Anda di halaman 1dari 16

BENGKEL PENINGKATAN AMALAN PERHUBUNGAN AWAM DALAM KALANGAN PEGAWAI

PEGAWAI BERKUASA TEMPTN (PBT)


17-18 DISEMBER 2014

Etika dan Integriti dalam


Perkhidmatan Awam
Prof. Madya Dr. Rosazman Hussin
Unit Penyelidikan Etnografi dan Pembangunan
Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan
Universiti Malaysia Sabah

Pengenalan
Organisasi sentiasa berhadapan dengan pelbagai bentuk ancaman
sama ada dari dalam mahupun luar persekitaran organisasi tersebut.
Ancaman ini boleh menjejaskan prestasi, produktiviti dan masa
hadapan sesebuah organisasi. Dewasa ini, rata-rata ancaman ke atas
organisasi berpunca dari dalam organisasi dan melibatkan ahli-ahlinya.
Lazimnya, ancaman ini mempunyai hubungkait yang erat dengan isu
etika dan integriti. Pengabaian kedua-dua prinsip ini boleh membuka
peluang untuk berlakunya penyelewengan, rasuah, salah laku dan
salah guna kuasa dalam sesebuah organisasi (JPA, 2013).

Persoalan Berkaitan Intergriti dan


Etika Dalam Perkhidmatan Awam
Apakah prinsip etika dan integriti yang dijunjung dalam perkhidmatan?

Mengapakah setelah banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan


tetapi salah laku dalam kalangan penjawat awam terus berlaku?
Bagaimanakah kedua-dua prinsip ini boleh diamalkan dalam
perkhidmatan dan menjadi budaya para penjawat awam?
Apakah prinsip etika dan integriti dalam perkhidmatan awam?.

Bentuk salah laku dan ancaman yang dihadapi organisasi serta


penjawat awam dalam mengamalkan dan merelisasikan prinsip etika
dan intigriti?
Apakah strategi yang boleh memperkukuhkan lagi usaha
membudayakan prinsip etika dan intrigiti, khususnya dalam
perkhidmatan awam?.

Definisi Konsep Etika dan Integriti dalam Perkhidmatan


Umumnya, etika dianggap sebagai the science of conduct ataupun
ilmu adab kelakuan (Johnson, 1984). Dari segi istilah, etika bermaksud
prinsip moral (akhlak) atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan
individu atau kumpulan individu dalam sesebuah masyarakat.
Manakala integriti pula ditakrifkan sebagai kejujuran atau amanah
(Kamus Dewan, 2010) semasa menjalankan tugas. Etika kerja pula
mewakili sejumlah nilai, kepercayaan, keinginan dan matlamat yang
dibawa oleh seseorang ke tempat kerja (Clarke, 1983). Bagi pihak
kerajaan, integriti membawa maksud sifat individu dan organisasi yang
sempurna, memiliki teras nilai-nilai murni seperti jujur, benar, amanah,
adil, bertanggungjawab, telus, cekap dan bijaksana (MAMPU, 2012).

Integriti dan Etika Dalam Konteks Perkhidmatan atau


Pekerjaan
Dalam konteks pekerjaan atau perkhidmatan, integriti merangkumi sifat-sifat
menyeluruh seseorang individu atau sesebuah organisasi berdasarkan nilainilai murni sejagat termasuk aspek akauntabiliti (MAMPU, 2012).
Maka dengan ini, sifat amanah, telus, bertanggungjawab dan berkhidmat demi
kepentingan awam merupakan intipati istilah etika dan integriti.
Justeru itu, etika dan integriti dalam pekerjaan bukan sekadar penglibatan diri
individu untuk menyediakan keperluan diri, sebaliknya ia membawa sejumlah
nilai bagi menonjolkan kerja sebagai tindakan suci yang akhirnya mempunyai
hubungkait erat dengan ajaran agama para pekerja (Shukri & Razali, 2001).

Dengan itu, nilai-nilai yang baik perlu menjadi budaya kerja yang diamalkan
oleh para pekerja khususnya penjawat awam seperti yang termaktub dalam
Etos Perkhidmatan Awam.

Rajah 1: Etos Perkhidmatan Awam di Malaysia

7. Aduan
sebagai Hadiah

6. Musyarawah &
Penglibatan

8. Menimba Ilmu,
Meningkatkan
Kemahiran

Etos
Perkhidmatan
Awam

1. Berintegriti

2. Budaya
Kesegeraan

3. Mengutamakan
Pelanggan

5. Inovasi &
kreativiti
4. Bekerjasama &
Bersepakat

Implikasi Amalan Etos Perkhidmatan Awam


Boleh melahirkan penjawat awam yang bekerja, bertindak secara etika
dan berintegriti seperti berikut (MAMPU, 2012) dari aspek:
- Membuat keputusan dengan adil dan telus
- Memiliki integriti yang tinggi dalam diri dan pekerjaan
- Menyerlahkan potensi secara berhemah dan berintegriti
- Mengamalkan tabiat yang menyokong perundingan
- Meluas dan menimba ilmu pengetahuan
- Meletakkan penanda aras dan berusaha mencapainya
- Menyumbang kepada pembentukan modal i darinsan yang berkualiti
- Mempunyai semangat kekitaan yang teguh
- Mengutamakan kerja berpasukan
- Menghargai pelanggan dengan rasa empati
- Menjaga kesopanan dan budi bahasa kepada pelanggan
- Merasa sensitif dan responsif kepada keperluaan pelanggan
- Mempunyai pandangan positif terhadap aduan
- Menganggap aduan atau rungutan sebagai suatu yang berharga

Jadual 1: Bentuk Ketirisan Amanah Kes Tatatertib


Pengurusan Kewangan Penjawat Awam, Malaysia

Kes Ketirisan Amanah

Kes Tatatertib

i. Kecuaian menandatangani pesanan


kerajaan
ii. Membuat tuntutan perolehan palsu
iii. Membuat perakuan palsu
iv. Bersubahat dalam urusan pemberian
projek
v. Salah laku tadbir urus kontrak perolehan
vi. Membuat pengesahan dan perakuan palsu
vii. Kegagalan menguruskan proses sebut
harga
viii. Kegagalan mematuhi tatacara kewangan
ix. Kegagalan menguruskan proses tender
x. Kecuaian menguruskan sebut harga
xi. Kegagalan mempelawa sebut harga
xii. Mengemukakan tuntutan perjalanan
palsu

Kes Surcaj

i. Menghilangkan komputer riba


ii. Menghilangkan peralatan latihan
iii. Menghilangkan senjata api
iv. Menghilangkan kamera digital dan
komputer riba
v. Menghilangkan LCD projektor

Mengapakah tindakan tidak beretika dan salah


laku dalam perkhidmatan masih terus berlaku?
(i) Ciri-ciri peribadi individu
perlakuan egoistik dan individualistik adakalanya
mengatasi prosidur dalaman, struktur dan sistem
organisasi

(ii) Bentuk struktur organisasi


Organisasi perlu menyediakan diskripsi kerja, kod etika dan
peraturan yang jelas tingkah laku beretika dan berintegriti
yang konsisten boleh dipupuk dalam kalangan pekerja.
Dalam hal ini, pengaruh kepimpinan (ketua jabatan) sangat
besar ke atas perlakuan beretika atau tidak para staf.

(iii) Budaya organisasi


Budaya organisasi adalah sejumlah pengetahuan, pola perlakuan,
sikap, kepercayaan dan andaian asas yang dikongsi bersama dan
disebarkan kepada ahli organisasi (Rosazman & Dayang Suria, 2002).
Budaya organisasi yang berlandaskan standard etika yang tinggi boleh
menjadi penggerak dan pengaruh positif kepada amalan tingkah laku
beretika dalam kalangan pekerja (Mohd. Janib, 2012).
(iv) Tahap kritikal sesuatu isu etika tersebut
penerimaan ahli organisasi terhadap salah laku yang berlaku.
Sekiranya sesuatu tindakan yang dilakukan salah dan boleh
menyebabkan kemaudaratan terhadap pihak lain, ini menunjukkan isu
tersebut penting dan perlu diberi perhatian serius (Mohd. Janib, 2012).

Strategi Pengukuhan Etika dan Integriti


Penjawat Awam
Usaha kerajaan untuk meningkatkan kualiti kecekapan perkhidmatan
awam dan etika kerja telah mengalami perubahan besar sejak 1980-an
dengan melaksanakan pembaharuan perkhidmatan awam yang lebih
dikenali sebagai Pengurusan Awam Aliran Baru (Siddique, 2006)
yang bertujuan untuk mengukuhkan profesionalisme, kecekapan dan
etika kerja yang tinggi dalam kalangan penjawat awam (Mohd
Koharuddin et al., 2012).
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengesa
agar penubuhan Unit Integriti di setiap agensi kerajaan
dipercepatkan sebagaimana yang diputuskan kerajaan melalui
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013. Kewujudan unit ini
untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul
seterusnya membendung salah laku jenayah, pelanggaran
tatakelakuan dan etika organisasi (Buletin SPRM, 2013).

Wujudkan Indeks Etika dan Integriti


Indeks etika dan integriti perlu diwujudkan dalam organisasi bagi
mengetahui tahap prinsip Etika dan Integriti bagi setiap penjawat
awam.
i. Bagi organisasi dan penjawat awam yang menunjukkan tahap etika
dan intgriti yang tinggi perlu diberi pengiktirafan.

ii. Sebaliknya organisasi dan penjawat awam yang mempamerkan


tahap yang rendah perlu diberi surat teguran dan ingatan untuk
meningkatkan tahap etika dan integriti pada masa akan datang.
Dengan itu, indeks ini akan bertindak sebagai pemangkin
membudayakan prinsip etika dan integriti dalam kalangan penjawat
awam dan organisasi.

Jadual 2: Bentuk Tindakan Pemimpin Beretika dan


Faedahnya Terhadap Organisasi
Tindakan Pemimpin Beretika

Faedah terhadap organisasi

Komitmen terhadap kecemerlangan


Menjadi role model
Terbuka terhadap kritikan, kegagalan dan
cadangan
Menghargai tugas bermutu
Elakkan jalan pintas
Mempertahankan kebenaran
Telus dalam semua keputusan dan tindakan
Menggalakkan hubungan interpersonal
berkesan
Memberi peluang untuk membangunkan diri
semua kakitangan
Menggalakkan penyertaan kakitangan dan
proses demokratik dalam organisasi

Pemimpin dan kakitangan gembira dan


berpuas hati
Output yang berkualiti dapat dihasilkan
atau disampaikan
Persaingan yang sihat
Mendapat kerjasama daripada pihak
yang berurusan kerana adanya
kepercayaan
Menjadi organisasi yang dihormati dan
menjadi kebanggaan negara
Mewujudkan identiti yang berbeza dan
istimewa dalam pasaran

Kesimpulan
Etika dan integriti dalam perkhidmatan perlu diperlihatkan oleh
penjawat awam melalui perlaksanaan amanah dan kuasa yang
dipertanggungjawabkan ke atas mereka demi kepentingan umum.
Sekiranya perbuatan tidak beretika dan tidak berintegriti dibiarkan
berterusan tanpa usaha menanganinya, ia berupaya menghilangkan
kepercayaan masyarakat dan menjejaskan imej pekerja (Mohd. Janib,
2009) dan melumpuhkan entiti korporat yang kukuh (Suraiya, 2011).
Maka, etika dan integriti dalam kalangan penjawat awam amat penting
untuk dipupuk demi melahirkan bangsa Malaysia yang berdaya saing
dan maju di masa kini dan selamanya.

Sekian, Terima kasih


Moga Allah Menguatkan Iman, Iltizam, Amalan
dan Amanah Yang Dipertanggung jawab Ke atas
Kita semua dalam Jalan Lurus yang Beretika
dan Berintegriti Setiap Masa. Amin.

Anda mungkin juga menyukai