Anda di halaman 1dari 10

PENGENALAN MODEL ASSURE Model Assure merupakan satu model hasil rekaan Heinich dan rakanrakannya pada tahun

(1982) yang mana model ini bertujuan untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Ianya dapat membantu guru merancang pembinaan dan penggunaan media dan kaedah yang sesuai. Justeru itu, penyesuaian ini dapat dilakukan berasaskan Model Assure bagi memilih dan menggunakan media pengajaran secara umum. Terdapat enam komponen dalam model ini iaitu:-

Analisa Pelajar (Analyze Learners): Analisis ciri umum pelajar seperti peringkat umur, tahap persekolahan, tahap

kemahiran intelektual, stail pembelajaran dan sebagainya sebelum sesuatu media dipilih dan digunakan.

Menyatakan Objektif (State Objective): Pernyataan objektif prestasi dalam merancang sesuatu pengajaran untuk

menentukan jenis bahan multimedia yang ingin digunakan iaitu mengenalpasti kebolehan atau prestasi yang akan dipelajari atau ditunjukkan oleh pelajar selepas mengikuti pelajaran.

Memilih Kaedah, Media dan Bahan (Select Methods, Media and

Materials): Memilih bahan sama ada menepati kehendak dan keperluan objektif atau mengubahsuai bahan multimedia agar menepati objektif, ciri-ciri pelajar dan pendekatan yang akan digunakan serta kekangan yang mungkin dihadapi sesuai dengan objektif pembelajaran.

Menggunakan Media dan Bahan (Utilize Media and Materials): Guru harus terlebih dahulu mengadakan pratonton media tersebut sama ada

manual penggunaanya, laporan, lampiran atau melihat sendiri sama ada melalui paparan komputer atau mendengar audio atau membaca teksnya supaya sesuai dengan objektif pembelajaran.

Memerlukan Penyertaan Pelajar (Require Learner Participation): Media pengajaran yang baik membolehkan penyertaan respon pelajar dalam

berinteraksi dengan bahan yang disediakan serta mendapatkan maklumbalas. Penglibatan pelajar boleh berlaku secara individu atau berkumpulan.

Menilai dan Mengulangkaji (Evaluate and Revise): Penilaian perlu dibuat secara berterusan dan bersepadu serta menyeluruh

disemua peringkat untuk memberi gambaran sejauh mana keberkesanan media yang dipilih terhadap prestasi pelajar serta bertepatan dengan objektif atau hasil pembelajaran yang dikehendaki (Heinich, 1982)

ANALISIS RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BERDASARKAN MODEL ASSURE

A-

Analisa Pelajar (Analyze Learners) : Terdapat tiga aspek yang perlu dititikberatkan dalam menganalisis kumpulan

sasaran atau pelajar yang mana adalah penting untuk membantu kita merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Tiga aspek tersebut adalah:-

Ciri-ciri umum pelajar.

aspek yang perlu diambilkira Pengetahuan dan pengalaman sedia ada.

Gaya belajar

Ciri-ciri umum pelajar Ciri umum pelajar termasuklah umur, tahun, kelas, aliran, jantina,

penempatan/daerah/kawasan, budaya dan seumpamanya/ Pemilihan kaedah, sumber dan bahan dapat disesuaikan dengan jenis pelajar yang dikenalpasti. Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian yang telah dibina ini, maklumat yang dipilih adalah seperti berikut :

Mata Pelajaran Kelas Tarikh Masa Bilangan pelajar

: Kemahiran Hidup : 5 Bijaksana : 15 / 6 / 2011 : 8.00-9.00 pagi : 25/25

Pengetahuan sedia ada Analisis pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar adalah amat penting untuk membantu guru menyediakan pengajaran yang berguna kepada pelajar kerana setiap pelajar ini mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang berbeza. Bagi mengenalpasti pengetahuan sedia pelajar ini guru bolehlah menjalankan ujian praunit dan sesi soal jawab di dalam kelas bagi melihat pengetahuan murid terhadap sesuatu tajuk yang hendak diajar. Ini secara tidak langsung akan mudahkan bagi guru untuk memilih pengisian sumber pembelajaran dan kaedah yang sesuai yang akan digunakan. Dalam rancangan pengajaran harian yang telah kami hasilkan, pengetahuan sedia ada murid yang telah kami dapati adalah seperti berikut :-

Pengetahuan Sedia Ada : Murid mengetahui serba sedikit cara penggunaan alatan pertukangan dan tahu tentang risiko menggunakan alatan pertukangan.

Dalam pengetahuan sedia ada murid, murid telah mengetahui serba sedikit cara penggunaan alatan pertukangan dan tahu tentang risiko menggunakan alatan pertukangan. Ini akan memudahkan guru untuk mengajar dan memberi penerangan terhadap fungsi alatan tangan yang ditunjukkan serta risikonya. Gaya Pembelajaran Pelajar Gaya pembelajaran adalah cara yang paling sesuai dan berkesan untuk seseorang individu itu menguasai pembelajaran dan ianya juga akan mempengaruhi cara individu tersebut memproses maklumat dan membentuk persepsi. Terdapat beberapa contoh gaya pembelajaran yang telah ditunjukkan oleh beberapa orang tokoh seperti Model Dunn dan Dunn, model Honey dan Mumford, dan model Mutiple Intelligence Gadner. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran pelajar adalah penting supaya guru dapat merancang pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif. Dalam rancangan pengajaran harian kami, kami telah memilih gaya pembelajaran yang dipelopori oleh Honey dan Mumford (1992) yang mana menurut mereka gaya pembelajaran didefinisikan sebagai penerangan ke atas sikap dan tingkah laku individu yang mengamalkannya. Honey dan Mumford membahagikan gaya pembelajaran kepada empat kumpulan iaitu, aktivis, reflektif, teoris dan prakmatis. Kami milih gaya pembelajaran ini adalah kerana pelajar lebih cenderung untuk belajar melalui aktiviti menonton dan mengaplikasi pembelajaran baru kepada situasi yang sebenar seperti penggunaan alatan tangan untuk membuat projek.

S-

Menyatakan Objektif (State Objective) :

Dalam rancangan pengajaran harian yang kami telah bina, kami menyatakan objektif pelajaran yang akan dicapai oleh murid secara khusus dan sesuai dengan kehendak pelajar serta menetapkan perubahan tingkahlaku yang akan berlaku pada murid.

Selain daripada itu, kami juga telah membuat objektif berdasarkan siapa yang hendak mencapai objektif tersebut, apa objektif yang hendak dicapai, dan bagaimana objektif itu hendak dicapai dan berapa ukuran tahap minimum yang hendak dicapai. Disamping itu juga, tahap murid di dalam kelas iaitu murid-murid yang sederhana telah kami titikberatkan dalam menentukan objektif serta topik yang akan bakal kami ajar. Berikut merupakan objektif yang telah kami tetapkan :-

Hasil Pembelajaran

Di akhir pengajaran murid dapat : Melabelkan lima dari sepuluh alatan tangan yang ada dengan tepat. Murid dapat mengenalpasti lapan dari sepuluh perbezaan lukisan projek dengan betul. Murid dapat melakarkan tiga rekabentuk berdasarkan lukisan projek dengan bercirikan alam sekitar.

S-

Memilih Kaedah, Media dan Bahan (Select Methods, Media and

Materials):

Untuk memastikan perancangan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar kami telah memilih media, kaedah dan bahan sumber yang bersesuai dengan objektik pembelajaran yang telah ditetapkan. Ini secara tidak langsung akan dapat menjimatkan masa pengajaran. Media Antara media yang telah kami gunakan dalam rph kami adalah seperti berikut

Komputer o Penggunaan komputer adalah untuk memapar slide power point o Perisian slide power point digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P & P) sebagai alat bagi membantu guru memudahkan murid faham terhadap pengajaran pada hari tersebut iaitu mengenai ayat tunggal dan ayat majmuk o Perisian slide power point turut dibuat hiperlink kepada video, teks pada microsoft word, sumber daripada internet dan juga video. o Penggunaan komputer juga dapat menarik perhatian dan minat murid terhadap (P & P)

LCD o Penggunaan LCD adalah untuk memaparkan slide power point dan video supaya dapat melihat perkara yang ingin disampaikan oleh guru dengan jelas

Speaker o Penggunaan speaker dapat membantu murid mendengar dengan jelas terhadap perkara yang ditayangkan seperti video atau sebagainya selain dapat menarik perhatian murid

Skrin Layar (Lcd Screen) o Penggunaan Lcd Screen adalah bagi memaparkan slide daripada komputer kepada skrin supaya murid dapat melihat dengan jelas terhadap penyampaian guru.

Kaedah Kaedah pengajaran yang telah kami gunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kami adalah seperti berikut : Perbincangan o Murid berbincang dalam kumpulan tentang topik yang diajar

Penyelesaian masalah o Murid menyelesaikan tugasan yang diberikan

Sumbangsaran o Murid diminta untuk memberi pandangan terhadap topik yang diajar

Strategi pengajaran Strategi pengajaran yang kami gunaka dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut : Berpusatkan guru o Guru memberikan penerangan terhadap topic kepada muridmurid.

Berpusatkan murid o Murid berbincang dalam kumpulan dan diminta untuk

memberikan idea.

Berpusatkan tugasan o Murid berikan tugasan untuk disiap oleh guru berdasarkan topic yang dipelajari.

U-

Menggunakan Media dan Bahan (Utilize Media and Materials):

Daripada

persembahan

multimedia

yang

telah

dibina,

kami

telah

menggunakan gabungan pelbagai media bagi menarik minat murid terhadap slaid kami seperti penggunaan gambar ,video dan pelbagai lagi. Gambar - gambar yang dimasukkan adalah bertujuan untuk memberi contoh dan gambaran tentang keadaan sesuatu bentuk atau situasi dengan jelas. Daripada

paparan gambar gambar tersebut, ia memberi pemahaman yang jelas di samping menarik perhatian murid. Video pula dimasukkan ke dalam slaid ini bagi menunjukkan gambaran sebenar yang tidak mampu ditunjukkan oleh gambar. Penggunaan video ini amat penting bagi memberi pengalaman atau gambaran yang jelas tentang sesuatu perkara. Hal ini dapat dibuktikan dengan video alat pemadam api dan kit pertolongan cemas. Sebagai contoh untuk set induksi, kami menggunakan video yang berkaitan dengan tajuk kami untuk menarik perasaan ingin tahu murid tentang tajuk yang bakal di ajar. Penggunaan gambar-gambar dapat memudahkan pelajar untuk faham akan topik yang di ajar.

R-

Memerlukan Penyertaan Pelajar (Require Learner Participation):

Dalam rancangan pengajaran harian kami, unsur penglibatan pelajar dalam aktivti pengajaran dan pembelajaran dapat dilihat apabila guru meminta murid-murid untuk mengenalpasti bahan-bahan dan ukuran yang diperlukan berdasarkan lukisan yang ditunjukkan dan juga guru meminta murid untuk menyenaraikan seberapa banyak alatan tangan yang murid tahu. Dengan cara ini, murid-murid akan lebih seronok dan sesi pengajaran akan lebih berkesan kerana sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh semua teori pembelajaran seperti teori behavioris dan juga teori kognitif. Penyediaan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan mengekalkan pengelibatan pelajar dalam proses belajar, Gambar foto, slaid dan gambar bersiri, video dapat mencetuskan perbincangan dalam kumpulan, dapat menjana idea dan juga aktiviti penyelesaian masalah.

E-

Menilai dan Mengulangkaji (Evaluate and Revise):

Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara yang mana berlaku sepanjang proses pengajaran; iaitu sebelum, semasa dan selepas sesi pengajaran. Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai.

Sebagai contoh penilaian dilakukan berdasarkan aktiviti kuiz yang disediakan oleh guru. Sekiranya pelajar dapat menjawab soalan-soalan tersebut dengan betul, bermakna penggunaan media dalam menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran yang disediakan oleh guru adalah sesuai dengan tahap kecekapan pelajar dan telah menarik minat pelajar. Sebaliknya, jika pelajar tidak dapat menjawab soalan penilaian, bermakna pemilihan media oleh guru tidak sesuai dengan tahap kecekapan pelajar yang menyebabkan mereka tidak dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Ini bermakna objektif pengajaran yang disediakan oleh guru tidak tercapai.

Dalam rancangan pengajaran harian kami, bahagian penilaian dibuat setelah guru selesai menerangkan topik yang hendak disampaikan dengan meminta murid untuk melakarkan tiga jenis lakaran yang berkonsepkan alam sekitar. Dengan cara ini, guru dapat melihat dan menilai kefahaman pelajar terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai