Anda di halaman 1dari 10

Soal Jawab Inkuiri ptd

Soal Jawab Inkuiri PTD

Legal Notice
Ebook ini adalah hakmilik sepenuhnya www.tipsptd.com Sebarang aktiviti pengedaran semula atau menjual semula naskhah ini adalah DILARANG sama sekali dan ianya menyalahi Akta Hakcipta. Jika anda memperolehi Ebook ini bukan dari laman web www.tipsptd.com, sila laporkan kepada kami melalui email admin@tipsptd.com dan ganjaran sewajarnya akan diberikan kepada anda Sebagai pembeli yang sah, anda layak menerima tip-tip penting untuk PTD Assessment Center dan Temuduga PTD di masa hadapan

Disclaimer
Seluruh kandungan Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis PTD ini adalah hakmilik di bawah tanggungjawab Team Tips PTD dari www.tipsptd.com. Ianya diterbitkan untuk tujuan perkongsian maklumat dan sayugianya diingatkan yang kandungan Pakej ini tidak boleh dianggap sebagai nasihat professional dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang liabiliti kerugian dan kerosakan hasil dari maklumat dalam Pakej ini. Semua maklumat dalam Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis PTD ini adalah tepat pada masa ianya diterbitkan.

Team Tips PTD, Januari 2010

Edisi Pertama Januari 2010

www.tipsptd.com

Soal Jawab Inkuiri PTD

Pengenalan
Ebook ini adalah rangkuman 30 soalan yang selalu ditanya oleh semua calon yang mahu menduduki peperiksaan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik. Tips PTD dihujani dengan pelbagai soalan dan boleh dikatakan, soalan-soalan tersebut adalah soalan ulanagn yang pernah ditanya sebelum ini. Jadi kami mengambil keputusan untuk merekodkan semua soalan ini untuk tatapan anda, jadi anda tahu jawapan kepada soalan anda. Walaubagaimanapun untuk sebarang soalan, anda masih boleh menghubungi email kami di tipsptd@gmail.com atau terus kepada admin@tipsptd.com. Kedua-dua email boleh digunapakai, tetapi jika anda inginkan jawapan segera, anda juga boleh bertanya di blog tipsptd di http://tipsptd.com/blog dan kebiasaannya jika anda bertanya soalan melalui ruangan komen di entri atau post di sana, aka nada rakan-rakan lain yang akan membantu anda mendapatkan jawapan kepada soalan anda. Soalan-soalan ini diolah semula dalam ayat yang lebih presentable. Apa-apa pun, diharapkan agar perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Sekali lagi, salam kejayaan untuk anda!

Team Tips PTD

www.tipsptd.com

Soal Jawab Inkuiri PTD


1. Adakah untuk menjadi seorang PTD memerlukan saya memiliki ijazah tertentu seperti Political Science atau Management Studies? Jawapan: Tidak, tidak kira apa sahaja bidang Ijazah anda, anda boleh memohon untuk menjadi seorang pegawai tadbir dan diplomatik. Ramai rakan-rakan yang berlatarbelakangkan kejuruteraan dan senibina juga berada dalam skim perkhidmatan ini.

2. Bolehkan permohonan untuk menjadi PTD dikemukakan lebih awal oleh graduan seperti prosedur biasa kerja lain? Contohnya 4-5 bulan sebelum graduasi Jawapan: Pelajar tahun akhir tidak dibenarkan memohon dan tiada kelayakan untuk memohon. Habiskan dahulu pengajian anda dan mula memohon selepas itu

3. Bagaimana menyiapkan diri untuk menjawab soalan matematik kerana pengalaman saya, ianya memakan masa yang lama dan saya tak cukup masa untuk jawab semuanya Jawapan: Banyakkan latihan, cuba juga set-set soalan PMR dan SPM untuk meningkatkan kepantasan anda menjawab. Matematik memerlukan latihan yang mencukupi.

4. Soalan peperiksaan terutama soalan Matematik amat sukar. Apakah tips yang penting untuk skor bahagian ini? Jawapan: Sama seperti di atas, banyakkan latihan. Sebenarnya ianya tidaklah sesukar mana kerana silibus soalan telah ditetapkan sehingga tahap SPM sahaja.

5. Bagaimana untuk mengetahui bilakah keluarnya keputusan peperiksaan PTD? Jawapan: Ianya akan diumumkan di laman web SPA. Jika anda tidak punya masa untuk membuat semakan, anda boleh sertai newsletter blog tipsptd dengan mendownload ebook 27 sebab GAGAL dan kami akan mengumumkan tarikh keluar keputusan melalui email sebaik sahaja SPA mengumumkannya kepada umum

6. Bagaimana nak Berjaya dalam bahagian esei Jawapan: Pastikan anda mengikuti isu-isu semasa kerana soalannya dari situ. Di samping itu anda boleh mengikuti tips yang dinyatakan dala Diskripsi Prima untuk mengetahui bagaimana menjawab esei dengan baik

www.tipsptd.com

Soal Jawab Inkuiri PTD


7. Jika saya gagal pada peringkat kedua iaitu Assessment Center, perlukah saya mengulangi peperiksaan bertulis sekali lagi atau terus ke Assessment Center tanpa perlu menduduki ujian bertulis Jawapan: Calon gagal sama ada pada peringkat pac atau temuduga perlu mengulangi peperiksaan bertulis semula

8. Saya difahamkan tiada lagi ambilan PTD tetap bahkan ianya hanyalah skim kontrak. Benarkah begitu? Jawapan: Mulai tahun 2009, tiada lagi ambilan terus kepada jawatan tetap. Ianya dimulakan dengan kontrak dan selepas itu baru dinilai semula untuk jawatan tetap

9. Adakah kemungkinan selepas tamat kontrak 2 tahun, jawatan ptd akan ditamatkan dan tidak disambung? Jawapan: Ada kemungkinan kerana ianya berdasarkan prestasi anda.

10. Saya adalah calon simpanan selepas selesai temuduga. Apa itu calon simpanan? Jawapan: Calon simpanan ialah calon yang berada dalam senarai panggilan jika PTD yang Berjaya tidak melaporkan diri. Jadi peluang anda adalah bergantung kepada calon PTD yangtidak melaporkan diri atau ada tambahan jawatan

11. Berapakah kekosongan yang ditawarkan setiap tahun untuk jawatan PTD? Jawapan: Tiada angka yang sebenarnya, biasanya 300-400 kekosongan. Tapi pada tahun-tahun yang lalu akan diumumkan tambahan seperti yang berlaku pada tahun sebelum ini.

12. Benarkan PAC sekarang hanya 1 hari? Jawapan: Peringkat kedua penilaian sekarang dinamakan prePAC dan hanya mengambil masa satu hari sahaja. PAC yang sebenarnya akan diadakan setelah anda Berjaya menjadi seorang PTD nanti.

13. Saya seorang yang sedikit obes, adakah masalah fizikal ini akan menggagalkan saya dalam menjadi PTD?

www.tipsptd.com

Soal Jawab Inkuiri PTD


Jawapan: Tiada syarat yang sebegitu untuk menjadi seorang PTD. Walaubagaimanapun, ada ujian fizikal yang akan dijalankan ke atas anda semasa program prePAC. Tapi yang penting ialah anda cergas

14. Di manakah sebenarnya PTD diletakkan? Jawapan: Di semua kementerian dan jabatan kerajaan. Jika anda bernasib baik, anda akan diletakkan di pejabat-pejabat kedutaan. Ianya satu jawatan yang umum sebenarnya dalam mentadbir dan anda boleh diletakkan di mana-mana sahaja

15. Adakah pengalaman bekerja akan diambil kira dalam penentuan gaji PTD? Jawapan: Gaji diberikan berdasarkan kelulusan anda. Dan biasanya anda akan bermula dengan Gred M41. Anda boleh rujuk tangga gaji PTD di web SPA

16. Saya sudah 2 kali gagal ujian PAC. Mungkinkah sebab tubuh badan saya yang sedikit rendah menyebabkan saya tidak Berjaya? Jawapan: Faktor fizikal bukanlah satu aspek penilaian. Cuba lagi dan berikan yang terbaik untuk percubaan kali ini. Anda dah tahu bagaimana perjalanan prepac dan seharusnya menggunakan pengalaman anda untuk jadi lebih baik dari calon-calon yang pertama kali menduduki peperiksaan itu

17. Berapakah tempoh untuk mengetahui keputusan peperiksaan bertulis ptd? Jawapan: Biasanya ia mengambil lebih kurang 3 hingga 6 minggu selepas peperiksaan. Selalulah memeriksa laman web SPA untuk mengetahui bila ianya keluar

18. Bagaimanakah untuk memohon jawatan PTD? Jawapan: Anda harus mengisi boring SPA8 yang boleh didapati dari laman web SPA

19. Saya dah ambil peperiksaan bertulis berkali-kali tetapi gagal. Bagaimana nak Berjaya dan lulus? Jawapan: Buat persediaan rapi, cari rujukan yang sewajarnya untuk setiap seksyen. Contohnya anda harus mendapatkan rujukan sejarah Malaysia, soalan-soalan Matematik, selalu membaca akhbar untuk persediaan isu semasa bagi esei, lakukan latihan-latihan IQ dari internet atau www.tipsptd.com 6

Soal Jawab Inkuiri PTD


mana-mana sumber dan sebagainya. Kuncinya ialah, anda faham dan tahu setiap seksyen apa yang ditanya, dan anda buat persediaan komprehensif untuk setiap seksyen. Rancang persediaan anda.

20. Apakah soalan temuduga yang sering ditanya untuk PTD? Jawapan: Tiada soalan yang khusus kecuali mengenai pengenalan diri. Tapi anda harus ambil tahu bidang tugas ptd tetapi kebanyakannya berkisar mengenai isu-isu tertentu yang menuntut anda tahu tentangnya dan sekiranya tidak tahu anda boleh berlaku jujur dan kemungkinan isu lain yang akan ditanya seterusnya. Tetapi secara umumnya, soalan temuduga PTD begitu dinamik dan tidak tetap seperti soalan-soalan temuduga jawatan yang lain. Yang penting, jadi diri anda dan cuba sehabis baik.

21. Adakah sesuai jawatan ini untuk saya yang memiliki ijazah sarjana? Jawapan: Sesuai dan tangga gaji anda akan lebih bersesuaian dengan kelulusan anda. Boleh rujuk laman web SPA untuk tangga dan gred gaji PTD

22. Berbaloikah untuk saya meninggalkan kerjaya tetap saya yang bergred N41 untuk menyertai skim PTD kontrak ini? Jawapan: Soalan ini adalah subjektif dan anda harus bertanya kepada diri anda sendiri. Tetapi secara umumnya berada dalam perkhidmatan PTD membolehkan anda mendapat kenaikan pangkat yang lebih pantas sedikit berbanding gred lain. Itu yang berlaku dan isu ini sudah dibincangkan banyak kali di akhbar dan pandangan umum tentang mengapa skim PTD lebih cepat kenaikannya. Terpulang kepada anda kerana potensi untuk tidak disambungkan kontrak selepas tamat tempoh juga tetap ada walaupun sedikit..

23. PAC sangat mencabar dan saya gagal. Semasa sesi perbincangan, saya seperti kelu dan tak boleh bercakap. Adakah tips untuk itu Jawapan: Mungkin anda gugup. Anda boleh amalkan tips pernafasan yang betul seperti tarik dalam nafas selama 7 saat, tahan 7 saat dan lepas 10 saat. Di samping itu persediaan anda juga menentukan kelancaran anda. Jika anda sudah sedia dengan baik, idea akan keluar dengan baik. Yang penting ialah latihan juga, untuk percakapan dan pengucapan, anda boleh berlatih bermonolog sendiri di depan cermin. www.tipsptd.com 7

Soal Jawab Inkuiri PTD

24. Apa yang dinilai dalam PAC dan bagaimana nak buat persediaan dengan mantap? Jawapan: Banyak yang dinilai dalam prePAC. Ini dipetik dari blog tips ptd tentang persediaan prePAC; ianya mencakupi beberapa penilaian yang secara kasarnya boleh dibahagikan kepada 3 iaitu; Aspek pengucapan Bahasa Melayu Aspek pengucapan Bahasa Inggeris Aspek fizikal Dalam penilaian pengucapan adanya sesi debat dan perbincangan di mana anda akan dinilai di situ dan penilaian fizikal adalah melalui aktiviti fizikal yang dulunya larian 2.4km dan yang terbaru 5 corak senaman fizikal. Walau apa pun pertukaran perincian format, 3 aspek penilaian ini masih menjadi tumpuan utama disamping penilaian nilai kendiri dan syahsiah. Untuk masa yang singkat ini, apa yang perlu anda buat?? Kami ringkaskan 10 perkara ini dan ianya merupakan unjuran tindakan yang perlu anda lakukan mulai sekarang! Beli dan baca akhbar Berita Harian/Utusan (aspek 1) Beli dan baca akhbar The Star/NST (aspek 2) Luangkan masa menonton Buletin Utama pukul 8 malam (aspek 1 dan 2) Fokus berita penting dalam akhbar dan berita tersebut dan buat sedikit catatan (aspek 1 dan 2) Khususkan pembacaan anda kepada beberapa kategori supaya anda tidak pening seperti **isu kesihatan (denggi, HIN1 etc), **isu nasional (KLCIC, bangunan runtuh etc), **isu sukan (prestasi bola sepak, jurulatih luar etc), **isu pendidikan (subjek tetap SPM, PPSMI etc) dan lain-lain isu. Pecahkan supaya anda nampak lebih objektif dan tersusun, ini akan memudahkan maklumat masuk secara teratur dalam kepala anda (aspek 1 dan 2)

Qoute beberapa kata-kata/statement rasmi tokoh, menteri dan badan berwajib dalam beberapa isu penting. Contohnya, **mengikut statistik yang di sahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, kes H1N1 di Malaysia sehingga 21 Jun ialah sebanyak 42 kes. Statement sebegini akan mengukuhkan statement anda nanti dan akan menarik perhatian (aspek 1 dan 2)

www.tipsptd.com

Soal Jawab Inkuiri PTD


Mula bermonolog sendiri dalam bahasa melayu dan Inggeris semasa memandu, berjalan dan ketika anda seorang diri untuk meningkatkan kelancaran susunan ayat anda (aspek 1 dan 2) Baca dengan kuat akhbar The Star/NST untuk melancarkan sebutan bahasa Inggeris anda (aspek 2) Buat sit-up, pumping, ketuk ketampi, jalan itik, joging dan apa2 yang difikirkan perlu untuk meningkatkan tahap kecergasan anda. Mengikut perkongsian, untuk ujian fizikal format 1 hari, rutin tugasan begitu berat dan menyakitkan otot bagi yang tak biasa. Jadi anda biasakan diri anda dengan semua aktiviti ini supaya memudahkan anda nanti tak kiralah apa bentuk ujian yang bakal pihak INTAN adakan, anda harus bersedia. (aspek 3) Buat semua perkara 1-9 secara intensif, dan ingat, usaha tangga kejayaan! (aspek 1, 2 dan 3)

25. Adakah kita ada pilihan untuk memilih tempat kita berkhidmat? Saya mempunyai keluarga dan suami bertugas sebagai seorang guru di Perlis. Jawapan: Anda boleh memohon untuk itu dan ianya berdasarkan kekosongan. Anda ada pilihan sama seperti perjawatan yang lain dalam perkhidmatan kerajaan

26. Adakah peperiksaan pengambilan PTD dijalankan setiap bulan? Jika kita gagal pada bulan ini, bolehkah ambil semula untuk bulan depan atau kena tunggu dalam tempoh tertentu? Jawapan: Ianya bukan ambilan setiap bulan. Peperiksaan bertulis hanya diadakan 2 kali setiap tahun kebiasaannya. Jika anda gagal untuk sesi itu, anda ada peluang untuk ambil pada sesi akan datang. Tiada polisi yang menetapkan anda harus menunggu untuk tempoh tertentu

27. Admin, Boleh tolong beri contoh soalan atau soalan-soalan spot untuk ujian ptd? Jawapan: Soalan peperiksaan bertaraf sulit. Tiada soalan spot seperti zaman-zaman sekolah dahulu, tapi anda boleh siapkan diri anda untuk semua seksyen dan beri perhatian kepada isu semasa juga. Jadikan membaca akhbar sebagai rutin harian anda.

28. Jika saya tak dapat hadir peperiksaan atas urusan peribadi atau halangan, adakah peluang saya untuk mendudukinya semula hilang?

www.tipsptd.com

Soal Jawab Inkuiri PTD


Jawapan: Tidak, anda masih layak untuk menduduki peperiksaan itu. CAlon yang tidak hadir biasanya ramai, dan ada yang dah datang peperiksaan tetapi pulang pada tengah hari atau tak menghabiskan peperiksaan pun

29. Adakah tips pemakaian tertentu untuk menghadiri temuduga? Jawapan: Pastikan pakaian anda kemas. Untuk tips umum, mungkin tips ini boleh digunakan. Ianya adalah perkongsian saudari Noorahayu Yahya; -Lelaki hendaklah berambut kemas, kemaskan misai2x dan janggut, normally kene bercukur -Kasut hitam yang telah dipolish dan bertali (bukan strap) -Baju kemeja putih plain yang dipadankan dengan tie belang-belang warna base / warna plain yang bersesuaian -Blazer untuk tampil meyakinkan -ada orang pakai nametag tp saya tidak pakai pun -Perempuan hendaklah berpakaian kemas, kalau bertudung, hendaklah nampak berkeyakinan dan comfortable -Kalau tidak bertudung hendaklah memakai sut skirt panjang atau pendek (bawah sikit dari lutut satu inchi)..Dont ever wear pants!! -Kasut tumit tinggi -court shoes berwarna hitam -Rambut kalau panjang, kene tie dalam bun -makeup yang profesional dan meyakinkan -blazer sekiranya bersesuaian

30. Saya ingin tahu, jika saya seorang guru, adakah saya layak untuk memohon menjadi seorang ptd...saya teringin juga untuk mencuba posting ptd ini.. Untuk pengetahuan anda, sesi 2009 yang lepas diumumkan yang guru tidak boleh menduduki ujian pengambilan PTD. Ianya ada juga dinyatakan oleh pembaca2 tipsptd melalui pengalaman mereka sendiri, anda boleh lihat di komen no 40, 47 di; http://tipsptd.com/blog/keputusan-temuduga-ptd-september-2009/

www.tipsptd.com

10

Anda mungkin juga menyukai