Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PERDANA

Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05350 AlorSetar, Tel : 04-7348440


Kedah Darul Aman Faks : 04-7349522
Email : kba2090.ppdkotasetar@gmail.com

“ KEDAH AMAN MAKMUR * BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI ”


RujKami : SKSP01/001/01
Tarikh : 1.1.2019
Kepada :

Tuan Mokhtar bin Ahmad


Pegawai Pendidikan Daerah Kota Setar
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar

Tuan,

PERMOHONAN MENGADAKAN KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT


SEKOLAH

Merujuk perkara diatas, kami dengan sukacita ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan
bagi mengadakan kejohanan merentas desa peringkat sekolah seperti ketetapan yang berikut :

Tarikh : 6 Januari 2019


Masa : 8.00 pagi.- 9.30 pagi
Tempat : Padang Sekolah SK Seri Perdana

2. Pihak kami ingin memaklumkan bahawa kejohanan ini akan dilaksanakan pada hari Ahad
dan kejohanan ini dilaksanakan bagi memilih bakal atlet untuk pertandingan merentas desa
MSSD yang dijanka akan dilaksanakan pada 31 Januari 2019.

3. Pada masa yang sama terdapat beberapa perkara yang diambil kira sebelum keputusan
menjalankan kejohanan ini pada waktu pagi diambil. Antaranya ialah

a. Keadaan cuaca yang terlalu panas pada waktu petang


b. Kehadiran murid pada waktu petang kurang baik
c. Semua kejohanan merentas desa daerah ke kebangsaan dijalankan pada waktu pagi

3. Diharapkan tuan dapat memberikan kebenaran dan sokongan kepada kami untuk
menjalankan kejohanan.

4. Kerjasama dari pihak tuan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menurut perintah,


………………………………..

Anda mungkin juga menyukai