Anda di halaman 1dari 4

Assalamualaikum,salam sejahtera saya

ucapkan.Alhamdullilah,bersyukur ke hadrat ilahi kerana limpah


dan kurnianya dapat juga saya berjaya menyiapkan tugasan
reflective practice ini mengikut tempoh masa yang
ditetapkan.saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
penyelaras kumpulan tahun 3 semester 2 iaitu puan mastura binti
omar,puan shamatul aidah binti osran dan mentor saya iaitu puan
vasanthy a/p ramasamy kerana telah banyak memberi tunjuk ajar
dalam menyiapkan reflective practice ini.
Saya juga ingin berterima kasih kepada puan saw poh gaik
selaku pengajar subjek professional development (NPDM 3222)
kerana banyak memberi tunjuk ajar dan panduan untuk
melakukan tugasan ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa saya yang
banyak memberikan sokongan dan rakan-rakan seperjuangan
yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini
melalui perbincangan dan perkongsian ilmu.
Akhir kata,saya ingin megucapkan terima kasih kepada
sesiapa yang terlibat dalam membantu saya menyiapkan
reflective practice ini kerana tugasan ini banyak memberi
pengajaran kepada saya untuk menempuh alam perkerjaan yang
sangat mencabar.

Peristiwa ini berlaku pada 14 september 2015 semasa saya


berada di penempatan klinikal wad medical di sebuah
hospital.pada hari tersebut saya bekerja pada syif pagi bersama
dua orang rakan sekumpulan.pada pagi itu,saya dan rakan
melakukan rutin harian di wad seperti melakukan bed
making,pemerhatian tanda vital,sponging,membantu staf nurse
memberi ubat dan melaksanakan semua arahan yang diberikan
oleh staf nurse dan sister.
Pada pagi tersebut,saya ditugaskan untuk menjaga kubikel sub
acute.terdapat seorang pesakit iaitu encik m seorang lelaki
melayu,berusia dalam pertengahan 50an menghidapi penyakit
diabetes mellitus.diabetes mellitus adalah sejenis penyakit
Pada jam 8 pagi,saya telah melakukan pemeriksaan glucometer
terhadap encik m.bacaan capillary blood sugar beliau ialah 12.2
mmol/L.doktor telah mengarahkan untuk pemberian suntikan
insulin actrapid sebanyak 4 unit.
Selepas itu,saya memberitahu staf nurse dan diarahkan untuk
memberi suntikan insulin kepada pesakit tersebut.saya sediakan
ubatan di dalam bilik rawatan.saya dengan yakin sediakan ubatan
sambil berbual dengan rakan yang kebetulan berada dalam bilik
rawatan.sehinggalah staf nurse menegur saya tentang apa yang
telah saya lakukan.ketika itu,barula saya sedar yang saya telah
mengeluarkan dos ubat yang lebih iaitu 40 unit.saya telah
dimarahi oleh staf nurse tersebut dan dikatakan mahu membunuh
pesakit dengan dos ubat yang saya sediakan.

Beliau juga menegur saya tidak berhati-hati dan tidak


mengamalkan prinsip 7R semasa menyediakan ubatan dan tidak
mengambil carta ubatan bersama semasa menyediakan
ubatan.saya meminta maaf kepada staf nurse disebabkan
kecuaiaan saya yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada
pesakit sekiranya saya melakukanya.
Selepas itu,saya menyediakan semula dos ubat yang betul
dengan mengikut arahan doctor di medication chart.saya juga
menggunakan prinsip 7R untuk menyediakan ubat tersebut
sambil diperhatikan oleh rakan dan staf nurse.
Selesai menyediakan dos ubat yang betul,saya merujuk kepada
staf nurse untuk memastikan dos ubat yang disediakan adalah
betul.kemudian barulah saya memberi suntikan kepada encik m.
saya bernasib baik sempat ditegur oleh staf nurse walaupun
dimarahi kerana sekurang-kurangnya saya sedar akan kesilapan
yang boleh memberi kesan buruk kepada pesakit.

Anda mungkin juga menyukai