Anda di halaman 1dari 14

1.0 PENGENALAN Rasuah merupakan musuh pembangunan.

Di zaman global masa kini tidak ada negara yang terkecuali dari masalah rasuah ini yang telah wujud sejak berkurun lama lagi. Ia bukan sahaja membantutkan perkembangan dan merencatkan perjalanannya terhadap ekonomi malah kepada perkembangan politik dan sosial oleh semua negara di dunia.

1.1 DEFINISI RASUAH Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi al-risywah. Dalam Al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. Rasuah menurut bahasa Latin berasal daripada perkataan curroptio iaitu daripada kata kerja corrumpere yang membawa maksud busuk,rosak, menggoyahkan, memutar belit, dan menyokok. Menurut Akta Pencegahan Rasuah, 1997, rasuah adalah penerimaan atau pemberian sebagai upah atau dorongan untuk diri seseorang kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan. Dari segi bahasa, rasuah bermaksud pemberian untuk menumbuk rusuk (menyogok, menyuap), (wang) tumbuk rusuk (sogok, suap). (Kamus Dewan edisi keempat 2007, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur) Menurut Transparency International, rasuah ialah perilaku di jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai yang secara tidak wajar dan tidak sah atau menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya kerabatnya (keluarga dan sahabat handai) dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada mereka. Gejala rasuah merupakan satu jenayah atau kesalahan undang-undang di mana seseorang itu mendapat kebebasan, kontrak perniagaan atau keistimewaan dari pihak berkuasa atau syarikat tertentu selepas menyogokkan pihak terbabit dengan wang, hadiah atau pemberian yang lain kepada pihak terbabit. Rasuah juga merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri

dan bersikap pilih kasih dalam tindakannya. Secara keseluruhannya, rasuah merupakan satu perilaku yang sangat terkutuk dan dibenci bukan sahaja oleh agama malah kemanusiaan sekalipun. Di Negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan memberi dan menerima suapan adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah.

1.2 SEJARAH RASUAH Di dalam kehidupan manusia di dalam fasa moden ini, macam-macam isu yang timbul. Isu rasuah bukanlah satu perkara yang asing lagi dalam masyarakat di Malaysia malahan berlaku di seluruh dunia. Mengapa rasuah berlaku? Kita dapat lihat daripada sejarah dahulu iaitu ketika era Yunani, Roman, kebangkitan Renaissance di Eropah sehingga sekarang adanya gejala rasuah. Rasuah boleh menyebabkan keruntuhan tamadun sesebuah Negara. Jika kita menyorot sejarah peradaban dunia, kita akan mendapati bahawa rasuah telahpun diamalkan oleh paderi-paderi kristian di Eropah sebelum berlaku revolusi. Kesan amalan rasuah , Negara mereka mengalami kemuduran dari segi ekonomi, malah membawa kepada perpecahan politik. Hal ini menyebabkan zaman tersebut dikenali sebagai Zaman Gelap. Amalan rasuah telah menyebabkan tumbangnya diktator Ceausescu di Romania yang dihukum tembak pada tahun 1990. Bekas Presiden Filipina Ferdinand Marcos juga terpaksa hidup dalam buangan hingga ke akhir hayatnya kerana digulingkan akibat rasuah. Di Amerika Syarikat, Presiden Richard Nixon juga tumbang akibat Skandal Watergate. Begitu juga berlaku kepada Shah Reza Pahlavi dari Iran yang terpaksa melarikan diri daripada takhtanya ekoran daripada revolusi rakyat Iran kerana rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam pentadbirannya. Sejarah Malaysia juga turut dibuktikan bahawa jatuhnya kegemilangan kerajaan Melayu Melaka disebabkan rasuah yang berleluasa di kalanagan pembesar istana pada masa itu.

Ini jelas menunjukan bahawa sejarah telah membuktikan segala-galanya tentang keburukan rasuah serta kesannya terhadap masyarakat. Tamadun yang telah dibina oleh bangsa kita ini akan runtuh dan musnah begitu sahaja jika gejala rasuah tetap membelenggu masyarakat.

1.3 AMALAN RASUAH Rasuah boleh diibaratkan sebagai penyakit kanser yang boleh merebak kepada masyarakat dan menghancurkan sesebuah negara secara perlahan-lahan. Akhir-akhir ini kerajaan mendapati ramai pegawai awam terlibat dalam amalan rasuah sama ada secara langsung atau tidak langsung sehingga menjejaskan imej perkhidmatan awam. Amalan menerima dan memberi hadiah telah menjadi budaya dalam masyarakat untuk memberi gambaran seolah-olah bertujuan untuk melahirkan rasa terima kasih, penghargaan, sedekah, kasih sayang, persahabatan dan persaudaraan. Amalan ini dianggap baik jika pemberian itu mempunyai niat yang ikhlas, jujur dan bertujuan untuk mengeratkan atau mengukuhkan lagi persahabatan yang baik di antara pemberi dan penerima. Namun, pemberian hadiah itu boleh menjadi rasuah apabila hadiah itu diberi dengan bertujuan untuk mendapatkan sesuatu istimewa, keuntungan serta perkhidmatan daripada pihak yang berkaitan dengan tugas atau urusan rasminya. Jika perkara ini berlaku secara berleluasa di antara sektor awam dan sektor kerajaan, maka pemberian hadiah itu boleh berkembang menjadi satu bentuk rasuah. Ini adalah kerana kebiasaan menerima sesuatu dan meminta sesuatu pemberian yang mulanya merupakan hadiah kini menjadi satu kemestian dalam segala urusan. Walaupun tujuannya sama, kadangkala ianya ke arah satu maksud yang sukar diselami dan berbentuk insentif serta perlukan balasan. Oleh itu ianya perlu dikawal agar tidak menjejaskan integriti dan imej perkhidmatan awam. 2.0 ANALISIS EKONOMI TENTANG RASUAH Rasuah merupakan penyakit masyarakat yang serius pada masa kini,

terutamanya di kalangan negara membangun. Ini secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi dan juga kehidupan social masyarakat. Pengamalan rasuah yang berleluasa boleh mengakibatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara terbantut dan seterusnya menyebabkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) juga turut menurun. Menurut hasil penemuan kajian yang dibuat di Malaysia menunjukan kesan negatif di mana dengan peringkat rasuah sebanyak 1% akan mengakibatkan KDNK negara menurun sebanyak 1.618%. Ini jelas menunjukan bahawa amalan rasuah yang berlaku di Malaysia memberi kesan yang negatif terhadap pertumbuhan ekonomi. Bank Dunia mengandaikan rasuah ini sebagai satu ancaman yang terbesar kepada ekonomi dan pembangunan sosial. Ia membantukan pembangunan negara dengan memporak-perandakan undang-undang dan juga melemahkan institusi asas dalam pembangunan ekonomi (David Ng 2006). Jelas ini telah menunjukan bahawa rasuah ini meninggalkan kesan yang amat negative kepada masyarakat dan negara kerana pembangunan ekonomi sesebuah negara itu terbantut akibat daripada amalan rasuah tersebut. Khairul Azhar Idris (2005) menyatakan bahawa pada hakikatnya gejala rasuah dilihat sebagai satu jalan pintas dan mudah bagi mendapatkan sesuatu peruntukan ataupun kejayaan daripada golongan tertentu. Amalan rasuah tersebut telah menimbulkan satu fenomena dari kalangan masyarakat yang kaya semakin kaya dan yang miskin bertambah miskin. Ini boleh mengakibatkan penindasan di mana suatu perkara tidak dapat disalurkan dengan jalan yang betul dan ini menyebabkan yang berhak tidak mendapat apa-apa manfaat dan sebaliknya yang tidak berhak mendapat manfaat. Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai kesan rasuah ke atas pertumbuhan ekonomi, beberapa analisis kajian lepas yang berkaitan dengan rasuah telah dibuat. Antaranya ialah Paolo Mauro (1995) yang telah menggunakan data yang mengandungi indeks keberkesanan dan keluhuran birokrasi yang subjektif untuk menjelaskan bukti empiric kesan rasuah terhadap pembangunan ekonomi. Analisis kajian beliau meliputi 58 buah negara yang mana kajian ini mempunyai hubungkait di antara pelaburan dan rasuah . Padanan

yang negatif antara rasuah dengan pelaburan dan pembangunan adalah signifikan dari sudut ekonomi dan statistik. Walaupun berhadapan dengan data yang terhad, artikel tersebut menunjukan secara terperinci hubungan tersebut kuat bagi mengawal penentu piawai untuk pelaburan dan pertumbuhan sebagai mana kestabilan politik. Fahim A. Al-Marhubi (2000) pula menyatakan bahawa rasuah adalah penyebab kepada kelemahan dalan makroekonomi seperti kekurangan pelaburan dan menyebabkan pertumbuhan ekonomi yang lembab. Kajian beliau meluaskan kesan negatif rasuah dan dikatakan turut menyumbang kepada tingkat inflasi. Penyelidikan beliau meliputi 41 buah negara dan kajian beliau menunjukkan bahawa kadar rasuah yang tinggi menyumbangkan kepada kadar inflasi yang tinggi. Hubungan terbabit begitu kuat dengan memasukkan pembolehubah inflasi yag lain termasuk tahap kebebasan bank pusat, ketidakstabilan politik dan juga bentuk pemboleh ubah lain. Dari perspektif dasar, kesan utama bagi kajian beliau ialah pembaharuan institusi ekonomi dan politik bagi mengukuhkan penguatkuasaan undang-undang dan juga mengurangkan amalan rasuah perlu menjadi agenda bagi setiap pembaharuan dasar. Pak Hung Mo (2001) juga menjelaskan peranan rasuah dalam pertumbuhan ekonomi dengan menyediakan penganggar kuantitatif akibat rasuah ke atas pertumbuhan dan kepentingannya terhadap saluran perubahan. Kajian rasuah beliau adalah tertumpu ke atas 54 buah negara yang terdapat dalam Corruption Perception Indeks (CPI). Dengan menggunakan penganggar kuasa 2 terkecil (OLS), beliau mendapati dengan peningkatan 1% tingkat rasuah akan mengurangkan kadar pertumbuhan ekonomi dalam lingkungan 0.72%. Dalam perkataan lain ialah dengan peningkatan satu unit dalam indeks persepsi rasuah akan mengakibatkan kadar pertumbuhan ekonomi menurun sebanyak 0.545 mata peratus. Apa yang paling penting dalam saluran yang mempengaruhi pertumbuhan ekonomi ialah ketidakstabilan politik di mana sebanyak 53% jumlah yang mempengaruhi dalam pertumbuhan ekonomi. Beliau juga mendapati bahawa rasuah boleh mengurangkan tingkat modal insan dan perkongsian pelaburan persendirian.

Keith Blackburn et.al (2006) memfokuskan rasuah di kalangan birokrasi awam dan implikasi terhadap pembangunan ekonomi. Analisis beliau menunjukkan beberapa petunjuk yang penting. Analisis tersebut menunjukkan bahawa campur tangan kerajaan memerlukan pegawai perkhidmatan awam dalam mengumpul maklumat dan potensi pentadbir dan sekurang-kurangnya dari kalangan mereka juga mengamalkan rasuah dari segi pemberian maklumat yang salah daripada harga yang betul. Petunjuk tersebut memberi tindak balas kepada tiga situasi utama dalam berlakunya rasuah, iaitu wujud delegasi pihak berkuasa dari ketua sehingga ke pihak bawahan bahawa pihak berkuasa ini boleh dieksploitasi untuk mendapat habuan ekonomi. Menurut Bruce W.Finnie et.al (2006), beliau menggunakan analisis penjelasan ekonomi dan social pada masa sekarang dan masa lepas bagi fenomena pembangunan. Pemantauan beliau mengenai rasuah dari kalangan negara, pemilikan, kebebasan dan individualism dianalisis dan dibincangkan. Interaksi ini membentuk sat model yang dinamakan triad of strains dengan tiga sudut, iaitu pemilikan tanggungjawab, penzahiran kebebasan dan kawalan rasuah. Semua aktivti ekonomi bergantung kepada kawalan politik dan social. Namun analisis beliau menunjukkan bahawa kawalan ini selalunya menjadi terlebih terutamanya kepada negara yang mengamalkan autokrasi. Bagi pembangunan yang optimum, perlu ada had bagi kawalan terbabit. Birokrasi yang didorong oleh perundangan dan kuasa tanpa batasan berbanding dengan sebab kebiasaannya akan jatuh kerana kekurangan pertimbangan nilai manusia dan keperluan bagi pemilikan untuk membantu memastikan tindakan yang rasional. Bagi David Ng (2006), tujuan utama kajian beliau adalah untuk mengkaji dengan memfokuskan kepada peranan rasuah terhadap pasaran kewangan. Banyak kajian dibuat untuk mengkaji bagaimana tahap rasuah sesebuah negara memberi kesan terhadap asset bagi negara yang lain. Bila melihat kepada pasaran kewangan antarabangsa, didapati bahawa rasuah berkait rapat dengan kos pinjaman yang tinggi, penilaian saham yang rendah dan juga tadbir korporat yang lemah. Bukti anekdot menunjukkan kesan gangguan rasuah dan juga kajian teoritikal mengesahkan kesan ini. Bukti kajian beliau menunjukkan kos yang ditanggung akibat rasuah adalah sangat signifikan dengan pelbagai bidang dalam ekonomi.

Oleh yang demikian, amalan rasuah ini memberi kesan yang negatif dan ianya terbukti berdasarkan kepada situasi keadaan masa sekarang dan juga sejarah yang terdahulu di mana kesannya memberi kesan yang buruk sama ada daripada sudut politik, masyarakat sosial dan juga kepada ekonomi sesebuah negara.

3.0 ANALISIS UNDANG-UNDANG TENTANG RASUAH Rasuah merupakan jenayah berat yang sama seriusnya dengan jenayah bunuh, rogol dan merompak. Jenayah ini wujud tanpa mengira masa dan ruang. Kesan daripada jenayah ini tidak boleh diukur dengan nilai rasuah yang terlibat. Walau sekecil manapun nilai rasuah, natijahnya amat buruk. Ini bukan sahaja boleh merosakkan ekonomi dan menjejaskan pembangunan negara, malah ianya

mampu menjatuhkan dan menghakis kepercayaan terhadap kerajaan, organisasi, institusi dan individu serta anggota masyarakat. Ketegasan YAB Perdana Menteri Malaysia dalam usaha membanteras rasuah dapat dilihat melalui ucapan YAB di Malam Transformasi Bersama Rakyat: Untukmu Malaysia. Amanat yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak melalui pengenalan Program Transformasi Kerajaan (GTP) menyeru supaya hasil transformasi kerajaan yang sedang berlaku dapat disampaikan kepada rakyat berpandukan tema Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Ini telah membuktikan bahawa kepentingan untuk membanteras rasuah selaras dengan kemajuan yang kian dicapai negara serta peningkatan kebajikan kepada rakyat, maka ia telah dijadikan keutamaan kerajaan di bawah GTP. Rasuah ada hubungkait dengan kuasa dan penguatkuasa undang-undang (kajian oleh Nolan Committee U.K. Tahun 1995). Kajian ini menunjukkan bahawa pihak kerajaan berhak menguatkuasakan undang-undang untuk membanteras rasuah di Malaysia. Rasuah merupakan jenayah yang melangkaui sempadan negara. Untuk memastikan penjenayah rasuah dikenakan tindakan undang-undang sewajarnya, SPRM ( Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ) dan agensi-agensi penguatkuasaan di luar negara saling membantu. Bagi melaksanakan siasatan yang melibatkan negara lain, Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 (MACMA) dipraktikkan sepenuhnya oleh SPRM. Kerjasama antarabangsa dalam memerangi rasuah amat penting kerana kajian yang dijalankan mendapati mereka yang melakukan rasuah cenderung menyembunyikan diri atau laba yang diperolehi secara salah itu dalam bidang kuasa asing. Undang-undang atau inisiatif bersama antarabangsa mengenai bantuan perundangan, ekstradisi dan anti perubahan wang haram akan hanya berkesan jika negara-negara komited untuk saling membantu antara satu sama lain. (YAB Perdana Menteri, 2001) Menurut ucapan yang disampaikan, SPRM menjalin kerjasama dengan banyak agensi penguatkuasaan pencegahan rasuah, antaranya ialah Biro Mencegah Rasuah (BMR) Brunei, Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK) Indonesia, Corrupt Practices Investigation Bureau (CPIB) Singapura dan National Counter Corruption Commission (NCCC) Thailand.

Kerjasama ini membolehkan banyak kes rasuah melangkaui sempadan negara dapat diselesaikan. Usaha sama ini dapat memberi amaran kepada perasuah bahawa mereka tetap diburu walau cuba melarikan atau menyembunyikan diri ke negara lain. Jalinan hubungan yang erat ini banyak memberikan faedah kepada Malaysia dan negara-negara terlibat. Menurut laporan SPRM ( Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), sebanyak 918 orang ditangkap. Berdasarkan jumlah keseluruhan tangkapan, 413 orang telah ditangkap atas kesalahan memberi rasuah, 419 orang menerima rasuah dan 41 orang ditangkap kerana kesalahan mengemukakan tuntutan palsu. Bagi kesalahan menyalahgunakan kedudukan pula tangkapan meningkat kepada 17 orang berbanding hanya seorang pada tahun 2010. Sepanjang tahun 2011, seramai 263 orang telah dituduh di Mahkamah melibatkan 80 (30%) orang penjawat awam, 141 orang awam (54%), 41 orang (15%) dari sector swasta, seorang ahli politik (1%). Manakala bagi kategori penjawat awam yang telah dituduh adalah dua orang (3%) dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan selebihnya 61 orang (76%) adalah dari kalangan Kumpulan Sokongan. Pada tahun 2010, sebanyak 811 kes perbicaraan di Mahkamah Rendah telah dikendalikan termasuk 382 kes baru. Manakala pada tahun 2011, sebanyak 776 kes perbicaraan di Mahkamah Rendah telah dikendalikan termasuk 256 kes baru. Sejumlah 520 kes telah diselesaikan di peringkat perbicaraan awal di mana 388 (75%) kes Orang Kena Tuduh (OKT) telah disabit kesalahan, 114 (22%) OKT dilepas dan dibebaskan dan 18 (3%) kes OKT dilepas tanpa dibebaskan. Ini bermakna kadar sabitan adalah 75%. Menurut statistik tangkapan rasuah tahunan 2012, sebanyak 701 orang telah ditangkap. Berdasarkan jumlah keseluruhan tangkapan, terdapat 288 orang penjawat awam (41%) dan 413 orang awam (59%). Ini dapat dilihat bahawa jumlah statistik tangkapan rasuah 2012 telah menurun sebanyak 217 orang berbanding dengan jumlah statistic tangkapan rasuah 2011. Selaras dengan penggubalan Akta SPRM 2009, SPRM sentiasa bertindak tegas dan tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap penjenayah rasuah ini.

Pada masa yang sama, SPRM turut melaksanakan program dan aktiviti bagi meningkatkan integrity dan kebertanggungjawaban kakitangan dan pegawai pentadbiran sektor kerajaan, swasta, NGO, politik, masyarakat awam dan pelajar. Usaha untuk membentuk negara yang bebas daripada rasuah bukan satu tugas yang mudah. Tanpa sokongan daripada masyarakat, sudah pasti segala usaha yang dilaksanakan oleh SPRM tidak akan Berjaya sepenuhnya. Pada 17 Mac 2011, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Burung Helang telah dipilih menjadi mascot anti rasuah yang dikenali sebagai Ejen Lang. Pemilihan mascot ini dikongsi oleh lima agensi penguatkuasa utama iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan Jabatan Imigresen dengan harapan untuk menggalakkan orang ramai menjadi mata dan telinga kerajaan dalam usaha membanteras gejala rasuah.

4.0 ANALISIS ETIKA TENTANG RASUAH Rasuah bukan mengenai parti politik, status, warna kulit atau agama, malah rasuah berlaku akibat keruntuhan moral dan terhakisnya integriti dalam diri seseorang individu itu. Menurut ucapan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau kata bahawa kod tingkah laku dan kesedaran sivik yang kuat di kalangan anggota masyarakat berupaya mengurangkan kelakuan rasuah jika hendak dibandingkan dengan halangan undang-undang dan insentif kewangan

semata-mata. Berdasarkan ucapan beliau, kita didapati bahawa kita perlu

memberikan perhatian terhadap nilai, etika serta norma-norma yang diguna pakai dalam kumpulan masyarakat yang berlainan. Amalan etika yang baik akan menjadi amalan kakitangan organisasi yang bekerja dengan jujur, amanah, menepati masa, cekap, berhemah dan produktif . Etika yang baik juga dapat memberi gambaran atau imej positif kepada organisasi, syarikat dan jabatan. Etika mempunyai hubungan rapat dengan tingkah laku kakitangan organisasi tersebut. Etika yang bersih dapat menggambarkan kecekapan sesuatu organisasi dan begitu juga jika sebaliknya yang berlakunya. Etika kerja sering kali dibincangkan dalam konteks nilai, kepercayaan, norma dan sifat peribadi seseorang kakitangan dalam menyempurnakan tanggungjawab mereka terhadap organisasi. Terdapat 5 sistem yang sering digunakan, iaitu Eternal Law (Undang-undang Abadi/kekal), Classical Teleological Ethical Theory: Utilitarianism (Teleological yang Klasik Teori Mengikut Etika: Kemudahan), Classical Deontological Ethical Theory: Universalism (Deontological yang Klasik Teori Mengikut Etika: Univesalisme), Distributive Justice Theory (Teori Adil Pembahagi), Personal Liberty Theory (Teori Kebebasan Peribadi). Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperipadian. Untuk menangani sikap rasuah ini, sistem Eternal Law kena diguna . Menurut system Eternal Law, seseorang mempunyai hak untuk hidup, kebebasan dan mengejar kebahagiaan, maka mereka juga ada kewajipan untuk menjamin hak yang sama untuk orang lain. Pembangunan social ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Golongan yang terlibat akan mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya. Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya. Untuk menyelesaikan masalah rasuah tersebut, sistem teleological perlu digunakan. Pendekatan tersebut diterbitkan daripada istilah Greece yang mana bermakna kesudahan atau keputusan. Menurut pandangan Jeremy Bentham dan J.S.Mill,

nilai moral kelakuan peribadi dapat ditentukan dari kelakuannya. Sekiranya kelakuan atau tindakan memberikan manfaat kepada orang lain, maka ia dianggap baik/betul. Sekiranya ia menyebabkan berlakunya kerosakkan pada orang lain, maka tindakan tersebut dikira salah. Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih popularity dan sebagainya. Untuk menyelesaikan masalah rasuah ini, sistem Deontology patut diamalkan, iaitu dengan niat yang baik terhadap orang lain dan bukannya memberi rasuah. Niat ini menunjukkan moral yang patut dipuji walaupun secara tidak sengaja menyakiti orang lain dengan sikap cuai. Pendekatan Deontology adalah dari istilah bahasa Greece yang merujuk kepada tanggungjawab atau kewajipan seorang individu. Mengikut Teori etika ini, ia menyatakan nilai moral suatu tindakan tidak boleh dinilai ke atas kesudahan (hasil/kebaikan yang akan didapati) ini kerana kesudahannya tidak jelas dan tidak dapat ditentukan hasilnya semasa tindakan/keputusan tersebut dibuat. Nilai prinsip bermoral sesuatu tindakan sebaliknya harus bergantung pada niat seseorang itu yang membuat keputusan atau melakukan tindakan. Rasuah dalam pasukan bola sepak semakin meningkat dan menyebabkan ketidakadilan dalam pertandingan. Untuk mengurangkan kes ini berlaku, system Distributive Justice Theory perlu diamalkan. Menurut John Rawls, Distributive Justice Theory secara eksplisit mendasarkan kepada keutamaan suatu nilai tunggal, iaitu kaadilan. Keadilan satu sifat yang baik pertama di dalam system pembentukan social, sama seperti kebenaran adalah sifat yang baik pertama di dalam sistem pemikiran. Secara keseluruhannya, pendidkan etika adalah seiring dengan pendidikan pencegahan rasuah. Hal ini kerana jika individu tersebut telah tersedia untuk menghadapi cabaran semasa bekerja atau mempunyai keyakinan dan juga nilai-nilai norma kehidupan serta kemasyarakatan, maka sebarang rintangan dan godaan tidak akan memberi sebarang implikasi kepada individu tersebut.

5.0 KESIMPULAN Rasuah merupakan penyakit masyarakat antarabangsa yang telah lama meracuni kehidupan manusia. Ia berlaku tanpa memilih tempat, waktu dan peringkat orang. Pendek kata, di mana-mana dan kepada sesiapa sahaja ia boleh berlaku atau terjadi. Menurut hasil keputusan penganggaran yang dijalankan ke atas model pertumbuhan ekonomi mendapati bahawa rasuah mempunyai hubungan yang negative terhadap pertumbuhan ekonomi. Keputusan kajian yang ditunjukkan bahawa rasuah di Malaysia adalah pada aras signifikan 0.01 dan ianya dapat dijelaskan dengan peningkatan 1% dalam rasuah akan menyebabkan

pertumbuhan ekonomi KDNK menurun sebanyak 1.618%.

Sebagai rakyat Malaysia, kita patut sama-sama memikul tanggungjawab untuk membanteras rasuah. Kita hendaklah mengukuhkan dan meningkatkan nilai-nilai murni serta menghayati ajaran agama sebagai pegangan hidup. Ini kerana gejala rasuah ini, walau sebesar atau sekecil manapun ianya dilihat tetapi kesannya adalah amat buruk yang mana akan menjejaskan negara secara keseluruhannya. Kesimpulannya, rasuah merupakan musuh negara yang berbahaya dan perlu dibanteras melalui kerjasama anggota masyarakat dan pihak berkuasa.

3252 WORDS

Anda mungkin juga menyukai