Anda di halaman 1dari 10

NAME OF THE COLLEGE:

INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SUNGAI BULOH, SELANGOR

COURSE CODE AND NAME

GCSP 2033

HEALTH SOCIOLOGY AND PSYCHOLOGY

TOPIC OF THE ASSIGNMENT

DEPRESI PADA REMAJA :

GEJALA DAN PERMASALAHANNYA

NAME:

MOHAMAD ZAMRI BIN MAT ZAIN

MATRIX NUMBER OF STUDENTS:

BPPKP2020-0020

DATE OF SUBMISSION

3 MEI 2021
NAMA PELATIH MOHAMAD ZAMRI BIN MAT ZAIN

NO MATRIK BPPKP2020-0020

DIPLOMA KESIHATAN PERSEKITARAN (PPKP)


PROGRAM
DKP 36

KOD KURSUS GCSP 2033

NAMA KURSUS HEALTH SOCIOLOGY AND PSYCHOLOGY

DEPRESI PADA REMAJA : GEJALA DAN


TAJUK ARTIKEL
PERMASALAHANNYA
TARIKH
3 MEI 2021
PENGHANTARAN

PN MAZNAH BINTI MAT ZAIN


NAMA PENGAJAR
PN ROHAYU BINTI YASIR
PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya
menyiapkan kerja laporan kajian mengenai depresi pada remaja dengan jayanya.
Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada institut latihan
kementerian kesihatan malaysia sungai buloh (ILKKM) kerana memberi peluang
kepada saya menghasilkan kerja laporan ini dengan menyediakan kemudahan
seperti perpustakaan bagi memudahkan saya mendapatkan bahan rujukan yang
berkaitan dengan tajuk tugasan saya.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Puan Maznah Binti Mat Zain dan Puan
Rohayu Binti Yasir yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang
sempurna kepada saya dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam
proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu juga, saya mengucapkan ribuan terima
kasih kepada puan kerana memberi kepercayaan kepada saya dalam menyiapkan
tugasan ini sehingga jayanya.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan serta
dorongan dalam menghasilkan kerja laporan ini. Tanpa sokongan dan dorongan
orang tua mungkin tidak dapat saya menghasilkan kerja laporan ini dengan sempurna
seperti rakan-rakan yang lain. Malah jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan
seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus membantu menghasilkan tugasan
laporan ini dan bertukar-tukar idea dalam membantu saya menyiapkan kerja laporan
ini.

Akhir sekali, harapan saya agar segala tugasan yang saya hasilkan dapat
menambahkan ilmu pengetahuan saya dan rakan-rakan disamping dapat menjadi
penolong pegawai kesihatan persekitaran yang bertanggungjawab. Selain itu juga,
harapan saya agar dapat memberi manfaat kepada diri sendiri terutamanya kepada
pembaca agar kita sama-sama memahami konsep sosiologi dalam kehidupan
seharian.

i
ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN i

ISI KANDUNGAN ii

1.0 PENGENALAN iii

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN iv

3.0 PERBINCANGAN v

4.0 CADANGAN vi

5.0 RUMUSAN vi

RUJUKAN vii

LAMPIRAN viii

ii
1.0 PENGENALAN

Menurut ahli psikologi Stanley Hall (1904) zaman remaja ialah jangka masa seseorang
itu mengalami berbagai cabaran dan tekanan (storm and stress). Tidak semua remaja
berjaya melalui perubahan yang berlaku dalam tempoh peralihan dengan baik,
bahkan di antara mereka mula mengalami pelbagai kejadian yang tidak
menyenangkan. Ketidaksediaan remaja dalam menghadapi pelbagai masalah
kehidupan boleh menjadi salah satu faktor yang menyebabkan potensi risiko remaja
mengalami kemurungan lebih tinggi. Kemurungan biasanya tidak dapat dikesan sejak
awal dan hanya diketahui setelah beberapa masalah, termasuk bunuh diri. Menurut
Hermin Mallo Daniel Ronda bunuh diri merupakan penyebab utama kematian ketiga
pada remaja dan ini menyebabkan pemilihan tajuk dipilih bersesuai dengan topik
sosiologi yang diberi iaitu depresi pada remaja: gelaja dan permasalahannya. Tujuan
kajian ini adalah untuk mengetahui tingkah laku yang merupakan gejala kemurungan
yang berlaku pada remaja dan masalah mereka.

Peserta dalam kajian ini adalah remaja. Mereka adalah pelajar baru di universiti
swasta di Surabaya. Mereka berumur antara 16 hingga 18 tahun, tanpa mengira
jantina. Kajian ini menggunakan sampel penelitian menggunakan borang kaji selidik
bertujuan meneliti remaja yang mempunyai kriteria khas iaitu, bagi orang yang
mengalami kemurungan dan bagi mereka yang masih cenderung mengalami
kemurungan, peserta dikira dengan skor cut-off CDI (Skala Depresi Anak) dan
dibahagikan kepada lima sub skala iaitu negative mood, interpersonal problem,
ineffectiveness, anhedonia dan negative self esteem. Peserta adalah 230 pelajar,
dan kemudian mereka disaring menggunakan CDI. Tajuk jurnal depresi pada
remaja:gejala dan permasalahannya dipilih kerana ia sesuai dengan objektif dan
tujuan kajian ini dilakukan iaitu untuk mengetahui tingkah laku yang merupakan
gejala depresi di kalangan remaja.

iii
2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Laporan kajian yang dijadikan bahan laporan berjudul depresi pada remaja: gejala
dan permasalahannya. Alasan judul jurnal ini dipilih kerana jurnal ini sesuai dan
memenuhi salah satu kriteria tugas yang diberikan berkaitan umur dan kesihatan.
Menurut ahli psikologi stanley hall (1904) zaman ialah jangka masa seseorang itu
mengalami berbagai cabaran dan tekanan (storm and stress).

Fenomena pemikiran dalam masyarakat banyak ragamnya kadangkala


fenomena pemikiran berkembang menjadi suatu masalah sosial akibat perbezaan
cara pandangan mengenai fenomena tersebut. Menurut achenbach dan edelbrock
(1987) mengatakan bahawa kebanyakan ahli psikologi klinikal dan juga ahli-ahli
psikologi yang lain membahagikan kepada dua jenis masalah yang dialami oleh
remaja iaitu kecelaruan dalaman dan kecelaruan luaran.

Dalam menyelesaikan masalah yang diperlukan ialah suatu teori untuk


menyelesaikannya. Teori-teori tersebut lahir dari pengalaman-pengalaman yang
terjadi dalam kehidupan sehari-hari. Ini kerana, setiap individu mengalami
pengalaman yang berbeza maka teori yang muncul juga akan berbeza antara satu
individu dengan individu yang lain. Menurut jurnal yang dikaji peristiwa hidup yang
negatif boleh menjadi salah satu faktor yang menyebabkan terjadinya depresi di
kalangan remaja dan menurut uba, yaacob dan juhari (2010) terdapat hubungan yang
signifikan antara buli dengan depresi pada remaja.

Depresi adalah gangguan emosi yang dicirikan oleh kesedihan dan sikap tidak
peduli yang mendalam. Setiap orang mesti merasa sedih atau tertekan. Remaja
adalah sekumpulan orang yang tidak mahu dianggap sebagai kanak-kanak, tetapi
tidak dapat menduduki dunia dewasa dan anggaran umur bagi remaja ada 14 tahun
hingga 26 tahun. Isu yang di ketengahkan dalam jurnal kajian pengkaji ada masalah
depresi di kalangan remaja universiti.

iv
3.0 PERBINCANGAN

Untuk mendapatkan gambaran mengenai tingkah laku yang mungkin merupakan


gejala kemurungan dan masalah yang berkaitan dengan peserta yang mengalami
kemurungan atau peserta yang mungkin masih menderita kemurungan, kajian ini
menggunakan data taburan frekuensi. Hasil kajian pengkaji menunjukkan bahawa
pelajar baru dengan kemurungan adalah 8%, dan pelajar baru yang cenderung
mengalami kemurungan adalah 28%.

Depresi adalah keadaan emosional yang biasanya terwujud sebagai emosi


kesedihan yang melampau, rasa tidak bererti dan perasaan diri lemah, menghindari
diri dengan orang lain dan insomnia, kehilangan selera makan, libido, minat dan
keseronokan dalam aktiviti harian (Davison, 2006: 372). Rathus (Lubis, 2009: 13)
menyatakan bahawa orang yang mengalami kemurungan biasanya mengalami
berbagai halangan, termasuk suasana hati, motivasi, fungsi,perilaku dan gerakan
minda. Menurut Atkinson (Lubis, 2009: 13), kemurungan adalah gangguan emosi
yang ditandai dengan ketidakpuasan dan patah hati, ketidakberdayaan yang
berlebihan, ketidakupayaan untuk membuat keputusan untuk memulakan aktiviti,
ketidakupayaan untuk berkonsentrasi, dan kurang semangat untuk hidup, Selalu
gugup dan berusaha membunuh diri.

Gejala depresi, hasil dapatan kajian adalah kumpulan tingkah laku dan perasaan,
yang secara khusus dapat diklasifikasikan sebagai kemurungan. Kita dapat melihat
gejala kemurungan dari tiga perspektif: fizikal, psikologi, dan sosial.

Gejala Fizikal Gejala Psikologi Gejala Sosial


1) Gangguan corak tidur 1) Kehilangan keyakinan diri 1) Cepat marah
2) Tahap aktiviti menurun 2) Sensitif 2) Mudah tersinggung
3) Kecekapan kerja 3) Rasa tidak berguna 3) Menyendiri
menurun
4) Produktiviti kerja 4) Perasaan bersalah 4) Sensitif
menurun
5) Mudah berasa letih dan 5) Perasaan terharu 5) Mudah letih
sakit

v
4.0 CADANGAN

Cadangan utama yang dapat diberikan berdasarkan hasil kajian pengkaji, mendapati
terutama bagi ibu bapa dan remaja itu sendiri merangkumi (1) ibu bapa harus peka
terhadap tingkah laku anak-anak remaja mereka ketika menunjukkan gejala
kemurungan. Dengan mengetahui lebih awal akan memudahkan proses rawatan
masalah kemurungan ini, (2) Ibu bapa perlu menilai gaya keibubapaan yang diberikan
kepada anak-anak, terutama bagi mereka yang telah menjadi remaja. Diharapkan ibu
bapa dapat meminimumkan perilaku yang dapat mempengaruhi kemunculan gejala
depresi pada remaja, seperti terlalu kasar, terlalu ketat peraturan, penderaan fizikal,
psikologi, dan sebutan lisan yang ditujukan kepada anak-anak. (3) Ibu bapa perlu lebih
waspada terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi kemunculan gejala depresi pada
anak-anak, untuk mengelakkan anak-anak dari gangguan depresi. Bagi remaja,
mereka harus mengembangkan kemahiran mengatasi yang baik agar mereka lebih
tabah menghadapi tekanan yang ada dalam hidupan mereka.

5.0 RUMUSAN

Secara umum, hasil dapatan kajian dari pengkajia mendapati bahawa remaja yang
mengalami kemurungan dan mereka yang masih berpotensi mengalami kemurungan
merasakan bahawa mereka tidak bagus, tidak dapat menumpukan perhatian seperti
biasanya, mempunyai perasaan tidak berminat untuk melakukan apa-apa, dan
terdapat perubahan yang cukup drastik dalam cara permikiran mereka. Remaja itu
sukar merasakan kegembiraan dalam hidupnya (anhedonia). Bagi remaja yang sudah
berada dalam kategori kemurungan, selain mengalami anhedonia, mereka juga
menunjukkan perasaan sedih, ingin menangis, bimbang akan sesuatu yang buruk,
menjadi kesaL, kecewa dengan peristiwa tertentu, dan menjadi tidak dapat mengubah
pemikiran mereka ( mood negatif). Dari hasil kajian pengkaji ini, juga didapati bahawa
terdapat beberapa masalah yang dialami, iaitu kebanyakan remaja yang mengalami
kemurungan dan mereka yang masih berpotensi untuk mengalami kemurungan, tidak
berpuas hati dengan penampilan diri dan mempunyai masalah dalam pembelajaran.
Sebagai seorang penolong pegawai kesihatan persekitaran (PPKP) perkara ini perlu
diambil serius, ini kerana apabila seseorang itu mengalami masalah kemurungan ia
cenderung untuk kurang menjaga kesihatan diri dan ini menyebabkan berlakunya
peningkatan berat badan (obesity), diabetes dan peningkatan kolesterol dalam diri.

vi
6.0 RUJUKAN

Nadine Wiedman,PhD The historical context of g.Stanley Hall’s Adolescense 2006


https://psycnet.apa.org/doi/10.1037/1093-4510.9.3.172
Hermin Mallo Daniel Ronda 2010 analisis faktor penyebab utama kecenderungan
bunuh diri di kalangan remaja yang berusia 15-17 TAHUN
https://ojs.sttjaffray.ac.id/JJV71/article/view/42/_6
Danastri Prihantrini 2013 Problem Psikososial pada remaja yang orang tua nya
merantau University Muhammadiyah Surakarta.
Ikechukwu Uba,Siti Nor Yaacob, Rumaya Juhari Effect of Self-Esteem on the
Relationship between Depression and Bullying among Teenagers in Malaysia
12 december 2010
Davison, G. C., Neale, J. M. dan Kring, A. M. 2006. Psikologi abnormal (9th ed.).
Jakarta: PT Raja Grafindo Persada.
Lubis, N. L., 2009. Depresi dan tinjauan psikologis. Jakarta: Prenada Media Group.
World Health Organization (WHO), 2012. Depression, a hidden burden.
www.who.int/mental_health Diakses tanggal 5 April 2013.
, 2007. Ten Statistical Highlight in Global Public Health.
www.who.int/mentalhealth diakses tanggal 5 april 2013.

vii
7.0 LAMPIRAN

Rajah 1: Gambaran Gejala Depresi

Rajah 2: Permasalahan yang dialami remaja yang mengalami depresi


mahupun yang berpotensi mengalami depresi

viii

Anda mungkin juga menyukai