Anda di halaman 1dari 11

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan izin-Nya
dapat saya menyiapkan tugasan individu bagi subjek EDUP3123 Pedagogi ini dengan
jayanya. Biarpun pada peringkat awal untuk menyiapkan tugasan ini saya menghadapi
pelbagai kesukaran dan masalah, namun akhirnya ia dapat disempurnakan juga, walaupun
tidak sebaik yang dipinta.

Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak


terhingga kepada para pensyarah yang mengajar saya di IPGM Kampus Perlis terutamanya
pensyarah pembimbing iaitu En Nor Adli bin Che Muda atas kesudian membantu dan
membimbing kami untuk menyiapkan tugasan ini. Tanpa bantuan ini,sukar bagi saya untuk
menyiapkan tugasan ini. Selain itu, juga rakan-rakan saya yang terdiri daripada RBT B yang
memberikan kerjasama dalam meberikan maklumat berkenaan tugasan pendokumentasian
ini.

Di samping itu juga, ucapan penghargaan terima kasih juga saya rakamkan kepada
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di atas kesudia nmembantu saya dalam
menyiapkan tugasan ini. Bantuan dan sumbangan kalian amat dihargai. Sekian, Terima
Kasih.
ISI KANDUNGAN

NO PERKARA MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN

PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN &


PEMBELAJARAN YANG DIGUNAKAN

2.0
2.1 PENDEKATAN PENGAJARAN (SET INDUKSI)
2.2 STRATEGI DAN KAEDAH PdP (LANGKAH)
2.3 PENUTUP

3.0 BORANG MERUNGKAI DAN MERANGKAI (KMR)

4.0 PENUTUP

5.0 RUJUKAN

6.0 LAMPIRAN
1.0 PENGENALAN

Kefahaman Melalui Reka Bentuk (KMR) adalah satu pendekatan atau metodologi
pembelajaran yang bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan pencapaian pelajar
dalam pelbagai bidang pembelajaran. Pendekatan ini merangkumi proses reka bentuk
pembelajaran yang memberi penekanan kepada pemahaman konsep, aplikasi
pengetahuan, dan pemikiran kritis. KMR mempromosikan pembelajaran yang aktif,
kolaboratif, dan berpusatkan pelajar. Selain itu,Program Transformasi Sekolah (TS25) pula
merujuk kepada usaha-usaha untuk mengubah dan meningkatkan prestasi sekolah-sekolah
di Malaysia. TS25 merupakan inisiatif kerajaan Malaysia untuk menjadikan sistem
pendidikan negara lebih kompetitif dan berkualiti menjelang tahun 2025. Menurut Azizi et
al., (2011), reformasi dalam pendididkan yang dilaksanankan perlulah mengikut tuntutan
masa kini, beroperasi dengan lebih berkesan dan sejajar dengan perkembangan dunia
pendidikan masa kini Program ini termasuk pelbagai strategi dan tindakan untuk
meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran, serta memastikan sekolah-sekolah dapat
mencapai prestasi yang lebih baik.Contohnya,menerapkan pembelajaran yang mendapat
permintaan tinggi di pasaran kerja.

Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna merujuk kepada kemahiran,


pengetahuan, dan pendekatan yang digunakan oleh pendidik atau dalam kata lain guru
untuk memberikan pengajaran yang memberi makna kepada pelajar. Ia melibatkan cara
guru merancang dan melaksanakan pengajaran supaya pelajar dapat mengaitkan pelajaran
dengan kehidupan sehari-hari mereka, memahami konsep secara mendalam, dan
mengembangkan kemahiran kritis.Jadi pembelajaran bukan sekadar belajar untuk
menghadapi peperiksaaan semata-mata. Ini adalah aspek penting dalam usaha untuk
meningkatkan pembelajaran yang bermakna, di mana murid tidak hanya menghafal
maklumat, tetapi juga memahami dan mengaplikasikan pengetahuan dalam konteks yang
relevan. Hal ini kerana bagi memastikan kecemerlangan pembelajaran sepanjang hayat,
guru dan murid perlu bergerak secara individu dan berkumpulan dengan memastikan murid-
murid menguasai proses pembelajaran bermakna (Fullan, M. dan Langworthy, M., 2014).
Penggunaan Big Idea dalam pengajaran memainkan peranan penting dalam
meningkatkan pemahaman mendalam pelajar dan merangsang pemikiran kritis. Menurut
Whiteley (2012), Big Idea adalah bahan binaan pemahaman yang boleh dianggap sebagai
corak bermakna yang membolehkan seseorang menyambung titik-titik pengetahuan yang
berpecah-belah. Big Idea berfungsi sebagai konsep utama dalam topik pembelajaran,
membantu pelajar membuat hubungan yang mendalam antara pelbagai elemen
pembelajaran. Dengan memberi tumpuan kepada konsep utama, pelajar diajar untuk
menganalisis, menilai dan membuat kesimpulan berdasarkan pemahaman mereka tentang
idea. Ini membantu mereka memperoleh kemahiran berfikir analitikal yang lebih mendalam.

Pentingnya elemen-elemen ini adalah untuk memastikan bahawa pendidikan adalah


lebih daripada sekadar penyerapan fakta dan maklumat. Ia melibatkan pembinaan
pemahaman yang mendalam, kemahiran kritikal, dan kemampuan untuk menghubungkan
pengetahuan dengan dunia sebenar. Semua ini berperanan dalam mencapai matlamat
pendidikan yang lebih efektif dan bermakna.
2.0 PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN YANG
DIGUNAKAN

Pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran merupakan konsep yang berkait rapat,
saling melengkapi dan mempengaruhi antara satu sama lain dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran. Kaedah pengajaran menentukan fokus, strategi pengajaran menentukan
tindakan, dan kaedah pengajaran menentukan kemahiran mengajar. Kaedah pengajaran
merujuk kepada kaedah umum atau keseluruhan kaedah yang digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran. Strategi pengajaran merujuk kepada cara atau kaedah tertentu untuk
membantu pelajar belajar. Ini ada kaitan dengan cara guru menyusun dan menyampaikan
maklumat kepada pelajar. Kaedah pengajaran merujuk kepada teknik yang digunakan oleh
guru untuk mencapai pembelajaran yang berkesan.

2.1 PENDEKATAN PENGAJARAN (SET INDUKSI)

Set induksi atau dalam kata lainnya ialah pendekatan pengajaran merupakan kemahiran
yang perlu dimiliki oleh setiap guru ketika ingin memulakan pengajaran. Set induksi
bertujuan untuk menarik kesediaan pelajar untuk mengikuti pembelajaran pada hari
tersebut.Set induksi yang saya lakukan mengambil masa selama 10 minit di awal kelas.
Dimulakan dengan guru menunjukkan beberapa keping gambar ala telemen
elektromekanikal dalam bentuk “Flash Card” kepada murid diikuti dengan soalan seperti
“Pernahkah kamu melihat gambar ini?” dan “Bagaimana ia berfungsi?”. Soalan yang
diajukan akan dapat menarik minat murid untuk berfikir bagi menjawab soalan yang
diajukan.Walaubagaimanapun,soalan ini juga bertujuan untuk mengukur tahap
pengetahuan sedia ada murid sebelum memulakan kepada strategi-stragei pada Langkah
pengajaran yang berikut.Pendekatan yang guru gunakan adalah bersifat pendekatan
induktif. Eggen dan Kauchak (2001) menerangkan bahawa pendekatan induktif merupakan
strategi pengajaran yang mendahulukan data sebelum mengemukakan konsep atau
generalisasi. Secara kesimpulannya, pendekatan induktif merupakan pendekatan yang
melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat
generalisasi dan seterusnya membuat kesimpulan. Pendekatan ini tidak menggalakkan guru
untuk memberikan definisi, penerangan, penjelasan dan penghuraian isi kandungan secara
keseluruhan. Murid tidak didedahkan tentang isu-isu lain yang berkaitan dengan tajuk
perbincangan dan topik yang diajar, sebaliknya mereka digalakkan mencari, meneliti dan
mempelajarinya sendiri (Kamarudin, 1993). Dalam set induksi ini ,guru akan lebih banyak
mendengar daripada memberi penjelasan bagi memastikan murid untuk berasa ingin tahu.
Ini terjadi kerana setiap murid mempunyai maklumat sedia ada yang berbeza dan terdapat
maklumat yang betul dan yang salah.
2.2 STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (LANGKAH)

Langkah 1

Di dalam kelas yang berlansung selama 60 minit ini,guru menggunakan 2 langkah


sebelum diteruskan kepada penutup atau rumusan. Bagi langkah 1 yang dijalankan selama
20 minit, guru memulakan pengajaran menggunakan slaid persembahan yang dihasilkan
menggunakan media Canva.Saya memilih Bahan Bantuan Mengajar (BBM) iaitu projektor
LCD, dan computer riba untuk memaparkan slaid pembentangan berkaitan tajuk tersebut
supaya sesi pengajaran menjadi lebih berkesan dan jelas kepada murid-murid. Menurut Siti
Fadzilah dan Shereena (2002), inovasi teknologi multimedia yang canggih menggunakan
peralatan komputer menjadikan adunan audio, video, teks, grafik dan animasi yang baik
mampu menghasilkan warna serta reka bentuk yang menarik serta persekitaran
pembelajaran yang lebih berkesan.Strategi yang saya gunakan dalam langkah 1 ini adalah
strategi berpusatkan guru. Strategi berpusatkan guru adalah pendekatan pengajaran di
mana guru memainkan peranan utama proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru menerangkan tajuk elemen elektromekanikal menggunakan slaid


pembentangan kepada murid dan murid akan menjadi pendengar.Strategi ini berfokus
kepada pengajaran secara langsung dan pemindahan pengetahuan daripada guru kepada
pelajar. Walaubagaimanapun guru akan sentiasa membuat hentian sejenak untuk
menyemak pemahaman murid. Sebarang kemusykilan daripada murid dapat diselesaikan
secara menerus oleh guru dengan murid mengajukan soalan sewaktu guru menerangkan
sebarang perkara yang menjadi tanda tanya. Brophy (1978), menyatakan bahawa
pengajaran pemusatan guru merupakan pendekatan yang mudah dirancang dan diurus,
membekalkan model untuk pemikiran yang betul dan mengelakkan suasana elitis yang
sering dikaitkan dengan kaedah kumpulan. Saya memilih pendekatan ini keranan
pendekatan ini berguna untuk menyampaikan fakta-fakta khusus. Maka sesuailah dengan
tajuk pengajaran iaitu elemen elektromekanikal yang lebih berfokus kepada fakta. Jadi di
dalam langkah ini guru akan menyampaikan semua maklumat yang akan mencapai objektif
pengajaran sebelum diteruskan dengan langkah kedua yang lebih berfokuskan kepada
aktivit peneguhan.
Langkah 2

Dalam langkah kedua,yang juga mengambil masa selama 20 minit,guru melakukan


satu aktiviti PAK21 dan satu aktivti peneguhan menggunakan lembaran kerja.Langkah ini
menggunakan strategi berpusatkan tugasan dan kaedah belajar sambil bermain .Aktiviti
PAK21 yang dinyatakan ialah permainan ‘Who am I’. Guru akan pilih salah seorang murid
untuk kehadapan, kemudian murid tersebut akan diberikan satu gambar berkaitan elemen
elektromekanikal. Namun gambar tersebut tidak boleh dilihat olehnya,akan tetapi boleh
dilihat oleh rakan kelas yang lain. Murid tersebut perlu meneka gambar tersebut dengan
mengajukan beberapa soalan bagi mendapatkan ciri ciri gambar tersebut. Setelah selesai
menjawab,pertukaran murid akan dilakukan. Aktiviti inilah yang menggunakan kaedah
belajar sambil bermain. Permainan ialah pendekatan terancang dan berstruktur yang
memberi peluang kepada pelajar untuk belajar dalam suasana yang kurang formal,
menyeronokkan, bebas dan selamat, di samping meluahkan perasaan, meneroka dan
mencuba serta meningkatkan kemahiran. Melalui aktiviti bermain, kanak-kanak dapat
memberikan perhatian yang lebih kepada segala yang berkaitan dengan aktiviti bermain
yang mereka lakukan. Justeru, kanak-kanak mendapat pengalaman pembelajaran yang
bermakna dan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih baik (Sharifah Nor &
Aliza, 2011).

Seterusnya,kita bergerak kepada aktiviti peneguhan yang menggunakan lembaran


kerja. Lembaran kerja merupakan satu strategi berpusatkan tugasan dimana kefahaman
murid sepanjang pembelajaran akan diuji bagi melihat samada objektif pembelajaran
tercapai atau tidak.Guru merupakan individu yang bermain peranan paling penting kerana
kefaham pelajar adalah berdasarkan keberkesanan pengajaran oleh guru. Guru juga boleh
kenalpasti bahagian mana yang perlu diperkukuhkan berdasarkan jawapan yang bakal
ditulis oleh murid-murid. Guru perlu memastikan murid menghantar lembaran tersebut
sebelum masa ditetapkan. Jika dijadikan sebagai tugasan di rumah,guru perlu mengingati
murid untuk menjawab semua soalan dan membawanya pada waktu kelas yang berikutnya.
2.3 PENUTUP DAN RUMUSAN

Penutup yang dilakukan selama 10 minit menggunakan penutup kognitif dan penutup
sosial. Bagi penutup kognitif, guru akan mengajukan soalan “Adakah kamu sudah faham
berkanaan elemen elektromekanikal?” dengan jangkaan jawapan adalah bagi “Saya/kami
faham cikgu”. Seterusnya,guru akan memilih 3 hingga 5 orang murid untuk kehadapan dan
menceritakan secara ringkas berkaitan apa yang telah mereka pelajari dan fahami. Guru
perlu memastikan setiap murid yang dipanggil kehadapan untuk berasa yakin untuk
bercakap tentang perkara yang mereka telah pelajari. Guru juga menggunakan teknik soal
jawab dengan mengajukan beberapa soalan kepada murid dan guru membuat kesimpulan
secara keseluruhan. Untuk mengakhiri kelas guru akan mengucapkan terima kasih kepada
murid kerana memberi kerjasama sepanjang kelas berlansung. Guru yang memberikan
pujian dan ucapan terima kasih kepada murid memainkan peranan penting dalam
pembentukan hubungan yang positif dan memotivasi dalam persekitaran pembelajaran. Hal
ini bertepatan dengan kenyataan Zalina et al., (2016), Teknik pujian digunakan bertujuan
untuk mengubah tingkah laku negatif kepada peningkatan positif. Langkah ini bukan sahaja
meningkatkan keyakinan diri pelajar, malah meningkatkan motivasi mereka untuk
mengambil bahagian secara aktif dalam proses pembelajaran.

Dengan memuji pelajar, guru mengiktiraf usaha dan pencapaian mereka serta
memotivasikan mereka untuk meneruskan usaha mereka. Selain pujian, kesyukuran
memainkan peranan penting dalam membentuk hubungan guru-murid yang positif. Ini
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menghormati antara satu sama lain dan
memberi galakan positif kepada semua orang. Tindakan ini juga mewujudkan budaya
menghargai dalam kalangan pelajar, di mana mereka belajar menghargai usaha orang lain
dan memberi pengiktirafan kepada sumbangan positif. Kanak-kanak yang diberi pujian dan
ganjaran akan sentiasa terdorong untuk terus berjaya atau berjuang untuk Berjaya (Johaibi
Juhan & Zainab Ismail, 2016).

3.0 BORANG MERUNGKAI DAN MERANGKAI (KMR)


Untuk mendapatkan big idea ini, saya telah menggabungkan dua subjek iaitu Reka
Bentuk Teknologi(major) dan Pendidikan Kesihatan(minor) melalui borang merungkai dan
merangkai. Berdasarkan big idea tersebut, pembelajaran dilakukan meliputi 6C iaitu
Character, Citizenship, Collaboration, Communication, Creativity dan Critical.
4.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya saya memahami mengapa setiap guru perlu mempelajari dengan
lebih mendalam berkenaan subjek Pedagogi ini. Tanpa pengetahuan pedagogi yang mantap
seseorang itu tidak akan menjadi seorang guru yang baik kepada murid-muridnya. Saya
berharap bahawa pada masa akan datang saya akan dapat mengusai asas -asas pedagogi
dalam usaha menjadi seorang guru yang cemerlang kepada anak didik bangsa.
5.0 RUJUKAN

Azizi Yahya, Halimah Maalip, Noordin Yahaya, Lim Ting Theng. (2011). Hubungan gaya
kepimpinan guru besar dengan faktor-faktor kepimpinan di sekolah cemerlang.
Journal of Educational Management.

Brophy, Jere (1998). Motivating Students To Learn. Mc Graw Hill Company.

Eggen, P., & Kauchak, D. (2001). Educational psychology: Windows on classrooms (5th
ed.).: Prentice Hall.

Fullan, M. & Langworthy, M. (2014) A rich. seam: How new pedagogies find deep learning.

Johaibi Juhan, Zainab Ismail. 2016. Pendekatan Al-Targhib Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Hafazan Al-Quran Kanak-Kanak. Kolokium Antarabangsa Siswazah
Penajian Islam.

Kamarudin, Hj. H.(1993). Perkaedahan Mengajar Bahasa. Kumpulan Budiman

Whiteley, M. (2012). Big Ideas: A close look at the Australian history curriculum.

Zalina Katmana, Mohd Hanafi Mohd Yasinb, Mohd Mokhtar Taharc. 2016. Penggunaan
Peneguhan Positif: Pujian Dan Token Ekonomi Untuk Modifikasi Tingkah laku Murid
Pendidikan Khas ‘Slow Learner’. Seminar Penyelidikan Tindakan IPGKBL.

Anda mungkin juga menyukai