Anda di halaman 1dari 12

Berikut adalah panduan dalam berforum

1. Guna font size Medium


2. Guna ayat yg pendek2 dan mudah dibaca dgn membuat perenggan2 agar mudah
difahami point2 pentingnya.Guna bahasa perbualan dan bahasa santai seperti
perbincangan dlm kelas, namum disandarkan dengan fakta yg jelas + rujukan
3. Hanya perlu tekan reply, JANGAN buat topik baru..
4. Anggaran sekali respon maksimum tidak melebihi 1 halaman A4 ...cantiknya
sebahagian A4 shj.
5. Terlibat sebanyak 3 kali sekurangnya2 dalam setiap tajuk, 1 kali yg pertama
memberi respon soalan ustazah dan 2 kali lagi respon posting rakan2 lain.
6. TIDAK MENGULANG isi yang sama dgn rakan2 yg telah memberi pandangan.
Bincangkan prinsip mempelajari sirah yg perlu dijadikan pegangan dalam meneliti bahan-bahan
berkaitan sirah. Isi2 penting terdapat dlm slide tajuk 1 dan buku fiqh sirah al-Buti di
samping membuat rujukan buku2 lain berkaitan sirah.
Pastikan anda mengikut panduan berforum yg telah dimaklumkan sebelum ini.

Assalamualaikum Ustazah dan sahabat-sahabat seperjuangan sekalian.
Setiap individu yang mengaku dirinya seorang muslim dan mukmin wajib
beriman kepada Rukun Iman. Rukun Iman yang keempat ialah Beriman kepada
Rasul iaitu percaya dan beriman kepada setiap ajaran yang dibawa oleh rasul.
Kita juga perlu mengetahui dan mengkaji sejarah hidup mereka agar dapat
dijadikan ikutan dan panduan bagi menjamin kehidupan yang yang benar dan
tidak terpesong dari berlandaskan syariat yang telah di tetapkan oleh Allah SWT.
Nabi kita Muhammad SAW telah meninggalkan kepada kita sebuah kitab
yang paling berharga yang tiada ternilai iaitu Al-Quran. Isi kandungan yang
terdapat didalamnya dapat memenuhi setiap keperluan manusia sejak 1400
tahun dahulu hingga kini. Setiap manusia yang sentiasa berpegang teguh dengan
ajaran Quran akan mendapat kebahgaiaan samada didunia dan akhirat dan tidak
akan sesat buat selama-lamanya.
Dalam apa jua keadaan kita juga perlu jadikan peribadi Rasulullah SAW ini
sebagai teladan kerana baginda memiliki ketinggian peribadi yang tiada tolok
bandingnya. Sejarah perjalanan kehidupan bermula dari baginda masih kanak-
kanak hinggalah baginda wafat semuanya tidak pernah menyalahi syariat Allah.
Sejarah telah membuktikan betapa indahnya akhlak dan budi pekerti Rasulullah
sehingga isteri baginda Saidatina Aishah telah mengatakan bahawa akhlak
Rasulullah adalah Al-Quran.
Oleh yang demikian kewajipan kita sebagai seorang muslim umumnya dan
juga sebagai seorang pendidik khususnya perlu meneruskan apa yang telah
diwarisi oleh Rasulullah ini dan seterusnya menanamkan nilai-nilai murni peribadi
Rasululllah ini didalam minda dan diri anak-anak didik kita.

+ Bagaimanakah Pendidikan terhadap anak-anak menurut Rasululluh s.a.w. ?

Bermula daripada ibubapa sendiri

Mengasihi kanak-kanak

Memberikan pendidikan sesuai dengan tahap umurnya

Menekankan aspek keimanan kepada Allah dalam bentuk qudwah hasanah,
kebiasaan dan pengawalan



+ Bagaimanakah pendidikan yang perlu diberi kepada anak sejak mereka lahir ?

Memberi kefahaman tentang rukun-rukun Islam dan pengajaran sehingga dapat
membezakan diantara buruk dan baik yang dianjurkan oleh Islam.

Inilah perkara yang diwasiatkan oleh Rasullullah s.a.w. kepada umat

Arahan pertama ajar mereka perkara yang mula-mula sekali ialah
kalimah Laila ha illallah

-konsep dan tuntutan syahadah
-merealisasikan tuntutan syahadah dalam seluruh aspek kehidupan dan
menafikan dan mengisbatkan Allah
Bincangkan satu daripada peristiwa yang dilalui oleh Rasulullah saw
semasa kecil -remaja dan hubungkaitkan pendidikan yg perlu
diberikan kepada anak2 muslim dlm konteks masa kini untuk
menghidupkan sirah rasululLah saw dlm keluarga muslim.

Assalamualaikum Ustazah dan sahabat-sahabat seperjuangan sekalian.
Sepertimana yang telah kita sedia maklum baginda Rasulullah SAW membesar
sebagai anak yatim. Bapa Baginda, Abdullah telah meninggal dunia ketika ibu Baginda
baru mengandungkannya dua bulan. Apabila Baginda berusia 6 tahun, ibu Baginda
pula Aminah, meninggal dunia. Oleh itu, semasa kecil Baginda SAW telah merasai
pahit maung tidak mendapat belaian kasih sayang ibu bapa. Selepas itu, Baginda
dipelihara pula oleh datuknya Abdul Muttolib. Ketika berumur 8 tahun, datuk Baginda
pula meninggal dunia. Seterusnya Baginda dipelihara oleh bapa saudaranya iaitu Abu
Tolib sehingga Baginda besar dan dewasa.
Rasulullah s.a.w. menghabiskan empat tahun pertama zaman kanak-kanaknya
bersama ibu susuannya Halimatus Saadiad di padang pasir, di perkampungan Bani
Saad. Baginda telah diasuh dengan ciri-ciri peribadi yang baik oleh Halimatus Saadiah .
Oleh yang demikian, Baginda membesar dengan tubuh yang kuat, jasmani yang
sejahtera, lidah yang fasih, jiwa yang berani dan mampu menunggang kuda dengan
baik sekalipun masih kecil usianya.
Pada awal remaja, Baginda SAW telah mengambil upah mengembala kambing
untuk penduduk Makkah. Kemudian, apabila umur Baginda mencapai 25 tahun,
Baginda berniaga untuk Khadijah binti Khuwailid.
Sepertimana yang kita sedia maklum walaupun perjalanan kisah hidup
Rasulullah SAW bermula dari zaman kanak-kanak hingga remaja penuh dengan segala
kepayahan dan pahit getir ditambah pula dengan keadaan yatim piatu, tiada ibu dan
bapa untuk mendidik beliau, namun beliau mempunyai jati diri yang kuat dan teguh.
Baginda pandai menyesuaikan dirinya walau dengan siapapun beliau tinggal. Baginda
cuba hidup berdikari dengan mengambil upah mengembala kambing dan juga berniaga.

Berbanding dengan kanak-kanak dan remaja kini yang lebih banyak membuang
masa dengan aktiviti-aktiviti yang kurang berfaedah. Ibu bapa dizaman ini perlu lebih
berhati-hati mendidik anak-anak. Pendidikan akidah perlu ditanam sejak anak-anak
mereka masih kecil lagi. Mereka perlu memberikan pendidikan yang sesuai mengikut
tahap umur seseorang anak. Ibu bapa juga perlu menunjukan tauladan yang baik
kerana pengajaran pertama yang diterima oleh seseorang individu bermula dari rumah.
Ibu bapa perlu menyediakan bahan-bahan bacaan seperti sirah Rasulullah SAW
sebagai pedoman dan panduan anak-anak dalam menjalani kehidupan mereka. Pada
masa kini banyak buku-buku sirah dipasaran. Sirah Rasulullah SAW menjadi satu
pendidikan yang penting bagi kehidupan manusia kerana kefahaman tentang sirah
dapat melengkapkan akidah. Ini adalah kerana beriman kepada Rasul menuntut supaya
kita lebih memahami maklumat-maklumat diri Rasulullah SAW dan mengambil contoh
dari peribadi baginda yang mulia.

Mustafa as-Syibaie. Sirah Nabi Muhammad s.a.w. Pengajaran dan Pedoman.


Saya bersetuju dengan hujah yang telah diberikan. Adalah menjadi tanggungjawab
ibubapa dalam mendidik anak-anak dari dalam kandungan lagi hinggalah anak-
anak dewasa. Apabila masuknya alam persekolahan tanggungjawab mendidik
dikongsi bersama dengan guru-guru. Bukannya menyerahkan sepenuhnya
tanggungjawab itu kepada guru semata-mata. Peranan ibubapa dan guru mestilah
seiring dalam membentuk akhlak dan sahsiah anak-anak. Menjadikan sirah dan
Nabi Muhammad s.a.w. sebagai model ikutan. Yang mana, ibubapa dan guru
perlulah sentiasa menceritakan kepada anak-anak tentang hidup Rasulullah s.a.w
dan akhlak-akhlak yang nabi tunjukkan. Supaya anak-anak dapat membezakan
akhlak yang baik dengan akhlak yang buruk. Menggalakkan anak-anak supaya
mengamalkan akhlak dan peribadi Rasulullah s.a.w dalam pergaulan dan
kehidupan. Semoga menjadi anak-anak yang berbudi pekerti mulia.

Assalamualaikum.
Saya sependapat dengan ustazah. Pendidikan awal yang diterima oleh seorang
kanak-kanak adalah bermula dari rumah. Oleh yang demikian setiap ibu bapa perlu
menitik beratkan 4 tahap pendidikan mengikut sunnah Rasulullah seperti berikut:

Tahap Pertama (0-6 tahun)
Pada masa ini, anak hendaklah disayangi dengan sepenuh hati oleh ibubapa, dibelai
dengan kasih sayang, diajak bermain dan bergurau. Tujuannya adalah agar anak
sentiasa sedar bahawa ibu dan bapalah rujukan terbaik bagi mereka dalam semua
hal.
Tahap Ke-2 (7-14 tahun)
Ketika ibu bapa hendaklah mendidik mereka dengan kasih saying tetapi tegas
dengan arahan, disiplin dan beri mereka tanggungjawab. Mereka perlu dididik
dengan perkara-perkara wajib seperti solat, puasa dan juga ibadah-ibadah lain.
Tahap Ke-3 (15-21 tahun)
Mendidik anak dengan cara berkawan atau menjadi sahabat dengan mereka.
Bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi ia tidak bertentangan
dengan syariat.
Tahap Ke-4 (21 tahun dan keatas)
Pada ketika ini ibu bapa perlu memberi kebebasan bertindak sambil mengawasi
mereka supaya setiap tindakan yang diambil tidak menyalahi syariat Islam. Ibu
bapa perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan yang diambil berada
di atas landasan yang betul.




Assalamualaikum
Di antara profesion yang mulia di sisi Allah dan juga masyarakat ialah guru. Kerana
guru mewarisi tugas para nabi dan rasul untuk mendidik masyarakat. Guru mengajar
masyarakat menjadi pandai dan berilmu, disamping itu mendidik anak-anak didik menjadi insan
yang baik dan mampu berjasa kepada keluarga dan masyarakatnya.
Nabi dan rasul diutuskan oleh Allah sebagai guru untuk mengajar manusia dengan ilmu
yang benar, iaitu ilmu yang Allah wahyukan kepada mereka. Mereka mengajar ilmu tentang
ketuhanan, tentang perkara yang baik dan buruk, mereka mengajak manusia melakukan
perkara yang baik dan meninggalkan yang buruk. Mereka mengajar manusia supaya ingat
bahawa hidup di dunia ini hanya sementara sahaja. Semua akan mati dan kemudian akan
dihidupkan semula untuk diberi balasan terhadap perbuatan mereka semasa hidup di dunia.
Guru-guru pun demikian juga. Mereka mengajar manusia supaya pandai membaca dan
menulis. Mengenal Tuhan, faham maksud adanya semua benda yang dapat dilihat, faham
tingkah laku yang baik dan yang buruk. Mengajar manusia supaya mereka dapat menjalani
hidup dengan kerjaya masing-masing dan mendapat keredaan Allah s.w.t. Mengajar manusia
supaya menjadi insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.
Melihat kepada aspek-aspek inilah dikatakan guru mewarisi tugas para nabi.

bersama anak-anak anda dan ahli keluarga. kongsikan
pengalamana anda di sini "semarak cinta rasul" di rumah
dan respon mereka serta pengajaran yang boleh diambil
Assalamualaikum Ustazah, ikhwan serta akhawat sekalian.
Alhamdulillah saya telah menonton cerita karton sirah Rasulullah siri 3. Dalam cerita ini telah
digambarkan bagaimana Rasulullah SAW telah bersusah payah menyampaikan ajaran Islam
bermula dengan cara sembunyi-sembunyi selama 3 tahun. Selepas 3 tahun barulah Rasulullah
menyampaikannya secara terbuka.

Banyak pengajaran dan nilai-nilai murni yang terdapat dalam siri karton ini. Antaranya:
1. Kecekalan hati Rasululllah SAW dalam menyampaikan dakwah Islam.
Walaupun pada permulaannya pengikut-pengikut baginda terdiri dari golongan hamba dan
orang-orang miskin yang lemah ditambah pula dengan berbagai cacian dan tohmahan yang
diterima, namun baginda tidak pernah lemah semangat dan berputus asa. Berkat dari
kesabaran dan keyakinan baginda kepada Allah SWT, pengikut-pengikutnya semakin hari
semakin bertambah. Kemantapan rohani yang sebeginilah yang perlu kita terapkan kepada diri
anak-anak kita dirumah dan juga anak-anak didik kita disekolah. Berani kerana benar dan takut
kerana salah pepatah inilah yang perlu dipupuk kepada mereka. Allah telah menjanjikan
kemenangan dan ganjaran pahala yang besar bagi pejuang-pejuang agama yang berjuang
menegakkan agama Allah.
2. Membelanjakan harta kekayaan kejalan Allah.
Dalam cerita ini digambarkan seorang daripada sahabat Rasulullah SAW iaitu Abu Bakar yang
turut menyokong dakwah Rasulullah SAW. Sepertimana yang telah kita sedia maklum bahawa
Abu Bakar adalah orang kaya yang mempunyai banyak harta. Keadaan ini telah menimbulkan
kemarahan dikalangan musuh-musuh Islam seperti Abu Jahal. Mereka bimbang dengan
adanya Abu Bakar yang menyokong dakwah Rasulullah SAW sudah tentulah, kegiatan dakwah
Islam akan berkembang dengan lebih giat lagi. Kekuatan keimanan yang ada dalam diri Abu
Bakar yang percaya dan yakin bahawa ganjaran Allah yang akan diterima di akhirat kelak lebih
besar dari apa yang telah dibelanjakan untuk menegakkan syiar Islam.
Sikap bakhil dan kedekut untuk bersedekah dalam membelanjakan harta kejalan Allah perlu
dihakis di dalam diri kita kerana pangkat dan harta kekayaan tidak boleh menjamin
kebahagiaan seseorang di dunia maupun akhirat. Janganlah pula kita membelanjakan harta
yang dikurniakan Allah ini ke jalan yang tidak diredhai. Lebih-lebih lagi janganlah pula apabila
kita dikurniakan harta kekayaan, kemewahan dan kesenangan hidup sehingga lupa
tanggungjawab kita kepada Allah SWT dan kita sanggup Beraja dimata dan bersultan dihati
dengan menindas orang-orang yang lemah.


3. Teguhnya Iman Bilal bin Rabah.
Bilal bin Rabah adalah seorang hamba yang tidak mempunyai apa-apa, harta maupun saudara
mara. Namun apa yang boleh kita lihat keimanan Bilal kepada Allah SWT sangat tinggi. Beliau
tidak takut menyatakan pendiriannya kepada tuannya Umaiyyah, walaupun beliau sedar
dengan menyakatan kebenaran itu beliau akan menerima berbagai siksaan dari tuannya.
Keimanan yang sebeginilah yang patut kita contohi.
Kita sedar sejak dari dulu lagi sikap manusia tidak berubah. Manusia yang mempunyai
kedudukan pangkat, kuasa dan harta kekayaan akan menindas yang lemah. Mereka lebih
mengagung-agungkan keseronokan dunia dari mempertahan akidah yang benar. Ada pula
segelintir manusia yang sanggup mengadaikan agamanya dengan sedikit harta dunia yang
dijanjikan, sedangkan mereka juga adalah orang-orang yang mengetahui bahawa ganjaran
yang akan diperolehi demi mempertahankan agama Allah adalah lebih besar.
Pada hari ini kita dapat saksikan bukan hanya penindasan yang dilakukan oleh orang-orang
yang mempunyai kuasa ini, tetapi mereka juga sanggup melakukan pembunuhan yang kejam
terhadap pejuang-pejuang agama dan ulama sepertimana pembunuhan kepada al-Syeikh Dr.
Said Ramadhan al-Buti di Syria pada 21 Mac 2013 yang lalu. Beliau telah di bom ketika sedang
menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Iman, Damsyik, Syria. Keadaan ini perlu kita tangani
dan dibenteras bersama. Tanyalah kepada diri kita adakah kita sanggup mempertahan ulama-
ulama ini sepertimana yang dilakukan oleh sahabat-sahabat Rasulullah SAW? Sahabat-
sahabat Rasulullah sanggup disakiti dan menjadi benteng mempertahankan baginda dari
dilontar dengan batu oleh puak musyrikin Mekah. Bagaimana pula dengan diri kita?


Assalamualaikum. Antara faktor mengapa golongan musyrikin quraisy begitu benci dan
menentang ajaran yang dibawa oleh Rasulullah saw ialah:

1. Faktor Agama

Ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.aw. itu bertentangan dengan agama
berhala yang telah sebati menjadi darah daging orang-orang Makkah. Dari sudut akidah, Islam
menekankan Tauhid, percayakan Allah yang Maha Esa dan menentang amalan syirik. Agama
berhala dianggap sebagai agama tradisi nenek moyang mereka yang mesti dipertahankan.
Oleh itu sokongan kepada Nabi Muhammad s.a.w akan dianggap sebagai orang yang mahu
meruntuhkan tradisi itu.


2. Ingin Mengekalkan Kuasa Dan Pengaruh

Sebelum ini kepimpinan kota Makkah terletak di tangan Hasyim, moyang Nabi Muhammad
s.a.w dan Abd Mutalib. Setelah itu berpindah ke tangan Abu Talib, bapa saudara
Baginda. Besar kemungkinan kepimpinan itu akan diwarisi oleh Nabi Muhammad s.a.w kerana
keupayaannya yang luar biasa. Jika mereka memeluk Islam dan mengikut Baginda bermakna
kepimpinan itu akan terus berada di tangan Bani Hasyim.


3. Persamaan Taraf

Agama Islam yang disampaikan Nabi Muhammad s.aw. ialah agama tauhid yang menyeru
kepada keadilan sosial dan persamaan taraf manusia. Hal ini amat bertentangan dengan sistem
sosial Jahiliyah yang masih dikuasai oleh kaum bangsawan kaum Quraisy. Mereka masih
berpegang dengan taraf dan kedudukan sosial yang berbeza. Dengan terlaksananya ajaran
Islam, bermakna tidak ada lagi perbezaan antara ketua dan pengikut; antara yang kaya dengan
miskin dan antara tuan dengan hamba. Pada pandangan Islam, semua manusia adalah sama
sahaja kecuali bagi orang yang bertakwa.


4. Faktor Ekonomi/Mempertahankan Pusaka Nenek Moyang.

Orang-orang Quraisy mengamalkan penjualan atau berhala. Seandainya mereka memeluk
Islam, maka sudah tentu punca rezeki mereka akan hilang kerana Islam tidak membenarkan
pembuatan patung berhala dan menjualnya. Amalan membuat dan menjual patung pula
merupakan warisan nenek moyang mereka, Oleh itu mereka begitu sensitif apabila Nabi
Muhammad s.a.w. mencela agama berhala mereka.


5. Takut Akan Hari Pembalasan

Islam mengajar manusia tentang hari pembalasan atau hari kiamat. Wajib percaya kepadanya
dan merupakan satu daripada Rukun Iman. Segala amalan di dunia sama ada baik atau jahat
akan dikira pada hari pembalasan denganm saksama. Berita hari kiamat telah menakutkan
kaum Quraisy Mekah kerana mereka sedar bahawa mereka telah banyak melakukan perkara
keji yang ditegah oleh Islam seperti mencuri, merompak, berzina, minum arak dan
mengamalkan riba. Perbuatan ini akan dibalas dengan seksaan api neraka. Tetapi mengikut
agama berhala, segala dosa itu dapat dihapuskan di dunia juga tanpa menerima apa-apa
balasan pada hari kiamat.


6. Perasaan Iri hati

Mereka menentang Nabi Muhammad s.a.w. dan Islam kerana perasaan iri hati kedudukan Nabi
Muhammad s.a.w sebagai Nabi dan Rasul. Antara mereka ialah ialah Umayyah bin Abi al-Salt
pernah menyatakan keinginan menjadi seorang nabi. Al-Walid bin al-Mughirah berasa terlalu
kecewa apabila mendengar Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu.

Sekian.
Rujukan: Sejarah dan Perjalanan Hidup Rasulullah SAW. Edisi Lengkap. Karangan: Maulana
Syed Abul Hassan Ali an Nadwi
Assalamualaikum Ustazah dan rakan-rakan seperjuangan

Sepertimana yang telah kita sedia maklum selepas lebih dari tiga tahun melancarkan dakwah
secara terbuka, perjuangan Rasulullah s.a.w. berjaya melalui pelbagai ujian dan cubaan. Para
hamba yang diseksa tetap bertahan dengan keimanan mereka. Pemuda-pemuda beriman yang
diseksa oleh kaum kerabat mereka sendiri, tetap memilih iman daripada terus hidup dalam
noda syirik jahiliah. Rasulullah s.a.w.yang dilempar dengan bermacam-macam kata-kata pedih
tetap terus dengan dakwahnya. Tambahan pula dua orang tokoh Quraisy yang terkemuka,
Hamzah dan Umar berada dalam kumpulan kaum muslimin.

Pemimpin-pemimpin Quraisy masih tergamam dengan keislaman Hamzah dan Umar yang
merencatkan perancangan mereka untuk mengasak dan menekan kaum muslimin secara
habis-habisan. Setiap hari yang berlalu dalam era dakwah terbuka, menambahkan kekuatan
kepada kaum Muslimin dan melemahkan kedudukan pemimpin-pemimpin Quraisy. Pemimpin-
pemimpin Quraisy telah kehabisan ikhtiar untuk menghentikan dakwah Rasulullah s.a.w.

Timbullah pula cadangan dari kalangan mereka untuk membunuh Rasulullah s.a.w. Tetapi
perkara ini mustahil dapat dilaksanakan selagi Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib berada di
belakang Baginda. Akhirnya mereka memutuskan untuk memulaukan Bani Hasyim dan Bani
Abdul Mutalib . Pemulauan ini berakhir sekiranya Bani Hasyim menyerahkan Rasulullah s.a.w.
kepada kaum Quraisy untuk dibunuh.

Sehingga ke hari ini kita masih menyaksikan penindasan dan tekanan dari musuh-musuh Islam
terutama dari Yahudi laknatullah ini. Bukan sahaja penindasan yang di buat ini secara terang-
terangan seperti yang berlaku di Palestin malahan minda kita juga dijajah oleh meraka.

Mereka yang berpangkat doktor menyarankan kita supaya mengelakkan dari memakan daging
kambing, kerana daging kambing boleh menyebabkan panas badan. Ada juga doktor yang
mengatakan kandungan lemak dan kolesterol pada daging kambing tinggi serta seringkali
daging kambing dituding sebagai penyebab darah tinggi dan sakit jantung.

Sebenarnya, daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah s.a.w. Setiap sunnah
nabi mesti ada kelebihannya. Oleh kerana orang barat (yahudi) tidak mahu kita ikut sunnah
nabi, pelbagai kenyataan mereka keluarkan. Tetapi hakikat sebenarnya banyak manfaat,
khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga
ia digelar terapi kambing. Banyak lagi perkara-perkara sunnah Rasulullah yang telah di
putarbelitkan oleh mereka.

Semoga kita dapat bersama-sama meneruskan perjuangan Rasulullah s.a.w. dalam memerangi
kaum Yahudi. Dengan mengelakkan dari menyokong dalam penggunaan barang-barang yang
dihasilkan oleh mereka kita akan dapat melumpuhkan kekejaman mereka ini, kerana setiap
hasil yang di perolehi ini akan digunakan untuk membeli peluru bagi memusnahkan bumi
Palestin

Assalamualaikum. Terima kasih diatas perkongsian ilmu ini.
Allah telah berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 82:

EpE4- OE- +EE4-
LE4E4N 4g~--g W-ON44`-47
E1O_4O^- -g~-.-4
W-O74O'= W

Maksudnya: Demi Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) akan dapati manusia
Yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang Yang beriman ialah orang-
orang Yahudi dan orang-orang musyrik.

Sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW adalah sebuah rentetan sejarah
hidup yang panjang yang mengandungi pelbagai pengajaran dan pendoman untuk
umat Islam. Sejarah kehidupan atau sirah baginda Rasulullah SAW dihiasi dengan
kisah perjuangan yang tidak mengenal erti jemu, sebuah hakikat pengorbanan yang
sangat tinggi, pergantungan dan kepasrahan sepenuhnya kepada Allah SWT, dan
contoh panduan yang hidup untuk dijadikan ikutan sepanjang zaman.
Inilah ketetapan dan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, bahawa
segala apa yang dialami oleh Rasulullah SAW adalah contoh panduan kepada umat
Islam. Keperibadian dan kehidupan baginda adalah panduan untuk dilihat dan dijadikan
contoh oleh seluruh manusia dan seharusnya kita fahami bahawa baginda Rasulullah
SAW adalah sebaik-baik contoh dan ikutan, maka dengan ini kita seharusnya
mencontohi perjuangan baginda.

Assalamualaikum. Saya sependapat dengan ustazah
Pemulauan terhadap Rasulullah SAW dan pengikut-pengikutnya ketika ini perlu dilihat
sebagai pengajaran yang sangat besar kepada umat Islam jika ditakdirkan berlaku begitu.
Sedangkan Allah dengan segala perencanaan-Nya mampu menggagalkan tindakan yang
menindas umat Islam itu. Sekalipun teruk diboikot, adakah Rasulullah dan para pengikut
akhirnya mengaku kalah semata-mata supaya penderitaan itu dapat ditamatkan?. Tidak sama
sekali.
Apabila baginda mampu bertahan dan sekali-kali tidak menyerah kalah dengan menggadaikan maruah
agama maka begitu jugalah pengajaran yang perlu diambil oleh umat Islam hari ini. Seperti penjajahan
oleh rejim zionis terhadap rakyat Palestin yang memaksa umat Islam Palestin mereka bertahan dalam
keadaan serba kekurangan selama berpuluh tahun.

Panduan Tugasan
1. Pengenalan
1.1 Pengertian Tajuk + ayat yg berkaitan

1.2 Latarbelakang ayat

2. Tafsir ayat (merujuk kpd kitab tafsir) yang berkaitan peristiwa sirah
2.1 Nyatakan peristiwa

2.2 Penjelasan peristiwa daam kitab tafsir


3. Penutup
3.1 Pengajaran daripada ayat dan peristiwa sirah

3.2 Cadangan Aplikasi umat Islam hari ini

Anda mungkin juga menyukai