Anda di halaman 1dari 23

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

01000 JALAN BEHOR PULAI,


KANGAR,PERLIS

EDUP3123
PEDAGOGI

Nama : IZZHAM BIN AHMAD ZAHARUDDIN


No. K/P : 030416-08-0153
Angka Giliran : 2021232340596
Program : PISMP
Ambilan : 2022
Unit : RBT B
Nama Pensyarah : EN NOR ADLI BIN CHE MUDA
Tarikh Hantar : 24 OKT 2023

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya
sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

1
Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________

2
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan izin-Nya
dapat saya menyiapkan tugasan individu bagi subjek EDUP3123 Pedagogi ini dengan
jayanya. Biarpun pada peringkat awal untuk menyiapkan tugasan ini saya menghadapi
pelbagai kesukaran dan masalah, namun akhirnya ia dapat disempurnakan juga, walaupun
tidak sebaik yang dipinta.

Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak


terhingga kepada para pensyarah yang mengajar saya di IPGM Kampus Perlis terutamanya
pensyarah pembimbing iaitu En Nor Adli bin Che Muda atas kesudian membantu dan
membimbing kami untuk menyiapkan tugasan ini. Tanpa bantuan ini,sukar bagi saya untuk
menyiapkan tugasan ini. Selain itu, juga rakan-rakan saya yang terdiri daripada RBT B yang
memberikan kerjasama dalam meberikan maklumat berkenaan tugasan pendokumentasian
ini.

Di samping itu juga, ucapan penghargaan terima kasih juga saya rakamkan kepada
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di atas kesudia nmembantu saya dalam
menyiapkan tugasan ini. Bantuan dan sumbangan kalian amat dihargai. Sekian, Terima
Kasih.

3
ISI KANDUNGAN

NO PERKARA MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 4

PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN &


PEMBELAJARAN YANG DIGUNAKAN

2.0 5
2.1 PENDEKATAN PENGAJARAN (SET INDUKSI)
2.2 STRATEGI DAN KAEDAH PdP (LANGKAH)
2.3 PENUTUP

3.0 BORANG MERUNGKAI DAN MERANGKAI (KMR) 9

4.0 PENUTUP 10

5.0 RUJUKAN 10

6.0 LAMPIRAN 11

4
1.0 PENGENALAN

Kefahaman Melalui Reka Bentuk (KMR) adalah satu pendekatan atau metodologi
pembelajaran yang bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan pencapaian pelajar
dalam pelbagai bidang pembelajaran. Pendekatan ini merangkumi proses reka bentuk
pembelajaran yang memberi penekanan kepada pemahaman konsep, aplikasi
pengetahuan, dan pemikiran kritis. KMR mempromosikan pembelajaran yang aktif,
kolaboratif, dan berpusatkan pelajar. Selain itu,Program Transformasi Sekolah (TS25) pula
merujuk kepada usaha-usaha untuk mengubah dan meningkatkan prestasi sekolah-sekolah
di Malaysia. TS25 merupakan inisiatif kerajaan Malaysia untuk menjadikan sistem
pendidikan negara lebih kompetitif dan berkualiti menjelang tahun 2025. Menurut Azizi et
al., (2011), reformasi dalam pendididkan yang dilaksanankan perlulah mengikut tuntutan
masa kini, beroperasi dengan lebih berkesan dan sejajar dengan perkembangan dunia
pendidikan masa kini Program ini termasuk pelbagai strategi dan tindakan untuk
meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran, serta memastikan sekolah-sekolah dapat
mencapai prestasi yang lebih baik.Contohnya,menerapkan pembelajaran yang mendapat
permintaan tinggi di pasaran kerja.

Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna merujuk kepada kemahiran,


pengetahuan, dan pendekatan yang digunakan oleh pendidik atau dalam kata lain guru
untuk memberikan pengajaran yang memberi makna kepada pelajar. Ia melibatkan cara
guru merancang dan melaksanakan pengajaran supaya pelajar dapat mengaitkan pelajaran
dengan kehidupan sehari-hari mereka, memahami konsep secara mendalam, dan
mengembangkan kemahiran kritis.Jadi pembelajaran bukan sekadar belajar untuk
menghadapi peperiksaaan semata-mata. Ini adalah aspek penting dalam usaha untuk
meningkatkan pembelajaran yang bermakna, di mana murid tidak hanya menghafal
maklumat, tetapi juga memahami dan mengaplikasikan pengetahuan dalam konteks yang
relevan. Hal ini kerana bagi memastikan kecemerlangan pembelajaran sepanjang hayat,
guru dan murid perlu bergerak secara individu dan berkumpulan dengan memastikan murid-
murid menguasai proses pembelajaran bermakna (Fullan, M. dan Langworthy, M., 2014).

5
Penggunaan Big Idea dalam pengajaran memainkan peranan penting dalam
meningkatkan pemahaman mendalam pelajar dan merangsang pemikiran kritis. Menurut
Whiteley (2012), Big Idea adalah bahan binaan pemahaman yang boleh dianggap sebagai
corak bermakna yang membolehkan seseorang menyambung titik-titik pengetahuan yang
berpecah-belah. Big Idea berfungsi sebagai konsep utama dalam topik pembelajaran,
membantu pelajar membuat hubungan yang mendalam antara pelbagai elemen
pembelajaran. Dengan memberi tumpuan kepada konsep utama, pelajar diajar untuk
menganalisis, menilai dan membuat kesimpulan berdasarkan pemahaman mereka tentang
idea. Ini membantu mereka memperoleh kemahiran berfikir analitikal yang lebih mendalam.

Pentingnya elemen-elemen ini adalah untuk memastikan bahawa pendidikan adalah


lebih daripada sekadar penyerapan fakta dan maklumat. Ia melibatkan pembinaan
pemahaman yang mendalam, kemahiran kritikal, dan kemampuan untuk menghubungkan
pengetahuan dengan dunia sebenar. Semua ini berperanan dalam mencapai matlamat
pendidikan yang lebih efektif dan bermakna.

6
2.0 PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN YANG
DIGUNAKAN

Pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran merupakan konsep yang berkait rapat,
saling melengkapi dan mempengaruhi antara satu sama lain dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran. Kaedah pengajaran menentukan fokus, strategi pengajaran menentukan
tindakan, dan kaedah pengajaran menentukan kemahiran mengajar. Kaedah pengajaran
merujuk kepada kaedah umum atau keseluruhan kaedah yang digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran. Strategi pengajaran merujuk kepada cara atau kaedah tertentu untuk
membantu pelajar belajar. Ini ada kaitan dengan cara guru menyusun dan menyampaikan
maklumat kepada pelajar. Kaedah pengajaran merujuk kepada teknik yang digunakan oleh
guru untuk mencapai pembelajaran yang berkesan.

2.1 PENDEKATAN PENGAJARAN (SET INDUKSI)

Set induksi atau dalam kata lainnya ialah pendekatan pengajaran merupakan kemahiran
yang perlu dimiliki oleh setiap guru ketika ingin memulakan pengajaran. Set induksi
bertujuan untuk menarik kesediaan pelajar untuk mengikuti pembelajaran pada hari
tersebut.Set induksi yang saya lakukan mengambil masa selama 10 minit di awal kelas.
Dimulakan dengan guru menunjukkan beberapa keping gambar ala telemen
elektromekanikal dalam bentuk “Flash Card” kepada murid diikuti dengan soalan seperti
“Pernahkah kamu melihat gambar ini?” dan “Bagaimana ia berfungsi?”. Soalan yang
diajukan akan dapat menarik minat murid untuk berfikir bagi menjawab soalan yang
diajukan.Walaubagaimanapun,soalan ini juga bertujuan untuk mengukur tahap
pengetahuan sedia ada murid sebelum memulakan kepada strategi-stragei pada Langkah
pengajaran yang berikut.Pendekatan yang guru gunakan adalah bersifat pendekatan
induktif. Eggen dan Kauchak (2001) menerangkan bahawa pendekatan induktif merupakan
strategi pengajaran yang mendahulukan data sebelum mengemukakan konsep atau
generalisasi. Secara kesimpulannya, pendekatan induktif merupakan pendekatan yang
melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat
generalisasi dan seterusnya membuat kesimpulan. Pendekatan ini tidak menggalakkan guru
untuk memberikan definisi, penerangan, penjelasan dan penghuraian isi kandungan secara
keseluruhan. Murid tidak didedahkan tentang isu-isu lain yang berkaitan dengan tajuk
perbincangan dan topik yang diajar, sebaliknya mereka digalakkan mencari, meneliti dan
mempelajarinya sendiri (Kamarudin, 1993). Dalam set induksi ini ,guru akan lebih banyak
mendengar daripada memberi penjelasan bagi memastikan murid untuk berasa ingin tahu.

7
Ini terjadi kerana setiap murid mempunyai maklumat sedia ada yang berbeza dan terdapat
maklumat yang betul dan yang salah.

8
2.2 STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (LANGKAH)

Langkah 1

Di dalam kelas yang berlansung selama 60 minit ini,guru menggunakan 2 langkah


sebelum diteruskan kepada penutup atau rumusan. Bagi langkah 1 yang dijalankan selama
20 minit, guru memulakan pengajaran menggunakan slaid persembahan yang dihasilkan
menggunakan media Canva.Saya memilih Bahan Bantuan Mengajar (BBM) iaitu projektor
LCD, dan computer riba untuk memaparkan slaid pembentangan berkaitan tajuk tersebut
supaya sesi pengajaran menjadi lebih berkesan dan jelas kepada murid-murid. Menurut Siti
Fadzilah dan Shereena (2002), inovasi teknologi multimedia yang canggih menggunakan
peralatan komputer menjadikan adunan audio, video, teks, grafik dan animasi yang baik
mampu menghasilkan warna serta reka bentuk yang menarik serta persekitaran
pembelajaran yang lebih berkesan.Strategi yang saya gunakan dalam langkah 1 ini adalah
strategi berpusatkan guru. Strategi berpusatkan guru adalah pendekatan pengajaran di
mana guru memainkan peranan utama proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru menerangkan tajuk elemen elektromekanikal menggunakan slaid


pembentangan kepada murid dan murid akan menjadi pendengar.Strategi ini berfokus
kepada pengajaran secara langsung dan pemindahan pengetahuan daripada guru kepada
pelajar. Walaubagaimanapun guru akan sentiasa membuat hentian sejenak untuk
menyemak pemahaman murid. Sebarang kemusykilan daripada murid dapat diselesaikan
secara menerus oleh guru dengan murid mengajukan soalan sewaktu guru menerangkan
sebarang perkara yang menjadi tanda tanya. Brophy (1978), menyatakan bahawa
pengajaran pemusatan guru merupakan pendekatan yang mudah dirancang dan diurus,
membekalkan model untuk pemikiran yang betul dan mengelakkan suasana elitis yang
sering dikaitkan dengan kaedah kumpulan. Saya memilih pendekatan ini keranan
pendekatan ini berguna untuk menyampaikan fakta-fakta khusus. Maka sesuailah dengan
tajuk pengajaran iaitu elemen elektromekanikal yang lebih berfokus kepada fakta. Jadi di
dalam langkah ini guru akan menyampaikan semua maklumat yang akan mencapai objektif
pengajaran sebelum diteruskan dengan langkah kedua yang lebih berfokuskan kepada
aktivit peneguhan.

9
Langkah 2

Dalam langkah kedua,yang juga mengambil masa selama 20 minit,guru melakukan


satu aktiviti PAK21 dan satu aktivti peneguhan menggunakan lembaran kerja.Langkah ini
menggunakan strategi berpusatkan tugasan dan kaedah belajar sambil bermain .Aktiviti
PAK21 yang dinyatakan ialah permainan ‘Who am I’. Guru akan pilih salah seorang murid
untuk kehadapan, kemudian murid tersebut akan diberikan satu gambar berkaitan elemen
elektromekanikal. Namun gambar tersebut tidak boleh dilihat olehnya,akan tetapi boleh
dilihat oleh rakan kelas yang lain. Murid tersebut perlu meneka gambar tersebut dengan
mengajukan beberapa soalan bagi mendapatkan ciri ciri gambar tersebut. Setelah selesai
menjawab,pertukaran murid akan dilakukan. Aktiviti inilah yang menggunakan kaedah
belajar sambil bermain. Permainan ialah pendekatan terancang dan berstruktur yang
memberi peluang kepada pelajar untuk belajar dalam suasana yang kurang formal,
menyeronokkan, bebas dan selamat, di samping meluahkan perasaan, meneroka dan
mencuba serta meningkatkan kemahiran. Melalui aktiviti bermain, kanak-kanak dapat
memberikan perhatian yang lebih kepada segala yang berkaitan dengan aktiviti bermain
yang mereka lakukan. Justeru, kanak-kanak mendapat pengalaman pembelajaran yang
bermakna dan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih baik (Sharifah Nor &
Aliza, 2011).

Seterusnya,kita bergerak kepada aktiviti peneguhan yang menggunakan lembaran


kerja. Lembaran kerja merupakan satu strategi berpusatkan tugasan dimana kefahaman
murid sepanjang pembelajaran akan diuji bagi melihat samada objektif pembelajaran
tercapai atau tidak.Guru merupakan individu yang bermain peranan paling penting kerana
kefaham pelajar adalah berdasarkan keberkesanan pengajaran oleh guru. Guru juga boleh
kenalpasti bahagian mana yang perlu diperkukuhkan berdasarkan jawapan yang bakal
ditulis oleh murid-murid. Guru perlu memastikan murid menghantar lembaran tersebut
sebelum masa ditetapkan. Jika dijadikan sebagai tugasan di rumah,guru perlu mengingati
murid untuk menjawab semua soalan dan membawanya pada waktu kelas yang berikutnya.

10
2.3 PENUTUP DAN RUMUSAN

Penutup yang dilakukan selama 10 minit menggunakan penutup kognitif dan penutup
sosial. Bagi penutup kognitif, guru akan mengajukan soalan “Adakah kamu sudah faham
berkanaan elemen elektromekanikal?” dengan jangkaan jawapan adalah bagi “Saya/kami
faham cikgu”. Seterusnya,guru akan memilih 3 hingga 5 orang murid untuk kehadapan dan
menceritakan secara ringkas berkaitan apa yang telah mereka pelajari dan fahami. Guru
perlu memastikan setiap murid yang dipanggil kehadapan untuk berasa yakin untuk
bercakap tentang perkara yang mereka telah pelajari. Guru juga menggunakan teknik soal
jawab dengan mengajukan beberapa soalan kepada murid dan guru membuat kesimpulan
secara keseluruhan. Untuk mengakhiri kelas guru akan mengucapkan terima kasih kepada
murid kerana memberi kerjasama sepanjang kelas berlansung. Guru yang memberikan
pujian dan ucapan terima kasih kepada murid memainkan peranan penting dalam
pembentukan hubungan yang positif dan memotivasi dalam persekitaran pembelajaran. Hal
ini bertepatan dengan kenyataan Zalina et al., (2016), Teknik pujian digunakan bertujuan
untuk mengubah tingkah laku negatif kepada peningkatan positif. Langkah ini bukan sahaja
meningkatkan keyakinan diri pelajar, malah meningkatkan motivasi mereka untuk
mengambil bahagian secara aktif dalam proses pembelajaran.

Dengan memuji pelajar, guru mengiktiraf usaha dan pencapaian mereka serta
memotivasikan mereka untuk meneruskan usaha mereka. Selain pujian, kesyukuran
memainkan peranan penting dalam membentuk hubungan guru-murid yang positif. Ini
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menghormati antara satu sama lain dan
memberi galakan positif kepada semua orang. Tindakan ini juga mewujudkan budaya
menghargai dalam kalangan pelajar, di mana mereka belajar menghargai usaha orang lain
dan memberi pengiktirafan kepada sumbangan positif. Kanak-kanak yang diberi pujian dan
ganjaran akan sentiasa terdorong untuk terus berjaya atau berjuang untuk Berjaya (Johaibi
Juhan & Zainab Ismail, 2016).

3.0 BORANG MERUNGKAI DAN MERANGKAI (KMR)


Untuk mendapatkan big idea ini, saya telah menggabungkan dua subjek iaitu Reka
Bentuk Teknologi(major) dan Pendidikan Kesihatan(minor) melalui borang merungkai dan
merangkai. Berdasarkan big idea tersebut, pembelajaran dilakukan meliputi 6C iaitu
Character, Citizenship, Collaboration, Communication, Creativity dan Critical.

11
4.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya saya memahami mengapa setiap guru perlu mempelajari dengan
lebih mendalam berkenaan subjek Pedagogi ini. Tanpa pengetahuan pedagogi yang mantap
seseorang itu tidak akan menjadi seorang guru yang baik kepada murid-muridnya. Saya
berharap bahawa pada masa akan datang saya akan dapat mengusai asas -asas pedagogi
dalam usaha menjadi seorang guru yang cemerlang kepada anak didik bangsa.

5.0 RUJUKAN
Azizi Yahya, Halimah Maalip, Noordin Yahaya, Lim Ting Theng. (2011). Hubungan gaya
kepimpinan guru besar dengan faktor-faktor kepimpinan di sekolah cemerlang.
Journal of Educational Management.

Brophy, Jere (1998). Motivating Students To Learn. Mc Graw Hill Company.

Eggen, P., & Kauchak, D. (2001). Educational psychology: Windows on classrooms (5th
ed.).: Prentice Hall.

Fullan, M. & Langworthy, M. (2014) A rich. seam: How new pedagogies find deep learning.

Johaibi Juhan, Zainab Ismail. 2016. Pendekatan Al-Targhib Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Hafazan Al-Quran Kanak-Kanak. Kolokium Antarabangsa Siswazah
Penajian Islam.

Kamarudin, Hj. H.(1993). Perkaedahan Mengajar Bahasa. Kumpulan Budiman

Whiteley, M. (2012). Big Ideas: A close look at the Australian history curriculum.

Zalina Katmana, Mohd Hanafi Mohd Yasinb, Mohd Mokhtar Taharc. 2016. Penggunaan
Peneguhan Positif: Pujian Dan Token Ekonomi Untuk Modifikasi Tingkah laku Murid
Pendidikan Khas ‘Slow Learner’. Seminar Penyelidikan Tindakan IPGKBL.

12
6.0 LAMPIRAN
REKA BENTUK TEKNOLOGI TAHUN 6

TEMPLAT MERUNGKAI KURIKULUM


(REKA BENTUK PEMBELAJARAN)

Semak RMK atau MK dan lengkapkan ruangan berikut:


Mata pelajaran Reka Bentuk teknologi (Sekolah Rendah)
Tahun Enam
Semester Semester 1
Tahun Tahun 2
Standard/CLO

SK: 5.2 Reka Bentuk produk elektromekanikal


SP: 5.2.1 Menyatakan elemen elektromekanikal
5.2.2 Menerangkan elemen elektromekanikal

Pengetahuan / Fakta Kemahiran


(Kata Nama) (Kata Kerja)

produk elektromekanikal Menyatakan


Menerangkan
elemen elektromekanikal

Perkembangan Pembelajaran:
Menyatakan elemen elektromekanikal
Menerangkan elemen elektromekanikal

Hasrat Pembelajaran Kriteria Kejayaan (Success Criteria)


(Learning Intentions):

Saya boleh menyatakan elemen


elektromekanikal Saya dapat menyatakan elemen
elektromekanikal
Saya dapat menerangkan elemen
Saya boleh menerangkan elemen
elektromekanikal
elektromekanikal

1
PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6

TEMPLAT MERUNGKAI KURIKULUM


(REKA BENTUK PEMBELAJARAN)

Semak RMK atau MK dan lengkapkan ruangan berikut:


Mata pelajaran Pendidikan Kesihatan (Sekolah Rendah)
Tahun Enam
Semester Semester 1
Tahun Tahun 2
Standard/CLO

SK: 9.1 Pengetahuan asas pertolongan cemas dan kemahiran bertindak dengan bijak
mengikut situasi

SP:9.1.1 Mengetahui kandungan dan fungsi peti pertolongan cemas.


9.1.2 Mengaplikasikan penggunaan peti pertolongan cemas dalam bantu mula.

Pengetahuan / Fakta Kemahiran


(Kata Nama) (Kata Kerja)

pengetahuan asas pertolongan cemas Mengetahui


bertindak dengan bijak mengikut situasi Mengaplikasikan
fungsi peti pertolongan cemas
bantu mula

Perkembangan Pembelajaran:
Mengetahui kandungan peti pertolongan cemas
Mengetahui fungsi peti pertolongan cemas.
Mengaplikasikan penggunaan peti pertolongan cemas dalam bantu mula

Hasrat Pembelajaran Kriteria Kejayaan (Success Criteria)


(Learning Intentions):

Saya boleh mengetahui kandungan peti Saya dapat mengetahui kandungan peti
pertolongan cemas pertolongan cemas
Saya boleh mengetahui fungsi peti Saya dapat mengetahui fungsi peti
pertolongan cemas. pertolongan cemas.

Saya boleh mengaplikasikan penggunaan Saya dapat mengetahui fungsi peti

peti pertolongan cemas dalam bantu mula pertolongan cemas.

2
PERANCANGAN KEFAHAMAN MELALUI REKABENTUK (KmR)

PERINGKAT 1: HASIL PEMBELAJARAN


Hasil Pembelajaran (LO):
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

SK: 5.2 Reka Bentuk produk elektromekanikal


SP: 5.2.1 Menyatakan elemen elektromekanikal
5.2.2 Menerangkan elemen elektromekanikal

SK: 9.1 Pengetahuan asas pertolongan cemas dan kemahiran bertindak dengan bijak
mengikut situasi
SP:9.1.1 Mengetahui kandungan dan fungsi peti pertolongan cemas.
9.1.2 Mengaplikasikan penggunaan peti pertolongan cemas dalam bantu mula.

Kefahaman (U): Soalan Pencetus Idea (EQ):

Big Idea: 1. Bagaimana memahami elemen


Memahami elemen elektromekanikal elektromekanikal menjaga
membantu menjaga keselamatan diri keselamatan dir?
2. Sejauh manakah keselamatan diri
Kata Kunci: Memahami, keselamatan, terjamin jika kita tahu elemen
elemen elektromekanikal elektromekanikal?
3. Mengapa keselematan diri itu
penting?

Pengetahuan (K): Kemahiran (S):

Pelajar mengetahui: Pelajar dapat melakukan:


RBT RBT
Saya boleh Menyatakan elemen Saya dapat menyatakan elemen
elektromekanikal elektromekanikal
Saya boleh menerangkan elemen Saya dapat menerangkan elemen
elektromekanikal elektromekanikal

PK PK
Saya boleh mengetahui kandungan peti Saya dapat mengetahui kandungan peti
pertolongan cemas pertolongan cemas
Saya boleh mengetahui fungsi peti Saya dapat mengetahui fungsi peti
pertolongan cemas. pertolongan cemas.
Saya boleh mengetahui fungsi peti Saya dapat mengetahui fungsi peti
pertolongan cemas. pertolongan cemas.
Tahap Penguasaan
Tahap Penguasaan 1 : 1 Menyenaraikan peraturan keselamatan diri, bengkel,
peralatan dan bahan. (RBT)
Tahap Penguasaan 4 : 1.1.2 Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap
ujaran yang terdapat dalam situasi tidak formal.(BM)

PERINGKAT 2: BUKTI PENTAKSIRAN


Tugasan Pembelajaran (T): Eviden Lain (OE):

1. Pelajar dapat mendengar, memahami Proses:


dan memberikan respon. 1. Tayangan slaid pembentangan
elemen elektromekanikal.
2. Pelajar dapat menyenaraikan elemen (Pengajaran)
elektromekanikal 2. Murid melakukan aktiviti PAK21
“Who am I”

PERINGKAT 3: PELAN PEMBELAJARAN


Aktiviti Pembelajaran (L):

1. Where: Pelajar dapat menyatakan dan menerangkan elemen


elektromekanikal melalui pengajaran yang menggunakan teknologi digital.

2. Hook:
2.1 Pelajar diberi ganjaran oleh guru jika dapat menjawab soalan.
2.2 Guru menggunakan flash card bergamar untuk menarik perhatian
murid.

3. Equip:
3.1 Pelajar melihat slaid pembentangan sambil guru menerangkan setiap
maklmumat berkaitan objektif pelajaran.
3.2 Pelajar bertanyakan soalan berkaitan apa yang dimusykilkan.

4. Rethink:
4.1 Pelajar mengasah kemahiran berfikir dan sosial dalam permainan
PAK21 “Who am I”
4.2 Pelajar berfikir untuk menjawab soalan di lembaran kerja.
5. Tailored:
5.1 Pelajar mampu bermain permainan “Who am I” dengan baik

6. Organized:
6.1 Pelajar memberikan rumusan berkaitan pembelajaran tersebut.
Elemen 6C:

C1 = SAHSIAH (CHARACTER)

Membentuk sifat berani dalam diri murid dengan meminta mereka untuk menyatakan
pendapat berkaitan elemen elektromekanikal

C2 = KEWARGANEGARAAN (CITIZENSHIP)

Memikirkan tentang keselamatan diri dan negara.

C3 = KOLABORASI

Membuat kolaborasi dengan pasukan Tenaga Nasional Berhad berkaitan


keselamtan perkakasan elektrik yang juga merupakan antara elemen
elektromekanikal.

C4 = KOMUNIKASI

Berlaku komunikasi murid dengan murid, murid dengan guru, dan murid dengan
masyarakat dalam melakukan sebarang aktiviti.

C5 = KREATIVITI

Membina dan menghasilkan elemen elektromekanikal yang menekankan elemen


keselamatan.

C6 = KRITIS

Bersama-sama rakan sekelas untuk memikirkan cara bermain permainan PAK21


“who am I” sehingga betul semua.
Format Rancangan Pengajaran Harian
(RPH)

Mata Pelajaran Reka Bentuk & Teknologi


Kelas 6 Kejora
Tarikh 2 September 2023
Masa 11:30 – 12-30 (60 Minit)
Bilangan Murid 31 Orang
Bidang Aplikasi Reka Bentuk Teknologi kejuruteraan
Standard Kandungan 5.2 Reka Bentuk produk elektromekanikal

5.2.1 Menyatakan elemen elektromekanikal


Standard Pembelajaran
5.2.2 Menerangkan elemen elektromekanikal
Objektif Pengajaran: Kriteria Kejayaan: Murid
Murid dapat: boleh :
1. Menyatakan 3 elemen elektromekanikal 1. Menyata dan membezakan diantara 3 elemen
iaitu komponen elektrik, komponen elektromekanikal yang terdapat dalam silibus
elektronik dan komponen mekanikal iaitu komponen elektrik, komponen elektronik
dengan betul dan tepat . dan komponen mekanikal melalui permainan
“Who Am I”.
2. Menerangkan fungsi bagi setiap 2 contoh
elemen elektromekanikal dengan betul 2. Menerangkan fungsi bagi setiap 2 contoh elemen
dan tepat . elektromekanikal menggunakan lembaran kerja.

Murid pernah melihat elemen elektromekanikal secara umum dalam


Pengetahuan Sedia Ada
kehidupan seharian mereka namun tidak mengetahuinya
Kemahiran
 Sains & Teknologi
Elemen Merentasi
 Kreativiti dan Inovasi
Kurikulum (EMK)
 Sistematik
Nilai-nilai murni  Berhati-hati
 Jimat Cermat
Penilaian pengajaran dan  Lisan
pembelajaran  Penulisan
 Menyatakan (Mengetahuai)
Kemahiran berfikir  Menerangkan (Memahami)
 Banding beza
 Slide Presentation
Bahan bantu mengajar
 Flash Card
Langkah Aktiviti Pengajaran
Isi pelajaran Catatan
/masa dan Pembelajaran
Set induksi -Guru menunjukkan beberapa Kaedah:
gambar yang menggunakan -Murid memberi contoh
(10 minit) kawasan atau tempat yang
elemen elektromekanikal. -Perbincangan
menggunakan elemen
-Kegunaan elemen elektromekanikal dalam -Menunjukkan
elektromekanikal dalam kehidupan seharian gambar
kehidupan seharian kita. manusia menggunakan flash
card.
-Guru bertanyakan beberapa -Murid memberi pandangan
tentang kelebihan
soalan:
penggunaan elemen
elektromekanikal dalam
1. Pernahkah anda melihat kehidupan seharian
mesin basuh? manusia.
2. Apakah kegunaannya?

3. Bagaimana ia berfungsi?

-Kegunaan elemen
Langkah 1 elektromekanikal dalam - Murid mendengar BBM:
(20 minit) kehidupan seharian kita. penjelasan berkenaan Tayangan slide
setiap elemen menggunakan
- Beberapa contoh utama elektromekanikal secara projector berkenaan
melibatkan elemen terperinci oleh guru. elemen
elektromekanikal yang perlu elektromekanikal.
diketahui murid. -Guru menggunakan
 Plag 3 pin projector untuk menyiarkan Kaedah :
 Panel kawalan slide di hadapan kelas Perbincangan
untuk ditonton oleh murid.
 Takal
 Tali sawat Strategi:
-Murid melibatkan diri Interaksi dua hala
 Gear dalam sesi pengajaran
dengan mengajukan soalan Nilai:
dan menjawab soalan yang Sistematik
di berikan guru sepanjang
sesi perbincangan .
Kompetensi 6C

Sahsiah –
pengaturan diri

Komunikasi –
Komunikasi yang
koheran
menggunakan
pelbagai mod
komunikasi

Pemikiran Kritis –
Pembinaan ilmu
yang bermakna.
Langkah 2 - Perbezaan dalam setiap elemen -Satu permainan ringkas BBM:
elektromekanikal memainkan akan dijalankan. Poster simbol dan
(20 minit)
peranan penting dalam Permainan tersebut ialah tanda keselamatan
pemahaman murid.Guru perlu ‘Who am I’.
mengelakkan daripada berlaku Kaedah :
kekeliruan dalam setiap istilah -Guru akan pilih salah Perbincangan
Contohnya: seorang murid untuk
1. Komponen elektrik: kehadapan, kemudian Strategi:
- Plag 3 pin murid tersebut akan Pemusatan Murid
- Motor diberikan satu gambar
berkaitan elemen Nilai:
2. Komponen elektronik elektromekanikal. Namun Keperihatinan
- Panel kawalan gambar tersebut tidak
- Sensor boleh dilihat olehnya,tetapi Aktiviti PAK21 :
boleh dilihat oleh rakan Who am I
3. Komponen mekanikal kelas yang lain. Murid
-Takal tersebut perlu meneka Kompetensi 6C
-Tali sawat gambar tersebut dengan
-Gear mengajukan soalan bagi Sahsiah –
mendapatkan ciri ciri
pengaturan diri
- Perlaksanaan permainan PAK21 gambar tersebut. Setelah
selesai ,tukar murid lain
iaitu ‘Who am I’, yang mampu Komunikasi –
untuk kehadapan.
meningkatkan tahap kefahaman Komunikasi yang
murid serta memastikan suasana koheran
-Murid akan dapat
kelas sentiasa menarik kepada menggunakan
menguasai topik elemen
murid. pelbagai mod
elektromekanikal dalam
kehidupan seharian komunikasi
- Kefahaman dan pengukuhan dengan aktiviti yang
pelajar terhadap topik yang diajar interaktif dan sangat Pemikiran Kritis –
akan diuji berdasarkan lemabaran Pembinaan ilmu
menyeronokkan.
kerja yang perlu disiapkan sebelum yang bermakna
hbis waktu.
-Murid perlu menjawab
soalan yang dibekalkan
dalam lembaran kerja bagi
mengetahui tahap
penguasaan bagi setiap
pelajar samada di tahap
yang rendah atau tinggi.
Murid berbincang bersama
Penutup Membuat rumusan bersama
rakan dan guru tentang
murid tentang kefahaman masing- Kaedah:
(10 Minit) kefahaman masing-masing
masing terhadap 3 elemen Perbincangan
terhadap 3 elemen
elektromekanikal yang utama.
elektromekanikal yang utama.
-
Refleksi
-SLIDE-

Anda mungkin juga menyukai