Anda di halaman 1dari 14

USK 10102 FALSAFAH DAN ISU SEMASA

Semester September
Sesi 2020/2021

USK 10102 FALSAFAH DAN ISU SEMASA

MASALAH PENGANGGURAN DALAM KALANGAN


RAKYAT MALAYSIA

Nama Pensyarah : Dr. Marwan bin Ismail

No. Student Name Matrix No.


Muhamad Syafiq bin Shajarupi A20A1488
1.
Ahmad Arif Azwar bin Anuar A20A1237
2.
Nur Natrah binti mohd nazri A20A1765
3.
Muhammad Fathi Yakan bin Ahmad Fukrazi A20A1521
4.
Muhammad Zulwaqor Bin Ahmad Ehsan A20A1570
5.
Nurul Syahidah binti Mohd Yusof A20A2249
6.

1
BIL TOPIK MUKA SURAT
.

1 PENGENALAN 3-4

BAB 1 : PUNCA BERLAKU PENGANGGURAN


5–6
- MASALAH EKONOMI

- GRADUAN YANG TERLALU MEMILIH KERJA 6-7

BAB 2 : KESAN PENGANGGURAN

- KESAN KEPADA MASYARAKAT 8-9

- KESAN KEPADA NEGARA 9

BAB 3 : TINDAKAN DALAM MENGATASI MASALAH


PENGANGGURAN

- TINDAKAN MASYARAKAT 10 – 11

- TINDAKAN KERAJAAN 11 - 12

5 PENUTUP 13

ISI KANDUNGAN

2
PENGENALAN

Isu pengangguran telah menjadi satu isu sensitive kepada sesebuah negara. Pengangguran
merupakan satu penyakit era globalisasi yang semakin menular ke negara ini. Istilah
pengangguran digunakan apabila seseorang yang boleh bekerja dan mahu bekerja tetapi tidak
dapat untuk menceburkan diri ke dalam bidang pekerjaan. Dalam masyarakat, mereka perlu
bekerja untuk mencari nafkah untuk menyara kehidupan diri dan keluarga. Oleh itu, masalah
pengangguran merupakan masalah yang perlu dipandang serius. Kadar pengangguran
didalam sesebuah negara dapat menunjukkan sejauh mana kecekapan penggunaan sumber
tenaga yang ada dalam sesebuah negara dan ia juga digunakan sebagai indeks dalam aktiviti
ekonomi. Dalam erti kata lain, maksud pengangguran juga ialah seseorang yang mahu
bekerja tetapi tidak mendapat pekerjaan.mereka ini digolongkan sebagai tenaga buruh
sesebuah negara, iaitu mereka yang berumur 15 hingaa 64 tahun yang sanggup bekerja.
Pengangguran juga merupakan masalah semula jadi dalam sesebuah ekonomi yang tidak
dapat dielakkan. Ia tetap berlaku. Walaupun negara telah mencapai tingkat guna tenaga
penuh.

Isu pengangguran bukanlah satu isu yanag baru kerana hampir setiap negara yang
maju dan membangun, masing-masing mengalami isu yang sama. Permasalahan ini sering
dibahaskan berikutan dengan kesan negative yang membawa oleh isu tersebut. Menurut kamu
dewan edisi keempat, perihal penganggur adalah di mana keadaan seseorang itu tidak
mempunyai pekerjaan disebabkan oleh kesukaran untuk mendapat kerja atau akibat dari
pengurangan pekerja oleh kerajaan dan disebabkan keadaan cuaca yang tidak membolehkan
sesuatu pekerjaan dilaksanakan. Terdapat juga definisi penganggur sebagai mereka yang
tidak bekerja walaupun berusia dalam lingkungan umur orang bekerja tetapi mereka sedia
ada untuk bekerja mengikut kadar gaji semasa.

Masalah pengangguran juga terdiri dalam kalangan golongan belia, terutamanya lepas
institusi pengajian tinggi menjadi isu penting bukan sahaja di negara sedang membangun
malah di kebanyakan negara di dunia. Cuma yang membezakannya ialah kadar golongan ini
kepada negara yang mengalaminya. Pengangguran di kalangan siswazah diklasifikasikan
sebagai jenis pengangguran geseran kerana ia melibatkan tempoh masa dalam proses mencari
dan mendapatkan pekerjaan. Pencarian kerja yang melibatkan tempoh masa yang Panjang
akan mempengaruhi bilang pengangguran. Fenomena pengangguran ini yang sementara dan

3
berulang-ulang akibat daripada ketidakcekapan maklumat pasaran buruh diyakini akan dapat
diatasi dengan segera apabila proses penyelasaran pasaran berlaku secara sendiri.

Isu pengangguran telah dianggap sebagai isu global yang semakin hari semakin
berada dalam keadaan yang sangat membimbangkan. Hampir setiap tahun, kadar
pengangguran di negara-negara maju dan membangun semakin menjakaui paras kritikal.
Peratusan yang dikeluaran oleh Kementerian Kewangan Malaysia menerusi Laporan
Ekonomi Tahun 2000 menunjukkan peningkatan kadar pengangguran yang berlaku di
Malaysia. Oleh itu, terdapat beberapa objektif yang merangkumi sebab, kesan dan langkah
untuk menangani masalah pengangguran agar tidak menjadi semakain berleluasa kepada
negara dan masyarakat di negara kita.

4
BAB 1 : PUNCA BERLAKU PENGANGGURAN

MASALAH EKONOMI

Antara punca yang menyebabkan berlakunya pengangguran adalah berlakunya perubahan


struktur ekonomi yang dijalankan disesebuah negara. Perubahan struktur ekonomi ini
merupakan perubahan tumpuan kegiatan ekonomi daripada sektor utama iaitu melakukan
aktiviti pertanian kepada sektor kedua iaitu aktiviti yang melibatkan sektor perindustrian dan
sektor ketiga yang melibatkan aktiviti perkhidmatan. Apabila sesetengah buruh gagal untuk
melengkapkan diri dengan kemahiran yang diperlukan dalam stuktur ekonomi baru, ini akan
menyebabkan mereka berpotensi untuk tidak mendapat peluang pekerjaan dalam struktur
ekonomi yang baru.

Selain itu perkembangan teknologi juga merupakan antara punca berlakunya


pengangguran. Dengan berlakunya perkembangan teknologi, ini akan membantu peningkatan
produktiviti firma dengan meningkatkan kuantiti produk dan dapat mengurangkan masa
untuk penghasilan produk tersebut dan dapat menjimatkan kos pengeluaran firma. Hal ini
akan mendorong firma untuk menggunakan mesin dan jentera dalam proses pengeluaran bagi
menggantikan tenaga buruh. Oleh demikian, firma membuat keputusan untuk mengurangkan
permintaan buruh secara tidak langsung menyebabkan berlaku pengangguran.

Perubahan musim atau cuaca juga merupakan antara punca yang menyebabkan
berlaku pengangguran dan ini berlaku di Malaysia. Sebagai contoh, apabila berlakunya
monsun timur laut atau musim tengkujuh, ini akan menyebabkan nelayan tidak dapat turun ke
laut untuk menangkap ikan, kerana laut bergelora yang membahayakan keselamatan nelayan.
Hal ini menyumbang kepada nelayan menganggur sementara waktu dan kembali turun ke laut
selepas berakhir musim tengkujuh.

Seterusnya, punca berlakunya pengangguran adalah kerana negara dalam kemelesetan


ekonomi. Kemelesetan ekonomi berlaku apabila perbelanjaan agregat dan permintaan agregat
berkurang atau dalam erti kata lain, kemelesetan ekonomi adalah waktu dimana pertumbuhan
ekonomi berubah menjadi negatif. Hal ini didorong oleh berbagai peristiwa seperti berlaku
krisis kewangan, kejutan perdagangan luar, kejutan bekalan yang merugikan dan berlaku
bencana alam. Contohnya pada tahun 1998 telah berlakunya krisis ekonomi dan pada tahun

5
tersebut kadar pengangguran meningkat. Oleh itu, kesan daripada kemelesetan ekonomi ini
menyebabkan aktiviti ekonomi menurun, peniagaan terjejas dan berlaku keadaan dimana
pekerja diberhentikan dan tiada tawaran perjaan baru kerana sumber kewangan syarikat atau
peniaga yang terbatas

GRADUAN YANG TERLALU MEMILIH KERJA

Punca berlakunya pengangguran dalam kalangan siswazah khususnya adalah disebabkan


tiada keseimbangan antara keperluan industri dan penghasilan graduan daripada Institusi
Pengajian Tinggi (IPT). Setiap tahun, lebih 100 000 graduan dihasilkan oleh IPT awam dan
swasta. Hal ini telah menyebabkan berlakunya lambakan graduan dalam negara kita. Peluang
pekerjaan yang dihasilkan hari ini pula terhad berbanding sedekad yang lalu dimana jumlah
rakyat dalam negara telah bertambah berkali ganda tetapi struktur peluang pekerjaan masih di
tahap yang sama. Kesannya, persaingan akan berlaku dalam kalangan siswazah bagi
mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan mereka.

Selain itu, punca yang menyebabkan berlakunya pengangguran adalah disebabkan kursus di
Institut Pengajian Tinggi (IPT) tidak relevan dengan keperluan industri. Terdapat juga
sesetengah IPT yang tidak mementingkan kursus yang ditawarkan samada ianya relevan
ataupun tidak terhadap kehendak industri. Pelajar-pelajar pula mudah termakan dengan janji
peluang pekerjaan yang akan ditawarkan setelah tamat pengajian kelak. Perkara ini akan
menyebabkan tahap kebolehpasaran graduan rendah kerana kursus yang diambil tidak
memenuhi kehendak industri. Oleh hal yang demikian, para siswazah seharusnya perlu peka
dan lebih berhati-hati terhadap perkara ini bagi mengelakkan masalah pengangguran terus
berlaku.

Pada waktu yang sama, masalah pengangguran juga berpunca daripada sikap segelintir
siswazah yang terlalu memilih dalam pekerjaan. Terdapat siswazah yang menginginkan gaji
yang tinggi yang bersesuaian dengan kelayakan mereka meskipun mereka tidak mempunyai
pengalaman kerja dan kemahiran. Sesetengah siswazah bukan sahaja tidak mahu bekerja
dengan gaji yang rendah bahkan ada yang sanggup menganggur berbanding mencari

6
pengalaman kerja. Wujud juga di kalangan siswazah yang bersikap selektif terhadap syarikat
yang mereka akan bekerja kelak dan kestabilan syarikat tersebut. Dari sudut pandang yang
lain, perkara ini memang wajar bagi menjamin kestabilan pekerjaan mereka akan tetapi
syarikat sebegini lebih mementingkan pengalaman bekerja dan kemahiran. Oleh itu, sukar
bagi siswazah khususnya ‘ fresh graduate’ untuk menempatkan diri mereka di syarikat-
syarikat tersebut jika tiada pengalaman bekerja.

7
BAB 2 : KESAN PENGANGGURAN

KESAN KEPADA MASYARAKAT

Kesan negatif pengangguran dari segi masyarakat yang pertama ialah menyebabkan
sebahagian masyarakat tiada sumber pendapatan. Ini menyulitkan penganggur untuk
membuat perbelanjaan ke atas barang-barang keperluan serta perkhidmatan penting seperti
pendidikan. Maka, anak-anak masyarakat yang miskin di bandar ini akan tercicir daripada
mendapat peluang pendidikan. Kebanyakan daripada mereka terpaksa berhenti sekolah pada
usia yang muda bagi membantu keluarga mereka dari segi kewangan iaitu terpaksa bekerja.
Hal ini juga akan menyebabkan mereka cenderung terlibat dengan aktiviti jenayah seperti
merompak dan mencuri kerana mereka tidak mempunyai tahap pendidikan yang tinggi yang
membolehkan mereka mendapat pekerjaan di dalam sektor formal malah tidak mempunyai
modal untuk menjalankan perniagaan. Ini secara tidak langsung mendorong kepada
peningkatan kejadian anti sosial dalam masyarakat. Akibat daripada masalah kewangan yang
mereka hadapi, mereka terpaksa melakukan kegiatan jenayah yang boleh mengancam
kesejahteraan sosial serta menganggu kesejahteraan masyarakat awam.
Di samping itu, kesan dari segi masyarakat yang kedua ialah kewujudan penempatan
setinggan.
Kesan ini boleh dilihat dari segi bagi penduduk yang tiada pendapatan tetap atau
berpendapatan rendah ketiadaan kemudahan perumahan yang selaras dangan
kemampuanmerupakan suatu masalah yang sukar diatasi. Ini memaksa kebanyakan daripada
mereka untuktinggal di kawasan setinggan. Apabila melihat dalam konteks taraf hidup,
terutama dari segikeselesaan tempat tinggal, penduduk luar bandar yang miskin didapati lebih
selesa berbandingdengan penduduk bandar miskin yang tinggal di kawasan setinggan. Oleh
itu, berlakunya penempatan setinggan pada kadar yang sangat tinggi dan ianya merupakan
kawasan kediamanyang tidak sah dari segi undang-undang, oleh itu bekalan kemudahan asas
adalah kurang dankeadaan perumahan tidak tersusun.
Seterusnya kesan dari segi masyarakat yang ketiga ialah keruntuhan sesebuah keluarga.
Contohnya, pengangguran yang berlaku akan menyebabkan berlakunya pergaduhan dan
pertelingkahan antara keluarga dan akhirnya membawa kepada keruntuhan keluarga ataupun
rumah tangga. Ketidak tenteraman ini berlaku kerana berlakunya masalah kesempitan wang
dan individu itu mendesak ibu bapa ataupun ahli keluarga mereka untuk memberikan wang

8
kepada mereka. Jika individu itu sudah berkahwin,dia mungkin akan menggabaikan anak-
anaknya dan menyebabkan isteri merasa terbeban. Halini akan menyebakan pergaduhan
antara suami isteri dan mendorong kepada penceraian

KESAN KEPADA NEGARA

masalah pengangguran adalah masalah globalisasi yang berlaku kepada mana-mana negara
sahaja termasuklah kepada negara maju. Pengangguran juga memberi impak yang sangat
mendalam kepada negara dan boleh menjadi masalah yang serius. Menurut pakar ekonomi
Keynes, sesebuah negara yang mempunyai kadar pengangguran 4% atau kurang akan
menunjukan negara tersebut telah mencapai guna tenaga penuh. Kadar pekerja yang
menganggur juga menunjukkan tahap kecekapan penggunaan sumber manusia sesebuah
negara dan menjadi indeks bagi aktiviti ekonomi negara. Pengganguran yang berlaku dalam
sesebuah negara akan menimbulkan kesan kepada ekonomi secara drastik. Kesan ekonomi
termasuk mengurangkan keluaran negara, menurunkan taraf hidup dan sekaligus
melambatkan pembangunan sesebuah negara. Dengan pengangguran yang tinggi juga boleh
meningkatkan kadar kemiskinan dalam sesebuah negara. Hal ini demikian kerana, kesan
kepasa ekonomi negara dimana pendapatan hasil cukai akan mengalami masalah. Di samping
itu, pengangguran akan menyebakan pendapat negara yang berpunca dari sector cukai
menjadi berkurang. Hal ini terjadi kerana pengangguran yang tinggi akan menyebabkan
kegiatan ekonomi menurun sehingga pendapatan masyarakat juga turut menurun. Oleh hal
demikian, keadaan ini berlaku apabila tenaga manusia yang dimiliki tidak digunakan
sepenuhnya dalam beberapa sector ekonomi menyebabkan pengeluran dalam sector tersebut
berkurang seterusnya akan mengakibatkan keluran negara berkurangan. Selain itu, impak
pengangguran juga memberi kesan kepada taraf hidup penduduk yang menurun. Taraf hidup
di dalam sesebuah negara dapat diukur berdasarkan kepada pendapatan per kapita. Apabila
wujudnya ramai tenaga buruh yang menganggur menyebabkan keluaran negara kasar
berkurang dan ini akan menjelaskan pendapatan per kapita negara. Pendapatan per kapita
yang rendah menunjukkan bahawa taraf hidup penduduk negara tersebut pada tahap yang
rendah. Keadaan itu juga membuatkan pembangunan negara menjadi perlahan. Ini terjadi
apabila infrastruktur didalam sesebuah negara tidak dapat dibangunkan untuk tujuan
pembangunan negara kerana pendapatan negara yang tidak mencukupi untuk dibelanjakan
kearah pembangunan infrastruktur. Oleh itu, kesan pengangguran banyak memberi impak
kepada negara untuk terus membangun.

9
BAB 3 : TINDAKAN DALAM MENGATASI MASALAH PENGANGGURAN

TINDAKAN MASYARAKAT

Terdapat pelbagai tindakan yang mampu dilakukan bagi mengatasi masalah pengangguran
dalam kalangan masyarakat sekeliling. Antara tindakan yang dapat dilakukan masyarakat
adalah mewujudkan peluang pekerjaan sendiri. Dengan adanya sedikit kemahiran dalam
sesuatu bidang, masyarakat akan menciptakan sebanyak mungkin peluang pekerjaan kepada
orang lain lalu dapat untuk merasakan sedikit hasil dari pekerjaan yang ditawarkan. Sebagai
contoh, seseorang individu mempunyai kemahiran dalam membaiki motor mahupun dalam
pendawaian elektrik, mereka boleh membuka sebanyak mungkin peluang pekerjaan kepada
penganggur bagi mengurangkan kadar pengangguran dalam negara kita lalu dapat
meningkatkan dan menstabilkan ekonomi negara. Selain itu, masyarakat hendaklah berjimat
cermat dalam perbelanjaan harian. Hal ini dapat mengurangkan kadar pengangguran antara
masyarakat. Hadkan sesuatu perbelanjaan dan janganlah berbelanja secara boros mahupun
membeli mengikut kehendak. Risiko pengangguran mampu dielak dengan lebih baik demi
mencapai kesejahteraan ekonomi. Seterusnya, mana-mana individu yang mempunyai tanah
sendiri ataupun kedai sendiri dapat meningkatkan dan memulihkan ekonomi dengan cara
mengambil pekerja dari kalangan penganggur dan memasarkan produk atau barang niaga ke
luar negara. Hal ini dapat mengurangkan kerisauan penganggur dan lebih baik dari tidak
mempunyai sebarang pekerjaan. Mereka boleh meluaskan pasaran perniagaan mereka dengan
selalu membuka peluang pekerjaan kepada penganggur diluar sana. Mereka juga boleh
memperbanyakkan sesuatu barang dan produk niaga bagi mendapatkan lebih banyak hasil
lalu dapat mengupah lebih banyak lagi pekerja. Bagi yang mempunyai kedai, mereka boleh
menawarkan pekerjaan dengan kaedah ‘cash on delivery’ kepada para penganggur. Hal ini
tidak menyusahkan pemilik kedai untuk hantar apa-apa barang kepada pelanggan dengan
sendiri. Mereka yang menjual boleh menjual pelbagai jenis barang, produk mahupun
makanan segera bagi mendapatkan hasil sendiri dari pelanggan. Di samping itu juga,
masyarakat harus mempunyai sifat keterbukaan. Dengan sifat tersebut bermakna menerima
pekerjaan yang bergaji rendah dan menerima pekerjaan itu walaupun bukan pekerjaan
berkolar biru. Sekurang-kurangnya masyarakat akan mendapatkan pekerjaan lantas

10
mendapatkan wang untuk membayar atau membeli barang keperluan seharian. Dengan
tindakan-tindakan yang dicadangkan, kita mampu untuk mencapai ekonomi yang lebih baik
malah mampu untuk dikenali oleh seluruh pelosok dunia akan pengawalan ekonomi negara
yang baik. Tindakan ini juga dapat mengurangkan kadar pengangguran di negara kita dan
menambahkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Hal ini juga akan memberi
kesedaran kepada rakyat akan betapa pentingnya sesuatu penyimpanan pada masa kini demi
menjamin kesejahteraan masa depan yang cerah dan gemilang.

TINDAKAN KERAJAAN

Masalah pengangguran memerlukan penyelesaian dari pelbagai pihak termasuk kerajaan


Pihak kerajaan memainkan peranan tersendiri dalam mengurangkan masalah pengangguran
terutama dalam kalangan rakyat Malaysia . Pelbagai inisiatif diambil kerajaan dalam
mengatasi masalah pengangguran ini .
Antara inisiatif kerajaan dalam mengatasi masalah pengangguran ialah menerusi pelaksanaan
Pelan Jana Semula Ekonomi Negara ( PENJANA ) . Pelan ini menelan kos sebanyak RM 35
bilion bertujuan untuk memulihkan ekonomi negara . Peruntukan khusus hampir RM 9 bilion
bagi menangani peningkatan kadar pengangguran yang berupaya memanfaatkan 3 juta
pekerja .
Program Subsidi Upah ( PSU ) merupakan salah satu program dibawah PENJANA
memperuntukan sebanyak RM 5 bilion yang dijangka memberi faedah kepada 2.7 juta
pekerja . PSU adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi
setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan kebawah . PSU dapat membantu majikan
membayar gaji pekerja walaupun syarikat mempunyai masalah sewaktu keadaan yang tidak
menentu disebabkan pandemik Covid-19 juga membantu mengekalkan pekerjaan para
pekerja supaya pengangguran tidak bertambah .
Seterusnya , PENJANA juga menyediakan Program Insentif Pengambilan Pekerja dan
Bantuan Latihan yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial ( PERKESO ) .
Program ini mendapat peruntukan sebanyak RM 1.5 bilion dan menjangka sebanyak 300,000
pencari kerja mendapat faeadah dari program ini . Program ini dapat membantu majikan
dalam mendaftarkan kekosongan jawatan ataupun pengambilan pekerja walaupun sedang
menghadapi kekangan kewangan .

11
Selain itu , menerusi belanjawan 2021 yang baru dibentangkan oleh kerajaan , terdapat
pelbagai inisiatif yang membantu rakyat dalam mengatasi masalah pengangguran dalam
kalangan rakyat Malaysia .
Kerajaan melalui Belanjawan 2021 telah memperuntukkan insentif kepada majikan swasta
sebanyak RM 1000/bulan sehingga 3 bulan bagi setiap graduan baharu yang menyertai
program perantisan . Majikan juga boleh menuntut geran sehingga RM4,000 untuk program
latihan perantis . Program ini mampu membantu para graduan dan juga majikan dalam
mengurangkan jumlah pengangguran terutama dalam kalangan graduan baharu .
Selain itu kerajaan telah menambah baik Portal JobsMalaysia dan dikenali sebagai Portal JM
2.0 yang telah dilancarkan pada September 2018. Cabaran bagi graduan baharu dalam
mendapat tempat didalam industri menyebabkan lambakan graduan yang menganggur .
Melalui inisiatif yang dibawa kerajaan ini , graduan lebih mudah untuk mencari peluang
pekerjaan malah majikan juga lebih mudah mengenalpasti graduan yang mampu memenuhi
kriteria-kriteria yang diperlukan .

12
PENUTUP

Didapati dilema pengangguran dalam kalangan masyarakat di Malaysia khususnya dalam


kalangan siswazah berpunca daripada tahap penguasaan bahasa Inggeris, kekurangan
kemahiran sosial dan pengalaman kerja serta sikap memilih kerja. Selain itu, dasar kerajaan
yang lebih mementingkan kuantiti siswazah dan sikap majikan yang mementingkan
pengalaman turut menyumbang kepada masalah pengangguran. Sekiranya tindakan
sewajarnya tidak diambil, pengangguran (individu) akan menyebabkan masalah tekanan jiwa,
keadaan ketidaktenteraman dalam keluarga dan peningkatan kes gejala sosial. Manakala
pengangguran (ekonomi) pula menyebabkan pendapatan negara menurun dan kadar
kemiskinan meningkat. Oleh itu, kesemua pihak harus berganding bahu untuk menyelesaikan
masalah pengangguran dalam kalangan masyarakat di mana pihak majikan boleh
mengadakan kursus khas dan latihan tambahan bagi mengintegrasikan pengetahuan dan
kemahiran tertentu. Pihak kerajaan pula harus menaikkan taraf pendidikan untuk melahirkan
masyarakat yang berkualiti. Bagi siswazah, mereka harus memperbaiki kelemahan dalam
bahasa Inggeris, mengubah sikap (tidak terlalu memilih pekerjaan) dan bijak dalam
menangani masalah. Siswazah harus menonjolkan kemahiran dan bidang pengajian yang
selaras dengan dunia pekerjaan yang sering berubah mengikut teknologi untuk menghasilkan
diri yang produktif ke pasaran kerja yang kompetitif sebagai rangka memperluaskan ekonomi
kita. “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”.

13
14

Anda mungkin juga menyukai