Anda di halaman 1dari 9

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT

TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN EDUP3093

NAMA : MUHAMMAD JAMIL BIN ABDUL RAHIM

ANGKA GILIRAN : 2021292340346

NO. TELEFON : 0165467656

OPSYEN : PENDIDIKAN ISLAM 1

AMBILAN : JUN 2022

KOD KURSUS : EDUP3093


: FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN
NAMA KURSUS PENDIDIKAN DI MALAYSIA

NAMA PENSYARAH : PN. HJH. HASLINA BT MUHAMAD

JABATAN/UNIT : JABATAN ILMU PENDIDIKAN

TARIKH SERAHAN : 3.10.2022

Pengakuan Pelajar:
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Catatan (jika ada):

Tandatangan pelajar: Tarikh: 3.10.2022


_______________________
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama: 1) MUHAMMAD JAMIL BIN Angka Giliran Pelajar: 1) 2021292340346


ABDUL RAHIM

Nama Kursus: FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN


Kod: EDUP3093 PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Pensyarah : PN. HJH HASLINA BT
MUHAMAD
Tarikh Hantar: 3 OKTOBER 2022 Tarikh Diterima (Diisi oleh pensyarah)

Pengakuan Pelajar
Perincian Maklum
Saya mengaku Balas
bahawa Kerja
kerja Kursus
kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap
satunya saya jelaskan sumbernya.
Pemeriksa Moderator (Jika berkaitan)
Tandatangan Pelajar : Jamil____________________________Tarikh :3 OKTOBER 2022
Kekuatan: Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaik: Aspek yang boleh diperbaik:

Tandatangan: Tarikh: Tandatangan: Tarikh:

Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Catatan (jika

ada)

Tandatangan pelajar: Jamil________________________


Tarikh: 3 OKTOBER 2022
ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN

2.0 TEORI DAN MODEL TABA

3.0 PERKAITAN MODEL TABA DENGAN KSSR

4.0 PERUBAHAN PERANAN GURU DALAM PELAKSANANN KURIKULUM

5.0 PENUTUP

6.0 RUJUKAN
PENGENALAN

Pendidikan di Malaysia merupakan upaya berkelanjutan berdasarkan konsep keseimbangan


jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) untuk meningkatkan prestasi akademik siswa. pendidikan
adalah sebuah proses berterusan mengembangkan potensi individu untuk keunggulan akademik dan
memiliki berbagai keterampilan secara kolektif dan harmonis. Kerajaan berharap dapat menghasilkan
generasi yang terampil dan kompetitif di peringkat global. Hal ini juga sejalan dengan tujuan nasional
untuk melahirkan generasi yang hebat dan terkenal di dunia. Pendidikan berkualiti untuk semua
menjadi agenda utama Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia
berperanan menggalas amanah untuk membangunkan modal insan yang berilmu, berkemahiran,
progresif, bermoral dan beretika dengan kerangka pembangunan yang komprehensif dan menyeluruh.

Kementerian menggunakan sistem pembelajaran yang sistematik di mana adanya sistem kurikulum
dalam pembelajaran. Menurut Tanner, 1980 (Choong Lean Keow, 2009) kurikulum merangkumi
segala pengalaman terancang yang seelok-eloknya ditimba oleh murid dan juga merupakan hasil
pembelajaran yang dihasratkan oleh guru dan murid agar matlamat pendidikan tercapai. Ini bermakna
kurikulum ditafsirkan sebagai suatu konsep yang telah melalui beberapa tahap transformasi dengan
meninggalkan kesan-kesan dalam bentuk idea, model, dan tindakan-tindakan yang dijelmakan dalam
projek-projek di sekolah dan di institusi pendidikan lainnya ( Norlidah Alias, Abu Bakar Nordin,
Saedah Siraj dan Mohd Nazri Abdul Rahman (2014)

2.0 TEORI DAN MODEL KURIKULUM KEBANGSAAN: HILDA TABA

Model yang menitikberatkan kepada pengembangan kurikulum sebagai suatu proses perbaikan dan
penyempurnaan adalah Hilda Taba. Pengembangan kurikulum secara tradisional biasanya dilakukan
secara deduktif yang dimulai dari langkah penentuan prinsip- prinsip dasar. Di mana akan
merumuskan reka bentuk kurikulum, menyusun unit-unit kurikulum sejajar dengan reka bentuk
bentuk kurikulum dan mengaplikasikan kurikulum di dalam kelas. Hilda Taba berpendapat
pendekatan induktif bermaksud menekankan cara-cara untuk mengukuhkan operasi mental bagi
menganalisis informasi dan membina konsep.

2.1 PELAKSANAAN PERKEMBANGAN KURIKULUM : KSSR

Dalam membentuk pelaksanaan kurikulum, KSSR dilaksanakan selepas KLSR dan KBSR bagi
menyempurnakan standard pembelajaran di Malaysia. KSSR mula diperkenalkan di Malaysia pada
tahun 2011. KSSR ini berpegang kepada Teras Kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
yang secara dasarnya membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta
menghayati nilai-nilai murni. KSSR ini dilihat lebih jelas berbanding kurikulum yang lain kerana
terlihat tersusun, padat dan agak global. Dalam kurikulum ini, terdapat dua pernyataan standard iaitu
standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh
dan tahap persekolahan. Kandungan KSSR terbahagi kepada lapan elemen, antaranya ialah bentuk,
bahan, organisasi, kandungan, peruntukan masa, pedagogi, pentaksiran dan pengurusan kurikulum.
3.0 PERKAITAN MODEL TABA DENGAN ANALISIS KSSR

3.1 Menghasilkan Unit Kecil

Model Taba telah menyediakan beberapa langkah dalam menyediakan pembinaan model
kurikulum. Pertama sekali, langkah yang berkisar tentang menghasilkan unit kecil (Pilot Unit). Unit
kecil ini mempunyai beberapa elemen antaranya ialah mendiagnosis keperluan pelajar dan harapan
masyarakat. Ini adalah langkah yang paling penting bagi Taba kerana menitikberatkan keperluan
pelajar sebagai permulaan untuk mengembangkan kurikulum. Seperti yang kita tahu bahawa prinsip
KSSR adalah untuk memperkembangkan individu secara menyeluruh. Jadi, perkaitannya di sini
adalah keperluan pelajar haruslah dipenuhi dengan keperluan intelek, rohani, emosi, jasmani dan
sosial. Hal ini demikian kerana setiap murid mempunyai potensi untuk mengembangkannya secara
menyeluruh. Sebagai contoh keperluan intelek, mereka didedahkan semua mata pelajaran di sekolah
yang akan dipelajari. Dengan ini, kita dapat lihat pembangunan dan kompetensi murid dilatih supaya
mahir dengan standard masa kini.

3.2 Menyemak Semula Pelajaran dan Membuat Penambahbaikan

Satu usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara terutamanya di peringkat sekolah
rendah perlu dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan memenuhi keperluan dan cabaran semasa
serta akan datang. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan satu
kajian dan mendapati wujudnya keperluan untuk melakukan transformasi kurikulum sekolah rendah
dalam KSSR. Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang sesuai pada abad ke-21. Satu elemen yang ditambah baik adalah kemahiran
menaakul dalam kalangan pelajar sekolah rendah selepas membaca, mengira dan menulis.
Transformasi ini menjadi penanda aras untuk sekolah berkembang maju. Berdasarkan model taba, ia
amat berkait dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah di mana model ini menekankan tentang
penambaikan dan penyempurnaan untuk mengembang kurikulum. Kementerian juga telah
melaksanakan penyemakan semula KSSR pada tahun 2016. Apa yang dapat ditekankan adalah hal
yang berkaitan pengantarabangsaan sekolah rendah dan kelebihan teknologi seperti e-learning, m-
learning, dan juga konsep baru “the gaming of education”. Dalam langkah pembinaan kurikulum
Taba, langkah ke-3 adalah menyemak semula pelajaran dan membuat penambahbaikan. Inilah antara
perkaitan model Taba dengan KSSR yang amat ketara dalam meningkatkan mutu aktiviti
pembelajaran.
4.0 Perubahan Peranan Guru Dalam Pelaksanaan Kurikulum

Pentafsir
Guru adalah pentafsir kepada rancangan kerjanya. Ini merupakan kemahiran yang penting
perlu ada pada setiap guru. Guru hendaklah bijak memilih bahan pelajaran yang sesuai semasa proses
pelajaran dan pembelajaran berlangsung. Misalnya bahan- bahan yang boleh digunakan ialah buku
teks, buku rujukan, buku latihan dan lampiran nota. Kebanyakan sumber ini biasa digunakan oleh
guru-guru di sekolah. Jika guru itu ingin menarik minat pelajar dengan bahan yang kreatif, maka
pilihlah bahan yang berunsur video atau visual. Selain itu, guru hendaklah bijak mentafsir sama ada
bahan pelajaran itu mempunyai kriteria moral iaitu yang mengutamakan unsur pendidikan dan
memberi teladan kepada murid. Bahan yang terlalu mengutamakan unsur keseronokan haruslah
dikurangkan sedikit agar pelajar tidak terpengaruh dengan anasir kurang baik. Menjadi lebih penting
apabila guru ingin menyediakan suatu rancangan kerja yang bermakna dengan membuat pembacaan
terlebih dahulu lalu mentafsir objektif, kemahiran dan strategi pembelajaran. Sebagai contoh, sebelum
kelas bermula guru akan meneliti kandungan pelajaran kemudian membuat pentafsiran terhadap
subjek yang diajari dan merangka strategi seperti melaksanakan aktiviti berkumpulan terhadap
pelajaran.

Perancang
Persediaan rancangan kerja yang dilaksanakan oleh guru terhadap sesuatu mata pelajaran
boleh diterjemahkan bahawa guru berfungsi sebagai perancang dalam kurikulum. Guru berperanan
sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang berkesan untuk
memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan meningkatkan pencapaian murid pada
tahap optimum secara berterusan. Misalnya, guru menyediakan Rancangan Pengajaran Harian(RPH),
menentukan kaedah pentaksiran dan menyediakan sumber pendidikan mengikut keupayaan murid,
peruntukan masa dan mematuhi arahan yang berkuat kuasa. Selain itu, guru sebagai perancang
haruslah menetapkan objektif menggunakan elemen SMART (Specific, Measurable, Achieveable,
Realistic,Timely). Pelajar akan terserlah produktiviti mereka apabila menguasai elemen ini.
Seterusnya, bagaimana lagi yang dikatakan guru sebagai perancang?. Guru menjadi perancang apabila
di dalam kelas dengan mewujudkan aktiviti yang berbeza yang melibatkan kreativiti, perbincangan
dua hala dan penggunaan KBAT kepada murid. Kemudian meminta murid memberi refleksi dan
melihat sejauhmana objektif tercapai. Jadi dari sini guru boleh melihat bilangan murid menguasai
daripada pengukuhan dalam elemen SMART. Dalam penyediaan Rancangan Pengajaran Harian, guru
perlu tentukan kaedah pentaksiran dengan menggunakan kaedah pelbagai seperti menyoal, membaca,
menulis, mengira secara individu dan berkumpulan. Kaedah ini terlihat terancang dengan
mengaplikasikan pentaksiran semasa pembelajaran menggunakan alat bantu mengajar. Misalnya
menggunakan benda maujud contoh bahan bercetak, handout, radio dan lain-lain serta bahan bantu
mengajar iaitu bahan yang membantu guru mengajar contohnya buku teks. Bahan bantu belajar ini
boleh bantu pelajar belajar & memahami objektif pembelajaran dan tidak lupa kepada penggunaan
Teknologi Maklumat (TMK) iaitu bahan teknologi yang digunakan oleh murid semasa Pengajaran
dan Pembelajaran. Contohnya adalah power point, chrome book, dan sebagainya. Dalam rancangan
juga guru harus merancang pembelajaran yang meliputi pelbagai aras keupayaan murid iaitu konsep
pembelajaran terbeza di mana mengikut keupayaan murid dan di akhir guru akan melihat bagaimana
murid tunjukkan apa yang telah mereka pelajari.
5.0 PENUTUP

Jelaslah bahawa di sini kurikulum telah berkembang menerusi pembinaan model yang berfungsi
mengembangkan kurikulum sendiri dan pengajaran. Dengan berteraskan pendidikan, Kurikulum
Standard Sekolah Rendah turut berperanan penting sebagai standard kandungan dan pembelajaran di
mana ia dilihat lebih jelas, tersusun dan agak global seiring dengan pendidikan masa kini.
Kandungan KSSR yang mempunyai lapan aspek, antaranya bahan, bentuk, organisasi, kandungan,
peruntukan masa, pedagogi, pentaksiran dan pengurusan kurikulum telah menjadi kerangka penting
dalam membantu murid menjadi insan yang berpendidikan, seimbang dan holistik. Berkonsepkan
pendidikan untuk semua dan seumur hidup, ini telah memberi ruang dan peluang kepada murid
mendapatkan ilmu pengetahuan dan menghayati pendidikan sepanjang hayat. Mustahillah, setiap
kemahiran dan nilai yang diperolehi murid tanpa bantuan sesiapa, sudah semestinya dengan bantuan
guru yang menjadi tunjang dalam pelaksanaan kurikulum. Guru terlibat sebagai pentafsir, perancang,
pelaksana dan penilai dalam pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid agar murid
tersebut menjadi insan yang berkualiti dalam dunia pendidikan masa kini.
6.0 RUJUKAN

Faridah, Mat Ali, Kamisah dan Rosly (2022). Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di
Malaysia. Puchong: Local Publications (M) Sdn Bhd

---. “Sejarah Perkembangan Sistem Pendidikan Di Malaysia.” Academia.edu, 2015,

www.academia.edu/15195094/Sejarah_Perkembangan_Sistem_Pendidikan_Di_Mal

aysia.

Pembangunan, Bahagian, et al. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.

Othman, Yusof. “EDUP 2013 FALSAFAH DANPENDIDIKAN DI MALAYSIA Yusof.”

Www.academia.edu,

www.academia.edu/36363744/EDUP_2013_FALSAFAH_DANPENDIDIKAN_DI_

MALAYSIA_yusof.

Som, Habib, et al. KOMITMEN GURU DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM DAN

INOVASI BERKESAN. Vol. 34, 2011, ir.upsi.edu.my/files/docs/2020/1558_1558.pdf.

Zamili, Uranus. “PERANAN GURU DALAM PENGEMBANGAN KURIKULUM.”

JURNAL PIONIR, vol. 6, no. 2, 23 May 2020,

www.jurnal.una.ac.id/index.php/pionir/article/view/1297/1108,

10.36294/pionir.v6i2.1297. Accessed 2 Oct. 2022.

Anda mungkin juga menyukai