Anda di halaman 1dari 10

0

Isi Kandungan

Nom Tajuk Mukasurat

1.0 Pengenalan 1

2.0 Teori Leininger’s 2

3.0 Aplikasi Teori 4

4.0 Kesimpulan 8

5.0 Rujukan 9
1

1.0 Pengenalan

Profesion jururawat merupakan salah satu profesion yang dianggap sebagai profesion yang
mulia dan berjasa. Seorang jururawat yang bertugas sentiasa bersedia untuk mengalami
pelbagai jenis situasi yang tidak diduga walaupun hanya bertugas di bahagian yang tidak
melibatkan trauma dan kecemasan. Jururawat perlu bersedia untuk mengendalikan dan
menguruskan keperluan dan kehendak pesakit yang dirawat dan adakalanya terpaksa melayan
kerenah daripada ahli keluarga pesakit. Pelbagai pendedahan biasanya diberikan kepada
jururawat semasa mengikuti kursus pembelajaran secara teori dan pada masa yang sama
secara praktikal. Walaupun semua pengalaman yang diperolehi terutamnya semasa menjalani
praktikal amat berguna kepada seorang jururawat untuk berfikiran kritis dalam menguruskan
sesuatu situasi namun situasi yang bakal tiba biasanya tidak dapat dijangka. Selain itu,
jururawat juga perlu mempunyai kemahiran untuk menguruskan situasi apabila berlaku
keadaan yang tegang dan tidak dapat dikawal. Mereka juga perlu mengikut peraturan dan
SOP yang ditetapkan serta juga mengambil kira peranan kewarganegaraan seseorang.
Pengurusan situasi boleh berlaku di semua bahagian terutamanya apabila seorang jururawat
bertugas di bahagian kecemasan dan trauma. Situasi dibahagian ini biasanya sentiasa tegang
dengan pelbagai isu yang berbeza dan seorang jururawat perlu bersedia dan mengambil
tindakan yang sewajarnya mengikut situasi. Pengurusan situasi di bahagian-bahagian lain
seperti di wad pesakit biasa adalah sangat berbeza. Adakalanya jururawat terpaksa
mengambil pelbagai langkah yang drastik bagi membantu seorang pesakit dan adakalaya
situasi yang biasa dan tidak begitu mencabar. (Lieninger, 2010)

Disamping itu, (Muda, 2014) pula menekankan bahawa perkemabangan teori-teori


dan model dalam bidang kejururawatan banyak memberi sumbangan kepada pendidikan
kejururawatan, penyelidikan kejururawatan dan praktikal kejururawatan. Selain itu,
pengurusan situasi juga memerlukan ketenangan dan pemikiran yang kritis kerana sesuatu
situasi biasanya timbul tanpa dijangka dan adakalanya masa untuk membuat suatu keputusan
adalah amat terhad. Dalam situasi ini, seorang jururawat harusah peka dengan keadaan dan
sentiasa cuba untuk melakukan yang terbaik untuk indidvidu tertentu. Dalam pada itu,
melihat pula pada situasi yang diketengahkan dalam tugasan ini, pelbagai aspek perlu dikaji
dan keputusan yang diambil haruslah tidak membebankan mana-mana pihak. Situasi dimana
jururawat ini perlu berdepan dengan seorang pesakit yang juga ekspatriat dari negara Arab.
Setiap langkah dan keputusan yang diambil boleh memberikan impak kepada keseluruhan
2

sistem kesihatan negara. Permintaan oleh pesakit berkenaan dan keluarga mereka menjadi
tanda tanya disini kerana keputusan yang bakal diambil oleh jururawat ini perlulah adil dan
saksama kepada semua orang. Keadaan ini adalah kerana pesakit ini juga berada dalam satu
wad yang mempunyai pesakit yang lain. Permintaan pengunaan pita rakaman di sisi katil
merupakan satu permintaan yang positif daripada pihak keluarga namun ianya boleh menjadi
gangguan kepada pesakit lain terutamanya pesakit bukan muslim. Bagi mengawal dan
menguruskan situasi, jururawat bolehlah mengaplikasikan teori ‘Sunrise enabler’ oleh
Leininger 1991.

2.0 Teori Lieninger’s

Teori ini yang dipelopori dan diwujudan oleh seorang bekas jururawat yang juga pemegang
PHD dalam bidang perubatan iaitu Medeline Leininger. Teori ini diwujudkan bagi membantu
bakal jururawat serta jururawat sedia ada dalam membuat keputusan apabila berada dalam
sesuatu situasi. Teori Sunrise Enabler yang diwujudkan oleh Leininger’s ini adalah dengan
pandangan imej yang seakan matahari terbit yang juga dilihat sebagai lambing kejururawatan.
Dimensi yang digariskan dalam teori ini daripada puncaknya yang mana melihat pada
pandangan secara holistik mengenai dunia dan keistimewaan pada sturktur sosial
(McFArland, 2005). Anak panah yang diberikan dalam gambaran teori ini pula
mempengaruhi hubungan antara setiap aspek yang ingin diterjemahkan oleh penulis,
manakala fungsi garis putus-putus yang diberikan dalam gambarajah ini melihatkan pada
konsep terbuka yang diamalkan dalam teori ini. Model ini dibina dengan satu ideology
dimana apabila suatu keputusan situasi diambil, ianya tidak akan mengambil kira pada
sebarang faktor individu pesakit seperti status, cara hidup, kekayaan dan sebagainya. Menurut
(Rahayu Iskandar, 2008) Modek konseptual yang diwujudkan ini adalah bagi menjelaskan
cara mengasuh dalam kejururawatan berdasarkan konsep budaya dan dijelsakan dalam bentuk
matahari terbit. Model ini lebih berfokuskan kepada SOP yang telah ditetapkan dan
pelaksanaan tugas dan pengurusan situasi dengan cekap dan sentiasa mengikut peraturan
yang ditetapkan.

Pada pandangan (Alamah, 2015), menyatakan bahawa teori sunrise enabler ini
digunakan secara menyeluruh di semua bidang kejururawatan dan menjadi satu sumber
rujukan utama dalam proses jururawat merawat dan mengasuh pesakit mereka. Selain
daripada itu, model sunrise enabler ini juga mengariskan tujuh komponen utama yang perlu
dilihat dan ianya juga merupakan model yang dikembangkan daripada model transkultural.
Tujuh faktor yang disenaraikan dalam model teori Sunrise Enabler ini adalah Faktor
3

teknologi, Faktor agama dan filisofi, Faktor h(McFArland, 2005)ubungan dan sosial, faktor
jalan hidup dan nilai budaya, faktor politik dan hokum, faktor ekonomi dan faktor
pendidikan. Kesemua faktor yang ada dalam teori ini berhubungkait rapat antara satu sama
yang lain dan mempunyai kepentingannya masing-masing. Faktor pertama yang digariskan
dalam teori ini adalah faktor teknologi. Faktor ini mempunyai definasi yang sangat meluas
dan mempunyai pandangan yang sangat banyak dan terbuka. Teknologi kesihatan adalah alat
yang membolehkan individu memilih atau mendapatkan tawaran untuk menyelesaikan
masalah dalam perkhidmatan kesihatan. Berhubung dengan penggunaan teknologi kesihatan,
jururawat perlu menilai dalam bentuk persepsi individu mengenai penggunaan teknologi
untuk menangani masalah kesihatan semasa, sebab mencari kesihatan, persepsi penyakit yang
sihat, tabiat rawatan atau masalah kesihatan. Jururawat dalam hal ini perlu melihat dalam
pelbagai aspek yang melibatkan teknologi dan pada masa yang sama memberikan keutamaan
mengikut keperluan teknologi namun sentiasa juga melihat pada faktor-faktor lain.

Seterusnya faktor agama dan falsafah yang merupakan satu faktor yang juga sangat
penting dan pada masa yang sama sanata sensitif. Malaysia merupakan negara yang
mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan agama maka situasi keagamaan merupakan
satu perkara yang biasa dan dalam dimanipulasikan dengan betul mengikut keadaan yang
berlaku. Agama adalah sistem simbol yang menghasilkan pandangan dan motivasi yang
realistik untuk para pengikutnya. Agama memberikan motivasi yang kuat untuk meletakkan
kebenarannya di atas segalanya bahkan di atas kehidupannya sendiri. Faktor keagamaan yang
perlu dikaji oleh jururawat seperti: agama pakai, tabiat agama yang mempunyai kesan positif
terhadap kesihatan, berusaha untuk pulih tanpa mengetahui keputusasaan, mempunyai konsep
diri yang lengkap. Faktor seterunya adalah faktor hubungan keluarga dan sosial. Faktor ini
juga dilihat amat penting dimana pesakit yang dirawat kebanyakannya mempunyai pelawat
yang sentiasa mengunjungi mereka dan adalkanya yang turut tinggal bersama apabila
keadaan memerlukan. Faktor sosial dan keluarga yang perlu diperiksa oleh jururawat: nama
penuh dan nama samaran dalam keluarga, umur atau tempat dan tarikh kelahiran, jantina,
status, jenis keluarga, pengambilan keputusan dalam anggota keluarga, hubungan pelanggan
dengan ketua isi rumah, tabiat yang dijalankan secara rutin oleh keluarga.

Faktor keempat yang digariskan dalam teori ini adalah faktor nilai kebudayaan dan
gaya hidup. Faktor ini adalah agak berbeza dimana gaya hidup seseorang bergantung kepada
pendapatan, keturunan dan kepercyaan masing-masing dan pada masa yang sama juga faktor
kebudayaan dimana seseorang itu hidup. Nilai adalah konsepsi abstrak pada manusia tentang
4

apa yang dianggap baik dan buruk. Perkara yang perlu dikaji berhubung nilai budaya dan
gaya hidup adalah kedudukan dan kedudukan, bahasa yang digunakan, kebiasaan
membersihkan, tabiat makan, makan pantang yang berkaitan dengan keadaan penyakit,
kemudahan hiburan yang digunakan dan persepsi tentang kesakitan yang berkaitan dengan
aktiviti sehari-hari hari itu. Faktor seterusnya yang dilihat adalah pada faktor politik dan
peraturan atau undang-undang yang digariskan. Ianya amat penting kerana apabila berlaku
sebarang isu yang tidak diingini, maka semua pihak akan mengunakan dan mengutamakan
isu peraturan dan ada juga yang mengunakan kuasa politik. Peraturan dan dasar yang
digunakan adalah semua perkara yang mempengaruhi aktiviti individu dalam penjagaan
kejururawatan transcultural. Sebagai contoh peraturan dan dasar yang berkaitan dengan
waktu berkunjung, jumlah ahli keluarga yang menunggu.

Faktor ekonomi pula dilihat sebagai salah satu faktor yang penting namun kekangan
dalam menetapkan kepentingannya dan impaknya dalam pengamilan keputusan pengurusan
situasi adalah kurang. Pelanggan yang dirawat boleh mengambil kesempatan daripada
sumber bahan yang mereka miliki untuk membiayai penyakit mereka untuk mendapatkan
masa yang lama. Sumber ekonomi sedia ada biasanya digunakan oleh pelanggan, termasuk
insurans, kos pejabat, simpanan. Faktor ekonomi yang mesti dinilai oleh jururawat termasuk,
sebagai contoh, kerja pelanggan, sumber perbelanjaan perubatan. Faktor ketujuh dan faktor
terakhir dalam teori sunrise enabler adalah faktor pendidikan. Sepertimana faktor ekonomi,
faktor ini juga adalah penting tetapi biasanya diambil mudah dan tidak diberi penekanan
dalam pengurusan situasi. Latar belakang pendidikan individu adalah pengalaman individu
dalam mencapai jalan pendidikan formal tertinggi hari ini. Semakin tinggi pendidikan
individu, maka kepercayaannya harus disokong oleh bukti saintifik yang rasional dan dapat
menyesuaikan diri dengan budaya sesuai dengan kondisi kesihatannya. Jururawat perlu
mempelajari latar belakang pendidikan termasuk tahap pendidikan, jenis pendidikan, dan
keupayaan untuk secara aktif belajar secara bebas tentang pengalaman penyakit itu supaya ia
tidak berulang. Melihat pada kesemua tujuh faktor yang digariskan dalam teori ini, jururawat
bolehlah mengunakan faktor-faktor ini sebagai panduan dalam menentukan suatu keputusan
dalam pengurusan situasi.

3.0 Aplikasi Teori

Secara amnya pengurusan pesakit merupakan satu tugas yang amat berat dan banyak
kemungkinan yang tidak dijangka biasanya berlaku. Teori Leininger Sunrise Enabler ini
dapat membantu seorang jururawat untuk mengenalpasti keputusan yang tepat yang boleh
5

diambil bagi membolehkan mereka menguruskan situasi dengan baik dan tanpa menganggu
pesakit. Seperti yang dijelaskan dalam sub topik yang sebelumnya terdapat tujuh faktor yang
boleh diambil kira sebagai rujukan dalam membuat keputusan untuk mengurus suatu situasi.
Melihat pada faktor pertama yang digariskan dalam teori iaitu Faktor teknologi. Melihat pada
situasi pesakit yang diberikan, beliau mempunyai masalah untuk berjalan dengan baik namun
melihat pada masalah yang dihadapi oleh pesakit adalah tidak begtu serius. Sejarah masalah
yang pernah dihadapi oleh pesakit walaupun ada menyatakan masalah kronik namun situasi
yang dihadapi oleh pesakit adalah tidak begitu serius dan boleh dipulihkan dengan
kemampuan teknologi yang ada. Melihat dari segi teknologi, satu permintaan yang diberikan
oleh keluarga pesakit adalah untuk memasangkan pita rakaman di sisi katil pesakit. Isu ini
boleh menimbulkan rasa kurang selesa oleh pesakit-pesakit lain yang juga berada dalam wad
berkenaan. Jururawat perlu mengambil kira faktor ini walaupun dengan mengunakan faktor
teknologi zaman sekarang. Jururawat dalam situasi ini boleh membenarkan permintaan yang
diberikan oleh pihak keluarga pesakit untuk memainkan pita rakaman ayat suci al-quran di
sisi katil pesakit namun dengan adanya kemudahan teknologi, jururawat boleh memberikan
cadangan dan memastikan jika cadangan berkenaan dipersutujui oleh keluarga pesakit maka
permintaan mereka akan diberikan keutamaan. Cadangan yang boleh diberikan oleh
jururawat adalah untuk meminta pesakit mengunakan ‘handsfree’ yang disambungkan kepada
pita rakaman berkenaan semasa ianya dimainkan, maka ianya tidak akan memberikan
sebarang gangguan kepada mana-mana pihak dan pada masa yang sama memenuhi kehendak
keluarga pesakit.

Faktor yang akan dibincangkan seterusnya adalah faktor agama dan falsafah hidup.
Memandangkan Malaysia yang merupakan negara yang berbilang kaum, maka setiap
keputusan yang bakal diambil oleh seorag jururawat mestilah mengambil kira isu berkenaan.
Dalam situasi yang diberikan disini, satu sahaja perkara yang dilihat ialah pada permintaan
memainkan rakaman ayat suci. Situasi yang perlu diambil kira oleh seorang jururawat adalah
dengan melihat pada bangsa dan keturunan pesakit lain yang berada dalam wad berkenaan.
Jika semua pesakit yang berada dalam wad atau bilik berkenaan adalah pesakit yang
beragama Islam maka jururawat boleh meminta kebenaran lisan daripada semua pesakit yang
ada dan memainkan rakaman pita berkenaan namun apabila terdapat pesakit yang bukan
beragama Islam maka cara terbaik adalah untuk meminta pesakit mengunakan ‘handsfree’
atau langsung tidak membenarkan rakaman pita berkenaan dimainkan keran ianya boleh
menganggu ketenteraman pesakit lain. Faktor setrusnya iaitu hubungan sosial dan keluarga
6

merupakan satu faktor yang sangat rapat dengan situasi yang digariskan. Dalam situasi yang
diberikan disini, jumlah ahli keluarga yang datang menziarahi esakit adalah sangat ramai.
Ianya menunjukkan bahawa walaupun pesakit bukan merupakan warganegara Malaysia
namun masih mempunyai ramai ahli keluarga di Malaysia. Ini merupakan satu hal sensitive
kerana jururawat tidak boleh menghadkan jumlah ahli keluarga yang boleh melawat pada
waktu melawat rasmi. Selain itu, dengan wujudnya satu situasi dimana terdapat aduan
daripada ahli keluarga pesakit lain yang menyatakan bahawa ahli keluarga pesakit ini terlalu
bising dan menganggu ketenteraman pesakit lain, maka jururawat haruslah mula bertidak dan
mengawal situasi berkenaan. Satu perkara yang boleh dilakukan oleh jururawat ini adalah
dengan membuat laporan kepada pengawal keselamatan dan meminta mereka untuk datang
dan menegur ahli keluarga pesakit ini dan pada masa yang sama memberikan amaran awal
semasa ahli keluarga ini masuk untuk melihat pesakit berkenaan. Selain daripada itu,
jururawat juga boleh memberitahu pesakit berkenaan mengenai situasi sebenar dan mengenai
keadaan yang terlalu bising semasa ahli keluarganya datang melawat kerana peraturang
hospital memang tidak membenarkan keadaan yang kurang tenteram dalam kawasan wad.
Jururawat juga boleh memberikan teguran yang biasa kepada ahli keluarga pesakit berkenaan
dan boleh meminta mereka datang dalam kumpulan yang berbeza dan tidak datang sekaligus.
Tidak dapat dinafikan bahawa kehadiran ahli keluarga amat membantu dalam perkembangan
dan kesembuhan seorang pesakit namun jika ianya menjadi satu masalah kepada psakit lain
maka jururawat haruslah mengambil tindakan yang drastik.

Faktor keempat yang boleh dilihat adalah Faktor kebudayaan dan gaya hidup. Situasi
yang diberikan disini agak rumit untuk seorang jururawat untuk mendapatkan maklumat
mengenai kebudayaan dan gaya hidup seorang pesakit yang berasal daripada Arab. Ianya
adalah kerana ianya agak rumit untuk jururawat mendapat maklumat gaya hidup pesakit
berkenaan di negaranya sendiri dan bagaiman kebudayaannya disana. Walaubagaimanapun,
maklumat diri yang telah diberikan oleh pesakit boleh digunakan sebagai panduan oleh
jururawat dalam memberikan khidmat yang terbaik kepada pesakit berkenaan tidak kira
mengenai status sebenar pesakit berkenaan. Faktor seterusnya adalah faktor politik dan
peraturan yang mana ada kaitan denga situasi yang diberikan. Mlihat kepada faktor olitik
dimana pesakit merupakan ekspatriat dari arab maka jururawat harsulah memberikan rawatan
yang terbaik dan penjagaan yang terbaik kerana ianya juga melibatkan politik negara. Ianya
dimana apabila pesakit ini pulang semula ke negaranya maka setiap infomarsi yang diberikan
bakal mengambarkan situasi politik antara kedua-dua negara. Selain itu, jika ada sebarang
7

kesilapan atau masalah yang rumit ianya boleh menyebabkan ketengangan politik antara dua
negara. Melihat pula pada peraturan, jururawat bolehlah merujuk kepada garis panduan yang
ada dan merujuk panduan berkenaan untuk emmbuat keputusan bagi menguruskan situasi
dengan baik.

Melihat pula pada faktor ekonomi yang digariskan dalam teori ini, tidak banyak
perkara yang dapat dikaitkan dengan situasi yang diberikan. Cuma jika dlihat pada
kemampuan pesakit untuk membuat bayaran dan mendapatkan wad kelas satu ianya
bermaksud kekuatan ekonomi pesakit amatlah tinggi dan jururawat perlulah memberikan
layanan yang terbaik namun demikian walaupun pesakit tidak mampu, layanan yang
diberikan oleh jururawat mestilah masih yang terbaik juga. Disini juga satu tindakan yang
boleh diambil oleh jururawat apabila berlaku situasi seperti yang digariskan, jika pesakit
berada dalam wad biasa maka jururawat boleh mencadangkan kepada pesakit dan ahli
keluarga untuk memohon dan berpindah ke wad kelas satu atau lebih baik untuk
mendapatkan bilik berasingan daripada pesakit lain. Hal ini membolehkan semua permintaan
ahli keluarga data dipenuhi dan pada masa yang sama ianya tidak akan menganggu pesakit
dan keluarga pesakit lain. Faktor terakhir yang ada dalam teori ini adalah faktor pendidikan
yang mana ianya melihat kepada bagaimana atau apakah kelayakan serang pesakit kerana
ianya boleh membantu seorang jururawat untuk mengambil tindakan atau memberikan
maklumat kepada pesakit berkenaan. Dalam situasi ini, jururawat boleh merujuk daripada
maklumat awal yang diberikan pesakit dan juga boleh mendapatkan makluat daripada ahli
keluarga mereka mengenai tahap pendidikan pesakit. Dengan mendapat maklumat ini, ianya
akan memudahkan jururawat untuk memberikan penerangan mengenai situasi sedia ada dan
bagaimana jururawat ini dapat membantu pesakit berkenaan.

Dalam pada itu juga, jururawat juga perlu melihat kepada tiga perkara yang dijadikan
tunjang dalam membuat keputusan mengunakan teori sunrise enabler. Tunjang pertama
adalah melalui sistem tradisionla dan generic dimana sebarang keputusan yang diambil
adalah berdasarkan situasi dengan mengunakan gaya tradisional dimana adanya situasi tolak
ansur dan sebagainya. Satu lagi tunjang keputusan adalah dengan mengunakan tunjang
asuhan kejururawatan yang mana ianya sangat subjektif dan sentiasa bergantung kepada
indivdu seorang jururawat berkenaan. Tunjang terakhir dalam teori ini adalah sistem
professional dimana jururawat hanyalah merujuk kepada peraturan dan panduan yang
digariskan dan setiap keputusan yang diambil dan dibuat adalah secara professional dan
merujuk kepada panduan yang diberikan.
8

4.0 Kesimpulan

Melihat situasi yang diberikan secara keseluruhan, ianya merupakan situasi yang biasa yang
diharungi oleh seorang jururawat dan bukanlah satu situasi yang tegang. Satu perkara yang
perlu diberikan keutamaan dalam keputusan yang dibuat oeh jururawat adalah berdasarkan
kewarganegaraan pesakit berkenaan kerana ianya boleh memberikan impak kepada banyak
pihak. Selain daripada itu, keputusan untuk memberikan kebenaran kepada pesakit untuk
memainkan rakaman pita adalah satu langkah yang baik namun dengan memberikan syarat
pengunaan ‘handsfree’ merupakan satu tindakan yang amat bijak. Dalam pada itu, satu situasi
yang sangat biasa iaitu keadaan bising yang dilakukan oleh ahli keluarga pesakit kerana
apabila satu kumpulan besar berkumpul di satu tempat maka tempat berkenaan biasanya akan
menjadi bising, maka jururawat dalam hal ini harus bertindak tegas dan jika gagal perlu
mengambil langkah seterusnya kerana ketenteraman semua pesakit merupakan tunjang utama
mereka. (Lieninger, 2010) dalam satu maklumat yang diubahsuai menyatakan bahawa
seorang jururawat harus mempunyai pengetahuan mengenai pandangan dunia atau pandangan
umum dan juga mengenai pelbagai jenis budaya, dimensi serta sturktur sosial kehidupan
masyarakat setempat dan dunia. Pengurusan situasi yang digunakan oleh jururawat ni dapat
membantu peaskit berkenaan merasa lebih selesa untuk berada di hospital dan juga
kepercayaan yang akan diberikan oleh keluarga mereka terhadap jururawat ini. Semua situasi
dapat diuruskan dengan baik lebih-lebih lagi dengan mengunakan teori yang digariskan
seperti teroi sunrise enabler.

Jumlah Perkataan : 2778 patah perkataan

5.0 Rujukan

Agustinus, H. (2011). Teori Medeline Leininger : Transcultural Nursing.

Alamah, M. R. (2015). The Theory of Culture Care Diversity and Iniversality. 34.

Arshad, D. R. (2018, 05 07). Kejurrawatan, Kerjaya yang Penuh dengan peluang terbuka.

Dafakeren. (2012, 11 19). Konsep Teori Model Medeline Leininger.

Jasan, R. (2017, 2 17). Teori Keperawatan Madeleine Leininger.

Lieninger, M. (2010). Konsep keperawatan Transkultural Leininger's Teory. 18.


9

McFArland, L. &. (2005). Overview of Leininger's Ethnonursing Research Method and


rocess. 33.

Muda, C. S. (2014). Teori dan Model Kejururawatan. 24.

Rahayu Iskandar, N. &. (2008). Aplikasi Teori Transcultural Nursing dalam Proses
Keperawatan. 22.

Sari, D. P. (2016, 6 21). Model Konsep dan teori Keperawatan Menururt Madeline Leininger.

Anda mungkin juga menyukai