Anda di halaman 1dari 54

Panduan ini adalah satu panduan ringkas yang ditulis oleh

Tim Infokerjaya untuk memberikan sedikit gambaran tentang


Assessment Center yang bakal berlangsung nanti.

Risalah ini diedarkan secara PERCUMA kepada mereka yang


membeli ebook rujukan peperiksaan Online keluaran Tim
Infokerjaya untuk.

Naskhah ini juga diedarkan untuk kegunaan jawatan yang


pelbagai termasuk Pegawai Tadbir Diplomatik, Pegawai Hal
Ehwal Islam, Penguasa Kastam dan lain-lain yang termasuk dalam
penilaian tapisan myRecruitment.

Diharapkan juga risalah ini bakal membantu persediaan anda


dalam masa yang singkat ini.

Tim Infokerjaya
www.RujukanKerjaya.com
www.Kerja-Kerajaan.com
www.SembangKerjaya.com

PAC 2018 /19 | 2 Edaran Khas Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com


PENDAHULUAN

Setelah berjaya dalam peperiksaan online, anda akan dipanggil


menghadiri Program Assessment Centre atau ringkasnya PAC.
PAC merupakan mekanisme bagi membantu pihak JPA membuat
penilaian terhadap kesesuaian dan kelayakan calon-calon
sebelum diperakukan kepada SPA untuk tujuan temuduga dan
lantikan ke perkhidmatan awam. Perlaksanaan PAC ini bermula
sejak tahun 1999 dengan melibatkan kesemua INTAN kampus
wilayah termasuk INTAN Sabah dan INTAN Sarawak.

Ianya direkabentuk khas untuk menilai anda, jadi anda perlu pergi
dengan penuh persediaan! Program penilaian ini biasanya
dilaksanakan selama tiga hari. Mulai tahun 2008 ianya dijalankan
selama 1 hari sahaja dan bermula Mac 2011 ianya dijadikan 2 hari.

Untuk sesi 2017, penilaian 2 hari ini ditambah dengan ujian UKJK
pada hari pertama menggantikan larikan 2.4KM sebelum ini. Usah
risau, kita akan bincangkan dalam risalah ini.

Lokasi ujian PAC 2018 setakat ini di senarai pendekkan di 5 pusat


di semenanjung dan 2 pusat masing-masing di Sabah dan
Sarawak. Ianya diuruskan oleh Institut Tadbiran Awam Negara
(INTAN).

Edaran Khas Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com PAC 2018/19 | 3


Di semenanjung :
• INTAN Bukit Kiara (Kampus Utama)
• INTIM (Kampus Wilayah Timur)
• INTURA (Kampus Wilayah Utara)
• IKWAS (Kampus Wilayah Selatan)
• INTENGAH (Kampus Wilayah Tengah)

Sabah/Sarawak :
• Kampus INTAN Sarawak
• Kampus INTAN Sabah

Untuk pertukaran pusat ujian, tarikh dan sebagainya, ianya


bergantung kepada budi bicara pihak SPA. Anda boleh
menghubungi mereka untuk urusan itu. Walaubagaimana pun,
tiada jaminan diberikan dan sebolehnya anda mengaturkan
perjalanan dan jadual anda sendiri.

Web Rasmi INTAN; http://www.intanbk.intan.my/

PAC 2018 /19 | 4 Edaran Khas Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com


Edaran Khas Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com PAC 2018/19 | 5
PAC 2018 /19 | 6 Edaran Khas Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com
Edaran Khas Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com PAC 2018/19 | 7
PAC 2018 /19 | 8 Edaran Khas Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com
Edaran Khas Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com PAC 2018/19 | 9
ASPEK PENILAIAN

Seperti yang dikatakan sebelum ini, PAC diadakan bertujuan


untuk menilai kemampuan anda semua untuk menjawat jawatan
ini. Sekiranya anda lulus semua penilaian PAC ini, anda akan
dipanggil ke sesi temuduga yang akhir sebelum ditawarkan
jawatan ini. Masih jauh lagi sebenarnya perjalanan itu. Tak
mengapa, yang penting sekarang, fokus untuk lulus PAC ini.

Tiga komponen utama akan dinilai iaitu Kualiti Personal,


Pengetahuan dan Kemahiran anda.

Kualiti personal mencakupi kelakuan yang mencakupi perilaku


dan nilai murni yang sedia terbina pada diri anda. Tingkah
laku anda serta gerak balas terhadap sesuatu isu semasa
menghadiri PAC amat penting. Ramai yang mengatakan, kita
hanya perlu jadi diri kita sendiri! Tapi bagi kami apa yang
penting, simpan semua sikap/tingkah buruk anda dan hanya
tonjolkan nilai yang baik sahaja dari diri anda. Anda bukan
berpura-pura, tapi menyembunyikan apa yang sepatutnya
dan menonjolkan apa yang patut ditonjolkan! Sekali lagi saya
katakan, simpan sikap buruk anda, hanya tonjolkan yang baik.

Selain itu penampilan anda juga dinilai, ianya lebih kepada


pembawakan diri yang membuatkan orang selesa dengan anda.
PAC 2018 /19 | 10 Edaran Khas Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com
Pergaulan dan percakapan anda sepanjang PAC ini haruslah
melambangkan identiti anda yang disenangi ramai.

Anda tak perlu menjadi terlalu ramah, cukuplah sekadar


bertindak dalam kesesuaian situasi yang ada. Jangan
menimbulkan ‘provocative situation’. Yakin pada diri anda
sendiri. Yakin terhadap kebolehan diri dan berani menghadapi
tugasan serta mempunyai daya tahan (tolerence level) yang
tinggi terhadap cabaran dan masalah yang dihadapi (mental
dan fizikal) merupakan ‘hidden criteria’ yang dinilai pada anda.

Anda haruslah menjadi penggerak kumpulan! Ambil


tanggungjawab dan cuba tunjukkan kebolehan mengurus
dan bekerjasama dalam pasukan. Dengan itu anda secara tidak
langsung akan berjaya mengenengahkan potensi kepimpinan
anda yang mana merupakan satu aspek kritikal sebagai seorang
pegawai tabir dan diplomatik. Dalam kata lain, anda harus cuba
sedaya upaya mempromosikan diri anda sepanjang PAC bahawa
anda mempunyai potensi sebagai seorang pemimpin yang baik.

Kemahiran anda adalah kualiti utama yang perlu anda


ketengahkan untuk membuatkan anda lebih tertonjol
berbanding yang lain. Antara kemahiran itu ialah kemahiran
berkomunikasi. Anda harus menyakinkan mereka yang anda
berkebolehan berkomunikasi di kalangan rakan dengan lain dan
berkesan. Tidak semestinya anda bercakap banyak, tapi setiap
kali anda berbahasa, nilaian dan lontaran idea itu menarik dan
jelas kepada maknanya.

Dalam sesi pengucapan awam / public speaking anda haruslah


menyampaikan idea, maklumat dan maksud dengan yakin dan
berkesan. Anda juga akan menghadapi sesi debat ala parlimen
yang bertujuan menilai menifestasi perilaku anda. Di sini, bukan
sahaja kebolehan penyampaian maklumat dinilai, tetapi
bagaimana anda yakin dalam hujah anda dan bagaimana anda
mempertahankan hujah anda ketika diasak oleh rakan lain.
Edaran Khas Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com PAC 2018/19 | 11
Tertib, berhemah dan objektif perlu diluncurkan dalam setiap
tindak balas anda dalam mempertahankan hujah anda. Di sini
kuncinya!

Di samping itu juga, semua itu menuntut anda mempunyai


pengetahuan dalam isu-isu yang berkaitan. Kematangan idea
dinilai melalui keupayaan anda mencetuskan idea itu pada masa
yang sesuai dan relevan dengan isu yang diperbincangkan.

Kami rasa sekadar ini cukup secara umumnya mencakupi apa


yang dinilai dan apa yang perlu anda fokuskan semasa anda
menghadapi PAC. Kami simpulkan sekali lagi, apa yang
penting dalam PAC ialah, keyakinan anda yang mencakupi
kualiti personal, kemahiran dan pengetahuan anda. Bermulalah
dari sekarang untuk berjaya!

Kualiti
Personal
Pengetahuan

Kemahiran

PAC 2018 /19 | 12 Edaran Khas Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com


KENAPA GAGAL?

Ada beberapa sebab yang menyumbang kepada kegagalan


calon-calon Assessment Center. Anda boleh rujuk dalam ebook
PERCUMA “27 Sebab kenapa Calon GAGAL Ujian” di blog
Tim Infokerjaya di http://www.rujukankerjaya.com. Kenalpasti
sebab gagal dan anda cuba pastikan ianya tidak berlaku pada
anda. Anda harus baca ebook tersebut!

Untuk tindakan pantas, kami senaraikan beberapa sebab penting


yang mana antara lainnya, calon gagal sebab terlalu gemuruh!

Apabila terlalu gemuruh, maklumat yang ada di kepala anda


hilang dan tidak keluar. Anda mungkin memandang remeh isu ini
tetapi inilah hakikat yang berlaku. Seringkali ada sahaja calon yang
berpeluh satu badan dan tak senang duduk semasa PAC lantas
gagal melontarkan idea yang bagus ketika sesi pengucapan
umum dan diskusi. Kenapa mereka gemuruh? Kalau ianya
memang satu symptom kebiasaan anda, anda perlu kepada
ubat.

Ada beberapa ubat penenang yang anda boleh dapatkan di


farmasi untuk tindakan pantas. Tapi untuk jangkamasa panjang,
kami sarankan anda mengambil ubat panenang yang merupakan
‘tissue salt’ dari klinik perubatan homeopathy.
Edaran Khas Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com PAC 2018/19 | 13
Perubatan homeopathy memberikan tindakbalas yang sedikit
lambat, tapi jika anda mengalami masalah gemuruh, eloklah
mengamalkannya dan ianya selamat serta tiada kesan
sampingan berbanding ubat penenang yang dijual di farmasi.

Sebab lain yang menyumbang kepada gemuruh ini ialah


disebabkan kecuaian calon tersebut. Calon tersesat dan
tak jumpa jalan ke tempat peperiksaan ataupun tersekat
dalam traffic jam lalu lewat ke tempat penilaian PAC.

Ada juga lupa peralatan yang diperlukan termasuk IC dan


lain-lain. Semua ini perkara remeh dan tak sepatutnya berlaku
kepada anda. Siapkan diri anda awal-awal, ini adalah
persediaan fizikal yang perlu diselesaikan awal. Kalau boleh
anda pergi melihat tempat peperiksaan sehari awal atau
sebelum sesi PAC, jadi anda tak gelabah tersesat dan
sebagainya.

Tolong ambil perhatian perkara ini kerana ianya penting dan


selalu diabaikan. Pastikan semua kelengkapan alat tulis (untuk
ujian Sahsiah) ada, IC dan surat panggilan juga ada. Cuba tiba
awal di pusat PAC dan biarkan diri anda ber’asimilasi’ dengan
suasana pusat peperiksaan tersebut.

Amik nafas dalam-dalam dan cuba bermeditasi seketika.


Bacalah doa-doa yang anda belajar untuk menenangkan diri,
termasuk doa yang dikongsikan di akhir Risalah ini.

Tiada persediaan rapi adalah faktor umum kegagalan anda dalam


apa bidang sekalipun. Terlalu yakin atau sekadar pergi
mencuba nasib merupakan attitude yang berbeza tapi
menyumbang ke satu natijah yang sama iaitu KEGAGALAN.

Anda harus bersedia dengan rapi kerana anda adalah calon yang
terpilih! Satu fakta yang anda kena tahu ialah, jumlah calon yang
layak menduduki peperiksaan bertulis setiap tahun ialah lebih
PAC 2018 /19 | 14 Edaran Khas Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com
kurang antara 70 ribu ke 80 ribu orang dan calon yang dipanggil
ke sesi PAC adalah sekitar 6 ribu ke 7 ribu calon sahaja.

Apa yang kami cuba sampaikan ialah, anda tak harus


mensia- siakan peluang yang ada ini kerana bukan senang untuk
anda melepasi exam tempoh hari kan? Jadi, buat yang terbaik,
bersedia dengan baik dan tanamkan kepada diri anda yang anda
nak sampai kepada stage temuduga nanti!

Faktor lain ialah, kurang kemahiran berbahasa. Jika ini menjadi


faktor kegagalan anda, anda seharusnya cuba sedaya upaya
meningkatkan teknik pengucapan anda. Sewaktu mula
belajar berucap/melakukan presentation, banyak video-video di
YouTube yang boleh ditonton dan cuba tiru. Anda boleh lihat
sendiri video-video pengucapan di Youtube seperti pengucapan
oleh Steve Jobs.

Anda bukan sahaja mempersiapkan diri anda untuk PAC bahkan


untuk survival alam pekerjaan anda sekaligus. Selain itu, cuba
bercakap atau bermonolog sendiri selain cuba bercakap
dihadapan kawan-kawan dan minta komen dari mereka. Yang
penting ialah anda berusaha ke arah itu dan tidak duduk sahaja
mengenang nasib anda. Buat sesuatu!

Faktor lain ialah tak tahu tentang tajuk yang diutarakan. Ini
satu sebab yang tak sepatutnya, tapi itu lah yang terjadi.
Selalunya sesi diskusi dan pengucapan umum akan
mengemukakan tajuk-tajuk umum dan tidak lah terlalu spesifik,
jadi anda tak perlu risau. Sekiranya anda selalu membaca
suratkahabar dan mengambil tahu isu-isu semasa, pasti ianya
tiada masalah untuk anda.

Edaran Khas Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com PAC 2018/19 | 15


ISU-ISU YANG PERLU
DIBERI PERHATIAN

Kalau nak dibicarakan isu-isu yang perlu diberi perhatian,


boleh dikatakan tidak mampu untuk disenaraikan,
terlalu banyak dan terlalu umum. Anda harus berusaha
sendiri ke arah itu. Tapi diharapkan supaya penyenaraian ini
memberikan sedikit impak terhadap persediaan anda.

Buat masa sekarang sekiranya anda perasan, isu utama ialah isu
RASUAH dan bagaimana SPRM memainkan peranan mereka
dalam isu ini.

Adakah SPRM berkesan atau tidak dan bagaimana SPRM


boleh ditambah-baikkan. Pengetahuan tentang pentadbiran juga
berkemungkinan besar diutarakan. Di samping itu juga, isu
bencana alam yang kerap melanda sekarang seperti banjir dan
tanah runtuh yang seakan-akan tiada langsung kesudahannya.
Tiada soalan ramalan atau tugasan ramalan.

Apa yang penting ialah anda peka dalam isu-isu semasa dan
terkini. Sebenarnya dalam sesi PAC, yang didahulukan ialah aspek
penilaian yang telah dihuraikan sebelum ini.

PAC 2018 /19 | 16 Edaran Khas Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com


Tetapi untuk mencapai semua kriteria tersebut anda perlu
siapkan diri anda sendiri supaya apa yang hendak diusulkan atau
diucapkan mempunyai asas fakta yang kukuh.

Dalam kata lain, masing-masing saling memerlukan.


Jika anda tak ada maklumat bagaimana gaya penyampaian
dan kematangan anda hendak dinilai?

Satu lagi pastikan yang idea dan penyampaian anda nanti


berdasarkan sumber-sumber prima yang selari dengan hasrat
kerajaan. Anda boleh membaca pendapat umum dari ‘bloggers’
tapi anda harus ingat yang pendapat yang harus anda tujukan
adalah lebih kepada fakta dan huraian yang berpadanan
dengan polisi dan kehendak kerajaan. Anda boleh rujuk dari
sumber-sumber di bawah untuk isu-isu nasional

>> http://integriti.my/
>> https://www.malaysia.gov.my
>> http://www.pmo.gov.my/

Edaran Khas Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com PAC 2018/19 | 17


PAC 2017

Tahniah atas panggilan. Anda sudah berada pada STEP 2 selepas


berjaya pada tapisan peperiksaan Online yang lalu.

Semak semula surat panggilan untuk lokasi dan dokumen yang


perlu dibawa. Sesi Assessment Center ini bakal dilangsungkan di
lokasi berhampiran dengan alamat yang anda isi dalam borang
SPA8i. Ianya ditetapkan oleh sistem dan pertukaran lokasi tidak
dibenarnya untuk mengelakkan masalah pada rekod.

Tahun ini penilaian lebih komprehensif mencakupi :

Hari Pertama
1. Pendaftaran dan taklimat
2. Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK)
3. Esei Bahasa Melayu dan Inggeris
4. Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

Hari Kedua
1. Pengucapan Awam Bahasa Melayu
2. Pengucapan Awam Bahasa Inggeris
3. Perbincangan Kumpulan Bahasa Inggeris
4. Perbincangan Kumpulan Bahasa Melayu
5. Soalan Psikometrik Secara Online
PAC 2018 /19 | 18 Edaran Khas Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com
Dalam surat panggilan anda, disertakan 4 lampiran untuk
semakan anda. Rujuk dengan teliti semua lampiran itu kerana
kita tak akan huraikan maklumat lampiran ini dalam nota ringkas
PAC ini.

TIP
Cari kawan-kawan untuk bergerak sekali.
Whatsapp, FB Group, Diskusi. Berbeza
dengan exam yang group whatsapp kurang
membantu, PAC lebih bermanfaat

Edaran Khas Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com PAC 2018/19 | 19


UJIAN KECERGASAN JASMANI
KEBANGSAAN (UKJK)

Untuk PAC sebelum ini dalam penilaian fizikal ini ianya


dilakukan melalui larian 2.4KM dan 5 aktiviti fizikal yang sedikit
ringkas. Anda boleh baca aktiviti yang dijalankan semasa PAC
untuk tahun 2011-2013 di bahagian lampiran naskhah ini.

Tahun 2017 menyaksikan penilaian lebih komprehensif


mencakupi 2 skop utama iaitu KESIHATAN dan KECERGASAN.
Dalam penilaian ini ianya dipecahkan kepada :

Saringan Kesihatan
• Tekanan darah
• Kadar denyutan nadi

Ujian Kecergasan
• BMI (Ketinggian, berat badan)
• Ujian genggaman tangan (Ukur kekuatan static otot
tangan)
• Ujian bangun tubi 1 minit (uji daya tahan otot abdomen)
• Ujian duduk dan jangkau (ukur tahap kelenturan otot
belakang dan otot hamstring)
• Ujian larian ulang alik 20 meter (ukur tahap pengambilan
oksigen)

PAC 2018 /19 | 20 Edaran Khas Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com


TIP PENTING
Jika anda mempunyai masalah kesihatan
yang lain seperti baru selesai pembedahan
dan mengandung, maklumkan kepada
pegawai yang bertugas. Mungkin penilaian
lebih ringan untuk anda. Tak cuba tak tahu .

Edaran Khas Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com PAC 2018/19 | 21


[UJIAN UKJK 1]

Bahagian pertama UKJK ini, anda akan diuji untuk menentukan


tekanan darah dan denyutan nadi. Pastikan anda bertenang
kerana perasaan GEMURUH akan mempenyagruhi bacaan ini.
Tenang-tenang ya.

PAC 2018 /19 | 22 Edaran Khas Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com


[UJIAN UKJK 2]

Pada bahagian ini BMI anda akan diukur. Memang akan


dimaklumkan berapa BMI yang ideal untuk jawatan anda, tetapi
jangan risau jika anda terlebih BMI. Anda boleh ‘cover’
kemampuan anda dengan sesi penilaian yang lain.

Jadi jangan rasa rendah diri dengan BMI anda. Teruskan dan
jangan berputus asa. Kalau sempat kurangkan berat badan dalam
asa terdekat ini, ianya amat digalakkan. Jangan makan pil kurus
pula! Takut efek negative nanti.

Edaran Khas Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com PAC 2018/19 | 23


[UJIAN UKJK 3]

Ujian genggaman tangan. Ianya bertujuan untuk mengukur


kekuatan static otot tangan anda. Mudah sahaja ujian anda, anda
akan diberikan satu alat yang anda kena genggam sekuat hati.
Ianya dinamakan ‘Handgrip Test’ menggunakan Dynamometer.
Anda boleh mula buat sedikit latihan menggenggam objek keras
di rumah mulai hari ini.

PAC 2018 /19 | 24 Edaran Khas Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com


[UJIAN UKJK 4]

Ujian bangun tubi 1 minit untuk uji daya tahan otot perut/
abdomen anda. Serius anda perlukan sedikit latihan bermula
sekarang untuk ujian ini. Nampak mudah tapi jangan ambil
mudah.

Edaran Khas Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com PAC 2018/19 | 25


[UJIAN UKJK 5]

Ujian duduk dan jangkau. Ujian ini untuk mengukur tahap


kelenturan otot belakang dan otot hamstring. Ringkasnya, anda
duduk dengan kaki melunjur ke depan dan cuba capai hujung jari
kaki anda dengan tangan.

Pandangan sisi untuk ujian ini. Praktis di rumah dulu ya supaya


lebih mudah di hari ujian nanti. Kalau tak biasa memang sengsara
juga lah. Tapi untuk yang biasa benda ni kacang ja! Enjoy!

PAC 2018 /19 | 26 Edaran Khas Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com


[UJIAN UKJK 6]

Ujian larian ulang alik 20 meter. Ianya bertujuan untuk ukur tahap
pengambilan oksigen anda. Ini dipanggil beep/bleep test.

Ianya akan diuji beberapa tahap dengan ketetapan masa yang


ditetapkan. Sebenarnya ujian ini adalah yang terpenting dalam
sesi ujian UKJK.

TIP PENTING
Luangkan sedikit masa untuk menonton video ini. Ianya
berkaitan beep test. Ada 8 video semuanya supaya anda
lebih jelas dengan ujian ini dan bagaimana nak sukses;

1. https://www.youtube.com/channel/UC_ThP-
F8IT19Ftb5dwE86xtg
2. https://www.youtube.com/channel/UCa6Pd-
dOHndcfu-qGZWMDQvA

Edaran Khas Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com PAC 2018/19 | 27


ESEI BAHASA MELAYU
DAN INGGERIS

Untuk bahagian ini ianya seolang membawa anda kembali ke


zaman universiti ataupun SPM dulu. Atau anda dah lama tak tulis
esei? Ingat semula apa yang cikgu SPM ajar dulu. Mesti ada 5
komponen ini;
• Pendahuluan
• Isi 1
• Isi 2
• Isi 3
• Penutup
PAC 2018 /19 | 28 Edaran Khas Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com
Itu asasnya. Anda boleh tambah 1 perenggan ‘counter argument’
kalau ada masa. Tetapi asas 5 peranggan ini memadai. Sama
sahaja untuk esei Bahasa Melayu dan Inggeris. Anda akan
diberikan 2 tajuk, pilih 1 sahaja.

Seksyen ini menguji penguasaan Bahasa Melayu anda dan


tujuan utama ialah melihat bagaimana anda melontarkan
idea. Tajuk-tajuk yang diberikan selalunya menggalakkan anda
memberi pandangan dan pemikiran terhadap masalah atau isu
yang ditimbulkan. Selain itu ianya juga menguji kepekaan anda
terhadap sesuatu isu ataupun lebih senang dikatakan ianya
berkaitan dengan isu semasa.

Jika anda tahu isu yang dinyatakan, anda akan lebih mudah
merangka dan mula mengarang. Sedikit tips dari kami,
menulislah dengan menggunakan idea yang anda dapat dari
pembacaan sumber-sumber prima ataupun yang selari den-
gan kehendak pemerintah. Anda boleh melakukan ‘counter
argument’ jika nak, tapi sebaiknya susunlah isi-isi anda dengan
penuh tersusun dan ianya melambangkan kebijakan dan bukan
emosi anda.

TIP PENTING
Sedikit tip ringkas, gunakan perkataan atau
frasa yang bagus melambangkan menguasaan
bahasa Melayu dan Inggeris anda selain reflek
kepada sikap suka membaca anda.

Edaran Khas Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com PAC 2018/19 | 29


Tajuk esei pada ujian PAC awal tahun ini untuk rujukan sebagai
gambaran bagaimana esei ini ditanya. Ini bukan soalan spot
ya, hanya rekod lama untuk rujukan anda (ianya dikongsikan di
blog-blog yang anda boleh dapati melalui Google);

Esei Bahasa Melayu :


1. Industri Halal dan Bagaimana Ushawan Tempatan
Memasuki Pasaran Antarabangsa
2. Cara memupuk masyarakat yang berintegriti
3. Sumbangan modal insan berkualiti untuk memajukan
negara
4. Kesan negatif penggunaan internet dan media terhadap
pengguna di Malaysia
5. Peningkatan jumlah penyakit tidak berjangkit. hurai
punca dan cara mengatasi
6. Pertanian itu perniagaan. Bincangkan
7. Bagaimana perpaduan dapat dibentuk dengan
Gagasan 1 Malaysia

Esei Bahasa Inggeris :


1. How Public Servant can contribute to becoming
developing country
2. Environmental damage is inevitable consequences
of global life development
3. How price increment in petrol affect Malaysian consumer
4. Cyber threat on FB children, prevention and intervention
5. How to practice systematic budgeting
6. Green technologies to reduce the environment pollution
7. How rukun negara can make Malaysian live in peace

PAC 2018 /19 | 30 Edaran Khas Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com


LATIHAN DALAM
KUMPULAN (LDK)

Untuk aktiviti ini anda akan dipecahkan kepada kumpulan yang


diambil secara rawak. Datang awal semasa sesi taklimat sebelum
bermula kerana pemilihan akan berlaku masa itu.

Satu situasi akan diberikan dan setiap group akan menyatakan


pandangan mereka kepada situasi yang berlaku. Biasanya ianya
melibatkan watak yang pelbagai dan setiap group kena
pertahankan watak itu.
Edaran Khas Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com PAC 2018/19 | 31
Dalam satu sesi LDK PAC yang lalu, peserta diberi gambar tanpa
petikan dan diminta membahaskan apa sahaja berkaitan dengan
gambar tersebut.

Gambar: Pelbagai karakter kartun antaranya tentang YB


yang sedang mendengar masalah rakyat, ahli mesyuarat
IMF yang sedang bergaduh, sekumpulan pemuda yang
sedang berangan membeli kereta, gambar Wawasan 2020
dsb.

Tips: Analisa yang baik diperlukan bagi memastikan


perbincangan tidak tersasar dari maksud gambar yang
diberikan. Disebabkan terlalu banyak karakter, ramai yang
‘blur’ tak tahu apa yang nak dibincangkan.

Calon boleh kumpulkan semua perbincangan berdasarkan


gambar Wawasan 2020 itu, berkaitan CABARAN Negara (YB, IMF,
pemuda berangan etc) untuk mencapai wawasan tersebut. Di
akhir aktiviti, calon diminta mencatat hasil perbincangan diatas
kertas mahjong.

TIP PENTING
Ketua kumpulan dan setiausaha akan dipilih.
Cepat tawarkan diri anda! Ianya akan
memberikan gambaran siap siaga anda.

Ketika memberikan pendapat, jangan hentam


rakan yang lain. Hormati pandangan rakan-rakan
yang lain memberikan gambaran
diplomasi anda.

PAC 2018 /19 | 32 Edaran Khas Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com


PENGUCAPAN AWAM BAHASA
MELAYU & BAHASA INGGERIS

Sesi ini dilangsungkan pada hari ke-2. Tajuk diberikan lebih awal
membolehkan anda membuat persediaan yang sewajarnya.
Kebiasaannya diberikan pada malam hari pertama. Jadi malam itu
anda boleh terus mula rangka isi ucapan anda.

Masuk awal ke bilik penilaian untuk biasakan emosi anda dengan


persekitaran. Biar diri anda selesa dengan bilik itu. Penting untuk
jadikan anda lebih konfiden dan kurang gementar.
Edaran Khas Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com PAC 2018/19 | 33
Selain menilai isi yang anda sampaikan, harus diingat sebenarnya
apa yang dinilai adalah tahap keyakinan anda penguasaan Bahasa
anda. Yakin pada diri anda dan mula bercakap dengan tenang.
Jika boleh cuba kawal intonasi, gaya bahasa dan sebutan anda.
Tidak terlalu laju dan tidak pula terlalu perlahan.

Tajuk-tajuk yang diberikan pada sesi sebelum ini untuk rujukan


anda. Ianya dikongsikan oleh calon-calon PAC lepas.

Sesi Bahasa Inggeris:


• Energy Conservation
• National integration
• Thinning of the ozone layer
• The uses of renewable energy
• Importance of good drainage systems
• Rural poverty
• The use of biodegradable food packaging
• Fruit trees to replacs decorative plants for urban
landscaping
• Combating illegal logging.

Sesi Bahasa Bahasa Melayu:


• Diplomasi masih relevan di malaysia
• Teknologi merenggangkan perhubungan sesama insan
• Wanita sebagai pemimpin dunia
• Obestiti adalah tidak ok
• Melentur buluh biar dari rebungnya.
• Perlancongan di Malaysia
• Industri herba di Malaysia
• Keusahawanan kerjaya pilihan.
• Belia cemerlang impian negara

PAC 2018 /19 | 34 Edaran Khas Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com


TIP PENTING
Pastikan smartphone anda mempunyai data
internet yang mencukupi. Anda perlukan untuk
buat research maklumat berkaitan tajuk yang
anda dapat. Kalau boleh dapatkan fakta dan
‘authority qoute’ berkaitan

Edaran Khas Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com PAC 2018/19 | 35


PERBINCANGAN KUMPULAN
BAHASA INGGERIS

Untuk sesi ini satu tajuk akan diberikan dan kita diminta untuk
melakukan perbincangan mengenai tajuk itu. Jika boleh tawarkan
diri untuk jadi moderator group anda dalam sesi ini.

Kena ingat anda diperhatikan dan penilaian dilakukan semasa


diskusi dijalankan. Jadi seorang yang terbuka dengan pandangan
orang lain dan menghormati pandangan lain.

PAC 2018 /19 | 36 Edaran Khas Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com


Ketika mengutarakan pandangan kita cuba untuk kaitkan dengan
pandangan peserta yang lain. Ini menampakkan nilai diplomasi
dalam diri anda.

Sekali lagi, yakin dengan pandangan anda dan cuba untuk


jadikan ianya konkrit dengan quote/rujukan badan/tokoh
berautoriti.

Edaran Khas Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com PAC 2018/19 | 37


PERSEDIAAN PAC ANDA!

Harap anda dah nampak jelas bagaimana perjalanan penilaian


PAC untuk sesi tahun ini. Untuk ujian fizikal, tak ada apa yang
boleh dibantu, tapi tips dari kami ialah, habiskan semua aktiviti
tersebut kerana di situ kesungguhan anda akan dinilai.

Jangan cepat berputus asa, cuba sebaik mungkin! Untuk yang


ada masalah kesihatan seperti demam, mengandung dan
sebagainya, maklumkan kepada urusetia tentang keadaan
anda terlebih dahulu sebelum penilaian dimulakan.

PAC 2018 /19 | 38 Edaran Khas Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com


Pelan Tindakan Khas
Untuk ini, disertakan “Pelan Tindakan” untuk anda mengha-
dapi Program Assessment Center nanti. Pelan tindakan ini ialah
sebagai persediaan untuk anda menghadapi :

• Aspek 1 - pengucapan/komunikasi Bahasa Melayu


• Aspek 2 - pengucapan/komunikasi Bahasa Inggeris
• Aspek 3 – fizikal (penilaian UKJK dan stamina
sepanjang program)

Untuk masa yang singkat ini, apa yang perlu anda buat? Kami
ringkaskan 10 perkara ini dan ianya merupakan unjuran tindakan
yang perlu anda lakukan mulai sekarang!
1. Beli dan baca akhbar Berita Harian/Utusan (aspek 1)

2. Beli dan baca akhbar The Star/NST (aspek 2)

3. Luangkan masa menonton Buletin Utama pukul 8 malam


(aspek 1 dan 2)

4. Fokus berita penting dalam akhbar dan berita tersebut


dan buat sedikit catatan (aspek 1 dan 2)

5. Khususkan pembacaan anda kepada kategori supaya


anda tidak pening seperti **isu kesihatan (denggi, HIN1
etc), **isu nasional (TN50, BR1M etc), **isu sukan (prestasi
bola sepak, jurulatih luar etc), **isu pendidikan (PT3 etc)
dan lain-lain isu. Pecahkan supaya anda nampak lebih
objektif dan tersusun, ini akan memudahkan maklumat
masuk secara teratur dalam kepala anda (aspek 1 dan 2)

6. Qoute beberapa kata-kata/statement rasmi tokoh,


menteri dan badan berwajib dalam beberapa isu
penting. Contohnya, **mengikut statistik yang disahkan
oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor
Hisham bin Abdullah, sejumlah dua (2) negeri
Edaran Khas Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com PAC 2018/19 | 39
menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu
sebelumnya iaitu Pahang 40 kes (60.6%) dan Kedah 4 kes
(19%). Pernyataan sebegini akan mengukuhkan statement
anda nanti dan akan menarik perhatian (aspek 1 dan 2)

7. Mula bermonolog sendiri dalam bahasa melayu dan


Inggeris semasa memandu, berjalan dan ketika anda
seorang diri untuk meningkatkan kelancaran susunan
ayat anda (aspek 1 dan 2)

8. Baca dan sebut dengan kuat akhbar The Star/NST untuk


melancarkan sebutan bahasa Inggeris anda (aspek 2)

9. Buat sit-up, pumping, ketuk ketampi, jalan itik, joging


dan apa-apa yang difikirkan perlu untuk meningkatkan
tahap kecergasan anda. Khas untuk UKJK anda (aspek 3)

10. Buat semua perkara 1-9 secara intensif, dan ingat, usaha
tangga kejayaan! (aspek 1,2 dan 3)

PAC 2018 /19 | 40 Edaran Khas Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com


PEMAKAIAN SEPANJANG
PROGRAM

Aspek penting dalam penilaian ini adalah bagaimana anda


menampilkan diri anda dan sudah pastinya pakaian memainkan
peranan penting.

Terpulang kepada keselesaan anda, ini adalah pemakaian umum


mengikut garis panduan rasmi sesi Assessment Center. Ada
yang bertanya boleh atau tidak bagi perempuan memakai seluar
(selain aktiviti sukan), maka jawapan yang kami berikan
berbentuk ‘cadangan’, jika boleh elakkan. Ikut sahaja panduan
yang diberikan oleh pihak INTAN dan SPA ini.

Lelaki
• Berambut kemas, kemaskan misai dan janggut
• Kasut hitam yang telah dipolish dan bertali (bukan strap)
• Baju kemeja putih plain berlengan panjang yang
dipadankan dengan tali leher
• Seluar hitam/biru gelap

Edaran Khas Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com PAC 2018/19 | 41


Perempuan
• Hendaklah berpakaian kemas, kalau bertudung,
hendaklah
nampak berkeyakinan dan selesa
• Kalau tidak bertudung hendaklah memakai sut skirt
panjang atau pendek (bawah lutut)
• Kasut tumit tinggi -court shoes (bertutup) berwarna hitam
• Rambut kalau panjang, kene tie dalam “bun”
• Makeup yang profesional dan meyakinkan

Pakaian Tambahan
• “Track bottom” dan baju t-shirt berkolar (lengan
pendek bagi lelaki dan lengan panjang bagi wanita)
berwarna GELAP.
• Kasut sukan yang bersesuaian.
• Sila ambil kira keperluan untuk pakaian bersolat (Muslim).

PAC 2018 /19 | 42 Edaran Khas Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com


DOA DAN TAWAKAL

Jangan lupa juga tawakal dan berserah kepada tuhan. Untuk


MUSLIM, anda harus sedar semuanya datang dari Allah dan yang
penting sepanjang ujian PAC ialah ketenangan, kelancaran dan
buah fikiran yang datang mencurah-curah.

Bacalah doa-doa dan ayat quran terpilih untuk tujuan itu. Antara
amalan biasa yang selalu dibaca untuk menenangkan diri dan
bersesuaian dengan ujian PAC ini ialah;

• Surah Al-Inshirah
• Doa dipermudahkan “Ya Allah, tidak ada kemudahan
kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau
menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau
kehendaki”
Edaran Khas Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com PAC 2018/19 | 43
Bacalah dua perkara ini sambil menggosok-gosak dada anda.
semoga anda tenang dan tidak gemuruh. Selamat berjaya untuk
semua calon Ujian PAC 2018/19 dan semoga berjaya melayakkan
diri untuk temuduga pula nanti

* Rujukan
1. Edaran umum Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
2. UKJK, Kementerian Belia dan Sukan
3. Risalah PAC Tim Infokerjaya

PAC 2018 /19 | 44 Edaran Khas Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com


LAMPIRAN
(untuk bacaan sahaja)

Perjalanan Programme Assessment


Center 2008 - 2014

Edaran Khas Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com PAC 2018/19 | 45


PERJALANAN FORMAT
3 HARI VS 2 HARI VS 1 HARI

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, sebelum tahun 2008,


format PAC adalah 3 hari dan selepas itu ianya dilakukan
selama 1 hari dan ada juga diselang-seli dengan 3 hari kembali.

Untuk 2011 ianya dijadikan 2 hari dan belum pernah


dibuat sebelum ini. Tapi melalui pemerhatian Tim Infokerjaya,
penilaiannya adalah sama mengikut panduan penilaian asas oleh
pihak INTAN. Jadi anda tak perlu risau mengenai perubahan
format ini, kerana penilaian adalah pada dasar yang sama.

Jom kita lihat apa yang berlaku pada format 1 hari 2 hari dan
3 hari (maklumat ini diterangkan secara umum supaya tiada
maklumat SULIT yang didedahkan)

Format 1 Hari (2008-2010)

Ianya adalah program penilaian 1 hari yang mencakupi


beberapa siri aktiviti termasuk ujian Sahsiah dan Minat. Ada
sesi yang tidak mempunyai ujian sahsiah dan minat tapi umumnya
ada. Mengikut pengalaman calon yang lepas, PAC format 1 hari
ini mempunyai 5 sahaja sesi utama. Tapi berikut kami nyatakan
kronologi apa yang akan berlaku sepanjang 1 hari anda di sana;

PAC 2018 /19 | 46 Edaran Khas Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com


Sesi 1: Selepas selesai sesi pendaftaran, anda akan diberi
NOMBOR yang perlu digantung di badan anda untuk
memudahkan sesi pengenalan. Selepas itu tinggi dan berat
anda akan diukur. Anda akan diberikan kumpulan yang baisanya
5 orang satu kumpulan yang mana anda akan bersama-sama
mereka sepanjang PAC ini berlangsung

Sesi 2: Selepas itu aka nada sesi taklimat oleh pegawai berkaitan
tentang kerjaya dan penetapan matlamat dan sebagainya. Anda
perlu beri perhatian kepada sesi taklimat ini. Selepas itu akan
ada minum pagi untuk anda bertenang dan sembang-sembang
dengan ahli kumpulan anda.

Sesi 3: Selesai minum pagi, anda dan rakan kumpulan anda


akan ditempatkan di sebuah bilik untuk memulakan aktiviti
‘Intellectual Group Discussion’. Satu tajuk akan diberikan dan anda
dikehendaki berbincang dalam Bahasa inggeris. Lebih kurang
sesi ujian speaking semasa MUET dulu. Jadi anda tak perlu risau.

Sesi 4: Selepas itu anda akan terus memulakan sesi Debat Ala
Parlimen. Jangan lupa tip-tip yang telah diutarakan dalam bab
‘Aspek Penilaian’ sebelum ini ok? Selepas selesai, sesi tersebut,
rehat untuk lunch dan solat.

Sesi 5: Ujian Sahsiah dan Minat selama 1 jam.

Sesi 6: Sesi kerja kumpulan. Untuk sesi anda, anda hanya perlu
‘enjoy’ dan tak perlu risau. Buat apa nak pening-pening kerana
pada sesi ini aktiviti seakan ‘permainan’ akan dilakukan.

Sesi 7: Aktiviti fizikal. Ianya akan dimulakan dengan gerakan


ala-ala aerobik dan beberapa aktiviti fizikal yang dapat
didedahkan di sini. Ianya amat menguji stamina anda, jadi buatlah
persediaan yang sepatutnya.

Edaran Khas Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com PAC 2018/19 | 47


Format 3 Hari (2005-2007)

Aktiviti hari Pertama : Pendaftaran dimulakan pada hari Jumaat


pagi sehingga tengah hari. Selepas solat Jumaat sesi taklimat
akan dimulakan. Aktiviti pertama dimulakan sebelah malamnya
iaitu sesi penyelesaian masalah yang dilakukan dalam kumpulan,
satu sesi bahasa melayu dan satu lagi bahasa Inggeris.

Aktiviti hari Kedua : Aktiviti kajian kes diadakan di


sebelah pagi dalam kumpulan dan dibahagikan kepada sesi
bahasa Melayu dan Inggeris. Untuk tengah hari sesi pengucapan
awam bahasa Melayu sehingga pukul 4 petang. Rehat dan
selepas minum petang larian 2.4KM diadakan. Untuk sesi malam
diadakan pengucapan umum Bahasa Inggeris

Aktiviti hari Ketiga : Sesi debat ala parlimen diadakan dan


dibahagikan kepada kumpulan pembangkang dan kerajaan. Dan
sesi diakhiri dengan taklimat pengenalan kepada kerjaya

Format 2 Hari (MAC 2011)

Format ini adalah yang dilaksanakan Mac 2011 dan November


2011 yang lepas. Ringkasan penilaian yang berlaku pada ‘ sesi 2
hari’ yang lepas;

Skop 1: Perbincangan: Dipecahkan kepada 2 sesi, satu untuk


Bahasa Melayu dan satu lagi khusus dalam Bahasa Inggeris. Tajuk
umum diberikan dan berdasarkan skop yang besar tersebut,
perincian perbincangan harus dilakukan

Tips: Analisa yg baik diperlukan bagi memastikan


perbincangan tidak tersasar dari maksud gambar yang
diberikan. Disebabkan terlalu banyak karakter, ramai yang
‘blur’ tak tahu apa yang nak dibincangkan..

PAC 2018 /19 | 48 Edaran Khas Tim Infokerjaya www.RujukanKerjaya.com


Calon boleh kumpulkan semua perbincangan berdasarkan
gambar Wawasan 2020 itu, berkaitan CABARAN Negara
(YB, IMF, pemuda berangan etc) untuk mencapai wawasan
tersebut. Di akhir aktiviti, calon diminta mencatat hasil
perbincangan diatas kertas mahjong.

Skop 2: Permainan Kumpulan: Juga dipecahkan kepada 2, sesi


Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Dalam sesi ini, permainan
yang menguji tahap komunikasi, persefahaman, kepantasan
dan gerak kumpulan digarap dengan kecelaruan dan pada ketika
ini pasti banyak penilaian yang dapat dibuat.

Tambahan apa yang berlaku pada November 2011


Masalah yg diberikan ialah seorang pegawai diminta untuk
melakukan kajian bagi menambah baik system LRT yg dikatakan
tidak menepati masa. Pegawai telah pergi ke LRT station dan
mengkaji 15 padanan laluan LRT.

6 kad mengandungi 15 padanan laluan LRT (pair of route) telah


diberikan kepada peserta. Peserta diminta berdasarkan senario
yang diberikan, cari 15 padanan jalan LRT yang telah diambil oleh
pegawai tersebut.

Skop 3: Kerja Kumpulan & Inovasi: Ianya tidak sama di semua


pusat penilaian. Terdapat sesi kajian penganjuran (event
management). Peserta diberikan tugasan untuk merangka
penganjuran majlis. Untuk bahagian inovasi, diberikan
beberapa barangan/tugasan dan dikehendaki menilai dan
mengeluarkan sesuatu daripadanya dengan daya inovasi dan
kreativiti yang ada
Tambahan apa yang berlaku pada November 2011
Aktiviti inovasi: 3 barang diberikan iaitu 10 pinggan polisterin, 1 m
tali raffia dan pen marker.

Pertama – Peserta diberi 5 minut untuk melakar satu produk


inovasi berdasarkan ketiga-tiga bahan yang diberikan dan diminta
untuk melakukan presentation ringkas.

Kedua – setelah semua present, calon diminta utk memilih satu


produk untuk dihasilkan. Boleh pilih yang telah dibentangkan oleh
perserta lain atau cipta produk baru. Selepas pilih, calon dikehen-
daki untuk menghasilkan prototype dan presentation yang mer-
angkumi aspek penerangan produk, pemasaran, kos, penambah-
baikan yg boleh dibuat dan present.

Skop 4: Public Speaking: Sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris,


dikehendaki menghuraikan tajuk yang telah diberikan dengan
pengetahuan dan gaya penyampaian.

Tambahan apa yang berlaku pada November 2011


Calon diminta utk menyediakan hanya satu slide utk presentation
selama 5 minit untuk tajuk yg diterima melalui cabutan. Slide dan
presentation hendaklah dilakukan dalam Bahasa Inggeris.

Untuk calon yang bawa laptop dan internet sendiri ianya


memberikan sedikit kelebihan, tetapi untuk yang tidak bawa
boleh menggunakan kemudahan lab komputer.

Tajuk yang diberikan agak mudah (i.e National Car)

Skop 5: Aktiviti Fizikal: Dibahagikan kepada 2, satu sesi untuk


aktiviti fizikal berkumpulan dan larian 2.4KM
RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERJA
KERAJAAN (RLTKK)
• Anda buntu mencari rujukan khas hadiri
temuduga kerja kerajaan?
• Ebook ini khas untuk calon temuduga
yang bakal hadiri temuduga kerja
kerajaan.
• Lengkap dengan strategi dan ....
• Terus ke www.Kerja-Kerajaan.com

KERJAYA AGENSI
• Berkali-kali mohon kerja di sektor
kerajaan tetapi GAGAL?
• Jangan putus asa! Kerjaya di
agensi-agensi kerajaan masih ada.
• Dapatkan segera untuk mula merancang
kerjaya anda di agensi kerajaan pula.
• Terus ke halaman ini segera.
www.rujukankerjaya.com/agensi-kerajaan/

KERJAYA SWASTA
• Sektor swasta peluang terbaik
untuk anda merancang kerjaya anda.
• Ketahui bagaimana membina kerjaya di
sektor swasta dengan ebook ini.
• Kerjaya di sektor swasta sangat lumayan
jika anda tahu selok-beloknya
• Terus ke halaman berikut segera.
www.rujukankerjaya.com/kerjayaswasta/

Forum Blog Facebook

www.SembangKerjaya.com www.RujukanKerjaya.com TimInfokerjaya


RAHSIA RESUME KERJA
• Membantu anda membina resume kerja
langkah demi langkah.
• Menerangkan proses sesebuah resume
dipilih untuk ke temuduga.
• Dimuatkan dengan 20 soalan temuduga
daripada resume kerja anda.
• Terus ke www.ResumeKerja.com

RAHSIA BIJAK TEMUDUGA


• Membantu persediaan temuduga anda.
• Bagaimana menyediakan mental yang
kuat sebelum hadir ke temuduga?
• Mempunyai 1 ebook utama dan
5 komponen penting persiapan untuk
temuduga.
• Dan Banyak lagi yang menarik di
www.RahsiaBijakTemuduga.com

PANDUAN KERJAYA JURURAWAT


• Anda berminat menjadi Jururawat?
• Menerangkan langkah demi langkah
memohon jururawat kerajaan dan
swasta.
• Diterangkan dalam 7 Modul utama.
• Kerjaya jururawat adalah satu kerjaya
yang murni dan lumayan.
• Terus ke www.KerjayaJururawat.com

Forum Blog Facebook

www.SembangKerjaya.com www.RujukanKerjaya.com TimInfokerjaya


Layari
https://rujukanpsikometrik.com/
Hak Cipta Terpelihara
Infokerjaya PLT (LLP0003706-LGN)

Anda mungkin juga menyukai