Anda di halaman 1dari 21

NILAI DAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM

1.

Jelaskan cirri-ciri atau perlakuan seseorang pegawai awam yang mencerminkan


seseorang pegawai itu menghayati nilai-nilai ikhlas dan dedikasi

Jawapan:
Ikhlas :

Tidak menunjuk-nunjuk dalam menjalankan tugas kepada pegawai-pegawai


atasannya

Tidak memilih sesuatu tugas tertentu untuk dilaksanakan umpamanya tidak


mengutamakan tugas yang ada hubungan dengan kenaikan pangkat malah tidak
mengetepikan tugas yang kurang berhubung dengan kenaikan ; dan

Dedikasi

Bekerja tanpa rasa jemu dan bosan serta bersedia menjalankan tugas yang
dipertanggungjawabkan kepadanya;

Tidak berputus asa dalam melaksanakan tugas dan sentiasa mengharapkan


kejayaan ; dan

Sanggup menghadapi cabaran dan persaingan dalam perubahan semasa demi


meningkatkan maruah agama, bangsa dan negara

2.

Akauntabiliti merupakan salah satu nilai yang penting dalam perkhidmatan awam
terutamanya dalam menguruskan kewangan di sector awam. Kekurangan tahap
akauntabiliti boleh menyebabkan berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan
kuasa. Jelaskan lima tindakan yang perlu dijalankan bagi meningkatkan
akauntabiliti

Jawapan:
Tindakan-tindakan bagi meningkat akuantabiliti:

29

i.

pihak pengurusan perlu menyatakan dengan jelas akauntabiliti bagi setiap tugas
dan tanggungjawab

ii.

sistem akauntabiliti perlu diwujudkan di semua agensi kerajaan yang


menetapkan tugas dan tanggungjawab setiap pekerja yang terlibat dalam
melaksanakan satu tugas. Sistem ini perlu mengandungi penentuan
tanggungjawab bagi setiap pekerja dan jenis tugas yang dipertanggungjawabkan
kepadanya

iii.

akauntabiliti hendaklah dinyatakan secara bertulis dan di dokumenkan melalui


undang-undang, prosedur, peraturan dan arahan-arahan yang spesifik.

iv.

system kawalan kewangan perlu mengambil perhatian ke atas tiga aspek yang
penting, iaitu:

system belanjawan yang berkesan bagi pengagihan dan pembahagian


peruntukan kewangan

mengawas dan mengawal penggunaan tenaga manusia, asset dan


perkhidmatan

v.

mewujudkan system perakaunan yang cekap dan kemas kini

system pengawalan dan pengawasan seperti audit dalaman hendaklah


dipertingkatkan keupayaannya

vi.

penguatkuasaan hendaklah diambil perhatian agar arahan-arahan dan peraturan


jabatan dilaksanakan dengan tegas dan berkesan; dan

vii.

akauntabiliti di peringkat individu di tingkatkan melalui perubahan-perubahan diri


seseorang individu itu dengan penerapan nilai-nilai murni dan positif seperti bersih,
cekap dan amanah dan sebagainya.

30

3.

Tonggak 12 telah diperkenalkan bertujuan untuk menerapkan nilai, norma dan


etika perkhidmatan di kalangan penjawat awam. Ketekunan membawa kejayaan
merupakan salah satu daripada tonggak tersebut. Huraikan pengertian serta
nyatakan sepuluh amalan positif yang memperlihatkan nilai berkenaan.

Jawapan:
Pengertian :
Ketekunan bererti memberi tumpuan kepada sesuatu kerja hingga selesai dengan
sempurnanya dan membawa kejayaan serta kecemerlangan kepada agensi dan
individu.
Amalan positif:
i.

gigih dalam melaksanakan tugas yang mencabar

ii.

rajin dan sentiasa berusaha

iii.

tekun dalam menjalankan tugas

iv.

sabar dalam menghadapi cabaran pekerjaan

v.

berpandangan jauh

vi.

bersemangat dalam melaksanakan tugas yang diarah

vii.

dedikasi dalam mencapai matlamat organisasi

viii. sanggup berkorban


ix.

cekal menghadapi kesulitan semasa bertugas

x.

tidak patah semangat

xi.

bercita-cita tinggi

4.

Etika perkhidmatan awam adalah berteraskan kepada 7 Teras perkhidmatan.


Huraikan lima daripada tujuh teras perkhidmatan tersebut.

Jawapan:
i.

berazam meninggikan mutu perkhidmatan

seseorang pekerja bertanggungjawab itu membaiki mutu perkhidmatannya


dengan meningkatkan kemahirannya menerusi latihan-latihan tertentu,
pembacaan, perbincangan dan lain-lain lagi. Kesediaan seseorang pekerja

31

untuk mengatasi kelemahan-kelemahan dirinya tanpa diperingatkan oleh


ketuanya adalah satu sikap yang terpuji
ii.

bekerja dengan penuh bertanggungjawab

setiap pekerja dikehendaki bertanggungjawab bererti melaksanakan tugas


dengan sebaik mungkin seperti mana yang diharapkan oleh organisasi

iii.

berusaha mengikis sikap mementingkan diri

kakitangan kerajaan perlu menyifatkan dirinya sebagai penggerak


masyarakat tanpa mempergunakan kedudukannya bagi mencari keuntungan
diri sendiri. Sifat sombong dan bongkak perlu dihapuskan dan digantikan
dengan perasaan insaf dan sopan.

iv.

berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan

negara mempunyai rakyat yang berbilang bangsa dan keturunan serta


mengamalkan pelbagai kepercayaan dan budaya. Keadaan ini memerlukan
semua kakitangan kerajaan bekerja dengan muhibah dan kemesraan

v.

bekerja kea rah memajukan pemikiran rakyat

adalah menjadi kewajipan bagi setiap kakitangan kerajaan membantu


memberi kefahaman kepada masyarakat awam tentang dasar, program serta
hasrat kerajaan agar pembangunan dan perubahan yang dibawa oleh
kerajaan dapat dilaksanakan dengan lancer dan jayanya.

vi.

bekerjasama dalam membanteras keselamatan dan musuh-musuh negara

semua pihak adalah terlibat dalam usaha membanteras kelemahan negara


seperti kemiskinan , kejahilan dan rasuah. Kerjasama antara semua pihak
awam perlu swasta serta golongan-golongan tertentu adalah penting bagi
memastikan keamanan serta menggerakkan negara kea rah pembangunan
yang menyeluruh

vii.

berpegang teguh kepada ajaran agama

berpegang teguh kepada ajaran agama merupakan satu aspek yang sangat
penting dalam menjalankan tugas. Ini adalah kerana agama itu sendiri

32

membawa nilai-nilai yang baik dalam membentuk pekerja yang jujur, cekap
dan berkesan.

5.

Seseorang pegawai awam sewajarnya memahami dan mengamalkan nilai-niali


murni dan etika kerja dalam pengurusan seharian. Huraikan pengertian nilai dan
etika kerja berikut dalam konteks pengurusan sebuah organisasi.
a.

akauntabiliti

b.

integriti

c.

profesionalisme

Jawapan:
a.

Akauntabiliti

Bermakna tanggungjawab seorang terhadap tugas-tugas yang perlu dilaksanakan


dari konteks pengurusan organisasi dalam perkhidmatan awam, akauntabiliti
bermaksud tanggungjawab pegawai-pegawai dan kakitangan awam dalam
melaksanakan tugas-tugas yang diserahkan bagi memastikan pencapaian
matlamat serta objektif tugas-tugas tersebut.

Pelaksanaan tugas-tugas tersebut hendaklah mengikut peraturan yang telah


ditetapkan. Undang-undang yang berkuat kuasa, prosedur dan arahan, sikap
cermat dan cekap perlu diutamakan.

b.

Integriti

Sering dihubungkaitkan dengan nilai-nilai amanah, jujur, kebolehpercayaan dan


sentiasa memelihara kepentingan awam tanpa mengambil kesempatan untuk
kepentingan diri sendiri. Dalam kontak pengurusan organisasi, sebarang kerja
yang dilakukan hendaklah dengan penuh ketulusan hati dan tahu menggunakan
kuasa dengan adil dan saksama

c.

profesionalisme

33

bermakna setiap anggota organisasi harus mempunyai ilmu pengetahuan yang


tinggi dan kemahiran yang mencukupi bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab
mereka. Perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan akan dapat dihasilkan jika
masalah yang dibangkitkan dapat diselesaikan secara professional. Oleh itu,
setiap anggota organisasi hendaklah sentiasa berusaha meningkatkan kebolehan
dan kemahiran yang sedia ada.

6.

Berdasarkan kepada tonggak 12 huraikan amalan-amalan positif dan negatif yang


berkaitan dengan tonggak kemuliaan kesederhanaan

Jawapan:
Amalan positif:

Jelas dan jitu dalam pemikiran, penulisan dan percakapan

Tidak tamakkan pangkat dan kedudukan

Tidak membazir di dalam perbelanjaan pejabat

Bersifat pemaaf di dalam pergaulan

Boleh menerima teguran

Berlaku adil dalam semua tindakan

Menepati janji

Sedia menerima cadangan dan nasihat

Jujur dan ikhlas

Merendah diri

Bijaksana dalam membuat pertimbangan

Bermaruah dan berhemah tinggi

Berjimat cermat

Cermat dalam kata-kata

Tidak memperagakan kemewahan

Mesra dalam pergaulan

Senang didampingi oleh semua pihak

Amalan negatif :

Menonjol-nonjolkan diri

34

Bercakap dengan menggunakan perkataan bombastic

Mengada-ngada

Sombong dan meninggi diri

Menyukarkan persoalan yang mudah

Memperbesarkan perkara kecil

Kedekut atau berlebihan dalam memenuhi keperluan organisasi

Berlebihan dalam mengampu ketua

Memperagakan kemewahan dan kedudukan

Kerap menghias diri di pejabat

Membazir dan merosakkan harta benda kerajaan

Bersifat melampau dan keterlaluan dalam semua hal.

7.

Huraikan lima nilai-nilai peribadi asas yang perlu diamalkan atau dihayati oleh
seseorang anggota perkhidmatan awam dalam menjalankan tugas-tugas
sehariannya.

Jawapan:
Nilai-nilai yang perlu dihayati oleh pegawai-pegawai kerajaan ialah
i.

adil

ii.

amanah

iii.

bertanggungjawab

iv.

ikhlas

v.

dedikasi

vi.

tekun

vii.

berdisiplin

viii. bekerjasama
ix.

berbudi mulia

x.

bersyukur

xi.

jujur

xii.

baik hati

xiii. rajin
35

xiv. menepati masa

8.

Huraikan pengertian tiga daripada nilai-nilai berikut :


a. amanah
b. bekerjasama
c. berdisiplin
d. bertanggungjawab

Jawapan :
a.

Amanah :

Bermakna boleh dipercayai sama ada menjalankan tugas ataupun menyimpan


rahsia. Seseorang yang mempunyai nilai ini tidak akan menyeleweng dari
tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Setiap urusan yang
dipertanggungjawabkan akan ditunaikan serta dilaksanakan sebaik mungkin.

Nilai amanah ini akan membentuk perilaku individu yang mulia. Sebagai manusia
kita hendaklah menunaikan amanah kepada Tuhan ,negara, organisasi,
masyarakat, keluarga dan diri sendiri.

b.

Bekerjasama

Kita masing-masing memerlukan dan diperlu antara satu sama lain. Kerjasama
yang diperlukan ini ialah kerjasama antara anggota-anggota kerajaan di semua
peringkat, semua perkhidmatan dan semua Kementerian. Kerjasama juga penting
antara sector awam dan sector swasta

c.

berdisiplin

akur dan patuh kepada semua peraturan dan undang-undang yang berkaitan
dengan perkhidmatan dan tugas yang dijalankan. Patuh kepada perintah, rajin
serta sentiasa berusaha mencari kemajuan dan kejayaan
36

d.

bertanggungjawab

bermakna kewajipan yang perlu dilaksanakan atau disempurnakan. Segala akibat


dari tindakan serta perbuatannya akan dipertanggungjawab olehnya. Akauntabiliti
adalah merupakan antara cirri utama nilai bertanggungjawab. Seseorang yang
bertanggungjawab sentiasa sanggup dirinya dinilai dan diperiksa.

9.

Nyatakan sebab-sebab mengapa etika perkhidmatan awam diwujudkan dan


berikan tujuh amalan yang boleh dilaksanakan oleh sesebuah agensi kerajaan
bagi melaksanakan etika tersebut.

Jawapan:
a.

sebab-sebab etika perkhidmatan awam diwujudkan

Permintaan rakyat ke atas perkhidmatan awam terus meningkat dan mereka


mahukan satu pentadbiran yang dapat memberikan perkhidmatan yang cekap dan
berkesan

Adanya tuduhan bahawa terdapat penyelewengan di dalam perlaksanaan dasardasar kerajaan

Kerajaan berazam untuk meninggikan lagi mutu kecekapan dan prestasi


perkhidmatan awam

Disebabkan factor-faktor luar seperti kemerosotan ekonomi, ancaman


keselamatan kepada rantau ini dan kemunculan gejala-gejala social yang kurang
sihat.

b.

amalan-amalan yang boleh dilaksanakan

pemberian penghargaan

mengadakan dialog serta perbincangan untuk menerangkan cara perlaksanaan


etika perkhidmatan awam

menubuhkan jawatankuasa kelab sukan kebajikan dan social

mengeluarkan berita jabatan

mengadakan majlis jamuan minum the dan sebagainya


37

menganjurkan majlis syarahan / ceramah agama

memberi kakitangan kursus / latihan

mengadakan pertandingan pejabat terbersih

mengadakan lawatan mengejut untuk menaksir perjalanan kerja-kerja pejabat

menyediakan manual kerja

penyediaan buku panduan

mewujudkan perpustakaan jabatan

10. Berikut adalah di antara etika perkhidmatan yang terkandung di dalam tonggak 12
yang menjadi teras kepada kakitangan kerajaan bagi meningkatkan prestasi
masing-masing:
i.

menghargai masa

ii.

keseronokan bekerja

iii.

pengaruh teladan

iv.

kewajipan menjalankan tugas

Jawapan:
i.

menghargai masa

setiap kakitangan kerajaan haruslah berusaha kea rah penggunaan masa secara
maksimum. Ini dapat dilakukan dengan cara mendisiplinkan diri dan menggunakan
catatan penggunaan masa setiap hari.

Tepat pada masa hendaklah dijadikan tabiat yang harus dimulakan, biasakan dan
dikekalkan kerana ia merupakan maruah diri dan adanya rasa hormat pada orang
lain.

ii.

keseronokan bekerja

konsep kerja sebagai ibadat akan menimbulkan dedikasi ,ketekunan, amanah,


bertanggungjawab dan ikhlas

kerja akan menyeronokkan jika seseorang berasa bangga dengan hasil kerjanya
dan bersikap positif terhadap cabaran baru.

iii.

pengaruh teladan

sifat merendah diri memerlukan kekuatan peribadi dan kebijaksanaan. Ketua yang
mempunyai sifat ini dihormati pekerjanya dan lebih mudah mengawal organisasi

38

ketua yang tegas tetapi adil lebih senang meningkatkan produktiviti dan kualiti
organisasi serta lebih mudah dicontohi.

iv.

kewajipan menjalankan tugas

sentiasa bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan

tekun dan sabar dalam menjalankan tugas dan boleh diharap untuk
menyempurnakan tugas.

11. Huraikan lima nilai-nilai profesionalisme yang semestinya ada pada kakitangan
Perkhidmatan Awam
Jawapan
Nilai-nilai Profesionalisme
a)

Berilmu

Mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan kemahiran yang mencukupi.

Setiap anggota sentiasa berusaha untuk meningkatkan kebolehan dan kemahiran


sedia ada.

b)

Kreatif dan inovatif

Menggalakkan penyertaan yang lebih gigih oleh anggota organisasi untuk terlibat
dalam menyelesaikan masalah-masalah dalam organisasi.

c)

Integriti

Dikaitkan dengan nilai-nilai amanah, jujur, dan kebolehpercayaan.

Sentiasa memelihara kepentingan awam tanpa mengambil kesempatan untuk


kepentingan diri sendiri.

Sebarang tugas dilaksanakan dengan penuh ketelusan hati

Mengguna kuasa dengan adil dan saksama.

d)

Akauntabiliti

Tanggungjawab melaksanakan tugas

Memastikan pencapaian objektif dan matlamat tugas-tugas tersebut.

39

Mengikut peraturan yang ditetapkan, undang-undang yang berkuatkuasa prosedur


dan dan arahan.

Perlulah cekap dan mengutamakan sikap berhati-hati dan cermat.

Memastikan tidak ada pembaziran yang menjejaskan penggunaan sumber-sunber


awam.

e)

Berkecuali

Tanpa membawa apa-apa bentuk tekanan luar berhubung dengan sesuatu


tuntutan yang berkaitan dengan tugas awamnya.

Bersedia dan berusaha dengan bersungguh-sungguh melaksanakan semua


dasar , program dan aktiviti yang telah direncanakan oleh kerajaan.

Tidak dibenarkan bergiat secara aktif mana-mana parti politik untuk mengelakkan
kerajaan daripada menghadapi keadaan serba salah.

f)

Kepimpinan

Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang berkesan.

Berupaya mendorong, merangsang, membangun serta mengembeling sepenuh


tenaga, kepakaran dan peralatan yang ada bagi mencapai matlamat yang telah
ditetapkan.

Mempunyai wawasan yang jelas.

Mampu memberi panduan, dengan sistematik dan berkesan.

Pengurusan masa yang berkesan.

Membuat keputusan yang berkesan.

g)

Bekerjasama

Budaya antara jabatan/kementerian dalam melaksana tugas bagi mencapai


objektif.

Setiap anggota tidak mungkin dapat melaksanakan tanggungjawab dengan


berkesan secara bersendirian.

Kerjasama perlu pada semua peringkat dan antara sektor.

h)

Berorientasikan pelanggan

Bersedia memenuhi kehendak pelanggan dan stakeholder.

Berfikiran terbuka dan bersedia mendengar pandangan pelanggan.


40

Sentiasa mendampingi pelanggan bagi mendapatkan idea-idea baru bagi


meningkatkan prestasi dan mutu kerja.

Sentiasa responsif dan proaktif.

i)

Pengurusan Diri

Menjaga imej diri dari segi pakaian, tutur kata, gerak-geri, budi bahasa dan
kesihatan diri.

Personaliti yang baik. Tidak sombong, setia kawan, arif tentang perilaku dan cara
bergaul, berdisiplin, berbudi bahasa dan berhemah tinggi.

12. Sepuluh nilai murni dalam Perkhidmatan Awam bertujuan untuk membimbing
anggota-anggota ke arah melaksanakan tugasnya dengan cemerlang.
(Nilai dan Etika PA)
INTAN 1999
Sebagai anggota Perkhidmatan Awam , sejauh manakah nilai-nilai murni itu
mempengaruhi komitmen anda bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dalam
organisasi.
a)

Huraikan.

Jawapan:
a) Nilai-nilai murni mempengaruhi komitmen :
Adil dalam perlantikan

Individu layak dan berkebolehan sahaja dilantik ke dalam satu-satu jawatan

Pekerja yang benar-benar memenuhi syarat dan dinilai dari perspektif yang adil
sahaja disahkan dalam jawatan

Pekerja-pekerja yang layak dan berkemampuan sahaja dipertimbangkan untuk


kenaikan pangkat

Amanah dalam menjalankan tugas

41

Bermakna boleh dipercayai sama ada menjalankan tugas ataupun menyimpan


rahsia. Seseorang yang mempunyai nilai ini tidak akan menyeleweng dari
tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Setiap urusan yang
dipertanggungjawabkan akan ditunaikan serta dilaksanakan sebaik mungkin.

Nilai amanah ini akan membentuk perilaku individu yang mulia. Sebagai manusia
kita hendaklah menunaikan amanah kepada tuhan
,negara,organisasi,masyarakat,keluarga dan diri sendiri.

Bertanggungjawab dalam perkhidmatan awam

bermakna kewajipan yang perlu dilaksanakan atau disempurnakan. Segala akibat


dari tindakan serta perbuatannya akan dipertanggungjawabkan individu.
Akauntabiliti adalah merupakan antara ciri utama nilai bertanggungjawab.
Seseorang yang bertanggungjawab sentiasa bersedia dinilai dan diperiksa.

Ikhlas dalam perkhidmatan awam

Tidak menunjuk-nunjuk dalam menjalankan tugas kepada pegawai-pegawai


atasannya

Tidak memilih sesuatu tugas tertentu untuk dilasanakan umpamanya tidak


mengutamakan tugas yang ada hubungan dengan kenaikan pangkat malah tidak
mengetepikan tugas yang kurang berhubung dengan kenaikan pangkat atau
ganjaran.

Dedikasi dalam perkhidmatan awam

Bekerja tanpa rasa jemu dan bosan serta bersedia menjalankna tugas yang
dipertanggungjawabkan kepadanya.

Tidak berputus asa dalam melaksanakan tugas dan sentiasa mengharapkan


kejayaan .

Sanggup menghadapi cabaran dan persaingan dalam perubahan semasa demi


meningkatkan maruah agama,bangsa dan negara

Tekun dalam perkhidmatan awam

Mengutamakan kepentingan tugas daripada kepentingan diri supaya hasil kerjanya


benar-benar sempurna

Sanggup berkorban masa dan tenaga demi kepentingan perkhidmatan untuk


kemajuan negara
42

Dapat meningkatkan mutu kecekapan dan produktiviti ke tahap yang cemerlang

Berdisiplin dalam perkhidmatan awam

akur dan patuh kepada semua peraturan dan undang-undang yang berkaitan
dengan perkhidmatan dan tugas yang dijalankan. Patuh kepada perintah, rajin
serta sentiasa berusaha mencari kemajuan dan kejayaan

Bekerjasama dalam perkhidmatan awam

Kita masing-masing saling memerlukan antara satu sama lain. Kerjasama yang
diperlukan ini ialah kerjasama antara angota-anggota kerajaan di semua peringkat,
semua perkhidmatan dan semua kementerian.Kerjasama juga penting antara
sektor awam dan sector swasta

Berbudi mulia dalam perkhidmatan awam

Bertutur dengan lemah lembut tetapi tegas

Memberi layanan dengan wajah yang manis dan bersopan santun

Bertindak dengan kelakuan yang menyenangkan

Bersedia membantu orang lain dengan tangan terbuka

Bersyukur dalam perkhidmatan awam

Bekerja dengan tekun tanpa mengeluarkan sebarang rungutan

Patuh dan sabar menerima semua arahan

Sanggup mengorbankan masa dan tenaga dalam melaksanakan tugasnya demi


kepentingan bangsa,agama dan negara.

Soalan sambungan...
b)

Terangkan kepentingan nilai dan etika dlm perkhidmatan awam

c)

Jelaskan maksud dan pemakaian dua (2) nilai utama berikut dlm perkhidmatan
awam
- Taat setia
- Berkecuali

Jawapan
43

b) Kepentingan Nilai dan etika dlm perkhidmatan awam

Nilai dan etiika menentukan arah dan memberikan makna kpd pemikiran,
tindakan dan t/laku anggota perkhidmatan awam bagi memenuhi t/jawab dan
amanah sbg pekerja

Nilai dan etiika memberi penyatuan dan penyelarasan antara anggota


perkhidmatan awam sbg institusi utama yg membuat sumbangan kpd
pembangunan tamadun masyarakat

Nilai dan etiika perkhidmatan awam merupakan standard mutlak bagi mendorong
anggota perkhidmatan berkhidmat dgn ikhlas dan berkesan

c) Maksud dan pemakaian nilai murni utama :


Taat Setia

Taat setia kpd raja,negara dan kerajaan adalah nilai yg penting perlu diamalkan
dan dihayati

Peraturan pegawai awam kelakuan dan tatatertib 1993 mengkhendaki pegawai


pada setiap masa dan waktu menumpukan taat setianya yg tak berbelah bahagi
kpd YDPA, negara dan kerajaan

Rukun negara menghendaki setiap pegawai mendukung prinsip kesetiaan kpd raja
dan negara

Bagi menentukan nilai ini dipatuhi, setiap anggotanya dikehendaki mematuhi


tatakelakuan serta ikrar yang termaktub dlm beberapa peruntukan yg berkenaan.

Berkecuali

Anggota perkhidmatan awam dikehendaki melaksanakan tugas tanpa membawa


apa2 bentuk pengaruh atau tekanan luar berhubung dgn sesuatu tuntutan yg
berkaitan dgn tugas awam.

Mereka tidak dibenarkan menyertai secara aktif dlm mana2 parti politik utk
mengelakkan kerajaan drp menghadapi keadaan serba salah
44

Nilai ini termaktub dlm tatatertib 1993 dan surat pekeliling Bil 30 tahun 1974

d)

Pegawai awam hendaklah sentiasa memiliki keperibadian unggul yg dizahirkan


melalui sikap dan tatakelakuan yg berasaskan nilai2 murni. Bagi memastikan
semua pegawai menghayati nilai2 tsb nyatakan dan huraikan perkara2 bkt:i.

Mempunyai keazaman dan kegigihan

ii.

Bersikap positif

iii.

Mempunyai sifat keberanian dan sanggup menerima cabaran

Jawapan
i. Mempunyai keazaman dan kegigihan :

Tidak berputus asa dan Sanggup berkorban masa dan tenaga bagi memastikan
rancangan dan tugas dilaksanakan spt mana dijadualkan demi mencapai matlamat
organisasi

Berupaya menggunakan strategi dan kaedah lain yg bersesuaian melalui inisiatif


sendiri spt mdptkan sokongan pihak2 ttu utk memastikan objektif organisasi
tercapai

ii. Bersikap positif

45

Mempunyai keyakinan dan percaya sesuatu perkara boleh dilaksanakan walaupun


dlm suasana dan keadaan yg sukar

Sentiasa percaya setiap isu atau masalah mempunyai jalan penyelesaian

Sentiasa menganggap sesuatu yg negatif itu boleh diperbaiki atau diterjemahkan


kpd sesuatu yg bernilai positif

iii. Mempunyai sifat keberanian dan sanggup menerima cabaran

Boleh mengemukakan pandangan secara berani tetapi secara bertangungjawab


dan berhemah

Sanggup menerima cabaran utk memajukan diri dan organisasi

Mempunyai semangat dan keupayaan utk melaksanakan tugas yg mencabar dan


sanggup mengambil risiko dlm melaksanakannya

46

13. Huraikan berkenaan Nikmat Mencipta :


a)

Berikan 4 amalan positif dan negatif Nikmat Mencipta dalam tonggak 12

a.

Nilai positif

Merasa puas kerana sesuatu idea atau cadangan dapat dilaksanakan dan
dimanfaatkan

Sentiasa berada dalam cabaran intelektual

Sentiasa mencari idea dan kaedah baru dalam menyelesaikan masalah

Over-zealous dengan pekerjaan

Gembira melihat wujudnya kaedah dan idea baru dalam pentadbiran

Senang bermain dengan idea dan berani mencuba

b.

Nilai negatif

Berpuas hati dengan kedudukan yg sedia ada

Takut menemui kegagalan

Memandang remeh usaha org lain

Pemikiran tidak dinamik

Mempertahankan status quo secara membuta tuli

Tidak suka pembaharuan

Tidak sabar dalam penciptaan baru

47

b)

Berikan 4 contoh amalan positif dan negative Nikmat Mencipta dalam tonggak 12

a.

nilai positif :

Idea mewujudkan pungutan hasil setempat di pejabat pos pada mulanya diragui
dan ditentang kerana ianya berbeza daripada cara yang biasa. Apabila
dilaksanakan cara ini didapati sangat baik, memudahkan orang ramai membuat
bayaran dan pungutan hasil.

Konsep landskap pejabat pada mulanya tidak meyakinkan , tetapi setelah


dilaksanakan bersungguh-sungguh dan mengikut perancangan, hasilnya akan
dapat menggembirakan semua orang.

Idea memainkan piped muzik di pejabat-pejabat pada mulanya dianggap


canggung dan mengganggu, tetapi bila dilaksanakan dengan betul boleh
menghilangkan rasa jemu bekerja atau jemu menunggu dan menimbulkan
suasana gembira.

Alam sekitar disesuaikan untuk mengujudkan ciptaan baru, misalnya , Jambatan


Temerloh menggunakan satu tiang besar sahaja untuk mengelakkan daripada
dirempuh kayu-kayu balak semasa banjir. Jambatan lama yang mempunyai
banyak tiang telah runtuh semasa banjir kerana sampah sarap terkumpul di situ.

Mengatasi masalah pentadbiran dengan formula tertentu ataupun mengeluarkan


pekeliling khusus contoh Pekeliling-pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam.

b.

nilai negatif :

suatu masa dahulu ada percubaan utk menembak awan yg membawa hujan bagi
mengelak banjir, tetapi usaha ini bertentangan dengan kehendak alam dan
akibatnya boleh menimbulkan kemarau. Ini merupakan pemikiran yg tidak rasional

sifat memandang remeh usaha orang lain timbul kerana perasaan hasad dengki
dan rendah budi pekerti

jika tidak sabar mencuba setiap perkara baru, tidak akan lahir kejayaan daripada
pemikiran baru

sifat takut menemui kegagalan akan melemahkan organisasi, menghalang


peningkatan produktiviti dan kualiti

48

contoh pemikiran tidak dinamik ialah suka mengetepikan cadangan atau pemikiran
baru sebelum diteliti dengan sebaik-baiknya.

14. Ketekunan membawa kejayaan merupakan salah satu daripada Tonggak 12 yang
telah diperkenalkan bertujuan untuk menerapkan budaya kerja cemerlang di
kalangan penjawat awam.
Sebagai ketua jabatan, sejauh manakah anda dapat mempengaruhi anggota organisasi
ke arah menghayati budaya kerja positif demi kecemerlangan organisasi anda?
Jawapan:
Amalan positif:
i.

gigih dalam melaksanakan tugas yang mencabar

ii. rajin dan sentiasa berusaha


iii. tekun dalam menjalankan tugas
iv. sabar dalam menghadapi cabaran pekerjaan
v. berpandangan jauh
vi. bersemangat dalam melaksanakan tugas yang diarah
vii. dedikasi dalam mencapai matlamat organisasi
viii.sanggup berkorban
ix. cekal menghadapi kesulitan semasa bertugas
x. tidak patah semangat
xi. bercita-cita tinggi

49

Anda mungkin juga menyukai