Anda di halaman 1dari 4

Kesihatan tubuh badan kita yang baik tidak dapat dijual beli.

Apabila sihat, sudah pasti


kita berpeluang melakukan aktiviti harian dengan sempurna dan kehidupan lebih
bermakna.Kesihatan dan penampilan merupakan aspek yang sering dikaitkan dengan
berat badan seseorang. Badan yang sihat dengan penampilan yang menarik akan
membuatkan seseorang merasa lebih yakin bila berhadapan dengan masyarakat.
Kegemukan atau berat badan berlebihan dianggap sebagai isu yang memberi kesan ke
atas kesihatan dan penampilan seseorang. (Kementerian Kesihatan, 1998) dalam
Modul Pencegahan Obesiti.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), obesiti bermaksud kegemukan yang
disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan..Obesiti berlaku apabila saiz atau
bilangan sel lemak di dalam tubuh meningkat (Myers,2004).Obesiti didefinisikan
sebagai kelebihan tisu lemak dalam badan yang menyebabkan kesan sampingan
terhadap parameter metabolik, tahap kesihatan jangka panjang dan pendek dan kesan
psikologi. Obesiti juga ditakrifkan sebagai suatu keadaan yang berlakunya
pengumpulan atau penyimpanan lemak yang berlebihan dalam badan.

Punca-punca obesiti

Antara punca obesiti ialah amalan pemakanan tidak sihat Amalan makan makanan
yang mengandungi lebih tenaga berbanding yang digunakan merupakan antara faktor
utama obesiti (Denise Walker,2006). Berat badan akan meningkat apabila seseorang
makan banyak, lebih daripada apa yang boleh dibakar dan diproses oleh badan. Kalori
yang lebih ini akan disimpan sebagai lemak. Berlebihan berat badan dan
kegemukan/obesiti akibat daripada pengambilan kalori yang berlebihan tidak akan
berlaku dalam beberapa hari atau minggu. Selalunya ia akan terkumpul dan tersimpan
selama beberapa bulan dan tahun.

Selain itu, ketidak seimbangan tenaga juga adalah salah satu punca obesiti. Imbangan
tenaga adalah situasi di mana tenaga yang diambil dalam bentuk makanan/minuman
adalah seimbang dengan tenaga yang digunakan oleh tubuh, iaitu tenaga untuk proses
metabolisme asas dan aktiviti fizikal. Obesiti ada kaitan dengan nilai tenaga yang
diperoleh daripada makanan iaitu kalori. Seorang lelaki yang aktif memerlukan
sekurang-kurang 2500 kalori setiap hari untuk kekal sihat dan cergas manakala
seorang wanita memerlukan 2000 kalori setiap hari.

Nilai kalori ini boleh mempengaruhi berat badan seseorang. Jika anda mahu
menurunkan berat badan, kurangkan kalori makanan dan bersenam untuk
membakar kalori. Sekiranya mahu tambah berat badan, tambahkan kalori
makanan dan buat senaman berat.
Kesan-kesan obesiti
Antara kesan obesiti ialah ia akan menjejaskan kesihatan tubuh badan kita. Individu
yang mempunyai masaah obesiti berisiko tinggi menghidapi penyakit lain berbanding
dengan individu yang sihat. Penyakit sampingan obesiti amat serius dan memudaratkan
kesihatan. Sebagai contohnya, obesiti akan menyebabkan seseorang itu berisiko tinggi
untuk menghidapi penyakit sakit jantung. Lemak yang terlalu tebal akan menyumbat
saluran darah menyebabkan organ seseorang itu idak mendapat oksigen yang
mencukupi. Lemak yang berlekat pada dinding saluran darah telah menyekat
pengedaran darah ke organ dan menyebabkan kekurangan oksigen. Oleh itu, serangan
jantung, mati mengejut, sakit dada dan denyutan jantung yang tidak normal biasanya
akan dihadapi kepada pesakit obesiti. Selain penyakit sakit jantung, pesakit obesiti juga
berisiko tinggi dalam menghidapi penyakit darah tinggi dan diabetis.
Di samping itu, seseorang yang mempunyai obesiti akan mempunyai masalah sosial.
Mereka akan merasa merendah diri, segan dan malu untuk berkomunikasi dengan
orang lain. Mereka akan berasa penampilan diri kurang menarik berbanding dengan
orang yang mempunyai tubuh yang kurus. Individu yang menghadapi masalah dalam
interaksi dan sosial. Mereka kurang aktif dalam kegiatan sosial kerana takut diejek atau
didiskriminasikan oleh orang lain. Mereka akan berasa sendiri diabaikan kerana
mempunyai penampilan dan tubuh badan yang besar. Mereka yang kurang aktif dalam
aktiviti sosial biasanya akan duduk dalam rumah dan kurang bersukan kerana
menganggap dirinya sudah tidak mempunyai jalan penyelesaian untuk mengurangkan
berat badan. Mereka akan bersikap pasif dan berfikiran negatif. Mereka berasa sedih
dan tertekan akibat kelemahan diri. Apabila berasa tertekan, kebanyakan pesakit obesiti
akan memilih makan makanan yang banyak untuk meluahkan tekanan mereka. Secara
tidak langsung, masalah obesiti tidak dapat ditangani malah memadahkannya lagi.

Langkah-langkah mencegah masalah obesiti

Antara perkara utama dalam mencegah obesiti dalam kalangan remaja ialah
memastikan mereka mengamalkan pemakanan yang seimbang. Golongan remaja perlu
mendapat bimbingan daripada ibu bapa atau guru di sekolah tentang cara pemakanan
yang betul dan tidak mudah terpengaruh dengan iklan yang dipromosikan di media.
Pemakanan yang seimbang boleh dirujuk kepada piramid makanan di mana jumlah
nutrisi yang terkandung dalam dalam hidangan adalah penting dalam menentukan
ianya pada kadar yang cukup atau yang berlebihan. Ringkasnya, pengambilan
makanan yang berlemak dan tidak berkhasiat tinggi seperti makanan segera atau
minuman berkarbonat hendaklah dielakkan. Tidak dinafikan bahawa makanan segera
seperti mee segera dan sosej merupakan kegemaran masyarakat kita namun kit
hendaklah perkara tersebut demi kesihatan yang lebih bermanfaat.

Justeru itu, meninjau dari aspek lain,golongan remaja seharusnya melakukan aktiviti
bersenam atau bersukan dengan lebih kerap. Hal ini demikian kerana generasi muda
hari ini lebih gemar meluangkan masa lapang melayari internet dan menonton hiburan
di media-media elektronik. Situasi ini harus dibendung kerana kita sebenarnya
mempunyai infrastruktur yang lengkap dalam gelanggang atau taman rekreasi bagi
membolehkan masyarakat awam bersenam atau bersukan. Golongan remaja
seharusnya mengambil kesempatan yang ada ini dengan mengisi masa lapang untuk
melakukan aktiviti riadah seperti badminton atau futsal di gelanggang yang telah
disediakan. Apabila menjelang dewasa, masa untuk beriadah akan menjadi semakin
terhad kerana kesibukan dalam hal-hal kerjaya masing-masing. Aktivti-aktiviti fizikal ini
akan membakar kalori atau lemak yang berlebihan serta merembes sisa-sisa toksik
yang tidak diperlukan oleh badan kita.

Penutup
Keluarga memainkan peranan yang penting dalam mengubah gaya hidup kanak-kanak
menjadi lebih sihat. Bermula daripada pemakanan sehinggalah aktiviti yang dilakukan.
Bukan mudah untuk melakukan perubahan jadi lakukan ia secara berperingkat bagi
mengelakkan anak-anak berasa tertekan. Masalah obesiti perlu diatasi dengan segera
agar golongan remaja khususnya dapat berfungsi dengan lebih baik ke arah
pembentukan masyarakat yang seimbang dan dinamik ke arah pencapaian semua
matlamat wawasan 2020.Program-program intervensi perlu dibentuk dengan
mengambil kira semua faktor yang berkaitan supaya eipdemik obesiti dapat
dikurangkan atau dibendung seperti amalan pemakanan yang baik, gaya hidup yang
sihat serta sikap dan tingkahlaku yang positif. Pemantauan berterusan ke atas
golongan kanak-kanak dan remaja yang mempunyai masalah obesiti perlu diteruskan
supaya berat badan ideal dapat dikekalkan dan tingkahlaku yang sihat dapat
dikekalkan. Sokongan dari semua pihak amat diperlukan supaya hasrat untuk
mengurangkan masalah obesiti di kalangan kanak-kanak sekolah.

Anda mungkin juga menyukai