan pengiraan Body Mass

Index – atau BMI (Indeks Jisim Badan).

Terdapat beberapa faktor obesiti di dalam kalangan kanak-kanak. Antaranya adalah jika

ibu atau bapa berlebihan berat badan, anak-anak mereka mungkin juga mempunyai peluang yang

lebih tinggi untuk mengalami berat badan berlebihan. Tetapi jika ibu bapa tidak mempunyai berat

badan berlebihan, kemungkinan anak berlebihan berat badan adalah sangat rendah. Walaupun

saintis telah banyak mengkaji perkara ini, mereka masih tidak tahu dengan tepat gen yang

bertanggungjawab menyebabkan obesiti pada kanak-kanak. (Mair & McGarvey, 2008).

Faktor kedua ialah amalan diet. Menurut Rodríguez, Sjöberg, Lissner, dan Moreno (2011)

percaya bahawa diet dan pola pemakanan antara penentu utama kepada masalah ini. Pengkaji

nutrisi mencadangkan obesiti berlaku apabila pengambilan tenaga melebihi penggunaan tenaga

dalam tempoh yang lama. Walaupun jurang ketidakseimbangan pengambilan dan penggunaan

tenaga tidak besar, namun lemak badan akan terkumpul secara perlahan-lahan seterusnya

membawa kepada lebihan berat badan.

Faktor ketiga ialah aktiviti fizikal atau cara hidup sedentari. Cara hidup sedentari merujuk

kepada pergerakan anggota badan yang minima bersamaan dengan kadar metabolisme rehat

(Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia, 2011). Cara hidup ini bermakna melakukan perkara yang

tidak memerlukan banyak tenaga, seperti menonton TV, membaca, menggunakan komputer,
bercakap di telefon dan memandu kereta. Menurut Reilly et al. (2004), kajian menunjukkan kanak-

kanak pra-sekolah memperuntukkan 80 peratus masa senggang dengan aktiviti sedentari.

Seterusnya, apabila kanak-kanak dan remaja mengalami berat badan berlebihan atau obes,

ia boleh menyebabkan masalah kesihatan mereka dan perasaan mereka terhadap diri mereka

sendiri. Selain itu, beberapa kajian mendapati bahawa berat badan berlebihan boleh menyukarkan

pelajar untuk berjaya di sekolah. Berat badan berlebihan juga boleh menyebabkan banyak masalah

kesihatan yang berbeza, seperti penyakit hati, kesukaran bernafas semasa tidur, kencing manis,

asma, penyakit jantung, kolesterol tinggi, batu karang, tekanan darah tinggi, masalah

menggunakan insulin, masalah kulit, haid tidak teratur, masalah keseimbangan., masalah dengan

tulang dan otot, dan beberapa jenis kanser.

Selain implikasi terhadap status kesihatan fizikal, kanak-kanak dan remaja obes turut

berhadapan dengan masalah kesihatan mental. Berdasarkan penelitian sistematik terhadap kajian

lepas, Rankin et al. (2016) mendapati kanak-kanak obes mempunyai masalah berkait dengan

komorbiditi psikologikal seperti kemurungan, kualiti hidup yang rendah, gangguan emosi dan

tingkah laku serta penghargaan kendiri yang rendah.

Implikasi yang lain adalah berat badan berlebihan boleh menjejaskan prestasi kanak-kanak

di sekolah dan kekerapan mereka pergi ke kelas. Ia boleh menyukarkan mereka untuk melakukan

kerja sekolah dengan baik dan menyukarkan mereka untuk pergi ke sekolah dengan kerap Taras

& Potts-Datema (2005). Skor kefungsian sosial berkaitan persekolahan dan pencapaian akademik

adalah rendah dalam kalangan kanak-kanak dan remaja obes (Griffith, Parsons & Hill, 2010).
4.0 CADANGAN

Terdapat beberapa cadangan yang dapat dilakukan oleh pihak kerajaan bagi menangani

masalah obesiti di dalam kalangan kanak-kanak mahupun dewasa. Antaranya adalah Tingkatkan

aktiviti fizikal kanak-kanak dapat dicapai dengan mendorong mereka untuk terlibat dalam pelbagai

jenis aktiviti seperti sukan, riadah, dan seni mempertahankan diri. Aktiviti sukan seperti bola

sepak, renang, dan hoki membantu memperkukuhkan kekuatan otot, meningkatkan daya tahan

kardiovaskular, dan mengembangkan koordinasi. Riadah seperti bermain lari-lari, berbasikal, dan

bermain rejam-rejam, sementara itu, merangsang motor halus kanak-kanak dan memberi ruang

untuk mereka bermain dan bersosial dengan rakan sebaya.

Di samping itu, susu ibu adalah sumber pemakanan yang paling baik bagi bayi yang baru

lahir, memberikan nutrisi yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan awal mereka.

Menurut panduan kesihatan, disyorkan untuk memberikan bayi susu ibu secara eksklusif sehingga

mereka mencapai usia 6 bulan. Pada umur ini, bayi telah mencapai tahap perkembangan yang

membolehkan mereka menerima makanan pelengkap untuk memenuhi keperluan nutrisi yang

semakin meningkat.

Selain itu, Snek yang tidak sihat perlu dielakkan kerana mereka mengandungi kadar lemak,

gula, dan garam yang tinggi. Kandungan ini boleh membawa kepada masalah kesihatan seperti

obesiti, tekanan darah tinggi, dan risiko penyakit kronik. Gula berlebihan dalam snek boleh

menyebabkan lonjakan tenaga yang cepat namun sementara, diikuti oleh keletihan dan keinginan

untuk lebih banyak makan. Lemak berlebihan pula boleh menyumbang kepada pengumpulan

berlebihan kalori dan meningkatkan risiko penyakit jantung.

Akhir sekali, penting untuk menjaga kesihatan dengan makan mengikut keperluan dan saiz

sajian yang betul. Memilih jumlah makanan yang sesuai dengan keperluan tubuh serta
memperhatikan saiz hidangan yang seimbang adalah langkah penting dalam menguruskan berat

badan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Dengan memahami saiz sajian yang disarankan dan

mengambil makanan yang kaya nutrisi, kita dapat memastikan tubuh mendapat semua zat yang

diperlukan tanpa terlalu banyak kalori atau nutrisi yang tidak seimbang. Ini akan membantu

mengelakkan risiko masalah kesihatan seperti obesiti dan penyakit berkaitan. Oleh itu, penting

untuk memerhatikan pilihan makanan dan saiz sajian agar dapat menjaga keseimbangan nutrisi

dan kesihatan secara keseluruhan.

5.0 KESIMPULAN

Topik artikel ini memfokuskan kepada isu obesiti kanak-kanak dan berat badan berlebihan.

Memandangkan kesan akibat obesiti adalah bahaya,mereka yang terlibat perlu mengambil langkah

– langkah yang sewajarnya untuk menjaga kesihatan tubuh badan mereka kerana kesihatan diri

adalah tanggungjawab diri masing –masing. Penulisan artikel ini secara khusus mengetengahkan

tiga ciri yang menyebabkan kanak-kanak terdedah kepada masalah berat badan berlebihan dan

obesiti iaitu genetik, amalan diet dan cara hidup sedentari. Jika kita tidak melakukan perkara untuk

mengelakkan berat badan berlebihan dan obesiti dengan segera, ia benar-benar boleh menjejaskan

badan dan minda kanak-kanak dalam jangka masa pendek dan panjang. Apabila kanak-kanak

mempunyai berat badan berlebihan atau obes, ia boleh menjejaskan prestasi mereka di sekolah. Ini

adalah masalah serius yang perlu diambil berat oleh semua orang yang terlibat seperti ibu bapa,

guru-guru, kerajaan dan organisasi.

Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya mengambil langkah awal bagi mencegah perkara

ini terus berlaku. Bak pepatah Melayu, sediakan payung sebelum hujan. Jangan sudah terhantuk

baru terngadah. Sesungguhnya,mencegah lebih baik daripada merawat.


6.0 RUJUKAN

Idris, S. R. (2023, January 3). Tangani obesiti dari awal tingkat produktiviti, kualiti hidup. Berita
Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/01/1047090/tangani-obesiti-dari-
awal-tingkat-produktiviti-kualiti-hidup
Malik, N. A., & Malik, N. A. (2022, March 4). BAGAIMANA MENANGANI OBESITI DI
KALANGAN KANAK-KANAK. Laman Web MKN.
https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/03/04/bagaimana-menangani-obesiti-di-kalangan-kanak-
kanak/
Nasir, Norruzeyati Che Mohd, et al. "LEBIHAN BERAT BADAN DAN OBESITI DALAM
KALANGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA: FAKTOR RISIKO DAN IMPLIKASINYA."
e-BANGI Journal 18.6 (2021).
BERNAMA. (2019, August 7). Obesiti Kanak-Kanak Semakin Serius Di Malaysia. BERNAMA.
https://www.bernama.com/bm/rencana/news.php?id=1743554
WILFRED, M. K. H., GUNASEKARAN, D. D., WEE, L. H., POH, B. K., & ABD. TALIB, R.
(2019). (Factors Influencing Sustainability of Juara Sihat Obesity Intervention from the
Perspective of Children: A Qualitative Study. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 17(SI), 157–167.
https://doi.org/10.17576/jskm-2019-18
7.0 LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai