Anda di halaman 1dari 6

7/29/2019 Contoh Reflektif Praktis Pelatih Jururawat

Contoh Reflektif Praktis Pelatih Jururawat

PENGHARGAAN  

Syukur kehadrat Ilahi, akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan reflective practice ini mengikut masa yang telah
ditetapkan.  

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengarah Kolej
Kejururawatan --------------------------------Tidak lupa juga kepada Penyelaras Kumpulan ---------------------------- dan ----------
------------------------ selaku pengajar subjek Professional Development (NPDM 3222) kerana banyak memberikan tunjuk ajar 
 
 bagi menyiapkan tugasan ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada Ibu bapa saya kerana banyak memberikan sokongan dan rakan-rakan
sekumpulan iaitu kumpulan ------------- yang membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini melalui perbincangan yang
dilakukan.  

Akhir kata,saya mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang terlibat dalam membantu saya menyiapkan reflective
 practice ini kerana tugasan ini banyak memberikan pengajaran yang berguna dan bermanfaat kepada saya. 

PENGENALAN  

Amalan reflektif merupakan satu aspek penting dalam perawatan kejururawatan. Reflective practice merujuk kepada
keupayaan seorang jururawat untuk mengimbas kembali sesuatu kejadian atau peristiwa dan membuat kesimpulan sambil
 belajar melalui kejadian tersebut. Reflective practice juga merupakan satu cara untuk meneroka dengan lebih tentang
 persepsi atau pandangan seseorang. Amalan reflektif menunjukkan pentingnya pengajian dari pengalaman-pengalaman
setelah berfikir mengenainya dan mengaitkan pengalaman praktikal bagi pendekatan-pendekatan pembelajaran teori.  

 Reflective practice ini diperolehi semasa sesi praktikal di wad samada melalui pengalaman sendiri atau pengalaman
rakan. Mengumpul dan berkongsi pengalaman dapat menggalakkan pemahaman dan pembelajaran sendiri.Ianya juga
merupakan satu cara meningkatkan kemahiran profesional dan prestasi masa depan dengan menilai keadaan dan kesilapan-
kesilapan telah ditekankan dalam banyak profesion termasuk bidang kejururawatan.  

Kaedah-kaedah untuk melakukan reflective practice adalah melalui catatan peristiwa di dalam diari. Kejadian yang
 berlaku direkodkan dengan ringkas.Selain itu,latihan pengalaman dan perbincangan dengan rakan-rakan sekumpulan juga
dapat dilakukan. Andaian dikenalpasti dan di ases berkait dengan sistem kepercayaan seseorang.Isu-isu dari pandangan serta
teori yang berkaitan diteliti untuk mendapatkan pendekatan yang terbaik.  

Selain itu juga, sokongan dari rakan sekumpulan dan dari pengajar juga membantu dalam melaksanakan reflective
 practice dimana ia turut membantu pelatih dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan meningkatkan pengetahuan agar 
 pelatih dapat mempelajari sesuatu melalui reflective practice tersebut. 

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-reflektif-praktis-pelatih-jururawat 1/6
7/29/2019 Contoh Reflektif Praktis Pelatih Jururawat

Terdapat pelbagai kelebihan amalan reflektif terutamanya menunjukkan bagaimana dan bila tindakan sedemikian
seharusnya digunakan oleh jururawat-jururawat untuk pembangunan profesional selanjutnya. Amalan profesionalisme juga
 berkembang melalui amalan reflektif,

Amalan reflective practice ini juga penting dalam profesion kejururawatan kerana ia dapat meningkatkan mutu
kerja seseorang individu dengan cara mengikut prosedur manual yang standard dan menggalakkan pemikiran yang lebih
kritis serta dapat memartabatkan lagi profesion kejururawatan. Disamping itu, melalui amalan ini juga dapat membantu
mengurangkan implikasi medico-legal ke atas jururawat contohnya jururawat mendokumentasikan dengan betul, melaporkan
kejadian abnormal kepada doktor dengan segera, memastikan setiap prosedur keatas pesakit yang memerlukan consent telah
ditandatangani oleh pesakit, perawatan mengikut ‘Standard of Procedure’ yang telah ditetapkan dan lain-lain lagi.  
Menggunakan amalan reflektif sebagai satu kaedah latihan dalam pendidikan kejururawatan merupakan sesuatu
yang penting bagi meningkatkan kualiti penjagaan dan perkhidmatan kejururawatan.  

LAPORAN REFLECTIVE PRACTICE 

 
DESCRIPTI ON 

Peristiwa ini berlaku pada 18 Julai 2011 semasa saya di penempatan klinikal di wad 28. Pada hari tersebut saya
 bekerja shif malam bersama 3 orang rakan sekumpulan. Pada mulanya saya bekerja seperti biasa seperti memeriksa tanda
vital pesakit, melakukan jagaan infusi intravena dan sebagainya.  

Pada malam tersebut,saya ditugaskan menjaga kubikal 6 wad 28. Terdapat seorang pesakit yang mengidap penyakit

diabetes mellitus. Pada jam 11.20 malam saya melakukan pemeriksaan glucometer terhadap pesakit tersebut. Bacaan
capillary blood sugar pesakit semasa itu ialah 14mmol/L. Doktor telah mengarahkan untuk memberikan suntikan Humulin
30/70 sebanyak 10unit. 

Selepas itu, saya memberitahu staff nurse dan diarahkan untuk memberikan suntikan Humulin tersebut. Saya
menyediakan ubatan tersebut didalam bilik prosedur wad tersebut. 

Dengan yakin saya menyediakan ubatan itu sambil berbual dengan kawan yang kebetulan sedang berada di bilik 
 prosedur tersebut. Sehinggalah staff nurse wad menegur saya tentang apa yang saya lakukan. Barulah saya menyedari yang
saya telah mengeluarkan dos ubat yang lebih iaitu 100unit. Saya dimarahi oleh staff nurse tersebut dan dikatakan mahu
membunuh pesakit dengan dos ubat yang saya sediakan.  

Beliau juga menegur saya tidak berhati-hati dan tidak mengamalkan prinsip 7R semasa menyediakan ubatan kerana
saya juga tidak mengambil medication chart bersama semasa menyediakan ubatan tersebut. Setelah menyedari yang saya
telah melakukan kesalahan,saya meminta maaf dari staff nurse kerana kesilapan saya.  

Kemudian,saya telah menyediakan semula dos ubat yang betul mengikut arahan doktor di medication chart . Saya
menggunakan prinsip 7R untuk menyediakan dos ubat tersebut sambil diperhatikan oleh kawan dan staff nurse.  

Selesai menyediakan dos ubat yang betul,saya merujuk kepada staff nurse untuk memastikan dos ubat yang saya
sediakan adalah betul. Kemudian,barulah saya memberikan ubatan tersebut kepada pesakit 

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-reflektif-praktis-pelatih-jururawat 2/6
7/29/2019 Contoh Reflektif Praktis Pelatih Jururawat

Saya bernasib baik kerana sempat ditegur oleh staff nurse. Walaupun saya dimarahi,sekurang-kurangnya saya telah
sedar akan kesalahan saya dan pesakit yang diberikan suntikan tidak mengalami masalah.  

F E E L I N G  

SEBELUM 

Sebelum kejadian berlaku saya gembira kerana pada mulanya kerja saya berjalan lancar dan menyebabkan
saya lebih bersemangat untuk melakukan tugasan dalam wad Pada permulaan semasa menerima arahan untuk menyediakan
ubatan kepada pesakit, saya rasa yakin untuk menyediakan dos ubatan tersebut kerana saya telah mempelajarinya dan telah
 biasa melakukan prosedur tersebut. Saya yakin untuk menyediakan ubatan tersebut tanpa pengawasan kerana saya
merasakan yang saya mampu melakukannya. Saya merasa berani untuk memberikan suntikan kepada pesakit dengan ubatan
yang saya sediakan.  

SEMASA 

Semasa kejadian dimarahi oleh staff nurse saya merasa agak takut dengan memikirkan apa yang akan berlaku jika staff 
nurse tidak menegur saya. Saya juga takut sekiranya kesalahan yang saya lakukan akan dibawa ke pihak atasan ataupun
klinikal kerana semasa bekerja shift malam jururawat klinikal tidak menjaga kami.  

Saya juga rasa bersalah kerana tidak menyediakan dos ubatan yang betul. Tindakan saya boleh mengakibatkan
 pesakit mengalami hypoglysemia akibat terlebih dos ubatan insulin memandangkan Humulin adalah ubatan insulin yang
mempunyai kesanintermediate acting . 

Selain itu saya menyesal kerana tidak berhati-hati semasa menyediakan dos ubat yang boleh membahayakan nyawa
 pesakit malah saya berbual semasa menyediakan dos ubat tersebut. 

SELEPAS 

Selepas dimarahi oleh staff nurse wad tersebut, saya menjadi tidak yakin dengan diri sendiri untuk memberikan
suntikan tersebut yang menyebabkan saya memeriksa dos ubat tersebut berkali-kali sebelum memberikan suntikan kepada
 pesakit. Saya rasa bimbang sekiranya dos ubat yang saya berikan kepada pesakit masih tidak tepat. 

Saya juga rasa malu kerana dimarahi oleh staff nurse dihadapan kawan-kawan.Saya malu jika mereka mengejek saya
kerana saya melakukan kesalahan yang boleh mengakibatkan pesakit mengalami komplikasi.  

 Namun, kemudiannya saya merasa lega kerana saya tidak memberikan dos ubat yang salah. Sekurang-kurangnya
dengan tindakan staff nurse tersebut saya menjadi lebih berhati-hati untuk memberi ubatan kepada pesakit.  

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-reflektif-praktis-pelatih-jururawat 3/6
7/29/2019 Contoh Reflektif Praktis Pelatih Jururawat

 
EVALUATION 

KESAN POSITIF 

Kesan positif dari peristiwa tersebut, saya lebih berhati-hati semasa melakukan prosedur terutama pemberian ubatan
kepada pesakit. Saya akan mengamalkan prinsip 7R setiap kali pemberian ubatan iaitu right patient,right drug,right
doses,right route,right time,right documentation dan patient right to refuse. 

Selain itu, saya akan lebih bertanggungjawab tentang setiap tindakan atau kesalahan yang saya lakukan. Saya tidak 
akan menyembunyikan kesalahan yang saya lakukan bagi memastikan pesakit mendapatkan rawatan yang betul dan tepat.  

Saya akan merujuk kepada staff nurse terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang prosedur terhadap pesakit dan
memastikan ada jururawat klinikal atau jururawat yang menjaga wad tersebut memantau setiap prosedur yang saya lakukan
untuk mengelakkan berlaku kesilapan yang sama.  

KESAN NEGATIVE 

Kesan negatif dari peristiwa yang berlaku ialah saya rasa kurang yakin dengan diri saya untuk melakukan sebarang
 prosedur keatas pesakit. Saya juga merasa takut untuk melakukan sebarang prosedur keatas pesakit tanpa pengawasan.selain
itu,saya juga rasa rendah diri kerana dimarahi dihadapan kawan dan staff wad yang lain.  

Selain itu, staff nurse juga menjadi kurang yakin dengan semua kerja yang saya lakukan kerana bimbang jika saya
membuat kesilapan 

Bagi pandangan masyarakat pula mengenai kejadian ini, mereka berasakan jururawat mengambil sikap sambil lewa
terhadap perawatan yang diberikan dan tidak serius dalam melakukan tugas. Ini sekaligus sedikit sebanyak boleh
mencemarkan nama baik profesion kejururawatan. 

 
ANAL YSI S 

Berdasarkan peristiwa yang berlaku ini,saya dapat mengatakan bahawa insiden yang berlaku adalah akibat dari
kecuaian saya sendiri.menganalisiskan beberapa perkara. Diantaranya ialah saya akan lebih berhati-hati semasa melakukan
 prosedur terutama pemberian ubatan kepada pesakit untuk mengelakkan berlaku sebarang kesalahan.  

Selain itu saya juga turut akan mengamalkan prinsip 7R iaitu right patient,right dose,right drug,right route,right
time,right documentation dan patient right to refuse setiap kali pemberian ubatan untuk memastikan tidak berlaku sebarang
kesalahan semasa pemberian ubatan atau suntikan.  

Saya juga akan lebih bertanggungjawab tentang setiap tindakan atau kesalahan yang saya lakukan dan tidak akan
menyembunyikan kesalahan saya yang boleh membahayakan nyawa pesakit. Saya akui kesalahan yang saya lakukan supaya
saya dapat mengambil pengajaran dari kesalahan tersebut.  

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-reflektif-praktis-pelatih-jururawat 4/6
7/29/2019 Contoh Reflektif Praktis Pelatih Jururawat

Disamping itu, saya akan merujuk kepada staff nurse terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang prosedur terhadap
 pesakit.Saya akan merujuk kepada staff nurse atau jururawat klinikal untuk memantau setiap tindakan saya untuk 
mengelakkan kejadian yang sama berlaku lagi.  

Kesilapan menyediakan atau memberikan dos ubatan yang betul terhadap seorang pesakit akan menyebabkan nama
 baik kakitangan hospital akan tercemar, kurangnya kepercayaan pesakit terhadap kakitangan hospital terutamanya profession
kejururawatan.  

Kejadian yang berlaku ini memberikan pengajaran kepada saya dan mengingatkan diri saya agar lebih berhati-hati
dalam setiap tindakan supaya tidak membahayakan nyawa pesakit dan tidak akan mengulanginya pada masa akan datang.  

 
ACTION PLAN 

Berdasarkan peristiwa yang berlaku, saya telah mengambil beberapa inisiatif untuk mengatasi kesalahan dalam
 pemberian ubatan terutamanya insulin. Saya akan lebih berhati-hati semasa menyediakan dos ubatan untuk mengelakkan
dari mendatangkan kesan yang buruk terhadap pesakit. Saya akan bertanya dan merujuk jururawat klinikal terlebih dahulu
sebelum melakukan sebarang prosedur untuk memastikan saya tidak melakukan sebarang kesalahan dan semua prosedur 
yang saya lakukan mendapat pengawasan daripada klinikal ataupun staff wad.  

Selain itu, saya akan menambahkan pengetahuan dengan membaca tentang penyakit dan komplikasi ubatan supaya
lebih memahami tentang kepentingan memberi ubatan dalam dos yang betul. Saya akan bertanggungjawab dalam setiap
tindakan saya dan tidak akan menyembunyikan kesalahan saya daripada staff nurse dan jururawat klinikal. Dengan itu, saya
dapat membaiki segala kesalahan yang telah saya lakukan selain dari mengelakkan kesalahan daripada berulang.  

Sekiranya saya perlu memberi ubatan, saya akan menyemak fail pesakit, medication chart terlebih dahulu sebelum
menyediakan dos ubat supaya saya menyediakan dos ubatan yang betul seperti yang telah di preskripsikan oleh doktor.  

Untuk meningkatkan kemahiran saya dalam menyediakan ubatan, saya akan melakukan suntikan lebih kerap keatas
 pesakit yang menghidapi diabetis mellitus dibawah pengawasan jururawat klinikal.  

RUMUSAN 

Setelah melakukan tugasan ini,saya dapat merumuskan bahawa reflective practice ini amat berguna terhadap pelatih
agar dijadikan pengajaran serta tidak mengulangi kesalahan yang telah dilakukan.  

Pengajaran yang didapati dari peristiwa yang berlaku boleh dijadikan contoh untuk masa hadapan bagi mengelakkan
kejadian yang sama berlaku lagi. Dengan itu,akan menjamin keselamatan pesakit.  

Selain dari pengalaman sendiri,pelatih juga dapat mengambil pengajaran melalui pengalaman kawan-kawan pelatih
sendiri untuk mengelakkan ianya berlaku terhadap diri sendiri.Reflektif practice ini penting untuk mewujudkan
nilai accountability dalam bidang kejururawatan. 

Kesalahan yang saya lakukan pada masa kini akan saya jadikan pengajaran untuk mengelakkan ianya berulang pada
masa yang akan datang. 

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-reflektif-praktis-pelatih-jururawat 5/6
7/29/2019 Contoh Reflektif Praktis Pelatih Jururawat

RUJUKAN 

Clift, R.T., Houston, W.R., & Pugach, M.C., eds. (1990),  Encouraging reflective practice in education: An analysis of issues
and programs.  New York: Teachers College Press. 

http://www.learningandteaching.info/learning/reflecti.htm 

http://www.oxbridgewriters.com/essays/nursing/nursing-practice.php  

http://www.vtaide.com/png/ERIC/Reflective-Practice.htm 

 International Textbook of Reflective Practice in Nursing, Dawn

Freshwater  (Author),Beverley J. Taylor  (Author), Gwen Sherwood (Author)  


 Reflective Practice in Nursing by Chris Bulman, Sue Schutz 

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-reflektif-praktis-pelatih-jururawat 6/6

Anda mungkin juga menyukai