Anda di halaman 1dari 11

BTPSE

SEMESTER JANUARI/ 2020

HBHE 3103

GAYA HIDUP SIHAT

NO. MATRIKULASI : 870108145922001


NO. KAD PENGNEALAN : 870108145922
NO. TELEFON : 0146461190
E-MEL : saro.jini08@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM SRI RAMPAI


Pengenalan

Pemakanan yang baik mula mempengaruhi kesihatan tubuh badan sejak daripada
kecil lagi. Pemakanan memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan dan
mencegah penyakit. Oleh itu, kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk meninjau
sejauhmanakah kesedaran pelajar terhadap amalan pemakanan seimbang. Skop yang
dikaji dalam kajian ini ialah menentukan tahap pengetahuan pelajar terhadap
pemakanan seimbang, meninjau faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan
pemakanan pelajar, menentukan tahap kesedaran pelajar terhadap amalan pemakanan
seimbang serta mengenalpasti hubungan yang signifikan di antara tahap pengetahuan
dengan amalan pemakanan seimbang. Masalah kesihatan di dunia kini mengalami
revolusi. Jika dahulu kebanyakan masyarakat mengalami masalah kekurangan zat
galian dan vitamin tetapi hakikat hari ini telah berubah di mana masyarakat
mengalami masalah kesihatan disebabkan terlebih makan dan seterusnya berlanjutan
kepada masalah lebihan kolesterol, lebihan gula dan kegemukan. Di Malaysia pula,
menurut kaji selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) menunjukkan kira-
kira 2.6 juta penduduk Malaysia menghidap diabetes tahun lalu. Ketua
Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, menurutnya, perangkaan
daripada NHMS menunjukkan pesakit diabetes di Malaysia meningkat 31 peratus
dalam lima tahun berbanding peningkatan 11.6 peratus pada 2006 bagi setiap orang
dewasa Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas. Menurutnya lagi, antara faktor yang
menyumbang peningkatan jumlah penghidap diabetes dalam kalangan penduduk
Malaysia termasuk berat badan berlebihan, genetik, gaya hidup dan diet tidak sihat,
meminum alkohol, merokok dan tidak menjalani pemeriksaan perubatan secara tetap.
Laporan latar belakang, tahap kesihatan, amalan pemakanan dan
aktiviti fizikal

Amalan pemakanan sangat penting seawal zaman kanak-kanak lagi untuk


tumbesaran yang lebih optimum. Secara umumnya kanak-kanak yang berumur 6
hingga 12 tahun amat memerlukan pemakanan yang lebih tinggi zatnya berbanding
kanak-kanak pra-sekolah. Perkara ini berlaku disebabkan pada peringkat umur ini,
saiz, badan dan aktiviti fizikal akan bertambah dengan ketara (Wan Nudri & Aminah,
1996). Kanakkanak yang mempunyai cukup zat makanan dan dalam keadaan
persekitaran yang baik akan berpeluang untuk mencapai tumbesaran yang optimum.
Pengetahuan mengenai 26 amalan pengambilan makanan yang berkhasiat perlu
disemai pada peringkat kanak-kanak lagi supaya mereka dapat mengelakkan diri
daripada menghidap sebarang penyakit yang diakibatkan oleh berlebihan berat badan.
Makanan juga dianggap sebagai sesuatu yang penting terhadap kehidupan manusia itu
sendiri (Noorsyarzielah Saleh, 2013). Makanan adalah sesuatu secara fizikalnya boleh
dikenali samaada daripada segi warna, bentuk, tekstur, bau dan rasa. Makanan ialah
sains berkenaan zat-zat atau khasiat atau nutrient-nutrien dalam makanan. Pemakanan
adalah merupakan satu proses memakan makanan yang membolehkan kanak-kanak
untuk hidup membesar, sihat dan cergas serta mempunyai tenaga yang secukupnya
bagi bermain dan menjalankan aktiviti kehidupan. Pemakanan bagi kanak-kanak perlu
dititikberatkan untuk memastikan mereka mendapat zat yang sesuai untuk membina
pertumbuhan dan perkembangan fizikal serta minda mereka. Dalam proses
pembesaran, kanak-kanak memerlukan makanan yang seimbang bagi membolehkan
badan mereka menjalani semua aktiviti dengan baik.
Makanan yang tidak berkhasiat menyumbang kepada ketidakseimbangan tumbesaran
kanak-kanak yang berusia sekitar 7 hingga 12 tahun dan ia merupakan satu tempoh
perkembangan yang penting dalam tumbesaran seseorang (Darus, 1996).
Mengamalkan pemakanan yang sihat adalah merupakan satu langkah yang perlu dan
berkesan bagi mengelakkan berat badan berlebihan dalam kalangan kanak-kanak

Dalam kalangan murid-murid dan remaja yang sedang membesar seharusnya


mereka dipastikan hanya makan makanan berkhasiat seperti sayursayuran, buah-
buahan dan susu. Mereka juga perlu supaya dididik menjauhi makanan ringan yang
boleh menjejaskan tumbesaran. Kebanyakan makanan ringan masa kini banyak
mengandungi gula, garam, pewarna dan perasa tiruan yang boleh mengakibatkan
kerosakan gigi, menyumbang kepada berat badan berlebihan , masalah buah pinggang
dan pelbagai penyakit berbahaya (Simic, 1983). Kesan daripada pengambilan
makanan ringan berlebihan menyebabkan kanakkanak terutama murid berada dalam
keadaan mengantuk, letih, tidak bermaya di dalam kelas, tidak dapat menumpukan
perhatian kepada pelajaran dan cepat lupa. Sedangkan sebagai murid mereka perlu
sentiasa berada dalam keadaan sihat, cergas dan dapat menumpukan pelajaran dengan
sepenuh perhatian. Ada juga kalangan mereka yang makan berlebihan terutama
makanan mengandungi lebih lemak yang menyebabkan berat 36 badan berlebihan.
Apabila gemuk pelbagai penyakit boleh menyerang antaranya darah tinggi, kencing
manis dan sakit jantung (Ahmad Farizan, 2013). Makanan segera dan minuman
ringan yang tinggi kalori sama ada daripada lemak atau gula juga lebih mudah
diperolehi (Ismail et al., 2002). Tabiat pengambilan snek dan saiz sajian makanan
yang terlalu besar juga semakin menjadi amalan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Individu yang kerap melangkau waktu makan terutamanya sarapan pagi juga
cenderung untuk makan secara berlebihan pada waktu makan yang lain. Selain itu
tabiat makan secara berlebihan (binge eating) merupakan amalan pemakanan yang
tidak sihat yang mana jika tidak terkawal boleh membawa kepada Binge Eating
Disorder (BED). BED didefinisikan sebagai mengambil makanan dalam jumlah yang
sangat besar di samping tidak dapat mengawal tabiat makan mereka

Aktiviti masa lapang yang baik menentukan hubungan antara disiplin diri dengan
mengambil kira tabiat makan, aktiviti masa lapang, aktiviti fizikal dan obesiti kanak-
kanak. Ia juga bertujuan untuk menganalisis hubungan antara obesiti kanak-kanak dan
lain-lain faktor keluarga yang berkaitan (contohnya, status sosioekonomi, ibu bapa,
suasana rumah dan masa menonton televisyen). Sebagai tambahan kepada masalah
penurunan dalam aktiviti fizikal, mungkin ada peningkatan serentak dalam
pengambilan tenaga disebabkan oleh pengambilan makanan 48 ringan semasa
menonton televisyen. Dalam erti kata lain, menonton televisyen berlebihan dan
pengambilan makanan ringan adalah faktor risiko bagi pembangunan obesiti (Francis
et al., 2003) dan hiperlipidemia (Sirikulchayanonta, 2006) dalam kalangan kanak-
kanak. Untuk mengatasi masalah ini, Timperio et al. (2008) melaporkan bahawa
penglibatan dalam aktiviti fizikal di dalam rumah mungkin menjadi sasaran penting
untuk mencegah pertambahan berat badan semasa peralihan dari zaman kanak-kanak
kepada remaja. Whitman (2000) yang mendapati berat badan kanak-kanak dan remaja
di Sweden telah meningkat sehingga menjadi obes. Populasi kajian terdiri daripada
7011 murid, terbahagi kepada tiga kategori umur iaitu 12, 15 dan 18 tahun. Hasil
kajian menunjukkan 12.3% (12 tahun), 11.6 % (15 tahun) dan 11.4 % (18 tahun),
murid lelaki mempunyai berat badan berlebihan dan 7.9% (12 tahun), 8.9% (15 tahun)
dan 7.3% (18 tahun) adalah obes. manakala murid perempuan menunjukkan 6.8% (12
tahun), 5.5% (15 tahun) dan 4.8% (18 tahun) adalah obes.

Laporan lengkap tentang latar belakang, tahap kesihatan, amalan


pemakanan dan aktiviti fizikal

Menurut Clarke (1976), kecergasan didefinisikan sebagai kemampuan seseorang


untuk melakukan aktiviti harian dengan cekap dan sempurna tanpa berasa letih serta
mampu lagi untuk melakukan aktiviti yang lebih mencabar. Kesimpulannya,
seseorang perlu menjadi aktif dalam kehidupan hariannya supaya sentiasa cergas.
SEGAK ialah satu ujian standard kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan
fizikal berdasarkan kesihatan. Matlamat SEGAK ialah untuk melahirkan murid yang
sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk
meningkatkan tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang optimum.

Berikut menunjukkan data ujian pra yang dijalankan pada 4 Julai 2019 dan ujian post
pada 12 September 2019.

PERKARA UJIAN PRA UJIAN POST


Berat (kg) 55.1 54.9
Tinggi (cm) 143 144.2
Body Mass Index (BMI) 26.9 26.4
Ujian Naik Turun Bangku 139 148
Ujian Tekan Tubi 25 30
SEGAK
Ujian Ringkuk Tubi 20 17
Separa
UjiJangkauan Melunjur 25 31

Ujian Bleep 2.3 3.6


Berdasarkan ujian SEGAK dan ujian bleep diatas, terdapat beberapa peningkatan dan
juga beberapa penurunan. Hal ini dipengaruhi oleh gaya hidup yang amalkan setiap
hari.Seperti yang kita tahu,bmi normal terhasil daripada ketinggian dan berat badan
yang selaras. Data yang tercatat diatas menunjukkan berat saya turun daripada 55.1 kg
pada ujian pra kepada 54.9 kg pada ujian post. Penurunan sebanyak 0.2 peratus ini
disebabkan kerana saya melakukan aktiviti senaman pada sebelah petang. Namun,
aktiviti senaman ini hanya dilakukan jarang-jarang akibat kekangan masa disebabkan
kerja yang banyak. Kesannya, penurunan berat ini tidak terlalu ketara.Ketinggian saya
pula meningkat sebanyak 1.2 cm iaitu daripada 143 pada ujian pra kepada 144.2 pada
ujian post. Peningkatan ini berlaku disebabkan saya mengambil penting kualiti
pemakanan seperti minum susu pada setiap pagi dan menambah pengambilan sayur-
sayuran setiap hari.

 Bmi pula merujuk kepada kadar berat berbanding ketinggian. Terdapat perbezaan
diantara hasil bmi pada ujian pra dan ujian post. Ketika ujian pra, bmi saya 26.9 dan
pada ujian post, ia berubah kepada 26.4. Walaupun bmi saya belum mencapai tahap
normal, tetapi penurunan ini cukup membanggakan saya. Saya akan berusaha lebih
untuk mendapatkan bmi yang normal seperti melakukan aktiviti senaman selama
setengah jam sebanyak tiga kali seminggu.

          Ujian naik turun bangku selama 3 minit bertujuan untuk meningkatkan daya
tahan kardiovaskular. Data diatas menunjukkan kadar denyutan nadi semakin
meningkat iaitu daripada 139 kepada 148. Peningkatan ini jelaslah menunjukkan
impak yang negatif. Oleh itu, saya akan mengambil inisiatif untuk bermain lompat tali
setiap hari pagi peningkatan daya tahan kardiovaskular.

            Ujian tekan tubi pula bertujuan mengukur daya tahan otot tangan dan bahu.
Peningkatan telah berlaku ketika ujian ini dilaksanakan. Hal ini kerana saya suka
bergayut pada palang besi untuk meningkatkan daya tahan tersebut. Daya tahan ini
penting supaya kita dapat melakukan aktiviti berkaitan tangan dalam masa yang lama
tanpa mudah berasa letih.

            Ujian ringkuk tubi separa pula bertujun untuk mengukur daya tahan dan
kekuatan otot abdomen. Berlaku penurunan pada ujian ini iaitu ujian pra sebanyak 20
kali manakala pada ujian post sebanyak 17 kali. Untuk menyelesaikan masalah ini,
saya akan berbasikal pada setiap hari untuk meningkatkan kekuatan otot abdomen.

            Ujian jangkauan melunjur pula bertujuan mengukur fleksibiliti bahagian


bawah belakang badan dan otot harmstring. Data menunjukkan berlaku peningkatan
pada ujian pra kepada ujian post iaitu sebanyak 25 kepada 31. Hal ini menunjukkan
kelenturan badan saya bertambah baik kerana senaman yoga yang saya gemar
lakukan. Kelenturan badan penting untuk mengelakkan risiko berlaku kecederaan
pada abdomen.

            Ujian bleep pula menunjukkan satu peningkatan yang ketara iaitu daripada
tahap 2.3 kepada 3.6. Hal ini kerana saya melakukan jogging disekitar IPG pada hari
minggu. Saya juga suka mendaki bukit dan menjadikan ia aktiviti rutin iaitu sebanyak
dua kali sebulan. Ujian bleep ini bertujuan menguatkan otot kaki supaya tubuh kita
seimbang. Otot kaki yang tidak kuat tidak akan mampu menampung badan dengan
baik.
KESIMPULAN

Amalan gaya hidup sihat perlu diamalkan dalam kehidupan kerana memberi banyak
impak positif kepada diri kita. Penyakit-penyakit yang berbahaya juga dapat dihindari.
Harapan saya adalah untuk mengubah diri supaya lebih rajin melakukan aktiviti-
aktiviti sihat supaya tahap kecergasan yang optimum dapat dicapai
Menu makanan yang seimbang untuk seminggu dan jadual aktiviti
fizikal bagi murid.

Hari Sarapan Makanan Minum Petang Makan Malam


Menu Tengah Hari

Isnin  2 keping Roti  1cawanasi putih  2 keping biskut  1 keping capati


bakar  1 ketul ayam kraker  4 biji buah kurma
 Teh tanpa gula goreng  1 cawan susu  1 cawan air
 1piring sayur krim mineral
goreng
 IbijI buah epal
 1gelas air
mineral

Selasa  2 keping Roti  1 cawan nasi  1 jagung manis  1 keping tosai


bakar dan telur putih  1 cawan susu  I biji buah epal
 Teh tanpa gula  1 ketul ikan krim  1 cawan air
goreng mineral
 1 piring sayur
goreng
 I biji buah oren
 1 gelas air
mineral

Rabu  Popiah basah  1 cawan nasi  Putu mayam  2 keping roti


 Teh tanpa gula putih  1 cawan susu bakar
 1 ketul ayam krim  I biji oren
rebus  1 cawan air
 1 piring sayur mineral
goreng
 2 ketul buah
betik
 1 gelas air
mineral

Khamis  Capati  1 cawan nasi  2 keping biskut  1 mangkuk bihun


 Teh tanpa gula putih ots sup
 1 ketul sup ikan  1 cawan susu  Sepotong buah
 1 piring sayur krim tembikai
goreng  1 cawan air
 I biji buah pear mineral
 1 gelas air
mineral

Jumaat  Sandwic tuna  1 cawan nasi  1 apam balik  1 mangkuk laksa


 Teh tanpa gula putih  1 cawan susu  Sepotong
 1 ketul daging krim tembikai susu
merah goreng  1 cawan air
 1 piring sayur mineral
goreng
 I biji buah pisang
 1 gelas air
mineral

Sabtu  Telur rebus 2 biji  1 cawan nasi  1 bubur kacang  1 mangkuk


 Teh tanpa gula putih merah spagetti
 1 ketul kari  1 cawan air  Sepotong buah
ayam mineral delima
 1 piring sayur  1 cawan air
goreng mineral
 I biji buah jambu
air
 1 gelas air
mineral

Ahad  2 keping roti  1 cawan nasi  2 kuih  1 mangkuk bubur


bijirin putih  1 cawan susu ayam
 Teh tanpa gula  1 ketul sup ayam krim  1 biji pisang
 1 piring sayur  1 cawan air
goreng mineral
 I biji buah oren
 1 gelas air
mineral

Hari Aktiviti Jangka masa


Isnin Menunggang basikal 30 minit
Selaa Berjoging 30 minit
Rabu Senaman aerobik 30 minit
Khamis Berenang 60 minit
Jumaat Senaman Taici 30 minit
Sabtu Senaman Yoga 30 minit
Ahad Melompat tali 30 minit
Brosur yang mengandungi panduan makanan aktiviti fizikal yang boleh diikuti
oleh murid anda bagi membantu mereka meningkatkan tahap kesihatan murid.

PEMAKANAN SIHAT
RUJUKAN

1. Krishnan, M., & Rahim, S. A. (2014). Hubungkait komunikasi kesihatan dengan kesan hirarki
isu kesihatan terhadap perubahan amalan gaya hidup sihat. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal
of Communication, 30(1).

2. Abdullah, M. A., & Ali, N. (2011). Amalan pemakanan dalam kalangan pelajar universiti dan
implikasinya terhadap pembelajaran. MALAYSIAN JOURNAL ON STUDENT ADVANCEMENT,
(14).

3.
Demitri, A. (2015). Pengaruh Pendidikan Gizi Tentang Pola Makan Seimbang Melalui Game
Puzzle dan Gambar Animasi Terhadap Peningkatan Pengetahuan Anak SDN 067690 Kota
Medan.

4. Alias, N., & Shaffie, F. (2014). Kesan obesiti ke atas psikososial remaja.

Anda mungkin juga menyukai