Anda di halaman 1dari 7

INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN

KESIHATAN MALAYSIA JOHOR


BAHRU

VAKSINASI COVID-19

NOOR AMIRAH BINTI FOZI

CCPS 2012 PROFESSIONAL


SKILL DEVELOPMENT
DPNS 1/2021(10) -0010

2 APRIL 2022

PUAN HANIM BINTI HJ. SAIM


PENGENALAN

Vaksin merupakan satu ubatan yang diterima oleh manusia untuk


meningkatkan kadar sistem immunisasi badan bagi mencegah penyakit. Oleh itu,
ramai para saintis telah memperkenalkan pelbagai jenis vaksin untuk bayi dan para
ibu mengandung. Tetapi sejak kebelakangan ini satu dunia telah menghadapi wabak
Covid-19 yang boleh membahayakan nyawa manusia. Dengan itu, para saintis
memperkenalkan beberapa vaksin bagi membantu mencegah dan mengurangkan
risiko terdedah pada Covid-19. Vaksin mempunyai banyak kebaikan dan kesan yang
baik pada masyarakat. Tetapi terdapat juga segelintir pihak yang enggan mengambil
vaksin atas sebab-sebab yang tidak masuk akal. Merujuk sinar harian, Pengambilan
vaksin tidak hanya bermanfaat untuk melindungi diri tetapi juga dapat membantu
individu lain yang tidak mampu mengambilnya (Bernama, 2022). Kerajaan telah
menyediakan pelbagai jenis vaksin untuk rakyat secara percuma. Oleh itu, laporan
saya akan menerangkan tentang pandangan masyarakat tentang penerimaan vaksin
Covid-19 serta cara mengalakkan masyarakat mengambil vaksin.

LATAR BELAKANG

Kes pertama wabak Covid-19 terjadi di China pada Desember 2019,


manakala di Malaysia kes pertama adalah pada Januari 2020. Wabak ini kemudianya
tersebar terus luas ke seluruh dunia kerana penyebaran wabak ini melalui udara.
Merujuk Menteri kesihatan Dato’ Seri Dr Adham Baba vaksin pertama yang diterima
Malaysia ialah Pfizer-BioNTech yang diterima dari Belgium. Kebanyakan penerima
vaksin dos Pfizer adalah petugas-petugas barisan hadapan kerana mereka yang
berisiko tinggi dijangkiti wabak Covid-19. Selepas penerimaan vaksin pertama ini,
Malaysia telah membeli dua jenis lagi vaksin iaitu vaksin jenis AstraZeneca dan
Sinovac yang diterima dari China dan United Kingdom.

Penerimaan vaksinasi terdapat dari dua segi reaksi iaitu positif dan negatif.
Pada segi positif masyarakat dapat menerima pengambilan suntikan vaksin kerana
mereka dapat kembali melakukan aktiviti harian mereka dan dapat meneruskan
kelansungan hidup, tetapi perlu mengikut prosedur standard SOP yang betul. Hal ini
kerana, semasa kerajaan melakukan ‘total lockdown’ banyak masyarakat terjejas
dengan wabak Covid-19 ini. Hampir separuh dari masyarakat telah diberhentikan kerja
kerana ekonomi negara merundum, hal ini menyebabkan banyak juga berlaku kes-
kes bunuh diri kerana mereka buntu untuk mencari cara menyara keluarga demi
kelansungan hidup. Selain itu, kesihatan mental juga boleh terganggu pada rakyat
Malaysia seperti ramai petugas barisan hadapan mengalami ‘burnout’ yang teruk
kerana perlu merawat pesakit Covid yang ramai. Manakala pada segi negatif, terdapat
segelintir pihak yang enggan menerima vaksin kerana mereka menyatakan bahawa
terdapat kematian jika mengambil vaksin Covid-19 ini. Walhal, ramai para saintis yang
mengkaji tentang vaksin ini sebelum diberikan kepada rakyat. Ada juga yang menolak
pengambilan vaksin kerana bercanggah dengan agama. Padahal pengambilan vaksin
sudah diambil lagi semasa bayi iaitu vaksin BCG bagi meningkatkan imun bayi kerana
bayi mempunyai sistem imun yang rendah untuk melawan pesakit jadi mereka perlu
vaksinasi. Mereka yang enggan menerima vaksin dikategori sebagai (antivaksin) kena
mereka tidak mempercayai tentang ilmu sains perubatan.

PERBINCANGAN

Vaksinasi telah dibuktikan memberi impak yang baik pada tubuh badan manusia.
Oleh tu terdapat beberapa kesan sampingan dari pengambilan vaksin bagi
menguatkan lagi imun tubuh melawan virus Covid-19. Berdasarkan dari Profesor
Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman, kesan sampingan yang dialami merupakan perkara
biasa yang akan dihadapi oleh setiap individu (Muhammad, 2021). Sudah terang lagi
bersuluh bahawa penerimaan vaksinasi memberi kesan yang baik, terdapat pelbagai
bukti yang dipaparkan dalam media masa dan berita. Pada 02 April 2021 sebanyak
25,770 kes atau 3.5 peratus daripada 706,404 penerima vaksin Covid-19 dikesan
mengalami kes sampingan yang ringan dan serius. Bagi kes yang serius mereka
memerlukan rawatan serta pemerhatian lanjut dari pakar kesihatan, hal ini mungkin
terjadi kerana mereka mempunyai komplikasi dengan sejarah penyakit atau alahan
pada vaksinasi yang diterima. Dijelaskan lagi oleh Menteri kesihatan bahawa ibu
mengandung boleh menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech dengan selamat dan
tiada sebarang masalah untuk kandungan mereka malah dapat mengurangkan risiko
Covid-19. Tetapi untuk langkah berjaga-jaga para ibu mengandung perlu merujuk
pada doktor mereka.

Majoriti masyarakat Malaysia perlu mempunyai aplikasi MySejahtera yang


dilancarkan oleh kerajaan bagi mendaftarkan diri untuk pengambilan vaksin adalah
seramai (98.6%) pendaftar. Tujuan utama adalah bagi memberi maklumat-maklumat
terkini mengenai vaksinasi Covid-19 dari laman sesawang, diikuti dengan
penggunaan media masa. Namun begitu, ada juga sesetengah golongan warga emas
yang tidak dapat mendaftarkan diri kerana kurang arif dengan pengunaan IT, oleh itu
anak-anak mempunyai peranan penting bagi menbantu mereka dan perlu mempunyai
pengetahuan tentang cara berdaftar secara manual di pusat pemberian vaksin. Untuk
mencapai imuniti yang luas, pengunaan liputan teknologi dapat menyampaikan
maklumat yang tepat dan dapat menunjukan sikap dan pengalaman yang kolektif
terhadap vaksinasi melalui kempen kempen komunikasi oleh Menteri Kesihatan
Negara (C, p. 6)

Keberkesanan vaksinasi banyak terbukti, vaksinasi di Malaysia mempunyai


tiga fasa iaitu fasa pertama diberi terlebih dahulu kepada para petugas barisan
hadapan seperti pekerja kesihatan, perkhidmatan dan pertahanan dengan sebanyak
500,00 vaksin Covid-19. Fasa kedua tertumpu pada wargaemas, pesakit penyakit
kronik dan golongan OKU sebanyak 9.4 juta vaksinasi disediakan. Akhir sekali fasa
ketiga vaksinasi sebanyak 13.7 juta vaksin kepada golongan dewasa berumur 18
tahun ke atas (Pejabat Perdana Menteri Malaysia, 2021) Berdasarkan kajian, semasa
kelangsungan pemberian vaksin rata-rata rakyat memberi respon yang positif. Pusat
pemberian vaksin juga mengikut standard SOP. Berpandukan kajian dari Itali oleh Di
Giuseppen at al, beliau telah menekankan bahawa peserta yang merasakan bahawa
mereka telah menerima maklumat yang mencukupi tentang vaksin Covid-19
berkemungkian mereka lebih bimbang tentang keselamatan penerimaan vaksin
(Giuseppe, Concetta P Pelullo, & Giorgis Della Polla, 2021). Hal ini terjadi kerana ada
sesetengah pihak sesuka hati menyebarkan berita palsu mengenai vaksin. Oleh itu,
ketulusan dan kesahihan mengenai vaksin Covid-19 ini perlu dinyatakan secara rasmi
oleh Menteri kesihatan bagi mengelakkan berlaku ketidakpercayaan tentang vaksin
dan berita-berita palsu. Masyarakat juga digalakkan untuk membuat laporan kepada
pihak polis jika mengetahui tentang penyebaran berita palsu ini. Penerimaan vaksinasi
ini telah dilaporkan bahawa setiap negara mempunyai kadar penerimaan vaksin yang
berbeza kadar penerimaan vaksinasi. Penerimaan vaksinasi ini telah dilaporkan
bahawa setiap negara mempunyai kadar penerimaan vaksin Covid-19 yang berbeza.

CADANGAN

Secara umumnya, kajian ini dapat meningkatkan lagi Program Keberkesanan


Vaksinasi di kalangan rakyat Malaysia. Oleh itu terdapat pelbagai cara untuk
mengalakkan rakyat Malaysia untuk mengambil vaksinasi ini. Antara cadangan yang
dapat dipertingkatkan ialah melakukan lebih banyak pendedahan tentang bahayanya
wabak Covid-19 ini dan kebaikan vaksinasi ini. Dengan cara penyebaran secara
meluas dari pengunaan IT iaitu media masa, liputan secara lansung serta penggunaan
surat khabar. Hal ini, dapat membantu golongan penduduk yang berada di kawasan
luar bandar serta pendalaman. Mereka juga dapat mengetahui tentang isu-isu semasa
dengan kes terbaru. Dengan penghasilan MySejahtera banyak membantu rakyat
Malaysia untuk mengetahui tentang tarikh pengambilan vaksinasi mereka terlebih
dahulu.

Selain itu, ialah cara pengumpulan data secara bersemuka bagi golongan
warga emas dan kanak- kanak. Hal ini kerana kebanyakan warga emas kurang gemar
menggunakan telefon bimbit. Dengan cara pengumpulan maklumat secara
bersemuka dapat meningkatkan lagi informasi kepada mereka dan dapat
meningkatkan lagi pemahaman dan pengetahuan mereka tentang vaksinasi. Hal ini
juga dapat menarik minat mereka untuk pengambilan vaksinasi. Kita juga dapat
memberi pendedahan dengan teliti dan jelas kepada mereka tentang proses
pengambilan vaksin dan dapat membantu mereka dalam proses pendaftaran. Hal ini
dapat memudahkan mereka dengan lebih pantas dan jelas. Bagi kanak-kanak pula
mereka lebih cenderung dengan cara penyampaian secara bersemuka kerana
mereka mudah terganggu jika maklumat dipaparkan melalui media masa.

Seterusnya, pendedahan mengenai vaksinasi dapat dilakukan dengan cara


melaksanakan kempen kesedaran secara media masa. Pihak penganjur dapat
memberi pendedahan dengan cara ceramah kesedaran serta artikel yang dapat
diedarkan pada masyarakat di sosial media. Pada zaman media masa ini, kempen ini
dapat dilakukan dengan banyak flatform media seperti googlemeet, zoom, dan
facebook live. Tiada lagi alasan untuk tidak boleh melakukan Kempen Kesedaran ini
kerana banyak kegunaan media yang dapat membantu. Ibu bapa dapat mengalakkan
anak-anak mereka untuk menyertai kempen ini. Media masa juga banyak
menyebarkan tentang keberkesanan vaksinasi dengan memaparkan iklan-iklan
mengenai vaksin secara dalam bentuk animasi yang dapat menarik minat kanak-
kanak. Pengunaan media masa seperti video mengenai vaksinasi banyak memberi
manfaat dan fahaman kepada kanak-kanak dan mereka lebih memahami apa aitu
tujuan vaksin ini. Hal ini, memudahkan para ibu bapa untuk mengalakkan anak-anak
mereka untuk mengambil suntikan vaksin.

Di samping itu, kerajaan dapat menggenakan denda kepada individu yang


melakukan penyebaran berita palsu serta golongan yang enggan mengambil
vaksinasi atas dasar untuk menjaga keselamatan orang awam. Kerajaan dapat
mewartakan undang-undang dalam waktu darurat untuk meminda undang-undang
yang ada dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kepada
golongan ‘antivaksin’ kerana mereka menolak vaksin dan enggan memakai mask
muka. Pada masa yang sama, denda dapat dikenakan pada golongan yang
menyebarkan berita palsu di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia
1998 kerana telah membuat rakyat berasa takut untuk menerima suntukan vaksin.
Dalam situasi ini, kerajaan berkuasa untuk menjaga kepentingan rakyat yang dimana
keperluan kesihatan dan ekonomi itu lebih penting serta dapat mengatasi kepentingan
individu yang menolak vaksin bukan atas sebab kesihatan mereka.

Cadangan yang terakhir ialah penglibatan orang dewasa bagi memberi


peingatan kepada anak muda. Hal ini adalah peranan ibu bapa untuk sentiasa
mengingatkan anak-anak untuk sentiasa mencuci tangan dan menjaga kesihatan
serta kebersihan diri. Mereka juga berperanan untuk mengajar anak -anak tentang
norma baru kepada anak-anak supaya sentiasa menjaga jarak pergaulan di kawasan
yang sesak. Perkara ini juga menjelaskan bahawa anak- anak berperanan untuk
selalu melibatkan diri dalam membantu ibu bapa yang sudah berusia tentang
pengambilan suntikan vaksinasi.
KESIMPULAN

Natijahnya, Program Vaksinasi memberi banyak faedah dan kebaikan


kepada masyarakat Malaysia untuk membendung dari menghidapi penyakit Covid-19
ini. Malaysia telah menyediakan tiga dos vaksinasi pada rakyat untuk
mempertingkatkan imun badan dan paling terbaru kerajaan melancarkan
pengambilan suntikan dos penggalak bagi menguatkan lagi kesihatan badan. Rakyat
Malaysia sebenarnya bertuah kerana dapat menerima vaksinasi secara percuma
kerana da sesetengah negara rakyat mereka perlu membayar untuk menerima
vaksinasi. Akhir kata, vaksinasi ini adalah penting dalam kehidupan manusia, hal ini
kerana vaksin dapat menghalang kita daripada mudah terjangkit dari sebarang
penyakit lebih-lebih lagi kita hidup dalam zaman moden ini. Kita juga mempunyai
banyak kelengkapan untuk mencipta vaksin.

RUJUKAN
Bernama. (2022, disember 21). Covid-19: Vaksin penting untuk lindungi diri,
masyarakat. Retrieved from Sinarharian: https://www.sinarharian.com.my/

C, L. (2021). Confidence and Receptivity for COVID-19 Vaccines. Vaccines, 16.

Giuseppe, G. D., Concetta P Pelullo, & Giorgis Della Polla. (2021). Surveying
willingness toward SARS-CoV-2 vaccination of healthcre workers in Italy.
Ntional Library of Medicine.

Muhammad, Z. M. (2021, April 24). sinarharian. Retrieved from sinarharian web site:
http:sinarharian.com.my

Pejabat Perdana Menteri Malaysia. (2021, Februari 1). Retrieved from pmo:
https://www.pmo.gov.my/ms/2021/02/fasa-fasa-program-imunisasi-covid-19-
kebangsaan/

TEAM, W. (2022, January 24). WORLD HEALTH ORGANIZATION. Retrieved from


who.int: https://www.who.int/news-room/questions-and-
answers/item/coronavirus-disease-(covid-19)-vaccines-safety

Anda mungkin juga menyukai