Anda di halaman 1dari 2

Berikut adalah contoh-contoh soalan temuduga yang ditulis berdasarkan

perkongsian daripada calon-calon kerjaya kastam :


1. Ceritakan tentang diri dan latar belakang anda. Mulakan dengan penceritaan
tentang diri, keluarga, pendidikan dari peringkat sekolah hingga ke peringkat yang
tertinggi sama ada diploma atau ijazah. Sertakan sekali pencapaian anda dalam bidang
akademik, sukan dan unit beruniform.
2. Nyatakan kerjaya anda yang terkini. Kongsikan kerjaya sekarang sama ada sudah
bekerja atau masih belajar. Beritahu mengapa anda membuat keputusan untuk memilih
kursus atau kerjaya tersebut.
3. Nyatakan nama pengarah kastam yang terkini. Ambil peluang untuk anda ulangkaji
siapakah nama pengarah kastam tersebut dan struktur organisasinya sekali.
4. Sebutkan tugas dan tanggungjawab kastam. Pastikan anda boleh membezakan
tugas di antara penguasa kastam dan penolong penguasa kastam.
5. Baca isu semasa di Malaysia. Rujuk pada mana-mana akhbar harian yang
memaparkan isu semasa di dalam dan di luar Malaysia. Lebih baik lagi jika anda dapat
kaitkan dengan kastam.
6. Rujuk dasar-dasar kerajaan Malaysia. Cari maklumat berkaitan rancangan dan
dasar kerajaan yang sedang dan sudah dilaksanakan.
7. Mengapa anda nak kerja kastam. Sebutkan minat dan alasan anda untuk
menyokong permohonan anda untuk kerja dalam bidang ini.
8. Mengapa SPA perlukan anda untuk berkhidmat dalam kerajaan. Sebutkan kebolehan
diri anda yang berkaitan dengan skop dan tanggungjawab kastam.
9. Jelaskan fungsi jabatan kastam di Malaysia. Setiap jabatan kerajaan di Malaysia
ada fungsinya yang khusus.
10. Jenis-jenis cukai kastam. Anda perlu tahu dan huraikan secara ringkas. Jika dapat
huraikan secara teliti adalah satu kelebihan.

11. Ambil tahu kadar cukai restoran makanan segera seperti Kentucky Fried Chicken
(KFC). Berapa kadar cukai dan bagaimana kiraannya.
12. Apa kaitan kursus akademik anda pelajari dengan kastam. Kaitkan dengan
bijaksana bagaimana ilmu yang anda miliki dapat digunakan untuk berkhidmat dengan
kastam.
13. Beri contoh cukai yang anda tahu. Berikan 3 hingga 5 contoh cukai dan huraiannya
sekali. Terangkan secara ringkas

Anda mungkin juga menyukai