Anda di halaman 1dari 16

TOPIK TUGASAN : PENGANGGURAN ( UNEMPLOYMENT)

1.0 PENGENALAN

Pengangguran merupakan salah satu masalah yang sering di hadapi sama ada negara

maju mahupun negara yang sedang membangun dan miskin. Menurut Slamon, J. (1999)

di dalam buku Economics (Edisi Keempat), definasi penganggur ialah mereka yang tidak bekerja

walau pun berusia di dalam lingkungan umur orang bekerjatetapi mereka sedia ada untuk bekerja

mengikut kadar gaji semasa. Selain itu, masalah pengangguran biasanya disebabkan oleh

keadaan ekonomi yang sedang mengalami kemelesetan dan juga perubahan dari skim

yang digunakan oleh firma iaitu perubahan dari skim berinsentifkan buruh kepada

skim berinsentifkan teknologi dan modal.

Disamping itu juga, pengangguran berlaku apabila seseorang yang boleh bekerja

dan mahu bekerja tetapi tidak dapat mendapat pekerjaan. Mereka ini digolongkan

dalam tenaga buruh sesebuah negara, iaitu mereka yang berumur 16 ke 64 tahun dan

sanggup bekerja. Dalam masyarakat di mana kebanyakan orang boleh mencari nafkah

dengan bekerja dengan orang lain, pengangguran adalah masalah serius. Kesan

negatifnya termasuk kehilangan, perasaan ditolak dan kegagalan peribadi, dan kerana

itu pengangguran digunakan secara secara meluas untuk mengukur kebajikan pekerja.

Kadar pekerja yang menganggur juga menunjukkan tahap kecekapan penggunaan

sumber manusia sesebuah negara dan menjadi indeks bagi aktiviti ekonomi.
Menurut Menteri Sumber Manusia, Kadar pengangguran di Malaysia adalah

terkawal dan dijangka tidak melebihi 3.5 peratus pada tahun 2017 di sebabkan oleh

kegawatan ekonomi global. Malaysia sentiasa menjadi antara negara yang memiliki

kadar pengangguran terendah pada 3.1 peratus. Menurut penanda aras Pertubuhan

Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), jika kurang daripada empat peratus

masih dianggap sebagai gunatenaga penuh. Menurut beliau, Pihak Kerajaan telah

menggariskan agenda ekonomi yang dijangka dapat menghasilkan 1.5 juta pekerjaan

menjelang 2020 di bawah Rancangan Malaysia ke-11.

Pengangguran dikategorikan sebagai tenaga buruh tetapi tidak menumbang

kepada keluaran negara. Pengangguran juga di definisikan sebagai tenaga buruh yang

tidak melakukan sebarang aktiviti ekonomi tetapi aktif mencari pekerjaan dalam

ekonomi. Di malaysia masalah pengangguran masih rendah berbanding negara maju.

Pada tahun 2004, misalnya kadar pengangguran di Jerman kira-kira 12%, Perancis

9%, Amerika Syarikat 5.5 % dan Jepun 4%-5%. Implikasinya, nasib pekrja dalam

syarikat dan kilang yang mudah terjejas dengan krisis ekonomi khususnya syarikat

dan kilang tempatan dan multinasional yang berorientasikan eksport yang mana

pasaran mereka tertumpu di luar negara. Kesan daripada krisis penganguran ini akan

menyebabkan berpuluh-puluh ribu kehilangan pekerjaan serta sumber pendapatan

hidup
2.0 JENIS -JENIS PENGANGGURAN

Pengangguran dapat di bahagikan kepada beberapa jenis seperti pengangguran

geseran, pengangguran teknologi, pengangguran kitaran, pengangguran struktur,

pengangguran bermusim dan pengangguran sukarela.

2.1 Pengangguran Geseran

Pengangguran ini berlaku untuk sementara waktu sahaja. Pekerja tidak puas hati

dengan pekerjaan sekarang dan sedang berusaha untuk mencari pekerjaan lain yang

lebih baik. Pengangguran geseran atau normal berlaku apabila pekerja berhenti kerja

dan mencari pekerjaan tetapi tidak menjumpainya serta merta dan ketika itu mereka

dikira sebagai penganggur. Menurut Jomo (2003) pengangguran berlaku apabila

dalam suatu ekonomi terdapat pengangguran sebanyak dua atau tiga peratus dari

jumlah tenaga buruh maka ekonomi itu sudah dipandang sebagai mencapai

gunatenaga penuh. Misalnya, pelajar sedang memohon pekerjaan selepas tamat

persekolahan, pekerja yang sukarela berhenti untuk mencari pekerjaan yang lebih baik

atau kontraktor yang sedang menunggu projek baru selepas tamat sesuatu projek.

Pengangguran ini merupakan pengangguran jangka pendek dan sering berlaku dalam

ekonomi.
2.2 Pengangguran Kitaran

Pengangguran kitaran wujud akibat daripada ekonomi tidak selalu berkembang

dengan kukuh. Adakalanya, pengangguran ini berlaku apabila terdapatnya

kemelesetan teruk dalam permintaan agregat. Pengurangan permintaan agregat ini

akan mengurangkan pengeluaran dan seterusnya akan mengurangkan penggunaan

tenaga buruh oleh pengeluar. Kemerosotan permintaan agregat yang disebabkan oleh

kemelesetan ekonomi dan berlakunya inflasi akan menyebabkan kuasa beli isi rumah

merosot. Lebih banyak pekerja baru digunakan dan pengangguran berkurang. Sebagai

contoh di Malaysia, boleh berpunca dari kejatuhan harga-harga komoditi eksport

merugikan negara. Kemerosotan permintaan agregat mengakibatkan syarikat-syarikat

akan mengurangkan pekerja atau menutup syarikat, maka pengangguran bertambah.

2.3 Pengangguran Teknologi

Pengangguran ini berlaku apabila intensif modal digunakan dalam pengeluaran

barangan. Pengangguran teknologi berlaku apabila pengantian tenaga buruh dalam

proses pengeluaran telah diambil alih oleh mesin dan robot. Menurut Jomo dan Ishak,

(2003) perkembangan teknologi yang telah berjaya mencipta alatan yang lebih baik

untuk meningkatkan pengeluaran dengan kos pengeluaran yang semakin

berkurangan. Pembangunan teknologi misalnya menyebabkan keperluan kemahiran

baru dalam banyak industri, menyebabkan mereka yang tidak mempelajari kemahiran

penggunakan peralatan-peralatan teknolgi moden mereka kehilangan pekerjaan.

Industri kilang yang merosot akan tutup menyebabkan pekerja mereka hilang

pekerjaan. Selain itu, pengangguran teknologi boleh ditimbulkan dengan adanya

penggantian tenaga manusia oleh jentera-jentera dan bahan kimia. Misalnya,


penggunaan racun lalang dan rumpai telah mengurangi penggunaan tenaga buruh

untuk membersihkan ladang.

2.4 Pengangguran Struktur

Pengangguran ini berlaku disebabkan perubahan struktur ekonomi dalam sesebuah

negara. Pada masa dahulu sektor pertanian memainkan peranan penting dalam

menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada tenaga buruh. Dengan

perkembangan sektor industri dan pembinaan, penyumbang terbesar dalam

penyediaan peluang pekerjaan telah beralih ke sektor tersebut. Meskipun, sebilangan

tenaga buruh tidak mempunyai kelayakan dan kemahiran maka berlakulah

pengangguran. Perubahan sektor ini juga berlaku kerana kurangnya penawaran dari

sektor pertanian atau terdapat kekurangan permintaan terhadap keluarannya. Menurut

pendapat Ooi (1996), kekurangan permintaan ini adalah disebabkan berlakunya

peningkatan kos pengeluaran, persaingan, terdapatnya keluaran baru dalam pasaran

dan sebagainya.

2.5 Pengangguran Bermusim

Pengangguran bermusim berlaku apabila berlakunya perubahan musim yang

menghalang tenaga buruh melakukan kegiatan ekonomi. Pengangguran bermusim ini

juga jarang terjadi dan kebanyakkannya berlaku di sektor pertanian dan perikanan.

Misalnya, pesawah padi tidak turun ke bendang apabila selesai musim menuai dan

terpaksa tunggu hingga musim menanam semula. Selain itu, nelayan pula tidak turun

ke laut untuk menangkap ikan pada musim tengkujuh maka mereka terpaksa

menganggur menyebabkan pendapatan berkurangan dan mereka terpaksa mencari

kerja lain bagi menyara kehidupan semasa berlakunya pengangguran bermusim.


3.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGANGGURAN DI

MALAYSIA

Sesebuah negara dikatakan mempunyai pertumbuhan yang baik jika kadar

penganggurannya rendah. Sebaliknya jika kadar pengangguran tinggi, bermakna

berlakunya pembaziran sumber manusia. Masalah pengangguran merupakan satu

daripada masalah ekonomi yang sangat penting dan harus ditangani dalam pasaran

buruh. Bagi sesetengah individu, pengangguran hanya berlaku dalam jangka masa

yang pendek yang mana ianya merupakan satu proses semulajadi bagi individu-

individu yang bergerak di antara satu pekerjaan ke pekerjaan yang lain atau

pergerakan daripada alam persekolahan ke pasaran kerja. Bagi sesetengah individu

yang lain pula beranggapan, pengangguran yang mengambil masa beberapa bulan

mungkin disebabkan kesukaran mencari pekerjaan.

Di Malaysia, ramai dari lepasan sekolah dan institusi pengajian tinggi kini sedang

sibuk mencari pekerjaan dalam mengisi pelbagai kekosongan jawatan di pelbagai

sektor namun kadar pengangguran di negara ini dilihat semakin membimbangkan dan

perlu diambil tindakan sewajarnya. Namun kita perlu bersedia mengawal masalah

pengangguran supaya penganggur-penganggur ini tidak membazirkan masa dengan

menyertai perkara-perkara yang tidak berfaedah. Kenyataannya, kadar pengangguran

merupakan petunjuk yang penting kepada prestasi kitaran ekonomi. Mengikut statistik

pada tahun 2015, kadar pengangguran meningkat sebanyak 0.3 peratus kepada 3.3

peratus. ( Perangkaan Tenaga Buruh, Malaysia, Julai 2015).


3.1 Sikap memilih pekerjaan

Sikap terlalu memilih pekerjaan merupakan faktor utama meningkatnya bilangan

pengangguran di Malaysia. Walaupun pelbagai usaha dilakukan kerajaan

bagaimanapun jika pencari pekerjaan itu masih meletakkan beberapa syarat maka

peluang pekerjaan seolah-olah tertutup buat mereka. Secara amnya, sikap rakyat

tempatan yang tidak mahu bekerja dalam persekitaran kotor meupakan antara sebab

utama golongan belia menganggur dan kekosongan itu direbut oleh warga asing.

Sedangkan gaji yang dibayar kepada pekerja tempatan berbanding pekerja asing,

tetapi mereka hanya bertahan untuk dua atau tiga minggu sahaja iaitu dalam

perkhidmatan seperti hospitaliti, pelancongan dan penyediaan dan sebagainya.

3.2 Prestasi atau Kelayakan yang Terlalu Tinggi

Selain itu faktor utama yang menyebabkan kegagalan mereka mendapatkan pekerjaan

ialah kelayakan calon berkenaan yang terlalu tinggi daripada jawatan ditawarkan.

Sebagai contoh, jawatan juruteknik hanya memerlukan kelulusan sijil tetapi

kebanyakan calon yang hadir adalah di kalangan pemegang diploma dan ijazah. Jika

mereka diterima bekerja akan menimbulkan masalah dari aspek skim gaji yang tidak

bersesuaian dengan kelulusan yang diperolehi oleh mereka.


3.3 Menukar Tempat Kerja

Antara faktor lain yang mempengaruhi pengangguran di Malaysia ialah golongan

pekerja yang telah bekerja menukar tempat kerja. Terdapat sesetengah golongan ini

meninggalkan pekrjaan mereka secra sukarela dan tidak semestinya atas alasan

mereka di pecat oleh majikan. Mislanya, pekerja zaman sekarang mudah jemu dengan

apa yang dilakukan oleh itu mereka ingin mencari pekerjaan baru seterusnya mereka

akan menukar tempat kerja. Dengan alasan ingin menukar angin ataupun persekitaran

tempat kerja baru. Jadinya, antara alasan yang sering mereka gunakan ialah ingin

menyalahkan majikan tidak mengambil berat tentang pekerja dan peluang untuk

mereka memajukan diri di tempat kerja adalah terhad.

3.4 Pihak majikan ingin mengurangkan kos perbelanjaan atau operasi

Msialnya, kes pengangguran yang berlaku kepada pemegang ijazah sarjana atau

master. Mereka yang dahulunya telah mendapat pekerjaan telah berhenti kerana ingin

menukar kepada pekerjaan yang lebih baik dari sebelumnya tetapi telah menganggur

kerana mereka mempunyai kelulusan yang tinggi dan berpengalaman menyebabkan

majikan tidak mampu membayar gaji yang setaraf dengan kelulusan mereka. Oleh itu,

mereka mengharapkan ganjaran gaji yang lebih tinggi. Ini menyebabkan mereka tidak

diambil bekerja kerana majikan lebih berminat untuk mengambil graduan baru seperti

sijil, diploma kerana gaji yang perlu dibayar keada mereka jauh lebih rendah

berbanding permintaan gaji dari graduan berkelayakan tinggi. Dengan ini majikan

dapat menjimatkan kos.


4.0 IMPLIKASI PENGANGGURAN TERHADAP MASYARAKAT MALAYSIA

Dalam sesebuah negara pengangguran yang berlaku akan menimbulkan kesan negatif

kepada ekonomi dan sosial penduduk. Pengangguran yang disebabkan oleh kurangnya

peluang pekerjaan akibat daripada kemelesetan ekonomi seperti pengangguran

kitaran, akan membawa kepada kesan negatif terhadap kestabilan ekonomi sesebuah

Negara.

4.1 Kesan kepada Ekonomi

4.1.1 Penurunan Keluaran Negara

Penurunan keluaran negara telah memberi kesan negatif kepada ekonomi

negara menyebabkan ramai tenaga buruh yang menganggur, maka

pengeluaran dari beberapa sektor ekonomi menyebabkan pengeluaran

dalam sektor tersebut berkurangan seterusnya akan mengakibatkan keluar

negara berkurang. Pengangguran tidak menggalakkan pertumbuhan

ekonomi. Kadar pengangguran yang tinggi akan menjejaskan prestasi

pertumbuhan ekonomi. Pembaziran sumber-sumber pengeluaran menjurus

kepada pengeluaran output yang rendah daripada output prestasi.

4.1.2 Menurunkan Taraf Hidup Penduduk

Pengangguran telah memberi kesan negatif kepada ekonomi negara yang

memberi kesan kepada taraf hidup penduduk. Taraf hidup penduduk di dalam

sesebuah negara dapat diukur berdasarkan kepada pendapatan perkapita.

Apabila terjadinya ramai tenaga buruh yang menganggur menyebabkan

keluaran negara kasar berkurangan dan ini akan menjejaskan pendapatan


perkapita Negara. Oleh itu, pendapatan perkapita rendah akan menunjukkan

bahawa taraf hidup penduduk negara tersebut pada tahap yang rendah.

4.1.3 Pembanguan Negara menjadi Perlahan

Pengangguran menyebabkan proses pembangunan lambat berjalan dalam negara

misalnya pembangunan infrastruktur didalam sesebuah negara tidak dibangunkan

untuk tujuan pembangunan negara kerana pendapatan negara yang tidak

mencukupi untuk dibelanjakan kearah pembangunan infrastruktur di samping

menambahkan lagi jurang kemiskinan dalam masyarakat. Oleh itu, pengangguran

yang tinggi menyebabkan ekonomi tidak dapat beroperasi pada tahap yang

maksimum.

4.1.4 Mengurangkan Pendapatan Negara

Kesan negatif seterusnya ialah pengangguran menyebabkan pengurangkan

pendapatan negara. Apabila kadar pengangguran adalah tinggi, maka pendapatan

atau keuntungan syarikat- syarikat akan berkurangan. Ini akan mengurangkan

jumlah cukai pendapatan dan cukai keuntungan syarikat yang dapat dipungut

oleh kerajaan dan seterusnya akan mengurangkan pendapatan negara. Kesan

dari pengangguran dalam negara menyebabkan buruh kehilangan pekerjaan

dan secara tidak langsung menyebabkan kutipan cukai pendapatan

berkurangan. Ini menyebabkan modal untuk pelaburan dalam negara akan

berkurang serta ekonomi negara semakin meleset.


4.1.5 Meningkatkan Kadar Kemiskinan

Pengangguran yang tinggi kadarnya akan meningkatkan kadar kemiskinan

dalam negara. Kerajaan terpaksa merancang beberapa program untuk mengatasi

masalah kemiskinan. Ini akan menjejaskan usaha kerajaan untuk memajukan

negara.

4.2 Kesan kepada Sosial

Pengangguran jika tidak dikawal dan ditangani secara menyeluruh akan memberi

kesan kepada struktur sosial dan budaya dalam mayarakat yang boleh mwujudkan

suasana tidak tenteram dalam keluarga dan masyarakat. Di samping itu,

pengangguran juga boleh meningkatkan masalah sosial dalam masyarakat. Akibat

dariapada pengangguran memberi kesan kepada masalah sosial seperti

merompak, menculik, membunuh, merogol dan sebagainya untuk mendapatkan

wang. Selain itu, pengangguran juga memberi kesan kepada sosial dengan

meningkatkan masalah tekanan jiwa dan tiada lagi keyakinan diri seseorang.
5.0 LANGKAH KERAJAAN MENGATASI PENGANGGURAN DI

MALAYSIA

Kegawatan ekonomi menyebabkan jumlah penganggur di negara Malaysia meningkat

dengan begitu ketara sekali sehingga menimbulkan kebimbangan semua pihak.

Jumlah pengangguran yang tinggi untuk membuktikan kegagalan pihak kerajaan

untuk mengatasi kemelut yang melanda ekonomi negara kerana terlalu bergantung

kepada perkembangan ekonomi negara maju seperti Amerika Syarikat, Russia dan

Jepun. Pihak media massa turut berperanan dalam menyiarkan program yang

menceritakan pengalaman penganggur untuk berjaya dalam hidup jadi bukti bahawa

polemik pengangguran di Malaysia mula menjadi isu politik juga. Sebenarnya, ada

banyak langkah yang boleh diambil oleh pelbagai pihak berkenaan untuk mengatasi

masalah pengangguran ini jika mereka mahu bertindak dengan lebih drastik dan

terkawal.

Antara langkah awal yang perlu diambil bagi mengurangkan kadar pengangguran

di Malaysia ialah kerajaan harus memberikan bantuan kewangan yang mampu

memberi rangsangan kepada ekonomi untuk berkembang dengan pesat. Misalnya,

pihak kerajaan atau pihak berkenaan memberi bantuan kewangan perlulah besar

mungkin menelan berbilion ringgit supaya lebih banyak projek pembangunan

dijalankan secara serentak kerana jika semua projek pembangunan dijalankan secara

serentak sudah pasti jumlah pekerja yang diperlukan ramai dan semua orang

berpeluang untuk bekerja di pelbagai sektor sama ada swasta atau kerajaan. Sebagai

contoh, projek-projek seperti Kompleks Bersepadu Pengerang Petronas dan Taman

Perindustrian Samalaju di Sarawak. Di samping itu, pakej kewangan ini hendaklah


diuruskan oleh kerajaan dengan bijak melalui pemilihan projek ekonomi yang boleh

mempelbagaikan banyak aktiviti ekonomi sampingan seperti ekonomi berasaskan

teknologi dan penyelidikan tinggi. Jelaslah, dengan langkah yang di cadangkan ini

ekonomi negara akan mejadi besar membangun jika kerajaan menyediakan pakej

bantuan keaangan yang banyak untuk mewujudkan peluang pekerjaan serta dapat

meningkatkan taraf hidup penduduk Malaysia.

Antara langkah bagi mengurangkan pengangguran di Malaysia ialah dengan

pakej kewangan yang besar ini boleh diikuti dengan pengenalan pelbagai insentif baru

kepada ahli-ahli perniagaan terutama pembinaan lebih banyak kawasan industri dan

pemberian bebas cukai kepada industri yang tidak membuang pekerjanya. Pelbagai

insentif ini mampu menguatkan semangat kepada ahli perniagaan untuk mencuba

melakukan sesuatu yang baru dalam perniagaannya . Mereka juga turut mengharungi

cabaran dan dugaan dalam kegawatan ekonomi dengan lebih termuka dan rasional

kerana menyedari bahawa pihak kerajaan berusaha untuk menyelamatkan mereka

juga.

Oleh itu, semua idea baru yang diperkenalkan sudah pasti mampu memberikan

suntikan modal kepda ahli perniagaan untuk meneruskan kerja mereka tanpa perlu

membuang pekerja. Bahkan mereka mungkin memerlukan lebih ramai pekerja untuk

mengambil kesempatan yang wujud itu melalui suntikan model oleh pihak kerajaan.

Oleh sebab itu, pihak kerajaan perlu memberikan idea-idea baru yang mampu

memudahkan ahli perniagaan untuk menjalankan peranan mereka dengan lebih

efektif. Dengan adanya idea- idea baru ini akan merangsang pekembangan ekonomi
negara supaya mengelak berlakunya kegawatan ekonomi negara yang boleh

menyebabkan pengangguran.

Seterusnya, anatara langkah kerajaan dalam mengatasi masalah pengangguran

ialah dasar kewangan yang melibatkan perubahan bekalan wang dan perubahan kadar

bunga dalam ekonomi. Sewaktu deflasi, perbelanjaan agregat (AE) adalah rendah,

jadi fenomena pengangguran akan wujud dalam ekonomi. Oleh itu, dasar kewangan

perlu dilonggarkan supaya perbelanjaan agregat dapat ditingkatkan. Pihak kerajaan

melalui bank pusat akan menambahkn bekalan wang dalam pasaran ekonomi dan

menurunkan kadar bunga supaya pelaburan mejadi lebih efektif. Oleh itu,

perbelanjaan dalam kalangan pengguna atau pembeli akan meningkat, maka keluaran

negara akan meningkat sekaligus dapat menghapuskan masalah pengangguran.

Disamping itu juga, pihak kerajaan juga mengambil langkah yang drastik dalam

mengawal masalah pengangguran dengan meningkatkan maklumat tentang peluang

pekerjaan. Pihak kerajaan juga perlulah menyediakan tenaga kerja yang sesuai dengan

kehendak ekonomi masa depan supaya mengelak berlakunya masalah pengangguran

dalam negara. Misalnya, untuk mencapai wawasan 2020 pihak kerajaan perlulah

menyediakan dan menyusun pelan mengurangkan kadar pertambahan penduduk

adalah ara yang berkesan untuk mengurangkan pengangguran dalan jagka panjang.
6.0 KESIMPULAN

Semua pihak perlu bekerjasama dalam mengatasi masalah ini. Ini kerana masalah

pengangguran merupakan masalah yang serius dan ia mendatangkan kesan negatif

kepada ekonomi ddan sosial. Walaubagaimanapun, garaduan perlu dilatih untuk

menceburkan diri ke dalam bidang keushawanan dan diberikan kemudahan pinaman

dengan kadar faedah yang berpatutan. Dengan ini dapat merangsang graduan untuk

menjadi seorang usahawan berjaya dan menawarkan lebih anyak peluang pekerjaan

dalam pasaran domestik.

Justeru itu, implikasi dasar terhadap kawalan pembolehubah makroekonomi

tertentu berupaya memastikan kadar pengangguran kekal rendah di Malaysia seperti

meningkatkan lagi liberalisasi dalam perdagangan dan melaksanakan dasar fiskal

yang boleh menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dalam jangka masa panjang.

Langkah kerajaan memberi insentif tertentu untuk mengalakkan kemasukkan

pelabur langsung asing perlu diteruskan memandangkan kemasukan pelaburan

langsung asing (FDI) berupaya mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dalam

jangka masa pendek. Namun begitu, tumpuan haruslah diberikan terhadap kemasukan

FDI yang berkualiti dan berteknologi tinggi yang mampu menjana peluang pekerjaan

yang memerlukan kemahiran tinggi dan profesional selaras dengan pelan transformasi

negara untuk menjadi negara yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
RUJUKAN

Abdul Kadir, M. Y. (2003). Ekonomi Makro. Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Jamal, A. (2003). Ekonomi Malaysia. Kuala Lumpu : Dewan Bahasa dan Pustaka dan

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jomo, K.S., & Ishak, S. (2003). Makroekonomi. Utusan Publications & Distributions

Sdn. Bhd.

Jabatan Perangkaan Malaysia. 2011. Perangkaan Ekonomi Malaysia Siri Masa. Kuala

Lumpur: Jabatan Percetakan Negara.

Kementerian Kewangan Malaysia. Laporan Ekonomi Malaysia, pelbagai tahun. Kuala

Lumpur: Jabatan Percetakan Negara

Kadar Pengangguran di Malaysia. Diakses pada 3 April 2017

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kadar-pengangguran-di-malaysia-unt

uk-2017-dijangka-tidak-melebihi-3-5-peratus-130314

Ooi, K. L. (1995). Ekonomi Lengkap Makroekonomi STPM. Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Siti Khadijah, C. M., H., & Mohd Razani, M. J. (2003). Ekonomi Malaysia. PTS

Publications & Distributons Sdn. Bhd.

Unit Perancangan Ekonomi.2011.Sejarah Ekonomi.Portal Rasmi EPU, Jabatan

Perdana Menteri

Zaleha Mohd Noor, Norashidah Mohamed Nor dan Judhiana abdul Ghani .2007. The

Relationship between Output and unemployment in Malaysia: Does Okuns Law

exits?.Int.Journal of Economics and Management 1(3):337-344.

Anda mungkin juga menyukai