Apresiasi para sejarawan dan ahli ekonomi terhadap kemajuan kajian ekonomi Islam adalah sangat kurang dan bahkan dilihat seperti diabaikan dan tidak mempedulikan jasa-jasa intelektual para ilmuwan muslim. Buku Perkembangan Pemikiran Ekonomi 1 tulisan Deliarnov sebagai contoh, sama sekali tidak memasukkan hasil pemikiran para ekonom muslim di abad pertengahan, sedangkan pada zaman itu terdapat ramai ilmuwan muslim terdahulu yang memiliki pemikiran ekonomi yang sangat maju melampaui ilmuwan-ilmuwan Barat dan jauh mendahului pemikiran ekonomi Barat.Dalam buku sejarah Ekonomi tulisan Schumpeter, History of Economics Analysis menyatakan bahawa satu-satunya ilmuwan muslim yang disebutnya secara ringkas hanyalah Ibn Khaldun di dalam kompilasi dari Schumpeter. 2
Buku Sejarah Pemikiran Ekonomi tulisan penulis Belanda Zimmerman, juga tidak memasukkan pemikiran ekonomi oleh para pemikir ekonomi Islam. Oleh yang demikian, atas faktor tersebut bolehlah disimpulkan bahawa kebanyakan buku-buku sejarah ekonomi konvensional hanya menulis sejarah ekonomi Eropah hal ini kerana mereka hanya menulis mengenai ahli ekonomi Eropah. Fakta sejarah banyak membuktikan bahwa Ilmuwan muslim adalah ilmuwan yang sangat banyak menulis masalah mengenai ekonomi. Mereka tidak saja menulis dan mengkaji ekonomi secara normatif dalam kitab fiqh, tetapi juga secara ilmiah dengan metodologi yang sistematik dengan menganalisa masalah-masalah ekonomi. Salah satu intelektual muslim yang paling terkemuka dan paling banyak sumbangan dalam ekonomi ialah Ibnu Khaldun. (1332-1406). Ibnu Khaldun adalah ilmuwan muslim yang memiliki banyak hasil pemikiran dalam pelbagai bidang,
1 Deliarnov, Perkembangan Pemikiran Ekonomi, Jakarta, Rajawali Pers, cetakan kedua, 1997 2 Schumpeter, J.A.: History of Ekonomic Analysis, oxford University Press, London, 1959, p.136 and p.788. 2
seperti ekonomi, politik dan kebudayaan. Salah satu pemikiran Ibnu Khaldun yang sangat popular dan amat penting untuk dibincangkan adalah tentang ekonomi. Pentingnya perbahasan pemikiran Ibnu Khaldun tentang ekonomi kerana pemikirannya memiliki impak yang besar bagi perkembangan ekonomi Islam ke arah yang lebih maju.
3
Latar Belakang Ibn Khaldun Ibnu Khaldun atau nama sebenarnya Wali al-Din Abd al-Rahman bin Muhammad bin Abu Bakar Muhammad bin al-Hasan lahir di Tunis pada 1 Ramadan 732H. Keluarganya berasal daripada keturunan Arab Hadramaut yang pernah menetap di Serville, Itali, dan SepanyoL Akhirnya berpindah dan menetap di Afrika Utara semasa pemerintahan Hafs Abu Zakariyya, pemerintah Tunis pada waktu itu. Ibnu Khaldun mendapat pendidikan awal dalam pelbagai ilmu Islam seperti Al-Quran dan Al-Hadith.Apabila meningkat dewasa, beliau mempelajari pula tentang perundanganIslam, kesusasteraan, falsafah, bahasa dan mantik. Antara bahasa yang dipelajari oleh beliau ialah Lingustik Bahasa Arab seperti Nahu dan Saraf. Antara guru yangmengajarnya dalam ilmu-ilmu yang dipelajarinya adalah Muhammad Ibrahim Al-Abiliti,Abu Abd Allah Al-Jayyani, Abd Allah Muhammad bin Abd Al- Salam dan lain-lain lagi. Beliau mempunyai sifat peribadi yang tegas dalam menjalankan tugas yangdiamanahkan. Selain itu juga, kebolehan beliau dalam bidang sosiologi mengangkatkanlagi belaiu sebagai seorang ahli cendekiawan yang agung. Beliau mengamalkan sifatrendah diri dan tidak mementingkan pangkat dan bijak menyelesaikan masalah. Beliaumempunyai kepakaran dalam ilmu kemasyarakatan, pendidikan, keagamaan, tamadun,undang-undang dan falsafah. Dalam perjalanan hidup beliau dipenuhi berbagai peristiwa, pengembaraan dan perubahan.
4
Ibnu Khaldun: Bapa Sosio Ekonomi dan Politik Ibnu Khaldun adalah tokoh intelektual paling terkemuka di dunia. Ia bukan saja Bapa sosiologi tetapi juga Bapa ilmu Ekonomi. Hal ini kerana banyak teori ekonominya yang jauh mendahului Adam Smith dan Ricardo. Ertinya, ia lebih dari tiga abad mendahului tokoh ekonomi Barat modern tersebut. Muhammad Hilmi Murad telah menulis sebuah buku yang bertajukAbul Iqtishad: Ibnu Khaldun 3 (Bapa Ekonomi: Ibnu Khaldun). Dalam tulisan tersebut Ibnu Khaldun telah dibuktikannya secara ilmiah sebagai pengasas ilmu ekonomi secara spesifik Sebelum hasil kajian tentang ekonomi oleh Ibnu Khaldun, kajian-kajian ekonomi di dunia Barat masih bersifat normatif, adakalanya dikaji dari perspektif undang-undang, moral dan falsafah. Karya-karya tentang ekonomi oleh para ilmuwan Barat, seperti ilmuwan Yunani dan zaman Scholastic bercorak tidak ilmiah, kerana ilmuan zaman tersebut hanya memasukkan kajian ekonomi dalam kajian moral dan undang-undang. Sedangkan Ibnu Khaldun mengkaji masalah ekonomi dengan melihat dari aspek masyarakat dan negara secara terperinci dan sekali gusmenjelaskan fenomena ekonomi secara lebih tepat. Muhammad Nejatullah Ash-Shiddiqy, menuliskan satu fakta penting dari hasil kajian Ibnu Khaldun tentang ilmu ekonomi dalam bukunya yang berbunyi: Ibnu Khaldun has a wide range of discussions on economics including the subject value, division of labour, the price system, the law of supply and demand, consumption and production, money, capital formation, population growth, macroeconomics of taxation and public expenditure, trade cycles, agricultural, industry and trade, property and prosperity, etc. He discussses the various stages through which societies pass in economics progress. We also get
3 Muhammad Hilmi Murad, Abu al-Iqtishad, Ibnu Khaldun dalam Amal Mahrajan Ibnu Khaldun, Kairo, Markaz Al- Qawmi lil Buhuts al-Ijtimaiyah wa al-Jinaiyah, 1962 5
the basic idea embodied in the backward-sloping supply curve of labour 4 (Ibn Khaldun telah membincangkanpelbagai jenis masalah ekonomi secara meluas, termasuksubjek tentang nilai, pembahagian kerja, sistem harga, penawaran dan permintaan, penggunaan dan penghasilan, duit, pembentukan modal, pertumbuhan ppopulasi, makro ekonomi dari cukai dan pembelanjaan awam, kitaran perdagangan, pertanian, indusrtri dan perdagangan, hak milik dan kemakmuran, dan sebagainya. Ia juga membincangkanpelbagai jenis tahap yang dilalui oleh masyarakat dalam perkembangan ekonomi masyarakat tersebut.) Pendapat ini dikukuhkan lagi oleh Shiddiqy Boulokia dalam tulisannya Ibn Khaldun: A Fourteenth Century Economist, yang menyebut bahawa: Ibnu Khaldun discovered a great number of fundamental economic notions a few centuries before their official births. He discovered the virtue and the necessity of a division of labour before Smith and the principle of labour value before Ricardo. He elaborated a theory of population before Malthus and insisted on the role of the state in the economy before Keyneys. But much more than that, Ibnu Khaldun used these concepts to build a coherent dinamics system in which the economic mechanism inexorably led economic activity to long term fluctuation..... 5 (Ibn Khaldun telah menemui sejumlah besar idea dan pemikiran ekonomi yang penting, beberapa abad sebelum kelahiran rasminya (di Eropah). Dia menemui kepentingan prinsip pembahagian kerja sebelum Smith dan prinsip tentang nilai kerja sebelum Ricardo. Ibnu Khladun telah mengolah suatu teori tentang kependudukan sebelum Malthus dan menekankan tentang peranan negara di dalam ekonomi sebelum Keynes. Bahkan lebih daripada itu, Ibnu
4 Shiddiqy, Muhammad Nejatullah, Muslim Economic Thinking, A Survey of Contemporary Literature, dalam buku Studies in Islamic Economics, International Centre for Research in Islamic Economics King Abdul Aziz Jeddah and The Islamic Foundation, United Kingdom, 1976 5 Boulakia, Jean David C., Ibn Khaldun: A Fourteenth Century Economist Journal of Political Economiy 79 (5) September October 1971: 1105-1118 6
Khaldun telah menggunakan konsep-konsep ini untuk membangunkan suatu sistem yang dinamik di mana mekanisme ekonomi ini secara tidak langsung terarah kepada perubahan aktiviti ekonomi untuk jangkamasa panjang) Meskipun Ibnu Khaldun menjadi seorang seorang cendekiawan yang agung sehingga disanjung olehramai cendekiawan Barat kerana buah fikiran beliau. Tetapi jarang sekali umat Islam mengkajitentang ilmu beliau. Sumbangan beliau dalam ekonomi banyak dimuatkan dalam hasilkarya beliau, Al-Muqaddimah. Al-Muqaddimah merupakan hasil teragung yang beliauhasilkan. Antara teori ekonomi dalam buku itu masih lagi releven dengan masalahekonomi semasa pada masa kini. Kitab Al-Muqaddimah atau bermaksud pendahuluan inimerupakan kitab terbesar yang dihasilkan oleh beliau. Didalam kitabnya memuatkantentang pesuratan tentang sejarah, falsafah dan sosiologi termasuk juga pendidikan.Tema utama dalam kitab beliau adalah mengecam fakta- fakta psikologi, ekonomi, alamsekitar dan juga kemasyarakatan yang memainkan peranan penting dalam proses memajukan peradaban manusia dan perjalanan sejarahnya. Beliau telah membuat pelbagai analisistentang dinamika hubungan kumpulan-kumpulan dan menunjukkan bagaimanasetiakawan dan perpaduan social .Dalam karya tulisannya, beliau telah membincangkan beberapa prinsip dan falsafahekonomi seperti keadilan (justice), kerjasama (cooperation), kesederhanaan(moderation), kerja keras (hardworking) dan kelemahan (fairness). Pemikiran cemerlang beliau telah menjadikan beliau seorang seorang yang berpengaruh besar bagicendiakawan-cendiakawan barat dan timur. Pemikiran beliau telah membawa perubahanyang besar dalam jabatan politik, ilmiah dan peradilan.Ibnu Khaldun telah mejalankan analisis yang mendalam tentang teori ekonomi. Beliaumenjalankan kesemua kajian beliau tentang teori ekonomi berdasarkan kepada prinsip- prinsip dan falsafah islam. Ibnu Khaldun 7
tidak melihat fungsi utama manusia dalamaktiviti ekonomi yang mereka jalankan setiap hari tetapi beliau telah menganggap manusia sebagai manusia islamyang memerlukan pengetauhan dan pembelajaran ilmu tentang ekonomi untuk memenuhi atau menjalankanmisinya diatas muka bumi ini. Oleh itu, beliau menekankan bahawa manusia perlumenjauhi perbuatan jahat sebaliknya manusia seharusnya dan wajib mengikuti ajaranislam. Selain itu juga, beliau menekankan manusia perlu menjadikan Islam sebagai modeluntuk memperbaiki dirinya dan mesti memberikan keutamaan kepada kehidupan akhirat. Ibn Khaldun telah membincangkan beberapa prinsip dan falsafah ekonomi seperti keadilan (al adl), kerja keras, kerjasama dan kesederhanaan (wasatiyyah).Berhubung dengan keadilan, Ibn Khaldun telah menekankan bahawa keadilan merupakan tulang belakang dan asas kekuatan sesebuah ekonomi. Apabila keadilan tidak dapat dilaksanakan, sesebuah negara akan hancur dan musnah.Menurut beliau, ketidakadilan tidak sahaja difahami sebagai merampas wang atau harta orang lain tanpa sebarang sebab yang diharuskan. Malah, mengambil harta orang lain atau menggunakan tenaganya secara paksa atau membuat dakwaan palsu terhadap orang lain. Begitu juga kalau meminta seseorang melakukan sesuatu yang berlawanan dengan Islam. Beliau mengkategorikan perampas harta orang lain secara tidak sah hingga memberi kesan kepada kehidupan isteri dan keluarga sebagai paling tidak adil. Menurut beliau lagi, seseorang yang membeli harta seseorang dengan harga yang paling murah termasuk dalam kategori memiliki harta cara yang tidak betul. Ketidakadilan seumpama di atas membawa kepada kejatuhan sesebuah negara dan keruntuhan sesebuah tamadun dengan segera. Menurut Ibn Khaldun, atas sebab sebab tersebutlah semua bentuk ketidakadilan dilarang oleh Islam.
8
Teori Pengeluaran oleh Ibn Khaldun Ibnu Khaldun telah mengemukan pelbagai teori tentang ilmu ekonomi. Teori yang dikemukan dalam ilmu ekonomi adalah teori pengeluaran, teori nilai, wang dan harga dan teori pengagihan. Beliau mengemukan teori bahawa kehidupan ekonomi sentiasa menghala kearah pelaksanaan keseimbangan antara penawaran dengan permintaan. Dalam teori pengeluaran, Ibnu Khaldun menghuraikan perpaduan, penduduk dan pengeluaran sebagai satu fasa yang berlainan. Pada peringkat permulaan, individu mengeluarkan barang yang paling sederhana, semula jadi dan terpenting kepada dirinya sendiri. Pada peringkat selanjutnya, pengeluaran ditujukan terhadap barangan yang memerlukan kemahiran, memerlukan perkhidmatan perubatan dan kesenian. Ibnu Khaldun memberi penekanan bahawa pengeluaran yang meningkat dan perpaduan yang berkurangan melahirkan keperluan baharu terhadap kemewahan. Beliau menunjukkan bahawa melalui perpaduan dan cara ekonomi, kita dapat mendifinisikan masyarakat. Bagi beliau, semua faktor perpaduan, kependudukan dan pengeluaran tidak mempunyai kedudukan yang sama mustahak pada ketika yang berlainan. Menurut beliau lagi, teori pengeluaran adalah berasaskan tentang faktor buruh dan juga kerjasama masyarakat. Beliau juga mengangap buruh merupakan faktor terpenting dalam proses pengeluaran walaupun faktor-faktor lain seperti tanah yang tersedia, tenaga buruh adalah perlu untuk menghasilkan matlamat akhir sesuatu pekerjaan. Menurut Ibn Khaldun lagi, nilai atau harga sesuatu barangan sama dengan kuantiti buruh yang terlibat dalam pengeluaran barangan berkenaan. Harga buruh merupakan asas kepada penentuan harga sesuatu barangan dan harga buruh itu sendiri ditentukan oleh mekanisme 9
permintaan dan penawaran dalam pasaran. Manakala keuntungan terhasil daripada perbezaan yang diperoleh oleh peniaga antara harga jualan dengan harga belian. Namun begitu perbezaan antara kedua-dua harga itu. Pendapat ini turut disokong oleh Miller, di mana beliau ada mengatakan bahawa: As labor is the main source of earning, if labor increase, the value realized from it increase, and so is their earnings. The prosperity and wealth they enjoy leads them to luxury commodities such as luxury houses and clothes, fine vessels and utensils, and the use of servants and mounts. All these activities have value and a skillful people must be chosen to do them and to be in charge of them. Income and expenditure increase. Affluence comes to those who work and produce these things by their labor. Demand for luxuries will increase. Crafts and industries will arises to produce these luxuries, earnings multiplied in the city, production thrives, and thus the market for labor thrives, and so on with the second and third increment (Tenaga kerja adalah sumber utama pendapatan, jika bilangan buruh meningkat, nilai yang direalisasikan juga meningkat, dan begitu juga pendapatan mereka. Kesenangan dan kekayaan yang mereka nikmati mendorong mereka ke arah komoditi mewah seperti rumah-rumah mewah dan pakaian, dan perkakas dapur dan penggunaan orang gaji. Semua aktiviti ini mempunyai nilai dan memerlukan tenaga mahir yang dipilih untuk membuatnya dan untuk dipertanggungjawabkan. Pendapatan dan peningkatan perbelanjaan. Kemewahan diperolehi oleh mereka yang bekerja dan menghasilkan barangan dengan menggunakan pekerja. Permintaan untuk barangan mewah akan meningkat, kraf dan industri akan meningkat untuk menghasilkan barangan mewah, sumber pendapatan di bandar akan berganda, pengeluaran meningkat, dan dengan itu pasaran untuk buruh juga akan meningkat). 10
Selain itu beliau berpendapat bahawa kenaikan yang tetap pada paras harga amat perlu untuk mengekalkan tahap produktiviti. Dalam hal ini beliau menyarankan agar masyarakat melakukan perancangan supaya setiap bidang pekerjaan dilakukan oleh orang yang mahir dan cekap. Oleh itu, pertumbuhan ekonomi dan pembahagian tenaga buruh bergantung rapat dengan pasaran. Menurut Ibn Khaldun harga barangan terdiri daripada tiga elemen utama iaitu gaji atau upah, keuntungan, dan cukai. Ketiga-tiga elemen ini merupakan pulangan kepada masyarakat. Oleh sebab itu, beliau membahagikan ekonomi kepada tiga sektor iaitu sektor pengeluaran, pertukaran, dan perkhidmatan awam. Ibnu Khaldun juga ada bercakap tentang penilaian pengeluaran dan menunujukkan bagaimana industri menyusuli pertanian. Beliau menunjukkan industri adalah lebih kompleks dan memerlukan tahap peradaban dan pengkhususan individu yang tertentu. Perhatian khusus diberikan oleh beliau kepada kajian mengenai perpaduan atau kesatuan, kependudukan dan ekonomi dalam ekologi yang berbeza. Tekanan kependudukan terhadap taraf hidup menyebabkan pengeluaran meningkat. Meliau menunujukkan peri mustahaknya perpaduan ke atas politik dan ke atas keseluruhan kehidupan masyarat yang lebih tersusun.