Anda di halaman 1dari 13

ANISA BT AHMAD 4 PISMP RBT 2

PENDEKATAN BERTEMA DAN PENGHUBUNGKAITAN a. Pendekatan bertema

Pendekatan bertema merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang disusun sekitar konsep atau tema. Pendekatan ini merupakan alat pengelolaan yang memberi peluang kepada guru untuk menghubungkan antara mata pelajaran. Ia bertujuan bagi mengelakkkan program yang tidak tersusun berpunca ddari pelajaran harian yang tidak berkaitan. Selain itu, membolehkan pelajar menghubungkan di antara pemahaman, sikap dan kemahiran serta bidang kurikulum. Pelajar juga diberi peluang untuk meneroka, mengalami dan mencari peluang mengekspresikan sesuatu tema yang diterimapakai. Memilih tema merupakan langkah yang penting untuk memperkembangkan unit pembelajaran. Pemilihan tema yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah berasaskan konsep, berasaskan kemahiran, berasaskan

kandungan dan kemahiran, berfokus kepada isu, berfokus kepada projek dan berorientasikan kajian kes. Terdapat banyak tema dan cara untuk mengkategorikan pendekatan bertema. Pemilihan tema perlu mempertimbangkan beberapa aspek. Antaranya ialah boleh merentas semua matapelajaran, bersesuaian dan berkaitan dengan pengalaman dan kehidupan pelajar. Selain itu, bersesuaian dengan situasi, masa atau peristiwa, penyediaan kemudahan untuk memperolehi bahan dan sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru berminat dengan tema yang dipilih, dan pemeringkatan tema dari yang mudah kepada yang lebih mencabar.

ANISA BT AHMAD 4 PISMP RBT 2

Pendekatan

bertema

mempunyai

beberapa

kelebihan,

kekuatan

dan

isu/cabaran. Kelebihan pendekatan bertema kepada murid ialah dapat menghadapi cabaran, dapat meluahkan perasaan melalui pelbagai aktiviti berlandaskan

pengetahuan dan pengalaman lalu, untuk menyemai daya imaginasi melalui penerokaan, dapat membuat pilihan yang sesuai dan relevan dalam kehidupan, dan memperbaiki kemahiran interpersonal dan intrapersonal. Antara kekuatan pembelajaran bertema ialah pelajar berpeluang untuk meluahkan perasaan berdasarkan pengalaman verbal dan bukan verbal. Selain itu, pelajar lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan, dapat menilai kefahaman konsep melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan pelajar dapat

menghubungkait pengetahuan dan kemahiran. Pelajar juga berpeluang untuk menyemai dan mengaitkan idea-idea dan imaginasi baru. Bagi melaksanakan pendekatan ini, pelbagai isu atau cabaran yang timbul. Isu atau cabaran tersebut ialah meliputi aspek kecekapan guru, jaringan ahli dalam kumpulan, perbezaan hasil pembelajaran dalam bidang pembelajaran, kesukaran menilai skop yang luas dan kesukaran membuat penilaian kerana kebolehan yang berbeza. Penghubungkaitan tema dengan mata pelajaran terbahagi kepada dua. Hubungkait yang pertama ialah tema dengan isi kandungan mata pelajaran. Prinsip asas bagi penciptaan tema untuk improvisasi ialah mudah dan berfungsi. Tema daripada pelbagai mata pelajaran boleh diajar dengan menggabungjalinkan muzik, seni visual dan pergerakan bagi mewujudkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang bermakna. Hubungkait yang kedua ialah tema dengan kemahiran. Tema yang dipilih hendaklah tema yang dapat meningkatkan kemahiran diri pelajar terutamanya dalam kemahiran 3 M (membaca, menulis dan mengira).

ANISA BT AHMAD 4 PISMP RBT 2

b. Penghubungkaitan

Penghubungkaitan bilik darjah boleh diibaratkan seperti tangan dengan jejari yang dianggap sebagai pelajar, manakala ibu jari sebagai guru. Jari jemari ini akan selalu bekerjasama untuk mencapai tugasan yang diberi. Prinsip kesepaduan adalah penting kerana penghubungkaitan merupakan cara menyelesaikan masalah dan ia

sentiasa berkait rapat antara satu sama lain tanpa ada yang menimbulkan masalah.

Keberkesanan pendekatan penghubungkaitan ialah bergantung kepada tujuh kriteria asas. Kriteria tersebut ialah mempunyai semangat saling bergantung, kemahiran sosial yang penting untuk berkomunikas, kesedaran akauntabiliti individu, penilaian kumpulan dari semasa ke semasa, perkara-perkara kecil tetapi dapat digabungkan dalam proses pembelajaran dan dapat mewujudkan suasana yang dinamik dan interaktif dalam proses pembelajaran pelajar. Kriteria yang terakhir ialah menyerapkan pengetahuan serta kemahiran dan aktiviti yang tidak dapat wujud sebagai satu mata pelajaran.

ANISA BT AHMAD 4 PISMP RBT 2

INTEGRASI

Pengertian integrasi boleh dibahagikan kepada tiga sudut. Berdasarkan sudut psikologi, integrasi berkait rapat dengan personaliti total yang bermaksud individu adalah insan total dan segala unsur perkembangan pelajar yang mengandungi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial sentiasa berkait rapat dan saling bergantung antara satu sama lain.

Dari sudut sosiologi, integrasi dilihat dari sudut perhubungan antara personaliti dengan personaliti seperti antara seorang pelajar dengan seorang pelajar, dan antara pelajar dengan guru. Selain itu, perlu ada rasa keinginan yang terjalin dalam perhubungan antara individu dengan masyarat dan harus ada pengiktirafan terhadap perhubungan antara pelbagai institusi masyarakat itu.

Dari sudut pedagogi, integrasi melibatkan kaedah dan teknik mengajar yang meliputi pelbagai isi pelajaran dan kemahiran melalui unit pembelajaran dan bidang pelajaran yang khusus untuk tujuan membantu dalam pendekatan menyelesaikan masalah sebagai satu cara belajar.

Terdapat pelbagai jenis integrasi yang dijalankan dalam pengajaran dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Jenis integrasi tersebut ialah penggabungjalinan, penyerapan, penerapan, pemulihan dan pengayaan.

Penggabungjalinan ialah proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Jenis-jenis penggabungjalinan ialah penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran,

penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain ke dalam sesuatau mata pelajaran dan penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum. Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar.

ANISA BT AHMAD 4 PISMP RBT 2

Penerapan ialah proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Penerapan nilai berlangsung melalui pendekatan implisit dan eksplisit. Pendekatan implisit adalah guru secara tidak langsung menerapkan nilai. Pendekatan eksplisit ialah mengadakan suatu peraturan, arahan, pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan dan yang tidak diharapkan. Pemulihan merupakan aktiviti yang bertujuan membantu pelajar yang mengalami masalah pembelajaran yang tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M. Pengayaaan adalah untuk pelajar yang pencapaiannya melebihi sederhana atau pintar cerdas. terdapat dua jenis pengayaan iaitu berbentuk pengukuhan dan perkembangan. Pengayaan berbentuk pengukuhan menumpukan kepada pengukuhan pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai dalam unit pembelajaran yang sama dan bukan sesuatu yang baru. Manakala pengayaan berbentuk kemahiran pula merupakan aktiviti yang lebih kompleks, serta mencabar pada peringkat kognisi yang lebih tinggi dalam unit pembelajaran yang berkait rapat dengan unit pembelajaran yang dipelajari.

ANISA BT AHMAD 4 PISMP RBT 2

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN ASAS SENI VISUAL, MUZIK DAN PERGERAKAN

SENI VISUAL Pendidikan seni visual di sekolah menjurus kepada seni tampak dan tidak kepada seni muzik, seni teater, seni sastera, seni mempertahankan diri dan seni forografi. Subjek ini lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid.

a. Bidang-bidang dalam Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu melukis dan membuat gambar, membuat rekaan corak, membentuk dan membuat binaan, dan kraf tradisional. Melukis dan membuat gambar ialah bidang yang menegaskan perkembangan persepsi terhadap aspek melukis serta kegiatan menggunakan pelbagai media dan teknik dengan menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Antara teknik menggambar ialah lukisan, mozek, catan, kolaj, montaj, gosokan dan percikan. Membuat rekaan corak ialah bidang yang memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak boleh didapati daripada alam semulajadi, bahan buatan manusia, geometri dan rupa barangan kraf tradisional. Teknik corak adalah secara terancang dan tidak terancang. Ia bergantung kepada kesesuaian motif dan tujuan corak dihasilkan.

ANISA BT AHMAD 4 PISMP RBT 2

Membentuk dan membuat binaan menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Bidang ini mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Pelajar juga berpeluang berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa menghasilkan seni. Bidang ini merangkumi arca timbul, arca assemblaj, arca mobail, arca stabail, model, diorama, boneka, topeng dan origami. Tema dan subjek bagi bidang ini ialah alam semulajadi; perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis; aliran dan tema sejagat; serta keperluan dan pengalaman harian. Kraf tradisional ialah bidang perusahaan atau kerja-kerja seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum masing-masing. Antara jenis kraf ialah batik, seni tekat, tembikar, anyaman, kelarai dan ukiran.

b. Estetika dalam pendidikan seni visual Hasil karya dapat menampilkan watak, identiti dan keunikan pelukis yang dicernakan melalui mesej dan falsafahnya. Burgurt (1961) berpendapat semua orang yang terlibat dengan pembuatan karya seni semestinya membuahkan suatu keunikan secara personal untuk disampaikan dalam karyanya. Estetika boleh ditampilkan dalam karya melalui peniruan sebagai representasi gambar dan imej, ekspresi dalam perasaan dan emosi, menggunakan kaedah formalistik dan keaslian.

c. Asas seni reka Unsur seni terdiri daripada garisan, warna, jalinan, rupa, bentuk dan ruang. Garisan boleh dihasilkan melalui pelbagai teknik seperti teknik koyakan, teknik tampalan, teknik kolaj, teknik gosokan dan teknik cetakan. Warna terdiri daripada warna asas (biru, merah dan kuning), warna sekunder (campuran dua warna asas) dan warna tertier (campuran satu warna asas dan warna sekunder yang bersebelahan dalam roda warna). Jalinan ialah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan objek sama ada kasar, halus, kesat dan sebagainya. Jalinan wujud secara semulajadi atau dari buatan manusia. Jalinan terbahagi kepada dua jenis iaitu jalinan tampak dan jalinan sentuh.

ANISA BT AHMAD 4 PISMP RBT 2

Rupa ialah cantuman antara dua hujung garisan iaitu permulaan garisan dan penghujung garisan. Ia sekadar garis luar sesuatu objek dan sifat leper atau mendatar. Rupa terbahagi kepada dua iaitu rupa organik dan rupa geometri. Jenis-jenis rupa ialah rupa positif dan negativf; rupa dan corak; rupa dan lambang; rupa dan muka taip. Bentuk secara mudahnya mempunyai isipadu dan lebih lengkap berbanding dengan rupa. Bentuk terdiri dari dua jenis iaitu bentuk ilusi (maya) dan bentuk konkrit.

d. Aktiviti seni visual Aktiviti seni visual terbahagi kepada dua iaitu menggambar dan membuat rekaan dan corak. Menggambar melibatkan pelbagai jenis teknik, alat dan bahan serta penilaian. Membuat rekaan dan corak terancang (pualaman, tiupan, titisan, ikatan dan celupan, renjisan dan percikan) dan tidak terancang (lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, resis, capan dan kaligrafi).

ANISA BT AHMAD 4 PISMP RBT 2

PERGERAKAN

a. Pergerakan asas Istilah pergerakan membawa maksud proses yang memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan

kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Pendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar. Antara kemahiran yang perlu diajar ialah pergerakan lokomotor. Kemahiran ini membolehkan mereka bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Keupayaan kanak-kanak memupuk kemahiran pergerakan yang lebih kompleks terletak kepada pemupukan kemahiran-kemahiran seperti berjalan, berlari, melonjak, melompat, hop, melungsur, gallop dan skip. Terdapat beberapa kemahiran lokomotor asas iaitu berjalan, berlari, berlari serta melonjak (LEAP), lompatan dan melompat ketingting. Kemahiran persepsi motor (perceptual-motor) adalah penting bagi pembinaan pergerakan koordinasi. Selain itu, diperlukan bagi membaca huruf isyarat (decoding) dan kemahiran ini merupakan suatu keperluan awal bagi kemahiran membaca. Antara kemahiran persepsi motor ialah mengimbang, kesedaran badan, kesedaran ruang, kesedaran hala datar (laterality), kesedaran arah (directionality) dan koordinasi tangan-mata atau kaki-mata. Kemahiran manipulatif memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal, menangani atau mengawasi sesuatu objek. Kemahiran ini merupakan asas kepada pembinaan kemahiran diri seseorang pelajar dalam aspek membaling, menyambut, memukul, menendang atau menyepak dan menggelecek. Kemahiran manipulatif juga meningkatkan perkembangan koordinasi tangan-mata dan kaki-mata serta memberi keyakinan serta membentuk sikap pelajar.

ANISA BT AHMAD 4 PISMP RBT 2

b. Pendidikan pergerakan Pendidikan pergerakan adalah sesuatu yang unik kerana apabila pelajar sedang belajar untuk bergerak, mereka juga belajar sambil bergerak. Melalui pergerakan, pelajar itu bergerak, berfikir dan merasai sesuatu secara langsung. Mereka juga akan belajar pelbagai domain iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. Belajar melalui pergerakan membolehkan perkembangan yang menyeluruh diri kanak-kanak iaitu perkembangan fizikal dan psikologi, kebolehan untuk belajar dan bergaul di antara satu sama lain. Pendidikan pergerakan dapat melatih kebolehan menghubungkaitkan

kemahiran-kemahiran seperti berikut : Kemahiran Hubung kait motor-penglihatan -menangkap bola -menggelecek bola hoki Pemindahan motor-penglihatan -mengulang semula sesuatu pergerakan -melakukan kedudukan pergerakan seperti dalam sesuatu gambar Hubung kait motor-pendengaran -menari mengikut muzik -melahirkan pergerakan kreatif mengikut muzik Penukaran motor-pergerakan -mendengar dan melakukan arahan -melahirkan urutan ritma Hubung kait motor kinestatik -aktiviti penyedaran tubuh badan -aktiviti mengimbangkan tubuh badan -Memanjat (jungle gym) Hubung kait motor-taktile -merangkak menerusi terowong Contoh

ANISA BT AHMAD 4 PISMP RBT 2

Antara objektif pergerakan kreatif ialah pergerakan yang bebas untuk menggerakan anggota badan. Selain itu, mendapat pengalaman untuk meluahkan perasaan, masa, beban dan ruang serta idea, meningkatkan tahap kesediaan dan meningkatkan tahap intepretasi ritma dan koordinasi anggota badan.

Komponen-komponen asas pergerakan ialah imbangan badan, masa dan ruang. Imbangan badan Tenaga yang digunakan untuk bergerak Bahagian bawah anggota badan mencerminkan kekuatan tenaga badan Bahgian atas mencerminkan keringanan Masa Pergerakan yang cepat, menggunakan masa yang sedikit Pergerakan lambat menggunakan banyak masa Kederasan pergerakan tidak semestinya berterusan Had laju atau kederasan pergerakan bleh dijadikan sebagai rentak, beat atau pulse. Ruang Merupakan lingkungan pergerakan sama ada lingkungan umum (general space) atau lingkungan kendiri (personal space) Aras : tinggi, sederhana dan rendah Aras : depan, belakang, sisi, atas, bawah

ANISA BT AHMAD 4 PISMP RBT 2

MUZIK Pendidikan muzik adalah bertujuan untuk memperkembangkan potensi dan kualiti diri individu dari segi nilai estetika muzik dan etika melalui pelbagai pengalaman muzik ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup dalam konteks budaya dan aspirasi negara. a. Prinsip pengajaran dan pembelajaran muzik Terdapat beberapa prinsip pengajaran dan pembelajaran muzik Principles of the Pestalozzian System of Music. Antaranya ialah mengajar bunyi-bunyian dahulu sebelum tanda-tanda atau saimbologi (kaedah hafalan sebelum catatan). Selain itu, mengajar satu unsur muzik sahaja pada suatu ketika, prinsip-prinsip dan segala teori harus diberi hanya selepas amalan praktik dijalankan. Pelajar juga harus diberi peluang yang mencukupi untuk mengkaji muzik dan membuat latihan dengan elemen muzik melalui usaha sendiri. Nama-nama not untuk nyanyian dan muzik instrumental pula harus diselaraskan. Kebanyakkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran muzik telah diasaskan berdasarkan kepada Emile Jacques Dalcroze (Pergerakan berirama), Carl Orff (Pengalaman muzikal), Shinuchi Suzuki (Pendekatan bakat), Zoltan Kodaly

(Pembelajaran berperingkat) dan Edwin Gordon (Sound before symbol). Muzik ialah bunyian yang disusun secara sistematik dan mempunyai kualiti tersendiri. Penghasilan muzik yang berkualiti mempunyai penyusunan konsep muzik yang betul dan terperinci. Konsep muzik merangkumi irama, melodi, harmoni, warna ton, tekstur, bentuk dan ekspresi.

ANISA BT AHMAD 4 PISMP RBT 2

b. Penyampaian konsep muzik dalam aktiviti muzikal Terdapat tiga komponen bidang yang diberi tumpuan di dalam mengajar pendidikan muzik iaitu bidang nyanyian, muzik dengan pergerakan dan permainan alat muzik. Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur, pendengaran, sebutan, pernafasan dan teknik pengeluaran suara. Kegiatan ensemble vokal diadakan bagi memastikan penglibatan semua pelajar secara harmonis dan seimbang. Antara kegiatan diadakan adalah seperti mari menyanyi, menyanyi secara muzikal, teknik dan cara menyanyi, meneroka dan mengenal muzik nyanyian. Muzik dengan pergerakan memberi peluang kepada pelajar menggunakan tubuh bdan sebagai respon kepada muzik. Kegiatan dalam bidang ini mementingkan kesedaran penggunaan semua anggota badan untuk melahirkan ekspresi diri melalui rangsangan muzik yang didengar sambil memahami konsep muzik khusunya irama dan ekspresi. Terdapat lima jenis kegiatan dalam bidang ini iaitu gerakan mengikut lirik lagu, gerakan mengikut konsep muzik, intepretasi muzik dengan gerakan, gerakan bebas dengan muzik dan gerakan yang menunjukkan cerita atau tema dengan muzik. Pergerakan ialah intepretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik. Terdapat empat unsur pergerakan iaitu imbangan berat badan, ruang, masa dan daya/aliran. Permainan alat muzik melatih pelajar dalam koordinasi mata, pendengaran dan psikomotor melalui penglibatan pelajar dalam kegiatan permainan alat muzik. Bidang ini menggalakkan pelajar meneroka dan mengeksperimen pelbagai alat muzik termasuk penggunaan anggota tubuh badan mereka. Kegiatan dalam bidang ini memberi latihan asas untuk pendengaran secara selektif, teknik permainan alat dan kreativiti melalui improvisasi susunan bunyi.

Anda mungkin juga menyukai